teks ucapan yang berhormat tuan eddin syazlee shith ... · 1. alhamdulillah, bersyukur saya ke...

13
0 TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN TAKLIMAT KHAS KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMKe-11, 2016-2020 DAN BELANJAWAN 2019Bertempat di: DEWAN SERBAGUNA, ARAS B1, KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA, PUTRAJAYA Pada 7 NOVEMBER 2018 (RABU)

Upload: others

Post on 13-Dec-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH ... · 1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul

0

TEKS UCAPAN

YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH

TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN

“TAKLIMAT KHAS KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMKe-11,

2016-2020 DAN BELANJAWAN 2019”

Bertempat di:

DEWAN SERBAGUNA, ARAS B1,

KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA,

PUTRAJAYA

Pada

7 NOVEMBER 2018 (RABU)

Page 2: TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH ... · 1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul

1

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan

Salam Harapan Malaysia.

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor

Ketua Setiausaha

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Yang Berusaha Encik Shakib Ahmad Syakir

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Yang Berusaha Encik Tan Chuan Ou

Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi)

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Page 3: TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH ... · 1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul

2

Yang Berbahagia Dato’ Samsuni Mohd. Nor

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk / Dato’

Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah KKMM

Pegawai-pegawai Kanan,

Para Key Communicators KKMM,

Yang Berbahagia Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati

sekalian.

Page 4: TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH ... · 1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul

3

PEMBUKA BICARA

1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah

dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul dalam

Program Taklimat Khas Kajian Separuh Penggal RMKe-11, 2016 –

2020 (KSP RMKe-11) dan Belanjawan 2019 pada pagi ini.

2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih di atas komitmen tuan-tuan dan

puan-puan daripada Jabatan dan Agensi di bawah KKMM yang

datang dari segenap pelosok negeri bagi menghadiri program ini.

Saya amat berharap taklimat ini dapat memberi penjelasan dan

kefahaman yang jitu kepada para peserta program agar dapat

menyebar luas maklumat berkenaan Kajian Separuh Penggal

RMKe-11, 2016 – 2020 dan Belanjawan 2019 ini secara menyeluruh

serta berkesan kepada seluruh masyarakat di semua peringkat.

Page 5: TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH ... · 1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul

4

3. Seterusnya, saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima

kasih kepada pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan

Kementerian Kewangan Malaysia yang telah memberikan

kerjasama dalam menjayakan program pada hari ini.

PENDAHULUAN

YBhg. Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan dan hadirin sekalian,

4. Program taklimat ini diadakan susulan daripada pembentangan

KSP RMKe-11 oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Oktober 2019 dan

Belanjawan 2019 oleh YB Menteri Kewangan pada

2 November 2018.

5. RMKe-11 merupakan rancangan terakhir untuk mencapai

Wawasan 2020 dan menyediakan asas kepada pembangunan masa

depan negara. YAB Perdana Menteri ada menyebut bahawa

Page 6: TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH ... · 1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul

5

reformasi itu perlu sekiranya Malaysia berhasrat untuk pulih,

membangun semula dan muncul kembali sebagai negara yang

bangga dengan pencapaian dan kemampuan untuk bersaing pada

peringkat lebih tinggi.

6. Manakala Belanjawan 2019 merupakan belanjawan negara yang

pertama kali digarap oleh tampuk kepimpinan Kerajaan baharu.

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2019 pada

2 November 2018, Kerajaan memperuntukkan RM314.5 bilion

untuk Belanjawan 2019 berbanding RM290.4 bilion pada

Bajet 2018. Daripada jumlah terbabit, RM259.8 bilion adalah bagi

perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan

pembangunan. Peruntukan ini tidak termasuk simpanan luar

jangka berjumlah RM2 bilion.

7. Pelbagai pihak memberikan perhatian kepada intipati

KSP RMKe-11 dan belanjawan tersebut selaras dengan aspirasi

Kerajaan baharu, cabaran ekonomi dan trend global semasa.

Oleh demikian, mesej-mesej intipati KSP RMKe-11 dan Belanjawan

Page 7: TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH ... · 1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul

6

2019 harus disampaikan dengan berkesan kepada segenap lapisan

rakyat agar dapat difahami dan dihayati dengan baik.

PERANAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Hadirin yang dihormati,

8. Selain Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian

Kewangan, Kementerian Komunikasi bersama Jabatan dan Agensi

di bawahnya mempunyai peranan yang penting dan besar dalam

menguruskan mesej-mesej komunikasi KSP RMKe-11 dan

Belanjawan 2019 ini.

9. Kerjasama yang padu di antara Jabatan dan Agensi ini amat

diperlukan bagi memastikan rakyat dapat memahami dan

menghayati intipati KSP RMKe-11 dan Belanjawan 2019 ini.

Page 8: TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH ... · 1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul

7

10. Antaranya keperluan penyampaian maklumat yang berterusan

mengenai intipati KSP RMKe-11 dan Belanjawan 2019 kepada

pelbagai kumpulan sasaran bersandarkan kepada teras utama

KKMM untuk “Menghubung Rakyat” serta “Membina Masyarakat

Bermaklumat”.

11. KKMM melalui Jabatan dan Agensi di bawahnya berupaya

memberikan sokongan dalam memasarkan dan menyebar luas

maklumat-maklumat berkenaan intipati KSP RMKe-11 dan

Belanjawan 2019 kepada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh

negara. Penggunaan pelbagai platform komunikasi yang telah

tersedia di Jabatan dan Agensi masing-masing dapat memastikan

penyampaian secara komunikasi bersepadu yang efektif dan

berkesan.

12. Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan BERNAMA sebagai contoh

boleh mencapai jangkauan penyampaian maklumat yang meluas

dan pantas melalui pelbagai kaedah seperti program bual bicara,

Page 9: TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH ... · 1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul

8

laporan berita dan hebahan infografik yang disiarkan melalui

televisyen, radio dan laman berita atas talian.

13. Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) melalui pendekatan

“advocacy”, “outreach” dan “engagement” pula memainkan

peranan yang penting untuk mendekati dan memberi penjelasan

kepada masyarakat secara bersemuka melalui program-program

penerangan di lapangan. Usaha ini amat penting bagi membina

persepsi yang positif dalam kalangan masyarakat berhubung KSP

RMKe-11 dan Belanjawan 2019 ini. Seterusnya membolehkan ianya

difahami dan diterima oleh masyarakat.

14. Umum mengetahui bahawa platform media baharu mempunyai

pengguna yang lebih meluas dan menjadi salah satu sumber

rujukan utama bagi mendapatkan sebarang informasi terkini.

Selain itu, mesej-mesej yang ingin disampaikan juga boleh

ditularkan dengan lebih pantas dan meluas melalui penggunaan

media ini.

Page 10: TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH ... · 1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul

9

15. Justeru itu, semua Jabatan dan Agensi KKMM juga boleh

mempergiatkan usaha-usaha penyampaian mesej-mesej

komunikasi dan penjelasan kepada masyarakat khususnya kepada

golongan muda melalui saluran media sosial seperti Facebook,

Twitter, Instagram, Youtube dan lain-lain lagi yang dikendalikan

oleh pihak masing-masing bagi meningkatkan keberkesanan

penyampaian tersebut.

OBJEKTIF TAKLIMAT KHAS KSP RMKe-11 DAN BELANJAWAN 2019

YBhg. Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan Hadirin sekalian.

16. Key communicators adalah merupakan elemen penting dalam

memastikan proses penyampaian maklumat yang dinyatakan

sebentar tadi dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Page 11: TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH ... · 1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul

10

17. Sehubungan itu, bagi memastikan peranan KKMM dan

tanggungjawab key communicators dapat dilaksanakan dengan

berkesan, taklimat pada hari ini diadakan khas untuk memberi

pendedahan kepada semua key communicators bagi mendapatkan

penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan dasar ini sebagai

persediaan sebelum mengerakkan usaha-usaha penyebaran

maklumat ini di pelbagai peringkat.

18. Dalam masa yang sama, key communicators juga boleh berkongsi

idea dan bertukar-tukar pandangan bagi tujuan pemahaman yang

lebih mendalam bersama dengan wakil dari Kementerian Hal Ehwal

Ekonomi dan Kementerian Kewangan Malaysia yang terlibat dalam

sesi taklimat ini.

Page 12: TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH ... · 1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul

11

PENUTUP

Hadirin yang dihormati sekalian.

19. Saya amat berharap semua peserta dapat memanfaatkan peluang

menerusi taklimat ini untuk memperoleh sebanyak mana ilmu

pengetahuan dan perkongsian maklumat yang berkaitan dengan

intipati KSP RMKe-11 dan Belanjawan 2019 untuk disampaikan

kepada rakyat dengan tepat dan berkesan.

20. Semoga dengan usaha penyampaian maklumat ini oleh semua key

communicators daripada Jabatan dan Agensi KKMM kepada

pelbagai lapisan masyarakat dapat meningkatkan pemahaman

mereka dan seterusnya membina persepsi positif terhadap usaha-

usaha Kerajaan semasa.

Page 13: TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH ... · 1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul

12

21. Akhir kata, dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, saya

dengan penuh sukacitanya merasmikan program Taklimat Khas KSP

RMKe-11 dan Belanjawan 2019.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum warrahmatullahi

wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.