iftar ramadhan 429 hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/nadi_upload/nadi...

24
Edaran Dalaman 19 NADI INGRESS INGRESS CORPORATION BERHAD KKDN. PP 12636/05/2009(020899) A N A S E A N C O M P A N Y W I T H G L O B A L R E A C H www.ingresscorp.com.my Edaran Dalaman 19 Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah

Upload: dangkhanh

Post on 12-Feb-2018

290 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

Edaran Dalaman 19 �

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

KKDN. PP 12636/05/2009(020899)

A N A S E A N C O M P A N Y W I T H G L O B A L R E A C H

www.ingresscorp.com.my Edaran Dalaman 19

Iftar Ramadhan �429 Hijriyyah

Page 2: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

2 Edaran Dalaman 19

SIDANG REDAKSI

Sidang Redaksi

KETUA PENGARANG

Ramli bin Napiah

SIDANG PENGARANG

Mohd Rusdi bin IbrahimRosyatimi binti Abdullah

PENYUMBANG ARTIKEL

Khyrun Anuar bin ZainolMat Ali bin Mohamed (Operasi Nilai)Nizaiham binti Mohd. Nor (Operasi Nilai) Mohd Hisyam bin Abdul Ghani (ITSB)Che Mazila binti Che Husain (MDSB)Hidzir bin Abdullah (ITC)Charan Hamdanee (IAV)Hendrik Widagdo (PT IMV)

JURUFOTO DAN EDARAN

Mohd. Nizam bin Abdullah

PENERBIT

Ingress Corporation BerhadLot 1M, 1st Floor, Plaza FlamingoNo. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Klang68000 Ampang, SelangorTel: 03-4252 9696Faks: 03-4252 9393Laman Web: www.ingresscorp.com.my

REKA BENTUK

Triknight Communications Sdn. Bhd.36-3, Jalan 24/70AOff Jalan Bukit Kiara, Desa Sri Hartamas50480 Kuala LumpurTel: 03-2300 1051/ 1052Faks: 03-2300 1062Email: [email protected]

URUS CETAK

Aslita Sdn. Bhd.No. 20, Jalan 4/10BSpring Crest Industrial ParkBatu Caves, 68100 Kuala LumpurTel: 03-6186 7645Faks: 03-6186 7635Email: [email protected]

Isi Kandungan

Sidang Redaksi 2

Dari Meja Pengarang 3

Berita Korporat 3-4

• 45 Minit Bersama PUNB

• Mesyuarat Agong Tahunan dan Luar Biasa

Kali Kesembilan

Sudut Agama 5

• Faktor-faktor Kemunduran Orang Melayu

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif 6-8

• Solat Menjamin Kebahagiaan Hidup di

Dunia dan Akhirat

Jendela “Overseas” 8

• Lawatan dari PT ADM

Berita “Subsidiaries”

• Hari Keluarga Kumpulan Multi Discovery 9-10

• Majlis Khatam al-Quran

• Majlis Perpisahan Pengurus Kanan HR Nilai

• Program Pembangunan Eksekutif

Fokus 11-13

• Program Umrah Ramadhan 1429 Hijriyyah

• Iftar Ramadhan 1429 Hijriyyah

Berita HR 14-17

• Pekerja Terbaik Bulanan

• “Corporate Income Tax and Deferred Tax

Computation”

• Agihan Zakat Ramadhan 1429 Hijriyyah

• “Manufacturing Core Process Syllabus

and Manual Development”

• Pengendalian Telefon Secara Professional

• “Management Development Program”

Personaliti 18

• Peringkat Bukan Eksekutif

Sudut Kakitangan 19-20

• IQ Test

• Kuiz Teka Silang Kata (Siri Ketiga)

• Jawapan Kuiz Teka Silang Kata (Siri Kedua)

Nostalgia 21-22

• Cahayamata

• Selamat Pengantin Baru

Wajah-wajah Ingress 23

Karya 24

Page 3: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

Edaran Dalaman 19 �

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A DDARI MEJA PENGARANG

Dari Meja Pengarangengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian hanya bagi Allah s.w.t, pencipta, pemilik dan pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda r.’anhum yang berjuang dan berkorban berhabis-habisan untuk mempertahankan Islam di muka bumi ini.

Alhamdulillah, marilah kita melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan pertolongan, kehendak dan keizinan-Nya, kita dipertemukan kembali di dalam Majalah Nadi Ingress Edisi 19.

Pada keluaran kali ini, kami mengenengahkan isu solat sebagai satu ibadah yang amat penting ke atas individu Muslim yang tidak boleh dipandang remeh. Solat merupakan tali penghubung di antara seorang hamba

dengan Tuannya, Allah s.w.t. yang Maha Esa. Orang yang meninggalkan solat ialah orang yang tiada perhubungan dengan Allah s.w.t. sama sekali.

Ini kerana, dengan mendirikan solat, kita menyembah Allah s.w.t. dan bersyukur kepada-Nya yang mencipta kita dengan sebaik-sebaik kejadian serta mengurniakan kita dengan pelbagai nikmat, anugerah dan keperluan semasa kita bernyawa di alam ini sehinggalah saat-saat terakhir kita akan meninggalkan alam maya ini iaitu kematian.

Apabila kita berada di alam barzakh, kita akan menghadap Allah s.w.t. yang mencipta kita. Seterusnya, kita akan dipersoalkan atas segala perkara yang telah kita lakukan daripada sekecil-kecilnya kepada sebesar-besarnya.

Akhirnya, kita akan dibangkitkan pula di padang Mahsyar. Ingatlah bahawa, amalan pertama yang akan dihisab ke atas seorang hamba-Nya pada hari Kiamat

D

45 Minit Bersama PUNBngress telah menerima pengiktirafan daripada Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk membentangkan satu kertas kerja selama 45 minit yang

bertajuk “Penembusan dan Pengekalan Pasaran di Peringkat Antarabangsa melalui Strategi Pemasaran Berkesan”.

Slot pembentangan kertas kerja ini telah disempurnakan oleh Naib Pengerusi Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ingress Corporation Berhad (ICB), Ybhg. Datuk Haji Rameli bin Musa bermula dari jam 11.30 pagi sehingga 12.15 tengahari.

PUNB telah menganjurkan “Program Jaringan Usahawan PUNB Peringkat Nasional 2008” yang bertemakan “Ke Arah Pemantapan Perniagaan” pada 7 Ogos 2008 yang lalu. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Menteri Kewangan II, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

I

• Para Usahawan khusyuk mendengar pembentangan

kertas-kertas kerja yang disampaikan oleh para penceramah.

• YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyampaikan cenderamata kepada Ybhg. Datuk Haji Rameli bin Musa.

• Ybhg. Datuk Haji Rameli bin Musa penuh semangat membentangkan kertas kerjanya.

nanti adalah solat. Jika solat yang telah kita laksanakan di dunia ini baik dan sempurna, maka Insya-Allah, kita akan berbahagia, selamat dan sejahtera di akhirat sana. Sebaliknya, jika solat yang telah dilaksanakan rosak, maka kita pasti akan kecewa dan rugi di akhirat nanti, Na’uzubillahi minzalik.

Justeru itu, marilah kita sama-sama memperbaiki kualiti solat fardhu lima waktu sehari semalam dan berdoa agar kita dan zuriat keturunan kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang ikhlas mendirikan solat semata-mata mengharapkan rahmat dan redha Ilahi.

Sekian daripada Sidang Pengarang. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

BERITA KORPORAT

Page 4: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

4 Edaran Dalaman 19

BERITA KORPORAT

Mesyuarat Agong Tahunan danLuar Biasa Kali Kesembilan

esyuarat Agong Tahunan dan Luar Biasa Kali Kesembilan, Ingress

Corporation Berhad (ICB) telah diadakan pada hari Rabu, 9 Julai 2008 yang lalu bertempat di Resort Palm Garden, Putrajaya bermula pada jam 9.00 pagi.

Mesyuarat Agong Tahunan dan Luar Biasa pada kali ini dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah ICB, para pemegang saham dalaman dan luaran serta tetamu-tetamu jemputan. Pihak penganjur yang diketuai oleh Jabatan Komunikasi Korporat ICB juga turut menjemput pihak-pihak media samada cetak mahupun elektronik bagi membuat liputan mengenai mesyuarat agong ini. Antara pihak media yang hadir adalah ntv7, The Star, Bernama, Berita Harian, The Edge dan lain-lain.

Mesyuarat berakhir pada jam 12.30 tengahari dan semua hadirin disajikan dengan juadah makan tengahari.

M

• Dari kiri: Dato’ Zulkifly @ Ibrahim bin Ab Rahman, Dato’ Vaseehar Hassan Abdul Razack, Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain, Datuk Hj. Rameli bin Musa, Dato’ Nasir bin Yusoff, YM Ungku Farid bin Ungku Abd. Rahman, En. Shamsudin @ Samad bin Kassim, Tn. Hj. Ramli bin Napiah dan Pn. Nolida binti Md. Hashim.

• Sesi persidangan akhbar.

• Salah seorang Pemegang Saham mengajukan soalan kepada Pimpinan Tertinggi ICB.

• Sesi pendaftaran.

• Antara tetamu yang hadir.

Page 5: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

Edaran Dalaman 19 �

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

aktor pertama, kejahilan dan kekurangan ilmu.

Faktor kedua, kerosakan akhlak yang berpunca daripada sikap suka membelakangkan al-Quran dan amalan umat-umat terdahulu.

Faktor ketiga, keruntuhan akhlak pemimpin.

Faktor keempat, lalai dengan hiburan dan menyanjung tinggi para artis.

Faktor kelima, umat Islam takut dan pengecut.

Faktor keenam, kekeliruan para pengikut yang jahil.

Faktor ketujuh, sifat “jumud” dan “juhud”.

Sifat “jumud” ialah orang yang ghairah terhadap punca-punca lama atau warisan dan sentiasa bersikap anti-perubahan. Mereka menuduh pendidikan moden seperti ilmu Sains, Matematik, Falsafah dan sebagainya adalah ciptaan orang Kafir. Akibatnya, orang Islam lemah dalam bidang Sains dan Teknologi. Jika orang Islam terkongkong dengan ilmu agama semata-mata, ia akan menyebabkan orang Islam lemah dan umat lain akan mengecapi kekayaan di bumi kita. Sedangkan, kita dilantik sebagai khalifah untuk mentadbir alam ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur, ayat 55, terjemahannya:

“Allah menjadikan orang yang beriman dan beramal solih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur dan ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang yang derhaka.”

Orang yang “jumud” membuka ruang kepada musuh untuk berhujjah bahawa kemunduran yang dialami oleh dunia Islam adalah hasil dari ajaran agama sendiri. Mereka menjadikan Islam sebagai agama akhirat semata-mata, sedangkan Islam adalah agama dunia dan akhirat, bertepatan dengan doa yang sering kita baca sebagaimana yang difirmankan Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 201, terjemahannya:

F “Dan di antara mereka, ada yang (berdoa) dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”

Orang yang “jumud” tidak sedar bahawa mereka menyekat agama dari menjadi sumber rujukan kepada umatnya untuk menyaingi umat lain. Mereka menyebabkan umat Islam malas dan kurang berusaha. Sedangkan intipati ayat-ayat al-Quran penuh dengan seruan beramal, meningkatkan hemah, membangkitkan keazaman serta mencari pahala dan menghapuskan dosa sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat-ayat al-Quran berikut, terjemahannya:

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

(Surah at-Taubah, ayat: 105)

“Kemudian setelah selesai menunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”

(Surah al-Jumu’ah, ayat: 10) Sebaliknya sifat “juhud” pula ialah orang yang terlalu ghairah membaratkan umat Islam dan seluruh orang timur, iaitu keluar dari ciri-ciri dan keperibadian Islam. Mereka menafikan warisan dan menganggap nenek moyang mereka hina. Sedangkan mereka yang sebenarnya hina dan bercanggah sama-sekali dengan Sunnah Alam Semesta yang cenderung untuk memelihara warisan, aqidah dan budaya sendiri.

Orang Jepun menikmati kemajuan sama seperti orang Barat tanpa mengorbankan semangat kebangsaan, bahasa, adat, budaya dan kebebasan beragama mereka. Mereka tidak perlu menyahut panggilan pembaratan. Mereka tidak mengambil sesuatu dari Barat kecuali apa yang terpenting demi bersaing dengan bangsa-bangsa lain.

(bersambung di keluaran akan datang)

(Sambungan daripada keluaran lepas)

Faktor-faktor Kemunduran Orang MelayuSUDUT AGAMA

Page 6: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

� Edaran Dalaman 19

AMANAT NAIB PENGERUSI EKSEKUTIF

Solat Menjamin Kebahagiaan Hidupdi Dunia dan Akhirat

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang yang beriman.”

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Baginda Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada umat Islam sejak 1,400 tahun yang lalu supaya ibu bapa mengajar dan menyuruh anak-anak mendirikan ibadat solat ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya apabila berusia 10 tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.”

(Riwayat: Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim)

Justeru itu, sebagai umat Islam, samada remaja, muda-mudi, dewasa, lelaki mahupun wanita hendaklah memerhati serta menghalusi sedalam-dalamnya perintah solat ini. Kita wajib berdoa mengharapkan anak-anak dan keturunan kita sentiasa mendirikan solat sesuai dengan Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ibrahim ayat 40, terjemahannya:

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami.”

Kita juga hendaklah menyuruh kaum keluarga kita mengerjakan solat sebagaimana Firman Allah s.w.t. dalam Surah Toha, ayat 132, terjemahannya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji dan syukur kepada Allah s.w.t. yang melimpahkan rahmat iman kepada segenap umat Islam sehingga dapat berpegang teguh pada syariat-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga, para sahabat serta sesiapa yang mengikuti Baginda dengan ikhlas hingga ke hari kiamat.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebagai muqaddimah, marilah kita sama-sama mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Semoga dengan kurniaan tersebut akan menambahkan lagi ketakwaan dan ketaatan kita kepada-Nya, di samping mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang menjadi larangan-Nya.

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Sebagai seorang Muslim, kita wajib mempraktikkan Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara. Salah satu daripadanya ialah mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Solat adalah Rukun Islam yang kedua dan merupakan tunjang serta tiang agama sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya, sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya.”

(Riwayat: Baihaqi)

Kita perlu ingat bahawa solat adalah ibadat yang diterima oleh Rasulullah s.a.w. secara langsung daripada Allah s.w.t. ketika Baginda s.a.w. di Sidratul Muntaha dalam peristiwa “Mikraj”. Ia berbeza sama sekali dengan ibadat khusus yang lain seperti puasa, zakat, haji dan sebagainya yang diterima oleh Rasulullah s.a.w. melalui wahyu dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. kepada Baginda s.a.w. Ini merupakan satu kenyataan bahawa ibadat solat itu terlalu penting dan istimewa di sisi Allah s.w.t.

Solat merupakan satu wadah untuk kita berkomunikasi dengan Pencipta, Pemilik dan Penguasa Alam Semesta. Tidak terbayangkah kita betapa ajaib dan hebatnya ibadat solat ini sekiranya kita benar-benar mempraktikkannya sesuai dengan petunjuk Rasulullah s.a.w. Dengan mendirikan solat, kita sujud dan berdoa dengan hati yang penuh khusyuk untuk bermunajat dan memohon hal yang terbaik daripada-Nya.

Kita semua sedia maklum bahawa hukum mendirikan solat adalah wajib ke atas setiap orang yang beriman dalam apa jua keadaan (samada semasa sihat atau sakit; muda atau tua; lapang atau sibuk; bermusafir; berperang dan sebagainya) selagi akalnya masih waras. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa’ ayat 103, terjemahannya:

Page 7: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

Edaran Dalaman 19 �

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.”

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Allah s.w.t. tidak menjadikan sesuatu sia-sia. Malah, setiap suatu ciptaan mahupun ibadah yang diperintahkan ke atas hamba-Nya mempunyai manfaat dan hikmahnya yang tersediri. Jika kita renungi dan amati, ibadah solat yang kita lakukan lima waktu sehari semalam mempunyai kepentingannya kepada seseorang individu Muslim, antaranya:

Solat dapat menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Toha, ayat 14, terjemahannya:

“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.”

Intisari ayat tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa solat merupakan satu cara bagaimana seseorang hamba sentiasa mengingati Allah s.w.t. dan sekaligus, solat merupakan tanda pengabdian dan kesyukuran seseorang hamba kepada Allah s.w.t. atas segala rahmat, nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan kepada kita.

Solat dapat menghapuskan dosa.

Sesungguhnya seseorang Muslim tidak terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan. Justeru itu, dengan mendirikan solat lima waktu sehari semalam dapat menghapuskan dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan. Ini bertepatan dengan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Dari Abi Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Solat lima waktu dan Solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar. ”

(Riwayat: Muslim) Solat dapat mencegah perbuatan

yang keji dan mungkar.

Solat yang didirikan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran.

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-‘Ankabut, ayat 45, terjemahannya:

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

Solat dapat memberi keberkatan dan kebahagiaan hidup.

Kehidupan orang yang memelihara solat jauh berbeza dengan orang yang meninggalkannya. Ini jelas dapat kita perhatikan bahawa kehidupan orang yang memelihara solat dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan, bertepatan dengan Firman Allah s.w.t. dalam Surah a-Mukminun, ayat 1 hingga 2, terjemahannya:

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solatnya.”

Solat dapat melahirkan beberapa sifat kemanusiaan yang unggul.

Sesungguhnya ibadah solat itu boleh melahirkan Muslim yang terbaik kerana solat mendidik setiap individu Muslim memiliki keperibadian yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Selain itu, dengan mendirikan solat, ia dapat menjadikan seseorang individu Muslim seorang yang sentiasa redha kepada Allah s.w.t. samada ketika berada dalam

keadaan susah ataupun senang. Ini kerana, solat dapat mendidik dan melatih individu Muslim menjadi tabah dalam menghadapi segala kesusahan dengan hati yang tenang dan sabar serta dapat menghilangkan sikap yang sombong dan takbur kerana segala pergantungan disandarkan sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Orang yang benar-benar mendirikan solat tidak sesekali akan takut kepada kemiskinan dan keperitan hidup di dunia fana’ ini.

Di samping itu juga, solat boleh menghasilkan sifat tetap pendirian, menjadikan pelakunya sentiasa berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan, menguatkan sifat mendisiplikan diri serta berhati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam mengambil sesuatu tindakan dan keputusan.

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Dari segi perubatan dan kesihatan, solat yang khusyuk boleh mendamaikan jiwa, mengawal tekanan perasaan dan menjadikan tubuh badan menjadi sihat serta cergas. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. akan memperbanyakkan solat sunat ketika menghadapi masalah, kerana solat bagi Baginda s.a.w. adalah amalan penyejuk hati.

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Kita perlu menginsafi bahawa golongan yang memperkecil-kecilkan solat merupakan golongan yang sesat. Dalam Surah Maryam, ayat 59, Allah s.w.t. berfirman, terjemahannya:

“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.”

Ibnu Mas’ud berkata: “Bukanlah maksud mensia-siakan solat itu meninggalkannya sama sekali, tetapi yang dimaksudkan dengannya adalah melengah-lengahkan waktunya.”

Imam Sa’id ibn al-Musaiyib berpendapat, golongan yang mensia-siakan solat adalah mereka yang melaksanakan Solat Zohor dalam waktu ‘Asar, Solat ‘Asar dalam

2

4

Page 8: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

� Edaran Dalaman 19

AMANAT NAIB PENGERUSI EKSEKUTIF

waktu Maghrib, Solat Maghrib dalam waktu ‘Isyak, Solat ‘Isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu Subuh serta Solat Subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa sempat bertaubat kepada Allah s.w.t., dia akan dihumbankan ke dalam sebuah lembah yang bernama “Ghaiyan” di dalam neraka Jahannam yang sangat dalam lubangnya dan sangat dahsyat seksaannya.

Cuba kita bayangkan, jika solat fardhu yang dilaksanakan di luar waktu sudah mendapat hukuman sebegini, bagaimana pula dengan azab yang bakal diterima oleh mereka yang tidak mendirikan solat fardhu sama sekali?

Ingatlah bahawa golongan yang enggan mengerjakan ibadat solat sentiasa berada dalam keadaan yang berdosa dan hidup dalam kekufuran. Mereka hanya mengenal kebaikan Islam tetapi hati mereka tidak terbuka untuk beramal ibadah dan mengamalkan ajaran agama Islam.

Ini menjadikan mereka tidak mengenal Allah s.w.t. dan tidak pernah mengenali diri mereka sendiri. Adakah dirinya seorang yang baik, seorang yang jujur dan seorang yang amanah? Ataupun, adakah dirinya seorang yang jahat, seorang penipu, seorang pendengki, seorang pengkhianat atau seorang yang suka melakukan maksiat dan kemungkaran?

Justeru itu, melaksanakan solat fardhu dalam waktunya merupakan sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Dari ‘Amru asy-Syibani, katanya: Abdullah bin Mas’ud pernah bertanya kepada Nabi s.a.w.: Apakah amalan yang paling Nabi suka? Nabi menjawab: Solat tepat pada waktunya. Dia bertanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab: “Melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Dia bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan jihad pada jalan Allah.”

(Riwayat: Imam Bukhari & Muslim)

Saudara dan Saudari yang dikasihi sekalian,

Renungilah sejenak kata-kata Sayyidina Umar ibn al-Khattab r.a. kepada pegawai-pegawainya:

“Sesungguhnya sepenting-penting urusan kamu di sisiku adalah solat, barangsiapa yang memelihara solatnya, maka dia memelihara agamanya dan barangsiapa yang mensia-siakannya, maka dia kepada apa-apa urusan yang lainnya lebih lagi mensia-siakannya, dan tidak ada bahagian dalam urusan Islam bagi mereka yang meninggalkan solat.“

Akhir kata, marilah kita sama-sama menilai semula solat fardhu yang telah kita dirikan, kerana solat itu adalah penghulu segala ibadat yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. Ini kerana, ibadat solat bukan hanya mempunyai nilai rohani, tetapi juga nilai pendidikan kerana ia bukan sahaja boleh membersihkan dosa, bahkan juga solat mampu mengubah peribadi manusia jika dia mendirikannya dengan ikhlas, khusyuk dan sempurna.

Insya-Allah, solat merupakan penawar yang amat mujarab kepada umat Islam demi mencapai kebahagiaan yang hakiki di dunia mahupun di akhirat. Bagi menjadikan hati manusia baik dan bersih, penawarnya adalah dengan mendirikan solat, membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan penuh “tartil“ (mengelokkan bacaan dan sebutan huruf serta menjaga hukum tajwid) dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Ini dapat memberikan ketenangan hati, melahirkan rasa cinta kepada Allah s.w.t. di samping akan memperolehi cahaya iman dengan penuh khusyuk dan tawadhuk terhadap perintah Allah s.w.t. dan larangan-Nya.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

JENDELA “OVERSEAS”

Lawatan dariPT ADM

T anggal 6 Agustus 2008, PT Ingress Malindo Ventures (PT IMV) telah dikunjungi oleh

tiga perwakilan dari PT Astra Daihatsu Motor (PT ADM) iaitu Mr. Takashi Nomoto, Mr. Hosoya dan Mr. Edward.

Kunjungan ini dilakukan bersempena dengan projek baru iaitu Gran Max (D40D) yang dibekalkan oleh PT IMV ke PT ADM baru-baru ini.

Pihak Pengurusan Tertinggi PT ADM ingin berterima kasih kepada PT IMV atas segala dokongan dan bantuan warga PT IMV membekalkan produk-produk ke sana dan juga agenda lain akan adanya projek-projek baru seperti “Replacement Xenia/ Avanza (D01 Project)” yang dijangka akan bermula pada tahun 2010.

Pada dasarnya, komentar daripada “President Director” PT ADM ke atas karyawan PT IMV adalah kemajuan yang cepat dan pembaikan yang berterusan dalam penangan isu kualiti dalam pembangunan projek D40D ini.

• Mr. Nomoto (bertopi hijau) sedang mendengar penjelasan mengenai PT IMV dan produk-produknya daripada Bpk Radzuan Shah bin Jamaludin (bertopi putih).

Page 9: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

Edaran Dalaman 19 9

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

BERITA “SUBSIDIARIES”

• Peserta lelaki bersiap sedia untuk menjayakan Majlis Khatam al-Quran.

Hari Keluarga Kumpulan Multi Discovery

P

• Salah satu dari panorama yang menarik dan memukau di sana.

• Permandangan di tepi pantai boleh memberikan ketenangan dan kedamaian

kepada pencinta alam semulajadi.

• Pandangan Holiday Villa Beach Resort & Spa, Langkawi dari jauh.

Pantai Chenang. Pada jam 3.30 petang, aktiviti Tele-match pula diadakan. Sebanyak tiga kumpulan iaitu Merah, Kuning dan Putih telah menyertainya dan juara berpihak kepada Kumpulan Putih. Pada sebelah malamnya pula diadakan “Grand Dinner” serta majlis suai kenal dengan ahli keluarga kakitangan yang baru dan Cabutan Bertuah.

Hari terakhir merupakan acara bebas. Kebanyakan kakitangan mengambil peluang ini untuk membeli belah dan melawat tempat-tempat menarik sekitar Pulau Langkawi. Rombongan berangkat pulang pada jam 2.00 petang.

ihak pengurusan Multi Discovery Sdn. Bhd. dan Ramusa Engineering Sdn. Bhd. telah

menganjurkan Hari Keluarga di Holiday Villa Beach Resort & Spa, Langkawi, Kedah Darul Aman pada 17 sehingga 19 Mei 2008.

Rombongan telah berangkat ke destinasi pada malam 16 Mei 2008 dan selamat tiba di Langkawi pada keesokan harinya. Selepas mendaftar masuk dan menikmati hidangan makan tengahari, program diteruskan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak seperti Pertandingan Mewarna, Ujian Jawi, acara bebas serta Majlis Makan Malam di Pantai Chenang.

Pada hari kedua, rombongan mengadakan lawatan ke Cable Car, Laman Padi dan Water World sebelum makan tengahari di

Majlis Khatam al-QuranJK Unit Surau, Kelab Kakitangan Ingress (KKI) Operasi Nilai telah menganjurkan program Tadarrus al-Quran sepanjang bulan Ramadhan 1429 Hijriyyah yang lalu. Bagi menyempurnakan

dan menutup program Tadarrus ini, Majlis Khatam al-Quran pula telah diadakan pada 25 September 2008 di bawah bimbingan Ybhg. Ustaz Mohd Rusdi bin Ibrahim.

Majlis diadakan selepas waktu solat Zohor berjemaah di Surau dan disertai oleh 22 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Ingress Operasi Nilai itu sendiri.

Setiap peserta yang terlibat menerima cenderamata yang disediakan oleh pihak penganjur. Peserta lelaki menerima lima meter kain pasang berwarna krim manakala peserta wanita pula menerima empat meter kain pasang sedondon, sehelai sejadah dan sebentuk keronsang.

A

• Tn. Hj. Abdul Rahim bin Hitam menyampaikan cenderamata kepada salah seorang peserta lelaki Majlis Khatam al-Quran ini.

Page 10: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

�0 Edaran Dalaman 19

Majlis Perpisahan Pengurus Kanan HR Nilai

P

• En. Abdul Halim bin Mohamed (Perunding Teknikal, Ingress Operasi Nilai) menyampaikan cenderamata kepada En. Mohamed Diah bin Baharun.

Program PembangunanEksekutif

emi memotivasikan kakitangan peringkat Eksekutif untuk menggembleng tenaga ke arah merealisasikan visi dan misi organisasi, pihak Pengurusan Sumber Manusia

Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah menganjurkan Program Pembangunan Eksekutif pada 4 hingga 6 Julai 2008 yang lalu. Program ini diadakan di Hotel De Palma, Kuala Selangor di bawah kelolaan Focus Learning Consulting Sdn. Bhd.

Seramai 30 orang peserta telah menjayakan program ini. Antara pengisian program adalah Pembentangan 10 Modul Latihan oleh para penceramah dengan kupasan tajuk-tajuk seperti berikut:

1) “Leadership Principles and Tools”2) “Principles of Management”3) “Planning and Organizing Your KRA and Managing Your Career

Excellence”4) “Understanding and Managing Superior’s Works Expectation”5) “Cascading Your Works Expectations to Subordinates”6) “Managing Task for Performance Excellence and Effectiveness”7) “Managing Time for Higher Efficiency”8) “Managing Work/ Project Efficiently”9) “Tools and Technique to Organize Work Routine”10) “Personal Improvement Plan and Creating Your New Career

Passport: Program Assessment”

Selain itu, program Qiyamullail yang dibimbing oleh Ybhg. Ustaz Amran bin Yusuff juga turut diadakan bagi memantapkan lagi ketakwaan dan keimanan para peserta kepada Allah s.w.t., Pencipta yang Maha Esa.

Bagi melengkapkan lagi Program Pembangunan Eksekutif ini, pihak penganjur turut mengisi aktiviti riadah dan rekreasi yang bukan sahaja boleh mencergaskan fizikal, malah boleh juga mencerdaskan minda dan mental.

Sesungguhnya program ini amat bermanfaat kerana ia boleh merapatkan lagi hubungan ukhuwah dan persahabatan sesama peserta.

D

• Sebahagian daripada peserta kursus bergambar kenangan bersama-sama dengan pemudahcara.

• Salah satu daripada aktiviti fizikal yang dijalankan.

• En. Mohamed Diah bin Baharun memotong kek sempena perpisahannya.

ada 14 Julai 2008, kakitangan Jabatan Sumber Manusia (HR) Ingress Operasi Nilai telah menganjurkan Majlis Perpisahan buat Pengurus

Kanan HR, En. Mohamed Diah bin Baharun. Majlis diadakan di Bilik Latihan bermula pada jam 5.00 petang.

En. Mohamed Diah bin Baharun mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya setelah berkhidmat selama 12 tahun 10 bulan di Kumpulan Syarikat Ingress kerana beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaannya. Beliau memulakan perkhidmatannya pada 1 November 1995 dan menamatkan perkhidmatannya berkuatkuasa mulai 31 Ogos 2008.

Semoga ilmu dan pengalaman yang ditimba sepanjang berada di Kumpulan Syarikat Ingress dapat dijadikan panduan untuk beliau menggapai kejayaan dan kegemilangan di syarikat miliknya sendiri.

BERITA “SUBSIDIARIES”

Page 11: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

Edaran Dalaman 19 ��

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

Program Umrah Ramadhan �429 Hijriyyahada 14 September 2008, seramai enam orang kakitangan dari anak-anak syarikat yang beroperasi di Malaysia telah menyertai rombongan Umrah

Pertengahan Ramadhan 1429 Hijriyyah.

Ahli rombongan terdiri daripada:

P

Pakej selama 14 hari 12 malam ini dikelolakan oleh Raudah Mawaddah Travel & Tours Sdn. Bhd. di bawah bimbingan Ybhg. Ustaz Mohd Khairuddin bin Aman Razali. Rombongan selamat tiba di Malaysia pada 27 September 2008.

Bagi seorang peserta Umrah dari Ingress Autoventures Co., Ltd. Operasi Ayutthaya pula, Khun Porn Chai Saigiam, beliau telah menunaikan ibadah Umrah bersama-sama dengan pakej Garbiyat Limited Partnership, Bangkok pada 2 hingga 18 September 2008.

Seterusnya, seorang peserta Umrah dari PT Ingress Malindo Ventures, Bpk Dhenny Suprianto telah menunaikan ibadah Umrah bersama-sama dengan pakej Annisa Tours & Travel, Jakarta pada 31 Ogos hingga 9 September 2008.

Semoga semua peserta dapat meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah s.w.t melalui perlaksanaan Ibadah Umrah ini di samping menimbulkan keinsafan melalui program ziarah ke tempat-tempat peninggalan sejarah Nabi-nabi, ahli keluarga serta para sahabat radhiallahu’anhum.

• Peserta Umrah Malaysia bergambar kenangan bersama-sama dengan Ustaz Mohd Rusdi bin Ibrahim selepas selesai Kursus Umrah pada 29 Ogos 2008.

No. Nama Jawatan Syarikat

1. Wan Azrie bin Wan Ahmad Pengurus MDSB

2. Mohd Hakki bin Bawadi Eksekutif IASB

3. Md. Razali bin Lamun Kerani IPSB (Ampang)

4. Mohd Kamel bin Yusoff “Leader” IESB

5. Ahmad bin Abdullah “Leader” IPSB

6. Mohd Effendy bin Mokhtar Operator ITSB

• Peserta Umrah Malaysia bersiap sedia dengan pakaian ihram dari KLIA lagi memandangkan mereka akan menuju ke Mekah dahulu.

• Alhamdulillah, bertambah lagi

enam jemaah Ingress Malaysia

menjadi tetamu Allah s.w.t.

• Kenangan dirakamkan sebelum peserta mendaftar masuk ke Balai Perlepasan Antarabangsa.

FOKUS

Page 12: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

�2 Edaran Dalaman 19

FOKUS

• AJK Iftar Ramadhan IESB PCP merakamkan kenangan bersama.

ihak Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan dengan kerjasama kakitangan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia di anak-anak

syarikat yang beroperasi di Malaysia, Thailand dan Indonesia telah menganjurkan program Iftar Ramadhan (Majlis Berbuka Puasa) 1429 Hijriyyah.

Program bermula di Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB), Bukit Beruntung pada hari Rabu, 3 September 2008. Bagi mengimarahkan lagi program di sana, pihak penganjur telah menjemput Ybhg. Ustaz Mohamed Kazim bin Alias untuk mengupas topik Madrasah Ramadhan kepada semua kakitangan.

Seterusnya pada hari Jumaat, 5 September 2008, program diadakan di PT Ingress Malindo Ventures (PT IMV), Indonesia pula. Program menjadi lebih bermakna dengan sesi Taklimat Naib Pengerusi Eksekutif, Datuk Hj. Rameli bin Musa buat kakitangan PT IMV.

Program Iftar Ramadhan di Ingress Operasi Nilai pula telah diadakan pada hari Isnin, 8 September 2008 khusus untuk semua kakitangan dari Ingress Corporation Berhad, Ampang; Ingress Operasi Nilai; Ingress Technology Centre, Bangi dan Matrix Power Services Sdn. Bhd., Bangi. Bagi memantapkan lagi kerohanian semua kakitangan yang terlibat, pihak penganjur mengundang Ybhg. Ustaz Abdul Ghani bin Abdul Rahman untuk menyampaikan ceramah agama yang berkisar kepada persoalan Ramadhan itu sendiri. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran anak-anak yatim Darul Fuqaha’, Kajang, Selangor.

Manakala program Iftar Ramadhan di Sungai Penchala pula diadakan pada hari Selasa, 9 September 2008 untuk kakitangan Ingress Auto Sdn. Bhd. (IASB) dan Kumpulan Multi Discovery. Majlis lebih bermakna dengan kehadiran YB Dato’ Dr. Haji Hassan bin Mohd Ali yang diundang untuk menyampaikan ceramah kepada semua tetamu dan kakitangan yang hadir. Operasi di Thailand juga tidak ketinggalan menganjurkan program sedemikian kepada kakitangannya. Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) Operasi Rayong bersama-sama dengan syarikat Fine Component Thailand telah menjayakan program ini pada hari Rabu, 17 September 2008, manakala IAV Operasi Ayutthaya pula telah melaksanakannya pada hari Khamis, 18 September 2008.

Pada hari Isnin, 22 September 2008 pula, Ingress Engineering Sdn. Bhd. Operasi Pengkalan Chepa (IESB PCP) Kelantan juga turut mengimarahkan bulan Ramadhan ini dengan menganjurkan program sedemikian kepada semua kakitangannya. Antara pengisian program ialah Majlis Khatam al-Quran dan Ceramah Agama Bulanan yang disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Zainuddin bin Ismail, Pengetua Ma’ahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran saudara-saudara baru dari PERKIM, wakil daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu dan sebagainya.

Adalah diharapkan agar program-program sedemikian dapat memberikan pengetahuan dan pemahaman kepada semua kakitangan untuk berperibadi mulia sebagaimana akhlak yang diperlihatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

PIftar Ramadhan �429 Hijriyyah

• AJK HELWA dari ITSB tampak ayu berbusana sedondon.

Page 13: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

Edaran Dalaman 19 ��

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

• Ybhg. Ustaz Abdul Ghani bin Abdul Rahman sedang menikmati juadah berbuka puasa di Ingress Operasi Nilai bersama-sama dengan Pimpinan Tertinggi syarikat.

• Anak-anak Yatim Darul Fuqaha’ sedang menjamu selera di kantin Ingress Operasi Nilai.

• YB Dato’ Dr. Haji Hassan bin Mohd Ali diundang untuk menyampaikan ceramah agama kepada Kakitangan IASB dan Kumpulan Multi Discovery.

• Sate, antara juadah istimewa berbuka puasa yang disediakan di Bangunan IASB, Sg. Penchala.

• Ybhg. Ustaz Zainuddin bin Ismail penuh semangat menyampaikan ceramahnya kepada warga IESB PCP.

• Warga ITSB bersiap sedia untuk mendengar ceramah agama.

• Kelihatan tetamu dan warga IESB PCP khusyuk mengamati ceramah agama yang disampaikan.

• Majlis khatam al-Quran di IESB PCP turut diadakan bersempena dengan Majlis Iftar di sana.

Page 14: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

�4 Edaran Dalaman 19

BERITA HR

April 200�

Pekerja Terbaik Bulanan

Mei 200�

Nama : Norhaszuan bin Wan HussinNo. Kakitangan : K185 “Date Joint” : 12 Oktober 1999Jawatan : KeraniJabatan : PPC/ PPSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Jun 200�

S atu kursus yang dikenali sebagai “Corporate Income Tax and Deferred Tax Computation” telah diadakan pada 30 Jun 2008 di Bilik I-

Learn, Lot 1F, Ingress Corporation Berhad (ICB), Ampang, Selangor.

Kursus ini dikelolakan oleh Jurulatih Luaran, En. Adam Malik Farouk dari Azman, Wong, Salleh & Co. Ia disertai oleh kakitangan Jabatan Kewangan & Perakaunan dari ICB dan anak-anak syarikat lain yang beroperasi di Malaysia.

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta di samping meningkatkan kefahaman mereka mengenai kelebihan “Deferred Tax” dan pengurusan “Cash Flow” yang efektif di Kumpulan Syarikat Ingress.

• Sesi perbincangan kumpulan.

• En. Adam Malik Farouk, Jurulatih kursus.

Nama : Mohd Shahrul bin Azman No. Kakitangan : K549 “Date Joint” : 12 April 2004Jawatan : Penolong PenyeliaJabatan : PPC/ PPSyarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Nama : Abd Ghaffar bin NoorNo. Kakitangan : K453 “Date Joint” : 1 Oktober 2001Jawatan : OperatorJabatan : “Production Assembly”Syarikat : Ingress Technologies Sdn. Bhd.

“Corporate Income Tax and Deferred Tax Computation”

Page 15: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

Edaran Dalaman 19 ��

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

empena keberkatan Ramadhan Kareem 1429 Hijriyyah yang lalu, pihak pengurusan syarikat di Bahagian Pengeluaran Komponen Automotif (ACM)

Malaysia telah bersetuju untuk mengagih-agihkan pembayaran zakat hampir RM 280,000 kepada golongan fakir, miskin serta saudara-saudara baru di sekitar Nilai dan Bukit Beruntung.

Tujuan utama program ini diadakan adalah sebagai penyucian harta ke arah mencapai keredhaan Allah s.w.t (“mardhatillah”). Selain itu, program ini juga diadakan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan amal soleh dan kebajikan.

Beberapa kumpulan telah dibentuk bagi mengagih-agihkan pembayaran zakat tersebut berdasarkan kepada lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang ‘amil yang dilantik dari kalangan Pengurusan Pertengahan atau Eksekutif.

‘Amil-‘amil yang telah dilantik di Ingress Operasi Nilai mengagih-agihkan pembayaran zakat kepada golongan fakir,

S

Agihan Zakat Ramadhan �429 Hijriyyahmiskin, surau-surau serta masjid-masjid yang berhampiran. Para penerima zakat yang telah dikenalpasti terdiri daripada penduduk-penduduk dari Kampung Mantin Dalam, Kampung Tanjung, Kampung Sesapan Kelubi dan sebagainya.

Para ‘amil di Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) pula mengagih-agihkan pembayaran zakat kepada golongan fakir, miskin dan saudara-saudara baru (“muallaf”) di sekitar Bukit Beruntung seperti Ulu Tamu, Hulu Selangor dan surau-surau yang berhampiran.

Semoga usaha murni syarikat ini dapat diteruskan dari tahun ke tahun dan semoga Allah s.w.t terus merahmati dan memberikan rezeki yang melimpah-ruah serta halal lagi baik (“halaalan thoyyiba”) kepada Kumpulan Syarikat Ingress.

• En. Sabir bin Jelani memberikan taklimat ringkas kepada ibu-ibu tunggal dan warga emas di Kampung Tanjung, Nilai pada majlis agihan zakat di sana.

• En. Adnan bin Abdul Adil mewakili ITSB sedang menyampaikan sumbangan syarikat kepada salah seorang Saudara Baru di Hulu Selangor.

• Majlis pengagihan zakat ITSB untuk asnaf Saudara Baru di Kawasan Hulu Selangor disempurnakan pada 13 Oktober 2008.

Daripada Mu’az bin Jabal r.a: Nabi s.a.w bersabda:

“Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan: Puasa adalah pelindung; sedekah

memadam kesilapan seperti air memadam api; dan seorang insan yang solat pada penghujung malam.”

(Hadith riwayat: at-Tarmizi dan Ahmad)

Page 16: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

�� Edaran Dalaman 19

ada 9 hingga 11 Julai 2008 yang lalu, satu kursus yang dikenali sebagai “Manufacturing Core Process Syllabus and Manual Development” Siri Kedua telah

diadakan di Pusat Latihan KWSP (ESSET), Kajang, Selangor.

Kursus ini disertai oleh wakil pengurusan dari Ingress Corporation Berhad (ICB), Ingress Operasi Nilai, Ingress Technology Centre, Bangi, Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB), Fine Component Thailand dan Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) Operasi Rayong dan Ayutthaya, Thailand.

Jurulatih kursus dijemput dari German-Malaysian Institute (GMI), Mr. Ngan Cheng Hwa.

P

“Manufacturing Core Process Syllabusand Manual Development”

• Mr. Ngan membantu kumpulan dari ITC Bangi untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

Kursus ini dikendalikan dengan objektif agar semua peserta dapat menganalisa tugas atau “task” bagi proses-proses utama di bahagian perkilangan (ACM) iaitu:

a. Menentukan pengetahuan, kepakaran dan sikap yang diperlukan untuk menjalankan tugas.

b. Menentukan teknologi, organisasi kerja dan tugas-tugas di bahagian perkilangan.

c. Memudahkan proses untuk menganalisa tugas-tugas di bahagian perkilangan di syarikat Ingress.

• Salah satu kumpulan tekun untuk menyiapkan “Task Analysis” bagi proses “Fine Blanking”.

• Para peserta dan jurulatih bergambar beramai-ramai setelah selesai program selama tiga hari.

etidakcekapan dalam menyampaikan mesej yang tepat, tidak jelas dan lewat melalui perkhidmatan telefon boleh menimbulkan masalah yang besar dalam sesebuah

organisasi. Kualiti perkhidmatan telefon menggambarkan imej sesebuah organisasi dan boleh mempengaruhi para pelanggan. Organisasi akan menghadapi krisis keyakinan pelanggan dan kehendak pelanggan tidak akan dipenuhi jika tindak balas tidak cekap dan mesra.

Justeru itu, menyedari betapa pentingnya kualiti perkhidmatan telefon yang berkesan ini, pihak Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan dengan kerjasama Irshad HR Consulting telah menganjurkan Kursus Pengendalian Telefon Secara Professional pada 22 dan 23 Julai 2008 yang lalu di Bilik I-Learn, Lot 1F, Ingress Corporation Berhad (ICB). Ia dilaksanakan khusus untuk para

K penyambut tetamu, setiausaha syarikat, kerani dan kakitangan dari Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (HRM) dari anak-anak syarikat Kumpulan Syarikat Ingress yang beroperasi di Malaysia yang terlibat secara langsung dengan perkhidmatan telefon.

Kursus yang digarapkan dengan objektif untuk menerangkan konsep dan kepentingan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti dan mengamalkan teknik pengendalian telefon yang cekap, professional dan mesra pelanggan ini dikendalikan dengan sempurna oleh Tn. Hj. Shamsul Bahri bin Hj Mohd Yusof.

Semoga kursus ini dapat memberikan pendedahan, kefahaman, pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pengendali telefon sebagai perkhidmatan barisan hadapan terpenting bagi sesebuah organisasi.

Pengendalian Telefon Secara Professional

Page 17: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

Edaran Dalaman 19 ��

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

“Management Development Program”

P

• En. Hilmi bin Hamdan menyampaikan kata-kata aluan kepada para peserta kursus.

ada 26 dan 27 Ogos 2008 yang lalu, satu program yang dikenali sebagai “Management Development Program” telah diadakan khusus untuk para

pengurus yang mempunyai pengalaman pengurusan kurang dari tiga tahun. Program ini dianjurkan oleh pihak Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan dengan kerjasama ESQ Management Consultant. Seramai 26 orang pengurus dari pelbagai anak syarikat telah menyertai program ini.

Program selama dua hari ini dikelolakan sepenuhnya oleh En. Zainol bin Abdul Rani. Pada hari pertama, ia dilaksanakan di Bilik I-Learn, Lot 1F, Ingress Corporation Berhad, manakala pada hari kedua pula ia telah diadakan dengan jayanya di Kelab Darul Ehsan, Ampang, Selangor.

Program ini dilaksanakan dengan empat objektif utama seperti berikut:

1. Memberi pemahaman yang berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengurusan, peranan serta tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seseorang Pengurus baru.

2. Memberi pemahaman dalam menyesuaikan diri dan menjalankan gaya kepimpinan yang bertepatan dengan kehendak individu dan kumpulan.

• Semua peserta mengabadikan kenangan di akhir program.

• Para peserta begitu khusyuk mendengar penjelasan Penceramah.

• Para peserta memberikan tumpuan kepada jurulatih.• Tn. Hj. Shamsul Bahri bin Hj. Mohd Yusof

sedang memberikan penerangan kepada para peserta.

3. Mempelajari enam kaedah yang boleh digunakan untuk mewujudkan delegasi yang berjaya.

4. Memperbaiki pencapaian ahli kumpulan melalui Modul “Coaching” yang berkesan.

Bagi merealisasikan keempat-empat objektif yang telah ditetapkan, pihak penganjur telah memilih topik-topik penting yang perlu dikupas dengan lebih lanjut sepanjang tempoh program iaitu:

1. Peranan dan Tanggungjawab Pengurus.2. Delegasi yang Berkesan.3. Menguruskan Kepelbagaian.4. “Coaching”, “Mentoring” dan Mengurus.5. “Planning, Organizing, Leading and Controlling”.6. Teknik-teknik Penyelesaian Masalah.7. Pengurusan Perubahan.

Adalah diharapkan agar kursus ini dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pengurus baru.

Page 18: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

�� Edaran Dalaman 19

PENGALAMAN KERJA

0�/09/200� ~ kini : Kerani “Safety & Health”, IESB0�/0�/200� : Penolong Penyelia “Quality

Management”, IESB02/0�/200� : Kerani “Cost System

Improvement”, IESB0�/0�/200� : Kerani Pentadbiran, HRD, IESB0�/0�/2002 : Penolong Penyelia “Quality

Management”, IPSB0�/02/200� : Penolong Penyelia “Quality

Management”, IESB0�/0�/9� ~ �0/0�/9� : Perunding Projek, Ingress

Autoventures Co., Ltd., Thailand

0�/09/�99� : Penolong Penyelia “Moulding”, IESB

�4/0�/9� ~ 0�/02/9� : Mengikuti Kursus “Roll Forming” di Katayama Kogyo Co., Ltd., Jepun

0�/�0/�99� : “Leader, Moulding”, IESB��/��/�99� : Operator “Moulding”, IESB�99� : Operator Mesin, Hup Huat

Foundry & Engineering di Kangar, Perlis

200� ~ Anugerah 10 Tahun Perkhidmatan Kumpulan Syarikat Ingress.

200� ~ Pakej Menunaikan Ibadah Umrah Ramadhan Kumpulan Syarikat Ingress.

200� ~ Pembimbing Rakan Sekerja di IESB.�99� ~ Bimbingan Kawalan Kerja di Peringkat FMM

ESDC. �99� ~ Kemahiran Kerja Asas/ Pertengahan di IESB.�99� ~ Mewakili Ingress dalam Pertandingan QCC

Wilayah Selatan Anjuran NPC.�994 ~ Menyertai Konvensyen QCC Peringkat

Kumpulan Syarikat Ingress.

PRINSIP & FALSAFAH HIDUP

1. Lakukan setiap pekerjaan dengan sebaik mungkin.2. Biar manusia membenci dan memandang rendah

pada kita asalkan Allah s.w.t. tidak membenci dan memandang hina pada kita.

3. Dunia hanyalah persinggahan sementara tetapi akhirat kekal selama-lamanya.

NASIHAT UNTUK KAKITANGAN INGRESS

Lakukanlah setiap pekerjaan atau tanggungjawab dengan penuh tekun dan jujur walaupun ia tidak dinilai oleh manusia kerana Allah s.w.t. Maha Mengetahui setiap apa yang telah kita lakukan.

Walau sesibuk mana sekalipun kerja yang harus kita selesaikan, janganlah sesekali kita abaikan untuk solat pada awal waktu kerana ini menjamin kebahagiaan dan keberkatan hidup kita.

ANUGERAH/ PENGHARGAAN YANGTELAH DITERIMA

Peringkat Bukan Eksekutif

BIODATA

PENDIDIKAN

�99� : Institut Latihan Perindustrian, Jitra, Kedah • Juruteknik Perindustrian • MLVK (Asas) • MLVK (Pertengahan)�9�� : Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar, Perlis • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia�9�� : Sekolah Menengah Putra, Kangar, Perlis • Sijil Pelajaran Malaysia�9�� : Sekolah Menengah Putra, Kangar, Perlis • Sijil Rendah Pelajaran

PERTEMUAN DENGAN ISTERI

Beliau dipertemukan dengan isterinya melalui pilihan ibu bapanya dengan kerjasama kakitangan Ingress dalam bulan Ramadhan 1997.

Alhamdulillah, pada 2 Februari 1998, beliau diijabkabulkan dan kini, beliau mempunyai tiga orang cahayamata:

1. Nur Anis Afiqah binti Shahrizal ~ 9 Tahun2. Nur Anis Aina binti Shahrizal ~ 8 Tahun3. Nur Anis Asyiqin binti Shahrizal ~ 7 Tahun

Nama Shahrizal bin HamzahNo. Kakitangan 0��Jawatan KeraniJabatan “Safety & Health”Syarikat Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB)Tarikh Lahir �� September �9��Tempat Lahir Kangar, PerlisBilangan Adik-beradik 4 OrangAnak yang ke berapa? �Nama Ibu Hjh. Salmah binti Hj. Che DinNama Bapa Hj. Hamzah bin SofiStatus Perkahwinan BerkahwinNama Isteri Pn. Kamariah binti Zailan

• Shahrizal merakamkan kenangan di samping isteri tercinta dan puteri-puteri kesayangannya.

PERSONALITI

Page 19: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

Edaran Dalaman 19 �9

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

SUDUT KAKITANGAN

Melintang1. Sejenis batu permata yang

hijau warnanya.2. Jatuh/ rebah.3. Tatacara.4. Kurniaan.5. Padan benar (keadaan,

rupa dan lain-lain).6. Angkuh/ bongkak.7. Soal jawab antara

wartawan dan sebagainya dengan orang yang

terkemuka dan lain-lain untuk mendapatkan

keterangan (pandangan dan sebagainya) untuk disiarkan/ temu ramah.

8. Kesusahan (kesakitan, kesiksaan dan sebagainya) yang dialami.

9. Kepunyaan/ hak.10. Sejenis rumah kecil/

dangau.11. Selepas hari ini.12. Kumpulan yang berkerja (di

kilang) secara bergilir-gilir dengan kumpulan yang lain.

13. Haiwan berdarah sejuk.

Ke bawah1. Bonda.2. Ibarat/ misalan.3. Riang/ gembira.4. Sesuatu yang benar-

benar berlaku & boleh dibuktikan.

5. Angka.6. Gunung berapi.7. Pesanan terakhir.8. Sejenis burung kecil

yang kuning bulunya.9. Sejenis alat untuk

menggali tanah.10. Ilmu falak.11. Sama sahaja (ciri-ciri,

peraturan dan lain-lain).12. Perusahaan (biasanya

secara besar-besaran) untuk membuat, menghasilkan dan mengeluarkan barangan.

13. Suatu ilmu yang membicarakan aqidah agama Islam.

• Tarikh tutup permohonan ialah pada 24/12/2008.

• Hanya tiga pemenang akan dipilih bagi setiap siri.

• Keputusan & Pemenang akan disiarkan dalam Majalah Nadi Ingress Edisi 20.

Nama : Jawatan :No. K/Pengenalan : Jabatan :No. Kakitangan : Syarikat :

• Peraduan yang difotostat juga terima.

• Sila hantar jawapan anda kepada Sidang Pengarang Nadi Ingress, Group HRM, ICB, (U.p: Pn. Rosyatimi binti Abdullah).

Kuiz Teka Silang Kata (Siri Keempat)

ANUGERAH/ PENGHARGAAN YANGTELAH DITERIMA

1.Whichistheoddfigureout?

2. Whichfigure,ofthesixshownbelow,completes thesequence?

3. Whichfigure,ofthefourshownbelow,completesthe sequence?

4. Findthemissingletter. 5. Whatisthemissingnumber?

(Pleaserefertheanswersatpage20)

IQ Test

2 ��

4 �

Page 20: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

20 Edaran Dalaman 19

JAWAPAN KUIZTEKA SILANG KATA (Siri Ketiga)

Answers for IQ Test

Sidang Redaksi Nadi Ingress

(U.p: Pn. Rosyatimi binti Abdullah)

Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan

Ingress Corporation Berhad

Lot1M,FirstFloor,PlazaFlamingo

No.2,TasikAmpang,JalanHuluKelang

68000Ampang,Selangor

SETEMPEMENANG KUIZ

TEKA SILANG KATA (Siri Ketiga)

TEMPAT PERTAMANama : Mohd. Pakarudin bin Musa No. Kad Pengenalan : 610301-03-5097 No. Kakitangan : R001 Jawatan : Pengurus Besar KananSyarikat : Ingress Research Sdn. Bhd.

Tiada Pemenang

Nama : Nor Azura binti Abd. RahmanNo. Kad Pengenalan : 841222-08-5326 No. Kakitangan : 1056 Jawatan : Kerani HRMSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

TEMPAT KEDUA

TEMPAT KETIGA

Page 21: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

Edaran Dalaman 19 2�

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

Nama : Hannah binti Azaha Tarikh Lahir : 30 Mei 2008 Nama Ibu : Norhasnitatini binti Hussin Jawatan : Pengurus, Jabatan Sumber Manusia Syarikat : Multi Discovery Sdn. Bhd.Nama Bapa : Azaha bin Ismail

Nama : Muhamad Adam Danial bin Azmi Tarikh Lahir : 28 Jun 2008 Nama Ibu : Nor Zawiah binti Abdul Ghani Jawatan : Penolong Pengurus, “Project Costing” Syarikat : Multi Discovery Sdn. Bhd.Nama Bapa : Azmi bin Mohd Nasir

Cahaya MataNOSTALGIA

Nama : Syed Afeef Haidar bin Syed ElhamuddinTarikh Lahir : 3 Mei 2008 Nama Ibu : Shahrazi binti HasanJawatan : Eksekutif MISSyarikat : Ingress Corporation BerhadNama Bapa : Syed Elhamuddin bin Said Omar

Nama : Muhammad Adli bin Mohd AzharTarikh Lahir : 9 Februari 2008 Nama Ibu : Noor Syahedda binti Ideros Jawatan : Kerani “Group IBMS”Syarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.Nama Bapa : Mohd Azhar bin TaibJawatan : Penolong Pengurus, Jabatan KejuruteraanSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Nama : Mohd. Pakarudin bin Musa No. Kad Pengenalan : 610301-03-5097 No. Kakitangan : R001 Jawatan : Pengurus Besar KananSyarikat : Ingress Research Sdn. Bhd.

Tiada Pemenang

Nama : Nor Azura binti Abd. RahmanNo. Kad Pengenalan : 841222-08-5326 No. Kakitangan : 1056 Jawatan : Kerani HRMSyarikat : Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Page 22: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

22 Edaran Dalaman 19

Nama : Joni Wawan SupriyantoJawatan : Penyelia Kanan, Jabatan QA/ QCSyarikat : PT Ingress Malindo VenturesNama Isteri : Lidya Prima MaretaTarikh Perkahwinan : 29 Februari 2008

Nama : Hadi SumadiJawatan : Penolong Penyelia, Jabatan PenyenggaraanSyarikat : PT Ingress Malindo VenturesNama Isteri : DiahTarikhPerkahwinan : 8 Ogos 2008

Nama : Nor Hanani binti Abu BakarJawatan : Penyelia, Jabatan Kewangan & PerakaunanSyarikat : Ingress Corporation BerhadNama Suami : Shahrul Anuar bin ZakariahTarikhPerkahwinan : 5 April 2008

Nama : Izman Fitri bin Mohd ZainJawatan : Kerani Perjawatan, Jabatan Sumber ManusiaSyarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.Nama Isteri : Iruwani binti IbrahimTarikhPerkahwinan : 21 Ogos 2008

Selamat Pengantin Baru

Page 23: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

Edaran Dalaman 19 2�

NADI INGRESSI N G R E S S C O R P O R AT I O N B E R H A D

Nama : Joni Wawan SupriyantoJawatan : Penyelia Kanan, Jabatan QA/ QCSyarikat : PT Ingress Malindo VenturesNama Isteri : Lidya Prima MaretaTarikh Perkahwinan : 29 Februari 2008

Nama : Hadi SumadiJawatan : Penolong Penyelia, Jabatan PenyenggaraanSyarikat : PT Ingress Malindo VenturesNama Isteri : DiahTarikhPerkahwinan : 8 Ogos 2008

Nama : Nor Hanani binti Abu BakarJawatan : Penyelia, Jabatan Kewangan & PerakaunanSyarikat : Ingress Corporation BerhadNama Suami : Shahrul Anuar bin ZakariahTarikhPerkahwinan : 5 April 2008

Nama : Izman Fitri bin Mohd ZainJawatan : Kerani Perjawatan, Jabatan Sumber ManusiaSyarikat : Ingress Precision Sdn. Bhd.Nama Isteri : Iruwani binti IbrahimTarikhPerkahwinan : 21 Ogos 2008

Selamat Pengantin BaruWAJAH-WAJAH INGRESS

Mengarang Syair Di Dalam Taman,taman terletak di pulau tioman,kurangkan gula dalam minuman,lebihkan manis dalam senyuman.

KAU JANGAN NAKCARI PASAL DENGAN AKU. BAGI BALIK BEG TUU! AKU YANG NAMPAK DULU...ATAU,KAU NAK RASA TANGAN AKU NI!

JANGANLAH MACAM TUU...MEMANGLAH KAU YANG NAMPAK DULU. TAPI, YANG AMBILNYA DULU IALAH AKU. JADI AKU PUNYALAH...

YOU TAK PERGI TERENGGANU KE? I DENGAR HARGA PERDANA V6 MURAH GILE!

IYE KE? KALAU MACAM TU...I KENA INFORM PADA I PUNYA SENIOR INFORMERDULU. pergi ke pasar membeli kek,

pergi bersama sanak saudara,sopan berbudi, senyum tak lokek,perkhidmatan mesra, pelanggan gembira.

BETUI ENCIK..!MEMANG SAYA

TOKEY KAT SINI. TAPI, KAMI TAK

JUAI BELACANN..

BIOR BEBENO...ORANG KATE

MIKOME BERTIGA AJEN ‘ BELACAN

TANJUNG DAWAI’. SEBENARNYA...AKU NAK PERGI...TOILET

JANGANLAH MALU. BAGI TAU USTAZ MASALAH YANG YOU SEDANG HADAPI NI. MANALAH TAU KUT-KUT BOLEH SETTLE.

HMMMM...BUJANG DAN PEMALU...RUPA

ADA, PELAJARAN PUN ADA,KALAU AKU AMBIL

BUAT MENANTU PUN BAGUS.

1 2

3 4

5

1) adik lan pet-pet (senario)2) bekas tok siak masjid kampung

dusun3) bekas tukang karut dikir barat4) bekas saintis racun serangga

perosak5) bekas pengurus di salah sebuah

kilang kopi

itulah kan saya dah cakap, jangan bawa member kita yang sebelah ni...dia tak boleh makan banyak, kan dah biolkita ni... ada dua kenduri lagi yang dijemput.so...macam mana?boleh kita bergerak sekarang?

MANA ADA AKU KUTUK KAU...

KAU JANGAN NAK TEMBERANGLAH NOVITA... SONIO BAGI TAU, KAU KUTUK AKU SEMALAM YA?

MACAM BIASALAH GIANT. BELASAH AJE!

BETUL KEDATO’

TAK NAKRASA SIKIT?SEDAP NII...

MAKE LA MUSORE. GIGI

AMBOSAKIT NIH...

Page 24: Iftar Ramadhan 429 Hijriyyah - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 19 Final.pdf · • Jawapan Kuiz Teka ... • Salah seorang Pemegang Saham

24 Edaran Dalaman 19

KARYA

KARYA