teori kitaran ibn khaldun

51
HNF3012(GROUP K) PENSYARAH: PN.NORMALINA BINTI ALIAS AHLI KUMPULAN: NOR IZWATI BINTI MUHAMAD BAKHTIAR. (D20141067524) NAZIEFAH BINTI ABDUL AZIZ (D20141067515) NUR HASMIDA BINTI HASSAN (D20141067500) NOR ZAMIRA BINTI MAT NOH (D20141067517) SITI DIARABBI BINTI IZMI TAJUK: PERKEMBANGAN 4 PERINGKAT TAMADUN DARIPADA IBN KHALDUN

Upload: cikeunkyung

Post on 15-Sep-2015

773 views

Category:

Documents


51 download

TRANSCRIPT

TAJUK:PERKEMBANGAN 4 PERINGKAT TAMADUN DARIPADA IBN KHALDUNHNF3012(GROUP K)

PENSYARAH:PN.NORMALINA BINTI ALIASAHLI KUMPULAN:NOR IZWATI BINTI MUHAMAD BAKHTIAR.(D20141067524)NAZIEFAH BINTI ABDUL AZIZ(D20141067515)NUR HASMIDA BINTI HASSAN(D20141067500)NOR ZAMIRA BINTI MAT NOH(D20141067517)SITI DIARABBI BINTI IZMI(D20141067576)

1. PENGENALANIbn Khaldun dikatakan tokoh terulung pertama yang membuat kajian secara saintifik mengenai teori kitaran tamadun atau perkembangan peradaban sesebuah bangsa. Perbincangan dan penilaian objektif tentang kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun manusia sangat bergantung kepada teori yang telah diperkenalkan oleh beliau. Melalui pemikiran Ibn Khaldun terdapat teori kitaran mengenai kehidupan manusia iaitu berkenaan kelahiran, kehidupan dan kematian seseorang manusia sebagai peryataan terhadap teori perkembangan dan peradaban atau ketamadunan manusia. Ibn Khaldun kemudiannya mengembangkan teori evolusi primer ini kepada perkembangan masyarakat. Melalui teori ini, Ibn Khaldun telah menyatakan empat peringkat yang menjadi kitaran dalam sesebuah tamadun iaitu Kelahiran, Perkembangan, Kegemilangan dan akhirnya kemerosotan. Istilah Tamadun yang membawa kata ketamadunan itu sendiri berasal dari terminologi yang diguna pakai oleh Ibn Khaldun daripada perkataan Mudun, yakni kota atau bandar. Merujuk kepada kota yang didiami masyarakat yang tersusun dengan peraturan, norma, dan nilai kolektif yang khusus.[footnoteRef:2] Ibn Khaldun menerokai kajian kritis terhadap sejarah. Beliau menyediakan kajian analisis mengenai tamadun manusia, permulaannya, faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuannya dan sebab-sebab kejatuhannya. Oleh itu, beliau telah mengasaskan satu sains baru iaitu sains kemajuan sosial atau sosiologi. Bagi Ibn Khaldun, tamadun atau peradaban merupakan perbandingan antara kehidupan desa dengan kehidupan bandar serta perbentukan dan kejatuhan sebuah pemerintahan. Malahan, beliau juga berpendapat peradaban merupakan satu tahap perubahan masyarakat daripada kehidupan berpindah-randah dan mundur kepada peringkat yang lebih maju dan menetap dibandar. [2: Mohd Saleeh Rahamad.Satera Teras Negera Bangsa.2014.Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.]

Ibn Khaldun sememangnya amat terkenal dalam memperkenalkan teori pusingan sejarah atau Historical Circle yang memberi gambaran tentang proses pembangunan dan kejatuhan sesebuah dinasti atau empayar. Beliau berpendapat bahawa satu kehidupan dalam sebuah peradaban mempunyai satu proses pusingan usianya tersendiri. Di mana, pada permulaan sesebuah tamadun akan dimulai dengan semangat Assabiyah iaitu perasaan cintakan bangsa atau kelompok dan mendorong masyarakat untuk memilih pemimpin, mewujudkan kerajaan. Seterusnya membina teknologi, kesenian, ilmu pengetahuan serta perdagangan. Kemajuan yang dicapai ini akan menghasilkan satu bentuk kehidupan yang mewah yang melampaui kehidupan asas masyarakat. Semua ini berlaku apabila manusia tinggal di bandar. Namun, kemajuan yang dinikmati masyarakat tidak akan kekal selamanya. Apabila kemewahan berada ditahap puncaknya, budaya biadap akan melanda masyarkat dan terdapat kelalaian daripada kalangan pemerintah. Semangat Assabiyah mula menjadi luntur dan gejala rasuah dan pembaziran semakin berleluasa. Pada ketika itu, tamadun tersebut sedang berada diambang keruntuhan dan hanya boleh diselamatkan sekiranya pemimpin mulai sedar dan kembali membina pegangan agama. Hal ini menunjukkan keruntuhan akhlak telah membawa kemerosotan sesebuah tamadun.1.1 DEFINISI TAMADUNMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Tamadun bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran dari segi politik, ekonomi, sosial dan lain-lain yang tinggi.Tersebarnya wahyu Ilahi yang dibawa oleh Rasulullah SAW secara langsung menunjukkan bahawa Islam telah membawa pengaruh besar terhadap ketamadunan manusia sejagat meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.[footnoteRef:3] Istilah tamadun berdasarkan bahasa Arab adalah Umran. Menurut Ibn Khaldun dalam Fadhul Hadratul Islamiah Wal Arabiah alal Ilmi oleh Zakaria Hashim Zakaria (1970), mengatakan bahawa Umran adalah membayangkan sekumpulan orang yang tinggal di suatu tempat dalam keadaan subur dan makmur. Malahan, terdapat binaan-binaan bangunan atau kota-kota yang didirikan oleh para pemerintah. [3: Wan Abdullah Haji Wan Mahmood.Sejarah Tamadun Islam.1991.Kuala Lumur: BIROTEKS ITM]

Ibn Khaldun juga ada menyatakan dalam Petunjuk Sepanjang Jalan oleh Sayyid Qutb(1079) tentang istilah Hadharah yang menggambarkan suatu wilayah yang didiami oleh sekumpulan manusia dalam keadaan aman dan makmur, serta memiliki ciri-ciri kehidupan yang ketara dalam bidang ilmu pengetahuan , sistem pemerintahan dan kepercayaan kepada agama. Istilah ini juga merujuk kepada kehidupan menetap. Hadharah, adalah satu keadaan kehidupan yang berada ditahap yang maju. Lawannya pula adalah Badawah. Badawah adalah kehidupan yang sentiasa bersandar dengan cara hidup nomad, sama ada dalam pertanian, perburuan dan ternakan untuk memenuhi keperluan hidup. Walau bagaimanapun kehidupan Hadharah adalah sebaliknya, dimana keperluan kehidupan banyak tertumpu pada kepada unsur-unsur yang bercorak teknologi, termasuk industri dan perdagangan.[footnoteRef:4] Istilah Hadharah mengandungi dua pengertian iaitu berdasarkan pengertian objektif bermaksud suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi dalam sesuatu masyarakat. Manakala pengertian yang subjektif pula membawa maksud suatu peringkat perkembangan kehidupan manusia yang tinggi yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas. Antara istilah lain dalam bahasa Arab adalah Madaniah yang bermaksud suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrastruktur. Istilah ini juga telah digunakan oleh Farid Wajdi dan Muhammad Abduh dalam penulisan mereka. [4: Esa Khalid.Konsep Tamadun Islam Sains Dan Teknologi.2001.Universiti Teknologi Malaysia.]

Istilah Tamadun berdasarkan bahasa Inggeris pula, diletakkan oleh kebanyakkan para sarjana dengan istilah Culture dan Civilization sebagai dua perkataan dalam satu pengertian sebagaimana diungkapkan oleh ahli sosiologi Inggeris yang bernama Arnold J. Toynbee dalam Qiamu Hadhariah Fil Quranil Karim; Taufiq Mohd. Sabi (1972), menyatakan bahawa Culture itu bermakna Civilization yang secara langsung memberi gambaran mengenai agama, senibina, seni lukis, akhlak dan adat istiadat. Perkataan civilization berasal daripada kata civitas yang membawa erti bandar. Menerusi bahasa Melayu pula, Abu Bakar Hamzah (1972:12) mengatakan bahawa perkataan tamadun lahir seiring sejalan dengan perkembangan hidup kehidupan masyarakat setempat dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan. Manakala perkataan peradaban pula adalah pencapaian semua aspek pemikiran, moral, social dan kebendaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Hasil daripada istilah-istilah yang dikemukakan oleh para sarjana dalam berbagai bahasa dan bangsa telah menunjukkan bahawa tamadun itu bermaksud kemajuan dalam segala aspek.[footnoteRef:5] [5: Ibid.]

2. LATAR BELAKANG IBN KHALDUN

Ibn Khaldun dilahirkan di Tunisia pada bulan Ramadhan 734H (27 Mei 1332). Beliau berasal daripada sebuah keluarga Andalusia yang telah berhijrah dari Andalusia (Sepanyol Islam) ke Tunisia pada abad ke-7H. Beliau bernama Wali al- Din Abd al- Rahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin al- Hasan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abd al- Rahman ibni Khaldun. Ibn Khaldun menyusur galurkan asal usulnya kepada Arab Yaman di Hadramaut dan salasilahnya kepada Wailibni Hajar,bersandarkan laporan Ibnu Hazm,[footnoteRef:6] pengkaji salasilah Andalusia. Menurut salasilah ini, Ibn Khaldun ialah keturunan keluarga salah satu daripada suku Arab yang tertua. [6: Ibnu Hazm meninggal dunia pada 457H, TM1065.]

Dalam masa yang sama, beliau dikatakan berasal daripada keluarga Andalusia yang terkenal dan berpengaruh dalam era penaklukan. Moyangnya, Khalid yang dikenali sebagai Khaldun telah memasuki Andalusia dengan pasukan Yaman. Pada mulanya mereka menetap di bandar Caramona dan memulakan kehidupan berkeluarga. Keturunan beliau kemudiannya berpindah ke Seville. Bani Khaldun pula muncul pada akhir abad ke-3 semasa pemerintahan Amir Abdullah ibni Muhammad, Bani Umayyad (274- 300H), pada zaman Andalusia sedang bergolak dengan penentangan dan revolusi yang berlanjutan kebanyak bahagian lain negara itu. Ibn Khaldun juga dididik bapanya yang turut menjadi guru pertamanya. Beliau membaca Al- Quran dan menghafalnya serta mengkaji bentuk qiraat yang berbeza dan terjemahan, serta Hadith dan sistem perundangan. Beliau diajar nahu dan retorik oleh pujangga Tunisia yang amat terkenal pada masa Tunisia menjadi pusat pembelajaran di Afrika Utara[footnoteRef:7] dan kediaman bagi beberapa cendekiawan Andalusia. Ibn Khaldun juga ada menyebut nama sebahagian daripada buku yang dikajinya dan berjaya sehingga satu tahap dalam bidang Hadith dan sistem undang-undang Maliki, bidang kajian filologi dan puisi.[footnoteRef:8] Beliau kemudiannya menyambung pengajian hingga mencapai umur 18 tahun. Pada ketika itulahAfrika Utara menderita bencana besar yang menimpa seluruh dunia Islam dari Samarqand ke Mauritania. Ia dimaksudkan sebagai Wabak Besar atau wabak menyapu seperti yang dinamakan oleh Ibnu Khaldun. [7: Afrika Utara yang dimaksudkan di sini adalah kecuali Mesir.] [8: Lihat Autobiografi Ibnu Khaldun( Al- Tarif) Kitab al- Ibar (Bulaq), Jilid vii, hlm. 348- 385.]

Antara guru yang mengajarnya dalam ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah Muhammad Ibrahim Al-Abiliti, Abu Abd Allah Al-Jayyani dan Abd Allah Muhammad bin Abd Al-Salam. Beliau mempunyai sifat peribadi yang tegas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Selain itu juga, kebolehan beliau dalam bidang sosiologi mengangkatkan lagi martabat beliau sebagai seorang ahli cendekiawan yang agung. Beliau mengamalkan sifat rendah diri dan tidak mementingkan pangkat dan bijak menyelesaikan masalah. Malah, turut mempunyai kepakaran dalam ilmu kemasyarakatan, pendidikan, keagamaan, tamadun, undang-undang dan falsafah. Perjalanan hidup beliau dipenuhi dengan berbagai peristiwa, pengembaraan dan perubahan.Ibn Khaldun sememangnya berbeza dari ahli sejarah Islam yang lain kerana beliau menganggap sejarah sebagai satu ilmu yang wajar dicari, dan bukannya sekadar rakaman cerita. Beliau menulis sejarah dengan cara penerangan dan pemikiran yang baharu, dan pemikiran serta kajiannya telah membawanya mengasaskan sejenis falsafah sosial.[footnoteRef:9] Meskipun Ibn Khaldun menjadi seorang cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh ramai cendekiawan Barat kerana buah fikiran beliau. Tetapi jarang sekali umat Islam mengkaji tentang ilmu beliau. Namun demikian, sumbangan beliau banyak dimuatkan dalam hasil karya beliau iaitu Al-Muqaddimah yang merupakan kitab teragung yang beliau hasilkan. [9: Mohammad Abdullah Enan (2012). Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, hlmn 79.]

Kitab Al-Muqaddimah yang bermaksud pendahuluan ini merupakan kitab terbesar yang dihasilkan oleh beliau. Di dalam kitab tersebut memuatkan persuratan tentang sejarah, falsafah dan sosiologi, termasuk juga pendidikan. Tema utama dalam kitab beliau adalah mengecam fakta-fakta psikologi, ekonomi, alam sekitar dan juga kemasyarakatan yang memainkan peranan penting dalam proses memajukan peradaban manusia dan perjalanan sejarahnya. Beliau telah membuat pelbagai analisis tentang dinamikah hubungan kumpulan-kumpulan dan menunjukkan bagaimana setia kawan dan perpaduan sosial.Mengenai tempat tinggal Ibn Khaldun yang terakhir, Al- Sakhawi menulis bahawa beliau telah disemadikan di tanah perkuburan Sufi di luar Bab al- Nasr, dan Al- Maqrizi berkata tanah perkuburan tersebut terletak di antara beberapa makam dan tanah perkuburan yang telah dibina oleh amir dan orang kenamaan pada abadke- 8H, di luar Bab al- Nasr menghala kearah al- Raydaniyyah (sekarang Al- Abbasiyah).[footnoteRef:10] Tanah perkuburan ini telah disediakan golongan Sufi dari Institut Al- Salahiyyah (Khanqah), sekitar penghujung abad ke- 8. Walaupun telah lama meninggal dunia, pemikiran cemerlang yang dimilikinya telah menjadikan Ibn Khaldun seorang yang mempunyai pengaruh besar bagi cendekiawan-cendekiawan barat dan timur. [10: Al- Khitat, Jilid ii, hlm. 463.]

3. CABARAN MEMBINA TAMADUN MENURUT IBN KHALDUNTamadun mempunyai makna yang pelbagai, menurut padangan sarjana islam mahupun barat yang membawa maksud kemajuan yang dicapai oleh sesebuah masyarakat sehingga mengangkat martabat sesebuah kelompok masyarakat tersebut menjadi tamadun. Antara contoh tamadun yang agung ialah Tamadun Mesir Purba, Mesotopomia, Tamadun Hwang Ho dan lain- lain lagi. Pelbagai cabaran yang harus ditempuhi terutamanya golongan pemerintah bagi mewujudkan sebuah tamadun yang agung. Bahkan tamadun tersebut juga haruslah bersedia menghadapi sebarang masalah yang wujud bermula daripada fasa permulaan sehingga fasa kegemilangan bagi mempertahankan tamadun yang dibina. Menurut buku Muqaddimah karya Ibn Kaldun, terdapat empat fasa kitaran sesebuah tamadun. Setiap fasa mempunyai perbezaan sama ada dari sudut politik, ekonomi dan juga sosial bergantung kepada tampuk pemerintahan tersebut. Antara ciri-ciri sesebuah negara itu digelar tamadun ialah bentuk agama yang tinggi, negara yang tersusun rapi, mempunyai sistem undang-undang, bahasa dan sistem tulisan yang maju dan bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.Antara cabaran membina tamadun menurut pandangan Ibn Khaldun dari aspek agama, bangsa dan juga budaya. 3.1 Hubungan Antara Agama Dengan TamadunSetiap tamadun yang berkembang di negara ini mempunyai agama yang tersendiri. Agama adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam kajian ketamadunan. Aspek ini juga merupakan fenomena yang amat penting kepada manusia kerana aspek ini merupakan sebahagian daripada manusia. Berasaskan fahaman sekular hanya melibatka kebendaan.[footnoteRef:11] Sebelum masyarakat tersebut berkembang maju aspek keagamaan memainkan peranan yang penting bagi menjaga nilai mahupun adap yang akan dibina oleh tamadun tersebut berdasarkan agama. [11: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir dan Siti Halimah Putung. 2012. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Universiti Malaya: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hlm 6]

Cabaran sesebuah tamadun dalam aspek agama ialah bagaimana tampuk pemerintahan yang dijalankan itu mengaplikasikan aspek keagamaan sama ada dalam masyarakat ataupun dalam kalangan kaum kerabat mereka. Cabaran dari aspek agama ini juga mampu menjatuhkan dan menaikkan sesebuah tamadun. Hal ini kerana melalui didikan agama mempu melahirkan masyarakat yang mempunyi moral yang tinggi.Ibn Khaldun cuba menghantar mesej yang jelas kepada pembaca khususnya umat Islam kini melalui bukunya Muqaddimah bahawa peradaban adalah sesuatu yang perlu ditanam, dibaja dan disiram dan disuburkan. Yang akan menentukan wajah dan citra peradaban itu adalah manusianya. Maka itu manusia perlu dibentuk adabnya dan harus bermula dari peringkat yang paling awal. Generasi beradab hanya akan dapat dilahirkan dengan asuhan nilai-nilai yang mulia. Beliau juga membahaskan mengenai pendidikan kanak-kanak (talim al-wildan) (elementary education) yang diceritakan dalam Muqaddimah.[footnoteRef:12]Dalam hal ini beliau mengingatkan betapa perlunya menjadikan Al-Quran sebagai asas landasan bagi pendidikan kanak-kanak. Hal ini kerana Al-Quran mesti dijadikan sumber dan asas kepada pembinaan malakah (tabiat) yang akan diperolehi oleh anak tersebut apabila membesar. [12: Ahmadie Thoha (penterjemah). 2001. Muqaddimah Ibn Khaldun. Jakarta: Pustaka Firdaus. Hlm 547-553]

Sebagai contoh, beliau memberikan contoh mengenai pesanan Khalifah al- Rashid kepada Khalaf al-Ahmar yang diamanahkan untuk mendidik anaknya Muhammad al-Amin yang masih kecil. Antara pesan al-Rashid ialah wahai Ahmar, sesungguhnya Amir al-Muminin telah menyerahkan padamu buah hatinya, maka kini ikatlah tanganmu padanya manakala dia mesti taat padamu. Lakukanlah sepertimana yang engkau telah diamanahkan oleh Amir al-Muminin. Ajarkan dia membaca al-Quran. Di samping itu al-Rashid memperingatkan supaya mengajarkan anaknya dengan sejarah, syair, sunnah dan seni pertuturan. Oleh itu, jelaslah bahawa aspek utama dalam membina tamadun haruslah bermula dengan agama yang perlu dipandang serius sejak daripada fasa penubuhan lagi. Hal ini supaya generasi yang mempunyai agama ini mampu memimpin sesebuah kelompok masyrakat yang membangun tersebut kearah fasa kedua iaitu pengukuhan dan seterusnya dengan nilai moral yang berguna. Sekiranya aspek ini diabaikan nescaya sesebuah masyarakat tersebut akan mengalami masalah sewaktu zaman kegemilangannya sehinggakan boleh menjadi punca kepada keruntuhan ataupun kemerosotan sesebuah tamadun.Sebagai contoh, Daulah Uthmaniyyah sewaktu di fasa kemerosotan, tampuk kepimpinan telah mengabaikan ajaran Islam apabila mula meniru gaya barat bagi mengeluarkan daulah Uthmaniyah daripada terus dibelenggu masalah.[footnoteRef:13] Hal ini menyebabkan ramai rakyat yang memberontak apabila hak persamaan golongan muslimin disamakan dengan golongan bukan muslimin.[footnoteRef:14] Namun bagi membina tamadun aspek keagamaan haruslah seiring dengan keduniaan dan aspek agama juga tidak boleh dipandang remeh. Jelaslah menurut Ibn Khaldun aspek ini haruslah diterapkan sejak dari mula lagi. [13: Fadhlullah Jamil.Islam di Asia Barat moden, penjajahan dan pergolakan.2007.Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd. Hlm 134] [14: Syafiq A. Mughni. Sejarah Kebudayaan Islam.1997. Jakarta: Logos Wacana Ilmu. Hlm 129]

3.2 Hubungan Antara Budaya dengan TamadunBudaya merujuk kepada tatacara ataupun reaksi masyarakat tersebut bertindak ke atas persekitarannya (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Kehidupan yang bertamadun, masyarakat manusianya dicirikan sebagai masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi dan terpuji.Menurut Mathew (2001), personaliti rakyat sesebuah negara dibentuk oleh keadaan semulajadi serta jenis persekitaran dimana mereka berada.Cabaran yang dihadapi dalam aspek ini ialah bagaimana sesebuah masyarakat tersebut mula berinteraksi dengan keadaan sekeliling yang merujuk kepada persekitaran harian mereka supaya memberikan impak yang positif kepada mereka. Hal ini bermula apabila manusia tersebut mula beriteraksi dengan keadaan sekeliling sehingga mewujudkan satu budaya yang baru pada fasa permulaan penubuhan tamadun tersebut. Namun lama kelamaan aspek budaya ini juga bertukar menjadi pekerjaan seharian mereka. Sebagai contoh budaya dalam bidang pertanian. Hal ini terjadi apabila budaya yang diamalkan tersebut mampu dijadikan sebagai sumber ekonomi sesebuah masyarakat tersebut sehingga membawa kepada pengukuhan ataupun pembinaan sesebuah tamadun. Ibn Khaldun di dalam bukunya menyebut mengenai iklim yang mempengaruhi kebudayaan sesebuah masyarakat ataupun tamadun tersebut.[footnoteRef:15]Pendedahan mengenai kaitan di antara iklim terhadap tingkah laku manusia di dalam Muqaddimah merupakan cetusan idea Ibn Khaldun yang diperolehi beliau melalui pengalaman sepanjang perantauannya. Aspek psikologi yang amat berkait rapat dengan sikap dan budaya hidup manusia perlu diketahui. Sebagai contoh, Ibn Khaldun mengemukakan dua perbezaanwatak manusia di dua kawasan berbeza. [15: Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad, Nurdeng Deuraseh, Sri Rahayu Ismail dan Haslinda Abdullah. Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinva Dalam Tamadun Kontemporari.2009.Universiti Putera Malaysia: Perpustakaan Negara. Hlm 358]

Bagi kawasan yang beriklim sederhana, Ibn Khaldun menggambarkan suasana yang harmoni di antara watak manusia serta keadaan persekitarannya yang mempunyai tanah yang subur, perumahan yang teratur serta terdiri dari bahan-bahan binaan yang baik.[footnoteRef:16] Manakala di kawasan yang terlampau panas ataupun sejuk iklimnya, beliau menggambarkan watak bangsa yang lebih cenderung ke arah watak yang agak kasar. Kelompok ini juga memiliki tamadun yang agak mundur iaitu mereka tinggal di gua, hutan belukar serta tidak bergaul di antara satu sama lain. Beliau mengambil contoh Hadramaut serta Jamamah sebagai mereka yang berperlakuan begini.[footnoteRef:17] [16: Ibid, Hlm 359] [17: Ibid, Hlm 360]

Sebagai contoh mengenai perkara yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun mengenai suasana iklim juga memberi kesan terhadap kesuburan tanah. Kesan daripada itu, masyarakat setempat tersebut boleh mengusahakan aspek pertanian bagi meningkatkan lagi mobiliti sosial mereka. Sebagai contoh, Tamadun China, apabila alam sekitar telah mempengaruhi tamadun tersebut untuk mempunyai kedudukan yang unggul dalam sejarah perkembangan peradaban Cina kerana dalam tempoh terdekat ini, aktiviti-aktiviti pertanian telah dimulakan. Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran tinggi Loes, menggalakkan penanaman bijirin, bersesuaian dengan keadaan cuaca gersang di bahagian timur negeri China.Tamadun ini juga telah menciptakan sistem pertanian purba apabila memperlihatkan kesanggupan manusia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan lokasi geografi yang berbeza (di kedua-dua dataran Loes tinggi dan lembah Sungai Yangzi), dan menghasilkan apa yang disebut Kebudayaan Milet (Bijirin) dan Kebudayaan Sawah Padi yang wujud secara berasingan di bahagian utara dan selatan China. Kedua-dua jenis kebudayaan tersebut telah mengasaskan peradaban pertanian di negara China untuk selama beberapa ribu tahun sekaligus meningkatkan kegemilangan tamadun tersebut dimata dunia mengenai aspek pertanian yang dijalankan.

3.3 Hubungan Antara Bangsa dengan TamadunAntara cabaran utama bagi mewujudkan sebuah tamadun juga bermula dengan bilangan bangsa yang terdapat di dalam sesebuah tamadun tersebut. Hal ini bergantung kepada kemampuan pemerintah negara tersebut dalam mengawal kepelbagaian bangsa yang terdapat dalam sesebuah negara tersebut. Perbezaan dari segi bangsa juga mampu menaikkan tamadun tersebut sekiranya mereka bersatu malah mampu menjatuhkan tamadun tersebut sekiranya wujud pertikaian pendapat mengenai sesuatu perkara. Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki oleh lebih daripada satu bangsa atau kaum seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa atau kaum di Eropah dan Amerika Utara. Manakala Tamadun Islam telah bangun dan berkembang dengan dilatari oleh pelbagai budaya dan bangsa. Secara teorinya, tamadun dan bangsa mempunyai kaitan walaupun selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan. Namun demikian imej sesuatu tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa yang menerajui tamadun itu.Namun kesemua bangsa tersebut haruslah mempunyai semangat perpaduan yang tinggi bagi menjamin kelancaran bagi membina sesebuah tamadun tersebut. Bagi mewujudkan semangat perpaduan tersebut Ibn Khaldun telah memperkenalkan konsep assabiyyah berdasarkan semangat kekitaan yang diamalkan pada zaman masyarakat jahilliah dahulu.[footnoteRef:18] Bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelbagai bangsa yang ada untuk menangani cabaran dalam pembentukkan tamadun samaada dalam fasa pertama sehingga terakhir aspek ini memainkan peranan penting dalam era kegemilangan sesebuah tamadun. [18: Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988. Sejarawan dan Pensejarahan Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 187]

Ibn Khaldun melihat dari aspek positif semangat asabiyyah untuk diaplikasikan oleh beliau dalam proses kitaran tamadun.[footnoteRef:19] Beliau melihat proses sejarah sebagai sesuatu kitaran yang konsisten yang mematuhi hukum tertentu. Berasaskan pengamatan ini beliau dapat menjangkakan misalnya tempoh kitaran yang dikatakan bertahan sekitar tiga generasi. Generasi awal dikatakan memiliki semangat juang dan kekuatan asabiyyah yang tinggi, manakala generasi pertengahan memiliki keupayaan intelek, ilmu dan kraf, manakala generasi berikutnya adalah generasi yang mula mabuk kemewahan, kehilangan adab, akhlak dan jati diri yang akhirnya membawa kepada kemerosotan. Hal ini akan berterusan menjadi punca kemerosotan sesebuah tamadun sekiranya semangat Asabiyyah ini diabaikan akibat terpengaruh dengan kemewahan dunia. [19: Ibid, Hlm 188]

Contohnya, dalam proses pembinaan sebuah negara islam ataupun tamadun islam Nabi Muhammad S.A.W menghadapi pelbagai cabaran dalam membentuk sebuah negara islam di Madinah. Hal ini kerana penduduk Madinah mempunyai kaum yang pelbagai dan latar belakang agama yang berbeza. Malah semangat Assabiyyah dalam kalangan masyarakat Madinah juga sukar diwujudkan apabila wujud kelompok yang tidak menyukai ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Sebagai contoh sewaktu Perang Uhud pada 625 Masihi, tentera kafir Mekah menghantar seramai 3000 tentera yang berkubu di Bukit Uhud.[footnoteRef:20] Tentera ini diketuai oleh Abu Sufian bagi berperang dengan tentera Muslim di Madinah seramai 700 orang tentera manakala 300 tentera yang dipimpin oleh Abdullah bin Ubai telah berpatah balik ke Madinah.[footnoteRef:21] Namun bagi mewujudkan semangat Assabiyyah tersebut beberapa perjanjian juga telah termeterai. Situasi ini jelaslah menunjukkan bahawa semangat Assabiyyah dalam kalangan yang pelbagai kaum menjadi satu cabaran bagi membina sesebuah tamadun. Oleh itu, amat jelaslah bahawa semangat Assabiyyah ataupun semangat perpaduan amat penting seperti mana yang dikatakan oleh Ibn Khaldun dalam proses kitaran tamadun melalui bukunya Muqaddimah. [20: Mohamad Nurhakim. 2008. Jatuhnya Sebuah Tamadun. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Hlm 35] [21: Ibid, Hlm 36]

4.0 TEORI KITARAN TAMADUN Teori Ibn Khaldun (1332-1406) dalam bukunya Al-Muqaddimah menyatakan bahawa pencapaian manusia sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka pemikiran kea rah penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai seni. Oleh yang demikian, melalui teori tersebut, beliau telah memperlihatkan teori kitaran dari sudut kebangkitan kerajaan atau dinasti yang bermula daripada kelahiran, perkembangan, kegemilangan dan seterusnya kemerosotan.4.1 TAHAP AWAL ATAU KELAHIRAN ZAMAN KERAJAAN BANI ABBASIAH Tahap awal atau kelahiran ialah suatu tahap apabila dinasti yang baharu ditubuhkan melalui penumpasan dinasti yang lama dan ketuanya akan mengekalkan perasaan kekitaan atau semangat assabiyah yang tinggi melalui perhubungan yang rapat melalui tamadun yang bermanfaat.[footnoteRef:22] Agama dijadikan sebagai pengukuh kepada semangat kekitaan yang sedia ada yang membawa kepada perkembangan kedua iaitu kehidupan secara menetap. Hal ini dapat dilihat dalam penubuhan Kerajaan Bani Abbasiah. Kerajaan Bani Abbasiah adalah khalifah islam selepas kerajaan bani Umaiyah. Ia adalah kerajaan islam yang terbesar dan terpanjang dalam sejarah Islam klasik. [22: Mohd Syariefudin Abdullah. Kenegaraan dan Ketamadunan. 2009.Oxford Fajar Sdn.Bhn. Selangor. hlm 21]

Kerajaan yang berpusat di Baghdad ini didirikan oleh Abu al-Abbas al-Saffah sejak 750M. Al-Abbas adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Kerajaan ini lahir selepas perjuangan yang lama dan revolusi sosial melawan kerajaan Bani Umaiyah. Kerajaan ini didirikan hasil daripada tindak balas kepada kerajaan Bani Umaiyah yang mengalami kemerosotan di mata rakyat.Pemerintahan Bani Umaiyah bercorak Arab ala tentera dan sekular. Pemerintahan Bani Umaiyah pula bercorak pluralistik-etnik, sainstifik dan keagamaan. Kerajaan ini mengalami kejatuhan pada tahun 1258M. 4.2 TAHAP PEMANTAPAN ATAU PERKEMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASIAH 4.2.1 PERKEMBANGAN PEMERINTAHAN DAN POLITIKTahap ini dicirikan sebagai suatu tahap, iaitu wujudnya kelahiran sistem berkerajaan. Bukan itu sahaja, kedudukan dan kekuasaan ketuanya sebagai raja atau pemerintah tertinggi bagi membina golongan pendokongnya berdasarkan konsep kekeluargaan dan turut terasing daripada rakyat jelata.[footnoteRef:23] Pada Zaman Kerajaan Abbasiah, pemerintahan terdiri daripada dua khalifah. Pertamanya ialah Abu al-Abbas al-Saffah (750-754M) adalah pemerintahan secara berpusat. Antara dua khalifah ini, Abu Jaafar al-Mansur yang gigih dalam membina Kerajaan Bani Abbasiah. Beliau menggunakan gelaran al-Mansur yang bermaksud yang dimenangkan. [23: Ibid hlm 21]

Bagi memantapkan polisi kerajaan, beliau memerangi lawan-lawannya seperti Bani Umaiyah, khawarij dan Syiah dengan bersungguh-sungguh. Beliau menyingkirkan tokoh-tokoh yang menjadi musuh politiknya. Beliau membunuh Abdullah bin Ali dan Soleh bin Ali, bapa saudaranya sendiri yang dilantik menjadi gabenor di Syria dan Mesir oleh khalifah sebelumnya. Pembunuhan dilakukan oleh orang suruhannya Abu Muslim al-Khurasani. Al-Khurasani kemudian dihukum mati pada 755 M kerana khuatir akan menjadi musuhnya pada kemudian hari.Bagi meneruskan kerajaannya, al-Mansur mengambil strategi yang berbeza dengan Kerajaan Bani Umaiyah. Beliau menjalin hubunan dengan Parsi dan menyusun struktur pemerintahan. Pertamanya, beliau memindahkan ibu kota dari Damaskus ke Baghdad, berdekatan dengan ibu kota Parsi pada tahun 762 M. Keduanya, tentera pengawal diambil dari kalangan orang-orang Parsi, bukan lagi orang Arab. Ketiganya, beliau memulakan tradisi baru dengan melantik menteri menjadi ketua-ketua jabatan seperti dalam pentadbiran pemerintahan Parsi. Antaranya Khalid bin Barmak yang berasal dari Balkh di Parsi. Keluarga Khalid bin Barmak ini kemudiannya menjadi salah satu sumber perkembangan ilmu pengetahuan kepada Bani Abbasiah.Keempat, beliau menjadikan Muhammad bin Abdul Rahman sebagai Ketua Hakim Negara. Beliau memperbaiki sistem komunikasi antara wilayah dengan cara menambah fungsi Jabatan Pos. Antaranya melaporkan hal ehwal gabenor-gabenor kepada khalifah yang sebelum ini tidak dilakukan.Tidak hanya melakukan kekuatan dalam wilayah, al-Mansur juga berusaha menguasai semula daerah-daerah yang sebelumya melepaskan diri daripada pemerintahan pusat dan menawan daerah-daerah di perbatasan. Usaha-usaha yang dilakukan termasuklah merebut daerah-daerah di Asia, Kota Malatia, Coppadocia dan Cicilia pada tahun 756-758 M. Tentera al-Mansur mengawal keamanan di Pergunungan Taurus dan daerah selatan Bosporus di wilayah utara ibu kota. Al-Mansur melakukan perdamaian dengan Maharaja Contantine V. Bagi menawan beberapa wilayahnya, tentera al-Mansur berperang dengan tentera Turki Khazar di Kaukus, Daylami di laut Kaspia, Turki di bahagian lain Oxus dan India.[footnoteRef:24] [24: Mohamad Nurhakim. Jatuhnya Sebuah Tamadun.2008. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Selangor hlm 81. ]

Bagi mengukuhkan kedudukannya di mata rakyat, al-Mansur menggunakan nama yang disahkan oleh pandangan teoologis. Beliau menamakan dirinya sebagai Sultan Allah fi al-Ardi (Kekuasaan Allah di Muka Bumi) dan menggunakan gelaran al-Mansur untuk dirinya sendiri. Tradisi seperti ini kemudian diteruskan oleh para khalifah Kerajaan Bani Abbasiah.Kedua-dua khalifah terdahulu berjaya meletakkan dasar-dasar asas kerajaan, beberapa khalifah berikutnya meneruskan dasar itu hingga Kerajaan Bani Abbasiah berjaya mencapai zaman keemasannya. Antaranya, al-Mahdi (775-785 M), al-Makmun (813-833M), al- Mutashim (833-842 M), al-Watsiq (842-847M) dan al-Mutawakkil (847-861 M)Al-Mahdi berjaya meningkatkan ekonomi negara dengan cara memperbaiki sistem pertanian dan perdagangan. Sistem pengairan dibaiki, pengeluaran gandum, beras, kurma dan zaitun meningkat. Sistem perdagangan antara wilayah Timur dan Barat juga meningkat dengan hasil pertanian dan barang-barang perlombongan seperti perak, emas, tembaga dan besi. Pada zaman Harun al-Rasyid dan puteranya al-Makmun, kerajaan mengalami puncak kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan, kebudayaan dan ekonomi. Harun al-Rasyid memanfaatkan kemajuan ekonomi bagi keperluan sosial seperti mendirikan hospital,pusat pendidikan, perubatan dan farmasi.[footnoteRef:25] Kemudahan-kemudahan umum seperti tempat-tempat mandi dan tempat-tempat belajar untuk masyarakat turut didirikan. [25: Ibid hlm 84]

Infrastruktur yang disediakan dengan lengkap oleh Harun al-Rasyid diteruskan oleh al-Makmun khususnya dalam bidang pendidikan, ilmu pengetahuan serta kebudayaan. Beliau mendirikan Bait al-Hikmah sebagai pusat pendidikan, perpustakaan, penterjemahan dan penyelidikan. Sebagai pencinta ilmu, al-Makmun memiliki perpustakaan dan sekolah peribadi di lingkungan istana yang berkualiti. Para sarjana Islam, pengkaji serta pujangga berkumpul di situ dan melahirkan pelbagai ilmu pengetahuan. Apabila al-Mutasim, anak daripada ibu yang berasal dari Turki menjadi khalifah, beliau melakukan teknik yang berbeza dengan khalifah-khalifah terdahulu. Beliau tidak lagi mengamalkan pengaruh Parsi sebaliknya memasukkan pengaruh-pengaruh Turki ke dalam pemerintahan Bani Abbasiah.[footnoteRef:26] Beliau melatih orang Turki secara professional menjadi pengawalnya dan mengangkat senjata sebagai tentera upahan. Tentera pengawal Turki pula menggunakan peluang ini bagi meraih pengaruh di istana dan menjadikan khalifah-khalifah hanya sebagai boneka. Akhirnya, pemerintahan jatuh ke tangan para perwira dan tentera Turki, bukan lagi para khalifah. Bagi melepaskan pengaruh Turki ini,khalifah berikutnya al-watsiq, berpindah dari Baghdad dan mendirikan ibu kota Samarra atau Surra man raa yang bermaksud gembiralah mereka yang melihatnya. Di Baghdad, khalifah-khalifah semakin mudah dikuasai oleh tentera Turki. [26: Ibid hlm 84]

Al-Mutawakkil adalah khalifah besar terakhir di zaman kejayaan Bani Abbasiah. Khalifah-khalifah selepasnya lemah dan tdak dapat melawan kehendak tentera. Akhirnya, khalifah al-Mutadid (870-892 M) memindahkan semula ibu kota ke Baghdad. Dari zaman al-Mutawakkil hingga khalifah yang terakhir, al-Mustasim (1242-1258 M), corak pemerintahan dan politik mengalami disintegrasi. Akhirnya, kerajaan mengalami kemunduran dan kejatuhan apabila tentera Haulagu dari Mongolia melancarkan serangan pada 1258 M.4.2.2 PERKEMBANGAN SAINS DAN KEBUDAYAANBerkat hubungan dunia luar khususnya dengan Parsi, Bani Abbasiah maju dalam bidang sains dan kebudayaan. Sains dan kebudayaan mengalami puncak kejayaannnya apabila dibandingkan dengan masa sebelum dan sesudahnya. Hal ini kerana khalifah al-Makmun yang berfahaman Mutazilah mencintai ilmu pengetahuan. Hasilnya, terbina Baitul Hikmah yang berfungsi sebagai perpustakaan, akademi pendidikan, pusat penterjemahan dan pusat penyelidikan. Perpustakaan peribadi khalifah dan pusat pendidikan didirikan di lingkungan istana, tempat para ulama, ilmuwan dan para pujangga berkumpul. Selain itu, khalifah memasukkan beberapa pakar daripada orang Parsi seperti keluarga Khalid bin Barmak yang seterusnya mengembangkan ilmu di lingkungan istana. Di samping itu, Khalifah Harun al-Rasyid berkahwin dengan perempuan Parsi. Lalu lahirlah keturunan khalifah yang cinta kepada ilmu dan kebudayaan. Hasil kejayaan penyebaran Islam ke pelbagai wilayah yang baru, umat Islam terdedah kepada bermacam-macam budaya lain seperti Yunani dan Parsi. Ini menarik minat mereka bagi mengkaji falsafah dan ilmu pengetahuan yang baru baginya. Ini sesuai pula dengan ajaran islam yang sentiasa mendorong umatnya mencari dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Sejarah menunjukkan perkembangan ilmu-ilmu pengetahuan, falsafah, agama dan sains seperti kedoktoran, matematik, optik, geografi, fizik, astronomi, bahasa dan sejarah.[footnoteRef:27] [27: Ibid hlm 87]

Dalam bidang sains, lahir pakar-pakar seperti al-Fazari, astronomi Muslim pertama menciptakan astrolob, Al-Farghani berjaya menyusun buku ringkasan astrronomi yang kemudian diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona. Al-Haytam, pakar optik yang menemukan teori benda mengirim cahaya ke mata, bukan mata mengirim cahaya ke suatu benda seperti teori sebelumnya. Dalam bidang kimia, lahir Jabir bin Hayyan, tokoh Aljabar dan juga al-Razi, pengarang buku kimia yang terkenal yang mana kandungan bukunya baru dijumpai pada abad 20 di Eropah. Dalam bidang fizik, lahir al-Bairuni yang mengatakan bumi berputar pada paksinya, sebelum pendapat itu dikemukakan oleh Galilio. Sementara itu, dalam bidang geografi pula, lahir pelapor seperti al-Masudi yang menulis hasil pengembaraannya ke pelbagai dunia Islam pada abad ke-10 di dalam bukunya Muruj al-Zahab. Seterusnya, tokoh-tokoh pengembaraan lain seperti Ibn Hauqal, al-Bairuni dan Abu Hasan.[footnoteRef:28] [28: Ibid hlm 90]

Al-Razi, al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibn Rushd juga adalah doctor pakar yang terkenal di kalangan Muslim mahupun bukan Muslim. Al-Razi terkenal di Eropah dengan bukunya al-Hawi. Lebih daripada 20 jilid bukunya menceritakan tentang pelbagai cabang ilmu kedoktoran. Ibn Sina, terkenal dengan bukunya Al-Qanun fi al-Tib.[footnoteRef:29] Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, diulang cetak sebanyak berpuluh kali dan digunakan di Eropah hingga pertengahan abad ke-17. Di samping itu, beliau juga mengarang buku Al-Syifa, tentang fizik, metafisik dan matematik yang berjumlah 18 jilid. [29: Ibid hlm 90]

4.3 TAHAP KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAMPada tahap ini, tamadun yang dicirikan oleh kehidupan yang mewah dengan binaan bangunan-bangunan melambangkan keagungan sesebuah tamadun. Hal ini dapat dilihat melalui pelonggokan harta, pangkat, kuasa dan pembinaan monument atau tugu. Menurut Ibn Khaldun, seni bina merupakan asas kepada sesebuah tamadun. Banyak sejarawan moden seperti Tonybee, Kluckhohn, Renfrew dan lain-lain juga turut bersetuju dengan pendapat Ibn Khaldun. Hal ini dapat dilihat dengan kedatangan pemimpin-pemimpin islam dan pengikit-pengikutnya ke bandar merupakan perangsang bagi perkembangan bandar. Misalnya khalifah dan sultan mengasaskan bandar dengan membina tugu-tugu yang besar. Dengan itu, mereka kan menjadi penganjur urbanisme sebagai pengasas seni bina Islam. Hal ini demikian keranan, bandar-bandar islam menjadi pusat Tamadun Islam dan telah memancarkan sinarnya ke kawasan-kawasan pinggir dan luar kota. Monumen-monumen ini bertujuan untuk menunjukkan kecermelangan dan kewujudan sesuatu tamadun tersebut.[footnoteRef:30] Terdapat beberapa faktor kegemilangan Tamadun Islam antaranya ialah hubungan perdagangan dan kehidupan bandar, kesenian dan sebagainya. [30: Mohd Syariefudin Abdullah,2009.Kenegaraan dan ketamadunan.Oxford Fajar Sdn.Bhd.Selangor,hlm 21]

4.3.1 FAKTOR KESENIANZaman Keemasankesenian Islamberlangsung dari tahun750hinggaabad ke-16, apabila senitembikar,kaca,seni logam,tekstil,manuskrip berhiasdanpertukangan kayuberkembang maju.Sepuhberkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati, dan lukisanpotret kenitberkembang maju diParsi.Seni khat, salah satu aspek tulisanArabyang penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan seni bina. Perkembangan kesenian ini telah memyebabkan kerajaan islam kian maju ekoran pendapatan yang lumayan.4.3.2 Faktor perdagangan dan kehidupan bandarSejak awal-awal lagi, asas tamadun Islam adalah berdasarkan kehidupan bandar dan perdagangan, dan pertambahan penduduknya dan kemajuan pertaniannya dicerminkan melalui rangkaian perdagangan sedunianya. Bandar-bandar Islam yang berkembang secara tidak terkawal menghasilkan jalan-jalan yang sempit serta berliku-liku di bandar dan kawasan-kawasan perumahan dipisahkan oleh perbezaan latar belakang etnik dan hubungan keagamaan. Kualiti-kualiti ini ternyata cekap untuk menghantar barangan ulang-alik dari pusat komersil besar sambil mengekalkan kebersendirian yang dititikberatkan oleh kehidupan keluarga Islam. Subbandar-subbandar yang berada di sebelah luar dinding kota terdiri dari kawasan perumahan komuniti orang-orang kaya hingga ke kawasan separa sesak kelas pekerja.Kawasan pembuangan sampah bandar terletak jauh dari bandar, begitu juga dengan tapak perkuburan yang sering dijadikan kediaman untuk penjenayah dan pelacur. Satu tempat menunaikan solat dapat dijumpai berhampiran salah satu pintu-pintu utama untuk perayaan keagamaan dan pelaksanaan hukuman bunuh awam. Serupa dengannya, tempat latihan tentera juga dapat dijumpai berdekatan satu pintu utama.Walaupun berbeza dari segi rupa muka bumi akibat iklim dan tradisi setempat sebelumnya, bandar-bandar Islam hampir selalu dikuasai kelas pertengahan saudagar. Kesetiaan sesetengah orang terhadap kawasan kejiranan mereka amat kuat, membayangkan etnik dan agama, manakala rasa kewarganegaraan kadang kala bukan sesuatu yang biasa. Keluarga luas menyediakan asas untuk program sosial, urusan perniagaan dan perundingan dengan pihak berkuasa. Sebahagian unit ekonomi dan sosial ini sering kali merupakan penyewa kepada bangsawan kaya. Kuasa negeri biasanya tertumpu diDar al Imaraiaitu pejabat gabenor di dalam istana. Istana-istana ini mencuar tinggi melampaui kota yang dibina hasil daripada ribuan tahun penempatan manusia. Fungsi utama gabenor kota adalah untuk memberi perlindungan dan mengekalkan keteraturan undang-undang. Sistem ini adalah bertanggungjawab atas berlakunya percampuran pemerintahan autokrasi dengan pemerintahan autonomi di dalam kota. Setiap kawasan perumahan dan kebanyakan blok rumah pangsa besar telah melantik seorang wakil untuk berurusan dengan pihak berkuasa bandaraya. Kawasan-kawasan perumahan ini juga dijangka untuk membentuk pemuda-pemudi mereka menjadi militia untuk melindungi kawasan perumahan mereka sendiri, dan juga sebagai bantuan kepada tentera profesional untuk mempertahankan kota secara menyeluruh.Selain itu, Ketua sesebuah keluarga diberi kuasa dalam pengurusan rumah tangganya tetapikadiatau hakim boleh membincangkan dan menyelesaikan masalah dalam isu permasalahan sesama keluarga dan dengan keluarga lain. Dua wakil kanan kuasa perbandaran ialah kadi danmuhtasib. Mereka bertanggungjawab atas kebanyakan isu termasuklah kualiti bekalan air, penyelengaraan jalan raya, mengawal peletusan wabak penyakit, mengawasi pasar-pasar, dan pelaksanaan upacara pengebumian.Lagi satu aspek kehidupan bandar Islam ialahwakaf, sesuatu amal kebajikan keagamaan yang terus berurusan dengan kadi dan imam. Melalui derma, kebanyakan tempat mandi awam dan kilang dibina dan hasilnya digunakan untuk membiayai pendidikan serta membekalkan pengairan untuk dusun luar bandar. Mengikuti pengembangan, sistem ini diperkenalkan kepada masyarakat Eropah Timur oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah kecuali semua yayasan agama atau kepercayaan yang tidak membayar perlucukaidalam dunia Islam, orang awam perlu membayar cukai kepada majlis perbandaran, askar kepada pemerintah tertinggi dan tuan tanah kepada bendahari negeri. Cukai juga dikenakan keatas lelaki bujang sehingga dia berkahwin. Ini berbeza denganzakat, zakat merupakan derma kebaikan yang wajib terhadap seseorang Muslim kepada golongan-golongan tertentu, manakala orang bukan Islam perlu membayarjizyah, seperti cukai kepala.Binatang ternakan yang dibawa ke bandar untuk penyembelihan dihadkan pada kawasan di luar bandar sahaja, begitu juga dengan industri lain yang dianggap kurang bersih. Manakala barang berharga diletakkan berdekatan dengan pusat bandar. Hal ini menyebabkan penjual buku dan tukang emas tertumpu di sekelilingmasjidutama di pusat bandar.Persatuan-persatuan (seperti kesatuan pekerja yang melindungi hak pedagang) tidak diiktiraf secara rasmi oleh kota Islam zaman pertengahan, tetapi urusan perdagangan dikawal-selia oleh penyelia yang diiktiraf oleh majlis perbandaran. Setiap urusan perdagangan dijalankan dengan identiti tersendiri, ahli-ahlinya akan mengunjungi masjid yang sama, dan berkhidmat bersama dalam ketenteraan. Hamba pula kadang-kala diupah dalam perladangan tebu gula dan perlombongan garam, walau bagaimanapun terdapat juga hamba yang diupah lebih kepada menjadi pembantu di rumah atau askar upahan.Teknologi dan perindustrian tamadun Islam amat maju sekali. Teknikpenyulingantelah membantu meningkatkan mutu industri minyak wangi, terdapat juga bahankimiasepuh seramikyang dibuat dengan giat untuk bersaing dengan seramik-seramik yang diimport daripada China. Pendekatan saintifik dalam bidang kaji logam memudahkan kerja menyerap dan meningkatkan mutu teknologi besi daripadaIndiadanChina. Eksport utama terdiri daripada perusahan dan perkilangan barangan mewah, seperti ukiran kayu, logam dan kaca,tekstil, dan seramik.Sistem kontrak telah digunakan oleh pedagang-pedagang amat berkesan. Pedagang akan membeli dan menjual untukkomisen, dengan wang yang dilaburkan kepada mereka oleh pelabur-pelabur yang kaya, atau perkongsian perlaburan bersama beberapa pedagang, yang terdiri daripadaMuslim,Nasrani, danYahudi. Baru-baru ini, dokumen-dokumen yang ditemui dalam tinggalansinagogdi Mesir menyatakan dengan terperinci tentang pedagang-pedagang dan kehidupan manusia yang gemilang pada zaman pertengahan di Timur Tengah. Perkongsian perniagaan dipupuk untuk tujuan usaha perniagaankomersil, dan ikatan yang erat antara pedagang-pedagang telah membolehkan rangkaian urusan perniagaan yang luas di tempat-tempat yang jauh.Rangkaian ini dibangunkan semasa wang boleh didebitkan diBaghdaddan dikreditkan diSepanyol, mewujudkan sistem cek yang ada pada hari ini. Setiap kali barangan melalui bandar, barangan akan dikenakan cukai, hal ini meningkatkan harga barang dengan tinggi sebelum tiba ke destinasi akhir. Walau bagaimanapun, dalam dunia Islam ketika itu, umat Islam mempunyai sumber yang mencukupi tanpa bergantung kepada pasaran luar pada zaman ini. Pengangkutan adalah mudah tetapi sangat berkesan. Setiap bandar mempunyai tempat di luar gerbang masuk untuk haiwan dihimpunkan, iaitu tempat pusat membeli-belah atau pasaraya di bandar dengan kemudahan gudang-gudang yang selamat, terdapat juga kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pedagang-pedagang di bandar, di samping tempat-tempat untuk berurus niaga di sepanjang jalan perdagangan seperti rumah penginapan zaman pertengahan.Selain daripadasungai Nil,TigrisdanFurat, sungai lain yang dilayari amat kurang, maka pengangkutan adalah tertumpu kepada pengangkutan laut. Sains-sains pengemudian telah dimajukan menggunakan sekstan asas yang dikenali sebagai kamal untuk mengukur ketinggian bintang, dan kompas magnet. Dengan penggunaan semua kelengkapan ini dengan bantuanpeta, pelayar dapat melayari lautan berbanding daripada pelayaran sebelum ini yang hanya tertumpu pada persisiran pantai. Pelayar Muslim juga telah memperkenalkan kapal layar bertiang tiga kepada pendudukMediterranean. Malah kapal layar (caravel)Christopher Columbussebenarnya direka bentuk mengikut rekaan kapal layar orang Islam Andalusia. Terusan buatan untuk menghubungkan sungai Nil dengan Teluk Suez telah dibina, dan sebaliknya terusan ini juga menghubungkan laut merah dengan Mediterranean walaupun ia dinaiki lumpur beberapa kali.Mengikut tradisi, Nabi Muhammad s.a.w. telah bernasihat kepada umatnya supaya "menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China". Tidak lama selepas kewafatan Muhammad s.a.w., iaitu ketika Zaman Keemasan Islam, telah wujud pengembaraan dan penghijrahan ke tempat yang jauh. Sebagai contoh,Ala'eddin, telah diberi penghargaan dalam sejarah rasmi dinasti Yuan China , keranq telah membina Manjanik berpengimbau (counterweight trebuchet) untuk Kublai Khan.4.4 ZAMAN KEMEROSOTANPada tahap ini, pepecahan politik dan ekonomi ditunjukkan. Hal ini demikian kerana, raja atau ketua akan membazirkan khazanah negara untuk keseronokan, berfoya-foya, penentangan dan berlaku konflik dalaman serta pemberontakan dalam kalangan rakyat jelata. Bukan itu sahaja, rakyat juga akan menderita dan miskin tetapi golongan atasan akan hidup dalam kemewahan dan pembaziran. Disebabkan itu, taraf kehidupan rakyat miskin tidak akan meningkat kerana pemerintah hanya mementingkan diri sahaja tanpa memikirkan kepentingan rakyat. Disebabkan itu, semangat kekitaan akan luntur manakala sistem ekonomi juga turut mengalami kemerosotan. Akhirnya, keadaan ini akan membawa kepada satu pemusnahan oleh satu puak yang baharu kepada satu tamadun atau kitaran yang baharu lagi. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemerosotan.[footnoteRef:31] Faktor kemasukan didominasi kekuatan luar ke dalam pusat pemerintahan Baghdad. Ini menjadikan kedudukan Khalifah sebagai boneka kepada kuasa tentera. Khalifah hanya berkuasa atas nama Kerajaan Bani Abbasiyah tetapi urusan pemerintahan diuruskan oleh bahagian lain. Sejak awal lagi kerajaan Abbasiyah memasukkan unsur-unsur bukan Arab seperti unsur Parsi dan unsur Turki. Disebabkan itu, unsur-unsur ini telah mempengaruhi dalam bidang pentadbiran. [31: Ibid 21]

Selain itu, sumber pendapatan Kerajaan Bani Abbasiyyah juga daripada hasil kutipan cukai wilayah dan pertanian. Apabila banyak wilayah yang melepaskan diri, maka jumlah bayaran pajak daripada wilayah semakin berkurang. Bagi mengelak kerugian, pemerintah telah mengarahkan tentera memungut cukai secara paksa. Menurut Jurji Zaidan, pendapatan Bani Abbasyyah menurun kerana para pengutip cukai memonopoli hasil cukai. Pertanian pula terganggu kerana lumpur menimbus sistem pengairan. Misalnya, Sungai Nahrawan mengalami kerosakan besar akibat perang dan salurannya tidak diperbaiki. Disebabkan itu, kerajaan Abbasiyyah tidak dapat bertahan ekoran masalah yang berlaku ini.[footnoteRef:32] [32: Mohammad Nurhakim,2008.Jaruhnya sebuah tamadun.PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd. Selangor, hlm 90-92]

4. KESIMPULANBagi memupuk kesedaran berbudaya ilmu didalam masyarakat bukanlah satu impian yang terlalu ideal atau mustahil untuk dicapai. Sejarah silam telah mengajar generasi kini bagaimana generasi terdahulu pernah mencapai pelbagai bidang keilmuan. Hal ini dapat dilihat melalui Teori Perkembangan 4 peringkat kitaran Tamadun Ibn Khaldun yang telah menjelaskan secara terperinci mengenai kebangkitan sehinggalah kejatuhan sesebuah tamadun. Melalui semangat Assabiyah iaitu semangat cintakan bangsa, menjadi permulaan kepada pembangunan sesebuah pemerintahan dimana seorang pemerintah akan dilantik dan akan diikuti dengan kemajuan teknologi. Peningkatan taraf hidup masyarakat sehingga membawa kekayaan melebihi apa yang diperlukan oleh masyarakat telah mencetuskan sikap yang negatif, biadap, membazir dan sebagainya membawa kepada keruntuhan sesebuah Tamadun tersebut. Sekiranya, pemerintah tidak menpunyai kesedaran dan masih lagi hidup dlam kelalaian Tamadun itu akan merosot secara berterusan. Malahan, cabaran-cabaran yang telah diungkap dalam proses perjalanan sesebuah tamadun secara tidak langsung telah menunjukkan bagaimana sesebuah tamadun boleh mengalami kemerosotan. Ternyata cabaran-cabaran dalam pembinaan tamadun iaitu dari segi agama, bangsa dan budaya akan menjadi masalah yang besar sekiranya tidak diatasi dengan segera sama oleh pemimpin atau masyarakat dalam tamadun itu sendiri. Melalui pemikiran yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun, generasi seterusnya dapat menjadikan Teori Kitaran Tamadun sebagai satu panduan dan pengajaran. Selain itu, Ibn Khaldun juga telah membuktikan bahawa unsur spiritual seperti keagamaan memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keamanan dalam sesebuah tamadun. Penerapan Nilai agama dalam sesebuah masyarakat dapat menghindarkan mereka daripada menanam sikap-sikap dan budaya-budaya negatif sehingga berleluasa dan menjadi amalan kebiasaan masyarakat sehingga menyebabkan jatuhnya sesebuah Tamadun.5. BIBLIOGRAFI Ahmadie Thoha (penterjemah). 2001. Muqaddimah Ibn Khaldun. Jakarta: Pustaka FirdausAzizan Baharuddin, Zaid Ahmad, Nurdeng Deuraseh, Sri Rahayu Ismail dan Haslinda Abdullah. 2009. Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinva Dalam Tamadun Kontemporari. Universiti Putera Malaysia: Perpustakaan NegaraEsa Khalid.2001.Konsep Tamadun Islam Sains Dan Teknologi.Universiti Teknologi Malaysia.

Fadhlullah Jamil.2007. Islam di Asia Barat moden, penjajahan dan pergolakan. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. BhdMohamad Nurhakim.2008. Jatuhnya Sebuah Tamadun. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.Mohammad Abdullah Enan .2012. Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya. Kuala Lumpur: InstitutTerjemahan Negara Malaysia.

Mohd Saleeh Rahamad.2014.Satera Teras Negera Bangsa.Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.Mohd Syariefudin Abdullah.2009. Kenegaraan dan Ketamadunan. Oxford Fajar Sdn.Bhn. Selangor.Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan Ketokohandan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir dan Siti Halimah Putung. 2012. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Universiti Malaya: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Syafiq A. Mughni.1997. Sejarah Kebudayaan Islam. Jakarta: Logos Wacana Ilmu.Wan Abdullah Haji Wan Mahmood.1991.Sejarah Tamadun Islam.Kuala Lumur: BIROTEKS ITM