i n g r e s s c o r p o r a t i o n b e r h a d nadi ingressnadi.ingresscorp.com.my/nadi_upload/nadi...

24
Edaran Dalaman 18 KKDN. PP 12636/05/2009(020899) Edaran Dalaman 18 A N A S E A N C O M P A N Y W I T H G L O B A L R E A C H www.ingresscorp.com.my Majlis Pelancaran Ingress Auto Sdn. Bhd. sebagai Pengedar Rasmi BMW

Upload: truongngoc

Post on 09-Mar-2018

296 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 �

KKDN. PP 12636/05/2009(020899) Edaran Dalaman 18

A N A S E A N C O M P A N Y W I T H G L O B A L R E A C H

www.ingresscorp.com.my

Majlis PelancaranIngress Auto Sdn. Bhd. sebagai Pengedar Rasmi BMW

� Edaran Dalaman 18

Sidang RedaksiKETUA PENGARANG

Ramli bin Napiah

SIDANG PENGARANG

Mohd Rusdi bin IbrahimRosyatimi binti Abdullah

PENYUMBANG ARTIKEL

Khyrun Anuar bin ZainolMat Ali bin Mohamed (Operasi Nilai)

Nizaiham binti Mohd. Nor (Operasi Nilai) Mohd Hisyam bin Abdul Ghani (ITSB)Che Mazila binti Che Husain (MDSB)

Hidzir bin Abdullah (ITC)Charan Hamdanee (IAV)

Hendrik Widagdo (PT IMV)

JURUFOTO DAN EDARAN

Mohd. Nizam bin Abdullah

PENERBIT

Ingress Corporation BerhadLot 1M, 1st Floor, Plaza Flamingo

No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Klang68000 Ampang, Selangor

Tel: 03-4252 9696Fax: 03-4252 9393

Laman Web: www.ingresscorp.com.my

REKABENTUK

Triknight Communications Sdn. Bhd.36-3, Jalan 24/70A

Off Jalan Bukit Kiara, Desa Sri Hartamas50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-2300 1051 / 1052Fax: 03-2300 1062

Email: [email protected]

Sida

ng R

edak

si

URUS CETAK

Aslita Sdn. Bhd.No. 20, Jalan 4/10B,

Spring Crest Industrial ParkBatu Caves, 68100 Kuala Lumpur

Tel: 03-6186 7645Fax: 03-6186 7635

Email: [email protected]

Isi KandunganSidang Redaksi 2

Dari Meja Pengarang 3

Berita Korporat 3• Majlis Pelancaran Logo Baru MPC

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif 4-6

• Hindarilah Tiga Sifat yang Membinasakan Diri

Berita HR 6-7

• DACUM

• Pekerja Terbaik Bulanan

• “Effective Quality Management Role in a

Challenging Organization ~ an Opportunity”

Personaliti 8-10

• Peringkat Eksekutif

• Peringkat Bukan Eksekutif

Sudut Agama 11

• Faktor-faktor Kemunduran Orang Melayu

- Faktor Kelima : Umat Islam Takut dan Pengecut - Faktor Keenam : Kekeliruan Para Pengikut yang Jahil

Fokus 12-13

• Majlis Pelancaran Ingress Auto Sdn. Bhd.

Jendela “Overseas” 14-15

• Acara Perpisahan Bpk Idris Karim

• Program Gotong-Royong

• Majlis Perpisahan En. Sabir Jelani

• Kebajikan Masyarakat

• Hari Keluarga Jabatan PPC, IAV

Berita “Subsidiaries” 16-17

• Matrix Power dilantik sebagai Pembekal kepada BNS

• Program Qiyamullail

• Hari Keluarga IRSB

• Kem Bina Insan

• Majlis Kesyukuran MDSB

Nostalgia 18-19

• Cahayamata

• Selamat Pengantin Baru

Berita Keselamatan dan Kesihatan 20

• Adakah Anda Stress?

Sudut Kakitangan 21-22

• IQ Test

• Kuiz Teka Silang Kata (Siri Ketiga)

• Jawapan Kuiz Teka Silang Kata (Siri Kedua)

Wajah-wajah Ingress 23

Karya 24

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 �

Dari Meja Pengarangengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian hanya bagi Allah s.w.t., pencipta, pemilik dan pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda r.’anhum yang berjuang dan berkorban berhabis-habisan untuk mempertahankan Islam di muka bumi ini.

Alhamdulillah, marilah kita melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan pertolongan, kehendak dan keizinan-Nya, kita dapat bersua kembali di dalam Majalah Nadi Ingress Edisi 18.

Fokus pada kali ini ialah mengenai pelancaran Ingress Auto Sdn. Bhd. (IASB) sebagai wakil rasmi jualan BMW Malaysia Sdn. Bhd. Majlis pelancaran telah diadakan pada 15 April 2008 yang sekaligus melayakkan IASB membuka Pusat 4S BMW (Jualan, Perkhidmatan, Sistem dan Alat Ganti) yang baru di lokasi Petaling Jaya dan Damansara. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t. dan berkat kegigihan serta kesungguhan semua pihak, impian ini terlaksana jua.

Oleh itu, kita perlulah bersyukur kepada Allah s.w.t. atas kurniaan ini iaitu dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Melaksanakan segala suruhan-Nya ialah dengan melakukan perkara yang halal dan berfaedah seperti mendirikan solat fardhu lima waktu sehari semalam, membayar zakat, bersedekah dan berakhlak dengan sifat-sifat yang terpuji (“Mahmudah”) seperti ikhlas, amanah, adil dan sebagainya. Meninggalkan segala larangan-Nya pula bermaksud kita menghindarkan diri dari melakukan perkara yang haram dan tidak berfaedah seperti tidak mendirikan solat fardu lima waktu sehari semalam dan memiliki sifat-sifat yang tercela (“Mazmumah”) seperti bakhil, mengikut hawa nafsu, membangga diri dan sebagainya.

Majlis PelancaranLogo Baru MPC

ada 7 April 2008, bertempat di Hotel Sheraton, Subang, Ingress telah dijemput bagi menyertai

satu pameran anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sempena perasmian pelancaran logo baru dan Penyampaian Anugerah Produktiviti 2006/2007.

Penglibatan Ingress juga adalah inisiatif Tan Sri Muhyiddin Yasin, selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang inginkan Ingress mempamerkan produk-produk dan perkhidmatannya.

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yasin di samping tetamu Kehormat yang lain seperti Ybhg. Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia. Majlis ini turut disertai oleh Ybhg. Datuk Hj. Rameli bin Musa, Naib Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ingress Corporation Berhad.

Acara bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Lawatan pertama YB Tan Sri Muhyiddin Yasin ke “booth” Ingress memberikan pengertian yang amat bermakna dalam memperkenalkan produk-produknya di samping mendapat liputan meluas daripada pihak media cetak mahupun elektronik.

D

P

Jika kita berkelakuan dengan akhlak yang mulia sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan mengikut contoh serta tauladan sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., Insya-Allah kita dapat menghindarkan diri dari menghadapi stress dan tekanan perasaan disebabkan oleh bebanan kerja yang bukan sahaja boleh memberikan kesan yang negatif kepada diri sendiri, malah kepada syarikat. Kita perlu ingat bahawa cabaran dan masalah kerja yang kita hadapi bukanlah untuk dibebani, tetapi sebaliknya untuk diatasi dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Kembalilah kepada fitrah sebenar kita diciptakan, iaitu tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. sebagaimana firman-Nya dalam surah adz-Dzaariyaat, ayat 56, terjemahannya:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.”

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan kita dengan sebaik-baik kejadian, yang terdiri daripada jasad, roh, aqal dan perasaan. Justeru itu, marilah kita sama-sama bersyukur atas anugerah ini dan memperbetulkan niat masing-masing untuk melakukan semua perkara semata-mata mengharapkan rahmat dan redha Ilahi. Jadikanlah firman Allah s.w.t. ini sebagai prinsip hidup masing-masing sebagaimana yang termaktub dalam surah al-An’aam, ayat 162, terjemahannya:

“Katakanlah: “Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”

Sekian daripada Sidang Pengarang. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dar

i Mej

a Pe

ngar

ang

Ber

ita K

orpo

rat

� Edaran Dalaman 18

Hindarilah Tiga Sifat yang Membinasakan Diri

Am

anat

Nai

b Pe

nger

usi E

ksek

utif

Di sini saya berminat untuk mengajak diri saya dan seluruh warga Ingress untuk merenung sejenak sirah Nabi Musa a.s. dan kaumnya yang ditimpa musibah kemarau yang panjang sehingga banyak tanaman dan binatang yang mati. Lantas, Nabi Musa a.s. bersama-sama dengan 70 orang pengikutnya pergi ke padang pasir untuk bermunajat kepada Allah s.w.t. supaya menurunkan hujan. Mereka berdoa dengan penuh kesedihan selama tiga hari tiga malam, namun doa mereka masih belum dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Lalu, Nabi Musa a.s. merayu kepada Allah s.w.t. bahawa bukankah Allah s.w.t. telah berjanji untuk memperkenankan doa hamba-Nya, namun, mengapa doa mereka masih belum diperkenankan. Allah s.w.t. menjawab pertanyaan Nabi Musa a.s. bahawa ada di kalangan pengikutnya yang makan rezeki yang haram dan ada yang mempunyai lidah yang tidak berhenti-henti mengumpat dan memfitnah. Nabi Musa a.s. bertanya lagi, siapakah orang itu. Allah s.w.t. tidak menjawab pertanyaan Nabi Musa a.s. sebaliknya Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Musa a.s. kembali kepada para pengikutnya dan menyeru agar mereka bertaubat dengan seikhlas-ikhlasnya, nescaya Allah s.w.t. akan memberikan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada mereka.

Nabi Musa a.s. menceritakannya kepada para pengikutnya dan mereka menangis serta bertaubat dengan taubat nasuha sehinggalah hujan rahmat Allah s.w.t. diturunkan kepada mereka dengan serta-merta.

Ambillah pengajaran daripada kisah ini. Marilah kita bermuhasabah atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Insafilah diri, perbanyakkanlah beristighfar kepada Allah s.w.t. dan lazimkanlah berdoa kepada Allah s.w.t. dengan doa ini, yang bermaksud:

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rundungan sedih dan duka, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari sifat bacul dan bakhil, aku berlindung kepada-Mu dari bebanan hutang dan penindasan orang.”

Saudara dan Saudari yang disayangi Allah s.w.t. sekalian,

Sesungguhnya kejayaan tidak akan datang bergolek. Seseorang individu itu akan dikurniakan kejayaan atas ikhtiarnya yang berhabis-habisan dengan izin dan pertolongan Allah s.w.t. Sebagai contoh, Imam Bukhari r.a. gigih berusaha dalam memilih hadis yang benar-benar sahih sebanyak 7,397 buah selama tujuh tahun. Sebelum Imam Bukhari r.a. memilih setiap satu hadis sahih pilihannya, Imam Bukhari r.a. akan mendirikan solat Sunat Istikharah terlebih dahulu bagi memohon petunjuk dan hidayah Allah s.w.t.

Oleh itu, kita haruslah mengambil iktibar bahawa usaha gigih semata-mata tidak akan membuahkan hasil tanpa pertolongan Allah s.w.t. Bagi mendapatkan pertolongan daripada Allah s.w.t.,

engan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji dan syukur kepada Allah s.w.t. yang melimpahkan rahmat iman kepada segenap umat Islam sehingga dapat berpegang teguh pada syariat-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga, para sahabat serta sesiapa yang mengikuti Baginda dengan ikhlas hingga ke hari kiamat.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebagai muqaddimah, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana masih memberikan kesempatan kepada kita untuk terus membuktikan pengabdian kepada-Nya yang Maha Esa di samping sentiasa berpesan-

pesan dan ingat-mengingati kepada kebenaran dan kesabaran. Harapan kita hanya satu, semoga Allah s.w.t. menghimpunkan kita bersama-sama dengan para Nabi, para Syuhada’ dan orang soleh r.’anhum sebagaimana

firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa’, ayat 69, terjemahannya:

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah s.w.t. kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan para Siddiqin, serta orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman (kepada orang yang taat).”

Saudara dan Saudari yang dirahmati Allah s.w.t. sekalian,

Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat di dunia ini berhadapan dengan cabaran dan perjalanan hidup yang amat getir, kesan daripada perubahan ekonomi, sosial dan politik di peringkat global. Justeru itu, kita perlu menginsafi dan memahami bahawa ini semua merupakan ujian Allah s.w.t. kepada kita untuk mengukur sejauhmana ketaqwaan kita kepada-Nya dan sejauhmana tahap keimanan kita kepada Qadha’ dan Qadar Allah s.w.t.

� Edaran Dalaman 18

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 �

kita haruslah berdoa dengan sepenuh keyakinan dan memenuhi beberapa kriteria yang utama seperti memastikan makanan dan minuman yang diambil itu dari sumber yang halal lagi baik (“halalan thoyyiba”) serta jangan sesekali mengumpat dan memfitnah orang lain.

Saudara dan Saudari yang dikasihi Allah s.w.t. sekalian,

Semakin hari, cabaran inflasi semakin meruncing. Pada hari Rabu, 4 Jun 2008 kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak petrol sebanyak 41%. Ini mencetuskan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Malah, barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak masak yang diperlukan setiap hari juga semakin tinggi.

Begitu juga dengan harga komoditi, emas, perak dan sebagainya. Kesemuanya akan meningkat yang akhirnya akan menyebabkan kuasa beli yang semakin berkurangan.

Secara tidak langsung, keadaan ini amat mempengaruhi prestasi jualan syarikat kerana walaupun unjuran jualan kereta meningkat, namun kita tidak tahu bagaimana keadaan ekonomi semasa, khususnya permintaan para pengguna di pasaran tempatan.

Menyentuh mengenai perkembangan syarikat, secara keseluruhannya ada yang memberangsangkan dan ada yang kurang memberangsangkan. Walau bagaimanapun, syukur alhamdulillah, kerana prestasi operasi kita di Indonesia, Thailand dan Bukit Beruntung jauh lebih baik berbanding dengan bajet. Begitu juga dengan sektor peruncitan kita yang baru, Ingress Auto Sdn. Bhd. (IASB) di Sungai Penchala yang telah menerima tempahan kereta BMW melebihi purata 35 unit sebulan berbanding dengan bajet, sebanyak 25 unit sebulan.

Bagi syarikat-syarikat yang kurang memberangsangkan, suka saya ingatkan diri saya dan seluruh warga Ingress sekalian agar memperbetulkan dan memperbaiki cara kerja masing-masing. Sekiranya kita menerima teguran mengenai cara kerja kita, berlapang dadalah dan terimalah teguran ini dengan hati yang terbuka untuk memperbetulkannya, bukan dengan keadaan yang cepat melatah, marah atau merajuk.

Saranan saya kepada semua warga Ingress agar dapat melaksanakan tugasan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Cuba kurangkan kerja lebih masa dengan mempertingkatkan produktiviti kerja masing-masing. Sebaliknya, kita cuba lebihkan masa dengan beribadah kepada Allah s.w.t. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada kesusahan yang kita alami ini untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Insya-Allah, kita akan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda di akhirat nanti, malahan kadang-kadang kita akan diberikan ganjaran di dunia ini lagi.

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Agama Islam sentiasa menekankan kepentingan berakhlak mulia di kalangan penganutnya. Namun, disebabkan oleh kesibukan untuk mengumpulkan keuntungan dunia, ramai yang mengenepikan akhlak mulia ini. Kadang-kadang, disebabkan oleh keghairahan untuk mencapai matlamat dan objektif masing-masing, kita secara sengaja atau tidak sengaja memiliki sifat-sifat tercela yang bukan sahaja boleh membinasakan diri sendiri, bahkan boleh memberikan impak yang negatif kepada syarikat.

Imam al-Ghazali r.a. membicarakan mengenai perkara-perkara yang membawa kepada kebinasaan seseorang (“al-Muhlikat”) dalam Kitab Ihya’ Ulumuddin. Imam al-Ghazali r.a. telah menyimpulkan tiga perkara dari sifat hati yang sangat jahat yang biasanya wujud pada kebanyakan individu zaman ini iaitu sifat bakhil, mengikut hawa nafsu dan “ujub”. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Syeikh dari Anas ibn Malik r.a., yang bermaksud:

“Ada tiga sifat yang dapat membinasakan seseorang, sifat bakhil yang dipatuhi, hawa nafsu yang diikuti dan merasa bangga dengan diri sendiri.”

Orang yang bakhil ialah orang yang tidak mahu memberikan sesuatu nikmat yang ada di tangannya seperti ilmu, kepakaran, harta dan wang ringgit kepada orang lain. Sedangkan nikmat-nikmat tersebut hanyalah bersifat sementara yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t. kepadanya. Allah s.w.t. Maha Kaya dan Maha Pemurah dan mustahil bagi Allah s.w.t. bersifat bakhil kepada semua hamba-Nya. Malah, kurniaan nikmat Allah s.w.t. ini tidak terhitung nilaiannya. Bagi mengatasi sifat bakhil ini, kita perlulah banyak mengingati mati, mengambil iktibar daripada kematian saudara seagama kita, menziarahi kubur dan sebagainya.

Manakala orang yang sentiasa terpedaya dengan mengikut hawa nafsu pula perlu membanterasnya dengan bermujahadah, iaitu berperang melawan nafsu dan godaan syaitan dari terus menipu daya manusia. Tanda-tanda orang yang suka mengikut hawa nafsu itu banyak. Salah satu daripadanya ialah cinta kepada pangkat dan kedudukan. Kita perlu ingat bahawa syaitan adalah makhluk yang sentiasa komited untuk merealisasikan visinya bagi menyesatkan umat manusia sehinggalah saat-saat terakhir nyawa akan bercerai dari jasad, na’uzubillahi minzalik.

Seterusnya orang yang sentiasa membangga diri (“ujub”) ialah memandang diri sendiri dengan pandangan kemuliaan dan kebesaran serta memandang orang lain dengan pandangan kehinaan. Tanda orang yang “ujub” ialah mereka yang selalu mengatakan aku “begini” dan “begitu”. Sebagai contoh, dia mengatakan: “Akulah yang menyebabkan syarikat ini mendapat kontrak/ projek”, ataupun dia mengatakan: “Akulah yang menyebabkan syarikat ini berjaya meraih keuntungan yang tinggi.” Ini kerana orang yang “ujub” sering terlupa bahawa banyak mana sekalipun dia berusaha dan berikhtiar, kejayaan

Am

anat

Nai

b Pe

nger

usi E

ksek

utif

Edaran Dalaman 18 �

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

� Edaran Dalaman 18

DACUMursus DACUM (“Developing a Curriculum”) telah diadakan pada 28 Februari 2008 hingga 1 Mac 2008 yang lalu di Pusat Latihan Kumpulan Wang

Simpanan Pekerjaan (ESSET, KWSP) di Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Kursus ini disertai oleh Pasukan Projek DACUM yang dianggotai oleh Pengurus, Jurutera dan “Subject Matter Expatriate” dari Ingress Operasi Nilai, Ingress Technologies Sdn. Bhd., Ingress Technology Centre, PT Ingress Malindo Ventures dan Ingress Autoventures Co., Ltd.

Kursus ini dikendalikan dengan tiga objektif yang ingin dicapai, iaitu:a. Kemahiran dalam membangunkan Kurikulum melalui

proses DACUM.b. Kemahiran dalam menyediakan Profil Kerja

(”Occupational Profile“) yang terdiri dari aspek Kerja (”Duty“), Tugas (“Task“) dan Langkah (”Step“).

c. Kemahiran dalam memudahcarakan bengkel DACUM.

Harapan pihak penganjur agar semua Ketua Kumpulan dalam setiap Pasukan Projek dapat mengendalikan DACUM di samping dapat menyediakan Profil Kerja seperti yang telah ditetapkan.

K

• Fasilitator sedang mengendalikan program latihan.

• Para peserta DACUM

khusyuk mendengar penerangan

yang disampaikan oleh Fasilitator.

Ber

ita H

R

Am

anat

Nai

b Pe

nger

usi E

ksek

utif

tidak akan dicapai tanpa keizinan, kehendak dan pertolongan daripada Allah s.w.t.

Tanda lain orang yang “ujub” ialah dia selalu mengangkat dirinya dan menganggap dirinya lebih berkebolehan daripada orang lain. Dia selalu menonjolkan dirinya dalam perbincangan dan tidak senang kalau ada orang lain yang menolak pandangannya. Dia tidak senang apabila diberi nasihat dan apabila dia memberi nasihat kepada orang lain, dia akan menggunakan bahasa yang kasar dan kesat.

Bagi mengubati penyakit “ujub” ini, kita perlu mengambil iktibar daripada kisah Iblis yang takbur dan enggan sujud kepada Nabi Allah Adam a.s. dengan kata-katanya yang kesat sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-A’araf, ayat 12, terjemahannya:

“Aku lebih baik daripadanya (Adam) kerana Engkau menjadikan aku daripada api dan Engkau menjadikannya daripada tanah.”

Menurut Imam al-Ghazali r.a., ketiga-tiga sifat ini perlu dijauhi kerana ia merupakan punca utama yang mengundang beberapa sifat tercela yang lain. Oleh sebab itu, kita haruslah berusaha dengan sedaya upaya untuk membersihkan hati daripada memiliki ketiga-tiga sifat tercela ini demi mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, sejahtera dan ceria.

Saudara dan Saudari yang dikasihi Allah s.w.t. sekalian, Saya yakin dan percaya, pihak pengurusan Ingress sentiasa memberikan ruang dan peluang kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan membersihkan jiwa melalui perlaksanaan program-program keagamaan seperti Siri Kuliah Etika Pengurusan Islam, Usrah Peringkat Pengurusan Kanan, Usrah Peringkat Pengurusan Pertengahan, Ceramah Agama Bulanan, Tazkirah Zohor dan sebagainya. Jika kita menghadiri program-program seumpama ini dengan sepenuh hati dan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah s.w.t., Insya-Allah lambat laun, kita dapat mendidik hati agar menjadi lebih tenang dan tenteram dan sudah tentu hati tidak mudah dimasuki syaitan yang akan menghasut kita untuk memiliki sifat bakhil, ikut hawa nafsu dan “ujub”.

Akhir kata, terimalah nasihat saya ini sebagai motivasi dan dorongan untuk bekerja dengan lebih gigih lagi kerana tanpa kegigihan, kita akan menjadi malas dan akhirnya kita menjadi mundur serta ketinggalan dari segi ekonomi. Marilah kita berdoa dan sama-sama menyahut cabaran serta berganding bahu menggembleng tenaga untuk mengharumkan nama Ingress sebagai sebuah syarikat yang termasyhur kembali seperti suatu ketika dahulu.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

� Edaran Dalaman 18

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 �

atu kursus yang dikenali sebagai “Effective Quality Management Role in a Challenging Organization ~ an Opportunity” telah diadakan pada 29 April 2008 khusus untuk Eksekutif, Penyelia dan Kerani yang

bertanggungjawab secara langsung dengan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS).

Kursus ini telah diadakan dari jam 9.20 pagi sehingga 5.20 petang di Bilik i-LEARN, Lot 1F, Ingress Corporation Berhad (ICB) dengan objektif untuk memantapkan lagi peranan, tugas dan tanggungjawab kakitangan QMS itu sendiri.

S

“Effective Quality Management Role in aChallenging Organization ~ an Opportunity”

Nama : Nor Hazizi bin MamatNo. Kakitangan : 774“Date Joint” : 10 April 2000Jawatan : OperatorJabatan : ”Moulding“Syarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Nama : Mohd Shizwan bin TajudinNo. Kakitangan : P1005“Date Joint” : 1 Ogos 2006Jawatan : OperatorJabatan : Pengurusan KualitiSyarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.

Nama : Zulkifli bin TahirNo. Kakitangan : K652“Date Joint” : 6 Oktober 2004Jawatan : Operator Jabatan : “Production Assembly”Syarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Pekerja Terbaik Bulanan

Nama : Mohd Khairudin bin HarunNo. Kakitangan : 961“Date Joint” : 7 Mac 2005Jawatan : OperatorJabatan : “Moulding” Syarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Nama : Mohd Sharul Anuar bin ZulkiflyNo. Kakitangan : P990“Date Joint” : 1 Julai 2006Jawatan : OperatorJabatan : “Sash”Syarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.

DISEMBER 2007 JANUARI 2008

Nama : Mohd Asri bin JaafarNo. Kakitangan : K157“Date Joint” : 27 Ogos 1999Jawatan : OperatorJabatan : “Production Assembly”Syarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

FEBRUARI 2008

Nama : Suhaimi bin HamidNo. Kakitangan : 940“Date Joint” : 15 Oktober 2004Jawatan : OperatorJabatan : “Moulding”Syarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Nama : Muhamad Saipul Bahri bin Che Din No. Kakitangan : P676“Date Joint” : 16 Oktober 2000Jawatan : OperatorJabatan : “Sash”Syarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.

MAC 2008

Ber

ita H

R

Kursus ini memberikan penekanan mengenai beberapa topik utama seperti berikut:

a. Pengurusan kualiti yang efektif dalam cabaran organisasi.

b. Memahami tugas-tugas dan peranan kakitangan yang menjalankan tugas pengurusan kualiti.

c. Memahami Sistem Pengurusan Perniagaan Ingress (IBMS) ke arah sistem pengurusan yang efektif.

� Edaran Dalaman 18

Peringkat EksekutifPertemuan dengan isteri pada tahun 1994 telah diaturkan oleh pihak keluarga sekembalinya beliau dari menunaikan ibadah haji bersama-sama dengan ibunya. Pertemuan antara dua keluarga diadakan dua bulan sesudah itu lalu tarikh pernikahannya ditetapkan pada bulan Disember 1994. Bakal isterinya sewaktu itu bertugas di SIME Darby Duty Free, manakala beliau bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB), Bangsar.

Alhamdulillah, selama 14 tahun beliau mendirikan rumahtangga bersama dengan isterinya yang tercinta, beliau telah dikurniakan empat orang cahayamata:

1. Ali Imran - 11 tahun2. Anis Rawiyah - 8 tahun3. Amir Yusuf - 6 tahun4. Muhammad Izzul Islam - 2 bulan

Nama : Hj. Ir. Mohd Haizad bin Hussain

No. Kakitangan : PS001

Jawatan : Pengurus Besar

Syarikat : Matrix Power Services Sdn. Bhd.

Tarikh Lahir : 26 Februari 1968

Tempat Lahir : Seremban, Negeri Sembilan

Bilangan Adik-beradik : 5 Orang

Anak yang ke Berapa? : 3

Nama Ibu : Siti Zaleha binti Mohd Yunos

Nama Bapa : Hussain bin Hj. Ali

Status Perkahwinan : Berkahwin

Nama Isteri : Siti Rogayah binti Shariff

BIODATA

• Tn. Hj. Ir. Mohd Haizad sekeluarga merakamkan kenangan bersama.

• Kelahiran Muhammad Izzul Islam menambahkan lagi bilangan umat Rasulullah s.a.w.

Beliau bolehlah dikatakan sebagai “the Product of Ingress’’ kerana pengalaman pekerjaannya yang pertama di Tenaga Nasional Berhad (TNB) hanya mengambil masa kurang dari tiga tahun. Beliau mula berkhidmat di TNB pada 1 Mac 1993 sekembalinya beliau dari menamatkan pelajarannya di Australia dan seterusnya berhenti pada 1 Jun 1995 untuk menyertai Multi Discovery Sdn. Bhd. (MDSB).

Cabaran yang dirasakan sewaktu itu adalah beliau bersama-sama dengan En. Izham menyahut cabaran untuk melahirkan sebuah organisasi bumiputera muslim yang cemerlang dalam bidang industri kuasa. Beliau berpendapat, jikalau beliau masih berada di TNB, agak mustahil untuk melakukan perubahan, memandangkan TNB sudah sedia besar dan sistem pentadbirannya sudah sebati dengan pekerja-pekerja TNB. Maksud beliau, jikalau hanya sekadar ingin “makan gaji’’, sudah memadai berada di TNB. Namun, untuk melakukan perubahan dan menjadikan TNB sebagai sebuah organisasi yang melakukan amal soleh amat mustahil.

Beliau berpendapat, tidak cukup bagi sebuah organisasi itu menyediakan tempat solat, kuliah zohor dan sesekali ceramah agama bulanan dan sebagainya, kalau urusan yang mempengaruhi muamalatnya tidak berlandaskan iman dan taqwa. Kita perlu lihat dari keseluruhan aspek etika kerja, hala tuju syarikat, urusan pentadbiran kewangan, akhlak dan peribadi pekerja, dan dari sudut kesungguhan pengurusan atasan untuk melahirkan tenaga kerja yang “God Conscious”. Semua ini amat sukar untuk dilakukan di TNB.

Jadi, alhamdulillah beliau mengambil keputusan untuk memasuki MDSB dengan harapan beliau dan En. Izham dapat membentuk sebuah organisasi yang benar-benar tunduk dan patuh kepada arahan Raja segala Raja, Allah ’Azza waJalla. Impian ini disokong terus oleh Pengasas Ingress dan MDSB. Pada waktu itu, pihak pengurusan MDSB meletakkan sasaran dan impian mahu menjadi sebuah syarikat seperti “The ABB of Malaysia’’,

PENDIDIKAN

PERTEMUAN DENGAN ISTERI

CABARAN DAN PENGALAMAN HIDUP

Pers

onal

iti

2007 : “Certification Board of SAVE International” - “Associate Value Specialist”

2006 : “Asia Pacific Marketing Association” - Professional Marketer

2001 : Universiti Teknologi MARA (UiTM) - MBA

1992 : Lembaga Jurutera Malaysia - Jurutera Profesional (Elektrik)

1992 : Monash University Australia - “Bachelor of Engineering” (“Electrical and Computing”)

1985 : Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan

- Sijil Pelajaran Malaysia

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 �

yang paling cemerlang dalam bidang industri kuasa. ABB tidak hanya tertumpu kepada pengurusan projek semata-mata, tetapi ia juga memiliki produk-produk yang bertaraf dunia dan pasukan servis yang luar biasa handalnya. Jadi, pihak pengurusan mula menyusun MDSB sebagai “Turnkey Contractor” di samping memiliki anak-anak syarikat seperti Matrix Power Services Sdn. Bhd. (MPSSB) sebagai pengilang produk-produk industri kuasa dan Ramusa Engineering Sdn. Bhd. (RESB) sebagai pasukan servisnya di bidang senggaraan kuasa.

Pengalaman yang beliau perolehi semasa berada di MDSB dan RESB digunakan untuk mengendalikan syarikat MPSSB. Beliau beruntung kerana dapat berhubung dengan Pengasas Ingress, dan sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman beliau dalam mengendalikan perniagaan terutamanya dalam bidang keusahawanan dapat beliau belajar secara amali. Perkara-perkara begini tidak diperolehi melalui buku-buku yang ada di pasaran.

Di Ingress, ramai di kalangan pimpinan kanan di sektor ACM (Pengeluar Komponen Automotif) yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pengurusan operasi terutamanya dari segi kawalan dan laporan teknikal.

Beliau secara peribadinya memuji perihal ilmu mentadbir kewangan yang ditunjuk ajar oleh pasukan “Corporate Finance”, samada secara terus sewaktu menyediakan laporan suku tahunan ataupun secara “personal”/ “private tutorial”. Beliau memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana pada tahun 2000, beliau ditawarkan untuk menjadi usahawan dan rakan kongsi di MPSSB.

2001 : Matrix Power Services Sdn. Bhd. Jawatan : Pengurus Besar

1999 : Ramusa Engineering Sdn. Bhd. Jawatan : Pengurus Projek

1997 : Multi Discovery Sdn. Bhd. Jawatan : Pengurus Projek

1995 : Multi Discovery Sdn. Bhd. Jawatan : Jurutera Projek

1993 : Tenaga Nasional Berhad Jawatan : Jurutera Projek

1. Anugerah 10 Tahun Perkhidmatan Kumpulan Syarikat Ingress.

2. Pakej Menunaikan Ibadah Umrah Ramadhan Kumpulan Syarikat Ingress.

Prinsip hidup kita semua sepatutnya tidak lari dari IHSAN, IMAN dan ISLAM. Ini sepatutnya menjadi “core values” dalam mendokong visi dan misi syarikat. Apa gunanya kita kaya dan berjaya kalau itu semua tidak bersandarkan kepada “ubudiyah” pada yang Maha Mencipta, dan ia tiada nilai di sisi Allah s.w.t.,

PENGALAMAN KERJA

PENERIMAAN ANUGERAH/ PENGHARGAAN

PRINSIP & FALSAFAH HIDUP

Beliau amat berharap dan berdoa agar warga Ingress akan terus tabah menghadapi ujian dan cabaran yang dilalui oleh semua syarikat dengan sikap yang positif. Ini kerana Allah s.w.t. ada mengatakan tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia diuji. Anggaplah cabaran ini sebagai satu peluang untuk kita mantapkan kualiti dan prestasi kerja sebelum kita diuji dalam bentuk kejayaan yang lebih besar.

Umpamanya, beliau selalu menasihati warga kerja MPSSB bahawa kejayaan yang dikecapi samada dalam bentuk projek, keuntungan dan aliran wang yang mantap itu semua Allah s.w.t. akan beri jika kita semua sudah bersedia untuk melaksanakannya. Aspek yang penting ialah kita harus terus mencuba, memperbaiki kelemahan operasi, merebut peluang yang ada dan yang paling penting menyediakan warga organisasi kita dengan sebanyak ilmu IHSAN, IMAN dan ISLAM agar NIAT kita tidak lain dan tidak bukan hanya mencari keredhaan Allah s.w.t., dan sentiasa berkomunikasi dengan-Nya ketika susah mahupun senang.

Marilah sama-sama kita berdoa agar apabila kita dikurniakan kejayaan suatu hari nanti, kita tidak berubah. Harapan beliau, biarlah ketika susah kita hanya mampu berbelanja RM50 sehari, maka ketika senangpun kita tetap berbelanja RM50 sehari.

NASIHAT UNTUK KAKITANGAN INGRESS

malah yang paling merugikan kita ialah ia tidak boleh dituntut sebagai pelaburan kita di akhirat nanti.

Falsafah atau pendekatan yang kita gunakan adalah dengan menyatupadukan kecerdasan intelektual, emosi dan spiritual. Kita berkerja, umpamanya jika handal dalam bidang “sales”, kita sering berbangga dengan kebijaksanaan kita dengan mengatakan inilah hasil upaya kita, kerana kita lupa kepada-Nya yang Maha Bijaksana. Sebaliknya, setelah kita melakukan pelbagai usaha dan tidak berhasil, maka kita merasa amat berdukacita dan tidak sabar dengan tekanan yang dihadapi, kerana kita terlupa untuk bersabar kepada-Nya yang Maha Sabar.

Maka, kita harus berusaha mencari jalan agar Allah s.w.t. senantiasa HADIR dalam kehidupan kita seharian samada ketika kita berada di rumah, pejabat, padang, masjid malah di hotel dan majlis korporat, di dalam negara atau luar negara (di Mekah, Korea, Jepun, Eropah, Thailand dan Indonesia) kita sepatutnya selalu “WIFI” (“always connected”) dengan Allah s.w.t. Sebab itulah beliau bersama-sama dengan warga MPSSB sering berkumpul pada setiap Jumaat untuk melaungkan nasyid Asmaul Husna, di samping menetapkan Tujuh Nilai Dasar untuk mendokong visi dan misi syarikat iaitu:

1) Jujur;2) Tanggungjawab3) Wawasan;4) Disiplin;5) Kerjasama;6) Adil; dan7) Prihatin.

Beliau juga sentiasa berdoa agar Allah s.w.t. memperkasakan organisasi MPSSB dengan warga kerja yang KOMPETEN dan AMANAH, Amin.

�0 Edaran Dalaman 18

Pers

onal

iti

• En. Hassan bin Nazir bergambar kenang-kenangan bersama keluarga tercinta.

Peringkat Bukan EksekutifPERTEMUAN DENGAN ISTERI

Beliau bertemu dengan isterinya melalui keluarganya. Beliau melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan keluarganya selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Kini, beliau mempunyai tiga orang cahaya mata:

1. Farah Syazwani - 7 Tahun2. Farah Najwa - 5 Tahun3. Muhammad Faris Najmi - 6 bulan

PENGALAMAN KERJA

1999 - kini : Ingress Technologies Sdn. Bhd., Bukit Beruntung Jawatan : Penyelia

1995 - 1998 : Ingress Engineering Sdn. Bhd., Nilai Jawatan : Juruteknik

1993 - 1995 : Ingress Engineering Sdn. Bhd., Bangi Jawatan : Juruteknik

1991 : Institut Latihan Perindustrian, Pulau Pinang - Sijil

1984 : Sekolah Menengah Kubur Panjang, Alor Setar, Kedah

- Sijil Pelajaran Malaysia - Sijil Rendah Pelajaran

1978 : Sekolah Kebangsaan Kuala Lanjut, Alor Setar, Kedah

- Ujian Penilaian Darjah 5

Nama : Hassan bin Nazir

No. Kakitangan : K013

Jawatan : Penyelia

Jabatan : “Plant Maintenance”

Syarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Tarikh Lahir : 24 September 1971

Tempat Lahir : Kedah

Bilangan Adik-beradik : 10 Orang

Anak yang ke Berapa? : 6

Nama Ibu : Che Bu binti Mat

Nama Bapa : Nazir bin Ibrahim

Status Perkahwinan : Berkahwin

Nama Isteri : Suraini binti Hassan

BIODATA

PENDIDIKAN

PRINSIP & FALSAFAH HIDUP

Kejayaan tidak akan tercapai tanpa usaha yang berterusan di samping berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t.

RAJIN adalah PENAWAR yang mujarab, manakala MALAS pula adalah RACUN yang berbisa.

NASIHAT UNTUK KAKITANGAN INGRESS

Hindarilah diri kita dari sifat suka berpura-pura (“tamalluq”), pilih kasih dan berburuk sangka. Kita juga hendaklah saling menghormati sesama insan.

1. Anugerah 10 Tahun Perkhidmatan Kumpulan Syarikat Ingress.

2. Pakej Menunaikan Ibadah Umrah Ramadhan Kumpulan Syarikat Ingress.

PENERIMAAN ANUGERAH/ PENGHARGAAN

Allah s.w.t. berfirman, terjemahannya: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang

mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.”(Surah al-A’araf, ayat: 199)

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 �� Edaran Dalaman 18 ��

F Kita sedia maklum bahawa orang Jepun mempunyai keazaman yang tinggi. Mereka belajar daripada orang Barat dan membuka industri yang sama. Umat Islam yang ingin maju boleh membangun dengan menyertai bangsa-bangsa lain dan terus berpegang teguh kepada agama Islam. Orang Jepun berpegang teguh kepada agama mereka tetapi mereka berjaya setanding dengan bangsa Barat.

Orang Islam mampu mencapai kemajuan dengan syarat ada kemahuan dan sanggup berbelanja seperti orang Barat atau Jepun. Sebaliknya, orang Islam inginkan kemajuan secara percuma dan mudah tanpa peralatan moden dan persediaan secukupnya. Apabila mereka kalah, contohnya dalam peperangan, mereka akan menyalahkan janji Allah s.w.t. seperti firman-Nya dalam surah ar-Ruum, ayat 47, terjemahannya:

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelumnya (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian kami menyeksa orang yang berlaku salah (mengingkari); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman.”

Mereka percaya seolah-olahnya al-Quran menjamin kemenangan sekadar berdoa dan bertasbih sahaja tanpa usaha dan jihad dengan harta-benda dan jiwa raga.

Umat Islam menjadi lemah bukan kerana jumlah mereka yang kecil, tetapi punca sebenarnya ialah takut dan bakhil, cintakan dunia dan bencikan mati sebagaimana yang tertera dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Hampir-hampir kamu akan ditelan umat-umat lain bagaikan hidangan yang dikelilingi ramai tetamu. Mereka bertanya: “Adakah kerana kita pada masa itu kurang bilangannya wahai Rasulullah?”. Baginda s.a.w. menjawab: “Tidak, tetapi kamu sekalian ibarat buih-buih yang terapung dilanda arus air, lemah dalam hati-hati kamu dan dicabut dari hati-hati musuh kamu rasa takut, kamu mencintai dunia dan membenci mati.”

Faktor-faktor Kemunduran Orang Melayu

Sudu

t Aga

ma

(bersambung dari keluaran lepas)

aktor pertama, kejahilan dan kekurangan ilmu.

Faktor kedua, kerosakan akhlak yang berpunca daripada sikap suka membelakangkan al-Quran

dan amalan umat-umat terdahulu.

Faktor ketiga, keruntuhan akhlak pemimpin.

Faktor keempat, lalai dengan hiburan dan menyanjung tinggi para artis.

Faktor kelima, umat Islam takut dan pengecut.

Umat Islam menganggap musuh kuat, sehingga orang Barat yang menyerang umat Islam dikatakan mereka tidak takut mati dan bersungguh-sungguh mempertahankan kebangsaan mereka, sedangkan umat-umat Islam terdahulu dianggap oleh Barat sebagai berani dan tidak takut mati.

Sifat takut dan pengecut yang disertai dengan putus asa serta hilang harapan terhadap rahmat Allah s.w.t. akan membawa padah kepada ummah. Allah s.w.t. mengingatkan umat Islam sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisa’, ayat 104, terjemahannya:

“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya merekapun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu, sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Faktor keenam, kekeliruan para pengikut yang jahil.

Mereka terus takjub pada kekuatan Barat dalam mencipta peralatan moden, terutamanya dalam sektor pertahanan dan peperangan. Mereka terlupa bahawa pada setiap zaman, umatnya mempunyai ilmu dan kemajuan yang sesuai dengan zamannya. Pada semua bangsa, penciptaan peralatan moden memerlukan roh, pemikiran dan keazaman, barulah boleh wujud industri moden.

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

�� Edaran Dalaman 18

Foku

s

P

Majlis Pelancaran Ingress Auto Sdn. Bhd.

• Sesi pendaftaran.

• Datuk Hj. Rameli bin Musa sedang menyampaikan ucapan. • Sesi

pelancaran IASB.

• Dari kiri: Mr. Stephan Rausch (“After Sales Director”, BMW Malaysia); Ybhg. Datuk Hj. Rameli bin Musa (Naib Pengerusi Eksekutif/ “Group CEO”, ICB); Mr. Wolfgang Schlimme (Pengarah Urusan BMW Malaysia); Ybhg. Dato’ Hj. Nasir bin Yusof (Pengerusi ICB); Mr. Micheal Lerch (Pengarah Jualan dan Pemasaran, BMW Malaysia); dan YAM Tunku Datuk Mudzaffar bin Tunku Mustapha.

�� Edaran Dalaman 18 Edaran Dalaman 18 ��

ada 15 April 2008, Ingress Auto Sdn. Bhd. (IASB) secara rasminya telah menjadi wakil jualan BMW Malaysia Sdn. Bhd. dengan pembukaan pusat 4S

BMW (Jualan, Perkhidmatan, Sistem dan Alat Ganti) yang baru.

Naib Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ingress Corporation Berhad (ICB), Datuk Hj. Rameli bin Musa berkata:

“Pelancaran ini menandakan langkah pertama dalam komitmen kami untuk memberikan tahap perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan BMW. Kami serius tentang wawasan kami dan bertekad untuk menjadi penyumbang utama kepada jenama paling pantas berkembang dalam segmen kereta mewah di Malaysia.”

Pusat 4S BMW kepunyaan IASB ini terletak di kawasan seluas 9,783 meter persegi dan berada di laluan utama Jalan Damansara, berhadapan dengan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) serta bertentangan dengan Mutiara Damansara.

Michael Lerch, Pengarah Jualan dan Pemasaran BMW Malaysia Sdn. Bhd. berkata:

“Pusat 4S BMW IASB bukan sahaja bertaraf global tetapi bilik pameran kereta baru ini juga menjadi penanda aras dari segi seni bina BMW di Malaysia. Dari sudut acara khas hingga ke ruang menunggu, pusat ini menyediakan ciri-ciri kemudahan yang dipertingkatkan dan menjanjikan pengalaman terbaik kepada pelanggan BMW.”

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 �� �� Edaran Dalaman 18 Edaran Dalaman 18 ��

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

• Ybhg. Ustaz Mohd Rusdi bin Ibrahim sedang membaca doa bagi memohon keberkatan.

• Giliran Mr. Wolfgang pula menyampaikan ucapan.

• Mr. Wolfgang Schlimme sedang menandatangani plak pelancaran rasmi IASB.

• Warga Ingress dan para jemputan bersorak girang atas pelancaran IASB.

• Yasin Sulaiman dan Akhbar turut diundang bagi memeriahkan majlis.

Foku

s

Konsep dan seni bina bangunan mencerminkan asas jenama BMW dan mematuhi spesifikasi antarabangsa yang tinggi. Selain daripada bilik pameran, pusat jualan baru ini juga menempatkan pejabat jualan, bilik pameran kereta terpakai, ruang pameran gaya hidup dan aksesori, bilik mesyuarat dan perbincangan, ruang menyambut tetamu, kafe dan ruang rehat dan bengkel servis dengan 21 ruang servis. Pusat 4S BMW Ingress turut menyediakan dua ruang kereta yang dilengkapi Penganalisis Brek dan Suspensi yang diluluskan BMW, menjadikannya pusat servis pertama di Lembah Klang yang menyediakan perkhidmatan ini.

Sebagai pengeluar komponen automotif yang ulung dan dikenali di rantau ini, ICB memiliki kilang-kilang di Thailand dan Indonesia. ICB merupakan penerima anugerah Pengeluar Komponen Automotif ASEAN Terbaik 2007 (Malaysia) daripada Frost & Sullivan. Firma perundingan pertumbuhan global itu mengiktiraf beberapa syarikat yang berada di pasaran serantau dan global kerana menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang serta kepimpinan, inovasi teknologi, perkhidmatan pelanggan dan pembangunan produk strategik.

Kerjasama dengan IASB ialah sebahagian daripada strategi BMW Malaysia untuk memperluaskan rangkaian pengedarannya yang akan memberikan pilihan lebih luas kepada pelanggan BMW dan memenuhi keperluan bilangan pelanggan yang semakin bertambah. IASB akan berusaha mempertingkatkan perkhidmatan kepada pelanggan serta penjualan produk BMW di lokasi Petaling Jaya dan Damansara yang semakin pesat membangun.

�� Edaran Dalaman 18

Acara Perpisahan Bpk Idris Karim

Empat tahun tidak terasa, tiba-tiba hari itu, tanggal 27 Februari 2008, acara perpisahan Bpk Idris Karim dan keluarganya dilangsungkan di PT Ingress Malindo Ventures (PT IMV), Indonesia.

Ternyata, selama empat tahun Bpk Idris Karim bertugas di PT IMV, banyak ilmu yang beliau curahkan dan ajarkan kepada Karyawan PT IMV, baik ilmu transfer teknologi maupun ilmu agama.

Acara ini meriah banget dengan kehadiran Bpk Radzuan Shah dan keluarganya, Bpk Wan Musa dan keluarganya serta semua Ketua Jabatan PT IMV.

Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, Insya-Alloh, kita berjumpa lagi.

• Bpk Radzuan Shah bin Jamaludin memberikan cenderamata kepada Bpk Mohd Idris bin Karim (berbaju “maroon”).

ada hari Khamis, 17 April 2008 yang lalu, pihak pengurusan Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) telah mengadakan Program Gotong-Royong di kawasan

perkilangan IAV. Sekembalinya warga IAV dari bercuti panjang sempena Hari Songkran (Tahun Baru Thailand), kakitangan IAV bergotong-royong membersihkan kawasan kilang sebagai tempat mencari rezeki agar mereka merasa inilah rumah kedua yang mereka sayangi.

Khun Sarayut Mekso, Timbalan Pengurus Besar merangkap pengurus program pada kali ini telah membahagi-bahagikan kumpulan untuk membersihkan kawasan masing-masing. Pada sebelah petang, aktiviti 5S pula diadakan di Jabatan masing-masing sehinggalah jam 4.30 petang apabila kawasan persekitaran kerja kelihatan bersih sekali. Namun, sebahagian daripada kakitangan IAV merasa terkilan kerana ada juga pihak pengurusan IAV yang tidak dapat menyertai program ini. Mereka berpendapat, semangat untuk menjayakan program ini pasti menjadi lebih kuat dengan kehadiran pihak pengurusan IAV.

Program Gotong-Royong

P

Jend

ela

‘Ove

rsea

s’

�� Edaran Dalaman 18

Majlis PerpisahanEn. Sabir Jelani

Pada 3 April 2008, pihak pengurusan Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) Ayutthaya telah mengadakan Majlis Perpisahan buat En. Sabir Jelani sekeluarga. Beliau merupakan “Expatriate” dari

Ingress Operasi Malaysia yang ditugaskan ke Ingress Operasi Thailand semenjak tahun 2006 sebagai Penolong Pengurus. Majlis Perpisahan diadakan di Chand Siau (Bulan Sabit) Praram 9, Bangkok, Thailand. Pada ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh warga IAV sepanjang tempoh beliau berada di Thailand.

• Foto terkini En. Sabir bin Jelani sekembalinya dari IAV Thailand.

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 ��

Kebajikan Masyarakat

Pada Khamis, 8 Mei 2008, Khun Syed Ishaq Syed Ibrahim, Pengurus Pejabat CSR telah mengagih-agihkan Zakat Syarikat kepada Imam Abdulkaim Renpitak, Imam Masjid di Perkampungan Ban Plab,

Ayutthaya. Beliau amat bersyukur serta mengucapkan terima kasih kepada syarikat Ingress dan para pekerjanya serta berdo’a agar Allah s.w.t. mencurahkan lagi rezeki yang berkat dan dikurniakan ganjaran di dunia dan juga di akhirat. Zakat yang mereka terima itu akan dimasukkan ke dalam tabung pembinaan bangunan orang fakir dan miskin di Ban Plab, Ayutthaya.

Jend

ela

‘Ove

rsea

s’

Hari Keluarga JabatanPPC, IAV

Pada 9 Mac 2008, kakitangan Jabatan PPC, Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) Rayong telah mengadakan program Hari Keluarga di Pantai Mae Rampeung, Rayong, Thailand. Seramai 34 orang kakitangan

telah menyertai program pada kali ini. Progam bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Antara pengisian program adalah aktiviti sukan seperti bola sepak, “valley ball” dan lain-lain. Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk para pemenang dalam pertandingan yang telah dianjurkan.

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 ��

�� Edaran Dalaman 18

Hari Keluarga IRSB

Pihak pengurusan Ingress Research Sdn. Bhd. (IRSB) telah menganjurkan aktiviti Hari Keluarga 2008 di Bukit Merah Lake Town Resort pada 10 dan 11 Mei

2008. Rombongan telah berangkat ke destinasi pada jam 7.30 pagi dan selamat tiba pada jam 1.30 petang.

Selepas mendaftar masuk, rombongan menuju ke taman tema air untuk acara bebas. Selapas makan malam, beberapa aktiviti telah diadakan bagi menghiburkan ahli rombongan IRSB seperti acara makan epal, tiup belon terbesar dan lain-lain.

Pada keesokan pagi, rombongan telah melawat Eco Park dan Orang Utan Island sebelum berangkat pulang pada jam 12.00 tengahari. Rombongan selamat sampai ke Bandar Baru Bangi pada jam 6.00 petang.

• Para peserta mendengar taklimat ringkas sebelum meneruskan aktiviti di Orang Utan Island.

Matrix Power dilantik sebagai Pembekal kepada BNS

Pada 24 Mei 2008, Matrix Power Services Sdn. Bhd. (MPSSB) telah menerima perlantikan sebagai pembekal kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) di bawah program pembangunan

usahawan tajaan Kementerian Pembangunan Usahawan.

Skop kerja yang ditawarkan adalah “Marine Electrical Solution” untuk kapal-kapal tentera laut yang dibina oleh BNS.

• Tn. Hj. Ir. Mohd Haizad bin Hussain menerima perlantikan sebagai pembekal kepada BNS daripada Ybhg. Dato’ Noh bin Omar, Menteri Pembangunan Usahawanan dan Koperasi.

• Qiyamullail dapat mendidik insan menjadi hamba Allah yang sentiasa tenang, beristighfar dan bersyukur.

Pihak pengurusan Ingress Operasi Nilai telah menganjurkan program Qiyamullail pada 26 Januari 2008 bertempat di Surau Ingress Operasi Nilai.

Seramai 30 orang kakitangan telah menyertai program ini yang dibimbing oleh Ybhg. Ustaz Dr. Badrul Amin.

Program bermula dari jam 4.30 pagi. Selepas selesai melaksanakan solat-solat sunat dan mendirikan solat Subuh secara berjemaah, program kuliah Subuh pula diadakan sebagai santapan rohani.

Program berakhir dengan menikmati juadah sarapan pagi tiga jam kemudian.

Program Qiyamullail

Ber

ita

“Sub

sid

iari

es”

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 ��

Kem Bina Insanihak pengurusan Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Manusia ITSB telah menganjurkan Kem Bina Insan khusus untuk 160 kakitangan peringkat “Leader”,

Juruteknik gred G4 dan Operator yang akan dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan akan menyertai kem ini yang akan dikendalikan secara berperingkat-peringkat.

Kem Bina Insan Siri Pertama telah diadakan pada 8 sehingga 11 Mei 2008 yang lalu. Program selama tiga hari dua malam ini telah dilaksanakan di Dusun Eco Resort di bawah kelolaan Pusat Tenaga Insan.

Antara pengisian program adalah sesi ceramah, kuliah, tazkirah dan Qiyamullail. Selain itu, aspek ketahanan fizikal juga turut diadakan seperti “treasure hunt”, riadah dan aktiviti berkumpulan.

Objektif kem ini diadakan adalah untuk mendokong visi, misi, strategi dan perancangan ITSB. Selain itu, kem ini juga diadakan untuk memberikan kesedaran kepada kakitangan tentang kepentingan bersatu padu untuk mencapai kejayaan diri dan organisasi.

Di samping itu juga, kem ini dapat mengeratkan ukhuwah dan persahabatan di antara satu sama lain.

• Ketelitian amat diperlukan bagi memastikan telur ayam ini diikat dalam keadaan yang selamat.

• Sebahagian daripada peserta Kem Bina Insan Siri Pertama bergambar kenang-kenangan.

• Aktiviti senaman turut diadakan bagi menguatkan ketahanan fizikal seseorang individu.

Ber

ita

“Sub

sid

iari

es”

Bersempena dengan perpindahan lokasi pejabat dari Subang Permai, Shah Alam ke bangunan Ingress Auto Sdn. Bhd., Sg. Penchala pada 3 Mac 2008 yang lalu,

pihak pengurusan syarikat Multi Discovery Sdn. Bhd. (MDSB) dan Ramusa Engineering Sdn. Bhd. (RESB) telah mengadakan

Edaran Dalaman 18 ��

• Inilah salah satu daripada hasil kerja kumpulan, penghasilan satu binaan yang paling tinggi, teguh dan kreatif.

Majlis Kesyukuran MDSB

satu Majlis Kesyukuran. Majlis ini diadakan pada 26 Mac 2008.

Tetamu jemputan terdiri daripada Naib Pengerusi Eksekutif/ “Group CEO”, Ingress Corporation Berhad (ICB), Datuk Hj. Rameli bin Musa, Pengarah-pengarah, pihak pengurusan kanan Kumpulan Syarikat Ingress dan semua kakitangan MDSB dan RESB. Majlis juga turut diserikan lagi dengan kehadiran bekas Pengurus Besar Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan selaku penceramah pada majlis tersebut.

Majlis berakhir pada jam 2.30 petang. Semua hadirin disajikan dengan juadah makan tengahari yang istimewa iaitu nasi beriani dan kari kambing.

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

�� Edaran Dalaman 18

Cahayamata

Nama : Muhammad Irwan Farhan bin Md Noor Irman Tarikh Lahir : 1 Mac 2008 Nama Ibu : Kalimatu Saadiah binti Muhamad Jawatan : “Treasury Assistant”Syarikat : Multi Discovery Sdn. Bhd.Nama Bapa : Md Noor Irman bin Hassan

Nama : Wan Muhammad Arman bin Wan Ahmad Saufi

Tarikh Lahir : 22 Disember 2007 Nama Ibu : Suhaida binti Ismail Jawatan : “Assistant Safety & Health

Officer”Syarikat : Multi Discovery Sdn. Bhd.Nama Bapa : Wan Ahmad Saufi bin Wan

Sulaiman

Nama : Muhammad Irfan Rifqi bin HanizanTarikh Lahir : 21 April 2008 Nama Ibu : Noor Azeyanti binti Md DosahJawatan : Kerani Jabatan Sumber ManusiaSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Bapa : Hanizan bin HussinJawatan : Juruteknik, Jabatan PVDSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Nama : Hazim bin Zahari Tarikh Lahir : 17 Julai 2007 Nama Ibu : Rozana binti Hud Jawatan : SetiausahaSyarikat : Ingress Corporation BerhadNama Bapa : Zahari bin SabudinJawatan : EksekutifSyarikat : Talent Synergy Sdn. Bhd.

Nama : Muhammad Haidar Syahmi bin Hamzan Tarikh Lahir : 12 Mac 2008Nama Ibu : Suriani binti Jahnis Jawatan : “Senior Accounts Executive”Syarikat : Multi Discovery Sdn. Bhd.Nama Bapa : Hamzan bin Madan

Nos

talg

ia

�� Edaran Dalaman 18

Nama : Hana Rafiza binti Hidzir Tarikh Lahir : 21 April 2008 Nama Ibu : Rozlin Rafida binti Kudori Nama Bapa : Hidzir bin Abdullah Jawatan : Penolong Pengurus Syarikat : Ingress Research Sdn. Bhd.

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 ��

Selamat Pengantin BaruNama : Izdihar bin AnuaJawatan : “Facility Supervisor“Syarikat : Multi Discovery Sdn. Bhd.Nama Isteri : Ismawati binti Othman Tarikh Perkahwinan : 26 April 2008

Nama : Khun Kukiat (Ahmad bin Abdullah)Jawatan : Kerani, Jabatan PVDSyarikat : Ingress Autoventures Co., Ltd.Nama Isteri : Khun Supranee Dagenham (Kalasom binti U-sen) Tarikh Perkahwinan : 14 April 2008

Nama : Khun Maserdee WeanamaJawatan : Penyelia ”Production Engineering“ Syarikat : Ingress Autoventures Co., Ltd.Nama Isteri : Khun Ibtisam Muhsin (Amenah binti Muhsin) Tarikh Perkahwinan : 12 April 2008

Nama : Khun Namphon Doysaman (Mohd.Qazzafi bin Hj. AbdulghaniJawatan : “Finance & Accounting Officer, SAP Unit”Syarikat : Ingress Autoventures Co., Ltd.Nama Isteri : Khun Nupawan Zhoheng (Roseedah binti Zhoheng) Tarikh Perkahwinan : 4 Mei 2008

Nama : Khun Prakaiwan Jitsopakul Jawatan : “Safety Executive”Syarikat : Ingress Autoventures Co., Ltd.Nama Suami : Khun Apichat PunyaseeTarikh Perkahwinan : 16 Mac 2008

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 ��

�0 Edaran Dalaman 18

S

Adakah Anda Stress?Menurut kajian yang dibuat oleh NIOSH (“National Institute of Safety and Health”) berikut adalah faktor-faktor yang boleh menyebabkan stress:

1. Corak Tugasan yang Diberikan:

• Beban tugas yang berat, masa rehat yang tidak menentu, tempoh kerja yang panjang serta kerja giliran.

• Kerja rutin yang membosankan serta tidak produktif, tidak memanfaatkan sepenuhnya kemahiran pekerja serta kawalan yang kurang munasabah.

2. Gaya Pengurusan:

• Kurang penglibatan pekerja dalam menjana keputusan, komunikasi yang lemah.

• Kurang polisi tugasan yang mesra pengguna.

3. Hubungan Peribadi:

• Perhubungan sosial yang lemah.

• Kurang sokongan dan dokongan daripada teman sekerja.

4. Peraturan Kerja:

• Konflik dan harapan perjawatan yang tidak menentu dan di luar jangkaan.

• Tanggungjawab yang melebihi kemampuan dan di luar bidang tugas serta kemampuan.

5. Keadaan Persekitaran:

• Suasana yang tidak selesa, ruang yang sempit, bunyi bising dan masalah ergonomik.

Ber

ita K

esel

amat

an d

an K

esih

atan

tress kerja boleh didefinisikan sebagai penjejasan terhadap fizikal dan emosi hasil daripada keperluan kerja yang tidak seimbang

dengan kemampuan, sumber atau kehendak pekerja itu sendiri. Stress kerja boleh mengganggu kesihatan dan mungkin juga membawa kepada kecederaan.

Stress kerja kadangkala disalah tafsir sebagai ketidakupayaan menghadapi cabaran, sedangkan konsep ini adalah berbeza di mana cabaran akan mendorong secara psikologi dan fizikal ke arah memperolehi idea-idea yang baru dan memahirkan diri dalam pekerjaan yang diceburi.

Kegagalan menghadapi sebarang cabaran yang menjadi tuntutan sesuatu tugasan tersebut akan membawa kepada perasaan kecewa, keletihan dan kelesuan.

Apakah Penyebab kepada Stress Kerja?

Hampir setiap orang bersetuju stress adalah kesan daripada tindak balas negatif pekerja terhadap suasana pekerjaan. Walau bagaimanapun, ada pandangan yang berbeza terhadap kepentingan kesan sifat pekerja terhadap keadaan pekerjaan sebagai penyebab utama. Secara ringkasnya melalui kajian saintifik, kebanyakan pekerja akan mengalami stress apabila menerima limpahan beban kerja dan komplikasi dalam matlamat yang hendak dicapai.

• Kedudukan ergonomik.

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 ��

Melintang1. Perbincangan mengenai

sesuatu hal.2. Perbuatan menyucikan diri

dengan air mutlak sebelum beribadah.

3. Ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak/ moral.

4. Sejenis tumbuhan (pokok renek) yang pernah menjadi tajuk lagu popular Indonesia sekitar tahun 1980-an.

5. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih

seseorang supaya berkelakuan baik.

6. Matlamat/ tujuan.7. Kunjungan.8. Perkara yang dilakukan

tidak berdosa dan jika ditinggalkan mendapat

pahala.9. Pencapaian.

Ke bawah1. Tingkah laku serta

tutur kata yang halus (sopan).

2. Lumrah.3. Iltizam.4. Ketakutan yang amat

sangat akan sesuatu.5. Upah yang tetap.6. Daya pengeluaran.7. Raja Mesir (pada

zaman dahulu kala).8. Sembahyang.9. Sejenis burung.

• Tarikh tutup permohonan ialah pada 29/8/2008.

• Hanya tiga pemenang akan dipilih bagi setiap siri.

• Keputusan & Pemenang akan disiarkan dalam Majalah Nadi Ingress Edisi 19.

Nama : Jawatan :No. K/Pengenalan : Jabatan :No. Kakitangan : Syarikat :

1 6 7

1 3

5 2

3

4 8 9

5

4

6

2

7

8

9

• Peraduan yang difotostat juga terima.

• Sila hantar jawapan anda kepada Sidang Redaksi Nadi Ingress, Group HRM, ICB.

1. Which figure, of the four shown below, completes the sequence?

2. Which letter goes before the 4 to complete the sequence?

3. Which figure, of the four shown below, completes the sequence?

4. Complete the sequence.

5. Find the missing number.

(Please refer the answers at page 22)

IQ Test Kuiz Teka Silang Kata (Siri Ketiga)

?

2A

4D

6H

??

3 12 8

7 28 24

5 20 ?

1 2 3 4

A 1 D 2 I 3 ? 4

1 2 3 4

�� Edaran Dalaman 18

JAWAPAN KUIZ SILANG KATA (Siri Kedua)

1. Alternatif jawapan bagi soalan no. 10 (ke bawah) adalah: KERANJI, MERANTI atau KENANGA. 2. Ejaan sebenar jawapan bagi soalan no. 5 (ke bawah) adalah: DELEGASI. Kesemua penyertaan yang diterima menjawab DELIGASI yang tidak mempunyai sebarang maksud.

NOTA :

PEMENANG KUIZ TEKA SILANG KATA SIRI KEDUA

Tempat PertamaTiada Pemenang Tempat KeduaNama : Tn. Hj. Mat Ali bin Mohamed No. Kad Pengenalan : 530310-08-5555 No. Kakitangan : P818 Jawatan : “Safety Officer”, Jabatan Penguru san Sumber ManusiaSyarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd. Tempat KetigaNama : Emiza binti AzamiNo. Kad Pengenalan : 790513-06-5424 No. Kakitangan : 1000 Jawatan : Eksekutif, Jabatan Kewangan & PerakaunanSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

4.1. No. 3

2. P3. No. 1 5. 16

Sidang Redaksi Nadi Ingress

Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan

Ingress Corporation Berhad

Lot 1M, First Floor, Plaza Flamingo

No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang

68000 Ampang, Selangor

SETEM

Answers for IQ Test

8M

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 ��

Wajah-wajah Ingress

• Kalau kau nak balik kamera ni, kau

kena isi borang dulu. Aku pinjam

dulupun, kena isi borang juga.

• Inilah kereta idamanku. Aku kena

tempah sekarang juga! • Mula-mula, kau kena tarik nafas dan

tahan. Keluarkan suara dari perut.

Barulah sedap bila menyanyi.

• Yasin ada pengurus baru.

• Hidup itu lawannya mati,

Ringan pula lawannya berat,

Ilmu itu pelita hati,

Menerangi hidup dunia akhirat.

• Minum kopi “O” di Warung Pak Atan,

Sambil minum mata menjeling,

Audit I.S.O. memang meletihkan,

Sampai matapun naik juling.

• Bihunpun bihunlah... Aku ni dari pagi

lagi tak makan tau!...

• Ini orang Incik, dia masuk tarak pas. Pagar jugak panjat.

• Mengecat sampan di pagi hari,

Layarnya pula berbatik-batik,

Sungguh tampan pengantin lelaki,

Diapit oleh kakak yang cantik.

• Sudah jadi suami isteri ko... masih malu-malu foto bersama.

• Wah... Mas Basuki! Serius banget nih, dengerin EVC Briefingnya...

Eeee....Mengantuknya.

Bila nak habis ni. Dah la aku

depan sekali pulak tu.

KAMI DAPAT

2 NCR...!

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R A T I O N B E R H A D

Edaran Dalaman 18 ��

�� Edaran Dalaman 18

Kar

ya KARYA