template kertas cadangan bengkel pengurusan jenazah

10
TEMPLATE [sila ubah berdasarkan keperluan dan kesesuaian] KERTAS CADANGAN BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN BERSAMA PERSATUAN PENDUDUK DESA BESTARI, SEPANG DAN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SEPANG Tarikh : 25 April 2015 Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang Tempat : Surau Tazkiah I. Pendahuluan Persatuan Penduduk Desa Bestari dan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang berhasrat untuk menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah pada 25 April 2015, Sabtu, dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Fokus program ini adalah tentang pengurusan jenazah lelaki, wanita dan kanak-kanak. II. Objektif 1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang pengurusan jenazah melalui ‘experiential learning’. 2. Menggalakkan percambahan ilmu dalam kalangan peserta. 3. Merapatkan hubungan sesama peserta yang merupakan penduduk Desa Bestari. 4. Mewujudkan kumpulan pengurus jenazah dalam kalangan penduduk Desa Bestari. III. Tentatif Program 8.30 pagi Pendaftaran 8.45 pagi Ucapan alu-aluan, bacaan al-Quran dan perasmian 9.00 pagi Sesi 1: Ceramah Pengurusan Jenazah 10.30 pagi Rehat & minum pagi 1

Upload: hasanah-abd-khafidz

Post on 14-Apr-2017

1.059 views

Category:

Spiritual


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Template Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan Jenazah

TEMPLATE[sila ubah berdasarkan keperluan dan kesesuaian]

KERTAS CADANGAN BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH

ANJURAN BERSAMAPERSATUAN PENDUDUK DESA BESTARI, SEPANG

DANPEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SEPANG

Tarikh : 25 April 2015Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petangTempat : Surau Tazkiah

I. PendahuluanPersatuan Penduduk Desa Bestari dan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang berhasrat untuk menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah pada 25 April 2015, Sabtu, dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Fokus program ini adalah tentang pengurusan jenazah lelaki, wanita dan kanak-kanak.

II. Objektif1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang pengurusan jenazah melalui

‘experiential learning’.2. Menggalakkan percambahan ilmu dalam kalangan peserta.3. Merapatkan hubungan sesama peserta yang merupakan penduduk Desa Bestari.4. Mewujudkan kumpulan pengurus jenazah dalam kalangan penduduk Desa Bestari.

III. Tentatif Program8.30 pagi Pendaftaran8.45 pagi Ucapan alu-aluan, bacaan al-Quran dan perasmian9.00 pagi Sesi 1: Ceramah Pengurusan Jenazah10.30 pagi Rehat & minum pagi11.00 pagi Sesi 2: Ceramah Pengurusan Jenazah1.00 t/hari Rehat, makan tengahari & solat2.00 petang Sesi 3: Amali Pengurusan Jenazah

Kumpulan A: Jenazah lelakiKumpulan B: Jenazah wanita

3.15 petang Sesi 4: Amali Pengurusan JenazahKumpulan A: Jenazah wanita

1

Page 2: Template Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan Jenazah

Kumpulan B: Jenazah lelaki4.30 petang Minum petang, solat & bersurai

IV. Bengkel Pengurusan JenazahMaklumat berkaitan:

1. Penceramah bengkel akan dibincangkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor2. Modul yang akan digunakan ialah Modul Pengurusan Jenazah yang diperolehi

daripada Jabatan Agama Islam Selangor atau terbitan PTS.3. Program akan dimulakan dengan ceramah berkenaan pengurusan jenazah, diikuti

oleh bengkel amali. Para peserta akan dibahagi kepada dua kumpulan lelaki dan dua kumpulan wanita. Pembelajaran amali adalah melalui ‘experiential learning’.

4. Kandungan program: ceramah pengurusan jenazah, cara uruskan pesakit tenat, cara mandi (tetapi tidak menggunakan air), cara kafan, cara sembahyang dan cara dikuburkan.

5. Sasaran peserta: Penduduk Desa Bestari, penyertaan akan di buka di luar kawasan Desa Bestari jika penyertaan tidak mencukupi.

6. Anggaran bilangan peserta: 100 orang.7. Peralatan kelengkapan menguruskan jenazah sebanyak 4 set diperlukan. Maklumat

berkaitan harga dsb akan diperoleh kemudian. Anggaran kos ialah RM300 x 4 = RM 1,200.

8. Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta.

V. Yuran PenyertaanMaklumat berkaitan:

1. Sebanyak RM10 dikenakan sebagai yuran komitmen dan menampung sebahagian kecil kos yang terlibat.

2. Yuran yang dikumpul akan diberikan kepada Tabung Surau Tazkiah setelah ditolak kos yang terlibat (fotokopi modul atau beli buku & bahan bercetak serta makanan).

3. Yuran ini mengambil kira kos yang ditanggung dan menggalakkan komitmen dalam kalangan peserta. Baki yuran yang dikumpul akan diberikan kepada Surau untuk kegunaan awam setelah mengambil kira sumbangan surau bagi penggunaan ruang, elektrik, air dll.

VI. Pendaftaran Maklumat berkaitan:

1. Peserta boleh mendaftar melalui dua cara, pertama: menggunakan borang pendaftaran yang disediakan dalam flyers yang akan diedarkan ke setiap rumah kemudian serahkan borang tersebut kepada wakil jalan yang kemudiannya akan serahkan kepada AJK Pendaftaran. Kedua: dengan mesej terus kepada AJK Pendaftaran.

2

Page 3: Template Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan Jenazah

2. Membuat galakan supaya peserta mendaftar awal. Pendaftaran hendaklah disertai juga dengan bayaran yuran penyertaan RM10.

3. Pada hari program, peserta yang mendaftar dan membayar yuran akan diberikan fail/beg mengandungi:

a. Buku/Modul pengurusan jenazahb. Buku notac. Pen

4. Pada akhir program (atau beberapa hari selepasnya), peserta akan diberikan sijil.5. Tarikh akhir pendaftaran : 20 April 2015

VII. PromosiMaklumat berkaitan:

1. Promosi akan diadakan melalui beberapa cara:a. Banner, digantung pada awal bulan April.b. Flyers (diedarkan 2 minggu sebelum program)c. Pengumuman oleh AJK surau selepas solat (maklumkan kepada Pengerusi

Surau) d. Facebook DBe. Whatsapp penduduk & jalan

VIII. MakananMaklumat berkaitan:

1. Makanan sebanyak 3 kali disediakan.2. Minuman dalam tong air akan disediakan oleh En. Hazli & AJK makanan, iaitu air

minuman panas di waktu pagi & air minuman biasa/manis sepanjang program.3. Menu:

a. Minum pagi: bihun goreng & air teh o.b. Makan tengahari: nasi tomato & air sirap sejuk. c. Minum petang: kuih manis & pedas 4 biji serta air sirap sejuk

IX. LogistikMaklumat berkaitan:

1. Lokasi sesi ceramah pengurusan jenazah: dalam surau.2. Lokasi sesi amali:

a. Tingkat bawah untuk peserta lelaki: jenazah lelaki & kanak-kanak lelakib. Tingkat atas untuk peserta wanita: jenazah wanita & kanak-kanak perempuan

3. Lokasi pendaftaran (pagi): di bahagian sisi kanan surau (berhampiran pintu utama)4. Lokasi makan: lelaki di sisi kanan, wanita di sisi ber awning.5. PA system, projector, skrin, laptop dan yang berkaitan akan digunakan (rujuk

penceramah untuk kepastian).

3

Page 4: Template Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan Jenazah

X. Urusetia Program

Penaung: En. Zuhaimi bin Abdul Rahim (Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Bestari)& Dr. Noor Azizi bin Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Surau Tazkiah)

Penasihat: Puan Rohana binti Abd. Hamid (Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Bestari)

Pengarah: En. Saiful Bahrin bin Ahmad TermaziTimb. Pengarah: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz Setiausaha: Puan Nora binti Mohamed NoorPen. Setiausaha: Puan Norbaya binti HasanBendahari: Puan Noor Hadiah Tun Abu Hassan

Ahli JawatankuasaPendaftaran: 1) En. Mohd. Hazli bin Hashim

2) Puan Fatimah binti Abdul Samad3) CikNazirah binti Noor Azizi

Promosi: Puan Fatahah binti Qasim

Makanan: 1) En. Fariz bin Masir2) Puan Zarina ………….3) Puan Norhaizan

Logistik & Siaraya: 1) En. Azam …………..2) En. Azmi bin Mohd. Amban

Modul/buku: 1) En. Saiful ……………2) Ustazah Zulaili

AJK Penajaan : En. Zaliazam …………..

Juru kamera / video: En. Muhammad Rahami bin RoslanPenceramah & Fasilitator: (JAIS), dibantu oleh Ust Hairul Fazli bin Mohamad Som, Ustazah Zulaili & Puan Rohana Pengacara majlis: Ust. Hairul Fazli bin Mohamad Som

4

Page 5: Template Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan Jenazah

XI. Kewangan

Pendapatan RMPeruntukan Persatuan Penduduk Desa Bestari 500Penajaan 2,500Yuran peserta: 100 orang peserta berbayar x RM10 1,000Jumlah 4,000

Perbelanjaan RM

Set urus jenazah RM300 x 4 set 1,200Modul/buku RM5 x 100 500Fotokopi flyers RM0.50 x 130 (kertas A4 akan di bahagi 2) 65Banner 50Makanan & minuman:Minum pagi RM3 x 100Makan tengahari RM6 x100Minum petang RM2 x 100

300600200

Fail/beg termasuk buku nota & pen RM5 x 100 500Sijil RM2 x 120 240Saguhati penceramah & fasilitator RM200 + RM100 300Kontijensi 45Jumlah 4,000

XIV. PenutupDiharapkan program ini akan mendapat kerjasama semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi mencapai objektif yang telah digariskan.

Disediakan oleh,Dr. Hasanah binti Abd. KhafidzTimbalan Pengarah Program

5

Page 6: Template Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan Jenazah

LAMPIRAN 1 : Senarai semak tugas

Jawatan Tugas Sebelum Hari Program Tugas Pada Hari Program Tugas Selepas Hari Program

Pengarah & Penasihat

o Perkemas kertas cadangano Dapatkan penajaano Pastikan semua

jawatankuasa sentiasa bekerjasama

o Memantau kelicinan program

o Pengacara lantai

o Semak laporan setiausaha & bendahari

o Lapor kepada persatuan

Timbalan Pengarah

o Perkemas kertas cadangano Dapatkan penajaano Pastikan semua

jawatankuasa sentiasa bekerjasama

o Memantau kelicinan program

o Sediakan sijil penghargaan untuk AJK

Setiausaha o Keluarkan surat lantikan jawatankuasa yang di tandatangani oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Bestari & Pengerusi Surau

o Keluarkan surat jemputan untuk penceramah

o Memantau kelicinan program

o Sediakan tentatif program & tampal di surau

o

o Tulis laporan program

Penolong Setiausaha

o Membantu setiausaha jika diperlukan

o Sediakan sijil penyertaan untuk peserta (rujuk AJK pendaftaran)

o

Bendahari o Sediakan buku resito Menerima yuran

pendaftaran peserta yang mahu mendaftar awal.

o Menerima bayaran yurano Keluarkan resit

bernombor siri bagi setiap bayaran yang diterima

o Tulis laporan kewangan

AJK Pendaftaran

o Bersedia untuk menerima pendaftaran & memberi penjelasan kepada bakal peserta atau peserta tentang cara mendaftar dsb.

o Siapkan fail/beg untuk hari pendaftaran (kandungan fail/beg: garis panduan, modul/buku, buku nota & pen)

o Sediakan senarai peserta yang sudah mendaftar dan juga borang kosong bagi yang baru mahu mendaftar

o Mohon peserta lengkapkan maklumat asas & tandatangan.

o Agihkan fail/beg kepada peserta

o

AJK Promosi o Drafkan bahan promosi (banner & flyers)

o Uruskan cetak banner & xerox flyer (tapi flyer masih awal lagi)

o Uruskan gantung banner (minta bantuan AJK lelaki)

o Uruskan edaran flyer kepada setiap wakil jalan

o Membantu AJK Pendaftaran

o

6

Page 7: Template Kertas Cadangan Bengkel Pengurusan Jenazah

untuk diagih kepada semua rumah

AJK Makanan

o Dapatkan quotation atau cadangan pembekal makanan yang ok dengan harga yang ok

o Dapatkan bantuan AJK lelaki untuk sediakan minuman dalam tong air untuk sepanjang bengkel

o Dapatkan beberapa orang untuk membantu (lantik sebagai AJK makanan)

o Sediakan plastik sampah

o Uruskan kawasan makan & minum

o Uruskan edaran makanan & minum

o Memastikan bekalan air minum ada sepanjang program

Nota:Semua AJK diminta membantu AJK makanan memastikan kebersihan surau dan persekitarannya selepas program.

o

AJK Logistik & Siaraya

o Perlu maklumkan kepada pengerusi surau untuk block tarikh untuk program

o Tempah / dapatkan peralatan siaraya yang diperlukan daripada pihak surau dsb: laptop, projector, skrin, microphone & speaker (chaio)

o Pastikan peralatan siaraya boleh digunakan dengan baik pada hari kejadian (bekerjama dengan AJK surau lelaki berkaitan siaraya)

o Pastikan tempat ok sebelum, semasa & selepas program tamat

o

AJK Modul o Sediakan garis panduan pakaian syar’ie

o Sediakan modul/buku panduan pengurusan jenazah (jika tidak dapat penajaan dalam bentuk buku)

o Serahkan garis panduan & modul kepada AJK pendaftaran untuk dimasukkan ke dalam fail/beg

o Penceramah /fasilitator. Membangu penceramah semasa sesi amali

o

7