jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/purpleforce11.pdf · tema yang telah...

64

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation
Page 2: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation
Page 3: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

3

j o i n t f o r c e . m i l . m y

ISITAJUK

MUKA SURAT

Multination Counter Terrorism Exercise 2015 4

Penubuhan Dan Penghantaran Tim Pemantau Antarabangsa – Mindanao 10 (TPA-M10)

7

Sambutan Kepulangan Dan Pembubaran Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao 9 (TPA-M9)

10

Eks Bersama Warrior 2015 (Eks BW 15) 12

Eksesais Cobra Gold 2015 16

Eksesais MALFRAN 2015 18

Asean Regional Forum Disaster Relief Exercise 2015 (ARF DiREx 2015)

23

Eksesais Inter-Service Joint Combined Exchange Training (IJCET) 2015

28

MNCTX 2015 32

Pangkalan Laut / Sea Basing 34

Berita MALBATT 850-2 36-40

Berita IMT Mindanao 41-44

Ruangan Agama - Bahaya Dan Ancaman Militan: Isu Islamic State (IS)

45-49

Ruangan Kesihatan - LASIK 50-51

Diari MK AB dan ATB 2 (Januari - Jun 2015) 52-61

Latihan Menyelam Lanjutan Joint Scuba Diving Club (JSDC) Markas Angkatan Bersama - Teras Bersama 4

62

Ruangan Celik IT - VoIP 63

KANDUNGAN

Page 4: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

4

P U R P L E F O R C E 1 1

Langkawi, 20 Mac 15 - Majlis Pembukaan Eksesais Melawan Keganasan Pelbagai Negara atau Multination Counter Terrorism Exercise (MNCTX) 2015 telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Zahid Hamidi, pada 16 Mac 2015 bertempat di Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (LISRAM), Langkawi. Eksesais yang pertama kali diadakan ini melibatkan semua 10 negara-negara ASEAN dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

MNCTX adalah merupakan satu latihan gabungan bersama yang dianjurkan bersama oleh ATM dan PDRM. Eksesais ini telah diilhamkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia melalui perkongsian Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) serta telah mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Latihan gabungan bersama di antara Pasukan Khas Tentera dan Polis Negara ASEAN dilaksanakan mulai dari 13 hingga 20 Mac 15 semasa berlangsungnya Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition 2015 (LIMA’15). Eksesais ini juga mendapat kerjasama dan melibatkan pelbagai agensi kerajaan yang membantu

MULTINATION COUNTER TERRORISM EXERCISE 2015Penulis: Mej Norisman bin Idris TUDM (Mk AB – J3 Op Khas)Foto : Hal Ehwal Awam

pelaksanaan seperti Akademi Koreksional Langkawi, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Majlis Perbandaran Langkawi.

Menteri Dalam Negeri bergambar beramai-ramai bersama peserta eksesais

Menteri Dalam Negeri bersalaman dengan peserta eksesais

FOKUS

Page 5: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

5

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Latihan menyelamatkan tebusan dalam kenderaan.

Demonstrasi oleh pasukan khas semasa Majlis Pembukaan eksesais

Page 6: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

6

P U R P L E F O R C E 1 1

Eksesais selama 7 hari ini melibatkan seramai 173 peserta dari dalam dan luar negara. Peserta MNCTX dalam negara terdiri daripada Pasukan Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pasukan Khas Udara (PASKAU). Manakala Polis Diraja Malaysia diwakili oleh Pasukan Komando VAT 69 dan Unit Tindakan Khas (UTK) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia diwakili oleh Pasukan Tindakan dan Penyelamat Maritim.

Eksesais ini diadakan untuk meningkatkan keupayaan saling khidmat ketenteraan di antara negara2 ASEAN

dan UAE khususnya ketika berlaku krisis yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan kepentingan negara. Eksesais ini juga diadakan untuk mengukuhkan hubungan ketenteraan, menggalakkan kerjasama dan mendorong pertukaran maklumat di antara tentera dan polis negara-negara ASEAN serta UAE. Eksesais ini merupakan platform yang sesuai bagi Malaysia dan negara-negara ASEAN serta UAE dalam merancang dan mewujudkan pelan tindakan dalam menangani ancaman keganasan.

Menteri Pertahanan bergambar bersama peserta-peserta Eksesais.

PAT berkata sesuatu kepada peserta dari UAE

Page 7: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

7

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Cotabato, 14 Mac 2015 - Kumpulan Induk telah berlepas ke Mindanao, Filipina pada 13 Mac 2015, dengan menggunakan pesawat Hercules C-130 TUDM. Pergerakan Kumpulan Induk ini diketuai oleh Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Khairuddin bin Mohd Arif TLDM selaku Timbalan Ketua Misi TPA-M10 dengan melibatkan 6 pegawai dan satu anggota LLP ATM serta 2 pegawai PDRM.

Majlis Penghantaran Tim Pemantau Antarabangsa – Mindanao 10 (TPA – M10) atau International Monitoring Team – Mindanao 10 (IMT – M10) disempurnakan oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, pada 3 Mac 2014 bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit, Kuala Lumpur.

Penghantaran TPA - M10 adalah kesinambungan dalam memenuhi hasrat Kerajaan Filipina dan juga persetujuan Kerajaan Malaysia untuk menghantar tim pemantau bagi tempoh dua belas bulan. TPA – M10 yang diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Sheikh Mokhsin bin Sheikh Hassan selaku Ketua Misi meneruskan misi menggantikan TPA – M9 yang telah bertugas selama 12 bulan mulai 14 Mac 2014 hingga 13 Mac 2015. Pergerakan TPA – M10 telah dilaksanakan dalam 2 kumpulan. Kumpulan pertama iaitu Kumpulan Pendahuluan yang diketuai oleh Ketua Misi bersama dengan 4 orang pegawai berlepas ke Mindanao pada 3 Mac 2015 dengan pesawat komersil bagi proses mengambil alih tugas.

PENUBUHAN DAN PENGHANTARAN TIM PEMANTAU ANTARABANGSA – MINDANAO 10 (TPA- M10)Penulis : Mej Babudass a/l Maniam Naidu TUDM (Mk AB – J3 Op Global)Foto : Hal Ehwal Awam

Anggota Misi bersalaman dengan ahli keluarga sebelum berangkat menaiki pesawat

FOKUS

PAT dan Pegawai-pegawai Kanan bergambar bersama anggota Misi TPA-M10

Page 8: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

8

P U R P L E F O R C E 1 1

Bagi pecahan mengikut perkhidmatan terdiri daripada 5 pegawai dan anggota daripada TDM, 3 pegawai daripada TLDM, 3 pegawai daripada TUDM, 2 pegawai daripada PDRM dan 3 kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri.

Malaysia mengekalkan jumlah penglibatan seramai 16 orang yang telah dicapai semasa rundingan yang berlangsung pada 29 Januari 2015 di antara Ketua Misi TPA-M9 dan Office of the Presidential Adviser on the Peace Process (OPAPP) iaitu seramai 36 anggota tim pemantau dengan Malaysia komposisi utama. Tim ini yang juga melibatkan pegawai-pegawai dari Brunei, Indonesia, Jepun dan Norway.

Malaysia 16 orang

Brunei 7 orang

Indonesia 9 orang

Jepun 2 orang

Norway 2 orang

JUMLAH 36 orang

Pengarah J3 - Op Global mengucapkan selamat tinggal kepada Timbalan Ketua Misi

Anggota kedua-dua misi dalam perbarisan serah terima tugas

Page 9: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

9

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Majlis Serah Terima Tugas di antara TPA-M9 dan TPA-M10 telah dilaksanakan pada 14 Mac 2015 di Ibu Pejabat Tim Pemantau Antarabangsa M indanao d i Cotabato di antara Ketua Misi TPA-M9, Mejar Jeneral Dato’ Abd Samad bin Haji Yaacub dan Ketua Misi TPA-M10, Mejar Jeneral Dato’ Sheikh Mokhsin bin Sheikh Hassan. Proses serah terima tugas tersebut telah dihadiri oleh wakil Coordinating Cimmittee of the Cessation of Hostilities (CCCH) dari kerajaan Filipina dan MILF, Pengerusi Ad-Hoc Joint Action Group (AHJAG), Brig Gen Monolito Orense dan OPAPP.

Upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Misi

Pertukaran Sijil Serah Terima Tugas antara Ketua Misi TPA-M9 dan Ketua Misi TPA-M10

Penyerahan bendera misi oleh Ketua Misi TPA-M9 kepada Ketua Misi TPA-M10

Page 10: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

10

P U R P L E F O R C E 1 1

Subang, 14 Mac 2015 - Majlis Sambutan Kepulangan dan Pembubaran Tim Pemantau Antarabangsa – Mindanao 9 (TPA–M9) telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM pada 14 Mac 2015 bertempat di Balai Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.

Kepulangan TPA–M9 diketuai oleh Ketua Misi TPA–M9, Mejar Jeneral Dato’ Abd Samad bin Haji Yaacub melibatkan seramai 16 orang terdiri dari 10 pegawai dan seorang anggota dari ATM, 2 pegawai PDRM dan 3 pegawai Awam yang telah melaksanakan misi TPA–M9 selama 12 bulan mulai 14 Mac 2014 hingga 13 Mac 2015. Sepanjang melaksanakan misi, TPA-M9 ini ditempatkan di lokasi seperti Cotabato City, Iligan City, Zamboanga City dan General Santos City.

SAMBUTAN KEPULANGAN DAN PEMBUBARAN TIM PEMANTAU ANTARABANGSA-MINDANAO 9 (TPA- M9)

Penulis : Mej Mohammad Shaharil Nizzam bin Basiron TUDM (Mk AB – HEA)Foto : Hal Ehwal Awam

PAB menyambut ketibaan anggota Misi TPA - M9 di pintu pesawat C130 TUDM

Kepulangan anggota Misi disambut oleh ahli keluarga

FOKUS

Page 11: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

11

j o i n t f o r c e . m i l . m y

TPA – M9 dianggotai seramai 36 orang yang terdiri dari pegawai-pegawai dari Malaysia (16), Brunei Darussalam (7), Indonesia (9), Jepun (2) dan Norway (2). Manakala bagi komposisi Malaysia adalah terdiri dari 16 anggota iaitu 6 anggota Tentera Darat (5 pegawai dan 1 LLP), 3 pegawai TLDM dan 3 pegawai TUDM serta 3 pegawai dari PDRM. Tim ini turut disertai oleh 3 pegawai dari Perkhidmatan Awam.

Ucapan dan pembubaran oleh Panglima Angkatan Bersama

Anggota Misi TPA - M9 bersalaman dengan wakil-wakil perkhidmatan sebaik turun dari pesawat di PU Subang

Page 12: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

12

P U R P L E F O R C E 1 1

Kuala Lumpur, 30 Jan 2015 - Eksesais BERSAMA WARRIOR 2015 (Eks BW 15) telah diadakan pada 19-30 Jan 2015 di Pusat Peperangan Bersama (PESAMA). Eksesais adalah merupakan eks gabungan bersama dua hala ATM dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat (ATAS) yang pertama dengan tumpuan perancangan di peringkat operational. Eks ini akan dilaksanakan dalam kitaran 3 tahun dengan kitaran pertama bermula dari 2015 sehingga 2017. Tujuan utama JEM adalah untuk melatih dan mendedahkan staf Mk AB di dalam aspek operasi bersama.

Eks BW 15 tertumpu kepada kesinambungan konsep yang bermula dari Staff Exercise (STAFFEX), Command Post Exercise (CPX) dan diakhiri dengan Field Training Exercise (FTX). Konsep ini akan melengkapkan satu kitaran iaitu selama tiga tahun. Kaedah konsep ini berupaya menstrukturkan output menerusi penghasilan Course of Actions (COA) sewaktu STAFFEX dan selanjutnya akan disimulasikan semasa CPX serta direalisasikan semasa FTX. ATM akan mengetuai perancangan dan pelaksanaan operasi manakala Amerika Syarikat akan berperanan sebagai membantu (supporting role) menerusi penubuhan Combined Task Force (CTF).

EKS BERSAMA WARRIOR 2015 (EKS BW 15)Penulis : Mej Mahdzer bin Maidin TUDM (Mk AB – J7)Foto : Hal Ehwal Awam

Pemangku KS Mk AB bergambar bersama peserta eksesais

Ucapan Penutup Eksesais oleh Pemangku Ketua Staf Mk AB

OPERASI & LATIHAN

Page 13: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

13

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation Operation (NEO) dengan senario eks menggunakan landskap geografi, politik dan sosial benua rekaan (fictitious) Pacifica.

Objektif Eks BW 15 adalah untuk menyediakan COA yang akan digunakan semasa CPX BW 16 oleh Staf Perancang Joint Task Force ATM dan ATAS dengan berpandukan kepada Multinational Force Standing

Pembentangan COA kepada Pengarah Eksesais

Page 14: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

14

P U R P L E F O R C E 1 1

Operating Procedures (MNF SOP). Seterusnya eksesais ini dapat meningkatkan keupayaan saling khidmat dan kefahaman perbezaan prosedur operasi kedua-dua Angkatan Tentera dan juga meningkatkan keupayaan ATM yang berperanan mengetuai perancangan dan pelaksanaan operasi bersama menerusi kehadiran ATAS bagi membantu (supporting role) di dalam Small Scale Contingencies. Objektif terakhir adalah untuk meningkatkan kerjasama, saling khidmat dan hubungan ketenteraan bagi mencapai kesepakatan di dalam menangani isu-isu keselamatan di serantau dan antarabangsa.

Eksesais terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa Persiapan dan STAFFEX Gabungan Bersama. Fasa Persiapan dilaksanakan dari 19 hingga 21 Jan 2015. Fasa ini adalah untuk mendedahkan peserta ATM kepada perkara-perkara yang bakal dilaksanakan semasa Eks BW 15. Dalam fasa ini peserta ATM dibahagikan kepada 2 kumpulan serta diberi taklimat berkenaan Eks BW 15, dan pendedahan kepada Military Appreciation Process (MAP) yang terdapat dalam MNF SOP.

Peserta eksesais semasa latihan STAFFEX

Page 15: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

15

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Manakala fasa STAFFEX Gabungan Bersama telah dilaksanakan mulai 22 hingga 30 Jan 2015. Fasa ini merupakan proses gabungan ATM dan ATAS yang terlibat dalam STAFFEX dan dibahagikan kepada dua kumpulan Operations Planning Team (OPT) bagi melaksanakan proses MNF SOP sehingga peringkat penghasilan COA.

Acara pembukaan telah disempurnakan oleh Pemangku KS Mk AB – Mej Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM pada 22 Jan 2015 dan dihadiri oleh Deputy Commander of US Marine Corps Forces Pacific – Brig Gen C.J. Mahoney. Acara penutup juga telah disempurnakan oleh Pemangku KS Mk AB pada 30 Jan 2015 dan dihadiri oleh Deputy Ex BW 15 Director – Col Ronald Braney.

Pembentangan COA kepada Pengarah Eksesais

Penyampaian ulasan oleh Pengarah Eksesais dan Timbalan Pengarah Eksesais

Page 16: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

16

P U R P L E F O R C E 1 1

Nakhon Nayok, Thailand, 22 Feb 2015 - Eksesais COBRA GOLD 2015 (Eks CG 15) telah diadakan mulai 19 Jan 2015 hingga 22 Feb 15 di Thailand. EKS CG 2015 diterajui oleh Royal Thai Armed Forces (RTARF) dan United States Pacific Command (USPACOM). Ini merupakan eksesais tahunan yang menggabungkan 7 negara iaitu Thailand, Amerika Syarikat, Jepun, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Korea Selatan. Eks pada tahun ini mengadaptasikan senario Counter Piracy/Maritime Security (CP/CM) dan beroperasi di bawah Resolusi Majlis Keselamatan PBB dengan mewujudkan Multi-national Force HQ (MNF HQ). EKS CG15 dilaksanakan dalam bentuk Staff Exercise (STAFFEX), Field Training Exercise (FTX) dan Humanitarian Civic Assistance (HCA). Pada dasarnya tema EKS CG 15 adalah berkonsepkan Counter Piracy/Maritime Security Mission (CP/MS).

Upacara Pembukaan telah diadakan pada 9 Feb 2015 di Armed Forces Academies Preparatory School, Nakhon Nayok. Upacara dihadiri oleh wakil Suruhanjaya Malaysia di Bangkok Encik Mohamad Nizam bin Mohamed, Pembantu Penasihat Pertahanan, Mej Syed Jamaludin bin Syed Mohamed TUDM dan peserta STAFFEX. Kontinjen Malaysia telah diketuai oleh Kept Roslee bin Mohamad Isa RMN, KS MAWILLA 3.

EKSESAIS COBRA GOLD 2015Penulis/Foto : Lt Kol Salawati binti Yahaya (Mk AB – HEA)

Aktiviti-aktiviti eksesais yang diadakan adalah seperti berikut:

• Eksesais STAFFEX telah dilaksanakan di Armed Forces Academies Preparatory School, Nakhon Nayok pada 19 Jan 2015 hingga 20 Feb 2015.

• Senior Leadership Seminar (SLS) di Chulachomklao Royal MIlitary Academy (CRMA), Nakhon Nayok pada 9 Feb 2015

• Engineering Civic Action Program (ENCAP) dan Medical Civic Action Program (MEDCAP) di Ban Nhong-Plong School, Khock Samrong Province, Lopburi pada 16 hingga 20 Feb 2015.

• Medical Symposium (MEDSYMP) di Lopburi Inn, Lopburi pada 16 hingga 18 Feb 2015.

• Non Combatant Evacuation Program (NEO) di UTAPAO Naval Air Base, Sattahip pada 10 hingga 17 Feb 2015.

• Counter Piracy (CP) di Naval Special Warfare Command Headquarters (NSWC HQ), Sattahip pada 10 hingga 17 Feb 2015.

16

Wakil-wakil negara yang mengambil bahagian bergambar beramai-ramai semasa upacara pembukaan.

OPERASI & LATIHAN

Page 17: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

17

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Objektif Eks CG 15 yang disasarkan adalah seperti berikut:

• Berlatih sebagai satu angkatan pelbagai negara (Multinational Force - MNF)

• Menambah baik saling khidmat Bersama (Joint) dan Gabungan (combined).

• Memperbaik i dan mengekalkan hubungan ketenteraan di kalangan tentera negara Thailand, Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Indonesia, Korea Selatan dan Malaysia.

• Memantapkan keselamatan serantau dengan memperlihatkan angkatan pelbagai negara yang robust dalam perkongsian matlamat serta komitmen terhadap rantau yang aman tetapi kekal sebagai angkatan yang agile dan sedia untuk menghadapi sebarang situasi.

• Memantapkan keupayaan bersama (Joint) di peringkat operasional serta saling khidmat di peringkat taktikal.

• Melibatkan negara-negara yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti penting Eksesais (STAFFEX/FTX/HCA) tertakluk kepada limitasi negara peserta.

• Melatih pegawai dan anggota dalam Operasi Gabungan MNF.

Secara amnya, pada tahun ini jumlah pegawai dan anggota yang menyertai eks ini merupakan kontinjen terbesar yang pernah dihantar berbanding penglibatan tahun-tahun sebelumnya kerana pada tahun ini ATM menghantar peserta eks yang dibiayai oleh USPACOM (STAFFEX, ENCAP dan MEDSYMP) dan pembiayaan ATM (MEDCAP, NEO dan CP). Jumlah pegawai dan anggota yang menyertai eks ini adalah seramai 50 orang.

Manfaat yang dicapai melalui eksesais ini adalah:

• Memberikan peluang kepada pasukan ATM terlibat di peringkat strategik bagi menentukan kestabilan dan keselamatan rantau Asia Tenggara.

• Memberi pendedahan kepada peserta ATM merancang mengikut Multi-National Force Standard Operating Procedure (MNF-SOP) menggunakan kaedah Military Decision Making Process – Multinational (MDMP-M).

• Memberi pendedahan kepada peserta ATM merancang di peringkat strategik-operasi (bersama dan gabungan) pelbagai negara.

• Memberi pendedahan kepada peserta ATM pelaksanaan di peringkat taktikal-operasi (bersama dan gabungan) pelbagai negara.

Upacara Penutup telah diadakan pada 20 Feb 15 di Army Tactical Training Centre, Lop Buri dan dihadiri oleh Panglima Angkatan Bersama.

17

Peserta Eksesais bergambar beramai-ramai

Page 18: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

18

P U R P L E F O R C E 1 1

Mersing, 23 Apr 15 - Eksesais MALFRAN 2015 merupakan eksesais latihan bersama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan France Armed Forces (FAF) yang telah diadakan pada 19 Apr 15 hingga 23 Apr 15. Ianya bermula dengan aktiviti latihan di atas Kapal FNS Dixmude Tentera Laut Perancis yang memulakan perlayaran dari Jeti Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Pelayaran berakhir di perairan Mersing dan disusuli dengan aktiviti-aktiviti Engineering Civic Action Program (ENCAP) dan Medical Civic Action Program (MEDCAP) serta tamat dengan Majlis Penutup Eks di Kg Simpang Penyabong, Endau, Mersing, Johor.

Eksesais melibatkan beberapa fasa latihan iaitu Table Top Exercise (TTX) bagi perancangan HADR, Force Integration Training (FIT) melibatkan komponen darat dan udara. Manakala Field Training Exercise (FTX) melibatkan aktiviti-aktiviti ENCAP dan MEDCAP. Seramai 115 anggota ketiga-tiga perkhidmatan ATM dan 50 anggota FAF mengambil bahagian di dalam eks ini.

Antara objektif Eksesais TTX MALFRAN 2015 adalah untuk mewujudkan perhubungan kerjasama ketenteraan yang baik di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Tentera Perancis di samping bertukar pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam aspek Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR). Eksesais ini juga dapat meningkatkan kemahiran tahap profesionalisma dalam perancangan bersama operasi HADR di mana peserta dapat bertukar pandangan dan idea, khusus dalam Subject-Matter Expert (SME) HADR antara ATM/FAF serta mendedahkan pegawai ATM

EKSESAIS MALFRAN 2015Penulis : Mej Mohammad Shaharil Nizzam bin Basiron TUDMFoto : Hal Ehwal Awam

18

Perbarisan Perasmian Eksesais di atas dek kapal FNS Dixmude

OPERASI & LATIHAN

Page 19: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

19

j o i n t f o r c e . m i l . m y

terhadap Multi-National Force Standing Operating Procedure (MNF SOP). Hasil pemerhatian dari eksesais ini akan digunakan bagi tujuan penambahbaikan doktrin dan prosedur untuk dijadikan sebagai rujukan eksesais akan datang serta menghadapi operasi sebenar HADR.

Senario eksesais telah berkisar perkembangan taufan yang melanda Semenanjung Malaysia m e n g a k i b a t k a n p e l b a g a i kemusnahan di seluruh negara. Keadaan bencana yang serius menyebabkan banj i r besar, tanah runtuh, kerosakan infra memerlukan bantuan ketenteraan negara asing (foreign military support). Bantuan dari FAF melibatkan FNS Dixmude yang ditugaskan untuk membantu khususnya di kawasan Mersing.

Peserta TTX, FIT (Komponen TD dan Udara), Perubatan,

Taklimat penerbangan di Bilik Rancang Penerbangan kapal FNS Dixmude

FIT oleh Tim Force Protection bersama anggota Marin FAF

Latihan menembak di atas dek menggunakan senjata FAMAS

Page 20: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

20

P U R P L E F O R C E 1 1

Komunikasi dan HEA menaiki EDA-R (Engin de Débarquement Amphibie, Rapide) ke FNS Dixmude dari Jeti KD Sultan Idris Shah Pusat Hidro Nasional pada pagi 20 Apr 15. Majlis perbarisan pembukaan eksesais telah diadakan pada 20 Apr 15 jam 1400 Ianya telah disempurnakan oleh Komander FNS Dixmude Capt (N) Pierre Briancon dan dihadiri oleh Pengarah Eksesais, Kol Hj Mohamed Nazri bin Dashah TUDM. Semua peserta Eks ATM hadir bersama-sama dengan 350 Peserta FAF dan anak kapal.

Aktiviti TTX melibatkan 14 Pegawai berpangkat Kol/Lt Kol/Mej dan setaraf dari MK ATM, MK AB dan ketiga-tiga perkhidmatan ATM yang mengandungi syarahan berhubung tatacara mengendali HADR berdasarkan pengalaman kedua-dua buah negara yang disampaikan oleh Pegawai ATM/FAF diikuti

Taklimat penerbangan di Bilik Rancang Penerbangan kapal FNS Dixmude

Syarahan berhubung pengendalian HADR Syarahan tentang Joint / Combined Planning Process

FIT oleh Force Protection Team bersama anggota Marin FAFPerancangan Bersama untuk Operasi HADR

Page 21: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

21

j o i n t f o r c e . m i l . m y

perancangan Bersama/Bergabung (Joint/Combine Planning) bagi misi HADR.

Aktiviti Komponen Darat melibatkan 1x Pegawai dan 19 x LLP daripada 10 RAMD yang melaksanakan Force Integration Training (FIT) dan tugas keselamatan. Di antara aktiviti utama yang dilaksanakan adalah latihan kecergasan jasmani bersama ATM/FAF. Latihan menembak senjata persendirian FAMAS/M4. Ianya juga merangkumi syarahan dan demonstrasi yang berkaitan dengan peranan dan fungsi Force Protection Team (FPT).

Aktiviti Komponen Udara. Ianya melibatkan 7 x Pegawai dan 20 x LLP daripada No. 10 Skn PU Kuantan dengan penglibatan sebuah pesawat EC725. Latihan yang dilaksanakan merangkumi Ship ops familiarization, Deck landing endorsement, Circuit landing and ship rejoint training (day/night.), Role training (fast roping & sea rescue training, formation flying with FAF Helo), Tactical insertion dan Helicopter disembarkation.

Aktiviti ENCAP. Penglibatan dari anggota dari 1x Pegawai dan 9x LLP daripada Rej 22 yang telah melaksanakan kerja-kerja membaiki bumbung , mengecat semula bangunan, membaiki lantai simen dan mengganti siling yang rosak

Aktiviti sukan futsal oleh Force Protection Team ATM dan FAF di Gelanggang Futsal Kg Simpang Penyabong

Force Protection Team membuat pertahanan keliling semasa pendaratan pesawat di Kg Simpang Penyabong

Page 22: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

22

P U R P L E F O R C E 1 1

di Balai Raya Kampung Simpang Penyabong, Mersing, Johor.

Aktiviti MEDCAP. Penglibatan 7x Peg dan 9 x LLP daripada MK AB, IPP Subang, 2 Bn Ubat dan PGAT Kluang telah melaksanakan aktiviti-aktiviti MEDCAP di Balai Raya Kampung Simpang Penyabong, Mersing, Johor yang merangkumi pameran kesihatan dan rawatan perubatan, pemeriksaan dan rawatan pergigian, Ceramah kesihatan dan pergigian.

Majl is Penutup Eksesais telah diadakan pada 23 April 2014 jam 2.30 petang. Majlis Penutup Eksesais telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mej Jen Dato’ Kamalruzaman bin

Mohd Othman TUDM dan turut dihadiri oleh Kapten Kapal, Capt Pierre de Briancon. Antara Pegawai Kanan yang hadir pada majlis tersebut adalah AKS J7 Mk AB, Laksamana Pertama Datuk Khairul Anuar bin Yahya, Atase Pertahanan Perancis, Capt Pierre Mesnier dan Pengarah Eksesais, Kol Hj Mohamed Nazri bin Dashah TUDM. Majlis turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah Mersing, Penghulu Mukim Endau dan Ketua Kampung Simpang Penyabong.

Pemeriksaan perubatan kepada penduduk kampung semasa aktiviti MEDCAP di Balai Raya Kg Simpang PenyabongAktiviti ENCAP

Page 23: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

23

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Alor Setar, 28 Mei 15 - ASEAN Regional Forum Disaster Relief Exercise 2015 (ARF DiREx 2015) telah berlangsung mulai 24 hingga 28 Mei 15 di Tasik Timah Tasoh dan Chuping, Perlis dan Perairan Kuala Kedah, Kedah. Sebanyak 20 buah negara peserta ARF dan 9 buah pertubuhan antarabangsa telah mengambil bahagian di dalam eksesais ini. Eksesais ini telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 25 Mei 15 di Hotel Tabung Haji, Alor Setar, Kedah. Manakala, Majlis Pelancaran Eks disempurnakan oleh KDYMM Raja Perlis pada 26 Mei 15 bertempat di Tasik Timah Tasoh, Kangar, Perlis. Majlis Penutup, disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 28 Mei 15 di Hotel Tabung Haji, Alor Setar, Kedah.

ASEAN Regional Forum (ARF) Disaster Relief Exercise 2015 (DiREx 15) dikenali sebagai ARF DiREx 15 merupakan salah satu aktiviti di bawah rangka kerja ARF yang diadakan sekali setiap dua tahun bermula pada tahun 2009 dan dianjurkan secara bersama oleh Negara-Negara Peserta ARF. Setakat ini ARF DiREx telah pun diadakan sebanyak tiga (3) kali. ARF DiREx yang pertama dianjurkan bersama oleh Filipina dan Amerika Syarikat di Luzon, Filipina dari 4 hingga 8 Mei 2009, diikuti Indonesia dan Jepun diadakan di kepulauan Manado, Indonesia dari 15 hingga 19 Mac 2011 dan terakhir Thailand dan Republik Korea Selatan diadakan di Cha-am, Thailand dari 7 hingga 11 Mei 2013.

ASEAN REGIONAL FORUM DISASTER RELIEF EXERCISE 2015 (ARF DiREX 2015)

Penulis : Mej Ros Fazilah binti Jamaluddin TUDM (Mk AB – J5)Foto : Hal Ehwal Awam

Anggota 6 Skn Jurutera sedang memasang jambatan jet float di lokasi Mass / Flood Evacuation

OPERASI & LATIHAN

Majlis Perasmian Eksesais oleh YAB Timbalan Perdana Menteri

Majlis Pelancaran Eksesais oleh KDYMM Raja Perlis

Page 24: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

24

P U R P L E F O R C E 1 1

Sempena ke Pengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2015, Malaysia dan Republik Rakyat China (PRC) telah bersetuju menganjurkan secara bersama ARF DiREX 15 mulai 24 hingga 28 Mei 2015 di sekitar negeri Perlis dan Kedah. Di pihak Malaysia, Kementerian Luar Negara (KLN) dan Majlis Keselamatan Negera (MKN) adalah sebagai peneraju utama terhadap pelaksanaan ARF DiREx 15 dan dibantu oleh lain-lain agensi kerajaan yang terlibat secara langsung di dalam pengurusan bencana negara.

Objektif ARF DiREx 15 adalah untuk meningkatkan keupayaan kerjasama awam-tentera dalam aspek penyelarasan, keberkesananan dan kecekapan untuk bertindak balas terhadap bencana berskala besar khususnya di kalangan negara-negara peserta ARF DiREx 15. Eksesais ini juga membolehkan pengujian mekanisme pengurusan bencana sedia ada di peringkat ASEAN dan mengenal pasti isu-isu berkaitan dengan penyelarasan awam dan tentera dalam penghantaran bantuan kemanusiaan di peringkat strategik dan operasi melalui TTX serta peringkat taktikal melalui FTX.

Senario eksesais adalah simulasi situasi di mana Malaysia dilanda bencana banjir besar dan kemusnahan akibat dari taufan yang diberi nama “INDERA”. Malaysia tidak berkemampuan menangani bencana secara bersendirian walaupun telah berusaha menangani mengikut mekanisme sedia ada (Direktif MKN No 20). Ekoran daripada situasi itu, Malaysia telah memohon bantuan dari negara-negara ASEAN melalui AHA Centre, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara bersekutu dan komuniti antarabangsa.

24

Penghantaran bantuan makanan menggunakan pesawat Nuri TUDM kepada mangsa di lokasi Mass / Flood Evacuation

Aktiviti-aktiviti di lokasi latihan Mass / Flood Evacuation

Page 25: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

25

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Pelaksanaan ARF DiREx 2015 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Table Top Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX). TTX bertujuan untuk menguji prosedur di peringkat nasional antara Affected State, Assisting States, UN, International Humanitarian Organisation (IHO), ASEAN Humanitarian Assistance Centre (AHA Centre)dan MKN di dalam pengurusan bencana dan tindak balas kecemasan. TTX telah dilaksanakan di Hotel Grand Alora, Alor Setar pada 25 dan 26 Mei 15. Peserta TTX terdiri dari peserta yang mempunyai pengetahuan di dalam pengurusan bencana sama ada di dalam dan di luar negara masing-masing serta di peringkat antarabangsa. TTX telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Academic and Expert Session Program dan Perbincangan kepada tindakan/respon. Academic and Expert Session Program adalah sesi berbentuk syarahan melibatkan tajuk-tajuk berikut:

(1) Malaysia’s Framework for Disaster Management and Emergency Response (NSC Directive No 20) by NSC.

(2) China’s Experiences in Managing Disaster by Representative of PRC.

(3) Overview of ASEAN Mechanism for Disaster Management and Emergency Response by ASEAN/AHA Centre.

(4) The Role Humanitarian Community in International Disaster Relief Operation by UNOCHA.

(5) Key Definitions, Core Responsibilities, Regional and International Support, Initiation, and Other Key Legal Matters by IFRC.

Manakala Perbincangan kepada tindakan/respons (move) terbahagi kepada tiga perbincangan iaitu:

(1) Move 1 – National Initial Response and Incident Notification.

(2) Move 2 – External (Regional and International) Response and Relief Operations.

(3) Move 3 – Recovery and Demobilization.

FTX pula bertujuan untuk menguji rancangan dan pelaksanaan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) Operations diperingkat Operasi dan Taktikal. Berdasarkan kepada senario yang diwujudkan, aktiviti FTX yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

a. Tanah runtuh dan bangunan runtuh di Tasoh Lake Resort, Perlis.

b. Mass/Flood Evacuation atau memindah mangsa banjir di Tasik Tasoh, Perlis melibatkan aktiviti-aktiviti:

(1) Pembinaan Jambatan.

(2) Mencari dan Menyelamat (SAR).

(3) Penghantaran bekalan logistik.

(4) MEDEVAC.

(5) Penubuhan Hospital Hadapan.

Taklimat oleh Pengarah Eksesais di Multi Nation Coordination Centre, Alor Setar

Latihan Menyelamat mangsa kebocoran gas

Taklimat Operasi Chemical Leakage,

Pemandangan di Pusat Operasi Kecemasan

Aktiviti-aktiviti di lokasi latihan Mass / Flood Evacuation

Page 26: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

26

P U R P L E F O R C E 1 1

c. Penubuhan Pusat Pemindahan Mangsa di Tasoh Lake Resort, Perlis.

d. Kebocoran Gas Kimia di Kilang Gula Felda Chuping, Perlis.

e. Kema langan Ja lanraya yang melibatkan bahan kimia di Ladang Tebu Felda Chuping, Perlis.

f. Maritime SAR di Perairan Kuala Kedah.

g. Exercise Control (EXCON) dan Emergency Operations Centre (EOC) di Hotel Tabung Haji, Alor Setar, Kedah.

Memandangkan eksesais atau senario melibatkan kehadiran banyak negara asing dan agensi kemanusiaan antarabangsa, MKN telah mewujudkan sebuah organisasi bagi mengkoordinasi kemasukan mereka dan mengatur gerak ke kawasan eksesais (bencana). Di dalam organisasi tersebut terdapat Sel Multinational Coordination Centre (MNCC). MNCC berperanan untuk mengkoordinasi kemasukan dan mengatur gerak tentera asing ke kawasan eksesais (bencana). Selain dari itu, membantu lain-lain agensi kerajaan dan luar negara di dalam pengurusan bencana. Mk AB telah dipertanggungjawab mengetuai dan memainkan peranan MNCC.

Flood/Mass Evacuation (Pembinaan Jambatan) telah memberi pendedahan dan pengalaman kepada anggota Jurutera Medan berhubung prosedur memindahkan mangsa melalui jambatan. Selain itu, anggota telah memahami perjalanan dan keperluan dalam merancang Op HADR yang merangkumi kepentingan komunikasi, keperluan pentadbiran dan mengenal pasti masalah-masalah yang bakal dihadapi semasa situasi sebenar. Eksesais ini juga telah meningkatkan kemahiran anggota dalam melakukan pembinaan Floating Bridge menggunakan Jet Float. Di samping itu juga, anggota Jurutera Medan telah menimba pengalaman yang berharga dari negara China yang memindahkan mangsa menggunakan kaedah Roping Method. Aspek taktik dan teknik yang dikongsikan bersama sepanjang eksesais ini dapat digunakan pada masa yang akan datang terutamanya di dalam aktiviti River Crossing Op.

Di dalam Operasi Mencari dan Menyelamat di kawasan tanah runtuh dan runtuhan bangunan, terdapat 4 elemen yang digunakan iaitu Detection, Breaking, Shoring and Tunnelling. Penggunaan

Latihan menyelamat di lokasi Landslide / Collapse Structure

Penggunaan anjing pengesan dalam operasi menyelamat di lokasi Landslide / Collapse Structure

Pemindahan mangsa banjir menggunakan Roping Method oleh penyelamat dari PRC

Page 27: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

27

j o i n t f o r c e . m i l . m y

anjing pengesan turut digunakan dalam elemen detection bagi mengesan mangsa yang terperangkap. Pasukan K9 yang terlibat di dalam eks ini terdiri dari ATM (PULADA), PDRM, Thailand, India dan China. Eksesais ini telah meningkatkan keyakinan dan kemampuan Tim Casualty Rescue Dog (CRD) yang boleh digabungkan sebagai elemen bantuan dalam Operasi Mencari dan Menyelamat dengan lebih berkesan.

Penubuhan Hospital Hadapan dalam eksesais ini telah dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman Pegawai Perubatan dan paramedik ATM dalam pengurusan Mass Casualties dari segi pemindahan kasualti, pengasingan kasualti, rawatan kecemasan dengan kemudahan yang terhad, sistem komunikasi dan proses evakuasi kasualti melalui darat, air dan udara. Perkongsian pengetahuan berkaitan pelbagai kaedah dalam proses pengurusan pesakit dan keseragaman dalam melaksanakan triaging dapat dilakukan antara ATM dan Kementerian Kesihatan (KKM). Pegawai Perubatan dan paramedic ATM juga berpeluang bekerjasama dengan Pegawai Perubatan dan paramedik dari tentera negara seperti USA, Jepun dan Thailand yang ditumpangkan ke Hospital ATM bagi membantu merawat mangsa.

Chemical Leakage atau Kebocoran Gas Kimia (PNBK) dapat meningkatkan kemampuan anggota-anggota

PNBK ATM melaksanakan tugas-tugas menyelamat yang melibatkan bahan kimia, berkongsi kemahiran dan pengalaman dengan anggota PNBK dari lain-lain agensi kerajaan dan dari negara luar seperti JB&PM, Brunei dan Thailand di dalam situasi ancaman CBRNe. Di dalam pelaksanaan eksesais tersebut senario yang dimainkan adalah Chemical Leakage yang melibatkan Toxic Industrial Chemical (TIC).

Penghantaran Bekalan Logistik dan MEDEVAC hanya melibatkan pesawat helikopter TUDM, tiada pesawat dari luar negara yang terlibat. Penugasan adalah penghantaran bekalan logistik ke kawasan bencana dan melakukan MEDEVAC dari kawasan bencana ke LP di Timah Tasoh.

Maritime SAR telah dilaksanakan di kawasan 5 nautika batu di selatan perairan Pulau Payar, Kedah. Peserta eksesais dari Malaysia adalah APMM, TLDM, JB&PM, Polis Marin dan Jabatan Laut, manakala penglibatan dari negara luar terdiri kapal dari China dan India. Aktiviti SAR yang dilaksanakan adalah menyelamat mangsa dan pengawalan tumpahan minyak akibat dari pelanggaran sebuah kapal tangki dengan sebuah feri di perairan Pulau Payar. Semua aset maritim Malaysia, China dan India dikerah untuk melaksanakan Surface and Underwater Rescue Operation, Oil Spill Response Operation dan Surface Search Operation.

Orang kampung yang terlibat dalam eksesais sebagai mangsa banjir melalui jambatan jet float yang disediakan di lokasi Mass / Flood Evacuation

Page 28: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

28

P U R P L E F O R C E 1 1

Pekan, 12 Jun 15 - Eksesais Inter-Service Joint Combined Exchange Training (IJCET) merupakan eksesais gabungan/bersama yang melibatkan pasukan khusus ATM dan pasukan khusus United States Special Operations Forces (USSOF). Eksesais ini buat pertama kalinya menggabungkan 21 GGK-TD, PASKAL-TLDM dan PASKAU-TUDM di dalam latihan gabungan/bersama dengan US Special Forces, USN SEAL dan USAF STS. Konsep eksesais ini bermula dengan Staff Exercise (STAFFEX) diikuti dengan Force Integration Training (FIT) dan diakhiri dengan Joint Field Training Exercise (JFTX) bermula dari 4 Jun hingga 12 Jun 15 di kawasan Pekan, Kuantan, Cherating dan Kemaman. Pelaksanaan eksesais ini telah dipersetujui semasa Mesyuarat BiTACG 2014 di mana Special Operations Command Pacific (SOCPAC) bersetuju untuk menggabungkan ketiga-tiga siri Eks BALANCE MINT (GGK-USSF), Eks FLASH MINT (PASKAL-USN SEAL) dan Eks TEAK MINT (PASKAU-USAF STS).

EKSESAIS INTER-SERVICE JOINT COMBINED EXCHANGE TRAINING (IJCET) 2015Penulis : Mej Zaini bin Che AzizFoto : Hal Ehwal Awam

28

Perbarisan peserta eksesais semasa Majlis Pembukaan

P U R P L E F O R C E 1 1

OPERASI & LATIHAN

Aktiviti STAFFEX

Page 29: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

29

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Objektif eksesais adalah untuk melaksanakan operasi taktikal untuk mencapai keperluan peringkat operasi dan strategik dan membangunkan keupayaan operasi gabungan/bersama dan meningkatkan keserasian di kalangan peserta eksesais. Melalui eksesais ini peserta dapat bertukar-tukar pengalaman dan kepakaran di antara pasukan khusus ATM dan USSOF dan seterusnya mempertingkatkan hubungan baik dan keyakinan di kalangan peserta eksesais.

Fasa 1 – STAFFEX. STAFFEX telah diadakan selama 3 hari mulai 5 hingga 7 Jun 15 di Kem Force 136, Pekan, Pahang. Seramai 31 pegawai dari ATM dan 5 pegawai dari USSOF terlibat dan ianya dibimbing oleh 2 pegawai staf PESAMA. Staf telah diberi ulang kaji kepada proses perancangan JOPP pada hari pertama. Pada hari kedua, Staf telah diberi senario eksesais dan 3 sasaran darat yang mana mereka menyediakan konsep operasi (CONOP) menggunakan proses JOPP. Setelah siap mereka membentangkan ketiga-tiga Courses of Actions (COA) kepada Commander Joint Special Operations Task Force

(CJSOTF) semasa Commander’s Concept Brief. Setelah mendapat pengesahan dari CJSOTF ke atas COA yang terpilih, staf menyediakan OPLAN dengan membuat penambahbaikan kepadanya. Unit-unit taktikal dari ketiga-tiga pasukan khusus ATM tiba di Kem Force 136 pada 7 Jun 15 dan diberi taklimat berkenaan senario eksesais. Mereka telah meneliti OPLAN yang diberikan oleh staf perancang dan membuat penambahbaikan. Setiap pasukan khusus telah diberikan satu sasaran untuk ditangani seperti berikut:

(1) 21 GGK menyelamatkan tebusan di PLKN Cahaya Gemilang di Cherating.

(2) PASKAL memusnahkan musuh di Stesen Pemancar Bukit Pejajat, Kemaman.

(3) PASKAU melaksanakan mis i CAS untuk memusnahkan C2 musuh di Lapang Sasar Penor, Pekan.

Aktiviti dari udara melibatkan pesawat-pesawat TUDM dan USAF

Page 30: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

30

P U R P L E F O R C E 1 1

Fasa 2 – FIT/JFTX (8 hingga 9 Jun 15). Tinjauan bersama oleh unit-unit taktikal telah diadakan pada 8 Jun untuk mengesahkan maklumat serta lokasi sasaran. Tinjauan oleh 21 GGK secara Close Target Recce (CTR) ke atas sasaran di mana dua Tim SPK telah disusupkan ke Kem Cahaya Gemilang melalui laut menggunakan teknik roll duck dari helikopter EC725 bagi melaksanakan CTR. Satu tim tinjau PASKAL pula disusupkan melalui laut menggunakan teknik roll duck dari helikopter EC725 pada pada bagi melaksanakan CTR ke atas sasaran di Bukit Pejajat. Penyusupan Tim GFAC PASKAU telah dilaksanakan melalui penerjunan HALO menggunakan pesawat MC130J USAF di DZ Penor. Tim ini ditugaskan untuk membuat misi CAS ke atas sasaran musuh. Penyusupan telah berjalan dengan lancar. Sasaran telah berjaya dimusnahkan pada 9 Jun oleh pesawat MB339 TUDM.

Fasa 3 – JFTX (10 hingga 11 Jun 2015). Kumpulan serangan 21 GGK telah mula bergerak ke sasaran melalui darat. Setelah semua kumpulan berada di dalam kedudukan. Serangan dari dua arah ke atas sasaran telah dilaksanakan mengikut rancangan. 10 tebusan telah dapat dikenal pasti dan diselamatkan. Tebusan HVT telah diterbangkan dengan pesawat EC725 ke Subang untuk siasatan lanjut. Kumpulan serangan telah berundur ke Kem Force 136 setelah serangan selesai. Manakala penyusupan kumpulan serangan telah Tim PASKAL dilaksanakan Jun dengan teknik roll duck dari dua pesawat EC725. Kumpulan serangan telah bergerak

30

Aktiviti dalam latihan menyelamatkan tebusan di Kem PLKN Cahaya Gemilang

Page 31: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

31

j o i n t f o r c e . m i l . m y

ke sasaran dan bergabung dengan tim tinjau sebelum serangan. Serangan telah berjalan lancar dan musuh dapat dimusnahkan. Kumpulan telah berundur ke Kem Force 136 setelah selesai serangan. Insiden downed pilot telah disalurkan kepada Tim PASKAU pada untuk mengaktifkan CSAR. Tim CSAR telah diaturgerakkan serta-merta dengan pesawat EC725. Downed pilot telah berjaya diselamatkan dan misi CSAR tamat.

Upacara Penutup telah diadakan pada 12 Jun 2015 di Padang Kawad Kem Force 136. Ianya disempurnakan oleh AKS J7 MK AB, Laksamana Dato’ Muhamad Ridzwan bin Abdul Rahman. Kehadiran dari pihak tentera Amerika ialah Col Nagel, wakil dari SOCPAC, Lt Col Sean Blundon, Chief ODC, dan CW2 Jamie Tilke, ODC, US Embassy. Turut hadir ialah Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani.

Page 32: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

M N C T X2 0 1 5

L A N G K AW I

Page 33: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

M N C T X2 0 1 5

L A N G K AW I

Page 34: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

34

P U R P L E F O R C E 1 1

Pangkalan Laut (Sea Basing) adalah platform di laut yang berperanan sebagai Pangkalan Operasi Hadapan (POH) bersepadu yang ditempatkan di lokasi strategik perairan ESS Zone bagi menyokong pelaksanaan OP SANGGAH dan operasi-operasi lain yang berkaitan dengannya. Ianya berfungsi sebagai platform sokongan logistik terhad, pusat pemerintahan, kawalan, pengawasan, penerimaan dan penyaluran maklumat serta mengatur gerak aset di peringkat taktikal.

Sea basing yang diwujudkan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu platform statik menggunakan Mobile Oil Production Unit (MOPU), dikenali sebagai Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PL TSR) dan platform mobile yang menggunakan kapal terpakai yang dikenali sebagai Pangkalan Laut Tun Azizan (PL TAZ). Syarikat Petroleum Nasional, PETRONAS dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya telah memberikan komitmen dengan membekalkan satu pelantar minyak terpakai MOPU dan sebuah kapal kargo terpakai untuk dijadikan sea basing.

Sea basing (POH) ini melalui PL TAZ telah mula beroperasi sejak bulan Mei 2015 manakala PL TSR telah beroperasi sejak 31 Julai 2015 yang lalu. Pelaksanaan konsep Pangkalan Laut ini dibuat dengan mengatur gerak pasukan keselamatan jauh ke hadapan terutama ke lokasi-lokasi di persempadanan perairan negara yang dikenal pasti sebagai laluan utama penjenayah. Ia bertujuan untuk mengesan sebarang ancaman dan menanganinya sebelum ia berjaya mendarat ke kawasan daratan negara. Inisiatif ini dijangka sangat efektif berdasarkan oleh faktor geografi, trend, dan modus operandi yang dipamerkan oleh penjenayah dan pihak militan yang menyusup masuk ke perairan negara dari negara-negara jiran, terutamanya dari Selatan Filipina.

PL TSR dan PL TAZ adalah aset yang diserahkan kepada TLDM dan statusnya adalah di bawah Operational Command (OPCOMD) Markas Pemerintahan Armada. Manakala dari aspek pelaksanaan operasi, kedua-dua sea basing jenis platform statik dan platform mobile, masing-masing diletakkan di bawah operational control (OPCON) dan tactical control (TACON) Komander ATB 2 (KATB 2). Dalam aspek pelaksanaan operasi, Mk ATB 2 berada di bawah OPCOMD Mk AB. Justeru, Komander ATB 2 perlu merujuk kepada Panglima Angkatan Bersama sebelum melaksanakan sesuatu operasi yang melibatkan Pangkalan Laut. Dalam aspek pelaksanaan operasi juga, Mk ATB 2 berada di bawah OPCON Mk ESSCOM. Justeru, kedua-dua Pangkalan Laut ini perlu mempunyai jalur komunikasi dengan Mk ESSCOM untuk

PANGKALAN LAUT/ SEA

BASINGPenulis/Foto : Mej Norhasni binti Mohd Yusof TUDM -

(J3 – OP DOMESTIK)

Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah

OPERASI & LATIHAN

Page 35: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

35

j o i n t f o r c e . m i l . m y

menerima sebarang pengarahan terus dari Markas tersebut semasa waktu kecemasan. Dari aspek kekuatan anggota, seramai 84 pegawai dan anggota ditugaskan bagi platform statik dan bagi PL TAZ yang merupakan platform mobile, terdapat kekuatan 85 pegawai dan anggota bertugas diatasnya.

Di antara tugas-tugas sea basing adalah seperti berikut:

• Melaksanakan cegah rintang melalu i show of presence dan melaksanakan tugas bagi membanteras pencerobohan dan aktiviti jenayah.

• Menyediakan sokongan logistik terhad kepada agensi-agensi penguatkuasa yang beroperasi di perairan ESS Zone.

• Mengumpul dan menyalur maklumat perisikan melalui rondaan pengawasan dan Inisiatif Bertanya Khabar (IBK).

• Bertindak sebagai platform pendaratan helikopter untuk operasi maritim termasuk MEDEVAC/CASEVAC.

• Bertindak sebagai platform pre-positioning untuk Tim Pasukan Khas dan Tim Bot Tempur.

• Menyediakan bantuan logistik iaitu petrol, diesel, AVCAT, air tawar, penginapan dan sajian kepada semua petugas tetap dan tumpangan.

• Mengurus, menyelenggara dan menentukan keselamatan sea basing.

35

Page 36: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

36

P U R P L E F O R C E 1 1

Lubnan, 26 Feb 15 - Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, bersama-sama Kol (U) Hj Hamzah bin Hj Sahat, Panglima Angkatan Bersama Brunei, telah melakukan lawatan kerja ke MALBATT 850-2. Turut serta dalam rombongan ini ialah delegasi kerajaan Brunei Darussalam yang diketuai oleh Tuan Hj Azhar bin Hj Ahmad, Timbalan Setiausaha Tetap Teknologi. Ketibaan rombongan yang diiringi oleh Komander MALBATT dari Beirut, disambut oleh Timbalan Komander dan para pegawai. Rombongan diberikan taklimat berkaitan operasi MALBATT. Seterusnya dipertontonkan dengan aset yang digunakan dan di bawa melawat sekeliling kem. Lawatan kerja PAB diteruskan ke UNP 6-43 Tibnin. Kem yang menempatkan TOC 2, Kompeni Alpha dan Kompeni Charlie,

LAWATAN KERJA PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA DAN PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA ABDB KE MALBATT 850-2

PAB mengambil tabik hormat perbarisan diiringi oleh PAB Brunei dan Komander MALBATT 850-2

PAB memeriksa aset yang digunakan oleh MALBATT 850-2

OPERASI & LATIHAN

Page 37: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

37

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Lubnan, 2 Mac 15 - Sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke 82, MALBATT telah mengadakan perbarisan pembacaan perutusan Panglima Tentera Darat. Perbarisan yang melibatkan pergerakan berjalan lalu anggota dan Kenderaan Jenis A. Turut diserikan lagi dengan penyampaian Pingat PBB kepada Kumpulan Wanita Pertama MALBATT dan pemakaian pangkat kepada 6 anggota. Penyampaian pingat telah disempurnakan oleh Komander MALBATT, Kol Khaswadi Lahuri.

SAMBUTAN HARI TENTERA DARAT KE 82 MALBATT 850-2

Lubnan, 11 Mac 15 - MALBATT di UNP 2-1 Marakah, menerima kunjungan rasmi Maj Gen Luciano Portolano, UNIFIL Force Commander. Setibanya beliau di hadapan bangunan De Castle, beliau disambut oleh barisan pegawai MALBATT. Seterusnya beliau dberikan taklimat berkaitan operasi pasukan, diikuti dengan persembahan kesiagaan tempur oleh Elemen BMR. Turut dipamerkan aset dan persenjataan pasukan.

MALBATT 850-2 MENERIMA KUNJUNGAN RASMI UNIFIL FORCE COMMANDER

Pemeriksaan perbarisan oleh Komander MALBATT 850-2

Penyampaian Pingat PBB kepada Kumpulan Wanita Pertama MALBATT 850-2

UNIFIL Force Commander bersalam dengan pegawai-pegawai MALBATT 850-2

OPERASI & LATIHAN

Page 38: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

38

P U R P L E F O R C E 1 1

Lubnan, 1 Apr 15 - Humayri Public School saban tahun mengadakan Sambutan Hari Guru, Ibu dan Kanak-kanak, pihak sekolah tidak pernah lupa menjemput MALBATT untuk sama menyertai sambutan. Tahun ini, MALBATT turut dijemput dengan menampilkan 3 persembahan kebudayaan. Lt Kol Mohd Khair bin Shaari TUDM, PS 1 S1, hadir mewakili Komander.

SAMBUTAN HARI GURU, IBU DAN KANAK-KANAK HUMAYRI PUBLIC SCHOOL

Lubnan, 26 Apr 15 - Sempena Sambutan Children Spring Festival, yang dianjurkan oleh Secwest Civil Affair bersama-sama Alpha, sebuah badan NGO, pasukan-pasukan yang beroperasi di UNIFIL Selatan Lubnan, turut dijemput memeriahkan suasana. Batalion yang terlibat mengadakan khemah untuk acara game show dan juga mengadakan persembahan kebudayaan.

SAMBUTAN CHILDREN SPRING FESTIVAL

38

Persembahan tarian kebudayaan Malaysia oleh anggota MALBATT 850-2

OPERASI & LATIHAN

Page 39: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

39

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Lubnan, 5 Mei 15 - Khidmat kemasyarakatan MALBATT diteruskan lagi. Kali ini, sebuah rumah anak yatim di Tibnin menjadi pilihan. Sumbangan berupa beg sekolah dan alat tulis diagihkan kepada anak-anak yatim berkenaan. Anggota MALBATT turut mengagihkan sedikit makanan ringan sebagai kudapan kepada setiap penghuni. Majlis disempurnakan oleh Lt Kol Mohd Khair Shaari TUDM mewakili Komander

Lubnan, 24 Mei 15 - Seramai 69 orang jemaah umrah Kumpulan 4 berlepas ke Beirut dan terus ke Jeddah, untuk mengerjakan ibadat umrah. Turut serta dalam jemaah kali ini ialah Lt Kol Zunaidi Hassan, Timbalan Komander MALBATT.

KHIDMAT KEMASYARAKATAN

DI RUMAH ANAK YATIM

ANGGOTA MALBATT 850-2 BERANGKAT MENGERJAKAN UMRAH

39

Wakil Komander MALBATT 850-2 menyampaikan beg sekolah kepada anak yatim.

OPERASI & LATIHAN

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Page 40: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

40

P U R P L E F O R C E 1 1

Lubnan, 8 Jun 15 - Sempena Sambutan HUT TUDM Ke 57 yang disambut pada 1 Jun 15 yang lalu, satu perbarisan khas telah dilangsungkan di UNP 2-1 Marakah. Perbarisan yang disempurnakan oleh Kol Khaswadi Lahuri, Komander MALBATT 850-2, memperlihatkan Kontinjen TUDM tampil berlainan dengan pemakaian loreng desert. Bahkan, Lt Kol Mohd Khair bin Shaari TUDM, selaku Pegawai Kanan TUDM, diberikan penghormatan untuk membacakan Perutusan Panglima TUDM. Sebaik selesai perbarisan, jamuan ringan diadakan di Dewan Makan pasukan.

SAMBUTAN HUT TUDM KE 57 OLEH MALBATT 850-2

Lubnan, 10 Jun 15 - Program Dental Care berkunjung buat kali kedua di Municipality Kfar Dunine. Kunjungan susulan ini adalah kerana respons yang baik dikalangan penduduk ketika program kali pertama dilaksanakan.

PROGRAM DENTAL CARE DI MUNICIPALITI KFAR DUNINE

Pemeriksaan perbarisan oleh Komander MALBATT 850-2

Pegawai Pergigian MALBATT memberikan rawatan kepada anak penduduk

OPERASI & LATIHAN

Page 41: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

41

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Mindanao, 16 Mac 15 - Latihan Induksi bagi ahli TPA yang baru khususnya dari Malaysia. Latihan ini bertujuan memberi gambaran dan penerangan secara mendalam mengenai bidang tugas dan mandat TPA. Latihan ini dikelolakan oleh pegawai latihan TPA Mr Arve dari Norway. Tempoh latihan adalah selama 2 hari mulai 15 Mac hingga 16 Mac 2015.

LATIHAN INDUKSI AHLI TPA

Anggota TPA - M10 bergambar meramai-ramai di hadapan Ibu Pejabat TPA Mindanao

OPERASI & LATIHAN

Page 42: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

42

P U R P L E F O R C E 1 1

Mindanao, 25 Mac 15 – ‘Kanduli’ dan Sidang Keamanan, dihadiri oleh Ketua Misi dan Timbalan Ketua Misi. Majlis ini berlangsung di Kem Rajamuda, salah satu kem MILF yg terletak di Pikit. Aktiviti lebih kepada perjumpaan antara pemimpin MILF dan pihak kerajaan Filipina bagi membincangkan isu keamanan di Mindanao. Ketua Misi dijemput untuk memberi ucapan di dalam perjumpaan ini.

Mindanao, 20 Mac 15 - Kesemua anggota Misi IMT M-10 telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada HQ Western Mindanao Command (WestMinCom) pada 20 Mac 2015. Kunjungan Hormat ini diketuai oleh Ketua Misi, Mejar Jeneral Dato’ Sheikh Mokhsin bin Sheikh Hassan dan disambut oleh Lieutenant General Rustico O. Guerrero, Komander WestMinCom.

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA WESTMINCOM COMMANDER

KANDULI AND PEACE ADVOCACY

OPERASI & LATIHAN

Page 43: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

43

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Mamasapano, 10 April 15 - Kapt (Dr) Mohd Azman, sebagai pegawai perubatan TPA-M10, membuat bantuan perubatan di Kem Afghan, salah sebuah kem kecil MILF berhampiran Mamasapano, Mindanao. Aktiviti dijalankan di klinik kecil di dalam kem ini. Seramai 10 orang kanak-kanak, dan 20 orang dewasa telah hadir menerima rawatan dan pemeriksaan. Misi TPA juga menawarkan sejumlah bekalan ubat bagi kem ini.

Mindanao, 27 April 15 - Perhimpunan 5th Bangsamoro Congress dan peace advocacy utk menyokong Bangsamoro Basic Law (BBL). Ramai pemimpin MNLF, wakil MILF, wakil kerajaan dan lain-lain hadir menyampaikan ucapan di hadapan perhimpunan orang ramai termasuklah ucapan oleh Ketua Misi IMT. Aktiviti dijalankan di Marawi City yang merupakan kawasan di bawah pemantauan Team Site 2. Ketua Team Site 2, Kept Rusli TLDM turut hadir pada perhimpunan tersebut.

PROGRAM MEDICAL

OUTREACH

5th BANGSAMORO CONGRESS

OPERASI & LATIHAN

Page 44: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

44

P U R P L E F O R C E 1 1

Mindanao, 29 April 15 – Kunjungan Hormat Ketua Misi TPA kepada Northwestern Mindanao Front Commander Abdullah Bravo, salah seorang komander MILF yang terkenal dan digeruni. Lawatan berlangsung di Kem Bilal, Lanao del Norte.

KUNJUNGAN HORMAT KETUA MISI TPA KEPADA

NORTHWESTERN MINDANAO FRONT

COMMANDER

TEAM SITE LEADERS MEETING

1/2015

OPERASI & LATIHAN

Mindanao, 12 Mei 15 - Mesyuarat Ketua Penempatan TPA Siri 1/2015 yang diadakan di Ibu Pejabat IMT di Cotabato. Ketua-ketua Penempatan membentangkan aktiviti yang telah mereka lakukan, masalah yang di hadapi, dan cadangan. Seramai 4 orang ketua penempatan daripada setiap penempatan TPA Mindanao. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Misi.

Page 45: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

45

j o i n t f o r c e . m i l . m y

BAHAYA DAN ANCAMAN MILITAN: ISU ISLAMIC STATE (IS) Penulis: Mej (Ust) Izani bin Abu BakarFoto: Sumber dari Internet

Pendahuluan

Isu berkaitan gerakan militan yang mendakwa bahawa mereka adalah pendukung Islam yang sebenar sentiasa muncul di sepanjang sejarah peradaban umat Islam. Kekeliruan kumpulan pelampau-pelampau ini terjadi disebabkan beberapa faktor seperti kejahilan, taksub kepada tokoh-tokoh tertentu, mempunyai agenda-agenda lain yang tersembunyi atau berkemungkinan ianya dirancang secara s istematik oleh musuh-musuh Islam. Namun begitu, faktor ketara yang menyumbang kepada kemunculan militan pelampau ini ialah penyalahgunaan konsep jihad yang menjadi tunggak perjuangan mereka.

Konsep JihadMenurut Jamaluddin al-Qasimi, sabilillah bererti sesuatu yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menegakkan agama-Nya. Misalnya mendirikan sekolah, membeli kitab-kitab untuk para ulama, mendermakan untuk menyatakan rancangan yang baik dan perihal kebajikan apa pun, di tempat dan pada waktu mana pun. Berdasarkan keterangan di atas, yang dikatakan jihad fi sabilil lah ialah berusaha, berkorban dan berjuang sama ada dengan lidah (perkataan), harta benda (kekayaan) atau dengan perbuatan (amal kebaj ikan) atau melancarkan jihad perang sama ada memerangi musuh-musuh Allah, musuh-musuh Islam atau musuh-musuh yang tidak diketahui atau memerangi hawa nafsu yang buruk dan kotor pada diri sendiri, bagi menegakkan yang hak (kebenaran) dan keadilan, dan bagi menghancurkan serta melenyapkan kemungkaran (keburukan) dan kebatilan serta kekufuran untuk mencapai jalan yang diredhai Allah. (Prof. Madya Amat Juhari Moain: 1991:12-13)

Jihad Mempersiapkan Kekuatan UmatJihad mempersiapkan kekuatan ummah - jika konsep jihad diperluaskan, kita

akan mendapati bahawa di depan mata kita terhidang bentuk-bentuk jihad yang perlu ditekuni dengan bersungguh bagi memacu ummah sebagai umat yang berdaya saing. Di antaranya ialah:

• Kekuatan ilmu.• Kekuatan akidah.• Kekuatan akhlak.• Kekuatan ekonomi.• Kekuatan ketenteraan.• Penguasaan sains dan teknologi.

Kepentingan JihadTerdapat banyak dalil daripada sumber wahyu al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang sangat menekankan betapa pentingnya jihad dalam kehidupan seorang muslim sehinggakan para ulamak menyatakan bahawa Allah menyebut tentang jihad di dalam al-Quran sebanyak 41 kali. dalam Surah al-Hajj: 78, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya”.Sementara itu, melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ternyata Baginda SAW memberikan peringatan supaya setiap dada dan jiwa kaum muslimin mestilah dipasak dengan keinginan untuk berjihad, bahkan baginda menambah bahawa jika jihad diabaikan akan menyerlahkan sifat kemunafikan seseorang muslim.

Bahaya Meninggalkan JihadMemandangkan jihad sangat penting dan dekat dalam kehidupan seorang muslim, maka meninggalkan jihad akan membuka ruang kebahayaan yang sangat merugikan bukan sahaja kepada individu muslim khususnya tetapi juga kepada agama Islam itu sendiri. Ironinya, Islam dan dakwah tidak dapat dipisahkan ibarat aur dengan tebing. Dakwah pula tidak akan diaplikasi dengan sempurna tanpa jihad. Justeru, melalui jihad usaha penyebaran dakwah Islam agar ke seluruh pelusuk alam akan dapat direalisasikan sebagaimana diperintahkan. Justeru, apabila jihad

ditinggalkan dan dikesampingkan, maka usaha dakwah akan hilang dan kemuliaan Islam akan terpadam.

Hukum JihadHukum jihad berbeza-beza mengikut perbezaan setiap bahagian dan jenisnya.

Jihad Nafsu – Hukumnya fardu ain kerana melawan hawa nafsu iaitu mujahadah an-nafs sangat sukar kerana ia berada di dalam diri manusia, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh manusia. Oleh yang demikian, tanpa kehendak dan kemahuan yang bersungguh-sungguh kita pasti akan ditewaskannya, justeru itulah jihad ini sangat penting bagi menyingkirkan pengaruh dan usaha syaitan yang sentiasa cuba merosakkan manusia melalui jalan nafsu yang tidak terkawal ini. Kalau nafsu dapat ditunduki, maka tertutuplah jalan syaitan.

Jihad Qital – Hukum jihad qital boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu fardu kifayah dan fardu ain.

Fardu Kifayah - hukumnya menjadi fardu kifayah apabila tanggungjawab berjihad ini telah ditegakkan oleh sebahagian kaum muslimin, maka gugurlah dosa bagi sebahagian yang lain yang tidak dapat menyertai peperangan tersebut. Sebaliknya jika semuanya kaum muslimin gagal berjihad, maka kewajiban itu tidak gugur malahan dihukumkan berdosa pula. Allah ta’ala berfirman dalam surah at-Taubah ayat 122 yang bermaksud:

“dan tidaklah betul dan elok orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembal i kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah)”.

Fardu Ain – hukum jihad qital boleh menjadi fardu ain dengan mengambil kira beberapa keadaan.

Keadaan Pertama - Apabila kedua-dua pasukan daripada tentera Islam dan pasukan musuh bertemu di medan perang. Dalam keadaan ini, pasukan tentera Islam yang telah diaturgerakkan diharamkan untuk berpaling (melarikan diri). Mereka hendaklah meneruskan peperangan berdasarkan maksud firman Allah ta’ala dalam surah al-Anfaal ayat

45AGAMA

Page 46: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

46

P U R P L E F O R C E 1 1

45 yang bermaksud ‘ H a i o ra n g -orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya’.

dan juga maksud firman-Nya ta’ala dalam surah al-Anfaal ayat : 15 - 16 : hai orang-orang yang beriman, apab i l a kamu ber temu dengan orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur). Barang siapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah’.

Keadaan Kedua - Apabila orang kafir menyerang sesebuah negara Islam, maka wajib kaum muslimin memerangi mereka dan mempertahankan diri. Kewajipan ini dikenakan kepada semua kaum muslimin sama ada lelaki mahupun wanita yang mampu berperang bagi mempertahankan diri dan mendapatkan kembali hak dan harta mereka yang dirampas. Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah ayat: 4:

‘‘Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”.

Keadaan Ketiga - Apabila pemerintah atau ketua negara mengisytiharkan atau melancarkan perang jihad untuk berperang bersamanya. Pada ketika ini semua kaum muslimin diwajibkan memberi wala’ dan ketaatan untuk berperang. Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah: 38:

“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: “berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?”

Jihad selain nafsu dan qital – Hukum jihad selain jihad nafsu dan qital pula boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu fardu kifayah, fardu ain dan sunat.

Fardu Kifayah - iaitu kewajipan yang

tertanggung ke atas masyarakat Islam seluruhnya. Sekiranya kewajipan ini tidak tertunai, maka setiap anggota masyarakat bertanggungjawab dan berdosa. Tanggungjawab ini hanya akan terlepas manakala ada seseorang atau sekumpulan ataupun segolongan daripada anggota masyarakat itu yang dapat menunaikan keperluan atau tuntutan mesyarakat Islam yang tersebut mengikut penilaian mereka yang ahli dalam bidang pentadbiran dan perancangan kemajuan masyarakat.

Fardu Ain – iaitu kewajipan setiap anggota masyarakat yang dilantik oleh masyarakat sesuai dengan keahliannya dalam setiap bidang.

Sunat - iaitu galakan kepada sesiapa sahaja dari anggota masyarakat yang berusaha meningkatkan pengabdiannya kepada Allah untuk berjihad lebih dari batas yang difardukan.

Syarat JihadJihad sebagaimana ibadah yang lain mempunyai prasyarat tertentu terutamanya jihad qital. Ini kerana te rdapat beberapa had i s yang menunjukkan terdapat para syuhada’ yang gugur tidak diterima Allah sebagai syahid yang sebenar kerana gagal memenuhi syarat yang telah digariskan. Berikut ialah beberapa syarat seperti berikut: • Niat ikhlas kerana mencari redha

Allah.• Adanya kekuatan dan kemampuan.• Adanya izin pemerintah.• Menjaga ibadat fardu dan sunat.• Mendapat keizinan ibu bapa.• Meninggalkan maksiat dan mungkar

Salah Faham Konsep JihadSebagaimana di je laskan di atas , berjihad dalam konteks peperangan perlu memenuhi etika dan syarat yang telah digariskan oleh syarak. Walau bagaimanapun, dewasa ini terdapat pelbagai kumpulan pelampau dan militan yang berjuang atas nama jihad fi sabilillah ini telah mengambil pendekatan yang sangat menyeleweng daripada ajaran Islam seperti berikut:• Berjihad tanpa mempedulikan orang

awam yang tidak berdosa.• M e l a k s a n a k a n j i h a d y a n g

menyebabkan orang bukan islam menganggap Islam sebagai agama pelampau dan ganas.

• Berjihad melawan pemerintah Islam dan bertindak menyerang rumah ibadat bukan Islam seperti kuil dan gereja.

• Berjihad membabi-buta semata-

mata tanpa ilmu dengan alasan untuk mendapat pahala mati syahid.

• Berjihad bertujuan untuk membalas dendam ke atas orang kafir dan mel ibatkan orang yang t idak berdosa.

• Tidak membuat persiapan rapi dengan bersungguh-sungguh secara taktikal dan teknikal.

JIHAD: ANTARA HAK DAN BATIL

GERAKAN MILITAN IS Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS), negara Islam Iraq dan jajahannya (ISIL) atau negara Islam (IS) adalah merujuk kepada kumpulan yang sama. Dalam bahasa Arab disebut daish. Mereka mendakwa telah menubuhkan khalifah Islamiah di Iraq dan Syria dan mengistiharkan diri sebagai sebuah negara Islam dan mahu semua negara Islam berjuang dan berada di bawah mereka. Justeru, sesiapa yang tidak bersama mereka dianggap sebagai kafir dan darah menjadi halal sedangkan merekalah yang berada dalam kategori pelampau agama. Pergolakan yang berlaku di Syria dan Iraq memberi kesan besar kepada dunia umumnya, dan Malaysia khususnya. Penyertaan sebilangan rakyat Malaysia termasuk segelintir warga ATM di negara asia barat ini disebabkan, mereka teruja dan terpengaruh dengan dakyah bahawa peperangan di situ adalah peperangan akhir zaman. Penubuhan negara Islam berkhalifah telah diisytiharkan oleh kepimpinan IS pada pertengahan tahun 2014 setelah Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) menguasai beberapa bandar di utara Syria dan Iraq. Dalam konteks ini, kerajaan memandang serius dan bimbang kerana ideologi ekstrem yang dibawa pulang oleh rakyat Malaysia setelah menyertai konflik di negara berkenaan. Pada masa yang sama, penularan pengaruh IS melalui media sosial dalam negara juga semakin meningkat. Malaysia menolak IS kerana ideologi salafi-jihadi yang diperjuangkan oleh kumpulan tersebut berlandaskan ekstremisme dan keganasan. Negara kita berdiri teguh bersama-sama masyarakat antarabangsa untuk menentang kumpulan ini kerana perjuangan IS mencemar nama baik Islam dan mencabul hak asasi manusia sejagat. Penubuhan Islamic State bermula dari gerakan al-Qaeda. Ini dapat dilihat daripada langkah Jama’at al-Tawhid wal-Jihad (JTJ) yang ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Abu Musab al-Zarqawi, warganegara Jordan. Beliau menyatakan ikrar taat setia kepada Osama bin Laden pada tahun 2004, dan menukar

Page 47: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

47

j o i n t f o r c e . m i l . m y

JTJ kepada al-Qaeda in Iraq (AQI). Kronologi hingga tertubuhnya IS iaitu:• Pada bulan Januari 2006, al-

Zarqawi menyatukan enam kumpulan bersenjata di Iraq di bawah nama Mujahideen Shura Council (MSC) termasuk AQI.

• Pada 7 Jun 2006, Mujahideen Shura Council telah mengumumkan pelantikan Abu Ayyub al-Masri sebagai pemimpin setelah al-Zarqawi terbunuh ekoran operasi tentera Amerika Syarikat.

• Pada Oktober 2006, al-Masri menukar nama Mujahideen Shura Council kepada Islamic State of Iraq (ISI) dan melantik Abu Omar al-Baghdadi sebagai pemimpin ISI.

• Pada April 2010, al-Masri dan Abu Omar te rbunuh ekoran serangan tentera Amerika Syarikat. Kepimpinan ISI diambil alih oleh Abu Bakar al-Baghdadi dan beliau seterusnya membangunkan semula keupayaan ISI.

• Pada awal tahun 2013, al-Baghdadi melakukan serangan di utara Iraq dan menyertai puak pemberontak di Syria lalu menubuhkan pula al-Nusra Front. Pada April 2013, al-Baghdadi menukar nama ISI kepada Islamic State Of Iraq And The Levant (ISIL) bagi menggambarkan penubuhan negara Islam berkhalifah yang merangkumi Wilayah Iraq, Syria, Jordan, Lubnan, Palestin, Israel, Cyprus, Hatay di Selatan Turki dan Semenanjung Sinai di Mesir. Langkah al-Baghdadi ini telah ditentang oleh pemimpin al-Nusra dan al-Qaeda, namun mereka yang setia kepada al-Baghdadi terus membantu ISIL di syria.

• Pada Disember 2013, ISIL kembali memberi tumpuan di Iraq dengan menguasai bandar Falluya.

• Pada Jun 2014, ISIL menawan beberapa bandar di Syria (Kobani, Raqqa Dan Deir Al-Zour) dan Iraq (Mosul, Nineveh, Salahaddin, Anbar dan sebahagian Kirkuk serta Diyala). Ekoran penguasaan ini, pada 29 Jun 2014, al-Baghdadi mengumumkan penubuhan Islamic State (IS), mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah serta menyeru agar seluruh umat Islam berbai’ah kepadanya.

Ciri-Ciri Islamic State (IS) yang Tidak Bertepatan dengan Islam

Islamic State (IS) yang diwujudkan oleh al-Baghdadi berteraskan negara Islam berkhalifah dengan mengikut syariah Islam. Pembentukan negara Islam acuan beliau adalah melalui perjuangan bersenjata dan menganggap negara

Islam lain tidak mengikut syariah Islam sebenar (tidak Islamic). Beliau menyeru semua umat Islam untuk berhijrah ke Syria dan Iraq, bagi menjayakan penubuhan daulah Islamiah serta berhasrat mengembangkan ideologinya ke seluruh dunia. Selain itu, IS juga menyokong perjuangan bersenjata penduduk minoriti Islam yang ditindas di luar kawasan konflik. Ideologi, matlamat, taktik, dan lain-lain perkara bersabit IS seperti dipaparkan:

• Ideologi. IS merupakan golongan sunni yang berpegang kepada salafi jihadi, iaitu memperjuangkan penubuhan daulah Islamiah melalui peperangan serta mengkafirkan pemerintah Is lam yang t idak menegakkan syariah. Ideologi ini menyeru dan menghalalkan keganasan serta pembunuhan terhadap sesiapa sahaja yang menentang. Gerakan mereka juga menolak sama sekali sistem pemerintahan tempatan sedia ada. Selain itu, kumpulan ini memberi tafsiran berbeza terhadap sempadan dan batasan-batasan jihad, yang mana menganggap jihad sebagai perang sabil (jihad qital) dan menolak tafsiran jihad Islam sebenarnya, yang menekankan kebaikan dan menolak ketidakadilan, penindasan serta kemungkaran seseorang atau dalam masyarakat.

• Matlamat. Matlamat mereka adalah

mewujudkan sebuah wilayah Islam tanpa sempadan yang diperintah oleh khalifah dengan syariah Islam sebagai asas pemerintahan.

• Taktik. Tindakan ofensif militan IS berbentuk serangan bersenjata api dan bom serta serangan berani mati sama ada secara individu ataupun menggunakan kenderaan. Mereka turut ter l ibat da lam penculikan dan tebusan warga asing serta tempatan, merangkumi wartawan dan sukarelawan bantuan kemanusiaan. Setakat ini seramai lima tebusan asing dibunuh dengan kejam termasuk Peter Edward Kassiq @ Abdul Rahman pada 16 Nov 2014 lalu (pekerja bantuan AS di Syria termasuk 17 anggota tentera Syria). Selain menggunakan kekerasan, IS juga mengambil pendekatan ‘berlembut’ dalam memenangi hati penduduk sunni, seperti memenuhi keperluan asas masyarakat setempat yang dikuasai, dengan memberi makanan dan jaminan perlindungan dari gangguan puak Syiah. mereka juga mempromosikan semangat setia

kawan, brotherhood dan sense of belonging untuk menonjolkan imej baik bagi meraih sokongan.

• Propaganda. Militan IS menggunakan laman media sosial seperti facebook, instagram, youtube dan twitter secara meluas bagi merealisasikan agendanya. Antaranya termasuk majalah ‘on line’ seperti dabiq dan al-mustaqbal. Intipati propaganda yang diterapkan adalah cerita-cerita mengenai kesedihan masyarakat sunni yang ditindas, kemenangan dalam perjuangan dan cita-cita untuk kebangkitan Islam bagi menarik minat umat Islam sejagat.

• Keanggotaan. Islamic state (IS) dianggotai oleh pelbagai puak pemberontak dan kumpu lan pengganas. Antaranya seperti Mujahideen Shura Council, Jaysh al-Fatiheen, Jund Al-Sahaba, Katbiyan Ansar al-Tawhid Wal Sunnah, Jeish al-Taiifa al-Mansoura dan banyak lagi. Kekuatan militan IS dianggarkan 32 ribu orang. Dari jumlah tersebut, dianggarkan terdapat 15 ribu militan asing dari lebih 80 buah negara. Antaranya seramai 800 rakyat Rusia, 700 rakyat Perancis, 500 rakyat United Kingdom, 400 rakyat Jerman, 300 rakyat Belgium, 60 rakyat Australia dan 100 rakyat AS. manakala dari asia tenggara yang dikesan terdiri daripada 69 rakyat Indonesia, tiga rakyat Filipina, dua rakyat (keluarga) Singapura dan 39 rakyat Malaysia. Penyertaan militan asing ini dijangka meningkat selagi seruan jihad yang diwar-warkan mendapat perhatian.

• Hubungan dengan Al-Qaeda. Islamic State sejak Februari 2014 tidak lagi mempunyai kerjasama dan kaitan dengan al-Qaeda. Ini ekoran daripada ketegangan pemimpin a l -Qaeda, Ayman a l -Zawahir i yang enggan berbai’ah kepada al-Baghdadi. Selain itu, tindakan IS menyerang, membunuh dan mencederakan anggota al-Qaeda turut mempengaruhi persengketaan kedua-dua kumpulan ini.

Fatwa Penyelewengan IS

Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia kali ke-106 yang bersidang pada 21-22 Okt 14 telah menfatwakan mengenai penyelewengan IS dan mereka yang terlibat di dalamnya seperti berikut:

• Penyertaan umat Islam negara ini

Page 48: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

48

P U R P L E F O R C E 1 1

dalam perjuangan bersenjata ISIS atau ISIL atas nama jihad adalah bertentangan dengan syarak dan kematian yang dialami adalah sia-sia serta tidak dikategorikan sebagai mati syahid menurut kerangka syarak.

• Menyertai kumpulan ini adalah haram pada hukum syarak kerana ia mengakibatkan kehancuran negara dan gambaran buruk terhadap Islam dan umatnya.

• Mereka seumpama golongan khawarij terdahulu yang tidak ingin kembali kepada syariat Allah bahkan bertambah dalam kesesatan, mereka sanggup membunuh orang Islam.

Dr Yusuf Al-Qaradawi (Mesir) juga turut memberikan pandangan beliau mengenai IS dengan mengatakan bahawa:

“…pemerintahan khalifah islam yang diwujudkan oleh ISIS adalah melanggar undang-undang syariah…”

Sementara itu, Prof Dr Ahmad al-Raysuni (Maghribi) yang menduduki kerusi Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia ketika mengulas isu pengisytiharan khalifah Islamiah berkata: “…Khal i fah I s lamiah yang dilaungkan tidak lebih dari angan-angan, fatamorgana dan mimpi buruk sama ada ditinjau dari sudut realiti ilmiah mahupun syariah…”

Persatuan Ulamak Islam Iraq (Hai’ah Ulamak al-Muslimin Bi al-Iraq) yang sangat dikenali dan disegani di Iraq juga tampil kehadapan membuat kenyataan:

“…sesungguhnya mana-mana pihak yang mengisytiharkan penubuhan daulah/ pemerintahan Islam atau selainnya adalah tidak bertepatan dengan waqi’ di Iraq ketika ini. Pengisytiharan ini akan menjejaskan usaha penyatuan negara Iraq dan boleh membawa kepada perpecahan dan penderitaan kepada rakyatnya…”

Seterusnya persatuan ulamak Islam as-Syam juga membuat penolakan dan menidakkan kesahihan khalifah Islamiah yang diperjuangkan oleh IS dengan hujah-hujah berikut:

• Pengisytiharan tersebut dikeluarkan oleh kelompok pelampau yang extrem.

• Tiada ciri-ciri kenegaraan menurut syarak dan uruf.

• P e n g i s y t i h a r a n d i l a k u k a n bersendirian tanpa melibatkan pakar-pakar ilmiah dan syura.

• Memaksa rakyat secara kekerasan untuk memberi wala’.

• Penetapan khalifah yang tidak diketahui latarbelakang.

• Berlaku percanggahan ketetapan a n t a ra a l - B a g h d a d i d e n g a n pimpinannya az-Zawahiri.

CIRI-CIRI NEGARA ISLAM YANG SEBENAR

Menurut Ustaz Mohd Hazizi bin Ab. Rahman dalam artikelnya “Relevansi Konsep Negara Islam”, sesebuah negara Islam yang ingin ditegakkan hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:

• Ketuanan Syarak. Ketuanan syarak bermaksud kehendak Allah SWT adalah hukum dan kata pemutus tertinggi. Tiada satu kuasa yang lebih tinggi atau menyamai ketinggian ke h e n d a k sya ra k . S e b a ra n g keputusan dan undang-undang yang bertentangan dengan kehendak syarak maka ia terbatal dengan sendirinya. Tiada qias untuk sesuatu yang mempunyai nas. Maslahat yang bertentangan dengan syarak adalah tidak dikira pakai. Tiada syura kecuali dalam perkara yang diharuskan dan diizinkan oleh syarak, yang medannya terlalu luas. Di antara contoh ayat al-Quran yang menjadi sandaran mengenai ketuanan syarak

ialah maksud firman Allah dalam Surah Yusuf: 40: “Sebenarnya hukum hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

• Kuasa Ummat. Ketuanan syarak tidak bermakna negara teokratik sepert i yang dinamakan oleh orang-orang barat. Perlu dibezakan antara punca kuasa politik dan sumber perundangan dalam manhaj Islam. Punca kuasa politik adalah umat. Sistem perundangan pula, sumbernya yang tertinggi adalah syarak. Kuasa umat bermaksud umat memegang kuasa untuk melantik, memantau dan memecat pemerintah. Perkara ini jelas dalam kata-kata para khulafak ar-Rasyidin. Abu Bakr R.A. berkata sebelum kewafatannya, “sesungguhnya Allah telah memulangkan urusan kamu kepada kamu, maka lantiklah (pemimpin) di kalangan yang kamu suka”.

• Kedau latan Undang-Undang . K e h a k i m a n d a l a m s i s t e m pemerintahan Islam mempunyai kedaulatan yang istimewa. Sejarah Islam membuktikan betapa para hakim bebas dan tiada kuasa yang mempengaruh i mereka kecuali syarak. Tiada mana-mana pemerintah atau sesiapa sahaja yang boleh mencampuri urusan kehakiman. Setiap orang sama tarafnya di hadapan undang-undang. Umat bertanggungjawab untuk memastikan pemerintah memberi jaminan tentang kebebasan kehakiman.

• Jaminan Hak dan Kebebasan. Hukum syarak diturunkan untuk menjaga maslahat umat manusia, di dunia dan akhirat. Tujuan hukum-hukum itu ialah untuk menjaga agama, nyawa, akal, nasab dan harta. Sesungguhnya kal imah tauhid merupakan perisytiharan pembebasan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah. Syariat Islam telah berjaya menghapuskan sistem perhambaan sesama manusia secara aman damai beratus tahun lebih awal daripada Amerika yang terpaksa mengharungi proses itu menerusi peperangan yang mengorbankan jiwa yang tidak berdosa. Kata-kata Umar Bin Al-Khattab yang

Page 49: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

49

j o i n t f o r c e . m i l . m y

masyhur ketika memarahi Amru Ibnul As merupakan lambang jaminan kebebasan dan kemuliaan sejati untuk umat manusia:“sejak bila engkau memperhambakan manusia sedangkan mereka telah dilahirkan oleh para ibu mereka selaku orang yang merdeka?!”

• Kewajipan Syura. Syura merupakan satu asas yang amat penting dalam pemerintahan Islam. Ini kerana umat adalah sumber kuasa dan menuruti pendapatnya merupakan kelebihan. Bahkan syariat Islam meletakkan syura sebagai satu asas yang diamalkan dalam setiap perkara dan urusan sehingga menjadi sifat zahir jamaah muslimin. Firman Allah yang bermaksud: “dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang kami beri kepadanya” (surah syura ayat 38)

• Amar Makruf Nahi Mungkar (Hisbah). Hisbah adalah amar makruf apabila telah zahir peninggalannya dan nahi mungkar apabila zahir perlakuannya. Ia merupakan bidang kuasa asasi bagi pemerintahan Islam. hisbah bertujuan menjaga agama dan memastikan hukum-hakamnya dihormati. Tugas menjaga agama ini merupakan tugas pertama yang dipertanggungjawab ke atas negara Islam, bahkan tidak disebut definisi khilafah Islam kecuali dengan menyebut tugasan itu, sebagai mengganti tugas kenabian iaitu menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya hisbah tidak berlaku dalam perkara-perkara yang diperselisihkan oleh para ulamak. sebaliknya ia berlaku pada perkara-perkara yang ijmak, yang sabit dengan nas yang sahih atau ijmak yang “sarih”.

Tulisan beliau ini mengambil rujukan beberapa kitab melalui tulisan ilmuan terkenal Islam seperti Kitab Taaddudiah Siasiah Fi Daulah Islamiah karangan as-Syeikh Dr Solah as-Sowy, Kitab Maqasid Syariah Islamiah, Ibnu Asyur dan Kitab al-Muwafaqat karangan al-Imam as-Syatibi ini telah menjelaskan konsep penubuhan negara Islam yang sangat berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh IS.

Sementara itu Imam al-Mawardi dalam Kitab ahkam al-Sultaniyah menyatakan kriteria yang perlu ada pada seorang khalifah (pemimpin) ialah seperti berikut iaitu:

• Bersikap adil dalam segala hal.• Mempunyai ilmu yang membolehkan

dia berijtihad.• Sempurna dari segi pancaindera.• Selamat tubuh badannya dari

kekurangan yang menghalang pergerakannya.

• Mempunyai pengetahuan tentang pentadbiran dan siasah rakyat.

• Bersifat berani dan tegas dalam membolehkan dia mempertahankan negara dan melakukan jihad.

Malangnya kesemua ciri-ciri ini tidak ada pada Abu Bakar al-Baghdadi yang mendakwa sebagai khalifah negara Islam sebagaimana diketahui umum.

ANCAMAN GERAKAN IS

Secara umumnya kemunculan IS boleh mendatangkan kesan bahaya yang sangat membimbangkan kepada dunia Islam seperti berikut:

• Fikrah takfiri.• Menggugat sistem demokrasi.• Kebangkitan Islam liberal.• Kerugian dan fitnah kepada gerakan

islam.• Kalimah tauhid dipandang negatif.• Jihad disalah erti.• Keruntuhan institusi kekeluargaan

dan masyarakat

BAHAYA GERAKAN IS KEPADA WARGA ATM

Secara khususnya memang menjadi sesuatu yang sangat dibimbangi jika ada di kalangan warga ATM terjebak dalam gerakan IS ini memandangkan mereka adalah terlatih dan pastinya kepakaran dan kemahiran mereka mampu meningkatkan keupayaan gerakan tersebut. Ketahanan fizikal dan mental yang dimiliki oleh anggota juga merupakan satu kelebihan bagi IS untuk mencapai objektif. Justeru semua pihak terutama KAGAT perlu menasihati dan mengingatkan mereka bahawa penglibatan mereka akan melanggar perkara berikut:

• M e n g a n c a m ke a m a n a n d a n keselamatan negara.

• Menyalahi ikrar kesatria yang dilafazkan kepada Yang Dipertuan Agong.

• Melunturkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

• Merosakkan imej negara.

Seruan jihad kumpulan militan IS amat kritikal terhadap anggota keselamatan. Ini kerana ia melibatkan naluri prinsip hidup dan tuntutan agama. Sama ada ianya benar atau pun tidak, memerlukan bimbingan dan panduan dari mereka yang benar arif dalam bidang ini. Antara faktor anggota terdorong mendekati jihad IS ini seperti berikut:

• Mendekati agama bagi menebus dosa-dosa lampau secara laluan pintas.

• Cetek pengetahuan agama dan beramal mengikut tafsiran sendiri.

• Mengikuti pertubuhan atau kumpulan pendakwah bebas yang songsang dan taksub kepada pemimpin.

• Ke l i r u d e n g a n p e r s e k i t a ra n terutamanya banyak maklumat bahan literasi dan dokumen dalam media sosial.

• Mengikuti teman, sahabat dan rakan sekerja secara ‘offline’ atau ‘on line’.’

• Masalah disiplin dan tidak peka terhadap peraturan perkhidmatan.

KESIMPULAN Seruan jihad yang diperjuangkan oleh IS atas tuntutan agama Islam amat membimbangkan. Mereka berjaya menarik minat sehingga rakyat negara ini terpengaruh untuk menyertainya. Sesiapa sahaja boleh dipengaruhi apatah lagi jika disogok dengan penggunaan ayat-ayat suci al-Quran secara manipulasi sehingga menyebabkan seseorang keliru dan radikal atau ekstrem.

Angkatan Tentera Malaysia tidak boleh memandang ringan ancaman IS, kerana ia memberi impak yang besar kepada keselamatan negara dan institusi ini. Usaha-usaha pencegahan terutamanya melalui anggota KAGAT yang arif dalam bidang ini amat ditagih untuk memantau dan memberi kefahaman sebenar terutama berkaitan aspek jihad, bagi mengelakkan lebih ramai anggota menyertai gerakan IS di zon konflik. Penularan ideologi IS melalui media sosial juga perlu ditangani secara bersepadu oleh semua pihak demi menjaga imej, kredibiliti dan disanjungi oleh rakyat.

Page 50: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

50

P U R P L E F O R C E 1 1

KESIHATAN

Mengenai LASIKLASIK atau laser-assisted in-situ keratomileusis ialah prosedur di mana kornea mata kita dibentuk semula bagi menyerupai fungsi cermin mata. Ini membolehkan imej objek yang kita lihat dipancarkan tepat ke retina dan imej jelas terbentuk. Sebelum ini, prosedur ini melibatkan penggunaan pisau khas tetapi teknologi terkini dengan menggunakan laser membolehkan pembetulan yang dibuat dengan amat tepat, tanpa menggunakan pisau (bladeless). Pembedahan ini dilakukan bagi mengatasi masalah rabun jauh (miopia), rabun dekat (hiperopia) dan astigma (silau).

SejarahTeknik ini telah mula menjadi terkenal sejak lebih 10 tahun yang lalu. Teknik LASIK diperkenalkan oleh pakar ophthalmologist Colombia-bertempat di Sepanyol, Jose Barraquer, yang sekitar 1950 di kliniknya di Bogotá, Colombia. Beliau menggunakan teknik memotong lapisan nipis pada kornea dan mengubah bentuknya, melalui prosedur yang digelarnya sebagai keratomileusis.

ProsedurProsedur ini mengambil masa cuma kira-kira 10 minit. Selepas memasukkan titisan mata anestetik untuk mengebaskan

LASIKPenulis : Kapt (Dr) Rosedarina binti NordinFoto : Sumber Internet

KESIHATAN

Page 51: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

51

j o i n t f o r c e . m i l . m y

mata, doktor bedah mata akan membentuk satu lapisan nipis kornea (flap) dengan alat microkeratome (suatu alat pembedahan mikro yang amat halus dan jitu). Selepas flap ini dibentuk , ia diketepikan, dan permukaan kelengkungan kornea diubah bentuk dengan sinaran laser Excimer (lapisan tisu kornea yang diubah bentuk ini amat nipis sekali, ketebalannya dalam lingkungan mikrometer). Berlainan daripada sinaran laser biasa, laser Excimer membentuk semula permukaan tisu tanpa memberi kesan kerosakan haba atau keparutan kepada tisu-tisu sekeliling. Selepas sinaran laser ini, flap kornea yang masih terlekat dikembalikan ke kedudukan asal tanpa perlunya sebarang jahitan.

Sinaran laser mengubah bentuk kornea dan justeru kelengkungan kornea. Dalam kes rabun jauh (miopia) kelengkungan ini menjadi lebih rata; lebih curam dalam kes rabun dekat (hiperopia) atau lebih bulat dalam kes astigmatisme.

Kebaikan

1. Pembedahan yang singkat Dilakukan dalam masa kira-kira 10-15minit.

Pesakit tidak perlu dimasukkan ke wad lebih awal dan terus boleh pulang ke rumah setelah menjalani pembedahan.

2. Tidak menyakitkan Pesakit akan diberikan ubat bius mata dalam

bentuk titisan bagi menghilangkan rasa sakit.

3. Masa penyembuhan yang singkat Pesakit akan dinasihatkan untuk memakai

kacamata hitam selepas prosedur bagi mengelakkan silau selama 24 jam. Pesakit juga tidak perlu cuti sakit yang lama memadai sehari dua bagi kes-kes yang mudah dan tanpa komplikasi.

4. Bebas tanpa kacamata LASIK membolehkan pesakit bebas beraktiviti

tanpa perlu lagi mengenakan kacamata. Pesakit bebas melakukan aktiviti seperti memasak dan bersukan tanpa menggunakan kacamata lagi.

Kesan sampinganApabila selesainya prosedur, sesetengah pesakit akan merasa seperti rasa macam ada pasir semasa pejam celik mata (gritty sensation) atau mata kita jadi berair. Namun ada juga pesakit yg tidak mendapat kesan sampingan ini. Biasanya kesan sampingan ni, kalau ada pun, mungkin akan berlaku untuk 2-3 jam sahaja.

Sebelum hari pembedahan, pesakit biasanya dikehendaki menjalani pemeriksaan mata. Pesakit yang sebelumnya memakai kanta lekap hendaklah menanggalkannya seminggu sebelum pembedahan. Pada hari pemeriksaan mata, pesakit tidak dibenarkan memandu setelah pulang dari temujanji kerana pesakit akan diberikan ubat titis mata yang menjadikan otot-otot mata direhatkan dan anak

mata melebar. Pesakit akan berasa silau dan tidak boleh mengawal pandangan jauh dan dekat.

KeberkesananKetepatan pandangan mata (visual acuity) akan kekal stabil untuk beberapa lama selepas pembedahan LASIK bagi rabun jauh. Namun begitu, rabun dekat masih boleh berlaku apabila kita semakin berusia. Oleh itu, bagi pesakit berumur 40 tahun ke atas, pesakit akan dicadangkan untuk melakukan blended-LASIK untuk memastikan kita membetulkan masalah rabun dekat semasa pembedahan tersebut.

KosAnggaran kos pembedahan di Malaysia adalah kira-kira RM7000 sehingga RM9000 bergantung tempat yang menjadi pilihan. Harga yang dikenakan berbeza mengikut umur. Umur 40 tahun ke bawah dalam lebih murah berbanding umur 40 tahun ke atas.

Page 52: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

52

P U R P L E F O R C E 1 1

DIARI MK ABJANUARI - JUN 2015

JANUARI 2015

2 Jan 15 - Majlis Pemakaian Pangkat Anggota J4 Oleh AKS J4 di Pejabat J4.

2 Jan 15 - Majlis Pemakaian Pangkat PW 2 PNK Fazwin oleh Ketua Staf Mk AB di Pej KS Mk AB.

5 Jan 15 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Staf MK ATM di antara Laksamana Madya Datuk Hj Nasaruddin bin Othman dengan Pemangku Ketua Staf MK ATM, Mej Jen Datuk Baharom bin Hamzah bertempat di Bilik Kenanga Wisma Pertahanan disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera.

9 Jan 15 - Majlis Penyerahan Jaket k e p a d a M A L B AT T 8 5 0 - 1 d a n MALBATT 850-2 bagi misi United Nation Interim Force in Lebanon (UNIFIL) disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan.

9 Jan 15 – Majlis Perpisahan Pengarah Sekretariat Mk AB, Kdr Mohd Zulkiflee bin Hj Markam TLDM di Bilik Mesyuarat Mk AB.

52 DIARI MK AB

P U R P L E F O R C E 1 1

Page 53: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

53

j o i n t f o r c e . m i l . m y

DIARI MK ABJANUARI - JUN 2015

16 Jan 15 –Majlis Menandatangani Perjanjian Program Bajet Mengurus 2015 Kementerian Pertahanan di Auditorium Kementerian Pertahanan. Markas Angkatan Bersama telah menerima anugerah PTJ Terbaik tahun 2014.

16 Jan 15 - Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Kem Mk AB telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Kem Mk AB di Pejabat Pegawai Memerintah.

19-21 Jan 15 – Main Planning Conference Eks Capstone 2015 di Wisma Perwira ATM.

19 - 23 Jan 15 – Initial Planning Conference (IPC) bagi Eksesais Inter Service Joint Combined Training (IJCET) 2015 di Wisma Perwira ATM.

26 Jan 15 - Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP dan Majlis Persaraan Pegawai J3 Ops Domestik disempurnakan oleh AKS J3 di Mk AB.

53DIARI MK AB

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Page 54: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

54

P U R P L E F O R C E 1 1

FEBRUARI 2015

4-6 Feb 15 – Initial Planning Conference (IPC) Malaysia-China Combined Joint Military Exercise ‘Peace And Friendship 2015’ di Wisma Perwira ATM.

5 Feb 15 - Kunjungan Hormat Colonel Chong Seow Aik Desmond, Defence Adviser Singapore kepada Panglima Angkatan Bersama.

6 F e b 1 5 - M a j l i s p e m a k a i a n pangkat anggota kem oleh Pegawai Memerintah Kem di Pej Pegawai Memerintah Mk AB.

6 Feb 15 – Majlis Pemakaian Pangkat Mej Kamarulzaman bin Mohd Khamis TUDM kepada Lt Kol TUDM oleh Panglima Angkatan Bersama di Pejabat PAB.

9-11 Feb 15 – Initial Planning Conference Eks Bersama Lima 2015 di Wisma Perwira ATM.

54 DIARI MK AB

P U R P L E F O R C E 1 1

Page 55: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

55

j o i n t f o r c e . m i l . m y

DIARI MK AB

11-13 Feb 15 – Final Planning Conference Eks Bersama Shield 2015 di Wisma Perwira ATM.

13 Feb 15 – Majlis Pemakaian Pangkat kepada Mej Norzieana binti Ismail, Mej Ros Fazilah binti Jamaluddin TUDM, Mej Mohammad Shaharil Nizzam bin Basiron TUDM dan Mej Lee Poh Loon TUDM oleh Panglima Angkatan Bersama di Pejabat PAB.

17-18 Feb 15 – Concept Development Conference (CDC) dan Initial Planning Conference (IPC) Eks MALFRAN 2015 di Wisma Perwira ATM.

17 Feb 15 - Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Kem Mk AB oleh Pegawai Memerintah Kem Mk AB di Pejabat Pegawai Memerintah.

55DIARI MK AB

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Page 56: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

56

P U R P L E F O R C E 1 1

MAC 2015

6 Mac 15 – Kunjungan Hormat Rear Admiral Herve Blejean’s kepada PAB bersempena Seminar Maritime Security di Bilik Mesyuarat Mk AB.

9-13 Mac 15 - Mesyuarat Rapat SPL ke-34 LATGABMA MALINDO DARSASA 9AB2016 di Wisma Perwira ATM.

17 Mac 15 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Kem Mk AB oleh Lt Kol Alias bin Abu Bakar kepada Pemangku Pegawai Memerintah, Mej Zuhaidi bin Ismail disaksikan oleh Pengarah Sekretariat Mk AB, Kdr Erman Shahril bin Adlan TLDM.

23 Mac 15 – Majlis Pemakaian Pangkat Anggota J6 Sjn U (W) Marsita bt Saidin kepada P/Fsjn dan Kpl Engku Shariful Bahari bin Engku Salim kepada P/Sjn U yang telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf J6.

27 Mac 15 - Majlis Bacaan Yasin dan Doa Bulanan MK AB di Surau Luqman Al Hakim.

56 DIARI MK AB

P U R P L E F O R C E 1 1

Page 57: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

57

j o i n t f o r c e . m i l . m y

9 Apr 15 - Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP MK AB telah disempurnakan oleh AKS J3.

APRIL 2015

1 Apr 15 – Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf J5 Di antara Laksdya Dato’ Abdul Ghani Otman Dengan Laksda Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul Samad Yang Disaksikan Oleh Panglima Angkatan Bersama.

6 Apr 15 - Majlis Pemakaian Pangkat Kpl Sebenar Anggota Kem Mk AB Oleh Pegawai Memerintah Kepada 1151465 LKpl Jimmie Chu, 1154216 LKpl Azeri bin Mohamod dan 1154297 Lkpl Muhamad Haizat Bin Md Diah.

7 Apr 15 - Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Pejabat J6 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf J6.

10 Apr 15 – UKA Penggal Pertama diadakan di Taman Tasik Titiwangsa.

57DIARI MK AB

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Page 58: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

58

P U R P L E F O R C E 1 1

13-19 Apr 15 – Mesyuarat Rapat LATGABMA MALINDO DARSASA KPL 3 diadakan di Hotel Vistana Kuantan, Pahang.

13-15 Apr 15 – Main Planning Conference Eks Bersama Lima 2015 di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.

21-22 Apr 15 – Final Planning Conference Eks Inter Service Joint Combined Exchange Training (IJCET) di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.

23 Apr 15 – Audit BADSA di Bilik Mesyuarat Mk AB dipengerusikan oleh AKS J4.

28 Apr 15 - Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Kem Mk AB oleh Wakil Pegawai Memerintah Kem MK AB di Pej Pegawai Memerintah.

29 Apr 15 – Sukan Mingguan (Bola Sepak) Mk AB di Padang Komplek Perumahan Desa Tun Hussein Onn.

58 DIARI MK AB

P U R P L E F O R C E 1 1

Page 59: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

59

j o i n t f o r c e . m i l . m y

11 Mei 15 – Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf J7 Eksesais Laksma Datuk Khairul Anuar Bin Yahya kepada Laksma Dato’ Muhamad Ridzwan bin Abdul Rahman yang disaksikan oleh Panglima Angkatan Bersama bertempat di Bilik Mesyuarat Mk AB.

MEI 2015

5 Mei 15 – Majlis Pembukaan ‘Train The Trainer Course’ (T3) Ex Keris Aman Capstone 2015 oleh Pemangku Ketua Staf Mk AB, Mej Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM di Pusat Pengaman Malaysia, Port Dickson.

5-6 Mei 15 – Lawatan Tapak dan Taklimat Eksesais ARF DiREx 2015 di Tasoh Lake Resort, Perlis dihadiri oleh Pengarah J5, Kol Hj Mohamed Nazri bin Dashah TUDM dan pegawai-pegawai Mk AB yang terlibat dengan eksesais.

8 Mei 15 – Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera kepada Panglima Angkatan Bersama di Pejabat PAB.

11 Mei 15 – Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pegawai Memerintah di antara Mej Zuhaidi bin Ismail kepada Lt Kol Abdul Hamid bin Maarus. Manakala Serah Menyerah Tugas Jawatan Kuartermaster di antara Mej (KM) Abdul Halim bin Ludin kepada penggantinya iaitu Mej (KM) Abdul Karim bin Awang Kechik bertempat di Bilik Mesyuarat Mk AB.

59DIARI MK AB

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Page 60: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

60

P U R P L E F O R C E 1 1

13 Mei 15 –Hari Karnival Sukan Markas Angkatan Bersama yang diadakan di Kem Kementah.

20 Mei 15 – Majlis Perpisahan Pegawai J3 dan Pemakaian Pangkat Anggota J3 1103808 P/SSjn Nik Zainia Zakaria dan 728299 LUK Ahmad Shah Sharuddin oleh AKS J3. Turut diadakan majlis perpisahan Lt Kol Johan Juan Abdullah yang akan menamatkan perkhidmatan dan Mej Mohd Zaidi Mazlan TUDM yang akan menjalani misi Pemerhati PBB di Sahara Barat.

21 Mei 15 – Mesyuarat Koordinasi Eksesais Jerung Emas 2015 di Menara Petronas.

JUN 2015

2 Jun 15 – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Preventif Perubatan J9 oleh Kol (Dr) Rosli bin Kolob kepada Kol (Dr) Saravanan al Annamalai disaksikan oleh AKS J9.

3 - 5 Jun 15 - Lawatan AKS J5 ke Pulau Berhala, Sipadan, Pandanan dan Danawan.

60 DIARI MK AB

P U R P L E F O R C E 1 1

Page 61: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

61

j o i n t f o r c e . m i l . m y

61

8-12 Jun 15 – Concept Development Conference (CDC) Eks Bersama Warrior 2016 di PESAMA.

8 - 12 Jun 15 – Main Planning Conference (MPC) Malaysia – China Joint Combined Military Exercise ‘Peace and Friendship 2015’ di Wisma Perwira ATM.

29 Jun 15 – Majlis pemakaian pangkat Kpl kepada Sjn Muhainezan bt Muhamad - J5 telah disempurnakan oleh Pengarah J5, Kolonel Hj Mohamed Nazri Dashah TUDM di Markas Angkatan Bersama.

29 Jun 15 – Majlis pemakaian pangkat Kpl kepada Sjn Ust Hamidi bin Zakaria dan Pbt kepada LKpl Nasrol Hazly bin Saleh telah disempurnakan oleh Assisten Ketua Staf J1, Kept Hj Sahak Omar TLDM di Markas Angkatan Bersama.

30 Jun 15 - Majlis Penyerahan Cek PBB disempurnakan oleh Pengarah J3 Op Global, Kol Ayub Khan bin Mohamad Khan TUDM kepada Kpl Nur Syahied bin Taib. Majlis diadakan di 1 Kor Armor DiRaja.

61DIARI MK AB

j o i n t f o r c e . m i l . m y

Page 62: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation

62

P U R P L E F O R C E 1 1

Latihan TERAS BERSAMA telah dibangunkan sebagai satu siri latihan menyelam anggota Mk AB mulai tahun 2010. Seterusnya pada setiap tahun, lat ihan menyelam lanjutan diadakan bagi mengemas kini kelayakan penyelam-penyelam MK AB yang berkelayakan dan memberi pendedahan kepada anggota-anggota baru yang berminat untuk menyelam scuba. TERAS BERSAMA 4 telah dilaksanakan selama 3 hari iaitu mulai 11 hingga 13 Jun 2015. Latihan ini telah dilaksanakan di Pulau Tioman, Pahang Darul Makmur. Seramai 4 pegawai dan 12 anggota LLP telah menyertai latihan ini.

LATIHAN MENYELAM LANJUTAN JOINT SCUBA DIVING CLUB (JSDC) MARKAS ANGKATAN BERSAMA - TERAS BERSAMA 4Penulis/Foto: Mej Norisman bin Idris TUDM (Mk AB – J3 Op Khas)

Latihan lanjutan menyelam ini diadakan adalah untuk:

a. Mengemaskinikan kelayakan (Indate Dive Qualification) anggota-anggota yang berkelayakan menyelam Self-Contained Underwater Breathing Apparatus (SCUBA).

b. Mempert ingkatkan kemahiran individu di dalam pengendalian dan penyelenggaraan peralatan SCUBA.

c. Ahli JSDC MK AB juga dapat meningkatkan tahap profesionalisme dan esprit de corps dalam melaksanakan tugas didalam kumpulan melibatkan penugasan di perairan terbuka.

d. Mempraktikkan kemahiran mencari dan menyelamat di laut terbuka serta memupuk semangat kebersamaan ketika menjalani latihan kepada setiap anggota.

Latihan menyelam lanjutan ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut perancangan yang digariskan. Sungguhpun begitu penglibatan ahli-ahli masih kurang disebabkan penglibatan didalam penugasan lain semasa latihan ini dijalankan. Secara objektifnya latihan ini telah mematuhi KPI J3 (Operasi Khas).

62 RIADAH & SUKAN

Page 63: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation
Page 64: jointforce.miljointforces.mil.my/images/penerbitan/pdf/PurpleForce11.pdf · Tema yang telah dipersetujui bagi kitaran 3 tahun pertama (2015 hingga 2017) adalah Non-Combatant Evacuation