non tradisional

19
NON-TRADISIONAL Mengenal alat,bahan,proses dan teknik a)alat dan bahan Alat-hot glue gun,cutter,playar Bahan-sudu plastic,botol plastic,mentol Proses 1.sediakan alat-alat dan bahan 2.potong pemegang sudu

Upload: fatinabdullah

Post on 15-Nov-2015

49 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Hanya di Malaysia

TRANSCRIPT

NON-TRADISIONALMengenal alat,bahan,proses dan teknika)alat dan bahanAlat-hot glue gun,cutter,playarBahan-sudu plastic,botol plastic,mentolProses1.sediakan alat-alat dan bahan

2.potong pemegang sudu

3.potong belakang botol dengan menggunakan cutter

4.lekatkan sudu pada seluruh permukaan botol

5.lekatkan sudu mengikut kreativiti sendiri

6.pasangkan mentol pada botol

7.dah siap

b)tenunan puaTenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan Kek IbanProses tenunan:

Mencelup benangBenang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.Melerai benangPelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.Menganeng benangProses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.MenggulungBenang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.Menyapuk benangSetelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.Mengarak benangKarak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.Menyongket benangProses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.MenenunAlat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.Fesyen Tenunan Pua yang Terkini

Baju Kurung Sifon Pua Kumbu

Kraf tangan Non-tradisional lebih kepada kitar semula. Contohnya:

Botol plastik seperti bekas syampu boleh dijadikan bekas untuk meletak telefon bimbit semasa mengecas. Mudah dan kemas sekali.

Kotak makanan seperticornflakesatau kotak sabun boleh diubah menjadibekas untuk buku, file dan sebagainya. Mudah dan amat berguna sekali.

Ini pula adalah hasil daritayar terbuang. Dapat menghias rumah.

Kreativiti dari besi komponen basikal. Ianya memerlukan sedikit kemahiran untuk dihasilkan.

Rumah-rumah lama di kampung semakin banyak yang terbiar danmereput begitu sahaja. Kreativiti ini menggunakan daun tingkaprumah lama sebagai hiasan di dinding.

Pakaian lama yang sudah tidak berguna lagi tapi zipnya masih elok. Beg unik dari zip..

Sudu dan garfu dan pisau yang rosak dan patah boleh juga jadikanbarang perhiasan.

Tirai dibuat dari bahagian bawah botol plastic.

Lampu hiasan yang anggun dan menarik ini adalah hasilkreativiti kitar semuladari tempurung kelapa.

Penutup botol plastik yangpelbagai warna dijadikan barang permainan yangmenarik dan mengujakan untuk kanak-kanak.