amanat pengurusan risda-2005 · mukadimah 1. alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat...

39
Amanat Pengurusan Risda Amanat Pengurusan RISDA tahun 2005 Tema: Memperkasakan Masyarakat Pekebun Kecil Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul di Auditorium ini bagi membicarakan Amanat Pengurusan RISDA 2005. Tahun 2005 adalah tahun terakhir pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-8 dan RISDA akan meneruskan pelaksanaan program pembangunan yang telah dirancang, dan dalam masa yang sama menyediakan perancangan bagi Rancangan Malaysia Ke-9 yang meliputi tempoh 2006 - 2010. Amanat ini hendaklah dijadikan asas dan panduan bagi melaksanakan gerak kerja pembangunan pekebun kecil dalam tahun 2005. 2. Sebelum saya membentangkan perkara-perkara yang akan dilaksanakan pada tahun 2005, saya ingin mengimbas kembali dasar-dasar dan keputusan Kerajaan di dalam tahun 2004 yang mempunyai implikasi besar ke atas kewujudan RISDA dan peranannya di dalam ?perubahan yang menyeluruh? di era kepemimpinan Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Dasar-Dasar Kerajaan Yang Membawa Kepada Perubahan Yang Menyeluruh 3. Dalam melaksanakan perubahan yang dimaksudkan, beberapa pendekatan telah diambil oleh Kerajaan, baik yang bersifat pemikiran mahu pun pergerakan. Sebagaimana yang kita maklum, pendekatan sentiasa memainkan peranan penting dalam mencorakkan sesuatu arah tuju di dalam melaksanakan perubahan. Dalam hal ini, konsep Islam Hadhari telah menjadi teras kepada pendekatan Kerajaan dalam mencapai tahap kemajuan, baik dari segi pemikiran, keilmuan, kemasyarakatan, pembangunan dan seterusnya. 4. Dalam konteks menjamin kesinambungan kejayaan khususnya di luar bandar, maka Kerajaan meneruskan Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar atau Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar yang berteraskan pembangunan manusia ke arah kecemerlangan melalui konsep Gerakan Daya Wawasan. Dari dimensi ini, falsafah

Upload: others

Post on 06-Mar-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

Amanat Pengurusan Risda

Amanat Pengurusan RISDA tahun 2005

Tema: Memperkasakan Masyarakat Pekebun Kecil

Mukadimah

1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia

dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul di Auditorium ini bagi membicarakan Amanat

Pengurusan RISDA 2005. Tahun 2005 adalah tahun terakhir pelaksanaan Rancangan Malaysia

Ke-8 dan RISDA akan meneruskan pelaksanaan program pembangunan yang telah dirancang,

dan dalam masa yang sama menyediakan perancangan bagi Rancangan Malaysia Ke-9 yang

meliputi tempoh 2006 - 2010. Amanat ini hendaklah dijadikan asas dan panduan bagi

melaksanakan gerak kerja pembangunan pekebun kecil dalam tahun 2005.

2. Sebelum saya membentangkan perkara-perkara yang akan dilaksanakan pada tahun 2005,

saya ingin mengimbas kembali dasar-dasar dan keputusan Kerajaan di dalam tahun 2004 yang

mempunyai implikasi besar ke atas kewujudan RISDA dan peranannya di dalam ?perubahan

yang menyeluruh? di era kepemimpinan Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi,

Perdana Menteri Malaysia.

Dasar-Dasar Kerajaan Yang Membawa Kepada Perubahan Yang Menyeluruh

3. Dalam melaksanakan perubahan yang dimaksudkan, beberapa pendekatan telah diambil

oleh Kerajaan, baik yang bersifat pemikiran mahu pun pergerakan. Sebagaimana yang kita

maklum, pendekatan sentiasa memainkan peranan penting dalam mencorakkan sesuatu arah

tuju di dalam melaksanakan perubahan. Dalam hal ini, konsep Islam Hadhari telah menjadi

teras kepada pendekatan Kerajaan dalam mencapai tahap kemajuan, baik dari segi pemikiran,

keilmuan, kemasyarakatan, pembangunan dan seterusnya.

4. Dalam konteks menjamin kesinambungan kejayaan khususnya di luar bandar, maka

Kerajaan meneruskan Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar atau

Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar yang berteraskan pembangunan manusia ke

arah kecemerlangan melalui konsep Gerakan Daya Wawasan. Dari dimensi ini, falsafah

Page 2: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

pembangunan luar bandar akan memberi fokus kepada pembangunan manusia dan instrumen

pembangunan manusia adalah pendidikan seumur hidup.

5. Sebagai persediaan ke arah ini, Kerajaan telah merangka Bajet Tahun 2005 yang akan

menjadi asas untuk penyediaan Rancangan Malaysia Ke-9. Agenda pembangunan negara

diteruskan dengan dasar meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan Kerajaan,

kecekapan sistem penyampaian dan daya saing; mempercepatkan peralihan ke arah ekonomi

berasaskan nilai tambah yang tinggi; membangunkan sumber manusia sebagai pemangkin

pertumbuhan; dan memastikan kesejahteraan rakyat melalui peningkatan kualiti hidup.

6. RISDA tidak terkecuali di dalam dasar ini, terutama sekali di dalam transformasi sektor

pertanian ke arah lebih dinamik. Malaysia telah terbukti sebagai pengeluar utama dunia yang

efisien bagi komoditi pertanian seperti getah dan sawit. Namun, negara masih belum

menerokai sepenuhnya potensi pengeluaran produk makanan. Bajet 2005 akan memberi

tumpuan untuk mencorak semula sektor pertanian sebagai jentera ketiga pertumbuhan

selepas sektor pembuatan dan perkhidmatan. Dasar ini bertujuan menambah pendapatan di

samping mengurangkan pergantungan kepada import, terutamanya barangan makanan. Di

samping itu, Kerajaan menggalakkan aktiviti pertanian secara komersial.

7. Semua strategi Kerajaan yang terkandung di dalam Bajet 2005, secara langsung atau tidak

langsung adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kualiti kehidupan, sebagai asas

Wawasan Kerajaan. Kerajaan akan mengambil langkah-langkah khusus, antara lain seperti

menghapus kemiskinan tegar dan mempercepatkan pembangunan luar bandar. Ini akan

dilaksanakan selari dengan pembangunan sumber manusia sebagai pemangkin pertumbuhan,

yakni, membangun masyarakat berpengetahuan.

8. Selain daripada itu, sumbangan industri getah kepada ekonomi negara adalah besar dari

segi nilai eksport iaitu RM15.3 bilion, terdiri daripada getah mentah, barangan produk berasas

getah dan kayu getah. Industri getah negara bergantung kepada sektor pekebun kecil di mana

909,280 mt. atau 92.2 peratus daripada 985,640 mt. pengeluaran getah asli negara dihasilkan

oleh pekebun kecil. Dengan peningkatan harga getah, pendapatan pekebun kecil telah

meningkat. Sepanjang tahun 2004, purata harga bulanan SMR 20 berada dalam lingkungan

RM4.20 - RM4.80 sekilogram berbanding purata harga RM2.86 sekilogram pada tahun 2002.

Antara faktor yang mempengaruhi harga getah adalah disebabkan peningkatan permintaan

getah daripada negara Cina dan kerana kenaikan harga minyak.

9. Syukur Alhamdulillah, apa yang disarankan oleh pihak Kerajaan adalah selari dengan

pendekatan yang RISDA amalkan semula iaitu pendekatan ‘Man Behind The Tree Revisited'

dan Model Pembangunan Strategik RISDA (MBSR).

Page 3: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

Imbasan Peristiwa 2004

10. Sebelum saya membentangkan perkara-perkara yang akan dilaksanakan pada tahun

2005, saya ingin menyorot kembali beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang tahun

2004 :-

Perubahan Pengurusan KKLW

11. Sempena dengan pengumuman kabinet baru oleh Y.A.B. Perdana Menteri, nama

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah ditukar kepada Kementerian Kemajuan

Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) dan Y.B. Dato' Sri Abdul Aziz bin Shamsuddin dilantik

sebagai Menteri KKLW pada 30 Mac 2004. Y.B. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin dilantik

sebagai Timbalan Menteri I dan Y.B. Dato' Dr. Tiki Lafe sebagai Timbalan Menteri II pada 27

Mac 2004. KKLW juga mendapat Ketua Setiausaha baru apabila Y. Bhg. Dato' Dr. Mohd. Tap

bin Salleh dilantik sebagai Ketua Setiausaha pada 1 Julai 2004.

Perubahan Pengurusan RISDA

12. Y.B. Dato' Hj. Abdul Raman bin Suliman, Pengerusi RISDA telah dilantik sebagai

Senator pada 26 Ogos 2004. Y.Bhg. Dato' Hj. Abd. Rahman bin. Hj. Ali, telah dilantik sebagai

Ketua Pengarah RISDA berkuatkuasa 6 Ogos 2004. Tuan Haji Mahdun bin Majid dilantik

sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran dan Korporat) pada 28 Mei 2004 dan Tuan

Haji Zulkifli Mohd Nazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) pada 1

September 2004.

Kajian Semula MBSR

13. Bahagian Perancangan Strategik (BPS) telah menganjurkan Bengkel Kajian Pelaksanaan

Perancangan Strategik Pembangunan Pekebun Kecil 2001 - 2010. Tujuan bengkel ini diadakan

ialah untuk melihat semula keberkesanan pendekatan MBSR sebagai wahana pembangunan

pekebun kecil dalam usaha mencapai misi dan objektif RISDA. Dalam masa yang sama,

usaha-usaha penambahbaikan telah dibincang untuk mengurangkan jurang, jika ada, dalam

melaksanakan MBSR seperti mana yang dirancang.

Page 4: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

Keputusan Mesyuarat JKMPPK

14. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Cara-Cara Bagi Meningkatkan Pendapatan

Pekebun Kecil Komoditi Industri (JKMPPK) Bil. 1/2004 pada 1 Julai 2004 telah membincangkan

mengenai Dasar Pembiayaan, Kutipan dan Pulangan Ses Tanam Semula Getah dan Pindaan

Akta RISDA Dalam Konteks Perubahan Skop, Peranan Dan Tanggungjawab RISDA. Mesyuarat

telah bersetuju pada dasarnya dengan cadangan Pindaan Akta RISDA yang akan diberi

penelitian semula apa-apa perkara yang perlu diselaraskan. Mesyuarat memutuskan kertas

Dasar Pembiayaan, Kutipan dan Pulangan Ses Tanam Semula Getah diolah semula supaya ia

lebih menepati kepada keperluan negara dan kumpulan sasar.

Prestasi Program/Projek Pembangunan Dan Wang Amanah RMKe-8 (Trend Analysis)

15. Jumlah peruntukan program pembangunan bagi tahun 2004 ialah RM233.63 juta

merangkumi sumber Bantuan Langsung Kerajaan dan sumber Wang Ses. Sejumlah RM151.51

juta (64.9 peratus) telah dibelanjakan setakat November 2004. Jika dibandingkan dengan

tahun 2003, jumlah peruntukan ialah sebanyak RM216.41 juta dan daripada jumlah tersebut,

sejumlah RM142.21 juta telah dibelanjakan hingga akhir tahun. RISDA juga telah menerima

peruntukan Wang Amanah KKLW sebanyak RM230.77 juta dalam tempoh 1999 - 2004.

Sebanyak RM193.40 juta daripada peruntukan tersebut telah dibelanjakan untuk melaksanakan

program pembangunan sehingga tahun 2004.

Prestasi Syarikat Milikan/Anak Syarikat

16. Sepanjang tahun 2004, Anak Syarikat menunjukkan peningkatan dari segi prestasinya.

Secara keseluruhan, keuntungan sebelum cukai Kumpulan Syarikat RISDA meningkat kepada

RM23.25 juta berbanding RM20.72 juta pada tahun sebelumnya. Penyumbang utama

peningkatan Keuntungan Sebelum Cukai Kumpulan Syarikat RISDA adalah RSPSB iaitu

sebanyak RM10.6 juta dan PRB sebanyak RM4.34 juta.

Penganugerahan Sijil Ketua Audit Negara

Page 5: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

17. Pada 8 September 2004, RISDA telah dianugerahkan Sijil Bersih Tanpa Teguran

daripada Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Tahun Berakhir 31 Disember 2003. Ini

bermakna RISDA telah berjaya mendapat sijil bersih dalam bidang pengurusan kewangan

selama 8 tahun berturut-turut.

Cadangan Penyusunan Semula Struktur Organisasi

18. Penambahbaikan cadangan Penstrukturan Semula RISDA sedang disediakan untuk

dikemukakan kepada KKLW dan JPA. Antara lain ialah cadangan mewujudkan 3 Bahagian

baru; peningkatan taraf Unit Pembangunan Korporat kepada Bahagian Pembangunan Korporat;

pewujudan semula beberapa Pejabat RISDA Daerah/Jajahan di Negeri; dan permohonan

beberapa jawatan baru dan gred kenaikan pangkat bagi pelbagai gred jawatan.

Perasmian Pusat Latihan RISDA (RISTEC)

19. Majlis Perasmian Pusat Latihan RISDA telah disempurnakan oleh Y.B. Menteri KKLW,

Dato' Sri Abdul Aziz bin Shamsuddin pada 21 September 2004 di RISTEC, Port Dickson. Majlis

tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B. Dato' Seri Utama Hj.

Mohamad Hj. Hassan, Pengerusi RISDA Y.B. Senator Dato' Hj. Abdul Raman Suliman, Ketua

Pengarah Y.Bhg. Dato' Hj. Abd. Rahman Hj. Ali, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Pegawai-Pegawai

Kanan RISDA dan lebih 600 orang pekebun kecil.

Majlis Konvokesyen Kolej RISDA Kali Ke-3

20. Kolej RISDA telah mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-3 pada 7 Disember 2004

bertempat di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat. Dalam majlis tersebut seramai 756

orang graduan telah dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma dalam

pelbagai bidang kursus.

Penyediaan RMKe-9 (Penubuhan Kumpulan Kerja Teknikal)

21. Cadangan RMKe-9 (2006 - 2010) RISDA telah disediakan dan dihantar ke KKLW pada 17

Disember 2004. Disamping itu, RISDA juga terlibat dengan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG)

RMKe-9 yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk menyediakan/meneliti kertas isu dan cadangan

Page 6: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

RMKe-9 dan menyediakan kertas laporan kemajuan program/projek utama RMKe-8 (2001-

2005) yang dilaksanakan oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi Badan Berkanun serta

cadangan program/projek teras bagi RMKe-9 (2006 - 2010).

Hubungan RISDA – PKPKM

22. Tahun 2004 juga melihat satu jalinan perhubungan yang harmonis di antara RISDA dan

PKPKM, di mana telah dipersetujui diadakan sesi mesyuarat Interaktif RISDA-PKPKM di

peringkat pusat, negeri dan daerah bagi mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang baik

di antara kedua pihak. Ini juga merupakan titik permulaan perubahan pendekatan

pembangunan pekebun kecil dari bawah ke atas, di mana pandangan kumpulan sasar diberi

prioriti di dalam menggubal program/projek pembangunan pekebun kecil.

Fokus 2005

A. Teras Pembangunan Pekebun Kecil

23. Bagi tahun 2005, teras pembangunan pekebun kecil akan tertumpu kepada pendekatan

‘participatory' dan keseimbangan pendekatan bawah ke atas dan atas ke bawah, yang

melibatkan kumpulan sasar dalam perancangan dan keputusan. Dalam hal ini, hasrat

kumpulan sasar iaitu pekebun kecil dan hasrat kerajaan adalah sama dan akan tercapai.

24. Selaras dengan matlamat Kerajaan untuk membina keupayaan membangun masyarakat

berpengetahuan, pendidikan berterusan dan pendidikan sepanjang hayat sama ada formal

atau non-formal, akan dijadikan teras kepada perancangan program/projek pembangunan

pekebun kecil, terutama program/projek peningkatan ekonomi dan juga kesejahteraan

masyarakat.

25. Dalam usaha RISDA membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan

sejahtera, konsep pengupayaan (empowerment) akan dijadikan teras. Antara lain,

pendekatan ini akan memartabatkan kumpulan sasar daripada golongan yang sentiasa

mengharapkan bantuan Kerajaan, kepada golongan ynag mempunyai kuasa (control) melalui

penglibatan aktif, akses kepada kemudahan dan pendidikan. Akhirnya proses pengupayaan ini

akan membentuk semangat berdikari dan mengikis mentaliti subsidi; menarik penglibatan aktif

pekebun kecil; memberi harapan di atas keupayaan membentuk generasi kedua yang

cemerlang; dan mempertingkatkan kemahiran di kalangan pekebun kecil. RISDA akan lebih

Page 7: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

berfungsi sebagai pendorong dan motivator. Seperti mana yang telah saya nyatakan sebelum

ini, RISDA akan melaksanakan semula pendekatan Man Behind The Tree (Revisited).

B. Pembangunan Staf Dan Organisasi

26. Pengurusan RISDA akan terus memberi fokus kepada pembangunan staf serta organisasi

RISDA supaya produktiviti dan kecekapan kerja dapat dipertingkatkan ke tahap maksimum.

Pengurusan RISDA percaya tanpa pembangunan manusia yang terancang, cekap dan

berkesan, maka peruntukan bajet yang disediakan dan perancangan program/projek yang telah

diatur tidak dapat dilaksanakan dengan efektif. Oleh yang demikian, program-program

meningkat pengetahuan, kemahiran, keupayaan berfikir, kepuasan bekerja serta suasana kerja

yang selesa dan harmonis akan diadakan untuk menepati keperluan pembangunan sumber

manusia.

Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

27. RISDA telah diluluskan peruntukan sebanyak 4,970 jawatan di mana setakat 31

Oktober 2004, hanya 3,989 jawatan telah diisi. Dengan terlaksananya Skim SSM, gred-gred

lapisan baru telah diwujudkan. Pengurusan RISDA telah mengemukakan permohonan gred

lapisan baru kepada JPA dan jawatan yang diluluskan sebanyak 88 daripada 313 jawatan

yang dipohon daripada pelbagai gred. Peruntukan ini diberi secara ?trade off? kepada gred

jawatan yang sedia ada dan berkuat kuasa pada 1 Januari 2004. Jawatan-jawatan ini akan

diisi apabila calon-calon yang berjaya melepasi PTK dan syarat-syarat lain yang ditetapkan

dalam Skim SSM. Pada penghujung tahun 2004, RISDA telah mengiklankan beberapa

kekosongan jawatan iaitu :-

i. Penolong Pegawai Tadbir, Gred N27 - 6 kekosongan

ii. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N17 - 75 kekosongan

iii. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Gred N17 - 10 kekosongan

iv. Pembantu Pertanian, Gred G17 - 105 kekosongan

28. Sehubungan dengan itu, tawaran opsyen telah dikeluarkan kepada 640 orang staf RISDA

yang dipinjamkan/ditempatkan ke Anak Syarikat untuk memilih bersara pilihan dan terus

berkhidmat dengan Anak Syarikat atau balik kepada Perkhidmatan RISDA. Dengan

terlaksananya urusan opsyen ini, pihak Pengurusan boleh membuat pengambilan baru bagi

jawatan yang dikosongkan. Disamping itu, seramai 85 orang staf RISDA akan bersara wajib

Page 8: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

dalam tahun 2005 dan semua kekosongan ini akan diisi segera bagi memantapkan RISDA

secara keseluruhannya.

29. Penambahbaikan cadangan Penstrukturan Semula RISDA sedang diusahakan untuk

dikemukakan ke KKLW dan JPA. Di antara cadangannya termasuklah :-

1. Mencadangkan tiga (3) Bahagian baru iaitu Bahagian Perundangan & Urusetia Pihak

Berkuasa, Bahagian Bekalan & Khidmat Kejuruteraan dan Bahagian Teknologi

Maklumat.

2. Mencadangkan peningkatan taraf Unit Pembangunan Korporat kepada Bahagian

Pembangunan Korporat.

3. Mencadangkan pewujudan semula beberapa Pejabat RISDA Daerah di negeri yang

sesuai bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.

4. Memohon kepada Kerajaan beberapa jawatan baru dan gred kenaikan pangkat bagi

pelbagai jawatan dengan mengambil kira tugas dan tanggungjawab tambahan yang

dipikul oleh organisasi RISDA masa kini selaras dengan pelaksanaan SSM.

30. Selain dari itu, pematuhan kepada prosedur dan peraturan akan dikuatkuasakan. Kes-

kes disiplin akan diputuskan secepat mungkin, iaitu selaras dengan matlamat RISDA yang

bukan sahaja memberi ganjaran dan insentif kepada anggotanya tetapi juga akan memastikan

organisasi ini sentiasa bersih daripada unsur-unsur yang tidak diingini yang boleh menjejaskan

imej organisasi.

31. Bagi memastikan organisasi RISDA dapat memberi perkhidmatan yang berkesan,

program latihan untuk pegawai/staf akan disusun semula selaras dengan perubahan masa.

Program latihan khusus untuk pegawai-pegawai pelapis akan diperkenalkan dan akan

dijalankan dalam tahun 2005.

32. Bagi membantu pegawai/staf menghadapi peperiksaan PTK, program latihan khas

akan dilaksanakan di peringkat PT. Pegawai-pegawai yang sesuai dan pakar dalam bidang

masing-masing akan diminta membantu melaksanakan latihan-latihan tersebut.

33. Bagi meningkatkan kecekapan, beberapa program kualiti yang telah dijalankan akan

dikemaskinikan pelaksanaannya. Semua pegawai/staf akan dilibatkan secara langsung dalam

program ini, antaranya ialah MS ISO dan Hari Kualiti.

34. RISDA juga akan menumpukan kepada kebajikan pegawai/stafnya. Di antaranya

ialah mewujudkan peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang-bidang yang

diperlukan oleh RISDA dan penempatan/pertukaran pegawai/staf akan dibuat di mana yang

boleh memberi keselesaan kepada mereka dan mengurangkan masalah kepada yang terlibat.

Bagi merapatkan hubungan antara pihak Pengurusan RISDA dan pegawai/staf, majlis

Page 9: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

dialog, mesyuarat dan majlis bersama jabatan akan diadakan dengan lebih kerap dan ini

diharapkan akan dapat menyelesaikan banyak masalah supaya tumpuan kepada kerja dapat

dipertingkatkan. RISDA juga akan memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang sesuai seperti

aktiviti sukan dan kelab. Segala kemudahan/bantuan yang sepatutnya akan diberi dan semua

pegawai/staf digalakkan untuk turut serta secara aktif.

C. Bajet Pembangunan 2005

35. Kerajaan telah meluluskan peningkatan siling peruntukan kepada RISDA di bawah Kajian

Separuh Penggal RMKe-8 dari RM507.24 juta kepada RM886.21 juta, termasuk siling bagi

tahun 2005 sebanyak RM160.72 juta. Sungguh pun begitu, dalam bajet 2005, RISDA hanya

diberi peruntukan pembangunan sebanyak RM129.00 juta mengikut pecahan seperti berikut :-.

Program Peruntukan

(RM)

i. Tanam Semula Berturut 5,000,000

ii. Tanam Semula Getah Ke Getah Integrasi (TSGGI) 106,000,000

iii. Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) 7,000,000

iv. Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain < 2.5 Hektar 9,400,000

v. Khidmat Pengembangan/Pemb. Manusia & Institusi 1,600,000

Jumlah 129,000,000

36. Bagi menampung bajet 2005 yang tidak mencukupi, Pengurusan RISDA akan

mengemukakan permohonan menambah peruntukan melalui penggunaan sumber dalaman

sebanyak RM82,028,120 dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa akan datang. Peruntukan yang

dipohon adalah seperti berikut :-

Program Peruntukan

(RM)

i. Program Tanam Semula 17,745,040

ii. Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) 3,000,000

iii. Projek Integrasi Tanam Semula Getah (PITG) 5,000,000

iv. Pemulangan Wang Ses Estet 10,000,000

v. Faedah Pinjaman Kerajaan 2,845,000

vi. Kemudahan Pengurusan 27,862,220

vii. Sumbangan Kepada Belanja Mengurus 15,575,860

Jumlah 82,028,120

Page 10: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

D. Penerusan Pendekatan Model Pembangunan Pekebun Kecil (Model Bisnes Strategik

RISDA)

Teraju 1: Pembangunan Tanam Semula Dan Perladangan

37. Pada tahun 2005, RISDA akan terus melaksanakan tujuh Program Tanam Semula

sebagai aktiviti teras yang meliputi program-program berikut:-

Jenis Program Matlamat Fizikal

(Hek.)

1. Tanam Semula Getah ke Getah Intergrasi (TSGGI)- Ansuran I

2. Tanam Semula Getah ke Getah Intergrasi (TSGGI)- Berikut

3. Tanam Semula Getah ke Tanaman Lain (TSGL komited 2001)-

Berikut

4. Tanam Semula Bantuan Berturut (kelulusan RMKe-7 &

sebelum)

5. Rancangan Pemulihan Kebun (RPK) Tanam Semula

6.Tanam Semula Getah ke Tanaman Lain (TSGL) < 2.5 hektar

?Ansuran I

7.Tanam Semula Getah ke Tanaman Lain (TSGL) < 2.5 hektar

?Berikut

20,000

63,633

10,300

375

2,000

5,000

2,500

38. Kejayaan Program Tanam Semula boleh diterjemahkan melalui tempoh keremajaan pokok

dan produktiviti hasil. Kita masih terus mengekalkan dan memperkukuhkan piawaian (standard)

bagi aspek ini iaitu bagi tanaman getah, tempoh keremajaan ialah 4 ? tahun dengan produktiviti

1,500 kg/hektar/tahun dan bagi tanaman sawit pula, tempoh keremajaan ialah 2 ? tahun

dengan produktiviti 20 mt/hektar/tahun. Kunci utama dalam memastikan piawaian ini tercapai

haruslah selari dengan peranan pengembangan di lapangan yang semestinya mantap dan

sistematik. Pengukuhan dalam pelaksanaan secara holistik ke arah matlamat tersebut telah

dirangkakan melalui Arahan Ketua Pengarah Bil.9/2004 bertarikh 29 November 2004 sebagai

tambahan kepada AKP Bil.14/2001 yang perlu dijadikan asas rujukan oleh semua pihak.

39. Kursus secara formal dan informal kepada staf dan pekebun kecil akan dipergiatkan,

khususnya dalam bidang teknologi yang tertentu. Langkah ini bertujuan bagi memastikan staf

Page 11: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

dan pekebun kecil terbabit mempunyai ilmu pengetahuan terkini dalam teknologi tanaman

getah, sawit dan tanaman integrasi. Semua PRN/PRD diminta mengadakan kursus in-situ

setiap dua minggu sekali (hari Sabtu/Khamis) di lapangan dan dibuat secara berjadual sesuai

dengan keperluan setempat.

40. Pemantauan yang berterusan perlu dilakukan oleh PRN/PRD ke atas pencapaian matlamat

yang telah saya nyatakan di atas. Program Pemantauan 3:3:1:3 yang diperkenalkan dalam

tahun 2002 perlu diambil perhatian dengan lebih serius dalam pelaksanaannya. Ini penting

kerana melalui program ini, pihak RISDA boleh menggunakan data yang dikumpul untuk

melihat kejayaan Program Tanam Semula. Oleh itu, saya meminta semua PRN/PRD

memastikan elemen-elemen penting dalam program ini dilaksanakan dengan lancar. Ini

termasuklah memastikan proses pengemaskinian data dalam Buku Rekod Ladang oleh

Pembantu Pertanian sentiasa dilakukan. Ketepatan data merupakan satu lagi elemen yang

perlu diambil berat kerana ia mencerminkan sumbangan RISDA dalam membangunkan sektor

pekebun kecil.

Teraju 2: Pembangunan Ekonomi Tambahan

41. Pembangunan Program Ekonomi Tambahan telah masuk tahun kedua pelaksanaannya.

Secara keseluruhannya, Program ini telah berjaya meningkatkan pendapatan pekebun kecil

tetapi masih ada ruang untuk memperbaiki pelaksanaannya. Kita perlu membuat penilaian

semula tentang keberkesanan program ini dari segi pemilihan projek, pemilihan peserta dan

pemasaran produk yang dihasilkan.

42. Pada tahun 2003 dan 2004, sejumlah 682 projek telah dilaksanakan oleh 1,040 orang

pekebun kecil yang meliputi bidang ternakan, akuakultur, tanaman dan ekonomi desa di bawah

Program AET dan PITG. Jumlah peruntukan yang terlibat adalah RM17,152,580. Pelaksanaan

projek-projek ini mestilah dipantau secara berterusan untuk memastikan ia memberi manfaat

kepada pengusahanya.

43. RISDA akan mewujudkan satu Pelan Tindakan Meningkatkan Ekonomi Pekebun Kecil

pada tahun 2005 yang akan merangkumi satu perancangan 5 tahun dalam RMKe-9. Bahagian

Peningkatan Ekonomi diminta untuk merangka Pelan Tindakan ini dengan mengambil kira

bilangan dan peratus pekebun kecil yang boleh dibantu dan juga bilangan pekebun kecil yang

boleh mencapai pendapatan RM1,200 sebulan sekeluarga. Data Banci Pekebun Kecil 2002

boleh diguna untuk tujuan ini. Pada tahun 2005, data banci juga akan digunakan untuk

mengenal pasti peserta-peserta AET, PITG dan juga peserta projek di bawah SPKR.

Page 12: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

44. Projek-projek ekonomi yang akan di beri fokus adalah projek ?Low Risk High Return?.

Projek-projek yang dimaksudkan adalah dalam bidang di mana RISDA ada kekuatan dan

kepakaran serta mempunyai bekalan baka, benih, makanan yang mencukupi serta pasaran

yang pasti. Projek-projek lain yang sedia ada akan dikaji semula.

45. Dari segi pemilihan peserta, kategori pendapatan akan dimasukkan sebagai salah satu

kriteria kelayakan pemohon. Hanya pekebun kecil yang mempunyai pendapatan di bawah

kategori mudah miskin iaitu di bawah RM1,200 sebulan sekeluarga akan layak untuk menerima

bantuan AET atau PITG. Staf dan bakal peserta akan diberi latihan kemahiran mengikut bidang

yang diberi keutamaan.

46. Sejumlah RM3.0 juta di bawah Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan RM5.0 juta di bawah

Projek Integrasi Tanam Semula Getah (PITG) akan disediakan untuk melaksanakan projek-

projek yang berdaya maju dan ada potensi pasaran. Di samping peruntukan ini, Pengurusan

RISDA akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi Program Peningkatan Pendapatan

(PPP) di bawah SPKR daripada KKLW untuk membolehkan lebih ramai pekebun kecil

mendapat manfaat.

47. Untuk memantapkan lagi pelaksanaan pembangunan ekonomi tambahan, struktur

organisasinya akan diperkemaskan. Semua PRN diminta untuk mengadakan Unit Khas

peningkatan ekonomi di negeri dan daerah. Sebagai langkah untuk memastikan program ini

dilaksanakan secara serius, pencapaian program ini akan dimasukkan ke dalam SKT semua

PRN dan PRD.

48. Selain daripada Program Peningkatan Ekonomi, pendekatan Satu Daerah Satu Industri

(1D1I) RISDA di bawah pemantauan KKLW akan diberi tumpuan khas. Produk di bawah

program ini ialah produk daun getah dan makanan ringan. Pada tahun 2004, penekanan telah

diberi kepada produk kraf daun getah dan Alhamdullillah pencapaian industri ini adalah

membanggakan. Seramai 232 orang wanita pekebun kecil telah terlibat dalam industri dan

kajian keberkesanan projek yang dilaksanakan oleh BPE telah membuktikan projek ini dapat

meningkatkan pendapatan keluarga pekebun kecil dari RM300 sehingga RM1,500 sebulan.

Pada tahun 2005, fokus akan diberi kepada produk makanan ringan dari segi mutu produk,

pembungkusan dan pemasarannya. Satu jenama akan dikenal pasti untuk semua produk

makanan ringan. BPE juga akan memberi fokus kepada pengeluaran dan pemasaran produk-

produk ekonomi desa. Sub-unit pengeluaran dan pemasaran akan diwujudkan di bawah unit

ekonomi desa yang sedia ada.

Teraju 3: Pembangunan Ekonomi Komersial

Page 13: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

49. Pada tahun 2004, peratus kejayaan projek-projek komersial yang diurus oleh Anak

Syarikat RISDA adalah rendah dan pembayaran dividen kepada pekebun kecil tidak dapat

dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan. Perkara ini telah dibangkitkan oleh KKLW dan

RISDA telah diminta untuk memastikan pekebun kecil memperoleh dividen daripada projek-

projek komersial ini.

50. Dalam tahun 2005, urusan pusat-pusat pembakaan dan pembiakan serta projek-projek

ternakan komersial yang diuruskan oleh RSPSB dan ESPEK akan dikaji semula sama ada akan

diserahkan pengurusannya kepada BPE, PRN/PRD atau diurus oleh satu entiti perniagaan

yang sedia ada atau baru. Projek Komersial ini perlu diurus dan dilaksanakan sebaik mungkin

dan sepatutnya menjadi contoh kepada pekebun kecil yang berminat untuk mengusahakan

projek secara komersial.

51. Bagi projek-projek komersial yang masih diurus oleh Agen Mengurus sama ada Anak

Syarikat atau Koperasi, RISDA akan mewujudkan Key Performance Indicators (KPI) untuk

memastikan mereka benar-benar mengikut Industry Standard dalam pengurusan projek

tersebut.

Teraju 4: Pembangunan Manusia Dan Institusi Pekebun Kecil

52. Di samping pembangunan fizikal, RISDA tetap meneruskan agenda bagi

membangunkan manusia supaya pembangunan fizikal yang dilaksanakan dapat dimanfaat dan

difahami oleh kumpulan sasar. Pembangunan manusia akan menjadi mudah sekiranya

dilakukan melalui sesuatu pertubuhan atau institusi. Untuk itu, institusi sedia ada iaitu Koperasi

Pekebun Kecil (KPK), Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dan Kampung Gerakan

Daya Wawasan (GDW) perlu diperkasakan dalam segala aspek.

Pembangunan Koperasi Pekebun Kecil

53. Matlamat pembangunan KPK bertujuan memantapkan institusi ini supaya mampu memberi

perkhidmatan terbaik kepada ahli-ahlinya. PRN, PRD/PRJ dan Pengurus KPK hendaklah

senantiasa memantau serta mengambil tindakan pembaikan atas sistem pelaksanaan sekarang

agar ia bersesuaian ke arah pencapaian matlamat 2005 yang digariskan seperti berikut :-

i. Setiap KPK memperoleh seramai 20 ahli baru.

ii. Seramai 50 orang ahli bagi setiap KPK membayar saham penuh.

iii. Keuntungan bersih setiap KPK sekurang-kurangnya RM100,000.

Page 14: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

iv. Dividen dibayar oleh setiap KPK sekurang-kurangnya sebanyak 10 peratus.

v. Semua KPK mengaplikasi sepenuhnya Perisian PESAKA PLUS dalam urusan berkaitan

keahlian, kewangan dan perniagaannya.

vi. Keputusan atas kedudukan ahli yang tidak aktif (dormant) perlu diselesaikan supaya

KPK mempunyai ahli yang berkualiti dan sentiasa bersama dalam memajukan KPK.

vii. Perkongsian bijak antara KPK dengan Anak Syarikat dipertingkatkan lagi ke tahap 80

peratus, terutama yang melibatkan sektor pekebun kecil.

viii. Sebanyak 20 peratus daripada Tabung Pendidikan KPK disalurkan untuk program

tuisyen anak-anak pekebun kecil.

54. Perkongsian bijak yang jujur dan telus antara Anak Syarikat dengan KPK perlu

dipertingkatkan terutama bagi aktiviti-aktiviti huluan yang memberi faedah kepada kumpulan

sasar. Ini secara tidak langsung dapat membantu KPK meningkatkan kemahiran dalam

bidang yang sama, dan secara berperingkat-peringkat mengambil alih aktiviti-aktiviti huluan

yang sekarang ini masih dijalankan oleh Anak Syarikat.

55. Sinergi antara sesama KPK juga perlu diperkasakan agar KPK yang menghadapi

kekurangan peluang disebabkan faktor persekitaran dan dalaman mendapat dan merasai

peluang yang diperoleh oleh KPK yang lain. Ia bukan sahaja terhad kepada KPK dalam satu-

satu negeri, tetapi hubungan perniagaan ini perlu dilihat di kalangan KPK antara negeri.

Sehubungan dengan ini, adalah perlu setiap KPK mengenal pasti aktiviti teras masing-masing

dengan mengambil kira faktor kekuatan dan kepakaran mereka. Dalam masa yang sama,

kedudukan gred Pengurus KPK akan dikaji semula dan usaha untuk menaikkan gred akan

dilakukan berdasarkan kepada prestasi KPK. Ini bertujuan supaya Pengurus KPK lebih komited

dan tidak terabai dalam aspek pembangunan kerjaya mereka.

56. Jawatankuasa Pindaan Undang-Undang Kecil KPK yang telah ditubuhkan akan

meneruskan usaha bagi membolehkan pindaan ini diselesai dan dibentangkan dalam

Mesyuarat Agung KPK tahun 2005. Sedemikian, setiap PRN/PRD dengan bantuan Bahagian

Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat akan menyelaraskan undang-undang kecil untuk

diserapkan dan seterusnya dibentangkan dalam mesyuarat agung masing-masing.

Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK)

57. Peranan perkumpulan wanita dalam membangunkan negara memang tidak dinafikan oleh

pihak Kerajaan. Dalam hal ini, RISDA tidak terkecuali memainkan peranan dalam memastikan

Page 15: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

golongan pekebun kecil wanita atau ahli wanita dalam keluarga pekebun kecil melibatkan diri

dalam meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.

58. Jika dilihat kepada senario PWPK semasa, ia masih berada di tahap yang belum

memuaskan dan usaha yang lebih gigih perlu diambil bagi menjadikan perkumpulan ini benar-

benar memainkan peranan yang lebih mantap. Sehubungan ini, langkah-langkah seperti

menyusun semula struktur dan fungsi PWPK dan memantapkan peranan Penggerak PWPK

perlu diambil. PRN dan PRD/PRJ perlu mengambil tindakan pengukuhan Unit atau Seksi

PWPK supaya proses pemantauan, mengenal pasti bentuk perkongsian bijak dengan

pertubuhan wanita agensi lain dan swasta serta memperluas jaringan pasaran dapat dilakukan.

59. Petunjuk atau Indeks Prestasi (Performance Index) dan pemantauan gerak kerja PWPK

telah dirangkakan agar hala tuju arah PWPK ini menjadi lebih jelas kepada semua lapisan

pegawai dan staf. Untuk tujuan ini, pematuhan kepada Arahan Ketua Pengarah yang berkaitan

dengannya akan menjadi asas panduan ke arah kecemerlangan PWPK di masa hadapan.

60. Usaha supaya penggabungan PWPK di bawah GDW dan menjadikannya sebagai satu

cabang di bawah Biro Wanita JKKK Kampung GDW hendaklah dimulakan. Ini bertujuan

supaya JKKK terlibat sama dalam membantu kejayaan PWPK dan ia menjadi satu agenda

dalam setiap mesyuaratnya.

61. Pihak Pengurusan akan berusaha membantu dalam memberi latihan dalam aspek

pembangunan insan dan juga kemahiran kepada ahli dan Penggerak PWPK. Sehubungan

dengan itu, agihan peruntukan daripada Program Pembangunan Manusia dan Institusi, khusus

untuk pembangunan PWPK akan disediakan.

Gerakan Daya Wawasan

62. Dalam memperkatakan GDW ini, penghayatan kepada konsep pembangunan bersepadu

dalam menjadikan kampung maju, menarik dan menguntungkan dengan masyarakatnya yang

inovatif, kreatif, bekerjasama dan berfikiran global hendaklah diterapkan kepada semua staf di

lapangan. Ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri

pada 16 Julai 2003 yang telah bersetuju supaya pelaksanaan GDW melibatkan semua

kampung dan tidak terhad kepada kampung-kampung yang mempunyai potensi sahaja. Oleh

itu, semua kampung akan digerakkan supaya membangunkan desa dan masyarakat masing-

masing berteraskan konsep perkongsian bijak (smart partnership) yang melibatkan pihak

Kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Page 16: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

63. PRN dan PRD/PRJ hendaklah berusaha untuk melaksanakan usaha dan merangka

strategi supaya mencapai matlamat sebagaimana yang digariskan dalam Arahan Ketua

Pengarah Bil. 8/2004. Perlu diingat, jangan sekali-kali kita lupa melibatkan sama JKKK dan

agensi kerajaan yang lain dalam usaha kita melaksanakan sebarang projek di kampung

berkenaan.

64. Dalam kita berusaha menjadikan sesebuah kampung itu Kampung GDW kelolaan RISDA,

kita juga turut berperanan dalam usaha bersepadu membangunkan Kampung GDW kendalian

agensi KKLW yang lain. Setiap projek kita perlu wujud dalam direktori projek kampung

berkenaan. Saya tidak mahu berlakunya keadaan di mana dalam satu-satu kampung GDW

terdapat projek RISDA, tetapi tidak tersenarai dalam projek kampung berkenaan. Kita bukan

bertujuan untuk menonjolkan diri tetapi penampilan ini sedikit sebanyak membantu RISDA

dalam menanam benih kepercayaan dan membuka minda mengenai peranan dan keupayaan

RISDA dalam membantu masyarakat luar bandar.

65. Dalam usaha meningkatkan bilangan penduduk luar bandar yang celik komputer di

kawasan luar bandar, pihak Kementerian telah menyarankan RISDA menubuhkan beberapa

buah Medan Infodesa (MID). Pada masa kini, 3 buah MID iaitu di Kok Klang, Perlis; Kg.Pamah

Kulat, Pahang dan Kg. Jimah Baru, Negeri Sembilan telah dibangunkan. Sekurang-kurangnya

3 buah MID lagi akan dibina pada tahun 2005. Satu daripadanya iaitu Kg. Shafie, Bentong,

Pahang di mana telah diluluskan peruntukan awal sebanyak RM150,000 bagi tujuan pembinaan

infrastruktur. Kerja perolehan akan dimulakan dalam bulan Januari 2005.

66. Staf di lapangan perlu menggembleng tenaga dalam melaksanakan program-program

yang menyumbang kepada kejayaan Kampung GDW. Antara programnya ialah Program

Pengupayaan GDW, Ameniti Sosial, Latihan dan Konvensyen dan sebagainya.

Teraju 5: Pembangunan Ahli Isi Rumah

67. Dalam usaha RISDA memastikan teraju pembangunan ini benar-benar memberi impek

yang ketara, aspek pendidikan khususnya kepada generasi kedua pekebun kecil akan

dipergiatkan. Y.B. Menteri KKLW dalam ucapannya di Majlis Sambutan Hari Raya RISDA pada

6 Disember 2004 sekali lagi menekankan pentingnya aspek pendidikan ini di beri perhatian

kerana manusia akan mudah berubah dan maju dengan adanya ilmu pengetahuan. Dalam

majlis yang sama juga, Y.B. Pengerusi RISDA juga ada menyentuh perkara yang sama. Usaha

murni kita yang sedang dilaksana melalui Kolej RISDA akan dipergiatkan bagi memastikan

Page 17: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

tiada tangisan generasi kedua pekebun kecil kerana tertutup peluang untuk terus menimba ilmu

sebagai persediaan mereka dalam mengharungi situasi kehidupan yang makin mencabar.

68. Dengan peruntukan KKLW yang sering diterima saban tahun oleh RISDA melalui Program

Pembangunan Minda Insan (PPMI) dan Program Latihan dan Pendidikan (PLP), kursus dalam

membentuk jati diri pekebun kecil dan latihan kemahiran yang dikendalikan oleh Kolej RISDA

dan pengendali-pengendali kursus profesional akan dirancang untuk dilaksanakan dalam tahun

2005.

69. Bagi tahun 2005, RISDA telah memohon kepada Kementerian peruntukan sebanyak

RM397,000 bagi PPMI dan RM3.30 juta untuk PLP. Di samping itu, bagi Program Latihan ICT

Desa yang bertujuan bagi memastikan masyarakat luar bandar celik komputer, agihan

peruntukan kepada agensi masih lagi belum diputuskan oleh KKLW.

70. Dalam menjayakan program ini supaya ia memberi kesan yang dikehendaki, semua PRN

dan PRD/PRJ perlu memainkan peranan yang lebih agresif. Antaranya ialah :-

i. Membantu pihak Kolej RISDA dalam mengenal pasti dan menyalur segala bentuk

pertolongan kepada anak-anak pekebun kecil miskin untuk mendapatkan tempat di

Kolej RISDA. Dalam hal ini, Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat perlu

dimaklumi tentang setiap anak pekebun kecil yang berjaya mendapat tempat bagi

urusan bantuan pembiayaan pengajian mereka.

ii. Memberi keutamaan kepada pekebun kecil yang dipantau dalam Program Pemantauan

3:3:1:3 menyertai kursus formal di bawah Program Pembangunan Minda Insan (PPMI).

Apa yang diharap daripada program ialah pembentukan insan yang bermotivasi supaya

akhirnya pengamalan teknologi yang diajar dan disalurkan kepada mereka dapat

dimanfaatkan.

E. Memantapkan Aktiviti Sokongan

Khidmat Pengembangan/Pembangunan Manusia Dan Institusi

71. Pihak KKLW telah menyarankan kepada RISDA dan agensi di bawahnya supaya

menitikberatkan latihan formal dan informal. Dalam hal ini, PRN dan PRD/PRJ perlu memantau

agar 60 peratus, saya ulangi 60 peratus, daripada perbelanjaan peruntukan Khidmat

Pengembangan digunakan untuk tujuan memberi latihan dan kursus ke arah perubahan sikap

dan meningkat kemahiran kumpulan sasar dan bakinya 40 peratus untuk menjalankan aktiviti-

Page 18: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

aktiviti lain yang berkaitan seperti penganjuran majlis-majlis pelancaran, perasmian, pameran,

ekspo dan sebagainya.

72. Bagi program yang melibatkan orang kenamaan, permohonan kelulusan peruntukan

hendaklah dibuat terlebih dahulu daripada Ibu Pejabat. Sebanyak RM200,000 akan

diperuntukkan untuk tujuan Penyelidikan dan Pembangunan

(R & D) di mana satu-satu teknologi baru yang diperkenalkan akan dilaksanakan di lapangan

melalui kaedah projek perintis dan dikembangkan kepada projek contoh. Di samping itu,

poster, risalah, buletin seperti IMPEK yang bercorak teknikal akan dipertingkatkkan

penerbitannya mengikut teknologi semasa yang bersesuaian.

73. Perkara ini saya tekankan di sini kerana hasil pemantauan dan kajian yang dibuat atas

perbelanjaan peruntukan Khidmat Pengembangan Tahun 2004 mendapati sebanyak 37 peratus

perbelanjaan dibuat bagi mengadakan majlis-majlis perasmian projek dan pemimpin bersama

rakyat. Hanya 16 peratus sahaja diguna bagi tujuan latihan formal dan informal. Analisis ke

atas peruntukan yang diberi untuk melaksanakan kursus formal, didapati hanya 35 peratus

yang digunakan oleh PRN dan PRD/PRJ. Berdasarkan kepada perbelanjaan keseluruhan

peruntukan Khidmat Pengembangan tahun lepas, peratus perbelanjaan amat

memberangsangkan. Ini menggambarkan kaedah dan cara penggunaan peruntukan masih

tidak mengikut matlamat dan kehendak pengurusan sebagaimana yang telah digariskan.

74. Walau pun peruntukan yang diberi di bawah program ini pada tahun 2005 ialah sebanyak

RM1.6 juta, peruntukan tambahan daripada sumber dalaman akan dipohon sebanyak RM2.0

juta, ini menjadikan jumlahnya RM3.6 juta bagi tujuan untuk membolehkan program ini dapat

dilaksanakan di lapangan mengikut arah hala yang ditetapkan.

75. Bagi latihan formal, RM1.0 juta akan disediakan bagi melaksanakan kursus berbentuk

kemahiran, teknologi tanaman getah, sawit dan tanaman-tanaman selingan, motivasi,

perubahan sikap dan pembangunan minda pekebun kecil. Semua Ketua PT perlu membuat

dan mengemukakan kertas cadangan kepada Pengarah Program atas sebarang kursus formal

yang ingin dijalankan di peringkat lapangan untuk dipertimbangkan kelulusannya. Ini bertujuan

supaya pelaksanaan latihan formal ini benar-benar tersusun baik dari segi kategori pesertanya,

kandungan kursus dan kewajaran kos yang akan terlibat. PRN dan PRD/PRJ hendaklah

merancang supaya latihan formal yang dirangka untuk tahun 2005 dapat dibuat mengikut tata

cara yang ditetapkan dan selesai dilaksanakan dalam bulan Oktober 2005. Dalam hal ini

wajaran perbelanjaan mengikut teraju pembangunan hendaklah diambil kira dan dipatuhi

seperti berikut:-

Page 19: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

Teraju Peratus Tumpuan

Pembangunan Tanam Semula & Perladangan 30

Pembangunan Ekonomi Tambahan 20

Pembangunan Ekonomi Komersial 5

Pembangunan Institusi Pekebun Kecil 25

Pembangunan Ahli Isi Rumah 20

76. Bagi melicinkan proses pemindahan teknologi, terutamanya kepada golongan pekebun

kecil, tenaga pengajar Kolej RISDA patut memberi kerjasama dalam memberi latihan kepada

golongan ini di premis Kolej RISDA.

77. Bagi meningkatkan produktiviti tanaman getah dan sawit, khidmat pengembangan

seharusnya tidak terhad pada peringkat pokok muda sahaja atau semasa kebun berkenaan

masih dalam bantuan tanam semula, tetapi hendaklah diteruskan pada peringkat pokok matang

semasa bantuan tanam semula telah habis dibayar. Selepas melabur modal, tenaga dan masa

dalam menjayakan kebun tanam semula, peringkat eksploitasi dan penuaian hasil tidak wajar

diabaikan.

Sektor Pembekalan Input Perusahaan

78. RISDA akan memperkemaskan pengurusan Pusat-Pusat Pembakaan & Pembiakan

yang telah ditubuhkan bagi membekalkan baka kepada peserta-peserta projek AET dan PITG.

A. Pusat Pembakaan Dan Pembiakan Kambing Boer

79. Penubuhan 4 buah Pusat Pembakaan dan Pembiakan di Kg. Awah, Temerloh; Tanjung

Genting, Sintok; Kg.Wek, Machang dan yang terbaru di Mersing, Johor bertujuan membekalkan

anak baka Kambing Boer yang berkualiti pada kadar harga yang berpatutan kepada pekebun

kecil. Namun setelah 2 tahun pelaksanaannya, kita masih menghadapi masalah untuk

membekal anak baka Kambing Boer yang mencukupi kepada pekebun kecil kerana pusat-pusat

ini belum berupaya mengeluarkan anak baka seperti yang dikehendaki. Setakat Disember

2004, RSPSB hanya dapat membekalkan 1,333 ekor anak Kambing Boer kepada 34 orang

pekebun kecil.

80. Bahagian Peningkatan Ekonomi dikehendaki memantau pusat-pusat ini dari segi

pengurusan, pengeluaran dan pembekalan baka kepada pekebun kecil. Pengurusan RISDA

Page 20: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

juga akan mengkaji semula penetapan harga jualan dan belian anak kambing supaya pekebun

kecil mendapat manfaat sepenuhnya daripada pusat-pusat ini seperti mana objektif

penubuhannya.

81. Berasaskan keadaan yang ada, bilangan anak baka Kambing Boer yang dijangka boleh

dikeluarkan dalam tahun 2005 adalah:-

i. Kg. Awah, Pahang - 1,800 ekor

ii. Tanjung Genting, Kedah - 900 ekor

iii. Kg.Wek, Kelantan - 900 ekor

iv. Mersing, Johor - 900 ekor

JUMLAH BESAR - 4,500 ekor

B. Pusat Pembakaan dan Pembiakan Ikan Tilapia Merah

82. Setakat Disember 2004, Pusat Pembakaan dan Pembiakan Ikan Tilapia Merah di Kg. Ajil,

Terengganu; Kg. Legeh, Kelantan dan Bukit Sireh, Kelantan telah membekalkan 3,178,580

ekor ikan tilapia kepada 400 orang pekebun kecil di bawah projek AET, PITG dan SPKR.

Namun begitu, Pengurusan RISDA berharap pusat-pusat ini akan terus berusaha untuk

meningkatkan mutu benih yang dikeluarkan dan di samping dapat mengurangkan kos

pengeluarannya. Jumlah benih yang dijangkakan boleh dikeluarkan dalam tahun 2005 adalah

:-

i. Kg. Ajil, Terengganu - 1.8 juta ekor

ii. Kg. Legeh, Kelantan - 3.0 juta ekor

iii. Bukit Sireh, Kelantan - 4.2 juta ekor

JUMLAH BESAR - 9.0 juta ekor

C. Pusat Pembakaan dan Pembiakan Burung Unta

83. Pada tahun 2004, Pusat Pembakaan dan Pembiakan Burung Unta di Changkat

Sulaiman, Perak hanya dapat mengeluarkan sebanyak 136 ekor anak Burung Unta kepada 8

orang pekebun kecil di sekitar Changkat Sulaiman. Mana kala dalam tahun 2005, Pusat ini

dijangka akan dapat mengeluarkan sebanyak 473 ekor anak Burung Unta untuk dibekalkan

kepada pekebun kecil di Negeri Perak sahaja.

D. Pusat Pembakaan dan Pembiakan Ayam Kampung Kacukan

Page 21: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

84. Pusat Pembakaan dan Pembiakan Ayam Kampung Kacukan yang diuruskan oleh

RSPSB di Ladang Sekijang, Segamat bertujuan untuk membekalkan anak-anak Ayam

Kampung Kacukan kepada pekebun kecil yang akan menjalankan projek di bawah Sektor

Pengeluaran Produk. Baka Induk yang digunakan adalah dari jenis JA 57i bagi baka betina

dan S 77n bagi baka jantan. Kedua-dua baka ini diimport dari Hubbard Isa Perancis.

85. Setakat Disember 2004, pusat ini telah membekalkan 13,500 ekor anak ayam kepada 9

orang pekebun kecil. Dijangka pada tahun 2005, sejumlah 78,000 ekor anak ayam dapat

dikeluarkan oleh pusat ini. Pengurusan RISDA berharap pusat ini dapat mengeluar dan

membekalkan anak ayam bermutu dengan harga yang rendah serta berterusan kepada

pekebun kecil.

Sektor Pengeluaran Produk

86. Tahun 2004 merupakan tahun kedua pekebun kecil melibatkan diri secara langsung di

lapangan dalam sektor pengeluaran produk. Secara keseluruhan projek yang telah

dilaksanakan pekebun kecil ini, telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka selaras

dengan objektif RISDA. Pada tahun 2003 dan 2004, sejumlah 682 projek AET dan PITG telah

dijalankan oleh seramai 1,040 orang pekebun kecil. Walau pun bilangan ini sedikit tetapi

program ini telah memberi impek yang positif dan berkesan kepada peningkatan ekonomi

kumpulan sasar.

87. Pengurusan RISDA berharap PRN, PRD dan staf RISDA dapat berganding bahu untuk

bekerja sebagai satu pasukan bagi membantu pekebun kecil dalam perancangan penggunaan

sumber sedia ada secara optimum untuk meningkatkan pendapatan mereka di samping

membantu Kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara. Dalam sektor ini,

peranan PRN dan PRD adalah amat penting sekali. PRN hendaklah membuat perancangan

menyediakan ?blueprint? projek-projek ekonomi yang mempunyai potensi pasaran dan berdaya

maju setelah berbincang dalam Jawatankuasa Teknikal Negeri yang melibatkan Jabatan

Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan lain-lain lagi.

88. Saya sekali lagi ingin mengingatkan diri kita bahawa kejayaan sesuatu projek itu banyak

bergantung kepada ketepatan pemilihan peserta, keupayaan dan kemahiran peserta di samping

melaksanakan program ini dengan penuh rasa tangungjawab dan terancang di samping

menjaga imej RISDA sebagai peneraju pembangunan pekebun kecil. Di samping itu, Bahagian

Page 22: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

Peningkatan Ekonomi dikehendaki mewujudkan satu sistem mengemas kini rekod pengusaha

di setiap negeri dan daerah.

Sektor Pengumpulan dan Pemasaran Produk

89. Sektor ini menjadi penentu sama ada sesuatu projek itu boleh menjadi berdaya maju,

berterusan dan sanggup diusahakan oleh pekebun kecil. Pada tahun 2003 dan 2004, RISDA

terpaksa juga terlibat secara terus untuk memantapkan sektor pengumpulan dan pemasaran

produk yang dikeluarkan oleh pekebun kecil. S'Mart yang diuruskan oleh RSPSB di Ipoh, Perak

merupakan salah satu saluran pemasaran bagi produk-produk daging kambing, lembu, ikan,

burung unta dan ayam kampung yang dihasilkan oleh anak syarikat dan pekebun kecil. Setelah

setahun beroperasi, S'Mart masih tidak berupaya untuk memasarkan hasil perniagaan tani

dengan baik. RSPSB perlu melipatgandakan usaha untuk mengurus S'Mart secara satu entiti

perniagaan yang berkesan. Adalah diharap dengan kelulusan peruntukan sejumlah RM800,000

daripada KKLW, RSPSB dapat mengatasi masalah ketiadaan modal pusingan untuk beroperasi

pada kapasiti optimum.

90. Pada tahun ini, 2 buah lagi S'Mart akan dibuka iaitu di tapak Ibu Pejabat dan di

bangunan Pejabat RISDA Negeri Selangor di Shah Alam. Peruntukan sejumlah RM2.8 juta

telah diterima pada tahun 2004 dan pembinaan S'Mart ini sedang diuruskan. Adalah

diharapkan dengan adanya tambahan saluran pemasaran ini, hasil-hasil perniagaan tani dapat

dipasarkan dengan lebih bersistematik.

91. Selain daripada S'Mart, RSPSB juga telah memasuki pasaran TESCO dan Pasar

Rakyat. Pendekatan yang lebih agresif perlu diambil dalam usaha memasarkan produk

keluaran pekebun kecil. Perancangan yang lebih rapi perlu diambil oleh BPE dan RSPSB dari

segi keperluan dan bekalan serta lokasi projek, jadual bekalan dan belian balik dalam sistem

integrator yang telah diwujudkan.

Sektor Pemerosesan Produk

92. Sektor ini juga akan diberi lebih penekanan pada tahun 2005. Kalau sebelum ini

penekanan telah diberi kepada Anak Syarikat untuk melaksanakan tugas ini, pada tahun 2005,

penekanan akan diberi kepada pekebun kecil yang berjaya untuk memainkan peranan

tersebut. Pekebun kecil yang mempunyai sifat keusahawanan dan sikap ingin maju akan diberi

peluang untuk melibatkan diri dalam sektor ini. Sektor ini bertujuan untuk menambah nilai

produk-produk di bawah sektor pengeluaran produk di samping untuk meluaskan golongan

pengguna produk tersebut.

Page 23: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

F. Pemulangan Wang SES Estet

93. RISDA dipertanggungjawabkan bagi pemulangan wang ses tanam semula kepada

estet-estet yang berdaftar dengan Rancangan Perusahaan Getah (Penanaman Semula) Bagi

Estet-Estet 1974. Sumbangan industri getah kepada ekonomi negara amat diperlukan dan

dijangka dengan harga yang tinggi, sektor estet akan mengekalkan kawasan getah seperti yang

ada dan dapat mengatasi pelbagai masalah buruh dengan penggunaan teknologi yang ada di

masa kini.

94. Bagi memenuhi keperluan tugas ini, Bahagian Estet akan memperuntukkan RM10 juta

untuk pemulangan wang ses estet dalam tahun ini. Bersesuaian dengan budaya kualiti yang

diamalkan, Bahagian Estet akan membentangkan cadangan Piagam Pemulangan Wang Ses

Estet kepada Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA akan datang.

G. Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)

95. Penglibatan RISDA dalam pelaksanaan program ini adalah selaras dengan fungsi RISDA

yang termaktub dalam Akta RISDA (Akta 85, Tahun 1972) di mana RISDA diminta mengambil

bahagian dalam apa-apa aktiviti yang ditentukan oleh Menteri yang bertanggungjawab dari

semasa ke semasa berhubung dengan pembaikan dan kemajuan sektor pekebun kecil.

96. Penampilan RISDA sebagai agensi pelaksana yang berwibawa hendaklah dibuktikan

dengan melaksanakan program yang diberi oleh pihak KKLW dengan jayanya. Penambahan

tugas kita dalam bidang pembangunan luar bandar adalah selaras dengan cadangan perluasan

skop tugas dan tanggungjawab melalui pindaan Akta RISDA 1972 selepas diluluskan oleh

Mesyuarat JKMPPK. Lantaran itu, saya menyeru semua lapisan pegawai dan staf yang

melaksanakan program ini agar memberi komitmen yang sama tinggi sebagaimana kita

melaksanakan program pembangunan RISDA seperti tanam semula dan sebagainya.

97. Bagi tahun 2005, selain daripada peruntukan Program Pembangunan Minda Insan

(PPMI) dan Program Latihan dan Pendidikan (PLP) yang dipohon sebagaimana yang telah

saya nyatakan, kita juga telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi program-program

SPKR lain. Jumlah peruntukan SPKR 2005 yang telah dipohon adalah sebanyak RM17.06 juta.

Selain itu, RISDA telah pun menerima peruntukan sebanyak RM850,000 bagi melaksanakan

projek yang telah dikenal pasti oleh KKLW di bawah Program Pengupayaan GDW. Antaranya

ialah Program Integrasi Desa. RISDA juga diberi kepercayaan oleh KKLW bagi meneruskan

Page 24: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) Kg. Sungai Berua, Hulu

Terengganu yang tidak dapat diteruskan pelaksanaannya oleh pihak lain.

H. Program Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP)

98. RISDA Terengganu masih diberi kepercayaan oleh Pejabat Pembangunan Negeri

Terengganu untuk terus mengendalikan pelaksanaan Program DKKP seperti Program Bantuan

Rumah (PBR) dan Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) dalam tahun 2005.

Pengurusan RISDA akan terus memberi sokongan dan bantuan kepada RISDA Terengganu

dalam menjayakan program ini.

I. Peningkatan Program ICT

99. RISDA telah memasuki era kedua dalam perkembangan ICT di mana tumpuan diberi

kepada pembangunan sistem maklumat untuk kegunaan pihak pengurusan pertengahan dan

atasan. Ini merupakan peningkatan daripada era pertama (1989 ? 2000) yang lebih ditumpukan

kepada pembangunan sistem maklumat yang membantu dalam kerja-kerja operasi harian

RISDA dan juga pengolahan maklumat pada peringkat pengurusan operasi. Usaha-usaha

penambahbaikan yang telah dibangunkan untuk tahun 2005 adalah seperti berikut :-

a) Sistem Maklumat Pekebun Kecil (SMPK) telah dilaksanakan secara projek perintis di

PRN Melaka, PRD Segamat, PRD Kulim dan PRN Pulau Pinang. Sumber data utama

kepada sistem ini ialah data banci 2002, data SMB serta sistem lain yang melibatkan

pekebun kecil seperti AMER yang dikendalikan oleh RSPSB. Satu mekanisme yang

mantap akan diwujudkan bagi memastikan maklumat pekebun kecil dapat

dikemaskinikan secara berterusan.

b) Sistem Maklumat Bersepadu (SMB) adalah merupakan sistem maklumat utama di

peringkat PT yang mengendalikan urusan bantuan tanam semula, bekalan mata benda

dan perakaunan. Sistem ini berkembang dari semasa ke semasa dengan tambahan

modul TSK, Statistik Tanam Semula dan TSGL. Sistem ini akan dikembangkan lagi

dengan modul pengembangan, modul projek, modul produk, perkumpulan wanita serta

latihan pekebun kecil. Bagi menampung pertambahan data yang semakin meningkat

serta tambahan modul-modul baru, SMB akan dibangunkan semula dengan

Page 25: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

menggunakan perisian pangkalan data yang berkapasiti tinggi dan mempunyai ciri

keselamatan data yang terjamin.

c) Perwujudan pangkalan data pekebun kecil akan membolehkan Sistem Maklumat

Eksekutif dibangunkan sebagai media utama kepada pihak pengurusan pertengahan

dan atasan untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu mereka dalam

membuat perancangan dan keputusan. Sistem Maklumat Eksekutif akan menggunakan

juga maklumat daripada pangkalan data personel dan pangkalan data kewangan agar

maklumat yang dijana akan menggabungkan maklumat fizikal, kewangan dan

penggunaan tenaga manusia.

d) Infrastruktur teknologi maklumat akan dipertingkatkan lagi terutamanya bagi

menghubungkan semua PT dan Ibu Pejabat menerusi rangkaian Wide Area Network

(WAN). Satu rangkaian komunikasi data yang menyeluruh dan bersepadu yang dikenali

sebagai RISDA*Net dijangka akan dapat disiapkan pada awal tahun 2005. Dengan

adanya RISDA*Net, penghantaran data daripada PT ke Ibu Pejabat dan sebaliknya

dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.

e) Laman Web RISDA sedang ditingkatkan fungsinya dengan memasukkan

f) elemen-elemen interaktif, dinamik dan multi media dengan menyediakan perkhidmatan

atas talian kepada pelanggan RISDA, terutamanya pekebun kecil. Perkhidmatan ini

membolehkan pekebun kecil membuat pertanyaan tentang bantuan tanam semula dan

projek-projek lain yang disertainya. Ruangan forum akan disediakan bagi membolehkan

pekebun kecil mengemukakan pertanyaan dan mendapatkan nasihat daripada pegawai

RISDA.

g) Pembekalan perkakasan komputer akan dipertingkatkan sehingga ke Pejabat

Stesen. Komputer yang berprestasi rendah, lama, yang rosak dan tidak ekonomik untuk

dibaiki akan diganti dengan komputer baru mengikut norma yang telah ditetapkan.

h) Projek ICT dalam era kedua juga akan mengambil kira pelaksanaan Kerajaan Elektronik

(EG) sebagai program perdana Kerajaan dalam projek MSC. Beberapa aplikasi utama

dalam pakej Kerajaan Elektronik seperti Project Monitoring System (PMS II), Human

Resource Management Information Systems (HRMIS) dan e-Perolehan akan

dilaksanakan secara berperingkat di semua agensi Kerajaan termasuk RISDA.

J. Khidmat Kejuruteraan

Page 26: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

100. Pada tahun 2005, RISDA Negeri Selangor dan Johor akan mendapat bangunan pejabat

yang baru. Bangunan PRN Selangor bernilai RM5.2 juta dijangka akan dapat diduduki

menjelang Januari 2005 mana kala bangunan PRN Johor juga bernilai RM5.2 juta dijangka

dapat diduduki pada bulan April 2005. Bagi PRN Perak (anggaran nilai kontrak RM4.8 juta),

kerja pembinaan akan dapat dimulakan pada bulan Februari 2005 dan dijangka dapat disiapkan

menjelang bulan Jun 2006. Di samping itu, pihak Pengurusan RISDA juga merancang untuk

membina beberapa lagi bangunan untuk Pejabat RISDA Daerah dan Pejabat Stesen.

101. Peruntukan sebanyak RM5.0 juta akan disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan

pembaikan bangunan-bangunan pejabat sedia ada untuk menambahkan lagi keselesaan

kepada pegawai dan staf.

K. Pembangunan Korporat

102. Sebagaimana saranan Y.B. Menteri kita, Anak-anak Syarikat hendaklah memainkan

peranan yang boleh membantu meningkatkan ekonomi serta taraf kehidupan penduduk luar

bandar. Usaha berterusan hendaklah dilakukan bagi memberi perkhidmatan dan bekalan yang

berkualiti kepada pelanggan. Sumbangan kepada memaksimumkan ?Shareholder's Wealth'

merupakan objektif utama setiap syarikat. Kesinambungan dan pengukuhan aktiviti teras

hendaklah dipergiatkan supaya menjadi lebih kompetitif.

103. Unit Perancang Ekonomi, JPM mengunjurkan ekonomi negara akan berkembang pada

kadar 6.0 peratus tahun ini. Oleh itu untuk mencapai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi,

Anak-anak Syarikat perlu menggubal dan mengubah suai dasar, strategi serta pendekatan

dalam aspek meningkatkan produktiviti, pengetahuan, kemahiran dan sistem penyampaian.

Disamping itu, Key Performance Indicators (KPIs) perlu disediakan sebagai pengukur atau

tanda aras untuk menentukan matlamat tercapai.

Unjuran Prestasi Perniagaan 2005

104. Syarikat Milikan/Anak Syarikat dijangka akan terus berkembang dalam tahun 2005 dengan

dibantu oleh kemantapan ekonomi negara serta andaian paras harga komoditi terus kukuh.

Keuntungan sebelum cukai yang diunjurkan adalah seperti berikut :-

Syarikat RM Juta

SHDC 0.50

Page 27: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

ESPEK 2.49

RSSB 1.95

PROTAC 0.35

PRB 2.58

RSPSB 4.26

RWSB 20.50

KRIS 2.30

RISDA Fleet 0.50

Jumlah 15.43

Smallholders Development Corporation Sdn. Bhd. (SHDC)

105. SHDC masih mengekalkan aktiviti terasnya iaitu Pengurusan dan Pembangunan

Hartanah dengan sokongan daripada aktiviti Perniagaan Am dan Khidmat Keselamatan.

Pembangunan hartanah di Sungai Petani dijangka akan dimulakan pada awal Januari 2005.

SHDC hendaklah memastikan supaya pelaksanaan dan sasaran kerja menepati seperti yang

dirancang. Di samping itu, SHDC hendaklah menentukan Pusat Latihan RISDA (RISTEC) di

Port Dickson yang mula beroperasi pada 1 September 2004 memberikan perkhidmatan yang

terbaik kepada pelanggan, sama ada pelanggan dalaman dan juga kepada pasaran luar.

106. SHDC juga hendaklah menguruskan sewaan semua hartanah RISDA yang tidak

digunakan oleh RISDA dan Anak-Anak Syarikat di mana ini akan dapat meningkatkan lagi

pendapatan Tabung Akaun Amanah Pengurusan Hartanah RISDA dan juga prestasi urus

niaga. Bagi bidang keselamatan, SHDC hendaklah memperbaiki mutu perkhidmatan di

samping memperluaskan perkhidmatan tersebut di pasaran luar.

Estet Pekebun Kecil Sdn. Bhd. (ESPEK)

107. Dalam tahun 2005, program tanam semula akan diteruskan dengan menebang 1,231

hektar pokok sawit tua untuk digantikan dengan pokok lebih produktif. Kawasan matang seluas

31,531 hektar berpotensi memberi tambahan hasil BTS sebanyak 15,000 tan atau peningkatan

3 peratus berbanding tahun 2004. Pengurusan ESPEK akan terus berusaha untuk

meningkatkan produktiviti Ladang-ladang RISDA melalui program pembajaan yang cost

effective dan amalan agronomi yang baik. Selain daripada itu, program mekanisasi di Ladang-

Page 28: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

ladang RISDA telah terbukti dapat mencapai kecekapan dan keberkesanan untuk

meningkatkan produktiviti pekerja dan kos pengeluaran.

108. Pengurniaan Sijil ISO/IEC 17025 kepada makmal ESPEK Research & Advisory Services

(ERAS) akan terus dipelihara untuk terus memberi kualiti perkhidmatan yang tinggi dan

memuaskan pelanggan. Usaha akan ditingkatkan untuk mendapatkan kontrak kerja pemetaan

GPS/GIS daripada FELDA yang telah menawarkan kontrak pemetaan pada tahun 2004 selain

memberi perkhidmatan kepada pemilik ladang yang lain.

109. Mulai tahun 2005, kesemua kilang sawit RISDA akan diuruskan oleh ESPEK

sepenuhnya. Tumpuan hendaklah diberikan bagi memastikan peningkatan pengeluaran kilang-

kilang melebihi tahap optimum dan seterusnya menjanakan pulangan yang memuaskan. Untuk

itu, tindakan diambil bagi menambah kuantiti BTS yang diproses mencapai kapasiti maksimum,

membekalkan kepada kilang RISDA dengan BTS yang berkualiti tinggi serta memenuhi

piawaian gred MPOB.

RISDA Semaian Dan Landskap Sdn. Bhd. (RSSB)

110. Sejajar dengan tema Pakar Semaian dan Landskap Anda RSSB hendaklah sentiasa

berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam pengurusan tapak semaian getah, semaian sawit

dan pengurusan Pusat Jualan/Khidmat Landskap terutama dari segi penjagaan kualiti. Dalam

tahun 2005, pastikan perancangan yang rapi untuk penyediaan benih getah dan kelapa sawit.

Dalam hal ini, RSSB perlu melibatkan KPK dan kontraktor individu dalam penyediaan

sebahagian daripada benih getah dan sawit tersebut, memandangkan keperluan benih getah

dianggarkan sebanyak 10 juta pokok sementara untuk benih kelapa sawit berjumlah 4.30 juta

pokok.

111. Pusat jualan RSSB hendaklah terus berusaha meningkatkan hasil jualan dengan strategi

dan produk yang berdaya saing dalam pasaran. Sebagai One Stop Garden Centre' RSSB

perlu mempergiatkan lagi kempen serta promosi untuk menaikkan imejnya.

Protac Insurance Brokers Sdn Bhd

112. PROTAC telah dianugerahkan Sijil ISO 9001:2000 dalam skop ?Provision of Insurance

Broking and Insurance Services? pada tahun 2004. Dengan anugerah tersebut PROTAC

hendaklah berusaha meningkatkan lagi pendapatannya pada tahun 2005 dengan

Page 29: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

menggerakkan secara aktif jentera pemasarannya dalam mencari pelanggan baru di samping

mengekalkan pelanggan yang sedia ada.

113. Dalam meningkatkan prestasinya pada tahun 2005, PROTAC perlu menembusi insurans

yang lebih berisiko tinggi seperti insurans perkapalan antarabangsa dan ?independent power

plan' yang menggunakan syarikat insurans luar negara. Dengan adanya staf yang

berpengalaman dan berkemahiran, PROTAC mampu mencapai target yang dikehendaki.

Permodalan RISDA Berhad (PRB)

114. PRB sebagai ‘Investment Arm' kepada RISDA hendaklah terus mengekalkan usahanya

yang cekap dalam pengurusan dana pelaburan dan pentadbiran pembiayaan. Selaras dengan

etika kerja syarikat, kepentingan pemilik dana hendaklah sentiasa diutamakan.

115. Bagi memastikan kesinambungan dan pengukuhan aktiviti perkhidmatan, PRB perlu

mempertingkatkan perkhidmatan sokongan dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT),

kewangan dan pembangunan sumber manusia. Penekanan dalam penyelidikan hendaklah

juga diberi perhatian bagi memastikan keputusan pelaburan dibuat dengan tepat. Status

anugerah pensijilan MS ISO 9001: 2000 hendaklah dikekalkan di samping penambahbaikan

yang berterusan kepada pengurusan sistem kualiti syarikat.

RISDA Smallholders Plantation Sdn. Bhd. (RSPSB)

116. RSPSB hendaklah memastikan matlamat pendapatan dalam Flagship 1 Model Bisnes

Strategik RISDA bagi peserta-peserta projek yang diurusnya tercapai. Ini sangat penting untuk

membolehkan hasrat RISDA dalam Model Pembangunan tersebut terlaksana dengan jayanya.

Oleh yang demikian sangat perlu dipertingkatkan tahap kecekapan dalam pengurusan dan

pelaksanaan projek supaya produktiviti meningkat ke tahap optimum bagi membolehkan projek

yang diurus mencapai keuntungan yang munasabah. Dengan keuntungan tersebut dapatlah

dividen peserta-peserta projek dibayar pada kadar yang diperlukan bagi mencapai matlamat

pendapatan dalam Flagship 1 tersebut.

117. Mulai tahun 2005, RSPSB hendaklah memberi tumpuan kepada aktiviti teras iaitu

pembangunan dan pengurusan ladang, pemasaran dan perkhidmatan kontrak. Aktiviti

Perniagaan Tani dan Pemasaran Hasil Tani akan diletakkan di bawah entiti yang bersesuaian.

118. Bagi memastikan kos pengeluaran yang rendah dapat dikekalkan, RSPSB disarankan

melaksanakan sendiri kerja-kerja dalam projek-projek ladangnya. Keperluan ini menuntut

supaya pengurusan tenaga buruh diperkukuhkan dan dipercekapkan lagi. RSPSB mesti

memastikan tenaga buruh sentiasa mencukupi supaya kerja-kerja di ladang terutamanya kerja-

Page 30: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

kerja penuaian tidak terganggu. Di samping itu seruan kerajaan untuk mengurangkan

penggunaan tenaga buruh asing hendaklah dilaksanakan dengan mengusahakan

penambahaan buruh tempatan secara bersungguh-sungguh.

119. Untuk memastikan pendapatan yang optimum, hasil ladang perlu dijual pada harga

tertinggi. Keadaan ini boleh dicapai dengan mengadakan urus niaga terus dengan kilang

pemprosesan. Hubungan baik sedia ada dengan kilang sangat perlu dikekalkan, malah

dipertingkatkan. Oleh itu pengurusan pemasaran RSPSB hendaklah diperkukuhkan dan

dipertingkatkan serta selari dengan perkembangan pengeluaran dari ladang yang semakin

meningkat. Pengukuhan aktiviti pemasaran RSPSB ini diharapkan boleh membantu Koperasi-

koperasi Pekebun Kecil dalam menggiatkan aktiviti pemasaran mereka dengan mengadakan

kerjasama sebagai ?smart partnership? yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak.

120. Dari segi pengurusan syarikat, RSPSB hendaklah meningkatkan perolehan dalam bajet

2005 sekurang-kurangnya 10 peratus lebih tinggi daripada bajet 2004, supaya bersama dengan

penurunan kos pengurusan, matlamat 50 peratus sara diri dalam tahun 2005 dapat dicapai.

Sejajar dengan itu, perancangan strategik yang jitu perlu dilaksanakan dalam tahun 2005 ke

arah pencapaian status sara diri sepenuhnya pada tahun 2006.

RISDA Wood Sdn. Bhd. (RWSB)

121. Bagi tahun 2005, RWSB hendaklah memberi fokus kepada dua aktiviti utama iaitu Kayu

PT/KD dan aktiviti-aktiviti trading. Usaha hendaklah dilakukan bagi menambah ?volume'

perniagaan berasaskan produk ini. Seterusnya RWSB hendaklah meneroka bidang-bidang

baru di dalam Industri Kayu Getah Bergergaji dan Industri Perabot terutama yang mempunyai

senergi dengan aktiviti teras yang sedang dijalankan pada masa ini sebagai satu usaha

menambah pendapatan syarikat. Untuk itu, RWSB perlu memantapkan lagi pakatan strategik

dengan rakan niaga (panel) di dalam pengeluaran kayu getah bergergaji basah (green) sebagai

sumber bahan mentah untuk pengeluaran kayu-kayu getah bergergaji kering (PT/KD).

122. Seterusnya semua cawangan RWSB hendaklah digerakkan kepada aktiviti pengeluaran

komponen perabot berisiko rendah seperti pengeluaran ?S4S?, ?S2S? dan sebagainya

bertujuan untuk meningkatkan nilai tambah kayu-kayu getah yang diurusniagakan. RWSB

hendaklah menceburi bidang-bidang yang mempunyai sinergi dengan aktiviti-aktiviti perniagaan

semasa seperti trading perabot, menyediakan perkhidmatan hiasan dalaman (interior

decoration) khusus di dalam pembekalan perabot bina dalam dan perabot siap.

Page 31: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

Kolej RISDA Sdn. Bhd. (KRIS)

123. Di dalam usaha memenuhi hasrat RISDA menerusi Teraju Ke 5, yakni membangunkan

ahli isi rumah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar, Kolej RISDA

menggunakan strategi serampang dua mata iaitu melatih ahli isi rumah dalam pelbagai bidang

kursus jangka pendek dan juga memberi pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi kepada

generasi kedua pekebun kecil khususnya lepasan sekolah, dalam pelbagai bidang kemahiran

agar mereka dapat membantu menyara keluarga mereka.

124. Bagi tahun 2005, Kolej RISDA akan memberi tumpuan kepada penambahan program-

program baru yang akan diikuti dengan penambahan bilangan pelajar mengikut program yang

ditawarkan. Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan dua lagi program baru bertaraf

Diploma iaitu Diploma Perakaunan Dan Keusahawanan yang akan ditawarkan pada

pengambilan pelajar bulan Jun 2005 dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4. Selain dari itu,

Kolej RISDA sedang menguruskan untuk menambah program berbentuk Sijil iaitu Sijil Business

Communication (English), Sjil Kemahiran Malaysia Jahitan, Jurusolek & Jurukecantikan,

Akuakultur, Florikultur dan Rangkaian Komputer.

125. Kolej RISDA hendaklah berusaha untuk dinaikkan taraf menjadi Kolej Universiti yang

menumpukan kepada Bidang Pertanian, khususnya Industri Asas Tani dan Bioteknologi

bersesuaian dengan tumpuan negara di dalam Bidang Pertanian. Penubuhan Kolej Universiti

ini akan membolehkan Kolej RISDA menawarkan program pengajian di peringkat Ijazah &

Sarjana, dan membuka ruang kepada pelajar-pelajar yang tamat pengajian Diploma

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Syarikat RISDA Fleet Sdn. Bhd. (RFSB)

126. Bagi tahun 2005, RISDA FLEET hendaklah memberi fokus kepada perniagaan teras

meliputi aktiviti Pengangkutan MSM; Pengangkutan Kargo; Pengangkutan Rigid; Bengkel

Kenderaan; dan Shipping & Forwarding di samping memberi fokus kepada pemantapan dan

pengemaskinian aset, aliran tunai, meningkatkan modal berbayar serta imej syarikat serta

usaha meningkatkan jaringan kerjasama (JV) dengan syarikat yang sedia ada dalam industri ini,

bagi menjadikan ia lebih dinamik dan berprestij.

127. Dalam bidang Operasi dan Perniagaan, Syarikat akan memastikan 100 peratus pasaran

domestik (RISDA & Anak Syarikat ) dapat dilaksanakan dan mensasarkan sekurang-kurangnya

30 peratus dari pasaran luar sebagai perolehan pendapatan iaitu di dalam aktiviti angkut minyak

Page 32: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

sawit mentah (MSM), angkut baja, angkut benih sawit dan getah. Syarikat juga akan

menaiktarafkan bengkel baikpulih kenderaan yang sedia ada bagi keperluan kenderaan ringan

dan berat berenjin disel serta melebarkan skop kepada kenderaan berenjin petrol dengan

pendekatan bengkel berkonsepkan One Stop Centre. Efisiensi Syarikat akan lebih terjamin

dengan penstrukturan semula Wilayah Barat (negeri Perak & Selangor) sebagai sebuah lagi

profit center. Selain daripada itu, sasaran memiliki lori treler dan lori rigid baru sebagai back-up

kepada kenderaan yang telah uzur, dapat meningkatkan tahap utilisasi dan mempelbagaikan

keupayaan kenderaan pengangkutan komersial mengikut keperluan semasa.

NARSCO Dan Koperasi Pekebun Kecil

128. NARSCO dan Koperasi Pekebun Kecil Daerah hendaklah terus memantapkan aktiviti

perniagaan dan memainkan peranan yang lebih berkesan dalam membangunkan sektor

pekebun kecil. Selaras dengan Dasar Koperasi Negara yang mengiktiraf gerakan koperasi

sebagai penggerak dan pemangkin ekonomi negara, aktiviti tumpuan NARSCO dan Koperasi

Pekebun Kecil Daerah akan menjurus kepada keperluan dan faedah secara langsung kepada

pekebun kecil. Jaringan perniagaan dan kerjasama yang telah dibentuk antara NARSCO

dengan Koperasi-Koperasi Pekebun Kecil Daerah sejak tahun 1980an hendaklah

diperkukuhkan. Anggota Koperasi Pekebun Kecil yang terdiri daripada masyarakat pekebun

kecil hendaklah dihubungkan dengan koperasi melalui sistem kad keahlian yang terkini.

129. Pihak NARSCO perlu menumpukan tenaganya untuk mengukuhkan aktiviti utama iaitu

pembekalan barang-barang keperluan input pertanian bagi meningkatkan hasil ladang-ladang

milik pekebun kecil. Lebihan keuntungan dari urusniaga akan disalurkan kembali melalui

pemulangan rebet dan diskaun supaya pekebun kecil memperoleh perkhidmatan yang terbaik

daripada NARSCO dan Koperasi Pekebun Kecil.

L. Pemantapan Peranan Inspektorat Dan Audit Dalam (BIAD)

130. Peranan BIAD adalah untuk membantu Pengurusan mengkaji perjalanan organisasi dan

pelaksanaan program pembangunan supaya dilaksanakan secara efektif, penggunaan sumber-

sumber secara efisien serta mendatangkan

hasil selaras dengan objektif yang ditentukan. BIAD juga menilai tahap keupayaan sistem

kawalan dalaman bagi mencegah berlaku fenomena negatif yang akan menghalang atau

melambatkan kejayaan. BIAD akan terus menggunakan kaedah ?risk based' dalam auditan

2005.

Page 33: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

131. Auditan ke atas Anak Syarikat akan diperluaskan lagi bagi memastikan kawalan dalaman

Anak Syarikat lebih mantap. BIAD akan membuat auditan bagi memastikan pelaksanaan

program dan aktiviti Pusat Tanggungjawab ke arah ‘zero defect'.

M. Program Agama, Kebajikan, Sosial Dan Sukan

132. Pengurusan RISDA meletakkan kebajikan staf sebagai fokus dan faktor sokongan yang

penting kepada pemantapan usaha-usaha ke arah pembangunan pekebun kecil melalui aktiviti-

aktiviti keagamaan yang menuju ke arah pembangunan sahsiah yang baik; aktiviti riadah dan

juga sosial. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh badan-badan seperti Majlis Badan-Badan

Islam RISDA Malaysia (MAJLIS) akan terus dilaksanakan dalam usaha meningkatkan lagi

pengetahuan dan kefahaman Islam di kalangan staf RISDA, khususnya tumpuan kepada

pembinaan sahsiah individu, keluarga dan masyarakat berteraskan Al-Quran. Selain daripada

aktiviti keagamaan, Majlis Sukan & Kebudayaan RISDA akan terus menjalankan aktiviti sukan

dan kebudayaan dengan sokongan RISDA, Anak-Anak Syarikat, NARSCO dan lain-lain.

133. Usaha untuk membantu staf dari segi kebajikan melalui Tabung Kebajikan Kakitangan

RISDA (TKKR) akan terus dilaksanakan kerana ia merupakan komitmen RISDA untuk

memastikan segala kemudahan/faedah kepada ahli disediakan. Skim Khairat Kematian RISDA

(SKKR) akan diteruskan kerana ia bertujuan untuk memberi sumbangan khairat kematian

kepada ahli serta keluarga yang terdekat sekiranya berlaku kematian. Tempoh perlindungan

yang diberi adalah untuk satu tahun yang bermula 1 Mei dan berakhir 30 April setiap tahun

berikutnya. Jumlah minimum untuk pampasan kematian ahli adalah RM5,000 dan had

maksimum RM250,000.

134. Satu lagi program kebajikan staf ialah Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok

(SHPB). Skim ini akan diteruskan memandangkan ia memberi perlindungan secara

berkelompok dan ahli memperoleh kadar premium yang masih rendah (walau pun dengan

kenaikan) yang tidak mungkin diperoleh secara individu. Pengurusan RISDA telah menaikkan

kadar sumbangan RISDA dari RM6.00 kepada RM10.00 seorang sebulan dan memberi

peluang kepada ahli untuk memilih pelan mengikut kemampuan. Dasar ini adalah semata-

mata untuk membantu meringankan bebanan kewangan semua lapisan staf yang ingin

mendapatkan perkhidmatan perubatan secara alternatif di hospital pakar.

135. Martabat staf wanita dan isteri-isteri staf juga diberi perhatian oleh Pengurusan RISDA

melalui pengiktirafan aktiviti-aktiviti di bawah Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan

Awam Malaysia (PUSPANITA) yang bertujuan merapatkan perhubungan dan menyatupadukan

Page 34: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

isteri-isteri dan staf wanita dalam semua perkhidmatan, di samping menggalakkan kemajuan

diri dan memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing.

Aspirasi Pengurusan

136. Dalam usaha merealisasikan tema Amanat Pengurusan tahun ini iaitu ?Memperkasakan

Masyarakat Pekebun Kecil', saya berhasrat memaklumkan beberapa aspek penting yang

Pengurusan RISDA perlu beri penekanan bagi memastikan organisasi RISDA terus unggul

sebagai “Peneraju Pembangunan Pekebun Kecil'. Antara penekanan dan tumpuan tersebut

adalah:-

Prinsip Integriti

137. Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 23 April 2004

bertujuan menyerapkan nilai etika kerja dan kehidupan supaya dapat diterjemahkan kepada

semua peringkat dan lapisan penjawat awam dan masyarakat. Bagi penjawat awam, termasuk

warga kerja RISDA, integriti adalah penting dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab

yang diamanahkan. Sebagai staf RISDA yang dipertanggungjawabkan memaju dan

memodenkan sektor pekebun kecil, kita perlu menghayati prinsip integriti sebagai etika kerja.

Pengurusan RISDA akan memastikan dalam semua urusan pentadbiran dan pelaksanaan

projek pembangunan, unsur-unsur rasuah dapat dielakkan, peningkatan dalam urus tadbir yang

baik, akauntabiliti dan ketelusan. Merealisasikan integriti dalam pentadbiran dan pengurusan

memerlukan kerjasama segenap lapisan staf RISDA untuk mengamalkannya. Hanya dengan

perlakuan sebegini akan melahirkan staf serta organisasi RISDA yang Cemerlang, Gemilang

dan Terbilang.

Budaya Kerja Cemerlang

138. Selaras dengan pembentukan integriti yang diharapkan, pengurusan RISDA amat

mengharapkan supaya setiap lapisan staf mengamalkan budaya kerja cemerlang. Melalui

pernyataan tema, misi dan objektif yang sentiasa dipaparkan dan dimaktubkan dalam urusan

pentadbiran dan pengurusan, adalah diharapkan kita akan dapat menghayati semua

pernyataan dan akujanji untuk menjadikan kita sebagai pekerja yang unggul dengan sifat-sifat

jujur, ikhlas, akauntabiliti dan telus dalam setiap saat kita menjalankan tugas. Bagi mengukur

Page 35: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

tahap pencapaian prestasi supaya menepati apa yang dihasratkan, pengurusan RISDA akan

menggunakan Indeks Pengukuran Prestasi (Key Performance Index) yang akan dibangunkan

disamping mengekalkan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK).

139. Selaras dengan budaya kerja cemerlang, Pengurusan RISDA berharap semua lapisan staf

mempunyai sikap proaktif dalam setiap aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab. Ini akan

dapat melahirkan staf yang sentiasa peka kepada kepentingan masa dan prestasi tugas yang

diberikan.

Learn, Unlearn and Relearn

140. Untuk memantapkan kedudukan selaku staf yang cemerlang dalam organisasi yang

unggul, aspek pendidikan, pembelajaran dan pembelajaran semula perlu ada pada setiap staf

RISDA. Proses pembelajaran dan kemahiran teknikal merupakan elemen penting dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Era kemajuan dunia hari ini dan pada masa akan

datang akan menitikberatkan kepada pendidikan dan kemahiran. Dalam konteks ini kita tidak

boleh melihat sesuatu pencapaian atau kejayaan secara dalaman, kita perlu juga menilai dari

segi luaran dan juga tanggapan masyarakat luar terhadap pencapaian sesuatu pelaksanaan

program. Pengurusan RISDA akan sentiasa menggalakkan reka cipta atau inovasi, baik dari

aspek pengurusan mahu pun pentadbiran sebagai salah satu langkah melahirkan kreativiti staf

RISDA. Setiap reka cipta atau inovasi yang dicetuskan dan dihasilkan menepati kriteria dan

keperluan pengurusan akan dinilai dan diberi ganjaran.

Cerdik ICT

141. Bagi meningkatkan kecemerlangan kerja, pengurusan RISDA akan memberi tumpuan

kepada peningkatan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam semua bidang

pengurusan dan pentadbiran pejabat. Peningkatan dalam ICT adalah perlu bagi menyaingi

perkembangan dalam Teknologi Maklumat yang kini telah berkembang menerajui Rangkaian

Jalur Lebar (Broadband). Berasaskan kepada perkembangan semasa, RISDA akan membina

RISDA*Net bagi merealisasikan Wide Area Network (WAN). Sejajar dengan peningkatan ini

semua staf adalah digalakkan supaya meningkatkan pengetahuan dalam bidang ICT.

Anjakan Paradigme

Page 36: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

142. RISDA telah mencapai usia melebihi 30 tahun, sewajarnya usia sematang ini telah

menjadikan organisasi yang matang dan berdaya untuk mengubah paradigmenya selaras

dengan perubahan zaman. Perubahan dalam diri, cara bekerja, cara berfikir dan cara membuat

sesuatu tugas serta melaksanakan perancangan kerja perlu berubah mengikut kesesuaian dan

cabaran zaman. Tumpuan Kerajaan dalam RMK-9 adalah tertumpu kepada menjadikan sektor

pertanian sebagai jentera pertumbuhan ekonomi negara yang ketiga penting dalam

pertumbuhan ekonomi negara. Sejajar dengan hasrat ini, selaku peneraju kepada

pembangunan pekebun kecil dan luar bandar, semua staf RISDA perlu meletakkan diri mereka

sebagai seorang yang berkemahiran dalam kerja-kerja pengembangan dan membimbing

masyarakat pekebun kecil menghadapi arus kemajuan dengan lebih berjaya dan berdaya saing.

Persekitaran Kerja Yang Kondusif

143. Bagi memastikan prestasi dan pencapaian matlamat RISDA menepati sasarannya,

persekitaran kerja yang baik dan kondusif adalah perlu. Pengurusan RISDA akan

menitikberatkan supaya semua keadaan pejabat, persekitaran tempat kerja dan kemudahan

bagi mempercepatkan sistem penyampaian dapat disediakan kepada semua lapisan staf.

Persekitaran kerja yang kondusif akan melahirkan satu keadaan ?kekeluargaan' atau satu

pasukan yang kukuh dan menjadi pemangkin kepada keselesaan suasana kerja dalam dan luar

pejabat.

Urus Tabdir Yang Baik

144. Urus tadbir yang baik dan berkesan merupakan proses membuat keputusan dan

matlamat akhirnya ialah sesuatu keputusan yang bijak dan terbaik yang dapat

diimplementasikan. Dalam menentukan arah tuju urus tadbir yang baik lagi berkesan,

pengurusan RISDA menetapkan di mana keperluan Key Stakeholders iaitu pihak Kerajaan dan

juga kumpulan sasar dipenuhi. Mereka perlu dilibatkan secara sistematik melalui penyertaan

dalam kerangka kerja yang tertentu berteraskan kepada ketelusan, tindak balas positif dan

pemaparan keputusan secara kolektif. Melalui proses ini semua pihak yang terlibat akan

memikul akauntabilti secara bersama. Ini akan dapat melicinkan lagi urusan pentadbiran dan

pengurusan secara harmoni, berkesan, lancar dan memberikan kepuasan dalam pelaksanaan

apa juga perancangan.

Page 37: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

Penutup

145. Keupayaan dan pencapaian masyarakat pekebun kecil bergantung kepada keupayaan

RISDA sendiri dalam menyusun program/projek yang berfokus, ke arah bukan sahaja

membangunkan industri tanaman getah, tetapi juga berupaya membangunkan masyarakat

pekebun kecil sendiri.

146. Matlamat asal RISDA tidak pernah berubah, malah sentiasa dikukuhkan oleh RISDA

sendiri dalam pernyataan perancangannya. Matlamat asal RISDA berkait dengan

mengurangkan kemiskinan dan membangun sektor pekebun kecil menjadi sektor moden.

Walau apa jua yang kita senaraikan program/projek yang akan dilaksanakan, akauntabiliti

akhirnya adalah setakat mana keadaan sosio ekonomi pekebun kecil dapat diubah oleh

program/projek yang dirancang dan dilaksanakan.

147. Pendekatan yang wajar bukanlah untuk melihat kepada angka peruntukan yang telah

diluluskan setiap tahun di bawah Rancangan Malaysia tertentu dan selepas itu

membandingkannya dengan perbelanjaan sebenar. Prestasi RISDA bukanlah juga peratusan

yang telah dibelanjakan dan RISDA dikatakan efisien atau berupaya hanya kerana dapat

membelanjakan amaun yang telah diperuntukkan. Tetapi apa yang sebenarnya lebih sukar dan

lebih mencabar adalah matlamat yang telah diberi kepada RISDA; membina pengukur

(yardstick); dan selepas itu, membuat penilaian berasaskan kepada pengukuran tersebut.

Umpamanya, sekira matlamatnya adalah pembasmian kemiskinan, ukurannya adalah bilangan

pekebun kecil yang tidak lagi miskin selepas dibelanjakan satu amaun setiap tahun. Ukuran

keberkesanan pelbagai program/projek pula adalah kos setiap program berbanding dengan

peningkatan kesejahteraan pekebun kecil. Sekiranya setiap pekebun kecil menerima lebih dari

satu program, bolehlah pula diukur kesan setiap program itu atau sinergi di antara pelbagai

program.

148. Dalam hal ini, saya mengambil pendekatan dan saranan Y.A.B. Perdana Menteri supaya

semua pihak ?Bekerja bersama saya, bukan bekerja untuk saya? dan ke arah ini kita hendaklah

bekerja sebagai satu pasukan yang mantap dan berusaha sebaik mungkin melaksanakan tugas

dan tanggungjawab yang diamanahkan. Sama-sama kita pertingkatkan sistem penyampaian

perkhidmatan yang terbaik di samping jelas siapa pelanggan kita. Sudah tentulah pelanggan

utama RISDA ialah masyarakat pekebun kecil dan penduduk luar bandar. Dalam setiap aktiviti

pembangunan yang dijalankan, RISDA hendaklah berusaha meningkatkan penglibatan

pekebun kecil dan segala aktiviti kita hendaklah memberi manfaat dan pulangan kepada

mereka.

Page 38: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

149. Sebagai sebuah agensi pembangunan, RISDA tentu sekali belum mencapai kesemua

matlamatnya. Selagi ada pekebun kecil, selagi itulah RISDA masih diperlukan. Perkara yang

dipertanggungjawabkan kepada RISDA menurut Akta 85 adalah perkara yang memerlukan

penyelesaian. Bahawa jika tidak tercapainya semua matlamat asalnya bukanlah satu tanda

kegagalan. Perlu difahami bahawa situasi kebun kecil adalah dinamik, dan selagi mana ada

getah tua yang perlu ditanam semula dan selagi mana ada pekebun kecil yang perlu

dibangunkan, selagi itulah tujuan asal RISDA ditubuhkan masih menjadi relevan.

150. Akhir sekali, saya berharap RISDA dengan bekalan perancangan yang rapi ini dan

pelaksanaan yang terkawal dan teratur di peringkat lapangan, adalah diharapkan pekebun kecil

yang menyertai program-program RISDA akan dapat mencapai Misi dan Objektif dengan

memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan sekeluarga sesuai dengan

tema MEMPERKASAKAN MASYARAKAT PEKEBUN KECIL.

151. Saya akhiri Amanat Pengurusan RISDA 2005 ini dengan membacakan sebuah sajak

nukilan Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi untuk kita amati bersama

pengertiannya :

Ku Cari Damai Abadi

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun

Untuk hidup kaya

Aku cari bukan wang berjuta-juta

Untuk hidup bergaya

Aku cari bukan kawan-kawan

Untuk hidup sekadar berfoya-foya

Aku cari mana dia Al-Ghazali

Aku cari mana dia Al-Shafie

Kita bongkar rahsia kitab suci

Cari pedoman

Kita bongkar rahsia sunnah Nabi

Cari panduan

Aku hidup kerana dia Rabbi

Dialah teman

Dialah Wali

Dia mencukupi

Page 39: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2005 · Mukadimah 1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul

Aku hidup bererti

Menikmati damai abadi.

Selamat bertugas, terima kasih.

Ibu Pejabat RISDA,

Kuala Lumpur.

6 JANUARI 2005