pengolahan falsafah yin yang dalam kitaran …

24
PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN PEMBENTUKAN MANUSIA MELALUI VIDEO EKSPERIMENTAL Goh Hui Ling Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus) 2010

Upload: others

Post on 25-Nov-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN

PEMBENTUKAN MANUSIA MELALUI VIDEO

EKSPERIMENTAL

Goh Hui Ling

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Seni Halus)

2010

Page 2: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

i

PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN

PEMBENTUKAN MANUSIA MELALUI VIDEO EKSPERIMENTAL

GOH HUI LING

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

Seni Halus

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2010

Page 3: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

ii

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

\

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Catatan: * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda

* Jika Tesis/ Laporan SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN

PEMBENTUKAN MANUSIA MELALUI VIDEO EKSPERIMENTAL SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya GOH HUI LING

mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pengdigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi

5. *sila tandakan

6.

Disahkan

Disahkan Oleh:

________________________ _______________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh : Tarikh:

Alamat Tetap: 170, LORONG KENANGA 3,

TAMAN DESA IMPIAN, O9000, KULIM,

KEDAH DARUL AMAN

.

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti

termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972)

(mengandungi maklumat Terhad yang telah

ditentukan oleh Organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan)

Page 4: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

iii

Projek bertajuk ‘Pengolahan Falsafah Yin Yang Dalam Kitaran Pembentukan

Manusia Melalui Video Eksperimental’ telah disediakan oleh Goh Hui Ling dan telah

diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Seni Halus.

Diterima untuk diperiksa oleh:

________________________

(PROF. MADYA HAJI ZULKALNAIN ZAINAL ABIDIN)

Tarikh:

________________________

Page 5: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

iv

PENGAKUAN

Penulis mengakui bahawa tidak terdapat bahagian penyelidikan, dihasilkan

atau dilaporkan dalam tesis ini yang telah digunakan sebagai bahan sokongan

untuk suatu ijazah atau kelulusan samada kepada universiti ini atau institusi

pengajian tinggi lain.

__________________________

( GOH HUI LING )

No Matrik : 18455

Page 6: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

v

Penghargaan

Saya amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan satu penulisan yang

cukup bermakna buat diri saya di samping mengajar saya sesuatu yang baru dan

berlainan serta berusaha untuk menyiapkan setiap satu bahagian.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah Seni

Halus terutamanya kepada Tn Haji Zulkalnain Zainal Abidin selaku penyelia saya,

yang sentiasa sedia membantu dan membimbing saya dengan penuh kesabaran

sepanjang masa ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada En Anuar, En Awang, En

Nasir, En Hakimi, Cik Siti dan En. Faiz yang sentiasa membimbing dan memberi

cadangan serta komen yang membina sehinggalah terhasilnya penulisan yang

cukup mantap dan bermakna ini.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga

saya yang sentiasa menyokong saya dan rakan-rakan yang telah membantu saya

secara langsung atau tidak langsung.

Page 7: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

vi

Abstrak

Karya ini secara simboliknya menunjukkan betapa susahnya seseorang itu

hendak membuat sesuaatu keputusan dalam hidupnya. Mengikut falsafah Cina,

simbol yin yang ini merujuk kepada dua aspek atau kuasa yang bertentangan.

Seperti DNA, walaupun ringkas namun ia mampu menghasilkan makhluk yang

paling kompleks di atas bumi ini…Aku dan Engkau!

Page 8: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

vii

Abstract

This artwork seeks to symbolically represent a small but significant part of

the intricacies in the decisions and paths we choose in life. In Chinese philosophy,

the Yin Yang symbol represents opposing forces or aspects. Like a strand of DNA,

so simple; and yet is capable of creating the most complex creatures on Earth……

You and Me!

Page 9: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

viii

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Halaman Depan i

Pengesahan ii

Pengakuan iv

Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

1.0 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 2

1.2 Kajian lepas 9

1.3 Kenyataan masalah 22

1.4 Hipotesis kajian 24

1.5 Objektif kajian 25

1.6 Persoalan kajian 25

1.7 Kepentingan kajian 26

1.8 Limitasi kajian 26

1.9 Rujukan tambahan 26

2.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.1 Pendahuluan 32

2.2 Kajian ilmiah 32

Rujukan primer

Temubual 33

Page 10: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

ix

Etnografi 37

Pengamatan 38

Rujukan sekunder 39

3.0 PERBINCANGAN

3.1 Tafsiran istilah 40

3.2 Penyelidikan (inti-pati penulisan) 42

Rumusan dan Hasil Kajian 43

4.0 KARYA

4.1 Pendahuluan 44

4.2 Kepentingan kajian 48

4.3 Kenyataan masalah dan permasalahan kajian 49

4.4 Hipotesis kajian 50

4.5 Objektif kajian 50

PERBINCANGAN 51

RUMUSAN DAN HASIL KAJIAN 54

BIBLIOGRAFI 55

LAMPIRAN 60

Page 11: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

1

Pengolahan Falsafah Yin Yang Dalam Kitaran Pembentukan Manusia Melalui

Video Eksperimental

1.0 Pengenalan

Penulisan ini adalah berkenaan perspektif atau sudut pandangan pengkaji ke

dalam dunia saintifik dan teknologi pada masa kini dengan menggunakan falsafah

cina. Di sini, pengkaji telah menerapkan penggunaan kosmologi cina yang

menitikberatkan kepercayaan kesatuan dan dualisme seperti yang tercatat dalam I-

Ching, Ormuz dan Ahriman dari Persians, ajaran Hindoo God Brahma, teori

mengenai semesta oleh Plato dan kepercayaan serta pengamalan orang Egypt

dahulu-kala ke atas proses pembentukan manusia menerusi penggunaan teknologi

seperti komputer dan dunia perubatan yang canggih. (Williams, 1988)

Pengkaji mengolah maksud Yin Yang dan proses pembentukan manusia

dengan terperinci. Setelah itu, pengkaji membuat penafsiran dari segi persamaan dan

perbezaan di antara kedua-dua perkara tersebut serta mengaitkannya sehingga mampu

menghasilkan suatu mesej yang baru kepada masyarakat.

Kajian ini dijalankan kerana pengkaji ingin membuka mata dan minda

masyarakat bagi meyaksikan sesuatu benda dari sudut pandangan yang berbeza dan

lebih kreatif serta berbeza sedikit dari norma-norma kehidupan tetapi pada masa yang

sama masih mampu untuk mengekalkan makna asalnya. Hal ini kerana, setiap insan

mempunyai pandangan yang berbeza seperti kata pepatah yang berbunyi rambut

manusia sama hitam tapi hati lain-lain.

Page 12: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

2

1.1 Pendahuluan

Feng shui bermula 3000 tahun dahulu. Sumber rujukan terawal yang ditemui

ialah ‘History of the Former Han Dynasty’ dan di dalamnya mengandungi rujukan

untuk ‘Golden Boxes of Geomancy’ dan ‘Terrestrial Confrontations for Palaces and

Houses’. Walau bagaimanapun tiada salinan asli yang ditemui sehingga kini. Ramai

yang percaya bahawa elemen-elemen semulajadi seperti angin dan air ini mampu

membentuk dan mengubah persekitaran. Feng shui membawa maksud angin dan air

dan secara teknikalnya ia bermaksud ‘The Art and Science of Reading a Landscape’.

(Carol Rzadkiewicz, 2009)

Pengamal feng shui telah mengenalpasti kepentingan ‘chi’ iaitu ‘breath of life’

dan dalam ajaran ‘Taoist’ pula ia bermaksud ‘a great dragon coursing through time,

space, heaven, and earth’. ‘Chi’ juga boleh menjadi ‘sheng’ yang membawa maksud

bersikap positif dan terus mara ke hadapan; ‘si’ pula bermaksud bersikap negatif dan

melambangkan ‘maut’ atau ‘sha’ yang turut membawa maksud yang sama tetapi

melambangkan saluran tenaga yang merbahayakan. (Carol Rzadkiewicz, 2009)

Selain itu, pengamal juga perasan bahawa ketidakseimbangan dalam elemen-

elemen semulajadi juga akan mengakibatkan ‘blockage’ di mana ‘chi’ akan dihalang

daripada berpusing secara bebas dalam suatu kitaran dan ini akan menyebabkan

persekitaran menerima impak yang negatif. Namun, feng shui juga boleh ditakrif dari

segi dan yang terdiri daripada dua elemen, (di mana ch’i, ,

Page 13: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

3

ialah “nafas”, yang juga merupakan air, wap dan cuaca) yang memainkan peranan

penting untuk membentuk serta menyeimbangkan segala benda dan juga hidupan di

atas bumi ini. (Carol Rzadkiewicz, 2009)

Yin dan yang merupakan ekspresi yang tiada penghujung di mana secara

semulajadinya ia akan dilahirkan semula atau diganti dan berpusing dalam suatu

kitaran dari masa ke semasa seperti bulan berputar dan mengelilingi bumi. Inilah

yang dikatakan evolusi di mana ia akan sentiasa berubah seiring dengan peredaran

masa dan zaman. Yin dan yang ini merupakan pusat bagi kesemua benda atau hidupan

atas bumi ini. Antara contoh-contoh bagi yin dan yang adalah:

Yin Yang

Bumi Langit

Perempuan Lelaki

Pasif Aktif

Kematian Kehidupan

Air Api

(Sumber : http://www.holisticonline.com/Acupuncture/acp_yin_yang.htm)

Page 14: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

4

Yang mewakili sesuatu yang positif manakala yin mewakili

sesuatu yang negatif. Simbol yang mewakili yin dan yang ini

dikenali sebagai ‘Tai Chi’. Nama ‘Tai Chi’ ini dikatakan

berasal daripada ‘I Ching’ iaitu sumber penemuan

falsafah cina yang terkemuka. Simbol ini merupakan suatu bulatan yang terhasil

daripada dua ‘tadpole’ yang berlainan warna iaitu putih dan hitam di mana warna

putih mewakili yang manakala warna hitam pula mewakili yin.

(http://fly.cc.fer.hr/~shlede/ying/yang.html)

Dalam ‘tadpole’ yang (putih) mempunyai benih yin (hitam) dan sebaliknya.

Walaupun selama mana kedua-dua ‘tadpole’ ini bersama, ia masih tidak dapat

bergabung untuk menjadi satu bulatan yang sempurna tanpa pembahagian. Walaupun

yin dan yang ini adalah bertentangan namun ia adalah saling-kait. Kalau tanpa yin

maka tiadalah yang dan sebaliknya. Jika terlebih yin pula, maka yang akan

berkurangan dan keadaan tidak seimbang ini akan mendatangkan kesan negatif

misalnya seseorang jatuh sakit dan sebagainya. (http://fact-

archive.com/encyclopedia/Yin_Yang)

Terdapat 4 elemen penting yang dalam simbol yin yang iaitu bulatan paling

luar dan besar di mana ia terbentuk daripada gabungan dua ‘tadpole’, melambangkan

segala-gala yang terdapat dalam semesta ini secara sempurna dengan hanya

melibatkan satu aspek atau boleh dikenali sebagai ‘wu chi’ (permulaan). ‘Tadpole’

yin dan yang, masing-masing membawa maksud penuh (gelap) dan kosong (cerah).

Page 15: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

5

Elemen ketiga adalah berkenaan, pembahagian yin dan yang yang diumpamakan

sebagai bumi dan langit, minda dan badan serta seumpamanya.Elemen yang terakhir

adalah benih atau mata kepada ‘tadpole’, ia memainkan peranan paling penting

kerana ia mampu mengubah atau mempengaruhi ‘tadpole’ secara menyeluruh.

(http://feng-shui.lovetoknow.com/ Yin Yang Symbol)

Jadi di sini pengkaji mendapati, konsep yin dan yang ini adalah tidak

berkekalan dan sentiasa bersilih-ganti. Contohnya, segelas air yang panas iaitu

berkonsepkan yang, akan bertukar menjadi yin apabila dibiarkan seketika atau

menambah ketulan ais ke dalamnya. Konsep yin dan yang memang wujud di

sekeliling kita pada setiap masa. Segala kejadian atau peristiwa yang menimpa kita

adalah berkaitrapat dengan konsep yin dan yang ini ataupun feng shui.

Proses perkembangan manusia

Pembentukan manusia di dalam rahim seorang wanita adalah kejadian yang

menakjubkan. Bermula dengan pertembungan di antara sperma lelaki dan ovum

wanita. Sperma ini mengandungi genetik yang memberi ciri-ciri kepada manusia

baru yang akan dikandungkan oleh kaum wanita. Seorang manusia yang sihat terdiri

daripada 46 kromosom di mana 23 daripadanya datang dari sperma lelaki dan

selebihnya pula dari ovum wanita. (Ahmad Muhajir, 2009)

Page 16: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

6

Sel-sel sperma dihasilkan dalam tubuh lelaki namun ia hanya dapat berfungsi

di dalam tubuh wanita. Lebih kurang 250 juta sperma yang akan dipancutkan ke

dalam badan wanita melalui vaginanya namun sebahagian besarnya akan mati dan

hanya satu atau kadang-kadang dua sahaja yang akan terselamat. Proses ini juga juga

dikenali sebagai survival of the fittest. Ovum akan mengeluarkan zat kimia untuk

menarik perhatian sperma dan saat pergabungan sperma dengan ovum ini dipanggil

fertilisasi. ( http://falsafahkejadianman.blogspot.com/)

Setelah ini, sel-sel ini akan membelah dan disusun serta dikembangkan

sehingga terbentuknya tulang, mata, hati, pembuluh darah atau kulit. Manusia berasal

dari tanah kerana unsur-unsur yang terdapat pada manusia dengan tanah adalah sama

iaitu Oksigen (O), Hidrogen (H), Zat Belerang (S), Zat Arang (C), Kalium (K),

Natrium (Na), Yodium (J), Karbon Dioksida (CO2), Air (H2O) dan zat-zat lainnya

yang berfungsi sebagai pelengkap. (Ahmad Muhajir, 2009)

Proses perkembangan bayi di dalam rahim ibu mengambil masa selama kira-

kira 16 minggu untuk membentuk seorang bayi yang lengkap dan dia akan kekal di

dalam rahim ibu sehingga kira-kira 9 bulan lamanya dan kemudiannya barulah

dilahirkan ke dunia ini.

Pada minggu pertama, 8 hari selepas bersenyawa, blastocyst yang

mengandungi 200 sel akan merembeskan sejenis mukus agar si ibu sedar akan

kewujudan si kecil ini di dalam rahimnya. Pada minggu kedua pula, blastocyst akan

mengelembung dan sel akan mula berkembang serta terbahagi kira-kira dua kali

sehari sehingga hari ke-12.

Page 17: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

7

Apabila masuk minggu ketiga, embrio yang bersaiz kira-kira 0.08 inci atau

2mm akan terbentuk. Ketika masuk minggu keempat pula, janin tersebut akan mula

membentuk struktur asas manusia. Embrio akan makin memanjang sehingga

mencecah 6mm. Pembentukan otak dan tulang belakang juga terbentuk pada minggu

ini. Embrio terus membesar dan sistem saraf, otak, tulang, jantung, buah pinggang,

organ produktif, usus hati serta pundi kencing turut terbentuk pada minggu kelima ini.

Menjelang minggu ke-6, badan si kecil akan mula terbentuk dan kepala pula

pada minggu ke-7. Muka si kecil pula akan terbentuk setelah masuk minggu ke-8, si

kecil akan dilengkapi dengan mata, hidung dan bibir.

Menjelang minggu ke-9, dia akan mula bergerak dan menjadi manusia yang

lengkap pada minggu ke-10. Pada minggu ke-11, alat kelaminnya akan kelihatan dan

kepalanya akan terangkat sedikit. Masuk minggu ke-12, jari dan telinganya akan

terbentuk, beratnya adalah lebih kurang 28 gram serta panjang kira-kira 8cm.

Pada minggu ke-13, kepalanya akan menjadi lebih besar dan kuku akan

kelihatan serta berlakunya perubahan hormon. Jantung dia akan kedengaran berdegup

di sekitar minggu ke-14. Miggu ke-15, kelopak matanya adalah tertutup dan pada

minggu ke-16 sehingga masuk usia 9 bulan, bayi tersebut akan menerima nutrien dari

plasenta ibunya.

Page 18: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

8

Jadual ini menunjukkan kategori manusia berdasarkan anggaran umur:

Era Approximate Age

Infancy Birth through 12-18 months

Toddlerhood Infancy to 3 years of age

Early childhood; sometimes called play age or

the preschool period

3-6 years of age

Middle childhood; sometimes called school

age or the latency period

6 years to puberty

Adolescence Puberty to about 21 or 22 years of

age

Young adulthood 21-22 to 45 years of age

Middle adulthood or middle age 45-65 years of age

Maturity; sometimes called old age or the

era of the elderly

65 yearsof age and older

Note: All chronological ages are approximate

Sumber: Erikson, 1963, 1968

Page 19: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

9

1.2 Kajian lepas

bermaksud I-Ching. ‘Jing’ bermaksud buku dan ‘yi’ bermaksud senang

dan ubah. Memandangkan I-Ching membawa maksud buku yang senang, maka orang

ramai sering menggelarnya "The Book of Ease" or "The Book of Changes". Tulisan

asal bagi tulisan ini adalah sedemikian , terdiri daripada symbol yang

menggabungkan matahari (atas) dengan bulan (bawah). Jadi, tidak hairanlah mengapa

masyarakat boleh memahami falsafah ini dengan mudah iaitu hanya dengan

penggunaan pengaplikasian matahari (Yang) dan bulan (Yin) dalamnya. (Allen Tsai,

1999)

Bahagian yang berwarna terang atau putih dipanggil Yang

(matahari) dan bahagian yang berwarna gelap adalah Yin

(bulan). Yang adalah lelaki dan Yin pula mewakili wanita.

Yang tidak akan tumbuh kalau tanpa Yin dan Yin pula

tidak mampu melahirkan zuriat tanpa Yang. Yin dilahirkan pada (permulaan) Summer

Solstice manakala Yang pula adalah pada (permulaan) Winter Solstice. Satu titik kecil

Yin ditandakan di kedudukan Summer Solstice dan satu titik kecil Yang turut

ditandakan di Winter Solstice sehingga menampakkan ia kelihatan seperti mata pada

‘tadpole’. (Allen Tsai, 1999)

Menyusun barang-barang di lokasi yang betul dan sesuai untuk memberi tuah

pada pemilik sesuatu premis merupakan ajaran seni feng shui yang ketinggalan

Page 20: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

10

zaman dan berlangsung pada era 90an. Pada masa kini, seni feng shui lebih dikenali

sebagai Pop Feng Shui atau New Age Feng Shui. (Joey Yap, 2007)

Pop Feng Shui atau New Age Feng Shui ini lebih menekankan kepada kesan

psikologi, emosi atau menuju ke arah motivasi. Misalnya, selepas menyaksikan suatu

fenomena atau video, seseorang mungkin akan berasa kesal dan mula bertaubat atau

berubah agar akan melalui kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

Pengkaji pernah memilih tragedi 13 Mei 1969 yang berlaku dalam Malaysia

untuk dikaitkan dengan falsafah yin yang kerana pengkaji berpendapat bahawa

penghasilan karya bergaya instrumentalisme mampu meninggalkan kesan yang

mendalam pada diri individu. Dengan ini, pengkaji telah mengamalkan ajaran Pop

Feng Shui atau New Age Feng Shui.

Rujukan karya artis

Pengkaji telah memilih beberapa karya artis sebagai rujukan kerana karya-

karya mereka mempunyai ciri-ciri yang boleh pengkaji terapkan dalam usaha

penghasilan karya tahun akhir ini.

Charles Cham

Beliau banyak dipengaruhi oleh falsafah Yin Yang. Karya yang dihasilkan

oleh beliau adalah ringkas dan seperti yin dan yang terdapat perbuatan saling di mana

sesuatu karya boleh dilihat dari dua perspektif samaada mengikut arahnya ataupun

bertentangan.

Page 21: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

11

Pengkaji telah mengambil idea dari konsep Charles melihat sesuatu benda di

mana pengkaji telah menghasilkan karya yang memerlukan penonton

menyaksikannya dengan dengan pintu hati. Seandainya, Charles mampu

menghasilkan karya yang membuatkan penontonnya terpaksa memilih samaada untuk

mengikut atau melawan norma-norma hidup, pengkaji pula ingin menghasilkan karya

yang sarat dengan mesej berguna sehingga memberi kesedaran kepada para penonton

untuk berhenti sejenak dan menoleh ke belakang, melihat apa yang telah mereka

lakukan demi mengejar keselesaan di duniawi ini.

Jerry Uelsmann

Floating Tree

Karya beliau yang bertajuk Floating Tree ini menunjukkan pokok tersebut sudah

bersedia untuk berangkat menuju ke langit jauh dari gunung-ganang. Pada

kebiasaannya, masyarakat hanya dapat melihat sesuatu dari segi luarannya sahaja.

Namun, dalam karya Uelsmann ini, beliau banyak menghasilkan sesuatu yang nyata

dan tidak nyata di mana ia akan membuatkan orang berfikir mengenai apa yang

tersurat dan tersirat dalam karya beliau.

Page 22: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

12

Pengkaji sangat kagum akan kebolehan beliau berfikir dan melihat sesuatu benda

dengan cara yang berlainan. Oleh itu, pengkaji telah merujuk pada karya beliau agar

dapat menghasilkan sebuah karya yang berorientasikan konsep sedemikian. Di sini,

pengkaji mendapat ilham untuk menafsir maksud Yin Yang lain daripada definisi-

definisi yang diperolehi samaada melalui buku atau yang diperolehi secara online.

Selain itu, melalui karya inilah pengkaji memulakan langkah pertama untuk

menghasilkan karya yang bergayakan fantasi atau surealisme.

Jim Thompson

YIN-YANG, Digital 24”x24”

Thompson telah menggunakan mata tertutup dan berwarna monokromatik dengan

mata terbuka yang diisi dengan warna sebenar untuk mewakili simbol yin yang. Mata

terbuka bermaksud terdapat kesedaran terhadap apa yang terjadi di sekeliling dan

sebaliknya untuk imej mata tertutup, di mana seseorang itu tidak endahkan masalah

yang tercetus di sekelilingnya. Orang tersebut hanya mementingkan dirinya.

Pada pendapat pengkaji, menafsir sesuatu yang tersirat adalah suatu perkara yang

sangat mencabar minda seseorang, terutamanya untuk memahami maksud sebenar

Page 23: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

13

sesuatu karya dan keadaan ini akan mencerminkan tahap kreativiti dalam imaginasi

manusia. Yin yang merupakan suatu ekspresi yang tiada penghujung dan tidak kekal

serta berputar dalam suatu putaran yang berbentuk bulat. Namun, apa yang

menyedihkan adalah orang ramai masih menafsir maksud Yin yang secara linear.

Mereka terlalu kaku dan tiada inisiatif untuk menghayati falsafah yang sungguh

bermakna dan indah ini. Mereka ini umpama anak burung yang kelaparan, segalanya

perlu disuap ke dalam mulut terus.

Laszlo Moholy-Nagy

Self-potrait, Photogram 1926

Nagy telah menggunakan muka beliau untuk menghasilkan karya ini. Beliau

menekapkan separuh daripada muka beliau di atas kertas photogram dan

kemudian didedah pada cahaya mengikut masa yang telah ditetapkan.

Imej yang dihasilkan oleh Nagy ini, telah memberi idea kepada pengkaji

untuk menghasilkan simbol yin dan yang, di mana ia tidak menonjolkan imej itu

secara terang-terangan. Kalau dilihat ia akan kelihatan seperti berlakunya gerhana

bulan yang menarik setelah ditambah beberapa ‘effect’.

Page 24: PENGOLAHAN FALSAFAH YIN YANG DALAM KITARAN …

14

karya pengkaji (sebahagian sedutan video, 2009)

Heinz Hajek-Halke

Black-and-white nude, 1936

Imej yang dihasilkan ini adalah sangat popular sekitar masa 1936. Jika

diperhatikan dengan betul, gabungan dua figura ini akan menghasilkan satu konsonon

‘x’. Imej yang dihasilkan oleh Halke ini sebenarnya mempunyai banyak maksudnya

yang tersendiri, namun, sebagai rakyat Malaysia yang mempraktikkan budaya Timur

dalam kehidupan seharian, pengkaji telah menghasilkan imejan seperti di bawah di

mana penggunaan ikon atau simbolik yang universal iaitu deoxyribonucleic acid

(DNA) untuk menggantikan imej manusia sebenar. Pengkaji mendapati bentuk imej

yang dihasilkan dengan struktur DNA ini seakan bentuk figura dalam karya Halke.

Seperti struktur DNA, nampak ringkas tetapi rumit.