pengumuman iasb - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/nadi_upload/nadi ingress edisi 13...

22
KDN. PP 12636 / 5 / 2007 www.ingresscorp.com Edaran Dalaman 13 A N A S E A N C O M P A N Y W I T H G L O B A L R E A C H Pengumuman IASB sebagai Pengedar Baru Kereta BMW

Upload: lamnguyet

Post on 23-Jul-2019

260 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

INGRESS CORPORATION BERHAD (490799-K)

KDN. PP 12636 / 5 / 2007 www.ingresscorp.com Edaran Dalaman 13

A N A S E A N C O M P A N Y W I T H G L O B A L R E A C H

Pengumuman

IASBsebagai Pengedar Baru Kereta

BMW

Page 2: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

� Dari Meja Pengarang

Dari Meja Pengarangengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji

hanya bagi Allah dengan sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah ke atas sebaik-baik insan ciptaan-Nya, penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga, sahabat-sahabat serta para pengikut Baginda radhiallahu’anhum.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan kurniaan-Nya, kita berpeluang untuk bersua kembali di dalam Majalah Nadi Ingress Edisi yang Ke-�3. Liputan peristiwa yang kami ketengahkan pada kali ini lebih kepada kejayaan-kejayaan dan pencapaian-pencapaian syarikat yang boleh dibanggakan dan perlu disyukuri bersama-sama.

Ia bermula dengan pengumuman Ingress Auto Sdn. Bhd. (IASB) sebagai pengedar baru kereta BMW pada �0 Februari �006 yang lalu di ibu pejabat BMW Malaysia di Cyberjaya. Hasil kesabaran, ketekunan, usaha dan kerjasama yang bersepadu serta penggemblengan tenaga yang berterusan daripada semua lapisan kakitangan Kumpulan Syarikat Ingress, kita terus melangkah ke hadapan dan Insya-Allah akan terus maju dan berkembang dari semasa ke semasa. Perkembangan terbaru yang dapat kita kongsi bersama adalah syarikat Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) di Ayutthaya, Thailand telah mengasaskan kilang kedua di sana baru-baru ini. Inilah salah satu faktor yang menjadikan Kumpulan Syarikat Ingress sebagai organisasi contoh yang sentiasa dipilih oleh organisasi-organisasi luar untuk mengadakan lawatan-lawatan rasmi bagi melihat operasi perkilangan serta sistem-sistem yang dilaksanakan seperti 5’S dan sebagainya.

Di samping mengejar pencapaian dan matlamat yang telah ditetapkan, pihak syarikat juga telah menganjurkan beberapa program berbentuk kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagai pendedahan dan panduan asas yang boleh diamalkan oleh semua warga Ingress agar dapat melaksanakan tugas di dalam suasana yang sihat dan selamat. Selain itu, apa yang boleh dibanggakan dengan sikap warga Ingress adalah dari segi inisiatif yang diambil

untuk menganjurkan beberapa program sampingan yang bukan sahaja boleh merehatkan minda dan fizikal, malah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin di antara satu sama lain. Program-program seperti Hari Keluarga, Sukaneka dan sebagainya inilah yang akhirnya akan menimbulkan suasana kerja yang harmoni, sejahtera dan ceria.

Tidak lupa juga Sidang Pengarang mewakili semua kakitangan Kumpulan Syarikat Ingress ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Y. Bhg Datuk Rameli bin Musa, Naib Pengerusi Eksekutif, Ingress Corporation Berhad yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Yang di-Pertuan Agong XII Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 3 Jun �006 serta Anugerah Usahawan Tulen oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Anugerah Usahawan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia �006 pada �3 Jun �006.

Akhir kata, Sidang Pengarang ingin mengajak semua warga Ingress berganding bahu untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh di dalam apa jua perkara yang dilakukan sementara masih diizinkan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini.

Ingatlah pesanan Nabi Muhammad s.a.w di dalam sabda Baginda:

“Gunakanlah lima perkara sebelum tibanya lima perkara iaitu: masa mudamu sebelum tiba masa tuamu; masa sihatmu sebelum tiba masa sakitmu; masa kayamu sebelum tiba masa miskinmu; masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu; dan masa hidupmu sebelum tiba masa matimu”.

(Hadits riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Sekian daripada Sidang Pengarang. Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DSidang Pengarang

Ketua PengarangRamli bin Napiah

Sidang PengarangDr. Che Rosli bin Che Mat

Mohamed Diah bin Baharun

Rosyatimi binti Abdullah

Penyumbang ArtikelKhyrun Anuar bin Zainol

Abdul Aziz bin Mohd. Yunus

Mat Ali bin Mohamed (Operasi Nilai)

Nizaiham binti Mohd. Nor (Operasi Nilai)

Shaiful Khairy bin Kamarul Zaman (Operasi Nilai)

Mohd Hisyam bin Abdul Ghani (ITSB)

Izdihar bin Anua (MDSB)

Ahmad Jeffridin bin Jais (O&G)

Hidzir bin Abdullah (ITC)

Charan Hamdanee (IAV)

Rosidi bin Hasan (PT IMV)

Jurufoto dan EdaranMohd. Nizam bin Abdullah

PenerbitIngress Corporation Berhad

Lot 1M, 1st Floor,

No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang

68000 Ampang, Selangor.

Tel: 03-4252 9696

Faks: 03-4252 9393

Laman Web: www.ingresscorp.com.my

Rekabentuk

Urus Cetak

Triknight Communications Sdn.Bhd.

36-3, Jalan 24/70A, Off Jalan Bukit Kiara,

Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2300 1051 / 1052 Faks: 03-2300 1062

E-mail: [email protected]

Aslita Sdn. Bhd.

No. 20, Jalan 4/10B, Spring Crest Industrial Park,

Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-6186 7645 Faks: 03-6186 7635

E-mail: [email protected]

Page 3: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

INGRESS CORPORATION BERHAD (490799-K)

3

Dari Meja Pengarang 2–3

Amanat Naib PengerusiEksekutif 4

Berita Korporat 5• “Analysts and Fund Managers’ Briefing” Kali Ke-9• Naib Pengerusi Eksekutif Bergelar Datuk

Berita HR 6• “Practical FMEA”• “Working with Thais”

Berita “Subsidiaries” 7–9• Hari Keluarga Kumpulan MD• Kursus Pra Perkahwinan ITSB 2006• Lawatan dari Digiland Distribution (M ) Sdn. Bhd.• Lawatan dari INOKOM ke ITSB• Lawatan dari Mayor Industries Ltd.• Lawatan daripada CEO PROTON EDAR• Pertandingan Joran ITSB 2006

Berita Keselamatan& Kesihatan 10-11• Adakah Rumah Anda Selamat?• Keselamatan di Dapur• Kempen Keselamatan dan Kesihatan di Ingress Operasi Nilai• Kempen Kesihatan ITSB 2006

• Allahyarham Shahriman dalam Kenangan

Fokus 12-13• Pengumuman IASB sebagai Pengedar Baru Kereta BMW

Personaliti 14-15• Biodata Peringkat Bukan Eksekutif

Jendela “Overseas” 16-17• “Annual Departmental Policy FY 2006/07”• Majlis Berkhatan• Upacara Mengasaskan Kilang Kedua Ayutthaya

Berita KKI 18• Program Karnival Sukaneka Ingress Operasi Nilai 2006

Nostalgia 17 &19

Sudut Agama 20

Berita Bergambar 21

“Candid Camera” 22-23

Karya 24

Majlis Penghargaan AJK

Nadi Ingress

• Berdiri dari kiri : Rosyatimi binti Abdullah, Izdihar bin Anua, Hidzir bin Abdullah, Mohd Nizam bin Abdullah, Abdul Aziz bin Mohd Yunus, Hj. Mat Ali bin Mohamed, Napiah bin Shaari, Nizaiham binti Mohd Nor.

• Duduk dari kiri : Mohamed Diah bin Baharun,Tn. Hj. Ramli bin Napiah.

• Tiada di dalam gambar : Dr. Che Rosli bin Che Mat, Khyrun Anuar bin Zainol, Mohd Hisyam bin Abdul Ghani, Ahmad Jeffridin bin Jais @ Mat Jaih, Rosidi bin Hasan, Charan Hamdanee.

Dari Meja Pengarang

ada hari Khamis, �0 April �006 yang lalu, Sidang Pengarang Nadi Ingress Sesi �005/06 telah menganjurkan Majlis Penghargaan AJK Nadi Ingress. Majlis tersebut

turut dihadiri oleh Ketua Pengarang Nadi Ingress, Tn. Hj. Ramli bin Napiah.

Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh semua Ahli Jawatankuasa, setiap seorang menerima sekeping sijil penghargaan dan cenderamata sebagai dorongan agar mereka terus bersemangat untuk menyediakan artikel-artikel sebagai tatapan semua kakitangan Kumpulan Syarikat Ingress. Majlis berakhir dengan sesi fotografi dan seterusnya Jamuan Makan Tengahari di Naab Iranian Fine Cuisine, Ampang Point, Ampang, Selangor Darul Ehsan.

P

Isi Kandungan

Page 4: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

engan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Al-Hamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam semesta, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, para sahabat dan pengikut Baginda radhiallahu’anhum yang berjuang secara habis-habisan untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t di muka bumi ini.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebagai pembuka kata, saya berminat untuk mengajak diri saya dan seluruh warga Ingress yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian untuk memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih menyayangi kita semua dengan mengurniakan hidayah dan nikmat Iman dan Islam. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Islam ialah agama yang suci, lengkap dan menyeluruh serta sesuai pada segenap alam dan peredaran zaman. Islam telah dijamin kesempurnaannya oleh Allah s.w.t, bertepatan dengan firman-Nya yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w melalui Surah Al-Maaidah, ayat yang ketiga yang bermaksud:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama kamu”.

Sebagai umat terpilih yang sentiasa melafazkan pengakuan dua kalimah syahadah sekurang-kurangnya sembilan kali sehari semalam ini, kita haruslah mencari peluang dengan sebaik-baiknya untuk mendalami ilmu agama walaupun sentiasa disibukkan dengan urusan kehidupan seharian. Ini kerana, agama merupakan panduan dan pedoman hidup seseorang insan untuk meraih kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Tanpa agama, hidup kita akan menjadi terumbang-ambing dan dikhuatiri kita akan terpesong dari matlamat sebenar kita diciptakan oleh Allah s.w.t iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t (Mardhatillah).

Saudara dan Saudari yang saya kasihi sekalian,

Kehidupan di dunia ini bermula dari peristiwa Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke bumi dan ia akan berterusan sehinggalah Malaikat ‘Izrail datang menjemput kita kembali bertemu dengan Pencipta Yang Maha Esa ataupun sehingga Malaikat Israfil meniupkan angin sangkakala yang pertama. Sepanjang perjalanan kehidupan tersebut, setiap insan perlu sentiasa berubah seiring dengan perkembangan sesuatu zaman sehinggalah ke hari ini. Ada sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa zaman berubah, maka pegangan juga haruslah berubah. Tetapi al-Quran menyatakan bahawa, walau sejauhmana berubah sekalipun kehidupan ini, hukum-hakam yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah tidak akan berubah sama sekali. Begitu juga dengan pegangan dan agama yang kita anuti,

juga tidak sepatutnya akan terjejas disebabkan oleh peredaran zaman.

Justeru itu, marilah kita sama-sama fahami dan hayati sejenak firman Allah s.w.t di dalam Surah A-li ‘Imraan ayat �03 yang bermaksud:

“Dan berpegang-teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai”.

Begitu juga dengan sepotong sabda Rasulullah s.a.w di dalam Khutbah Terakhir Baginda yang disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun �0 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepadamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang-teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan as-Sunnah”.

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Kita bersyukur kerana dalam keadaan ramai orang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan untuk mencari nafkah bagi menyara diri dan keluarga, kita masih mampu berkembang walaupun operasi kita di Nilai dan Indonesia mengalami sedikit penurunan dari segi keuntungan dan jumlah pengeluaran. Penurunan tersebut banyak berpunca daripada faktor kenaikan harga minyak yang akhirnya mencetuskan kenaikan harga barangan, operasi dan sebagainya. Selain itu, ia juga berpunca daripada jumlah permintaan yang berkurangan daripada pelanggan-pelanggan kita disebabkan oleh persaingan kereta nasional dan kereta-kereta dari luar. Inilah ujian dan cabaran getir yang kita perlu hadapi bersama-sama.

Oleh itu, kita perlulah bermuhasabah dan berfikir apakah kaedah-kaedah alternatif yang boleh diambil untuk mengurangkan kos operasi perkilangan. Berilah kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak pengurusan untuk menjayakan aktiviti Pengurangan Kos (CR ~ “Cost Reduction”) dan sebagainya untuk menghadapi segala ujian dan cabaran sedemikian dengan penuh kesabaran dan pohonlah pertolongan dan petunjuk daripada Allah s.w.t dengan penuh pengharapan.

Walaupun kita perlu berhadapan dengan cabaran sedemikian, kita bersyukur sekali lagi kerana Syarikat Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB), Bahagian PER (Kejuruteraan Kuasa dan Pengelektrifikasian Landasan Keretapi) dan Ingress Autoventures Co., Ltd. di Thailand memperolehi keuntungan yang agak memberangsangkan. Ini sedikit-sebanyak akan mempengaruhi keuntungan kumpulan, selain dapat membantu perjalanan operasi syarikat-syarikat yang kurang memberangsangkan. Aspek tolong-menolong inilah yang perlu kita amalkan setiap masa demi merealisasikan visi yang telah ditetapkan.

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Kita perlulah sentiasa menginsafi bahawa Islam sentiasa menyarankan agar penganutnya sentiasa melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh di dalam apa jua bidang yang diceburi. Justeru itu, kita mestilah sentiasa meningkatkan kualiti kerja, mematuhi disiplin, peraturan dan prosedur yang telah digariskan, menyempurnakan tugasan tepat pada masanya dan sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab yang diberi ke tahap yang paling baik yang mampu kita laksanakan kerana kita hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan. Hakikat inilah yang perlu kita sama-sama cuba untuk berusaha agar hari ini menjadi lebih baik dari semalam dan hari esok menjadi lebih baik dari hari ini.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

Berpegang-teguhlah kepada

AgamamuD

Page 5: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

INGRESS CORPORATION BERHAD (490799-K)

5

nalysts and Fund Managers’ Briefing” Kali Kesembilan

telah diadakan dengan jayanya pada �7 Mac �006 yang

lalu di Hotel Nikko, Kuala Lumpur bermula dari jam �0.30

pagi sehingga �.00 tengah hari.

Antara agenda utama program ini diadakan adalah untuk

membentangkan status kewangan bagi Suku Tahun Keempat bagi

Tahun Kewangan �005/06. Selain itu, prospek, masa depan,

peluang-peluang perniagaan serta strategi-strategi korporat juga

turut dibentangkan oleh Ketua-ketua Unit Perniagaan.

• Barisan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Syarikat Ingress.

• Ruang pameran produk keluaran Ingress.

Naib Pengerusi Eksekutif Bergelar

Datukaib Pengerusi Eksekutif, Ingress Corporation

Berhad, Tn. Hj. Rameli bin Musa dikurniakan

Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN)

oleh Yang di-Pertuan Agong XII Tuanku Syed Sirajuddin

Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sempena

hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda yang ke-63

yang lalu.

Penerimaan darjah kebesaran ini membawa gelaran

Y. BHG DATUK RAMELI BIN MUSA berkuatkuasa

3 Jun �006.

“A

N

Berita Korporat

Fund Managers’ Briefing”

Kali Ke-9

“Analysts and

• Sebahagian daripada tetamu yang hadir.

Page 6: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

6

• Peserta latihan begitu tekun mendengar keterangan yang disampaikan.

• Fasilitator sedang memberikan penerangan.

• Semua peserta begitu tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Fasilitator.

“W

“Working with Thais”orking with Thais” telah diadakan

pada 6 April �006 yang lalu di Institut

Latihan Kumpulan Wang Simpanan

Pekerjaan (ESSET). Program ini disertai oleh 3�

orang kakitangan yang terdiri daripada Pengurus

Besar, Pengurus, Penolong Pengurus, Eksekutif

dan Penyelia Kumpulan Syarikat Ingress.

Program ini dikendalikan dengan jayanya oleh

Siam Connection Sdn. Bhd. dengan tujuan untuk

memberikan pendedahan dan maklumat kepada

para peserta mengenai cara-cara berinteraksi di

dalam melaksanakan pekerjaan khususnya yang

melibatkan kepelbagaian budaya.

• Semua peserta bergambar kenang-kenangan selepas latihan.

• Fasilitator sedang menyampaikan ucapan.

Berita HR

“Practical FMEA”ractical FMEA” telah diadakan pada 30 dan 3� Mac �006 yang lalu di Institut Latihan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (ESSET). Program ini disertai oleh �8 orang

kakitangan yang terdiri daripada Pengurus, Penolong Pengurus, Eksekutif dan Penyelia Kumpulan Syarikat Ingress.

Program yang dikelolakan oleh Tn. Hj. Jamaludin bin Maarof, Pengurus Besar Kanan, “Group IBMS” ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan pemahaman kepada peserta mengenai konsep, keperluan dan perlaksanaan FMEA.

“P

Page 7: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

INGRESS CORPORATION BERHAD (490799-K)

7Berita “Subsidiaries”

Hari Keluarga

• Bergambar kenangan selepas Jamuan Makan Malam.

Kursus Pra- Perkahwinan ITSB 2006

Lawatan dari Digiland Distribution (M) Sdn. Bhd.

P

S

ada 30 Januari �006 sehingga � Februari �006, Kumpulan Multi Discovery (MD) telah menganjurkan Hari Keluarga untuk semua kakitangan dan keluarga bertempat di Paradise

Sandy Bay Resort, Pulau Pinang.

Aktiviti yang dijalankan selama tiga hari dua malam ini diadakan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan kakitangan serta merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.

Pelbagai program telah diatur dan acara utamanya ialah sukaneka yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai peringkat umur. Acara sukan dibahagikan mengikut kategori kanak-kanak dan dewasa. Di antara sukan yang dipertandingkan adalah selipar gergasi, lari di dalam guni, “futsal with sarung” dan sebagainya.

Acara kemuncak ialah majlis penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Dr. Akram bin Che Ayub dan Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan MD kepada pemenang-pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan.

Pada sebelah malamnya, jamuan barbeku telah diadakan di Grand Ball Room, Paradise Sandy Bay. Jamuan tersebut diakhiri dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu “Cabutan Bertuah” yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik.

ngress Operasi Nilai telah menerima kunjungan daripada wakil Digiland Distribution (M) Sdn. Bhd. iaitu Mr. Xavier David (“Country Manager”/ “General Manager”) pada 5

April �006 yang lalu.

Beliau telah diberikan penerangan mengenai Ingress Corporation Berhad dan Ingress Operasi Nilai. Seterusnya beliau dibawa melawat ke bahagian perkilangan oleh wakil pengurusan Ingress Operasi Nilai.

Kunjungan beliau berakhir pada jam ��.30 tengahari.

• Mr. Xavier David (memakai topi keselamatan) bergambar kenangan di Kaunter Penyambut Tetamu.

I

Kumpulan MDatu Kursus Pra-Perkahwinan anjuran bersama Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah

diadakan pada 8 dan 9 April �006 di Masjid Bukit Sentosa, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Seramai 63 orang kakitangan ITSB telah menyertai kursus ini.

• Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan merah, hitam dan putih.

Page 8: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

8 Berita “Subsidiaries”

Lawatan dariINoKoM ke ITSB

ada 6 Februari �006, wakil pengurusan INOKOM telah mengadakan lawatan rasmi ke Ingress Technologies Sdn.

Bhd. (ITSB). Lawatan ini diketuai oleh En. Zainal bin Osman.

En. Hamidi bin Maulod dan En. Azhar bin Abdul Aziz selaku Pengurus Besar Kanan dan Pengurus Besar ITSB telah meraikan kedatangan mereka dengan memberikan taklimat korporat dan membawa para pelawat ke bahagian perkilangan untuk menerangkan perjalanan operasi perkilangan ITSB dengan lebih lanjut lagi.

Lawatan dari Mayor Industries Ltd.

• Sesi Taklimat Korporat.

• Lawatan ke Bahagian Perkilangan.

• Merakamkan kenangan di Ruang Pameran.

• Para pelawat diberi penerangan mengenai operasi perkilangan ITSB.

P

• Ketibaan para pelawat ke ITSB.

• Taklimat ringkas mengenai aktiviti yang dijalankan di ITSB disampaikan oleh En. Hishamudin bin Lah.

ada �8 April �006, Ingress Operasi Nilai telah dikunjungi oleh tiga orang wakil dari Mayor Industries Ltd.

Lawatan tersebut diketuai oleh Mr. Rajesh Gupta dan Mr. P Lal yang tiba pada jam 9.30 pagi. Lawatan ini diadakan dengan tujuan untuk melihat operasi perkilangan di Nilai dengan lebih mendalam. Dalam lawatan tersebut, tetamu telah diberikan taklimat korporat dan operasi perkilangan serta lawatan ke bahagian perkilangan.

Rombongan berangkat pulang pada jam ��.50 tengahari.

P

Lawatan daripada CEo PRoToN EDAR

Page 9: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

INGRESS CORPORATION BERHAD (490799-K)

9Berita “Subsidiaries”

etua Pegawai Eksekutif (CEO) PROTON EDAR, Datuk Marwan bin Mohd Said telah mengadakan lawatan rasmi beliau ke Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) pada 7 Februari �006 bersama-sama dengan wakil Kesatuan Sekerja PROTON EDAR.

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk melihat perlaksanaan aktiviti 5’S yang diamalkan di ITSB selain dari melihat perjalanan operasi perkilangan ITSB dengan lebih dekat lagi.

Pengarah Urusan ITSB, Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain turut sama meraikan kunjungan kehormat daripada beliau.

• Lawatan ke bahagian perkilangan diiringi oleh Pengarah Urusan ITSB, Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain.

K

Pertandingan Joran

• Pertandingan sengit bermula untuk menentukan siapakah yang bakal bergelar juara.

• Para peserta mengambil tempat masing-masing.

ertandingan Joran Ingress Technologies

Sdn. Bhd. (ITSB) �006 telah diadakan

pada hari Ahad, � April �006 di Kolam

Air Masin, Batang Kali, Selangor Darul

Ehsan. Sebanyak ��0 ekor ikan telah

berjaya dipancing oleh para peserta. Banyak

permintaan yang dibuat oleh kakitangan agar

pertandingan sedemikian dapat diteruskan

lagi pada tahun-tahun akan datang.

Terdahulu sebelum itu, pihak penganjur telah

mengadakan Pertandingan Pra-Joran ITSB

�006 pada hari Ahad, �6 Februari �006

yang lalu dengan penyertaan 70 orang

kakitangan ITSB. Pertandingan ini diadakan

di Kolam Pancing Sungai Buaya, �0 km dari

Kilang ITSB. Pertandingan yang bermula dari

jam 8.00 pagi sehingga ��.00 tengahari ini

sungguh meriah kerana selain dari memenuhi

kepuasan hobi masing-masing, para

peserta juga dapat mengeratkan hubungan

silaturrahim di antara satu sama lain.

P

• Salah seekor daripada ikan yang telah berjaya dipancing.

ITSB 2006

• Pemenang bergambar kenangan dengan hamper dan hasil tangkapan mereka.

Page 10: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

�0 Berita Keselamatan dan Kesihatan

ecara umumnya, semua rumah yang didirikan oleh para pemaju telah mengambil kira aspek keselamatan penghuninya. Namun, tahap risikonya akan berubah

mengikut kadar pengubahsuaian yang dilakukan oleh pemilik yang memasang segala kelengkapan perabot dan sebagainya.

Kebanyakan rumah tidak selamat bagi kanak-kanak dan mengikut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kemalangan di dalam rumah merupakan kes kedua terbanyak selepas kemalangan jalan raya. Kemalangan ini banyak melibatkan kanak-kanak pra-sekolah dan tempat yang paling kerap berlaku ialah di dapur. Rekod menunjukkan ia sering berlaku selepas jam �.00 petang.

Usaha untuk mengelakkan kemalangan �00% adalah tidak mungkin, tetapi kecederaan boleh dielakkan atau dikurangkan dengan mengambil beberapa langkah seperti berikut:

1.Mengenalpasti“hazard”

Perhatikan di persekitaran rumah anda sekiranya terdapat objek atau pemasangan yang berpotensi untuk mendatangkan kecederaan fizikal dan kesihatan dalaman.

2.Mengawal“hazard”

Anda haruslah memikirkan secara berkesan bagaimana hendak mengawal atau menghapuskan hazard tersebut tanpa menjejaskan atau menghilangkan fungsinya, terutamanya risiko yang melibatkan kanak-kanak yang masih belum mumayyiz.

Keselamatan di Dapurontoh yang paling mudah untuk diperbincangkan di sini ialah keselamatan di dapur. “Hazard” yang biasa terdapat di dapur ialah seperti berikut:

• Terbakar disebabkan oleh api memasak• Melecur disebabkan oleh air atau minyak panas• Tergelincir dan jatuh• Renjatan elektrik• Termakan bahan beracun• Luka yang berpunca dari peralatan yang tajam

Antara langkah yang boleh dilakukan bagi menghindarkan kita dan anak-anak dari ditimpa kemalangan dan kecederaan ialah seperti berikut:

• Halakan pemegang peralatan memasak ke sebelah kiri atau kanan kita.• Anda dinasihatkan supaya tidak bersama atau mendukung bayi atau anak kecil semasa memasak.• Pastikan dahulu keadaan lantai dapur tidak berair atau berminyak dan licin.• Laci untuk menyimpan pisau atau kelengkapan-kelengkapan memasak yang lain hendaklah tidak mudah dibuka oleh kanak- kanak.• Pastikan bucu perabot yang tingginya di bawah tiga kaki tidak tajam.• Anda amat dianjurkan untuk memasang kelengkapan mengesan asap atau suhu panas berhampiran dengan ruang masuk ke dapur.

Adakah Rumah Anda Selamat?S

C

Page 11: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

INGRESS CORPORATION BERHAD (490799-K)

��

Kempen Keselamatan dan Kesihatan di Ingress operasi Nilai

atu kempen keselamatan dan kesihatan untuk kakitangan di Ingress Operasi Nilai telah diadakan pada

3 hingga 6 April �006 yang lalu. Majlis perasmiannya telah dilancarkan oleh Dr. Che Rosli bin Che Mat selaku Pengurus Besar, Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan yang mewakili Tn. Hj. Ramli bin Napiah, Pengarah Eksekutif Kumpulan, “Group IBMS” / “Group HRD”.

Dalam ucapannya, Dr. Che Rosli bin Che Mat menggesa kakitangan Ingress supaya mengenalpasti semua jenis “hazard” yang terdapat di persekitaran tempat kerja dan berusaha bersungguh-sungguh agar semua kakitangan mengambil berat terhadap keselamatan diri dan orang lain sesuai dengan kehendak Seksyen �� (�a) Bahagian 6, di bawah Kewajipan Am Pekerja, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan �99�.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

• Taklimat dan demonstrasi memadamkan kebakaran• Pameran anti-dadah• Derma darah• Pameran kesihatan• Ceramah kesihatan• Ceramah anti-dadah• Tayangan video• Kuiz keselamatan dan kesihatan

Sepanjang kempen tersebut dijalankan, lebih 50 hadiah telah dikeluarkan untuk pemenang-pemenang kuiz yang dijalankan

• Seorang ahli bomba menunjukkan demonstrasi memegang alat pemadam kebakaran dengan betul.

• Tuan Johar menyampaikan taklimat mengenai keselamatan bahaya kebakaran.

• Ceramah Kesihatan disampaikan oleh Dr. Rayney Azmi bin Ali.

• Kakitangan berlumba-lumba untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang diutarakan.

• Salah seorang daripada pemenang menerima hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur.

Berita Keselamatan dan Kesihatan

secara spontan pada waktu rehat pagi, petang dan malam. Di samping itu juga, sebuah gerai jualan untuk peralatan memadamkan kebakaran juga turut dibuka kepada kakitangan.

Kempen ini telah ditutup dengan rasminya oleh En. Baharuzzaman bin Abd. Kadir, Pengurus Besar Perkilangan yang menyatakan bahawa kempen ini akan hanya berjaya sekiranya kakitangan sentiasa membudayakan kerja selamat dalam tugasan seharian mereka.

S

Kempen Kesihatan ITSB 2006

S atu Kempen Kesihatan anjuran bersama Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) dan Kementerian

Kesihatan Malaysia, Daerah Kuala Kubu Bharu serta Tabung Darah Negara telah diadakan pada hari Khamis, 9 Mac �006 di kantin ITSB.

Sambutan yang diberikan oleh kakitangan ITSB adalah di luar dugaan sehingga bekas menyimpan darah untuk kegunaan penderma darah telah kehabisan. Ini menyebabkan ramai lagi kakitangan yang berhajat untuk menderma darah tidak dapat berbuat demikian. Selain dari aktiviti menderma darah, pemeriksaan dan pameran kesihatan juga turut diadakan.

AllahyarhamShahriman

dalamKenanganllahyarham Shahriman bin Md Shukor telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, �� Jun �006

bersamaan dengan �7 Jamadilawal ���7 Hijrah.

Pemergian Allahyarham merupakan satu lagi kehilangan yang besar buat Ingress khususnya warga Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB). Allahyarham mula berkhidmat di ITSB pada �� Januari �005 dengan memegang nombor perkhidmatan K69� dan berjawatan Kerani di Jabatan PVD.

• Marilah sama-sama kita

sedekahkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allah-yarham ditem-patkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah...

A

Page 12: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

�� Fokus

• Antara tetamu yang hadir.

Pengumuman IASB sebagai Pengedar Baru Kereta BMW

• Dari kiri: Datuk Rameli bin Musa, Mr. Vijayaratnam Thamartnam dan Mr. Wolfgang Schlimme.

• Replika IASB dari pandangan sisi.

Page 13: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

INGRESS CORPORATION BERHAD (490799-K)

�3Fokus

• Datuk Rameli dan Mr. Wolfgang mengamati replika IASB.

• Giliran Mr. Wolfgang pula menyampaikan ucapan.

• Datuk Rameli bin Musa menjawab soalan- soalan yang diajukan oleh wartawan.

• Wartawan mendapatkan keterangan lanjut daripada Mr. Wolfgang.

sistem) bagi model kereta Jerman itu pada suku pertama tahun �007. Pusat �S ini akan dibina di lokasi strategik di Jalan Damansara, berhadapan Lebuhraya Damansara-Puchong, dengan keluasan binaan 9,783 kaki persegi dan berdekatan Mutiara Damansara. Ia akan dilengkapi dengan bilik pameran serba moden serta bengkel mengecat dan mengetuk badan kenderaan.

Sesungguhnya penyertaan IASB sebagai pengedar di bawah BMW adalah sejajar dengan strategi Ingress untuk berhubung terus dengan para pengguna setelah membina rekod cemerlang dalam bidang pembuatan komponen automotif. Dengan perlantikan ini, IASB berazam untuk menjadi penyumbang penting kepada jenama premium dalam Industri Kereta Malaysia.

ngress Corporation Berhad menyertai kegiatan runcit automotif dengan perlantikan anak syarikatnya, Ingress Auto Sdn. Bhd. (IASB) sebagai satu lagi pengedar sah BMW di Malaysia.

Majlis pengumuman rasmi tersebut telah dilaksanakan pada �0 Februari �006 di Ibu Pejabat BMW Malaysia di Cyberjaya. Majlis tersebut dihadiri oleh Barisan Ahli Lembaga Pengarah ICB dan Pengarah Urusan BMW Malaysia, Mr. Wolfgang Schlimme dan Pengurus Perhubungan Awam BMW Malaysia, Mr. Vijayaratnam Tharumartnam.

Selaras dengan perlantikan tersebut, Ingress akan melabur sebanyak RM 30 juta bagi membuka Pusat �S (jualan, perkhidmatan selepas jualan, alat-alat ganti dan

I

• Datuk Rameli bin Musa sedang menyampaikan ucapan.

Page 14: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

��

BiodataPeringkatBukanEksekutif

Pendidikan /

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah BAN FAIHIN Changwat Nong

Bualampu (Timur Utara Thai). Selepas itu, beliau meneruskan lagi persekolahannya

di Sekolah Menegah YANG LO WITTAYAKARN Changwat Nong Bualampu di Tingkatan

� sehingga Tingkatan 3 dan seterusnya beliau menyambung pengajiannya di peringkat

vokasional di Changkol Rongan Technique College Changwat Udorn Thani Thailand.

Pengalaman Hidup /

Sesudah tamat pengajian di peringkat vokasional, beliau terus bekerja di Syarikat DISTAR

ELECTRIC Co., Ltd . Di sanalah, beliau bertemu jodohnya sehingga ke jinjang pelamin.

Selama setahun berkhidmat di syarikat berkenaan, beliau diajak oleh rakannya untuk

bekerja di Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) sehingga kini.

Biodata/Nama / : Petpong Chaibang /

Tarikh Lahir / : 5 Februari 1980 /

Tempat Lahir / : Changwat Nongbualampoo (Timur Utara Thai) /

Nama Bapa / : Sompong Chaibang /

Pekerjaan / : Pesawah /

Nama Ibu / : Prakong Chaibang /

Pekerjaan / : Suri Rumah /

Nama Isteri / : Lamai Chaibang /

Pekerjaan / : Operator /

:

Anugerah yang Telah Diperolehi /

�. Pingat perak dalam pertandingan “QCC Internal” pada tahun �003

�. Pingat perak dalam pertandingan “QCC Internal” pada tahun �00�

3. “Top Kaizen” pada tahun �00�

�. Anugerah Pekerja Terbaik Kumpulan Syarikat Ingress �00�

Personaliti

• Khun Petpong bersama-sama dengan keluarga

tersayang.

• Khun Petpong semasa zaman

kanak-kanak.

Bilangan Adik-beradik / : 2 Orang /

Page 15: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

INGRESS CORPORATION BERHAD (490799-K)

�5Personaliti

Cabaran Hidup /

Kita telah sedia maklum bahawa kehidupan ini adakalanya manis, masam, masin, pahit

suka, duka, ketawa dan menangis. Inilah gaya hidup manusia yang merupakan cabaran

hidup seharian.

Bagi saya, cabaran hidup yang paling pahit adalah semasa berlaku kemalangan

motorsikal sehingga ditahan di wad beberapa hari. Walau bagaimanapun, saya gembira

kerana keluarga dan kawan-kawan sentiasa menziarahi saya dan yang paling penting

ialah pujukan serta semangat yang diberikan oleh keluarga saya sendiri.

Falsafah Hidup /

Jangan berputus asa. Pandanglah orang yang lebih baik daripada kita. Jangan pandang

orang yang lebih lemah daripada kita dan ikutilah jejak langkah orang yang lebih baik

daripada kita.

Nasihat kepada Kakitangan Ingress /

Nasihat saya kepada kawan-kawan ialah selalulah mengenang budi mereka yang banyak

berjasa kepada kita. Begitu juga dengan kilang kita yang menjadi tempat kita mencari

rezeki untuk meneruskan kehidupan, serta memberikan nafkah kepada keluarga kita.

Maka saya berharap agar kawan-kawan sekalian hendaklah sentiasa mengenang jasa

syarikat ataupun kilang kita dan sentiasa berfikir apakah yang boleh kita sumbang

sebagai membalas budi kepadanya.

Berbuat-baiklah walaupun tidak dilihat oleh orang ramai kerana kita sendiri yang tahu

apakah kebaikan yang dilakukan. Suatu hari nanti, pasti kebaikan yang dilakukan akan

diakui oleh mereka jua.

• Cahayamata penyeri keluarga Khun Petpong sekeluarga.

• Majlis perkahwinan Khun Petpong dengan

wanita pilihan hati.

Page 16: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

�6

ada � Februari �006, pihak pengurusan Ingress Autoventures

Co., Ltd. (IAV) yang diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Rahim bin

Hitam telah mengadakan “Annual Departmental Policy FY

�006/07” untuk merangka perancangan aktiviti-aktiviti pada tahun

kewangan �006/07 di Tammasat University Banglamung Chonburi

dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Peserta yang hadir pada

kali ini terdiri daripada Eksekutif ke atas dari Operasi Rayong dan

Ayutthaya.

“Annual Departmental Policy FY 2006/07” /

Majlis Berkhatan /

• Salah seorang daripada Ketua Jabatan di IAV membentangkan ADP mereka.

• Khun Syed sedang memberikan ucapan kepada orang-orang kampung. • Presiden Persatuan Doktor Islam Thailand

sedang menyampaikan ucapan.

Jendela “Overseas”

P

M asjid Nurul Yakeen Kampung Nern

Plabwarn Chonburi telah mengadakan

Majlis Berkhatan kepada kanak-

kanak pada sesi cuti panjang persekolahan.

Biasanya, Majlis Berkhatan diadakan di

rumah masing-masing dengan menjemput

Tok Mudim untuk mengkhatankan kanak-

kanak yang terlibat. Tetapi pada kali ini,

majlis tersebut dianjurkan oleh pihak

pengurusan Ingress Autoventures Co., Ltd.

(IAV) dengan menjemput Persatuan Doktor

Islam Thailand untuk menjayakan majlis

berkenaan. Peserta yang berdaftar ialah

seramai 99 orang termasuk tiga orang

muallaf (saudara baru).

Sambungan di muka surat �7

Page 17: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

INGRESS CORPORATION BERHAD (490799-K)

�7Jendela “Overseas”

Upacara Mengasaskan Kilang Kedua Ayutthaya /

engan perkembangan pesat perniagaan Ingress Autoventures

Co., Ltd. (IAV) di Ayutthaya, pihak pengurusan telah memutuskan

untuk membangunkan satu lagi kilang pada kali ini. Tn. Hj. Abdul

Rahim bin Hitam telah menyampaikan ucapan kesyukuran kepada

Allah s.w.t kerana mengizinkan IAV untuk terus berkembang. Selain

itu, beliau juga meminta kerjasama daripada semua kakitangan IAV

untuk memberikan sumbangan dan pengorbanan bagi memajukan

lagi IAV serta sentiasa sabar dalam menghadapi cabaran-cabaran

mendatang. Upacara ini berakhir pada jam ��.00 pagi.

D

Sambungan dari muka surat �6

Pada majlis ini, Tn. Hj. Abdul Rahim bin Hitam, En. Azeman bin Mohammad Akram,

En. Mohamed Diah bin Baharun dan En. Ahmad Shafie bin Kusni juga turut hadir bagi

menziarahi mereka. Khun Syed dan Khun Anusorn juga turut memberikan kerjasama

sehingga ke akhir program.

• Suasana di dalam Majlis Berkhatan.

• Acara “pecah tanah” di tapak pembinaan kilang baru IAV di Ayutthaya.

�7Nostalgia

SelamatPengantin Baru

Nama : AhmadFitribinHassan

Jawatan : PenolongPenyelia,

JabatanPenyenggaraan

Syarikat : IngressPrecision

Sdn.Bhd.

Nama Isteri : NoraskinbintiAzizan

Tarikh Perkahwinan : 19Mac2006

Page 18: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

18 Berita KKI

• Acara Senamrobik.

• Salah satu dari acara yang dipertandingkan, berjalan dengan menggunakan batu-bata.

• Juara Karnival Sukaneka 2006 Ingress Operasi Nilai.

• Acara perasmian Karnival Sukaneka disempurnakan oleh Dr. Che Rosli bin Che Mat.

2006ada 22 April 2006 yang lalu, satu Karnival Sukaneka Kakitangan

dan Keluarga Ingress Operasi Nilai telah diadakan di padang

Ingress Operasi Nilai. Program ini dianjurkan oleh Kelab

Kakitangan Ingress di bawah kelolaan En. Esrifairuz bin Subohi dan

dibantu oleh En. Rusli bin Mohamad sebagai penyelaras program.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr. Che Rosli bin Che Mat yang juga

turut serta di dalam kebanyakan acara yang dipertandingkan. Program

tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dengan acara senamrobik

dan berakhir pada jam 1.00 tengahari dengan penyampaian hadiah

kepada para pemenang.

Majlis yang julung–julung kalinya diadakan di Ingress Operasi Nilai

ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara

kakitangan serta keluarga di samping menambahkan lagi keakraban

di antara kakitangan dengan majikan.

Secara amnya, acara yang melibatkan semua kakitangan ini dapat

menghilangkan sifat rendah diri di kalangan kakitangan. Selain

itu, semua kakitangan dan majikan dapat mengenali dengan lebih

rapat dan sifat kekeluargaan menjadi lebih akrab serta memberikan

kepuasan yang maksima kepada semua pihak yang terlibat.

P

Program Karnival Sukaneka Ingress Operasi Nilai

Page 19: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

INGRESS CORPORATION BERHAD (490799-K)

19

Cahayamata

Nama : Dayang Nur ‘Aisya binti Mohd Iqbal

Tarikh Lahir : 29 Januari 2006

Nama Ibu : Aima binti Abdul Rahman

Jawatan : Penyelia, Jabatan Sumber Manusia

Syarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Nama Bapa : Mohd Iqbal bin Muhamad

Nama : Nurin Imani binti Esrifairuz

Tarikh Lahir : 5 Mac 2006

Nama Ibu : Nurita binti Jaafar

Nama Bapa : Esrifairuz bin Subohi

Jawatan : Pengurus, Jabatan Pengeluaran

Syarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.

Nostalgia

Nama : Siti Raudah binti Muhamad JaisTarikh Lahir : 23 Oktober 2005Nama Ibu : Kapisah binti AbdullahJawatan : Eksekutif, Jabatan Sumber ManusiaSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.Nama Bapa : Muhamad Jais bin Jamalludin

Nama : Nur Afrina binti Mohd Azhar

Tarikh Lahir : 6 Januari 2006

Nama Ibu : Noor Syahedda binti Iderros

Jawatan : Kerani, Group IBMS

Syarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Nama Bapa : Mohd Azhar bin Taib

Jawatan : Eksekutif, Jabatan Kejuruteraan

Syarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Nama : Nur Irdina binti Eddy Irawan

Tarikh Lahir : 2 November 2005

Nama Ibu : Nur Adlin binti Abu Bakar

Jawatan : Eksekutif, Jabatan Kewangan & Perakaunan

Syarikat : Ingress Environmental Sdn. Bhd.

Nama Bapa : Eddy Irawan bin Che Om

Page 20: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

20 Sudut Agama

Khutbah TerakhirNabi Muhammad s.a.w

ahai sekalian manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui

apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai sekalian manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu

dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai sekalian manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makanan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai sekalian manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Tunaikanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah

sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai sekalian manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai sekalian manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang-teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...

W (Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah)

Program Qiyamullailatu program Qiyamullail anjuran Jabatan Sumber Manusia, Ingress Operasi Nilai telah diadakan pada 21 April 2006 yang lalu. Program ini telah dihadiri oleh Pengurusan dan Kakitangan Ingress Operasi Nilai serta Pengurus Besar, Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan.

Program ini telah diadakan di Surau Ingress Operasi Nilai bermula dari jam 10.00 malam sehingga 7.30 pagi keesokan harinya. Semua peserta program bermalam di surau Ingress Operasi Nilai. Antara pengisian program adalah tazkirah oleh Ybhg Ustaz Mohd Rusdi bin Ibrahim. Seterusnya program Qiyamullail dimulakan pada jam 4.00 pagi di bawah pimpinan Ybhg Ustaz Zulkifli Ahmad dan berakhir dengan sesi Kuliah Subuh.

Secara keseluruhannya, program tersebut telah berjalan dengan jayanya dengan kehadiran peserta melebihi 60 orang. Pihak penganjur mengharapkan agar program ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta ke arah pembentukan sahsiah yang cemerlang.

S

Page 21: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

INGRESS CORPORATION BERHAD (490799-K)

21Berita Bergambar

Kursus Pengurusan Stress

• Salah satu dari aktiviti yang dikendalikan oleh Dr. Wan Sabri ialah mendapatkan tandatangan semua peserta kursus dalam masa lima minit dengan objektif untuk melihat etika kerja yang diamalkan oleh kakitangan di Ingress dan sejauh mana peserta mengenali sesama mereka.

• Kesan dari kursus ini bukan sahaja boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin, malah perasaan kasih sayang di antara Ketua dan Anak Buah juga akan bertambah yang akhirnya menimbulkan suasana kerja yang harmoni dan ceria.

• Kursus ini dikendalikan dengan jayanya pada 22 dan 23 Jun 2006 di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam, Selangor di bawah kelolaan GHRD dan Al-Farabi Consultant & Management khusus untuk Eksekutif ke atas di Anak-anak Syarikat Ingress yang beroperasi di Malaysia.

• Dr. Wan Sabri bin Wan Husin, Pensyarah di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, UM merupakan Fasilitator pada hari pertama menerangkan mengenai Pengenalan kepada Stress, Jenis-jenis serta Teknik-teknik Menangani Stress.

• Tn. Hj. Hushim bin Hj. Salleh pula merupakan Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, UM merangkap Kaunselor di sana menerangkan mengenai Stress dan Komunikasi serta Program Pengurangan Kadar Stress di Tempat Kerja pada hari yang kedua.

• Aktiviti yang dijalankan oleh Tn. Hj. Hushim pula lebih menjurus kepada pendekatan yang digunakan untuk merapatkan jurang perhubungan di antara dua individu yang mempunyai konflik di antara satu sama lain.

Page 22: Pengumuman IASB - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 13 Final.pdf · Sebagai penghargaan atas segala komitmen yang telah diberikan oleh

24 Karya

Karya