teks ucapan majlis hafazan al-quran ihtifal ilmi 2015

Upload: hudakasim

Post on 05-Mar-2016

251 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Teks Ucapan

TRANSCRIPT

Bismillaahir rahmaanir rahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sayang selasih berisi minyak,Bunga cengkih di atas jeramiTerima kasih banyak-banyak,Sudi datang ke majlis ini.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengerusi Majlis.

Yang berusaha Ustaz Syafie bin IsmailKetua Bahagian AkademikLembaga Maktab MahmudYang berbahagia ..Yang berbahagia Yang dihormati ..Yang dihormati Yang dihormati Yang dihormati

Pengetua-Pengetua Maktab Mahmud Negeri KedahPenolong-penolong Kanan Maktab MahmudGuru-guru pengiring,Guru-guru, peserta-peserta Hafazan Al-Quran seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat jua kita bersama-sama melapangkan masa untuk memeriahkan Majlis Hafazan Al-Quran peringkat Maktab Mahmud, Negeri Kedah Darul Aman.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah kerana telah berjaya menganjurkan program ini bagi kali yang kedua.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kemerduan dan keenakkan alunan bacaan Al-Quran adalah menifestasi keindahan dan ketertiban bahasa yang terdapat pada kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT. Berbagai-bagai kaedah dan gaya bahasa digunakan untuk menyerlahkan keindahan ayat-ayat suci Al-Quran.

Sesungguhnya, Al-Quran menjadi sumber rujukan untuk kita membangunkan manusia yang lengkap dengan ajaran dan khazanah ilmu pengetahuan bagi memenuhi keperluan ummah seiring dengan tuntutan syariat. Sehubungan itu, amat penting bagi kita untuk mendalami, memahami dan menghayati setiap isi kandungan Al-Quran seterusnya diaplikasikan di dalam kehidupan seharian kita.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Dalam konteks ini, pendidikan yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah harus dijadikan teras bagi melahirkan modal insan untuk memperkasakan bangsa dan negara serta mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Justeru, penganjuran program hafazan Al-Quran merupakan wadah yang terbaik bagi membangunkan generasi cemerlang dan unggul dalam pelbagai bidang menerusi pemahaman dan penghayatan terhadap kandungan kitab suci Al-Quran.

Sebelum mengakhiri ucapan saya, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis pada hari ini. Semoga segala usaha, komitmen dan kerjasama yang diberikan akan diberkati oleh Allah SWT.

Tahniah juga diucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur dan di harap program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang demi melahirkan pelajar-pelajar yang berpotensi untuk diketengahkan dalam bidang hafazan Al-Quran.

Bunga mawar cantik tersemat,Di petik gadis di tepi titi,Agar hidup penuh rahmat,Moga majlis sentiasa diberkati.

Sekian,

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

1