deraf teks ucapan perhimpunan … perhimpunan bulanan pada kali ini. rasanya belum terlambat untuk...

33
TEKS UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN GAJI DAN ELAUN DI PERHIMPUNAN BULANAN JPA NOVEMBER 2007 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BULAN NOVEMBER 2007 Tema : “Yang Molek Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa” Pendahuluan Yang dihormati saudara saudari Pengacara majlis, Y. Bhg. Tan Sri Ismail Adam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Y. Bhg. Dato’ Ahmad Said Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), 1

Upload: hoangdien

Post on 15-Jul-2019

299 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

TEKS UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN GAJI DAN

ELAUN DI PERHIMPUNAN BULANAN

JPA NOVEMBER 2007 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

BULAN NOVEMBER 2007 Tema : “Yang Molek Itu Budi, Yang Indah

Itu Bahasa”

Pendahuluan Yang dihormati saudara saudari Pengacara

majlis,

Y. Bhg. Tan Sri Ismail Adam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Y. Bhg. Dato’ Ahmad Said Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi),

1

Page 2: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

Y. Bhg. Dato’ Ab. Khalil Ab. Hamid Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

Pengarah-pengarah Bahagian Dato’- Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan Warga JPA yang saya hormati

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera saya

ucapkan.

Terlebih dahulu saya mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan ucapan

setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak

Pengurusan Atasan JPA, khususnya Y.

Bhg. Tan Sri KPPA yang telah memberi

kepercayaan dan penghormatan kepada

Bahagian Gaji Dan Elaun untuk

2

Page 3: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

menganjurkan perhimpunan bulanan pada

kali ini.

Rasanya belum terlambat untuk saya

ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada

semua warga JPA yang beragama Islam

serta kepada mereka beragama Hindu yang

telah menyambut perayaan Deepavali pada

minggu yang lepas. Begitulah harmoninya

masyarakat pelbagai kaum di negara kita, di

mana perayaan-perayaan besar seperti ini

akan disambut dengan meriah sekali di

seluruh negara.

Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,

3

Page 4: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

Seperti yang telah dimaklumkan, tema

perhimpunan bulanan kita pada pagi ini

ialah “Yang Molek Itu Budi,Yang Indah Itu

Bahasa”. Bersesuaian dengan kempen

Budi Bahasa yang telah dilancarkan oleh

Y.A.B Perdana Menteri kita sebelum ini,

saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-

puan untuk mendalami peribahasa Melayu

yang saya kira amat relevan sekali dengan

kehidupan kita seharian selaku penjawat

awam.

Y.A.B Perdana Menteri dalam ucapan

sempena pelancaran kempen Budi Bahasa

dan Nilai-nilai Murni Peringkat Kebangsaan

ada berkata bahawa –

4

Page 5: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

“Pembangunan modal insan

menjadi sangat penting kepada

negara pada masa depan dan

mereka ini mestilah berkualiti,

kualiti bukan sahaja dari segi

pendidikan, kepakaran, tetapi juga

dari segi moral yang tinggi,

bertanggungjawab dan

mengutamakan nilai-nilai murni

dalam kehidupan”

Beliau juga dalam ucapannya ada

mengatakan bahawa –

“Negara akan menjadi agung jika

warganya terdiri daripada insan-

5

Page 6: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

insan yang mengamalkan budaya

murni”.

Bersesuaian dengan hasrat pucuk pimpinan

tertinggi negara kita, tema “Yang Molek itu

Budi, Yang Indah Itu Bahasa” telah dipilih

oleh Bahagian Gaji dan Elaun (BGE) untuk

menjadi tema perhimpunan bulanan JPA

pada kali ini.

Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,

Berkuat kuasa pada 1 Julai yang lalu, kira-

kira 1.5 juta anggota perkhidmatan awam di

seluruh negara telah menerima kenaikan

gaji antara 7.5% hingga 35%, ini termasuk

anggota tentera dan pasukan polis yang

6

Page 7: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

turut menerima kenaikan gaji di antara 9%

hingga 42%.

Selain daripada itu, kerajaan juga telah

menaikkan Bantuan Sara Hidup sebanyak

100%. Keputusan yang dibuat oleh kerajaan

ini menunjukkan bahawa sememangnya

pihak kerajaan amat prihatin dengan nasib

kakitangan sektor awam yang terpaksa

berhadapan dengan kos sara hidup yang

meningkat terutamanya di bandar-bandar

besar.

Apalagi, pemberian kenaikan gaji kepada

kakitangan awam ini bukan sahaja dirasai

oleh pegawai perkhidmatan awam yang

masih berkhidmat, tetapi turut dinikmati juga

7

Page 8: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

oleh 557,033 pesara kerajaan yang selama

ini telah berkhidmat dengan dedikasi dan

penuh amanah.

Sepatutnya kita sebagai anggota

perkhidmatan awam, perlu bersyukur dan

berterima kasih kerana telah dikurniakan

dengan nikmat yang bertuah ini dan juga

kepada pimpinan negara yang sentiasa

prihatin dan menghargai sumbangan dan

pengorbanan anggota perkhidmatan awam

selama ini.

Ini bermakna kerajaan dan masyarakat

telah mengiktiraf sumbangan dan peranan

yang telah dimainkan oleh sektor awam

bagi menjana pembangunan sosio ekonomi

8

Page 9: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

negara, mengekalkan ketenteraman dan

memberi perkhidmatan yang memuaskan

kepada masyarakat.

Cuba kita bandingkan suasana ini dengan

apa yang berlaku di sesetengah negara lain

yang mana rakyat sentiasa hidup penuh

ketakutan lantaran peperangan yang telah

memusnahkan bukan sahaja kediaman

mereka malah negara dan kehidupan

mereka, ada juga negara di dunia ini yang

dilanda wabak penyakit berjangkit yang

berbahaya dan memusnahkan kehidupan

mereka. Begitu juga ada negara lain yang

sentiasa bergolak, berperang sesama

sendiri yang mana akhirnya mereka ini

dijajah pula oleh kuasa asing.

9

Page 10: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,

Saya ingin menarik perhatian sidang hadirin

sekalian kepada Pengumuman Bajet 2008

yang telah dibuat oleh Y.A.B Dato’ Seri

Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi selaku

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan

Malaysia pada 7 September 2007 yang lalu

di Dewan Rakyat.

Dalam ucapannya, beliau telah

mengumumkan tema Bajet 2008 iaitu

“Bersama Membina Negara Dan

Menikmati Kemakmuran”. Jelas sekali

apabila kita melihat kepada temanya

sahaja, terbukti bahawa kerajaan telah

10

Page 11: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

mengambil sikap ingin bersama-sama

rakyat untuk membangunkan negara ini

agar kita dapat bersama-sama

merealisasikan Wawasan 2020 yang bakal

menjelang tidak lama lagi.

Perdana Menteri ada menyatakan dalam

ucapannya bahawa tahun 2007 ini

merupakan tahun yang amat besar ertinya

kepada kita semua kerana pada tahun ini,

kita dapat bersama-sama menyambut ulang

tahun yang ke-50 kemerdekaan negara.

Dalam lima dekad pertama kemerdekaan,

negara telah mencapai kemajuan yang

membanggakan dalam suasana aman dan

damai. Dalam tempoh 50 tahun ini, kualiti

11

Page 12: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

hidup rakyat telah jauh bertambah baik

berbanding dengan lima puluh tahun yang

lalu. Pendapatan per kapita telah meningkat

sebanyak 26 kali ganda daripada 790 ringgit

pada tahun 1957 kepada 20,840 ringgit

pada tahun 2006. Lima puluh tahun dahulu,

lebih separuh rakyat di negara ini hidup

dalam kedaifan dan kemiskinan, kini kadar

kemiskinan telah berjaya dikurangkan di

bawah enam peratus.

Dalam tempoh 50 tahun juga, negara telah

berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi

yang amat membanggakan, dengan

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

mencatatkan peningkatan 6.3 peratus

setahun. Pertumbuhan ini dicapai dalam

12

Page 13: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

suasana inflasi yang rendah dan guna

tenaga penuh.

Asas ekonomi terus bertambah kukuh.

Semenjak tahun 1998, akaun imbangan

pembayaran negara telah mencatat lebihan

selama sembilan tahun berturut-turut. Pada

tahun 2006, lebihan akaun semasa adalah

16.8 peratus daripada Keluaran Negara

Kasar. Kadar tabungan negara terus kekal

tinggi pada tahap 37 peratus daripada

KDNK. Kemasukan pelaburan langsung

asing terus mapan.

Jesteru itu, kita dapat melihat bahawa Bajet

2008 ini jelas mencerminkan hasrat

Kerajaan untuk memastikan kekayaan

13

Page 14: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

negara terus berkembang dan dapat

dinikmati oleh semua rakyat. Saya yakin

seperti mana yang telah dihasratkan oleh

Y.A.B Perdana Menteri kita, hanya dengan

ini, kemajuan negara akan menjadi lebih

bermakna, dengan semua rakyat dapat

hidup dengan aman dan harmoni.

Seperti mana yang kita sedia maklum, Bajet

2008 ini akan memberi tumpuan kepada

tiga strategi utama, iaitu –

• Pertama, Mempertingkatkan daya saing negara;

• Kedua, Memperkasa pembangunan modal insan; dan

14

Page 15: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

• Ketiga, Menjamin kesejahteraan rakyat.

Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,

Jika kita mengamati Strategi Pertama Bajet

2008 iaitu mempertingkat daya saing

negara, antara perkara penting yang

diberikan perhatian ialah Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam. Kerajaan yakin dan komited jika

penambahbaikan kepada Sistem

Penyampaian Perkhidmatan Awam ini

dapat dilaksanakan, maka kerajaan dapat

menyediakan satu persekitaran yang

kondusif bagi menarik lebih ramai pelabur

asing melabur di negara kita ini.

15

Page 16: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

Jika kita melihat pula kepada Strategi

Kedua iaitu Memperkasa Pembangunan

Modal Insan, jelas sekali bahawa kerajaan

akan terus memastikan bahawa setiap

individu di dalam negara ini dapat

melahirkan Modal Insan yang berkualiti, ini

adalah kerana kerajaan amat yakin bahawa

demi memastikan Malaysia mencapai

matlamatnya sebagai sebuah negara maju,

maka pembangunan Modal Insan

seharusnya diutamakan.

Melihat kepada Strategi Ketiga pula, iaitu

Menjamin Kesejahteraan Rakyat, sudah

pasti Kerajaan akan cuba sedaya upaya

untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat

16

Page 17: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

di negara ini melalui pelbagai insentif yang

telah diatur dan dirancang oleh Kerajaan.

Secara konsepnya, dengan memberi

emphasis kepada pembangunan Modal

Insan yang akan dapat meningkatkan

keyakinan serta kecekapan pekerja, maka

melalui usaha tersebut akan mencetuskan

idea dan tindakan penambahbaikan Sistem

Penyampaian Perkhidmatan Awam yang

dapat meningkatkan competitive edge

negara di peringkat antarabangsa, dan

dengan itu menggalakkan kemasukan

pelaburan asing atau tempatan untuk

mempertingkatkan taraf hidup rakyat.

17

Page 18: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

Menjamin Kesejahteraan Rakyat

Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam

Pembangunan Modal Insan

Mengambil kira faktor-faktor yang telah

saya nyatakan di atas, maka tidak hairanlah

kepada kita bahawa kerajaan sanggup

untuk mempertimbangkan Pemberian

Kenaikan Gaji kepada Anggota Sektor

Awam lebih awal daripada Pengumuman

Bajet 2008 ini. Rasionalnya mudah sekali,

kerajaan yakin dan pasti bahawa untuk

mencapai hasrat dan cita-cita Kerajaan,

maka sokongan yang tidak berbelah bagi

haruslah diberikan oleh penjawat awam dan

18

Page 19: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

menyedari akan sumbangan dan sokongan

yang telah dicurahkan oleh anggota

perkhidmatan awam maka kerajaan telah

memberikan Kenaikan Gaji yang amat

menggembirakan kita semua. Seperti mana

yang di katakan oleh William Shakespeare -

“He who is well paid is well satisfied”

Enabler

SSttrruuccttuurree

SSyysstteemm aanndd

PPrroocceessss

RReessoouurrccee

Drive

QQuuaalliittyy HHuummaann CCaappiittaall

EEnnhhaanncceerr//CCaattaallyysstt

CCoommppeennssaattiioonn

TTrraaiinniinngg

RReeccooggnniittiioonn

Output

SSeerrvviiccee DDeelliivveerryy

CCuussttoommeerr SSaattiissffaaccttiioonn

IImmppaacctt oonn SSoocciieettyy

Outcome

VVaalluuee CCrreeaattiioonn

PPiivvoottaall RRoollee ooff CCoommppeennssaattiioonn iinn aa QQuuaalliittyy OOrrggaanniizzaattiioonnaall FFrraammeewwoorrkk

19

Page 20: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

Bak pepatah Melayu “Orang Berbudi Kita

Berbahasa, Orang Memberi Kita

Merasa”.

Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,

Keputusan kerajaan mengumumkan

kenaikan gaji bukanlah satu perkara mudah,

tetapi ia memerlukan satu peruntukan yang

amat besar bagi membayar gaji anggota

perkhidmatan awam.

Kerajaan perlu memperuntukkan tambahan

sebanyak RM6.8 billion setahun bagi

membayar gaji ekoran pemberian kenaikan

gaji pada tahun ini. Begitu juga sebanyak

20

Page 21: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

RM1.2 billion telah diperuntukkan untuk

membayar Bantuan Sara Hidup setahun.

Kesediaan dan kesanggupan kerajaan

membayar kenaikan gaji ini jelas

membuktikan keprihatinan kerajaan yang

tentunya disokong oleh keamanan negara,

kestabilan politik dan perpaduan yang

kukuh di kalangan masyarakat berbilang

kaum di negara ini.

Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,

Pernyataan syukur kepada Tuhan dan

terima kasih kepada kerajaan kerana

pemberian kenaikan gaji ini sahaja tidak

mencukupi atau memadai. Seluruh anggota

21

Page 22: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

perkhidmatan awam seharusnya membalas

kepercayaan dan penghargaan oleh

pemimpin dan seluruh rakyat negara ini

dengan meningkatkan produktiviti dan

kualiti bekerja dengan lebih cekap dan gigih

lagi demi untuk memperbaiki sistem

penyampaian perkhidmatan awam.

Selain daripada itu, setiap anggota

perkhidmatan awam mestilah memberi nilai

tambah kepada perkhidmatan dengan

mengurangkan kerenah birokrasi,

mengamalkan sikap mesra, telus, responsif

dan mementingkan kehendak pelanggan

yang mana ia amat bertepatan sekali

dengan slogan JPA “Kepuasan Pelanggan

Keutamaan Kami”.

22

Page 23: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

Ekoran pemberian kenaikan gaji ini juga, sewajarnya tiada lagi alasan untuk melakukan perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan imej perkhidmatan awam dan merugikan diri sendiri seperti sikap sambil lewa dalam kerja, terlibat dengan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, tabiat curi tulang dan pelbagai lagi amalan buruk.

Di samping itu dengan pemberian kenaikan

gaji oleh kerajaan ini, janganlah pula kita

menjadi rambang mata dan lupa daratan

dengan berbelanja besar, yang mana ia

akan menyebabkan hidup kita akan

23

Page 24: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

dibelenggu kesusahan akibat banyak

berhutang.

Janganlah kita terpedaya dengan tawaran

skim cepat kaya sama ada ia dari dalam

mahupun dari luar negara. Sebaliknya

adalah lebih elok jika kita memanfaatkannya

dengan melabur dalam saham amanah,

menabung atau menyimpan untuk

pendidikan anak-anak atau lain-lain skim

yang telah diluluskan oleh Bank Negara

demi masa depan anak-anak dan keluarga.

Kita sering diwar-warkan bahawa

menabung adalah amalan mulia. Namun,

masih ramai yang tidak menyedari peri

pentingnya menabung dalam kehidupan.

24

Page 25: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

Jika tidak, masakan ‘Along’ masih memburu

dan diburu.

Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,

Hakikatnya, pelbagai kaedah menabung

yang boleh diaplikasikan mengikut

keperluan, kemampuan dan keselesaan

seseorang individu itu. Misalnya, jenis

tabungan yang paling biasa dan popular

ialah menyimpan wang dalam akaun

simpanan di bank-bank perdagangan.

Selain itu, cara tabungan lain yang berisiko

rendah adalah melalui simpanan dalam unit

amanah seperti Amanah Saham

Bumiputera (ASB), Amanah Saham

Wawasan (ASW) dan lain-lain lagi yang

25

Page 26: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

memberikan pulangan yang lebih tinggi

berbanding simpanan biasa di bank-bank.

Selain daripada itu, insurans juga

merupakan salah satu cara menabung yang

dikatakan hanya diminati oleh lebih kurang

5% bangsa Melayu sahaja di negara ini.

Saya melihat bahawa insurans juga

merupakan salah satu cara tabungan yang

menguntungkan. Insurans tidak hanya

membantu dari segi tabungan, malah juga

mempunyai pelbagai kaedah lain seperti

kemudahan hospital dan ganti rugi

kemalangan dan kematian. Kini, terdapat

kemudahan Takaful bagi mereka yang

inginkan kaedah perlindungan secara Islam.

26

Page 27: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

Walaupun jelas bahawa pelbagai cara

menabung yang boleh dipilih oleh pengguna

hari ini, namun masih ramai yang “liat”

untuk menabung. Pelbagai alasan yang

diberikan oleh golongan ini. Antaranya, gaji

yang tidak mencukupi, keluarga yang besar,

kos sara hidup yang tinggi dan berbagai-

bagai lagi. Bak kata pepatah, “hendak

seribu daya, tidak hendak seribu dalih”.

Golongan ini sebenarnya hanya

menggunakan alasan ini untuk terus leka

dalam arus kehidupan, dan dalam masa

yang sama cuba mengelak daripada

memikirkan kemungkinan-kemungkinan

pada masa hadapan.

27

Page 28: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

Antara faktor yang dikatakan menjadi punca

sikap liat menabung ini adalah sifat individu

yang tidak mempunyai kesedaran tentang

kepentingan menabung dalam kehidupan.

Golongan jenis ini melihat menabung

sebagai suatu perkara remeh yang tidak

akan memberi apa-apa kesan kepada

kehidupan mereka secara keseluruhannya.

Jika tiada tabungan, kematian atau

kemalangan itu akan lebih tragis daripada

sepatutnya. Oleh sebab itu, perlulah kita

semua mempunyai sikap sentiasa “berjaga-

jaga” untuk menghadapi hari-hari yang

mendatang. “It pays to plan ahead. It

wasn’t raining when Noah build the ark”.

28

Page 29: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,

Menyedari pelbagai faedah yang bakal

diperolehi daripada sikap berjaga-jaga

inilah, maka kesedaran di kalangan mereka

yang masih enggan menabung perlulah

dipupuk. Antara konsep menabung yang

boleh kita semua amalkan adalah seperti

berikut :

• Pupuklah kesedaran dalam diri tentang

kepentingan menabung.

• Nasihatilah anak-anak dan sanak

saudara demi kepentingan masa

hadapan mereka.

29

Page 30: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

• Pastikan setiap individu mempunyai

belanjawan peribadi yang boleh

dijadikan panduan perbelanjaan.

Belanjawan ini haruslah diikuti dengan

penuh disiplin untuk memastikan tidak

berlakunya lebihan perbelanjaan

berbanding pendapatan.

• Pelajari dan turut serta melabur dalam

skim-skim tabungan yang

menguntungkan. Pastikan skim tersebut

menawarkan tabungan yang berisiko

rendah jika anda kekurangan aliran

tunai.

• Simpan semua atau sekurang-

kurangnya separuh daripada

30

Page 31: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

pendapatan yang tidak dijangka,

misalnya memenangi peraduan yang

menawarkan hadiah wang tunai,

keuntungan perniagaan atau bonus.

Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,

Kesimpulannya, menabung boleh

direalisasikan dengan mudah seandainya

wujud kemahuan dalam diri sendiri

seseorang individu itu. Dengan wujudnya

pelbagai jenis tabungan yang diperkenalkan

di dalam negara kita ini, sudah pastinya

dapat membantu kita memilih bentuk

tabungan yang sesuai dengan keperluan

diri.

31

Page 32: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

Faedah menabung yang besar bukan hanya

membantu dalam pembentukan masa

depan, tetapi juga kepada anak-anak,

keluarga dan negara. “Beringat sebelum kena” dan “Sediakan payung sebelum hujan” hendaklah dijadikan sebagai

panduan selain sebagai amaran untuk

memulakan langkah menabung dan terus

menabung dikalangan semua anggota

perkhidmatan awam.

Bagi mengakhiri ucapan in saya ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

dan ucapan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat sama ada secara

langsung mahupun tidak langsung dalam

menjayakan perhimpunan ini khususnya

32

Page 33: DERAF TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN … perhimpunan bulanan pada kali ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga JPA yang beragama Islam

kepada pegawai daripada Bahagian

Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan,

Bahagian Penyelidikan dan Perancangan,

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat

serta kepada semua yang hadir pada pagi

ini. Sekian terima kasih.

33