terbaik ingress corporation berhad automotif …nadi.ingresscorp.com.my/nadi_upload/nadi ingress...

24
NADI INGRESS INGRESS CORPORATION BERHAD Edaran Dalam 16 1 KDN. PP 12636 / 5 / 2008 Edaran Dalaman 16 A N A S E A N C O M P A N Y W I T H G L O B A L R E A C H www.ingresscorp.com.my Pembuat Komponen Automotif Terbaik (Malaysia) 2007 Ingress Diiktiraf sebagai

Upload: dinhkhanh

Post on 06-Mar-2018

337 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalam 16 1

KDN. PP 12636 / 5 / 2008 Edaran Dalaman 16

A N A S E A N C O M P A N Y W I T H G L O B A L R E A C H

www.ingresscorp.com.my

PembuatKomponen Automotif

Terbaik(Malaysia) 2007

Ingress Diiktiraf sebagai

Page 2: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

2 Edaran Dalam 16

Dari Meja Pengarang 2Berita Korporat 3• Mesyuarat Agong Tahunan Kali Kelapan

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif 4-5Berita HR 6-8• “ISO 9001:2000 Internal Audit Training”• Latihan “Spot Welding”• Pekerja Terbaik Bulanan• “Supplier Audit Training”• “Return on Investment”

Berita “Subsidaries” 9-11• Kempen Budaya Kerja Cemerlang• Delegasi dari NPC & APO• Kursus Jenazah• Jom Qiyamullail• Lawatan dari PT Honda Prospect Motor• Pameran VIVA• Unjuran Perancangan Perniagaan Lima Tahun Kumpulan MD

Fokus 12-13• Ingress Diiktiraf sebagai Pembuat Komponen Automotif Terbaik (Malaysia) 2007

Personaliti 14• Peringkat Bukan Eksekutif

Berita Keselamatan & Kesihatan 15• Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan• Kebakaran di Belakang Kilang Ingress Nilai

Sudut Agama 16-17• Faktor-faktor Kemunduran Orang Melayu - Kejahilan dan Kekurangan Ilmu - Kerosakan AkhlakNostalgia 18-19

• Cahaya Mata• Selamat Pengantin Baru

Wajah-wajah Ingress 23Karya 24

Dar

i Mej

a Pen

gara

ng

Dari Meja Pengarang

Isi Kandungan

engan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian hanya bagi Allah s.w.t, pencipta dan pemilik sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda r.’anhum.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita bersyukur kerana dengan kehendak, keizinan dan pertolongan Allah s.w.t, kita dapat bersua kembali di dalam Majalah Nadi Ingress Edisi yang Ke-16 dalam suasana keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadhan dan Syawal.

Marilah sekali lagi kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kesempatan kepada kita untuk menyambut dan menghidupkan bulan Ramadhan yang dijanjikan dengan pelbagai ganjaran yang berlipat kali ganda di atas segala amal soleh yang kita lakukan dengan satu matlamat, untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Kami mengharapkan agar semua pembaca beriltizam dan beristiqamah dalam melaksanakan segala amal soleh dan kebaikan sepanjang Ramadhan seperti memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran, mendirikan solat-solat sunat, bersedekah dan sebagainya.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Sambutlah hadiah kemenangan ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan di atas ketekunan dan kesungguhan kita berpuasa dan beribadah di sepanjang Ramadhan.

Sekian daripada Sidang Pengarang. Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

D

Page 3: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalam 16 3

Berita K

orporat

Mesyuarat Agong Tahunan Kali Kelapan

esyuarat Agong Tahunan Kali Kelapan, Ingress Corporation Berhad (ICB) telah diadakan pada

hari Isnin, 9 Julai 2007 yang lalu bertempat di Hotel Sheraton, Subang Jaya bermula dari jam 10.00 pagi.

Mesyuarat Agong pada kali ini dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah ICB, para pemegang saham dalaman dan luaran serta tetamu-tetamu jemputan. Pihak penganjur yang diketuai oleh Jabatan Komunikasi Korporat ICB juga turut menjemput pihak-pihak media cetak mahupun elektronik bagi membuat liputan mengenai mesyuarat agong ini. Antara pihak media yang hadir adalah ASTRO, TV3, Bernama, News Straits Times dan lain-lain.

Mesyuarat berakhir pada jam 12.30 tengahari dan semua hadirin disajikan dengan juadah makan tengahari.

• Barisan Ahli Lembaga Pengarah ICB.

• Sesi persidangan akhbar.

• Antara tetamu yang hadir.

• Salah seorang Pemegang Saham mengajukan soalan kepada Pimpinan Tertinggi ICB.

M

Page 4: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

4 Edaran Dalam 16

Meyakini QADHA’ & QADAR ILAHI

Am

anat

Nai

b Pen

geru

si E

ksek

utif

engan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian bagi Allah s.w.t, pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda r.’anhum.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendak dan keizinan-Nya, kita masih lagi diberi kesempatan untuk membuktikan pengabdian kita kepada-Nya bersempena dengan keberkatan bulan Ramadhan. Ambillah peluang untuk meneruskan amal soleh yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ke bulan-bulan yang lain dengan cuba memperbanyakkan solat-solat sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan sebagainya.

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Pada kesempatan ini, saya ingin menyentuh sedikit mengenai perkembangan syarikat. Secara keseluruhannya, keuntungan kumpulan agak kurang memberangsangkan. Namun, kita bersyukur kerana syarikat masih mampu mengisytiharkan dan mengagihkan bonus pada bulan Mei dan kenaikan tahunan pada bulan Julai yang lalu kepada kakitangan, al-Hamdulillah.

Justeru itu, kita haruslah berjimat-cermat membelanjakan segala rezeki yang kita perolehi ke jalan yang diredhai dan diberkati Allah s.w.t. seperti memberikan nafkah kepada keluarga, memberikan infaq fisabilillah, membayar zakat dan melangsaikan hutang-piutang dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah, hidup kita akan menjadi lebih berkat dan bahagia di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Kita semua sedia maklum bahawa pada tahun ini ada syarikat yang berjaya meraih keuntungan, ada yang kurang memberangsangkan dan ada yang baru memulakan operasi. Walau di mana jua kita bekerja, saya berminat untuk mengajak diri saya dan seluruh warga Ingress sekalian untuk memperbaiki cara kerja ke arah yang lebih berkesan dan optimum dari masa lepas.

Berusahalah dan berazamlah untuk bekerja mengikut garis panduan dan etika kerja Islam seperti berikut:

1) Bekerja dengan azam untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

2) Bekerja dengan amanah dan ikhlas.3) Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi.4) Bekerja dengan semangat kerja berpasukan.5) Bekerja dengan matlamat untuk mencapai kebahagiaan

dan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Insya-Allah, jika kita laksanakan segala tugasan mengikut etika kerja Islam yang sebenar, segala urusan harian kita akan dipermudahkan dan suasana kerja akan menjadi lebih harmoni, ceria dan sejahtera.

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Setiap ciptaan Allah s.w.t di muka bumi ini dijadikan berpasang-pasangan. Ada yang kaya dan ada yang miskin. Ada yang senang dan ada

yang susah. Ada yang beroleh keuntungan dan ada yang mendapat kerugian. Semua ini merupakan ujian Ilahi untuk mengukur tahap dan kualiti keimanan seseorang individu.

Jika kita dikurniakan kekayaan, kesenangan dan keuntungan, bersyukurlah kepada Allah s.w.t. Sebaliknya, jika diberikan kemiskinan, kesusahan dan kerugian, bersabarlah kerana setiap sesuatu ujian yang diberikan itu ada hikmahnya yang hanya Allah s.w.t Maha Mengetahui apakah kurniaan yang terbaik untuk

setiap hamba-Nya.

Orang-orang yang beriman amat yakin dengan Qadha’ dan Qadar Ilahi. Setiap musibah dan ujian yang melanda akan dihadapi dengan penuh ketabahan dengan harapan semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t dan meraih ganjaran yang amat besar di akhirat nanti. Ingatlah, kehidupan di dunia ini hanyalah persinggahan yang bersifat sementara untuk menuju kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

D

Page 5: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalam 16 5

Sidang Pengarang

Janganlah sesekali kita kufur nikmat kerana banyak sejarah kehancuran umat-umat terdahulu telah difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran sebagai pengajaran dan iktibar untuk kita. Renungilah firman Allah s.w.t di dalam Surah an-Nahl ayat 112 yang bermaksud:

“Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu misalan: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.”

Allah s.w.t. Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Namun, apabila kebanyakan hamba-Nya menyalahgunakan nikmat dan rezeki yang dikurniakan kepada mereka, Allah menjadi murka dan memberikan balasan kepada manusia sebagai amaran dan ancaman di atas keterlanjuran sikap manusia yang degil dan kufur nikmat.

Lihatlah di serata dunia, pelbagai musibah dan ancaman yang menakutkan telah Allah tunjukkan kepada kita sebagai renungan. Banjir yang luar biasa, kejadian tanah runtuh dan gempa bumi, ribut taufan dan kemarau yang panjang. Ini semua berlaku kerana manusia tidak melaksanakan segala perintah Allah s.w.t, malah secara terang-terangan berani melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh-Nya.

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Sebagai umat yang meyakini kekuasaan Allah s.w.t, kita perlulah akur untuk menerima hakikat bahawa segala ujian dan musibah yang melanda merupakan Qadha’ dan Qadar Ilahi. Justeru itu, jadikanlah semua ujian dan musibah ini sebagai muhasabah diri agar kita menjadi seorang Mukmin yang bersyukur ketika senang, tidak lupa diri jika diberikan kuasa, bersabar dalam menghadapi semua aspek kehidupan dan tidak berputus asa ketika susah.

Akhir kata, marilah kita kembali kepada fitrah sebenar kita diciptakan, iaitu untuk menyembah Allah s.w.t. yang Maha Esa. Terimalah hadiah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita sebagai kemenangan sebulan berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh kesyukuran. Selamat hari Raya Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

Sekian, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ketua PengarangRamli bin Napiah

Sidang PengarangDr. Che Rosli bin Che Mat

Mohamed Diah bin BaharunRosyatimi binti Abdullah

Penyumbang ArtikelKhyrun Anuar bin Zainol

Abdul Aziz bin Mohd. Yunus Mat Ali bin Mohamed (Operasi Nilai)

Nizaiham binti Mohd. Nor (Operasi Nilai) Shaiful Khairy bin Kamarul Zaman

(Operasi Nilai) Mohd Hisyam bin Abdul Ghani (ITSB)

Izdihar bin Anua (MDSB)Hidzir bin Abdullah (ITC)Charan Hamdanee (IAV)

Hendrik Widagdo (PT IMV)

Jurufoto dan EdaranMohd. Nizam bin Abdullah

PenerbitIngress Corporation Berhad

Lot 1M, First Floor, Plaza FlamingoNo. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang

68000 Ampang, SelangorTel: 03-4252 9696

Faks: 03-4252 9393Laman Web: www.ingresscorp.com.my

RekabentukTriknight Communications Sdn. Bhd.

36-3, Jalan 24/70A, Off Jalan Bukit KiaraDesa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-2300 1051 / 1052Faks: 03-2300 1062

E-mail: [email protected]

Urus CetakAslita Sdn. Bhd.

No. 20, Jalan 4/10B,Spring Crest Industrial Park

Batu Caves, 68100 Kuala LumpurTel: 03-6186 7645 Faks: 03-6186 7635

E-mail: [email protected]

Page 6: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

6 Edaran Dalam 16

Ber

ita

HR

“ISO 9001:2000 Internal Audit Training”ursus Dalaman “ISO 9001:2000 Internal Audit” telah dijalankan pada 19 dan 20 April 2007, bertempat di Kelab Darul Ehsan, Ampang. Kira-kira 25 orang kakitangan Ingress Corporation

Berhad (ICB) telah menyertai kursus ini.

Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk melantik auditor dalaman ICB.

Kursus ini dikendalikan oleh jurulatih luaran yang dilantik oleh Group IBMS, iaitu VTS Consultant & Engineering (M) Sdn. Bhd.

Latihan “Spot Welding”eksyen Latihan, Jabatan Sumber Manusia Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) dengan kerjasama Weldtech Centre telah menganjurkan dua siri latihan “Spot Welding” kepada 25 orang

kakitangannya.

Program latihan ini diadakan pada 14 dan 15 April 2007 serta 19 dan 20 Mei 2007 di Bilik Latihan ITSB (INTRAC) dan di Bahagian Kimpalan.

Objektif program latihan ini diadakan adalah untuk memberikan ilmu dan pendedahan mengenai teknik-teknik kimpalan yang betul dan selamat.

• Para peserta tekun mendengar penerangan daripada Mr. Selva Kumar.

• Salah satu kumpulan yang berjaya menyiapkan tugas yang diberi.

• Peserta tekun menyiapkan tugasan kumpulan.

• Sesi lakonan proses audit. Peserta diajarkan cara-cara mengaudit.

• Kini, kamilah pengimpal-pengimpal bertauliah ITSB.

• Salah seorang peserta sedang mempraktikkan cara-cara mengimpal yang betul dan selamat.

• En. Zulkifli sedang menerangkan tentang langkah-langkah keselamatan sebelum melakukan kerja-kerja kimpalan.

K

S

Page 7: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalam 16 7

april 2007Nama : Mohd Akhmal bin Abu Bakar No. Kakitangan : 935“Date Joint” : 2 Ogos 2004 Jawatan : OperatorJabatan : MouldingSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Nama : Mohd Khairulazha bin Harun No. Kakitangan : P1011“Date Joint” : 1 Februari 2007 Jawatan : OperatorJabatan : SashSyarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.

Nama : Faizad bin Azib @ Aziz No. Kakitangan : K559“Date Joint” : 15 April 2004 Jawatan : JuruteknikJabatan : Kejuruteraan PengeluaranSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Berita H

R

Pekerja Terbaik Bulanan

mei 2007Nama : Asamawi bin Mat Ali No. Kakitangan : 770“Date Joint” : 3 April 2000 Jawatan : OperatorJabatan : MouldingSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Nama : Mohd Nor bin SalikunNo. Kakitangan : P712“Date Joint” : 1 Jun 2001 Jawatan : OperatorJabatan : SashSyarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.

Nama : Iskandar Ridzuan bin Rahim No. Kakitangan : K821“Date Joint” : 7 Februari 2006 Jawatan : KeraniJabatan : PPCSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Nama : Zulkifli bin Abdul Aziz No. Kakitangan : 1062“Date Joint” : 1 April 2007 Jawatan : OperatorJabatan : MouldingSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Nama : Hairuazemi bin Hussin No. Kakitangan : P586“Date Joint” : 15 Februari 2000 Jawatan : OperatorJabatan : SashSyarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.

Nama : Mohd Riswadi bin Mohamed No. Kakitangan : K401“Date Joint” : 5 Disember 2000 Jawatan : OperatorJabatan : “Production Assembly”Syarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

jun 2007

Nama : Tuan Mohd Hazunaidi bin Tuan KubNo. Kakitangan : 1063“Date Joint” : 1 April 2007Jawatan : OperatorJabatan : MouldingSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Nama : Kamirul Rejab bin Mohd IsaNo. Kakitangan : P823“Date Joint” : 7 Jun 2004Jawatan : OperatorJabatan : SashSyarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.

Nama : Mohd Razi bin NoradiNo. Kakitangan : K554“Date Joint” : 11 April 2004Jawatan : OperatorJabatan : “Production Stamping”Syarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

julai 2007

Page 8: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

8 Edaran Dalam 16

Ber

ita

HR

“Supplier Audit Training”upplier Audit Training” telah dijalankan di Ingress Operasi Nilai pada 17 dan 18 Julai 2007 yang lalu.

Seramai 10 orang kakitangan Jabatan Pembelian dan Pembangunan Pembekal (PVD) dari Ingress Operasi Nilai, Ingress Technology Centre (ITC), Bangi dan Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB), Bukit Beruntung telah menyertai kursus yang dikendalikan oleh jurulatih dalaman, Tn. Hj. Jamaludin bin Maarof dari Jabatan “Group IBMS”, ICB.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan tunjuk ajar bagaimana untuk menjalankan audit di syarikat pembekal yang telah dilantik oleh Ingress.

• Tn. Hj. Jamaludin bin Maarof begitu tekun menyampaikan ilmu-ilmu yang berguna kepada para peserta.

• Sesi bengkel diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta mengeluarkan idea-idea yang bernas.

“Return on Investment”atu kursus dalaman yang dikenali sebagai “Return on Investment” telah diadakan pada 13 Julai 2007 di Bilik Mesyuarat, Lot 1B, Ingress

Corporation Berhad, Ampang.

Seramai tujuh orang kakitangan menyertai kursus yang dikendalikan oleh jurulatih dalaman Ingress yang berpengalaman, iaitu En. Khyrun Anuar bin Zainol, Penolong Pengurus, Jabatan Latihan dan Pembangunan, ICB.

Peserta-peserta terdiri daripada kakitangan Seksyen Latihan dan Pembangunan serta Jabatan “Group IBMS”.

• Salah seorang peserta sedang memberikan pandangan terhadap tajuk yang dibincangkan.

S

“S

Page 9: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalam 16 9

Berita “S

ubsidiaries”

Kempen Budaya Kerja Cemerlang

• Kakitangan tidak melepaskan peluang untuk memeriksa tekanan darah dan ketinggian.

• Acara senamrobik menyihatkan jasmani dan rohani jika diamalkan selalu.

Delegasi dari NPC & APOeramai dua orang delegasi dari Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) dan 22 orang delegasi dari Asian Productivity Organization

(APO) telah mengunjungi Ingress Operasi Nilai pada 11 Julai 2007.

Tujuan program lawatan ini diadakan adalah untuk melihat sistem pengurusan bersepadu yang diamalkan di Ingress. Selain itu, para delegasi juga berminat untuk mempelajari dan memahami konsep-konsep serta pendekatan-pendekatan produktiviti yang digunapakai di Ingress.

• Delegasi merakamkan kenangan di ruang pameran produk keluaran Ingress Operasi Nilai.

• Datuk Hj. Rameli bin Musa menandatangani sepanduk 10 Ciri Kakitangan yang Cemerlang.

a b a t a n Pembangunan S u m b e r M a n u s i a ,

Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah menganjurkan Kempen Budaya Kerja Cemerlang untuk semua lapisan kakitangannya selama empat minggu bermula dari 23 April 2007 sehingga 27 Mei 2007.

Objektif utama kempen ini diadakan

adalah untuk melahirkan kakitangan yang cemerlang demi memenuhi aspirasi dan merealisasikan visi dan misi syarikat ITSB khususnya dan Kumpulan Syarikat Ingress amnya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghasilkan kakitangan yang berketrampilan, cekap, berdisiplin dan amanah ke arah mencapai kecemerlangan diri dan organisasi.

JLebih RM7,000 diperuntukkan untuk menjayakan kempen berkenaan. Program dimulakan dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Hj. Rameli bin Musa, Naib Pengerusi Eksekutif / “Group CEO “ Ingress Corporation Berhad (ICB) pada hari yang pertama. “President / CEO, Automotive & Manufacturing Business Division”, Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain juga turut melancarkan Intranet pada hari yang sama.

Program-program lain yang telah dijalankan bagi menjayakan kempen ini adalah seperti Taklimat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Qiyamullail, Ceramah Agama Bulanan, Kaunter Pameran Produk-produk Islam, Kempen 5’S Rohani, Kursus Pembangunan Insan, Hari Keselamatan dan Kursus Kekeluargaan Islam (Baiti Jannati).

Semoga budaya kerja cemerlang ini dapat diamalkan oleh semua lapisan kakitangan pada setiap hari dari setiap aspek kehidupan dan bukan sekadar diamalkan pada musim-musim tertentu sahaja.

S

Page 10: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

10 Edaran Dalam 16

Jom Qiyamullail

hli Jawatankuasa Unit Surau, K e l a b K a k i t a n g a n

Ingress Technology Centre (ITC) Bangi telah menganjurkan program Jom Qiyamullail pada 19 Mei 2007 bertempat di Surau Ingress Operasi Bangi.

Seramai 20 orang kakitangan ITC telah menyertai program ini yang dibimbing oleh Ybhg. Ustaz Baharuddin bin Giman.

Program bermula dari jam 4.00 pagi. Ybhg. Ustaz Baharuddin telah mengimamkan solat Sunat Tahajjud, Taubat, Hajat, dan Witir. Selepas selesai mendirikan solat Subuh secara berjemaah, program kuliah Subuh pula diadakan sebagai tazkirah bagi menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan diri kepada Allah s.w.t.

Kursus Jenazahada 28 Julai 2007, Ahli Jawatankuasa Unit Surau, Kelab Kakitangan Ingress

dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Ingress Operasi Nilai telah menganjurkan Kursus Jenazah kepada 30 orang kakitangan.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk melahirkan individu yang betul-betul mahir di dalam pengurusan jenazah sehingga boleh menjadi sumber rujukan di dalam hal ehwal pengurusan jenazah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu dan kemahiran yang sedia ada bagi mereka yang pernah mempelajarinya sebelum ini.

Pihak penganjur telah menjemput Tn. Hj. Mohd Yusof bin Hj. Abd Hamid dan Pn. Hajah Zaridah binti Hj. Abdul Rani untuk menjayakan kursus ini. Peserta bukan sahaja diberikan ilmu pengurusan secara teori sahaja, bahkan mereka turut diberikan latihan secara praktikal.

Kursus ini berlangsung selama enam jam setengah bermula dari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang.

Lawatan dari PT Honda Prospect Motorada 16 Mei 2007, Pengurusan Tinggi dan Kanan PT Honda Prospect Motor (PT HPM)

telah mengadakan lawatan ke PT Ingress Malindo Ventures (PT IMV).

Program lawatan ini disertai oleh Mr. Kazuo Shindo (Penasihat), Mr. Hayato Muranami (Bahagian Pembelian Otomobil), Mr. Satoshi Maiyamoto (Penasihat Kanan), Mr. Lusiana (Bahagian Pembelian) dan Mr. Brigit (Jabatan QA/QC).

Program lawatan ini diadakan untuk melihat dengan lebih dekat lagi operasi perkilangan PT IMV di samping mengaudit PT IMV sebagai salah satu calon pembekal baru untuk PT HPM.

Ber

ita “

Sub

sidi

arie

s”

• Tn. Hj. Mohd Yusof bin Hj. Abd Hamid menunjukkan cara-cara memandikan mayat.

• Para peserta mempraktikkan cara-cara mengafankan mayat.

• Pelawat melihat salah satu daripada produk keluaran Ingress.

• Para pelawat melihat mesin “Strech Bending”.

PA

P

Page 11: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalam 16 11

Berita “S

ubsidiaries”

Pameran VIVA

ihak pengurusan Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah menganjurkan Pameran VIVA, iaitu model baru keluaran Perusahaan Otomobil Kedua

Sdn. Bhd. (PERODUA) kepada seluruh kakitangannya pada 17 Mei 2007.

Semua kakitangan tidak melepaskan peluang untuk melihat spesifikasi kereta berkenaan dengan lebih dekat lagi dan ada yang mengambil kesempatan untuk memandu uji.

Unjuran PerancanganPerniagaan Lima Tahun Kumpulan MD

• Antara kakitangan yang akan memandu uji model PERODUA VIVA.

P

Pada 6 Julai 2007, pihak pengurusan Kumpulan Multi Discovery (MD)

telah menganjurkan program Unjuran Perancangan Perniagaan Lima Tahun Kumpulan MD.

Program ini diadakan di Bilik Konvensyen MD bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari dengan penglibatan semua kakitangan Multi Discovery Sdn. Bhd. (MDSB) dan Ramusa Engineering Sdn. Bhd. (RESB).

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua peserta mengenai perancangan lima tahun syarikat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan dasar syarikat kepada kakitangan baru.

Kakitangan juga turut diberikan pendedahan secara umum mengenai pesaing-pesaing syarikat, peluang-peluang yang perlu diambil, ancaman-ancaman yang terdapat di persekitaran organisasi, kelebihan-kelebihan yang harus digunakan secara optima dan kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi.

Page 12: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

12 Edaran Dalam 16

Foku

s

Ingress Diiktiraf sebagaiPembuat Komponen Automotif Terbaik (Malaysia) 2007

I

• Datuk Hj. Rameli bin Musa menyampaikan ucapan penerimaan anugerahnya.

• Datuk Hj. Rameli bin Musa (lima dari kiri), bergambar kenangan bersama-sama dengan penyampai-penyampai dan penerima-penerima anugerah yang lain.

ngress Corporation Berhad (ICB) telah menerima Anugerah Pembuat Komponen Automotif Terbaik (Malaysia) 2007 daripada Frost &

Sullivan, sebuah syarikat perunding pertumbuhan global.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Mr. Kavan Mukhtyar, Rakan Kongsi dan Ketua Amalan Automotif dan Pengangkutan Frost & Sullivan bagi Asia Pasifik bersempena dengan Anugerah Automotif ASEAN 2007 Frost & Sullivan yang berlangsung pada hari Khamis, 28 Jun 2007 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Majlis penyampaian anugerah ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Rafidah binti Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Menurut Kavan Mukhtyar, penerima-penerima anugerah ini jelas memperlihatkan kepimpinan cemerlang dalam segmen pasaran masing-masing.

“Satu persamaan yang ada pada syarikat-syarikat ini ialah tumpuan yang tidak pernah goyah terhadap strategi pertumbuhan yang mementingkan pelanggan dalam persekitaran yang amat mencabar pada tahun 2006”, katanya.

Datuk Hj. Rameli bin Musa, Naib Pengerusi Eksekutif, ICB di dalam ucapan ringkasnya berkata:

“Kami berharap agar dapat memperkukuhkan lagi keyakinan kami untuk membina sebuah organisasi perniagaan yang menggabungkan satu budaya kepercayaan yang tinggi sehingga membolehkan Ingress membangunkan rakan kongsi yang bermakna di dalam serta di luar organisasi dengan sifat-sifat keusahawanan dan profesionalisma. Sesungguhnya kami akan terus membina kehidupan yang bermakna dan harmoni kepada persekitaran, walau di mana jua kami berada”.

Selain Ingress, enam buah organisasi tempatan yang lain turut menerima pengiktirafan ini kerana amalan terbaik dan prestasi cemerlang masing-masing dalam industri automotif negara tahun ini.

Syarikat-syarikat berkenaan ialah Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA), Naza Kia Sdn. Bhd., UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Automotive Synergy Sdn. Bhd., Public Bank Berhad dan Automotive Corporation Sdn. Bhd. (ACM).

Page 13: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalam 16 13

Page 14: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

14 Edaran Dalam 16

PERTEMUAN DENGAN ISTERI Beliau telah dipertemukan dengan isterinya melalui bekas kakitangan Ingress. Perkenalan bermula hanya dengan perbualan telefon sahaja. Setahun selepas itu, beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dengan bakal isteri yang akan menjadi penyejuk mata dan penawar hatinya.

PENGALAMAN KERJASelepas menamatkan pelajarannya pada tahun 1990, beliau terus bekerja di sebuah bengkel membuat gril selama tiga tahun. Selepas itu, seorang sahabatnya telah mencadangkan agar beliau cuba mengisi kekosongan yang terdapat di Ingress. Beliau bersyukur kerana mulai 3 Ogos 1994, beliau telah terpilih untuk berkhidmat di Ingress sehingga kini.

ANUGERAH/PENGHARGAAN YANG TELAH DITERIMA2004 : Anugerah 10 Tahun Perkhidmatan.

PRINSIP DAN FALSAFAH HIDUPBeliau berpegang kepada prinsip: ”Apa sahaja yang kita impikan, perlulah diusahakan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya mencapai impian tersebut“.

NASIHAT UNTUK KAKITANGAN INGRESSResepi kejayaan ialah berusaha dengan bersungguh-sungguh, elakkan dari memiliki sifat hasad dengki dan iri hati dan sentiasa berfikiran terbuka.

NamaAnuar bin Mahat

PekerjaanPenolong Penyelia, Jabatan Perkilangan

SyarikatIngress Precision Sdn. Bhd.

Tarikh Lahir5 Ogos 1973

Tempat LahirKajang, Selangor, Malaysia

Bilangan Adik-beradik3 orang

Nama IbuAminah binti Ibrahim

Nama BapaMahat bin Kamal

StatusBerkahwin

Nama IsteriZuraidah binti Zainal Abidin

PENDIDIKAN• 1989 ~ 1990 : Sekolah Menengah Vokasional Ampangan Seremban• 1986 ~ 1988 : Sekolah Menengah Tinggi Kajang• 1980 ~ 1985 : Sekolah Rendah Jalan Semenyeh, Kajang

PENGALAMAN HIDUPPengalaman hidup yang amat bermakna di dalam hidupnya ialah ketika beliau menjadi seorang suami dan bapa kepada dua orang anaknya. Pelbagai dugaan yang terpaksa dilalui untuk mendidik dan membesarkan mereka agar menjadi orang yang berguna pada masa akan datang.

Peringkat Bukan Eksekutif

biodata

Per

sona

liti

Page 15: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalam 16 15

ada 3 Julai 2007, satu kebakaran di kawasan belukar telah berlaku di belakang kilang Ingress Operasi Nilai.

Justeru itu, sepasukan Bomba dari Mantin dengan kerjasama ahli Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) dan beberapa kakitangan yang lain telah berusaha keras untuk memadamkannya.

Sebanyak tujuh gulung hos air telah dikeluarkan untuk mengawal api daripada terus marak. Namun, sejurus selepas pemergian ahli-ahli bomba yang bergegas untuk memadamkan api di tiga buah kilang lain yang berhampiran, api masih lagi marak menyebabkan ahli ERT bertungkus-lumus memadamkan api dengan menggunakan 10 buah tabung pemadam api jenis debu kering.

Kebakaran di Belakang Kilang Ingress NilaiEkoran daripada kejadian berkenaan, Pasukan Bomba telah menasihatkan kakitangan Ingress agar membersihkan semak-samun berhampiran dengan pagar Ingress selebar 15 kaki bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang pada masa akan datang.

Selain itu, semua peralatan pencegahan kebakaran perlulah sentiasa diperiksa dengan rapi supaya ia sentiasa berfungsi dengan sempurna.

Ahli ERT juga hendaklah sentiasa dilatih secara berterusan bagi memastikan kecekapan dan ketangkasan mereka dalam berhadapan dengan sebarang situasi yang mencemaskan.

• Ahli ERT dan beberapa kakitangan cuba memadamkan api sementara menunggu ketibaan Pasukan Bomba.

• Usaha memadamkan api oleh anggota bomba.

Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

empen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah diadakan pada 5 Julai 2007 di Ingress Operasi Nilai.

Antara aktiviti yang diadakan untuk menjayakan kempen berkenaan adalah ceramah, pameran dan tayangan video, Pencarian Lokasi Selamat dan pemeriksaan kesihatan secara percuma melalui tapak tangan dan mata oleh HPA dan Big Walk.

Datuk Hj. Rameli bin Musa, Naib Pengerusi Eksekutif Ingress Corporation Berhad (ICB) telah merasmikan program ini yang dijalankan secara berperingkat-peringkat sepanjang bulan Julai hingga Ogos 2007.

Pada majlis perasmian, semua kakitangan telah menurunkan tandatangan beramai-ramai sebagai janji untuk menjaga keselamatan diri sendiri dan orang lain semasa menjalankan tugas.

• Tn. Hj. Abdul Rahim bin Hitam turut menandatangani kain rentang iklan.

• Lima orang AJK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sedang membaca ikrar yang diketuai oleh En. Yusop bin Amat.

• Antara kakitangan yang turut menurunkan tandatangan.

P

K

Berita K

eselamatan dan K

esihatan

Page 16: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

16 Edaran Dalam 16

erdasarkan kepada buku yang bertajuk “Kenapa Umat Islam Mundur dan Umat Lain Maju” yang ditulis oleh Al-Amir Syakib Arsalah dan

diterjemahkan oleh Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukhti, beliau merumuskan bahawa terdapat lapan faktor utama yang menyumbang kepada faktor-faktor kemunduran orang-orang Melayu. Lapan faktor itu adalah:

1. Kejahilan dan Kekurangan Ilmu2. Kerosakan Akhlak3. Keruntuhan Akhlak Pemimpin4. Lalai dengan Hiburan dan Menyanjung Tinggi Para Artis5. Umat Islam Takut dan Pengecut6. Kekeliruan Para Penakut yang Jahil7. Sifat Jumud dan Juhud (Menentang)8. Hilang Kepercayaan Terhadap Diri Sendiri

Marilah kita singkap satu persatu faktor berkenaan secara terperinci sebagai renungan dan pengajaran bersama.

Faktor pertama, kejahilan dan kekurangan ilmu. Ini menyebabkan orang-orang Melayu tidak dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Sebahagian daripada mereka menolak atau menerima pandangan orang lain tanpa usul periksa.

Mereka memberikan tanggapan yang berbeza-beza terhadap Islam. Perbezaan pandangan ini boleh menimbulkan perbalahan dan pertelingkahan yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan permusuhan.

Sedangkan al-Quran sentiasa menganjurkan agar umat Islam menuntut ilmu sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam Surah at-Taubah, ayat 122 yang bermaksud:

“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila mereka kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)”.

Dalam surah an-Nahl, ayat 43, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan tidaklah Kami mengutuskan Rasul-rasul sebelum kamu (wahai Muhammad) melainkan dari kalangan orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui”.

Faktor kedua, kerosakan akhlak. Kerosakan akhlak berpunca daripada sikap suka membelakangkan al-Quran dan amalan umat-umat terdahulu.

Renungilah kata mutiara yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya umat-umat wujud kekal dengan kekalnya akhlak. Maka, jika runtuh akhlak sesuatu bangsa, maka bangsa itu pun akan runtuh bersamanya.”

Akhlak mulia adalah satu-satunya asas paling kuat untuk melahirkan insan yang berhati bersih, ikhlas dalam hidup, amanah dalam menjalankan tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. Sesungguhnya, Baginda Rasulullah s.a.w telah mendapat pendidikan yang sempurna dari al-Quran, lalu Baginda s.a.w mendidik umatnya dengan al-Quran juga.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku diutus semata-mata untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia”.

Rasulullah s.a.w telah mengajak sekalian makhluk untuk melengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan Allah s.w.t memuji Baginda Rasulullah s.a.w dengan firman-Nya di dalam surah al-Qalam ayat empat yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia”.

(bersambung di keluaran akan datang)

B

Sud

ut A

gam

a

Page 17: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalam 16 17

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Page 18: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

18 Edaran Dalam 16

Nama : Muhammad Saleh Najmuddin bin Mohd RazifTarikh Lahir : 1 Oktober 2006Nama Ibu : Nik Daliana binti Nik FaridNama Bapa : Mohd Razif bin HishamuddinJawatan : Penolong Pengurus, Jabatan Kewangan & PerakaunanSyarikat : Ingress Corporation Berhad

Nama : ‘Aisyah binti Mohd Zaini Tarikh Lahir : 2 Jun 2007Nama Ibu : Sazalina binti ShafieNama Bapa : Mohd Zaini bin ZakariaJawatan : Kerani, Jabatan PVDSyarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.

Nama : Muhammad Umar bin AbdullahTarikh Lahir : 7 April 2007Nama Ibu : Noraini binti MuhammadJawatan : Eksekutif Kanan PerakaunanSyarikat : Matrix Power Services Sdn. Bhd.Nama Bapa : Abdullah bin Emam

Nama : Alisya Maisara binti Abdul AzizTarikh Lahir : 2 Mac 2007Nama Ibu : Norhazlina binti HamidNama Bapa : Abdul Aziz bin Mohamad YunusJawatan : Eksekutif, “Corporate Communications”Syarikat : Ingress Corporation Berhad

CahayaMata

Nama : Muhammad Alif bin Mohammad Zainal Tarikh Lahir : 27 Januari 2007Nama Ibu : Noraini binti Ahmad NawawiJawatan : Eksekutif Sumber ManusiaSyarikat : Matrix Power Services Sdn. Bhd.Nama Bapa : Mohammad Zainal bin Mohd Zainuddin

Nama : Wan Mirza bin Wan SuffianTarikh Lahir : 3 April 2007Nama Ibu : Syaulawati binti Ahmad TajuddinNama Bapa : Wan Suffian bin Wan MansorJawatan : Eksekutif, Jabatan QMSSyarikat : Matrix Power Services Sdn. Bhd.

Nama : Muhammad Amirul Hakimi bin Mohd Yusoff Tarikh Lahir : 4 Jun 2007Nama Ibu : Emiza binti AzamiJawatan : Eksekutif, Jabatan Kewangan & PerakaunanSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.Nama Bapa : Mohd Yusoff bin Daud

Nama : Nor Shazliana binti Ahmad Suhaimi Tarikh Lahir : 21 Februari 2007Nama Ibu : Noriah binti Abdul RahmanNama Bapa : Ahmad Suhaimi bin JaafarJawatan : Eksekutif “Sash”Syarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.

Nos

talg

ia

Page 19: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalam 16 19

Nama : Nur Iffah Irdina binti Mohammad HafiziTarikh Lahir : 7 April 2007Nama Ibu : Norazrina binti Md JohariJawatan : Kerani, Jabatan Sumber ManusiaSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Bapa : Mohammad Hafizi bin Othman

Nama : Fikri Hakimi bin Noran ZahrineTarikh Lahir : 27 Mac 2007Nama Ibu : Nurul Arnizan binti AripinNama Bapa : Noran Zahrine bin ZainalJawatan : Jurutera ProjekSyarikat : Matrix Power Services Sdn. Bhd.

Nama : Althoff Iyad bin Azreen Turaz Radzik & Alraziq Ibrahim bin Azreen Turaz RadzikTarikh Lahir : 25 September 2006 & 16 Februari 2005Nama Ibu : Nurbaya binti Mohamad ArisNama Bapa : Azreen Turaz Radzik bin AznanJawatan : Pengurus, “Business Development Unit”, PTBSTSyarikat : PT Bina Selaras Tradindo, Jakarta

Nama : Mazaya Sakeenah binti Mohd HishamudinTarikh Lahir : 10 April 2007Nama Ibu : Salfarina binti SalimNama Bapa : Mohd Hishamudin bin SharudinJawatan : Penolong Pengurus, Jabatan Kewangan & PerakaunanSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Nama : Abdul Muhaimeen Sofiy bin SufianTarikh Lahir : 4 Jun 2007Nama Ibu : Saufi Zahriah binti Omar Nama Bapa : Sufian bin MuhamadJawatan : Penyelia, Jabatan PVDSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Nama : Nur Dini Qaisara Tarikh Lahir : 15 Julai 2007Nama Ibu : Ezatul Farina binti HarunNama Bapa : Azmir bin Mohd NordinJawatan : Eksekutif, “Side Impact Beam”Syarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Nama : Nur Amirah Husna binti Khairul AnuarTarikh Lahir : 20 Mei 2007Nama Ibu : Siti Mastura binti Mohd PilusJawatan : “Admin Asisstant”Syarikat : Matrix Power Services Sdn. Bhd.Nama Bapa : Khairul Anuar Sulaiman

Nama : Nur Akhtar Mahbub bin Nur SerflyTarikh Lahir : 23 JanuarI 2007Nama Ibu : Delumazwa binti Mohd KumranJawatan : Eksekutif, Jabatan Pembelian & PembangunanSyarikat : Matrix Power Services Sdn. Bhd.Nama Bapa : Nur Serfly Bin AliasJawatan : Penolong Pengurus ProjekSyarikat : Matrix Power Services Sdn. Bhd.

Nama : Muhammad Danial Amsyar bin Nor ShamTarikh Lahir : 22 Mei 2007Nama Ibu : Fuziatul Ekmal Riza binti Ahmad RidzuanNama Bapa : Nor Sham bin Ab. Rahman Jawatan : Eksekutif, Jabatan PerkilanganSyarikat : Matrix Power Services Sdn. Bhd.

Nostalgia

Page 20: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

20 Edaran Dalam 16

Nama : Hanizan bin Hussin Jawatan : Juruteknik, Jabatan PVDSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Isteri : Noor Azeyanti binti Md. DosahJawatan : Kerani, Jabatan Sumber ManusiaSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.Tarikh Perkahwinan : 9 Jun 2007

Nama : Noor Azhan bin HamzahJawatan : Eksekutif, Jabatan QMSSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Isteri : Farahiyah binti MakhtarTarikh Perkahwinan : 3 Jun 2007

Nama : Hasmizan bin HassanJawatan : Operator, “Production Stamping”Syarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Isteri : Norsariahtul Zaida binti ZaidiTarikh Perkahwinan : 1 Julai 2007

Nama : Sheikh Muharimi bin MudkhisJawatan : Operator, “Production Assembly”Syarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Isteri : Siti Rosmaniza binti Zainal AbidinTarikh Perkahwinan : 27 Mei 2007

Nama : Mohd Sahri bin Mohd SallehJawatan : Operator, “Production Assembly”Syarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Isteri : Suriyati binti Mohd SuhatTarikh Perkahwinan : 6 April 2007

Nama : Shahrazi binti HassanJawatan : Eksekutif, Jabatan MISSyarikat : Ingress Corporation BerhadNama Suami : Syed Elhamuddin bin Said OmarTarikh Perkahwinan : 29 Jun 2007

Nos

talg

ia

Page 21: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalam 16 21

Kuiz Teka Silang Kata (Siri Pertama)

Nama : Jawatan :No. K/Pengenalan : Jabatan :No. Kakitangan : Syarikat :

Melintang1. Salah satu daripada Syarat Sah Puasa.2. Zakat yang dikeluarkan khusus pada Bulan Ramadhan.3. Berpuasa pada 9 Zulhijjah hukumnya sunat. Hari itu

dikenali sebagai Hari_______.4. Hukum bersahur sebelum berpuasa.5. Kewajipan berpuasa difardhukan khusus untuk orang-

orang yang _______.6. Salah satu daripada perkara yang membatalkan ibadah

puasa.7. Bulan kesembilan dalam Islam.8. Keistimewaan malam “ Lailatul Qadar” difirmankan oleh

Allah s.w.t di dalam Surah al-_______.9. Makan sebelum terbit fajar.10. Salah satu daripada rukun berpuasa.11. Al-Quran mula diturunkan pada malam _______ 17

Ramadhan.

Ke bawah1. Hukum Solat Sunat Dua Hari Raya adalah Sunat _______.2. Berbuka puasa.3. Salah satu daripada Syarat Wajib Puasa.4. Hukum berpuasa pada 30 Sya’aban adalah haram. Hari itu

dikenali sebagai Hari _______.5. Peperangan apakah yang berlaku pada 17 Ramadhan 2

Hijrah?6. Hukum berpuasa pada 10 Zulhijjah.7. Hari raya Eidul Fitri juga dikenali sebagai Hari _______.8. Wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad

s.a.w ialah melalui Surah al- _______.9. Ramadhan berasal daripada Bahasa Arab. Apakah

maksudnya dari segi bahasa (“lughah”).10. Solat Sunat yang hanya dilakukan pada Bulan Ramadhan.11. Penentuan awal Ramadhan dan Hari Raya Eidul Fitri yang

dibuat melalui melihat anak bulan dikenali sebagai _______.

• Tarikh tutup permohonan pada 19/11/2007. • Hanya 3 pemenang akan dipilih bagi setiap siri.• Keputusan & pemenang akan disiarkan di dalam Majalah Nadi Ingress Edisi 17. • Sila hantar jawapan anda ke Group HRM, ICB.

Page 22: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

22 Edaran Dalam 16

Sidang Pengarang Nadi IngressPengurusan Sumber Manusia Kumpulan

Ingress Corporation BerhadLot 1M, First Floor, Plaza Flamingo

No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang68000 Ampang, Selangor

SETEM

Page 23: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalam 16 23

• Benarlah sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: “Jika kamu bertiga, maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya”.

• I memang tak setuju kalau you nak jadikan kawasan ini sebagai ladang ternakan unta.

• Dah lama sungguh aku tak merasa makanan sesedap ini.

• Mana pengantin perempuan ni, tak sampai-sampai lagi.

• Wajah orang “local” dan

“interlocal” sama-sama

berantakan mukanya.

• Ibu-ibu koperasi sedang menunggu jatah

makan.

• Mantap kali rasanya... He!

He! He! 30 kali...

• Apasal semua orang

tersengih-sengih macam

kerang busuk ni? Aku

belum buat lawak lagi!...

• Amacam projek burung puyuh kita? Bila boleh “joint venture” dengan Ingress?

• Orang lain sibuk belajar, dia boleh lena hisap botol susu.

• Walaupun aku terpaksa bekerja tanpa mengira hujan atau panas, namun badanku tetap berbau wangi.

• Harap-harap nama aku terpilih untuk menjadi calon Pekerja Terbaik.

Wajah-w

ajah Ingress

Page 24: Terbaik INGRESS CORPORATION BERHAD Automotif …nadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 16 Final.pdf · • Delegasi dari NPC & APO • Kursus Jenazah ... kita dapat

24 Edaran Dalam 16

Kar

ya