borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · nabi muhammad s.a.w. terlebih dahulu ingin saya...

21
PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KESAN LATIHAN PLYOMETRIK KE ATAS KEKUATAN OTOT GASTROCNEMIUS PELAJAR-PELAJAR SAINS SUKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ( SKUDAI ) JOHOR MELALUI UJIAN STANDING CALF RAISE SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya MOHD ZAKI BIN HASSAN Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seprti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidiksn dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap 333 JLN SARAWAK TN HAJI ABDUL HAMID RAHABAH KG SBG TOK PI 02000 KUALA PERLIS PERLIS INDERA KAYANGAN Tarikh : 10 MAC 2004 Tarikh : 10 MAC 2004 Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

Upload: others

Post on 14-Sep-2019

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: KESAN LATIHAN PLYOMETRIK KE ATAS KEKUATAN OTOT GASTROCNEMIUS PELAJAR-PELAJAR SAINS SUKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ( SKUDAI ) JOHOR MELALUI UJIAN STANDING CALF RAISE

SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya MOHD ZAKI BIN HASSAN Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seprti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

Oleh organisasi/badan di mana penyelidiksn dijalankan ) √ TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap 333 JLN SARAWAK TN HAJI ABDUL HAMID RAHABAH KG SBG TOK PI 02000 KUALA PERLIS PERLIS INDERA KAYANGAN Tarikh : 10 MAC 2004 Tarikh : 10 MAC 2004

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

KESAN LATIHAN PLYOMETRIK KE ATAS OTOT GASTROCNEMIUS PELAJAR-

PELAJAR SAINS SUKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (SKUDAI)

JOHOR MELALUI UJIAN STANDING CALF RAISE

MOHD ZAKI BIN HASSAN

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”

Tandatangan : …………………………………

Nama Penyelia : HAJI ABDUL HAMID RAHABAH

Tarikh : 10 MAC 2004

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

iii

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ……………………………………..

Nama Penulis : MOHD ZAKI BIN HASSAN

Tarikh : 10 MAC 2004

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

iv

Khas buat mereka yang teristimewa……

Abah dan Mak tersayang

Terima kasih atas segala pengorbanan-pengorbanan yang tak termampu anakanda balas,

serta adik-adik yang tersayang. Terima kasih di atas dorongan dan sokongan yang telah diberikan

selama ini dan ia menjadi semangat untuk Abang harungi perjuangan ini.

Abang sayang semua….

Rakan seperjuangan;

Rojie, Akhtar, Soffri, Pok Nik, Muthu, Safwan, Ujang, Dino serta terima kasih juga buat rakan-

rakan jauh dan dekat

Juga buat ayang tercinta,

Zanariah Abd Rahman,

Terima kasih kerana sudi berkongsi perasaan hati ini,

Semoga kalian dilindungi-Nya selalu………

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

v

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t…….

Segala pujian bagi Allah S.W.T. serta selawat dan salam ke atas junjungan besar

Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat

Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya dapat saya melaksanakan

laporan Projek Sarjana Muda yang bertajuk ‘Kesan Latihan Plyometrik Ke Atas Otot

Gastrocnemius Pelajar-Pelajar Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia (Skudai)

Johor’ dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini saya ingin melafazkan setinggi-tinggi penghargan kepada

penyelia, Tuan Haji Abdul Hamid Rahabah yang telah banyak membimbing, memberi

tunjuk ajar, pandangan dan teguran kepada saya sepanjang proses menyiapkan tesis ini.

Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan dari Tahun 3 SPS yang sudi menjadi subjek-

subjek bagi kajian ini.Terima kasih di atas bantuan dan bersabar dengan kerenah kami

sepanjang menjalani kerja luar tersebut.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dan ungkapan ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan yang

disengajakan atau tidak sepanjang terjalinnya perkenalan kita di menara gading ini. Jasa

kalian akan dikenang sehingga ke akhirnya…..

Sekian, wassalam…….

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

vi

ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan melihat kesan program latihan plyometrik terhadap

kekuatan otot gastrocnemius pelajar-pelajar Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia

(Skudai), Johor melalui Ujian Standing Calf Raise. Kajian ini telah dijalankan di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dengan menggunakan 10 orang subjek

yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia (Skudai),

Johor yang berumur antara 19 hingga 23 tahun. Program yang diberikan adalah selama 4

minggu dengan kekerapan tiga kali seminggu. Kajian ini dijalankan menggunakan alat

Electromyography I, Standard and Intergrated EMG sebagai alat untuk mengukur

kekuatan otot gastrocnemius. Subjek akan menjalani ujian pra dan ujian pos bagi

mendapatkan data. Data mentah bagi kekuatan otot gastrocnemius diambil untuk

dianalisis menggunakan program ‘Statistical Packages for Social Science’ versi 11.5

(SPSS 11.5). Manakala hipotesis bagi kajian ini diuji menggunakan ujian-t. Hasil dari

penganalisaan data yang telah dibuat mendapati bahawa terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap kekuatan otot gastrocnemius antara ujian pra dan ujian pos dengan

nilai ujian-t ialah -50.570 dan p < 0.000. Ini membuktikan bahawa program latihan

plyometrik yang dijalankan memberi kesan kepada kekuatan otot gastrocnemius.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

vii

ABSTRACT

This study is conducted to see the result from a plyometric training program to the

strength of the gastrocnemiuses muscles using a Sport Science student of University of

Technology Malaysia through the ‘Standing Calf Raise Test’. This test will be held in

the campus and the test subject will be among the age of 19 to 23 years old. The test

program will consist 4 week period with a frequency of 3 times a week. This test will be

using an Electromyography I, Standard and Integrated EMG as an instrument to evaluate

the value of the muscles strength. The test subject will be test with a preliminary test and

a post test. The value will be analyzed with a ‘Statistical Packages for Social Science’

program version 11.5 (SPSS 11.5). However, the hypothesis for this test will be using a

T-Test and base on the analyzed value showing that there are significant differences over

the muscles strength value between the test subject on the preliminary test and the test

subject on the post test with the value from the T-Test which is -50.570 and p < 0.000.

Hence, the concluding remark for this study is the plyometric training will effect the

strength of the gastrocnemius muscles on the test subject.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT Judul i

Pengakuan Penulis ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstrac vi

Kandungan vii

Senarai Jadual x

Senarai Rajah xi

Senarai Lampiran xii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 7

1.3 Objektif Kajian 8

1.4 Hipotesis Kajian 8

1.5 Kepentingan Kajian 9

1.6 Limitasi Kajian 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

ix

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 11

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 16

3.2 Rekabentuk Kajian 16

3.3 Persampelan 18

3.4 Instrumen Kajian 19

3.5 Lokasi Kajian 19

3.6 Prosedur Kajian 20

3.7 Penganalisaan Data 28

3.8 Pembolehubah Kajian 29

BAB IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 31

4.2 Analisis Diskriptif 32

4.3 Analisis Inferensi 41

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

x

BAB V PERBICANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 43

5.2 Perbincangan 43

5.3 Rumusan 46

5.4 Cadangan 47

5.5 Penutup 48

VI BIBLIOGRAFI 49

VII LAMPIRAN 51

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

xi

SENARAI JADUAL

No. Jadual Jadual Muka Surat

1 Senarai semak peralatan kajian 21

2 Ujian Standing Calf Raise menggunakan

Elektromyography I, Srandard and Integrated EMG 22

3 Taburan bilangan subjek mengikut berat badan 32

4 Kekerapan subjek melakukan senaman 34

5 Kekuatan maksimum otot gastrocnemius subjek bagi

ujian pra 36

6 Kekuatan maksimum otot gastrocnemius subjek bagi

ujian pos 38

7 Kekuatan maksimum otot gastrocnemius subjek bagi

ujian pra dan ujian pos 41

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

xii

SENARAI RAJAH

No. Rajah Rajah Muka Surat

1 Graf peratus berat subjek 33

2 Graf peratus kekerapan senaman 35

3 Graf kekuatan maksimum ujian pra 37

4 Graf kekuatan maksimum ujian pos 39

5 Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos 40

6 Kawasan penerimaan dan penolakan hipotesis 42

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

xiii

SENARAI JADUAL

No. Lampiran Lampiran Muka Surat A Graf EMG 51 B Rekod Kesihatan dan Kecergasan Diri 56 C Surat Perlantikan Subjek 57 D Surat Perjanjian 58 E Borang Data EMG Subjek 59 F Ujian T 60 G Nilai Genting bagi Ujian T 62

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kecergasan fizikal secara amnya ialah keupayaan melaksanakan tugas harian

dengan cekap dan cergas tanpa rasa kepenatan berlebihan serta mempunyai tenaga yang

mencukupi untuk aktiviti riadah dan sanggup menghadapi sebarang kecemasan yang

mungkin timbul.

Heyward (1991) mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan individu

melaksanakan pekerjaan harian dengan berkesan serta mempunyai tenaga yang

mencukupi untuk berekreasi dan dapat melakukan aktiviti harian tanpa rasa letih.

Mengikut Nixon dan Jewett (1974), kecergasan fizikal adalah berkaitan dengan muatan

organik seseorang individu untuk melakukan kerja, tugas-tugas harian tanpa berasa letih

atau penat dan masih mempunyai kekuatan dan tenaga.

Konsep kecergasan merangkumi aspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan

kerohanian. Konsep kecergasan itu adalah syumul (comprehensive) yang membolehkan

seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan sangatlah

perlu bagi seseorang kerana kesihatan yang tinggi dapat menghindarkan sebarang

kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri. Menurut ahli

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

fisiologi, kecergasan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu kecergasan dari

aspek kesihatan dan kecergasan dari aspek perlakuan motor.

Komponen-komponen yang terlibat dalam kecergasan dari aspek kesihatan ialah

daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kelembutan dan komposisi badan. Daya

tahan otot dan kekuatan adalah komponen yang boleh membantu seseorang individu

dalam melakukan segala pergerakan dengan efisyen dan mudah. Bila otot bertambah

kuat, maka kerja-kerja biasa menjadi ringan dan kerja-kerja berat tidak membebankan.

Daya tahan otot mengikut definisi ‘Encyclopedia of Sport Science and Medicine’

tahun 1971, adalah penguncupan otot yang berulang-ulang mengatasi sesuatu rintangan

di dalam sesuatu jangka masa.

Kekuatan otot adalah kuasa yang maksimum dapat dihasilkan oleh otot dalam

satu penguncupan dan daya tahan otot pula diukur dari penguncupan yang berulang-ulang

oleh satu kumpulan otot-otot yang bekerja pada rintangan yang sederhana. Mengikut Mc

Cloy dan Young (1954), kekuatan, daya tahan otot dan kecekapan jantung dan paru-paru

adalah saling memerlukan.

Manakala kekuatan maksimum otot hanya akan dapat dihasilkan melalui latihan

penguncupan otot yang agak berbeza yang dilakukan secara berulangan. Namun begitu,

perlu dipastikan bahawa penguncupan otot tersebut adalah dihasilkan daripada jenis

pergerakan yang biasa dilakukan oleh otot tersebut. Ini adalah kerana apabila

penguncupan otot yang berpusat berlaku hasil dari pergerakan yang biasa dilakukan oleh

otot dan secara tiba-tiba diikuti oleh pergerakan yang berbeza yang akan mengakibatkan

jenis penguncupan otot yang berbeza dan kemudian kekuatan otot yang terhasil akan

meningkat dengan ketara. Adalah penting untuk memastikan bahawa pertambahan

tenaga ini akan berterusan sekiranya penguncupan otot yang berbeza tadi diikuti oleh

usaha yang sama secara tiba-tiba. Bagi mempercepatkan lagi peningkatan kekuatan otot

ini, otot perlu menguncup secara berulangan dalam masa yang singkat ataupun dalam

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

kata lain dengan lebih pantas. Keseluruhan proses ini dikenali sebagai stretch shortening

cycle dan ia terdapat di dalam mekanisme Latihan Plyometrik.

Frasa asal plyometrik adalah berasal dari perkataan Greek, “pleythyein”, yang

bermaksud untuk menambah atau untuk meningkatkan, atau mengikut kata akar Greek,

“plio’ dan “metrik” yang memberi makna lebih dan ukur (Chu, 1983; Gambeta, 1981;

Wilt & Ecker, 1970). Namun Plyometrik hari ini merujuk kepada latihan yang

melibatkan kekuatan penguncupan otot yang berulangan, muatan dinamik atau regangan

yang melibatkan otot-otot.

Latihan Plyometrik adalah merupakan konsep latihan yang menggabungkan

kekuatan untuk menghasilkan pergerakan yang lebih cepat dan bertenaga. Ia juga di

katakan sebagai latihan yang membolehkan otot mencapai kekuatan maksimum dalam

kadar masa yang singkat. Keupayaan pecutan kekuatan ini dikenali sebagai tenaga

(D.Chu). Latihan Plyometrik amat berguna untuk meningkatkan pergerakan yang pantas

dalam pelbagai bentuk kemahiran. Dan juga membolehkan atlit mempelajari

keseimbangan, koordinasi, kecepatan, keupayaan, kelajuan dan kekuatan.

Walaupun plyometrik merupakan satu perkara baru, namun konsep latihan seperti

ini telah lama wujud dan telah dipraktikkan. Ia pertama kali diaplikasikan dalam tahun

1975 oleh jurulatih trek dan padang Amerika, Fred Wilt untuk menunjukkan tentang

latihan atlit Eropah Timur pada masa itu, yang mana menampakkan perbezaan jenis

latihan yang dipraktikkan antara atlit barat dan timur. Diterjemahkan dari Bahasa Latin,

plyometrik membawa maksud “peningkatan yang boleh diukur”, tetapi ada spekulasi

menyatakan ia sebagai keberkesanan latihan tersebut. Ia juga di katakan sebagai satu

penghubung yang perlu ada di antara latihan bebanan dan persembahan atlit dengan

menekankan tentang kelajuan latihan tersebut.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

Pergerakan plyometrik dapat di lihat dalam spektrum yang luas yang mana

melibatkan penggunaan tenaga. Contohnya, pemain bola tampar melompat tinggi

melepasi jaring untuk menghalang bola dan atlit lompat tinggi semasa fasa pelepasan.

Pemain bola keranjang melompat untuk membuat percubaan menjaringkan gol dan

kemudian dengan cepat melompat kembali untuk mendapatkan lantunan bola tersebut

dan ini boleh didapati dalam plyometrik. Banyak sukan akan dapat dimainkan dengan

lebih berkemahiran sekiranya para atlit mempunyai tenaga yang menggabungkan

kekuatan dan kelajuan dan plyometrik adalah jalan terbaik untuk membina kekuatan

tenaga dalam sukan.

Bagi mencapai kekuatan tenaga otot dengan menggunakan latihan plyometrik ini

jika di lihat dari aspek fisiologi, otot-otot yang terlibat akan melakukan penguncupan

secara paksa dan juga tidak paksa. Kedua-dua jenis penguncupan ini dikenali sebagai

regangan refleksi, ia juga dikenali refleksi gelungan otot. Kedua-dua refleksi ini adalah

merupakan komponen penting dalam keseluruhan sistem saraf yang mengawal pergerakan

tubuh badan. Semasa melakukan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari oleh para atlit

sebelum latihan pergerakan mengaktifkan kembali otot, otot akan terpaksa melalui

regangan yang berulangan yang menghasilkan beban yang ditanggung oleh otot-otot.

Seperti semasa fasa perlepasan (Chu, 1983) yang berlaku dalam pergerakan memukul bola

lisut atau bola golf. Apa yang dicapai atau diperoleh oleh pemukul tidak diketahui semasa

fasa perlepasan ini berulang tetapi sedikit pemanjangan yang berlaku ke atas serat otot

dalam semua otot-otot yang terlibat untuk menghasilkan tenaga untuk ayunan. Regangan

yang berulangan oleh otot-otot tersebut mengaktifkan refleksi gelungan otot yang mana

akan menghantar stimulus yang kuat kepada otot-otot melalui tulang belakang yang

mengakibatkan otot-otot tersebut menguncup dengan lebih bertenaga. Contohnya, apabila

tangan kanan pemain golf memulakan ayunan ke belakang, otot bicep tangan kiri akan

menguncup manakala otot tricep akan meregang. Kemudian apabila pemain golf tersebut

mula membuat ayunan ke depan, otot tricep akan menguncup dengan kuat dalam respons

kepada regangan berulangan yang dialami oleh otot tersebut yang mana akan mengaktifkan

refleksi gelungan otot.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

Latihan Plyometrik direka untuk membolehkan otot mencapai kekuatan yang

maksimum dalam tempoh yang paling singkat. Fokus latihan adalah untuk meningkatkan

kekuatan maksimum otot, pencapaian peralihan kekuatan maksimum dan berpusat yang

berulangan dan mengurangkan kadar masa sentuhan tapak menggunakan latihan

kekuatan lompatan tinggi. Ini telah diperlihatkan oleh atlit lompat tinggi elit hanya

memerlukan 0.12 saat di atas tanah sebelum melakukan lompatan (Chu, 1992),

menunjukkan perlunya untuk meminimumkan masa sentuhan kaki dengan tanah.

Latihan Plyometrik direka untuk mendorong pelbagai perubahan berlaku dalam

sistem saraf badan, meningkatkan keupayaan kumpulan-kumpulan otot untuk memberi

respons dengan lebih cepat dan bertenaga semasa pemanjangan otot dan juga perubahan

yang berulangan. Perkara utama dalam latihan plyometrik adalah merupakan

kemampuan sistem saraf melalui perubahan-perubahan arah yang kuat dan pantas yang

mana akan mengurangkan masa yang diperlukan serta meningkatkan tenaga dan kelajuan

pergerakan tubuh badan semasa melakukan aktiviti.

Latihan Plyometrik juga direka untuk membolehkan otot mencapai kekuatan yang

maksimum dalam tempoh yang paling singkat. Fokus latihan adalah untuk meningkatkan

kekuatan maksimum otot, pencapaian peralihan kekuatan maksimum dan berpusat yang

berulangan dan mengurangkan kadar masa sentuhan tapak menggunakan latihan

kekuatan lompatan tinggi.

Latihan Plyometrik melibatkan gabungan beberapa latihan berdasarkan kepada

konsep rantai tenaga manusia yang melibatkan kaki dan pinggul, bahagian tengah badan

serta dada, bahu dan lengan.

Terdapat beberapa jenis otot yang terdapat pada bahagian kaki manusia yang

mana terlibat dalam apa jua jenis pergerakan yang dilakukan oleh kaki manusia. Otot

gastrocnemius adalah merupakan salah satu otot yang terdapat pada kaki manusia dan

lokasinya ialah bahagian belakang batang kaki . Otot gastrocnemius banyak terlibat

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

pelbagai jenis pergerakan kaki. Ia juga banyak mempengaruhi kekuatan serta keupayaan

kaki untuk melakukan sebarang pergerakan seperti melompat dan ia juga banyak

mempengaruhi daya tahan otot kaki. Peningkatan kemampuan otot gastrocnemius akan

memberi peningkatan dalam pergerakan kaki.

Otot pada bahagian kaki dikenali sebagai otot crurall. Otot inilah yang

berperanan untuk menggerakkan kaki. Terdapat tiga jenis kumpulan otot crural, iaitu

anterio, lateral dan posteriol. Otot gastrocnemius dan otot soleus merupakan otot utama

yang terdapat pada belakang batang kaki. Tendon lekatan dari otot ini bersatu di bawah

lalu membentuk tendon keting atau tendon calcaneus (tendon archilles) dan puncanya

terlekat di tulang tumit. Fungsi otot ini ialah membengkokkan sendi lutut dan

membengkokkan tapak kaki ke bawah (Masood bin Abdul Rashid dan Mohd Ariffin bin

Sari, 1979). Tendon calcaneus atau tendon archilles merupakan tendon yang paling kuat

dalam tubuh badan manusia. Namun tendon inilah yang paling kerap mengalami

kecederaan seperti pecah atau putus apabila tendon tersebut mengalami ketegangan

semasa atlit terlibat dalam pertandingan atau melakukan aktiviti lasak terutamanya.

Kedudukan otot soleus pula adalah mendalami kedudukan otot gastrocnemius. Kedua-

dua otot ini sering dirujuk sebagai otot tunggal (Kent M. Van De Graaff dan Stuart Ira

Fox, 1999).

Latihan Plyometrik bagi meningkatkan kekuatan kaki yang melibatkan otot

Gastrocnemius ialah latihan lompatan secara melantun. Latihan ini menekankan

keupayaan untuk melompat setinggi yang boleh. Lompatan ini melibatkan penggunaan

sebelah serta kedua-dua belah kaki dalam melakukan lompatan dan juga beberapa gaya

baru dalam melakukan lompatan.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta perkenan-Nya

1.2 Pernyataan Masalah

Kekuatan serta keupayaan otot adalah amat diperlukan semasa melakukan sesuatu

pergerakan dalam hampir kesemua jenis sukan yang terdapat di dalam lapangan sukan

pada ketika ini. Tetapi tidak semua jenis sukan memerlukan kekuatan serta keupayaan

otot yang sama. Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan seperti permainan

tenis, badminton, hoki, bola keranjang, bola tampar dan beberapa permainan yang lain

memerlukan kekuatan serta keupayaan otot yang tinggi, khususnya kekuatan dan

keupayaan otot kaki. Walaupun cara permainan ini berbeza tetapi kesemua permainan

yang dinyatakan ini mempunyai persamaan iaitu menggunakan kaki dalam jangka masa

yang berbeza.

Kekuatan kaki adalah hasil penjanaan tenaga daripada gabungan beberapa jenis

otot yang terdapat di bahagian kaki antaranya ialah otot gastrocnemius yang terletak di

bahagian belakang batang kaki. Otot gastrocnemius ini berperanan penting dalam

pergerakan seperti melompat yang mana melibatkan penjanaan kekuatan dalam masa

yang singkat.

Latihan plyometrik pada bahagian kaki adalah latihan yang amat sesuai untuk

meningkatkan kekuatan otot gastrocnemius terutamanya dalam menjana kekuatan otot

dalam masa yang singkat.

Oleh itu penyelidik ingin melihat kesan latihan plyometrik terhadap kekuatan otot

gastrocnemius.