teori behaviourisme

2
TEORI BEHAVIOURISME Oleh : B.F Skinner (Burrhus Federic Skinner) Maksud Behaviour Merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran. Konsep Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses P & P. ermasuk perlakuan guru! ka"an#ka"an mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Berasaskan teori pela$iman klasik! iaitu kanak#kanak mempelajari bahasa melalui hukuman dan ganjaran. Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih tubi. Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan. eori ini menganggap bahasa adalah peraturan#peraturan %ang mempun%ai tatabahasa %ang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan. Pembelajaran bahasa berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga mengajar kanak#kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak#kanak dapat meniru atau men%ebut perkataan %ang diajar. anjaran %ang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa %ang betul %ang berja%a dilakukan oleh kanak#kanak. 'i antara ganjaran %ang diberikan adalah pujian seperti pandai ! sen%uman! ciuman! tepuk tangan! pelukan! dan lain#lain %ang boleh merangsang kanak#kanak bercakap. Mengatakan baha"a manusia secara semula jadi dilahirkandengan keupa%aan mempelajari bahasa. eupa%aan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia %ang dikenali sebagai perlakuan bahasa %ang terbentuk berdasarkan prinsip eori Beha*ioris. Prinsip Teori Behaviourisme Bahasa %ang diutamakan bahasa lisan manakala tulisan ialah bahasa kedua terpenting Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan Pengukuhan penting dalam P&P +atihan bahasa perlu diperkukuhkan Model#model bahasa %ang terbaik perlu diutamakan ,ujudkan unsur rangsangan dan tindak balas dalam P&P Hubungan Teori Behaviourisme a!am P"P o Menekan analisis tatabahasa mengenai mor-ologi dan sintaksis o Ber-ahaman baha"a data#data bahasa dapat dikaji. o Mengkaji semua a%at atau ujaran dengan tujuan melihatciri%ang berbe$a. o ategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap#tiap aspek bahasa

Upload: mieyhamamikoshiba

Post on 04-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teori Behaviourisme oleh B.F. Skinner

TRANSCRIPT

TEORI BEHAVIOURISMEOleh : B.F Skinner (Burrhus Federic Skinner)Maksud BehaviourMerujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran.Konsep Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses P & P. Termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa melalui hukuman dan ganjaran. Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih tubi. Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan. Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan. Pembelajaran bahasa berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. Mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris.Prinsip Teori Behaviourisme Bahasa yang diutamakan bahasa lisan manakala tulisan ialah bahasa kedua terpenting Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan Pengukuhan penting dalam P&P Latihan bahasa perlu diperkukuhkan Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan Wujudkan unsur rangsangan dan tindak balas dalam P&PHubungan Teori Behaviourisme Dalam P&P Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji. Mengkaji semua ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza. Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasaKekuatan Teori Behaviourisme Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka. Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.Kelemahan Teori Behaviourisme Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas. Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru. Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka. Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.