teori mentalis

2
TEORI MENTALIS PELOPOR : CHOMSKY * Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky) * Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi * Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif * Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. * Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia. * N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD. * Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa. * Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; * proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. * proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ). * proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak. * tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. * Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh. * Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia. * Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia. CIRI TATABAHASA * Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur * Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami * Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P * Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi

Upload: yamuna-nadarajan

Post on 28-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teori mentalis

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Mentalis

TEORI MENTALIS

PELOPOR :  CHOMSKY*      Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky)*      Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi*      Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif*      Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.*      Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.*      N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD.*      Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.*      Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;*      proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.*      proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ).*      proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak.*      tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.*      Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh.*      Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia.*      Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.

CIRI TATABAHASA*      Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur*      Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami*      Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis

HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P*      Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi*      Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan*      Tulisan dan bacaan diutamakan*      Pendekatan Analisis*      Kaedah: kod-kognitif*      Teknik:  hafalan