teori pngkaedahan

Upload: cikgu-izah

Post on 23-Feb-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    1/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    19

    ANALISIS TEKS CUCU TUK WALI MENGGUNAKAN

    PENDEKATAN KEMASYARAKATAN

    Jumali Hj. Selamat

    Che Abdullah Che Ya

    Abstrak

    Makalah ini menganalisis aspek-aspek kehidupan sosial dan budaya dalam

    kehidupan remaja, lingkungan dan alam persekitarannya. Penelitiannya

    mendasari teks Cucu Tuk Wali yang dianalisis menggunakan pendekatan

    kemasyarakatan. Pendekatan ini melihat sastera sebagai alat pendedahan

    kepada segala persoalan yang wujud dan bertujuan mencari kebaikan dan

    kesejahteraan dalam masyarakat seperti yang dituntut oleh Islam. Hasil kajian

    ini mendapati pendekatan kemasyarakatan sesuai diterapkan dalam novel

    ini yang menyentuh persoalan cinta, pelajaran, kasih sayang, pertentangan

    pendapat, kepercayaan karut dan gejala sosial dalam kehidupan remaja. Karya

    ini mampu menjadi alat pendidikan yang mengetengahkan cara, sikap hidup,

    kepercayaan dan budaya dalam masyarakat. Akhirnya, teks ini memaparkan

    fenomena kehidupan remaja dengan menerapkan amalan nilai-nilai murni

    untuk mengeratkan hubungan antara remaja dengan orang lain dan alam

    persekitarannya.

    Kata kunci : novel, budaya, remaja, pendekatan kemasyarakatan, kehidupan.

    Abstract

    This paper analyzes tehe aspects of social life and culture culture in the lives of

    youth, environmental and natural surroundings. Novel Cucu Tuk Wali will be

    used for this discussion which related to community approach. This approach

    saw the arts as a tool for exposure questions that arise and seeks to find the

    good and welibeing of society as required by Islam. The results of this study

    found that the community approach in novel that touches the question of love,

    education, love, difference perspective, superstition and social problems among

    teenagers. This finding could serve as an educational tool to highlight the way

    of life, attitudes, beliefs and culture in society. Finally, this text highlights the

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010 (19 - 36)

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    2/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    20

    phenomenon of teenage life on good moral values to strengthen the relationship

    between adolescents with other people and their environment.

    Keywords : novel, culture, adolescence, community approach, human life.

    PENDAHULUAN

    Membicarakan tentang amalan atau budaya tentu sahaja akan melibatkan

    kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat sama ada

    oleh individu atau kumpulan manusia pada sesuatu masa tertentu, baikyang bersifat lahiriah atau bersifat batiniah yang abstrak. Ini disebabkan

    segala bentuk amalan yang dilakukan secara berterusan dalam

    kehidupan akhirnya akan menjadi budaya. Ramli (1997) menjelaskan

    kehidupan sosial dan budaya dalam masyarakat adalah segala fenomena

    yang bersangkut paut dengan amalan serta kepercayaan yang bersifat

    keagamaan dan juga kepercayaan-kepercayaan khurafat atau tahyul

    yang masih menjadi amalan hingga hari ini. Kepercayaan dan amalan

    khurafat ini ternyata bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.Kehidupan sosial dan budaya membawa pengertian yang cukup

    luas meliputi seluruh kehidupan manusia mencakupi soal cara hidup,

    sikap dan pemikiran yang menjadi amalan secara berterusan dalam

    sesebuah masyarakat. Menurut Sidi Gazalba (1968) budaya ialah

    cara berfikir dan cara merasa yang menyatakan diri dalam seluruh

    kehidupan manusia yang membentuk kesatuan sosial, dalam suatu

    ruang dan waktu. Budaya juga menyentuh semua tingkah laku manusia

    yang bermula dengan penggunaan simbol seni, kepercayaan dan agamayang mempunyai pengertian tertentu yang sering berubah dari masa ke

    semasa sesuai dengan keperluan masyarakat dan persekitarannya.

    Seperti yang dinyatakan oleh Taylor, kehidupan sosial dan

    budaya merupakan seluruh kehidupan manusia yang berhubungkait

    dengan ilmu pengetahuan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat

    resam, kebiasaan dan lain-lain yang diamalkan oleh manusia yang

    menganggotai sesebuah masyarakat (Ensiklopedia Malaysiana, 1995).

    Budaya juga merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir

    serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau

    kerohanian dalam sesuatu masyarakat. Dalam kehidupan seharian,

    Jumali Hj. Selamat & Che Abdullah Che Ya

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    3/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    21

    kelompok manusia atau masyarakat merupakan organisme yang saling

    bergantungan antara satu sama lain dalam seluruh kehidupan. Manusia

    yang menjadi anggota kelompok itu sering berinteraksi, berkomunikasi

    dan bekerjasama antara satu sama lain untuk memperoleh keperluan

    mereka melalui pelbagai kegiatan tanpa mengira batas usia, keturunan

    dan warna kulit. Keperluannya bukan sahaja menyentuh soal pergaulan

    dan hubungan tetapi juga sanggup mempertahankan peraturan, norma

    dan budaya yang menjadi sebahagian daripada kehidupan. Mereka

    sentiasa berhadapan dengan pelbagai ragam manusia termasuk amalan

    tradisi dan kepercayaan yang menjadi budaya dalam masyarakat.

    Analisis ini dilakukan untuk melihat aspek kehidupan sosial dan

    budaya yang digarap oleh pengarang menerusi gagasan pemikiran

    dan kreativitinya dalam karya sebagai cerminan sosial yang ada

    kaitannya dengan masyarakat di luarnya. Bagaimanapun tidak

    semestinya semua persoalan itu benar-benar sama dengan realiti dalam

    masyarakat. Realiti yang digambarkan bukanlah sesuatu yang berdiri

    sendiri tetapi bergantung kepada penglihatan pengarangnya yang

    akan menjadi lebih indah atau sebaliknya (Umar, 1989). Karya yang

    bertanggungjawab akan berlandaskan aspek-aspek tertentu tentangkeperihalan kemanusiaan, baik secara langsung mahupun secara

    tersirat dan berlapisan maknanya (Shahnon, 1994). Hubungan ini dapat

    memperkukuhkan unsur realiti dalam karya yang berkait rapat dengan

    kehidupan manusia. Ini menunjukkan adanya hubungan karya dengan

    masyarakat di luarnya untuk memahami kehidupan manusia melalui

    pancaindera dan kematangan berfikir (Elizabeth & Tom Burns, 1973).

    Melalui analisis ini akan membicarkan kehidupan sosial dan budaya

    yang mencerminkan cara, sikap hidup dan kepercayaan yang menjadiamalan dalam kehidupan.

    TEORI DAN METOD PENYELIDIKAN

    Teori Pengkaedahan Melayu telah diperkenalkan oleh Hashim Awang

    pada tahun 1989. Teori ini berlandaskan semua aspek kehidupan

    manusia yang merangkumi cara dan sikap hidup, kepercayaan dankebudayaan setempat dalam masyarakat Melayu yang menghasilkan

    karyanya sendiri. Teori ini menjadikan alam sebagai sebahagian daripada

    Analisis Teks Cucu Tuk Wali Menggunakan Pendekatan Kemasyarakatan

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    4/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    22

    kehidupan yang mempunyai kaitan rapat dengan manusia. Alam menjadi

    faktor utama untuk memenuhi keperluan kehidupan manusia yang

    memberikan mata pencarian atau pekerjaan, pengalaman, pengajaran

    dan kebajikan. Semua unsur ini memiliki fungsi dan memberi manfaat

    yang khusus dalam kehidupan. Teori ini dianggap amat bermakna dan

    mampu menganalisis karya sastera Melayu yang dihasilkan oleh penulis

    dengan menggunakan bahasa yang indah. Menurut Muhammad (2008)

    konsep keindahan bahasa perlu dipupuk oleh bangsa yang menciptakan

    melalui waktu dan berubah mengikut perjalanan waktu.

    Teori ini dibahagikan kepada dua iaitu pengkaedahan Alamiah

    dan pengkaedahan Keagamaan. Pengkaedahan Alamiah mendasari cara

    atau sikap hidup masyarakat Melayu yang menjadikan alam sebagai

    sebahagian daripada dirinya dan ia dipecahkan kepada tiga pendekatan

    iaitu pendekatan gunaan, moral dan firasat. Pengkaedahan Keagamaan

    pula berasaskan kepada nilai keimanan dan ketakwaan yang bersendikan

    akidah agama Islam dan dibahagikan kepada tiga pendekatan iaitu

    pendekatan dakwah, kemasyarakatan dan seni.

    Analisis ini menggunakan pendekatan kemasyarakatan iaitu salah

    satu pendekatan menerusi Pengkaedahan Keagamaan dalam TeoriPengkaedahan Melayu. Menerusi pendekatan kemasyarakatan sastera

    dianggap sebagai alat pendedahan kepada segala persoalan yang wujud

    dan bertujuan mencari kebaikan serta keadilan dalam masyarakat seperti

    yang dituntut oleh Islam. Pengarang menerusi karyanya turut memapar

    dan mendedahkan dengan jelas segala permasalahan kehidupan yang

    penuh dengan pergolakan serta kemungkaran seperti ketidakadilan,

    kemunafikan, ketidakseimbangan, keresahan, kekejaman, korupsi,

    kebimbangan, penipuan, penindasan, pembunuhan dan sebagainyayang menjadi punca kepincangan dan kegoyahan iman. Segala-galanya

    dilihat daripada kaca mata Islam untuk membezakan dengan tanggapan

    Barat.

    Menurut Hashim (1994), pendekatan ini bukan sahaja berupaya

    mengukur atau menilai segala permasalahan masyarakat yang terpapar

    dalam karya, malahan menilai diri pengarang yang menyajikan

    karyanya menerusi paparan idea, ideologi dan daya kreativiti yang

    dilakukannya. Seterusnya, Hashim (1994) menegaskan penyelidikanini bertujuan untuk mencari kesejahteraan hidup, pengukuhan iman

    dan takwa kepada Allah. Tumpuannya kepada soal jalinan isi dan tema

    Jumali Hj. Selamat & Che Abdullah Che Ya

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    5/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    23

    yang terarah kepada latar belakang pengarang untuk melihat sejauh

    mana sikap dan pandangan hidupnya selari dengan persoalan kebajikan

    masyarakat yang dipaparkan dalam karya. Penelitian ini berkait rapat

    dengan hal-hal seperti syariah, ibadat, moral, ekonomi dan politik yang

    dilihat dari sudut pandangan Islam.

    Penghasilan karya merupakan luahan pemikiran pengarang

    tentang rencam kehidupan manusia dan persekitarannya yang

    diadun bersama pengalaman dan dicetus melalui daya kreativiti dan

    imaginasinya. Setiap aspek yang terungkap mempunyai kepentingan

    dan mesejnya sendiri sebagaimana yang diinginkan oleh pengarang yang

    sensitif terhadap pergolakan dalam masyarakat dan alam sekelilingnya.

    Penelitian ini menggunakan kaedah analisis teks novel Cucu Tuk

    Waliuntuk melihat cara dan sikap hidup yang menjadi amalan dalam

    kehidupan remaja seperti persoalan cinta, pelajaran, kasih sayang,

    pertentangan pendapat, kepercayaan karut dan gejala sosial.

    ANALISIS BUDAYA CUCU TUK WALI

    MENERUSI PENDEKATAN KEMASYARAKATAN

    Novel Cucu Tuk Wali karya Abu Hassan Morad (1993) adalah

    pemenang hadiah pertama Peraduan Menulis Novel Remaja anjuran

    bersama Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) dan

    Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Novel ini memaparkan kisah

    menarik seorang remaja wanita bernama Liza dianggap sebagai agen

    pembangunan masyarakat desa yang memiliki sifat dedikasi, cekal dan

    gigih mengharungi kehidupan. Persoalan hidup masyarakat yang penuhdengan segala macam pergolakan dicampur dengan unsur percintaan,

    agama, budaya dan nilai-nilai positif menjadi novel ini amat menarik

    untuk dinikmati. Akhirnya Liza berjaya menerapkan pentingnya usaha

    yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan meneruskan

    kehidupan dalam masyarakat. Lizawati Haji Abdullah digambarkan

    sebagai remaja yang ideal, mempunyai kesungguhan dan keazamannya

    yang tinggi serta menjadi idola kepada anak remaja di kampungnya.

    Persoalan yang mengaitkan pengaruh sosial dan budaya dalammasyarakat sama ada di kampung atau di bandar merangsang jiwa

    pengarang berusaha menonjolkan tentang kehidupan masyarakat

    Analisis Teks Cucu Tuk Wali Menggunakan Pendekatan Kemasyarakatan

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    6/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    24

    dan bangsanya. Persoalan kehidupan sosial dan budaya yang bersifat

    sejagat tidak terpisah daripada kehidupan masyarakat turut digarap

    melalui adunan cerita yang mengusik perasaan pembacanya. Aspek

    kehidupan sosial dan budaya dapat digambarkan menerusi penceritaan,

    gagasan pemikiran dan kreativiti pengarang. Menurut Shahnon (1994)

    pengarang yang tajam daya sensitivitinya sama ada melalui komunikasi,

    mimpi, khayalan, perubahan, latar yang berfungsi, sejarah, futuristik

    atau asosiasi sahaja yang dapat meneruskan penciptaan dengan makna-

    makna kemanusiaan yang sebenar. Karya lazimnya menceritakan

    persoalan masyarakat yang menyentuh soal-soal percintaan,

    perkahwinan, pengembaraan dan mencari kekayaan yang disesuaikan

    dengan batasan persekitaran dan lingkungannya (Morner & Rausch,

    1991). Justeru, pengarang merasakan dirinya terlibat dengan perkara-

    perkara yang berlaku dalam kehidupan masyarakat, lingkungan dan

    alam persekitarannya.

    Persoalan Cinta

    Suatu hal yang tidak boleh dinafikan dalam kehidupan ialah hubungansesama manusia antara individu dengan individu dan kelompok

    masyarakat dengan alam persekitaran. Soal kehidupan yang sering

    dikaitkan dengan golongan remaja ialah cinta dan cinta merupakan

    elemen yang sukar dipisahkan daripada kehidupan remaja. Menurut

    Robiah (1993) cinta adalah perasaan kasih sayang antara individu yang

    mempunyai kemahuan bersama untuk mendapatkan sesuatu. Sementara

    itu, cinta sesuatu yang halus dan semua orang memerlukannya kerana

    cinta mengindahkan kehidupan (Noorzila, 1995). Justeru, cintamerupakan perasaan kasih sayang yang halus lagi murni antara lelaki

    dan perempuan yang mempunyai persamaan cita rasa, kemahuan dan

    matlamat bersama.

    Cinta yang melibatkan remaja sering menjadi paparan pengarang

    kerana cinta merupakan satu fenomena biasa yang berlaku kepada

    semua orang dalam perkembangan hidup manusia. Pengarang cuba

    melakarkan persoalan cinta dengan imaginasi dan kreativitinya melalui

    teknik penceritaan yang menarik untuk menggerakkan semangatremaja. Melalui novel ini, pengarang memaparkan bagaimana bibit-

    bibit percintaan terjalin sehingga membawa kepada pertunangan yang

    Jumali Hj. Selamat & Che Abdullah Che Ya

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    7/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    25

    mengukuhkan ikatan. Menerusi teks ini dipaparkan kisah cinta Amir

    dengan Liza yang akhirnya mereka bersetuju mengikat tali pertunangan

    seperti dalam petikan ini.

    Rombongan Amir tiba dengan dua buah kereta. Ringkas

    sekali. Itu yang Liza harapkan. Biar segala-galanya ikut

    syariat. Biar orang kampung lihat. Tidak payah membazir

    dan buang masa dengan acara-acara tidak berfaedah

    Segala-galanya berjalan lancar. Dan sedar-sedar wakil pihak

    lelaki, Kak Maimon masuk ke bilik bertemunya. Disarung

    cincin ke jari manis Liza dan Liza tunduk bersalam dengan

    penuh hormat (hlm. 62).

    Manusia hanya mampu merancang dan segala ketentuan serta

    ketetapan adalah daripada Allah (SWT). Begitulah kehendak takdir

    yang menentukan segala-galanya sama ada yang baik atau sebaliknya.

    Paparan ini menggambarkan cinta menjadi sebahagian keperluan dalam

    kehidupan remaja walaupun kadang kala terpaksa menghadapi berbagai

    cabaran dan rintangan sama ada daripada keluarga, rakan sebaya ataumasyarakat sekeliling. Kisah ini memperlihatkan karya sebagai alat

    pendedahan persoalan remaja yang bertujuan mencari kebaikan yang

    boleh dijadikan teladan dan sempadan dalam kehidupan seperti dituntut

    oleh Islam.

    Pelajaran

    Masyarakat menganggap individu yang tidak berpelajaran dan tidakberilmu dipandang rendah. Sebaliknya masyarakat akan memandang

    tinggi jika individu atau anggota masyarakatnya berpelajaran dan

    berilmu pengetahuan. Islam amat menekankan kepentingan ilmu

    pengetahuan dan menggalakkan setiap umatnya supaya menuntut ilmu

    kerana perbuatan menuntut ilmu adalah ibadah. Menuntut ilmu sangat

    tinggi nilainya kerana ibadat yang tidak dilandasi dengan ilmu akan sia-

    sia amalannya (Mohamad, 1990).

    Dalam bidang ilmu, Islam mewajibkan setiap umatnya sama adalelaki atau perempuan menuntut ilmu dengan tidak membeza-bezakan

    antara orang kaya dan miskin (Sobri, 1983). Dalam al-Quranbanyak

    Analisis Teks Cucu Tuk Wali Menggunakan Pendekatan Kemasyarakatan

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    8/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    26

    ayat-ayat yang menunjukkan keutamaan dan kepentingan menuntut

    ilmu kerana Islam memandang tinggi orang yang berilmu pengetahuan

    serta Allah akan mengangkat beberapa darjat kepada orang yang

    berilmu pengetahuan seperti dijelaskan dalam surah an-Nisa ayat:83,

    al-Faathir ayat:28, al-Mujadilah ayat:11 dan surah az-Zumar ayat:9

    (Hasbi Ashshiddiqi et. al., 1992). Sementara itu, Ghazali (1997)

    menjelaskan Allah (SWT) mengangkat darjat orang yang soleh serta

    berilmu pengetahuan dan meletakkan mereka di tempat yang mulia.

    Kesungguhan pengarang menggarap isu kepentingan menuntut

    ilmu selaras dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara yang

    mahu melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan

    dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi

    sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

    masyarakat dan negara. Liza yang menuntut di Universiti Pertanian

    Malaysia (UPM) menganggap pelajaran amat penting untuk menentukan

    masa depan yang lebih cemerlang. Seperti katanya;

    Baginya belajar dan lulus di dalam bidang yang diminatinya

    adalah segala-galanya. Ia adalah sebuah hadiah untuk ayah,mak dan seluruh keluarganya. Dan selepas itu barulah dia

    akan terjun di dalam perjuangan yang sebenardan yang

    penting sebagai pemimpin masyarakat. Di situlah nanti

    segala-galanya akan tercabar (hlm. 153).

    Apa yang dialami Liza seiring dengan pendapat Asmah Bee dan

    Iran (1995) yang mengatakan untuk mencapai hasrat dan cita-cita, di

    samping dorongan keluarga, rakan sebaya dan guru tetapi pengalamanserta suasana persekitaran yang kondusif juga perlu untuk mencapai

    kejayaan dan kecemerlangan. Dalam hubungan ini, Mohamad (1990)

    mengatakan Islam menganggap pendidikan amat penting dan dipandang

    tinggi lagi mulia dalam kehidupan sama ada yang bersifat duniawi atau

    uhrawi yang selari dengan tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah.

    Analisis ini menjelaskan aspek pelajaran menjadi begitu dominan

    diketengahkan pengarang yang menyedari pentingnya membentuk

    generasi muda yang berilmu pada masa hadapan. Bagaimanapunkepentingan ilmu yang dianjurkan oleh Islam tidak hanya terbatas

    Jumali Hj. Selamat & Che Abdullah Che Ya

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    9/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    27

    kepada soal ibadah semata-mata kerana ilmu merangkumi seluruh aspek

    kehidupan yang ada kaitannya dengan urusan dunia dan akhirat. Ini

    menggambarkan kepentingan menuntut ilmu dan pendidikan bertujuan

    memupuk potensi dan perkembangan individu yang dapat memahami

    erti kemuliaan, warisan budaya bangsa, amalan dan rasa persefahaman

    sejagat. Menurut Wan Hishamudin (2000) untuk mencari kebaikan,

    minda atau pemikiran hendaklah diisi dengan ilmu pengetahuan. Tanpa

    ilmu, pemikiran akan dikuasai oleh nafsu yang boleh mendorong ke

    arah kejahatan dan kerosakan. Situasi ini menuntut supaya ilmu yang

    dipelajari mencerminkan kemurnian dan kemuliaan yang bertujuan

    mencari kebaikan dalam kehidupan (Hashim, 1994).

    Kasih Sayang

    Usaha menerapkan budaya murni dalam kehidupan remaja dapat

    dilakukan menerusi nilai kasih sayang kerana kasih sayang merupakan

    sifat belas kasihan dan sayang sama ada sesama manusia, binatang

    atau alam persekitaran. Nilai kasih sayang merupakan perasaan yang

    mendalam dan berkekalan yang lahir daripada kerelaan hati seseorang.Hubungan kasih sayang yang terjalin dalam keluarga dan masyarakat

    boleh menjelmakan keselesaan dalam kehidupan individu. Hubungan

    kasih sayang amat penting untuk memupuk budaya murni kerana kasih

    sayang merupakan satu nilai kehidupan yang cukup tinggi lagi mulia.

    Analisis ini menggambarkan nilai kasih sayang keluarga hubungan

    antara anak dengan ibu dan bapa tidak dapat dipisahkan. Sejak ayahnya

    berkahwin dengan Zainab, Liza mengambil keputusan untuk tinggal

    bersama Kak Bibah dan Abang Saad di Kampung Sentosa. Perasaanbersalah dan tidak senang menghantui diri Liza yang mengesyaki

    mak cik barunya mahu membolot harta ayahnya. Bagaimanapun

    kesediaannya memohon maaf kepada ayah dan ibu tirinya yang juga

    merupakan rakan sekolahnya memperlihatkan kasih sayang antara anak

    dan keluarga sukar dipisahkan. Seperti katanya;

    Maafkan saya ayah. Saya berdosa dengan ayah. Liza

    mencium tangan ayahnya dalam tangisan merembas kepipinya. Saya minta maaf ayah. Saya terlalu ikutkan

    Analisis Teks Cucu Tuk Wali Menggunakan Pendekatan Kemasyarakatan

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    10/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    28

    hati Liza meraung makin kuat. Haji Lah cuba menahan

    sedunya tetapi makin teresak-esak. Zainab ikut menangis

    melihat keadaan itu. Sayu (hlm. 137).

    Liza belum habis menahan esakannya. Dia beralih ke arah

    Zainab. Lalu dia menerkam dan memeluk Zainab. Menangis

    sepuas hati. saya minta maaf mak cik. Selama ini Liza

    terlalu busuk hati dengan mak cik. Liza terlalu buruk sangka.

    Maafkan Liza. Sayu dan pilu sekali (hlm.138).

    Di samping itu, kesanggupan Haji Dolah memaafkan anaknya Liza

    menggambarkan kasih sayang seorang ayah terhadap anak melebihi

    segala-galanya. Berkat kesabarannya Haji Dolah kini memperolehi

    semula Liza yang telah hilang buat seketika. Begitu juga kesediaan mak

    cik Zainab memaafkan Liza menunjukkan hubungan ukhwah Islamiah

    tetap terjalin. Ini menunjukkan sifat ibu bapa yang lemah lembut, sabar,

    pemaaf dan penyayang terhadap anak-anak boleh melahirkan individu

    yang bertanggungjawab, bersahsiah mulia dan seimbang personalitinya

    (Asmah Bee dan Iran, 1995).Nilai kasih sayang memperlihatkan hubungan yang terjalin antara

    anak dan ibu bapa serta keluarga tidak akan putus walaupun terpaksa

    menghadapi pelbagai rintangan seperti kata pepatah carik-carik bulu

    ayam, lama-lama bercantum juga atau air dicincang tidak akan putus.

    Menerusi pendekatan ini menegaskan nilai kasih sayang sebagai unsur

    keindahan dalam karya yang selari dengan etika Islam. Kasih sayang

    merupakan sebahagian daripada nilai murni yang harus dipupuk untuk

    mengeratkan hubungan remaja dengan orang lain, keluarga dan anggotamasyarakatnya.

    Pertentangan Pendapat

    Ahli psikologi berpendapat konflik merupakan fenomena normal

    yang sering berlaku dan sukar dielak dalam proses perkembangan

    diri remaja. Fenomena ini wujud apabila dua golongan tua dan muda

    memandang sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza (AsmahBee dan Iran, 1995). Gejala pertentangan ini berlaku akibat perubahan

    dan penyerapan unsur-unsur modenisasi dalam masyarakat yang

    Jumali Hj. Selamat & Che Abdullah Che Ya

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    11/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    29

    kebiasaannya sukar diterima oleh golongan tua walaupun memberi

    kebaikan dalam kehidupan mereka.

    Analisis ini menemui pertentangan pendapat antara golongan

    muda dan tua. Gejala pertentangan ini mengakibatkan konflik yang

    berpanjangan kerana golongan muda mempunyai cita rasa dan

    pandangan berbeza daripada golongan tua. Tambahan pula kebanyakan

    remaja hari ini inginkan kebebasan, mahu mencari kepuasan sendiri

    dan tidak mahu dikongkong oleh keluarga atau ibu bapa.

    Pertentangan pendapat antara anak dengan orang tua dalam karya

    menggambarkan golongan tua tidak menyenangi tindakan Liza yang

    mahu mengusahakan tanah terbiar penduduk kampungnya dengan

    tanaman tembikai secara komersil. Golongan ini berusaha sedaya

    upaya untuk menggagalkan usaha yang dijalankan oleh Liza bersama

    rakan-rakannya termasuk daripada Haji Dolah iaitu ayahnya sendiri

    yang tidak bersetuju terutama setelah Liza dimasukkan ke wad akibat di

    patuk ular. Sementara itu, kehadiran Liza juga menyebabkan Mak Kiah

    tidak senang hati dan sengaja mencari alasan dan membuat tuduhan

    untuk menidakkan kebaikan yang dilakukan oleh Liza. Seperti kata-

    kata pedasnya:

    Aik, tak balik ke rumah, entah jantan mana yang datang

    tu, tambah Mak Kiah endah tidak endah. Liza melangkah.

    Eloklah jumpa Ngah Teh tu, mandi tolak bala. Biar cepat

    dapat laki. Jangan asyik bawa sial kepada kampung ni!

    Mak Kiah mengasak lagi (hlm. 44).

    Ini menggambarkan konflik yang wujud disebabkan golongantua tidak mahu menerima pendapat dan pandangan orang muda yang

    disifatkan masih mentah dan kurang berpengetahuan serta pengalaman.

    Sebenarnya, teguran atau pandangan anak-anak kepada orang tua

    bukanlah bererti kurang ajar tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi

    panduan sekiranya mereka membuat salah atau kesilapan (Faridah &

    Zuraidah, 1995). Seperti dijelaskan oleh Ramli (1996), pertentangan ini

    membuktikan sepanjang sejarah manusia bermula hingga kini, belum

    pernah lagi wujud manusia ideal dalam membentuk sebuah masyarakatyang sentiasa aman, tenteram dan terlepas daripada berbagai-bagai

    konflik, pergolakan atau pertentangan.

    Analisis Teks Cucu Tuk Wali Menggunakan Pendekatan Kemasyarakatan

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    12/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    30

    Selain itu, pertentangan pendapat dalam kalangan rakan-rakan

    sebaya juga berlaku akibat daripada perasaan tidak puas hati, dendam

    dan iri hati. Mereka sanggup bertindak untuk menggagalkan projek

    yang dijalankan oleh rakan-rakan terutama daripada kaum wanita.

    Sejak selepas undian dijalankan dalam mesyuarat Belia Sinar Muda

    Kampung Sentosa dan cadangan Liza terpilih menyebabkan Azhar dan

    Kadir tidak berpuas hati dan berdendam terhadapnya. Seperti terlihat

    dalam petikan berikut;

    Memang mereka iri hati. Tidak senang kalau idea daripada

    perempuan. Mudah-mudahan yang lain tidak terikut dengan

    dua orang jejaka itu. ...Azhar dan Kadir tidak puas hati.

    Memendam rasa. Marah. Sampai mesyuarat tamat, segala-

    gala seperti luka tidak berdarah. Topik lain tidak panas.

    Azhar tetap angkuh. Tetap dengan sikap acuh tidak acuh

    kalau pandangan daripada perempuan (hlm.27).

    Pertentangan ini lebih didorong oleh perasaan iri hati, dendam dan

    rasa cemburu yang akhirnya mewujudkan konflik. Bagi Liza, dia tetaptidak berputus asa, berdoa dan beriikhtiar untuk mengatasi cabaran

    yang diterimanya. Dia cukup yakin doa adalah hak setiap hambanya dan

    terpulang kepada Allah (SWT) untuk memperkenannya atau tidak (Nur

    Hanani, 2007). Melalui analisis ini menyerlahkan pelbagai ragam dan

    perlakuan manusia yang bersifat positif dan negatif yang menjadi contoh

    dan teladan serta cermin perbandingan kepada golongan remaja.

    Kepercayaan Karut

    Soal kepercayaan sering dikaitkan dengan sesuatu yang diyakini dan

    diterima benar atau sesuatu yang dipercayai secara turun-temurun.

    Kepercayaan ini boleh dikaitkan dengan kepercayaan anamisme yang

    mengatakan bahawa setiap sesuatu benda mempunyai semangat dan

    ada penunggu atau pemiliknya. Manusia juga perlu meminta izin jika

    mahu melakukan sesuatu (Harkavy, 1996). Amalan ini turut menjadi

    budaya dalam masyarakat kerana kebanyakannya bergantung kepadakeyakinan dan kepercayaan yang dikaitkan dengan unsur mistik dan

    keajaiban yang diterima secara warisan atau turun-temurun. Walaupun

    Jumali Hj. Selamat & Che Abdullah Che Ya

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    13/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    31

    terdapat pertembungan antara budaya tradisional dan unsur moden yang

    datang dari luar lingkungan mereka, namun amalan dan kepercayaan

    terhadap budaya tradisional tidak akan hilang begitu sahaja (Ramli,

    1997).

    Kepercayaan terhadap budaya tradisional yang dianggap karut

    biasanya sering dikaitkan dengan sesuatu perkara atau kejadian buruk

    yang benar-benar berlaku dalam sesebuah masyarakat. Mempercayai

    hantu merupakan sebahagian amalan bagi sesetengah masyarakat

    setempat yang masih mengamalkan kepercayaan animisme yang

    mempercayai setiap benda mempunyai semangat atau roh. Bagi

    sesetengah penduduk tempatan hari ini, masih ada yang mempercayai

    jika sesuatu tragedi atau peristiwa buruk berlaku sering dikaitkan

    dengan gangguan atau hantu marah.

    Menerusi watak Pak Dolah, pengarang memaparkan masih ada

    sebilangan kecil masyarakat yang mempercayai kewujudan bunian

    atau makhluk halus. Kisah bermula sewaktu Liza mengerjakan tanah

    untuk tanaman tembikai, tiba-tiba di patuk ular tedung sela dan terpaksa

    dimasukkan ke hospital. Disebabkan peristiwa itu, ayahnya memarahi

    Liza seperti katanya;

    Tu yang aku tak bagi kau buat tanah tu. Keras sikit kawasan

    tu, kata-kata ayahnya bergema ke dalam relung telinganya.

    ...Kau tak tahu. Kawasan tu dulu tempat bunian bermain

    waktu malam. (hlm. 59).

    Manakala, Mak Kiah jirannya yang kuat mempercayai setiap

    perubahan dan perkara buruk yang berlaku disebabkan kemarahanPuteri Lindungan Bulan. Mak Kiah yang tidak menyenangi kehadiran

    Liza telah melemparkan pelbagai tuduhan. Seperti katanya;

    Kau pun aku tengok dah banyak berubah. Semenjak adik

    kau duduk di sini, tuduh mak Kiah lagi. Semenjak adik

    kau duduk sini, macam-macam dah jadi. Penunggu Puteri

    Lindungan Bulan itu sudah marah.. kau tahu! Makin lantang

    Mak Kiah menghujah (hlm. 63).

    Analisis Teks Cucu Tuk Wali Menggunakan Pendekatan Kemasyarakatan

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    14/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    32

    Untuk mengelakkan gejala ini terus merebak dan diamalkan

    adalah menjadi kewajipan pengarang untuk bertindak berani dengan

    mengetengahkan fakta dan menjelaskan hukum agama bagi menegakkan

    kebenaran supaya masyarakat terhindar daripada kepercayaan karut dan

    perkara khurafat. Ini disebabkan timbul atau tenggelamnya masa depan

    sesuatu bangsa itu bergantung kepada sejauh mana bangsa berkenaan

    mewariskan nilai dan budaya bangsanya kepada golongan remaja

    dan sejauh mana pula golongan itu mampu menyambung warisan

    kebangsaannya (Dusuki, 1980).

    Analisis ini menggambarkan kepercayaan terhadap budaya

    tradisional dan karut masih menjadi sebahagian amalan kehidupan

    masyarakat Melayu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam

    realiti kehidupan hari ini masih ada kelompok masyarakat yang

    mempercayai pelbagai kepercayaan dan amalan yang bercanggah

    dengan nilai keagamaan dan budaya Melayu. Percanggahan ini

    menjadi punca kepincangan dalam masyarakat dan kegoyahan iman

    yang mengakibatkan kesejahteraan hidup semakin jarak dengan nilai

    kemuliaan, keimanan dan ketakwaan.

    Gejala Sosial

    Remaja sering dikaitkan dengan golongan yang suka mencuba sesuatu

    yang baru dan mudah terpengaruh dengan suasana sekelilingnya. Maka

    corak kehidupan mereka sentiasa terdedah dengan perubahan dan

    persekitaran yang berbeza. Justeru, pengaruh sosial dan budaya akan

    berlaku dan terus berlaku kepada individu atau kelompok masyarakat

    yang mengamalkan corak kehidupan terbuka dan terdedah dengancara dan sikap hidup di luar lingkungannya. Kesan daripadanya wujud

    beberapa gejala sosial yang telah lama berlaku dalam kalangan remaja.

    Antaranya yang telihat dalam karya ialah peresapan budaya asing

    yang mengisahkan Tuti pelajar di Kolej Tun Perak UPM terdedah

    dengan kehidupan moden. Akibatnya, dia sering mengunjungi pub,

    discodan kelab-kelab malam pada setiap hujung minggu sebagai satu

    cara menghilangkan ketegangan. Ini dapat dilihat seperti petikan

    berikut:

    Jumali Hj. Selamat & Che Abdullah Che Ya

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    15/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    33

    Emm, sekali-sekali ikut aku. Liza menelan air liur. Disco?

    Apa dicari di sana. Bukan apa release tension. Dah penat

    bekerja kita rehat, balas Tuti penuh yakin. Kaki sudah

    tergedik-gedik. Entah berapa puluh tubuh lelaki yang

    bergayut di batang tubuh genit itu! Bukan begitu Tuti

    banyak jalan lain nak tenangkan fkiran (hlm. 24).

    Perbuatan Tuti sememangnya tidak wajar kerana pergaulan

    bebas tanpa batasan muhrim adalah di larang oleh agama Islam dan

    tidak melambangkan amalan masyarakat Malaysia. Di sinilah peranan

    ibu bapa untuk mengawasi perlakuan dan tindakan anak-anak sama

    ada ketika berada di dalam atau luar rumah (Hasan, 1996). Apa yang

    dilakukan oleh Liza untuk menghalang perbuatan yang tidak baik

    amat sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Imran ayat:110 yang

    bermaksud; kamu adalah golongan umat yang paling baik ditampilkan

    kepada manusia, untuk menyuruh mengerjakan perkara yang makruf

    dan melarang perkara yang mungkar serta beriman kepada Allah

    (Hasbi Ashshiddiqi et. al., 1992). Paparan ini menggambarkan gejala

    sosial yang melanda remaja boleh membawa kesan keruntuhan akhlakseperti pergaulan bebas dan perbuatan sumbang. Segala peristiwa yang

    dipaparkan diharap mampu mendedahkan dengan jelas permasalahan

    kehidupan yang boleh menjadi contoh teladan dalam kehidupan

    remaja.

    KESIMPULAN

    Kesimpulannya, pendekatan kemasyarakatan sesuai untuk menganalisis

    novel Cucu Tuk Wali yang menyentuh berbagai aspek seperti soal cinta,

    pelajaran, kasih sayang, pertentangan pendapat, kepercayaan karut dan

    gejala sosial yang bertujuan mencari kebajikan dan kesejahteraan hidup.

    Situasi ini menunjukkan karya remaja mampu menjadi alat pendidikan

    yang mengetengahkan cara, sikap hidup, kepercayaan dan kebudayaan

    dalam masyarakat. Pendekatan ini mampu memberi kesan yang baik

    kerana persoalan dan permasalahan yang dipaparkan bermatlamat untukmempertingkat nilai keimanan, ketakwaan dan kecintaan insan kepada

    Allah serta mampu melahirkan golongan remaja yang mengamalkan

    Analisis Teks Cucu Tuk Wali Menggunakan Pendekatan Kemasyarakatan

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    16/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    34

    nilai-nilai murni yang harus dipupuk untuk mengeratkan hubungan

    remaja dengan orang lain, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

    Persoalan ini melibatkan aspek kemasyarakatan yang membawa ke

    arah kebaikan dan kemajuan yang dapat mempengaruhi kehidupan

    seperti yang dituntut oleh Islam. Akhirnya, pendekatan ini mampu

    menganalisis segala kenyataan dan fenomena kehidupan remaja yang

    melibatkan hubungannya sesama manusia, lingkungannya dan alam

    persekitarannya.

    RUJUKAN

    Abu Hassan Morad. 1993. Cucu Tuk Wali. Kuala Lumpur : Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Asmah Bee Mohd. Noor dan Iran Herman. 1995.Membina Kesejahteraan

    Remaja. Bandar Baru Bangi : Penerbit Tekno Edar.

    Dusuki Hj. Ahmad. 1980. Islam Di Malaysia Kebangkitan dan Masa

    Depan. KualaLumpur : Penerbitan Adabi.

    Elizabeth dan Burns, Tom. (Pnyt). 1973. Sociology of Literature andDrama. Middlesex : Penguin Education.

    Ensiklopedia Malaysiana.1995. Kuala Lumpur : Anzagain.

    Faridah Taib dan Nuraidah Ali. 1995.Keluarga Bahagia.Petaling Jaya

    : Penerbitan Pinang.

    Ghazali Darussalam. 1997. Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah. Kuala

    Lumpur : Utusan Publications & Distributors.

    Hasan Hj. Mohd. Ali. 1996. 40 Kesilapan Mendidik Anak. Kuala

    Lumpur : Utusan Publications & Distributors.Hasbi Ashshiddiqi et. al. (Pnyt). 1992. Al-Quran dan Terjemahannya.

    Medinah : Kadim al-Harramah Departmen dan Wakaf Saudi

    Arabia.

    Harkavy, Michael D. (Pnyt). 1996. The Websters International

    Encyclopedia. Florida : Trident Press International.

    Hashim Awang. 1994a. Metodologi Kesusasteraan Islam : Kaedah

    Penilaian.Dewan Sastera,Februari, 10-15.

    Hashim Awang. 1994b.Pengkajian Sastera : Pengkaedahan Melayu.Pengarang,Teks dan Khalayak. (Pnyt). Sahlan Mohd. Saman.

    Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 326-335.

    Jumali Hj. Selamat & Che Abdullah Che Ya

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    17/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    35

    Mohamad Rifai. 1990.Ilmu Fiqh Islam Lengkap. 5th ed. Singapura :

    Pustaka Nasional.

    Morner, Katheleen dan Rausch, Ralph. 1991. NTCs Dictionary of

    Literary Terms. Illinois : National Textbook.

    Muhammad Haji Salleh. 2008. Permata di Rumput, Gilang Sastera

    Sebagai Ruang Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Noorzila Jamaluddin. 1995. Seks dan Cinta Remaja. Al-Islam.

    Oktober : 44-46.

    Nor Hanani Hussin. 2007.Membina Sukses Tanpa Stress. Batu Caves,

    Selangor : Edusystem Sdn. Bhd.

    Ramli Isin. 1997.Novel Melayu Mutakhir : Tema dan Persoalan Karya.

    Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.

    Ramli Isin. 1996. Melihat Nilai Moral dan Kemanusiaan Dalam Novel

    Empangan. Dlm. Konsep Nilai Dalam Kesusasteraan Melayu.

    (Pnyt). Siti Aisah Murad. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka, 212-224.

    Robiah Kulop Hamzah. 1993. Remaja dan Cinta. Kuala Lumpur :

    Dewan Bahasa dan Pustaka.Shahnon Ahmad. 1994. Sastera : Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan

    Kitarannya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Sidi Gazalba. 1968.Pengantar Kebudayaan Sebagai Ilmu-Buku 1. 3rd

    ed. Djakarta : Pustaka Antara.

    Umar Junus. 1989. Sosiologi Sastera : Persoalan Teori dan Metode.

    Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Wan Hishamudin Wan Jusoh. 2000. Islam Tuntut Umat Capai

    Kecemerlangan.Berita Harian, 10 Oktober: 27.

    Jumali Hj. Selamat (Dr. )

    Pusat Perkembangan pelajar,

    Aras 5, Bangunan PUSANIKA,

    Universiti Kebangsaan Malaysia,

    43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

    Tel : 03-8921 4687

    Email : [email protected]

    Analisis Teks Cucu Tuk Wali Menggunakan Pendekatan Kemasyarakatan

  • 7/24/2019 TEORI PNGKAEDAHAN

    18/18

    Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    36

    Che Abdullah Che Ya (Encik)

    Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan Malayu,

    Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

    Universiti kebangsaan Malaysia,

    43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

    Tel : 03-8921 3286

    Email : [email protected] / [email protected]

    Jumali Hj. Selamat & Che Abdullah Che Ya