teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

26
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN ILJTM KALI KE-19 TAHUN 2014 (WILAYAH SEMENANJUNG) 11 NOVEMBER 2014, 2.30 PETANG PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)

Upload: vukhanh

Post on 26-Jan-2017

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

MAJLIS KONVOKESYEN ILJTM

KALI KE-19 TAHUN 2014

(WILAYAH SEMENANJUNG)

11 NOVEMBER 2014, 2.30 PETANG

PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA

PUTRAJAYA (PICC)

Page 2: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

2

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”.

Terima kasih Pengerusi Majlis

Yang Berbahagia Dato’ Saripudin bin

Kasim

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber

Manusia

Yang Berusaha Cik Chin Phaik Yoong

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga

Manusia

Page 3: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

3

Yang Berusaha Tuan Syed Mohamad

Noor bin Syed Mat Ali

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan

Tenaga Manusia

Ketua-ketua Jabatan dan Agensi serta

Pegawai-pegawai Kanan Kementerian

Sumber Manusia

Pengarah-pengarah Institut Latihan

Jabatan Tenaga Manusia

Ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat

Institut Latihan Jabatan Tenaga

Manusia

Page 4: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

4

Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-

Datin

Saudara dan Saudari para graduan

Institut Latihan Jabatan Tenaga

Manusia yang diraikan

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian

Alhamdulillah marilah kita merafakkan

setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat

Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya

jua dapat kita semua berhimpun dalam

Majlis Konvokesyen Institut Latihan

Page 5: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

5

Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian

Sumber Manusia Kali ke-19 ini.

2. Saya ingin mengambil kesempatan

di sini untuk merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih kepada Jabatan Tenaga Manusia

kerana sudi menjemput saya ke majlis

konvokesyen yang penuh gilang-

gemilang ini.

3. Ucapan penghargaan juga

ditujukan khas buat Yang Berbahagia

Dato’ Saripuddin bin Kasim, Ketua

Setiausaha Kementerian Sumber

Manusia, Yang Berusaha Cik Chin Phaik

Page 6: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

6

Yoong, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga

Manusia serta semua pihak dan seluruh

warga kerja KSM dan JTM yang telah

berusaha bersungguh-sunguh dalam

merealisasikan majlis yang penuh

bermakna ini serta usaha-usaha yang

telah dilaksanakan dalam menerajui dan

mengarusperdana latihan kemahiran

bagi melahirkan tenaga kerja mahir

yang berprestasi tinggi.

Page 7: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

7

TENAGA MAHIR TUNJANG

PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

4. Kita harus mengakui bahawa

sektor Pendidikan Teknikal dan Latihan

Vokasional atau TEVT di negara kita

masih lagi ketinggalan berbanding

dengan negara-negara maju seperti di

negara-negara The Organisation for

Economic Co-operation and

Development atau OECD. Faktor utama

yang menyumbang kepada keadaan ini

Page 8: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

8

adalah persepsi masyarakat yang

cenderung melihat kepada kelayakan

akademik berbanding bidang teknikal

dan vokasional.

5. Usaha kerajaan dalam melahirkan

lebih ramai tenaga kerja mahir

memerlukan sokongan padu daripada

masyarakat khasnya para majikan dan

golongan sasar itu sendiri demi

mencapai cita-cita Malaysia sebagai

negara industri bertaraf dunia.

6. Salah satu kriteria bagi Malaysia

untuk mencapai status negara maju

menjelang Tahun 2020 adalah 50

Page 9: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

9

peratus pekerjanya mestilah tenaga

mahir dan dilengkapi dengan pelbagai

kemahiran yang tinggi.

7. Secara umumnya, kebanyakan

negara maju memiliki nisbah 50:50 dari

segi tenaga kerja yang berkelulusan

akademik dan TEVT. Malah, terdapat

juga negara maju yang mempunyai

jumlah tenaga kerja dalam sektor TEVT

yang jauh lebih ramai daripada yang

berkelulusan akademik.

8. Di negara Jerman misalnya,

sebanyak 80 peratus tenaga kerjanya

adalah tenaga mahir dan bekerja dalam

Page 10: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

10

industri pembuatan teknologi tinggi.

Mereka telah dilatih dengan sempurna

serta memiliki kemahiran dan

keupayaan yang selari dengan

keperluan industri-industri di sana.

Kekuatan negara Jerman ialah mereka

telah mengamalkan Sistem Latihan Dual

lebih daripada 100 tahun yang lalu. Di

bawah sistem ini, latihan berlaku di dua

tempat, iaitu di pusat latihan sebanyak

20–30 peratus melibatkan pembelajaran

teori dan 70–80 peratus latihan amali

berlaku di tempat kerja sebenar.

Page 11: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

11

9. Bagaimana pula dengan keadaan di

Malaysia? Berbanding dengan negara-

negara maju, kita hanya mempunyai

28% tenaga mahir daripada jumlah

tenaga kerja negara. Jumlah ini masih

rendah berbanding Singapura, Taiwan

dan Korea Selatan. Justeru itu,

Kerajaan sangat komited dalam

memastikan bilangan tenaga mahir

dipertingkatkan agar mencapai sasaran

50% menjelang tahun 2020 ke arah

status negara berpendapatan tinggi.

INISIATIF MENYOKONG AGENDA TEVT

NEGARA

Page 12: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

12

10. Sebagai langkah untuk menyokong

agenda TEVT ini, Kerajaan juga telah

mengenalpasti mekanisme yang lebih

tersusun melalui cadangan penubuhan

Lembaga Teknologis Malaysia atau

MBOT. Dengan adanya MBOT, kelulusan

kemahiran teknikal dan teknologi akan

mendapat pengiktirafan sewajarnya

daripada badan ikhtisas.

11. Penubuhan MBOT akan

menggalakkan institusi TEVT melalui

penawaran kursus-kursus berasaskan

kemahiran dan teknologi. Selain itu, ia

juga dapat meningkatkan tenaga kerja

berkemahiran tinggi melalui program

Page 13: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

13

nilai tambah TEVT dan latihan

kemahiran.

12. Melalui mekanisme ini, profesion

teknologis dan juruteknik akan menjadi

satu lagi laluan alternatif kerjaya

memandangkan terdapat pengiktirafan

sebagai profesion ikhtisas dan kerjaya

yang terjamin. Saya percaya, lebih

ramai pelajar akan cenderung memilih

bidang TEVT seiring dengan usaha

mentransformasi pendidikan TEVT di

Malaysia.

13. Perkhidmatan Awam telah

menyahut usaha transformasi ini

dengan memberi penekanan terhadap

Page 14: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

14

modal insan yang berilmu,

berpengetahuan dan berkemahiran

tinggi. Dengan itu, Kerajaan akan

memperluaskan pengambilan calon

berkelayakan Sijil Kemahiran Malaysia

(SKM) ke dalam Perkhidmatan Awam

berdasarkan bidang yang berkaitan.

14. Buat masa ini, 17 skim

perkhidmatan sedia ada berkelayakan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah

diperuntukkan kemasukan di peringkat

SKM. Ini akan diperluaskan kepada

lebih banyak skim perkhidmatan lain

yang bersesuaian.

Page 15: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

15

15. Langkah terkini Kerajaan dapat

dilihat menerusi Bajet 2015 dimana

program Transformasi Vokasional dan

Teknik telah diperkenalkan melalui naik

taraf institusi-institusi latihan sedia ada

dengan peruntukan sebanyak 1.2 billion

ringgit. Langkah ini turut dimantapkan

melalui peningkatan pengambilan

pelajar di kolej vokasional dan kolej

komuniti.

16. Tenaga mahir merupakan tunjang

kepada pembangunan ekonomi negara

sejajar dengan hasrat Program

Transformasi Ekonomi. Teras bagi

mana-mana ekonomi berpendapatan

Page 16: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

16

tinggi terletak pada tenaga kerja yang

kompetitif, kreatif dan inovatif.

17. Perkara ini dapat memberi impak

besar kepada pembangunan ekonomi

negara. Secara tidak langsung, Malaysia

dapat mengurangkan kebergantungan

terhadap tenaga buruh asing yang tidak

berkemahiran.

INOVASI KE ARAH PENCIPTAAN NILAI

BAHARU YANG MEMANFAATKAN

RAKYAT & NEGARA

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

Page 17: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

17

18. YAB Perdana Menteri, sewaktu

berucap dalam Majlis Anugerah Inovasi

Perdana Menteri (AIPM) 2014, telah

memperkenalkan beberapa ciri penting

inovasi. Pendekatan ini boleh

dilaksanakan menerusi penciptaan idea-

idea baharu yang dibahaskan,

diekperimentasi, dicipta prototaip dan

projek perintis dilaksanakan tanpa perlu

takut kepada kegagalan dan percubaan

berulang.

19. Justeru itu, saya mencabar saudara

dan saudari para graduan yang berada

di hadapan saya ini untuk lebih kreatif

mencipta nilai inovasi baharu yang

Page 18: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

18

memberikan manfaat besar kepada

masyarakat dan negara.

20. Saya dimaklumkan seramai 14

pelajar ILJTM telah terpilih mewakili

negara di dalam World Skills ASEAN

Competition 2014 di Hanoi, Vietnam

pada 19 hingga 29 Oktober yang lalu.

Yang mana, mereka telah berjaya

meraih 3 pingat emas, 3 perak dan 1

gangsa serta 5 medallion of excellence.

21. Manakala dalam Pameran

Antarabangsa Inovasi dan Teknologi

(ITEX) 2014 pula, pelajar-pelajar ILJTM

yang telah bertanding dan

Page 19: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

19

mempamerkan projek kreativiti dan

inovasi telah memenangi 7 pingat emas

3 perak dan 1 gangsa.

22. Saya turut dimaklumkan bahawa

sebilangan besar bekas graduan ILJTM

yang memperolehi pekerjaan di syarikat

antarabangsa dan menerima imbuhan

yang tinggi. Malah ada di antara mereka

ini telah mengorak langkah ke hadapan

dengan menjadi usahawan yang berjaya.

23. Lihatlah, semua kemenangan dan

kejayaan ini membuktikan saudara dan

saudari para pelajar ILJTM bukan

sahaja mempunyai pengetahuan dan

Page 20: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

20

kemahiran yang tinggi dalam bidang

masing-masing malah kreatif serta

mampu bersaing di peringkat

antarabangsa.

24. Saya difahamkan juga, sebagai

langkah-langkah ke arah

penambahbaikan, JTM berusaha

menjalin hubungan kerjasama dengan

pelbagai industri seperti Samsung

Malaysia Electronics Sdn Bhd,

Mitsubishi, Acson Sdn Bhd, Petronas,

Sapura Kencana Petroleum Berhad,

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan

Sarawak Electricity Supply Corporation

(SESCO). Ini selaras dengan falsafah

Page 21: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

21

Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang

menekankan kepada aspek kolaborasi

strategik merentas sektor awam dan

swasta.

25. Saya mengucapkan syabas dan

tahniah di atas inisiatif seperti ini. Saya

percaya usaha ini dapat membantu

matlamat negara untuk melahirkan

tenaga mahir berpendapatan tinggi pada

masa hadapan kelak.

PENUTUP

Saudara dan Saudari para graduan yang

saya kasihi sekalian,

Page 22: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

22

26. Perjalanan Saudara dan Saudari

masih panjang. Saya berharap agar

segala ilmu dan pengalaman yang

ditimba oleh setiap penerima sijil dan

diploma pada hari ini dapat digunakan

sepenuhnya dalam mengharungi

cabaran dalam apa jua kerjaya yang

bakal diceburi sama ada di sektor

swasta mahupun di jabatan atau agensi

kerajaan.

27. Selaku pemimpin pada masa

hadapan, saudara dan saudari perlulah

mempersiapkan diri dengan

memantapkan ilmu di dada dan

memastikan nilai-nilai murni dalam diri

Page 23: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

23

masing-masing sentiasa dihayati dan

diamalkan.

28. Dalam Majlis Konvokesyen ini, JTM

juga memberi penghargaan kepada

bekas-bekas graduan yang berjaya

dalam pekerjaan atau menjadi

usahawan yang cemerlang. Para

graduan yang diraikan pada petang ini

diharap dapat mengikuti jejak langkah

mereka yang telah meraih kejayaan

yang cemerlang dalam bidang masing-

masing.

29. Saya ingin menasihatkan para

graduan supaya tidak berhenti menimba

Page 24: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

24

ilmu setakat ini sahaja sebaliknya

mengamalkan budaya pembelajaran

sepanjang hayat. Pembelajaran

sepanjang hayat sangat kritikal pada

masa ini kerana perubahan teknologi

sentiasa mendahului zaman.

30. Syabas dan tahniah saya ucapkan

kepada 4,516 graduan Institusi Latihan

Jabatan Tenaga Manusia yang diraikan

pada hari ini dan yang telah berjaya

menamatkan latihan di institut masing-

masing. Saudara dan saudari haruslah

berbangga kerana merupakan

sebahagian daripada komuniti TEVT

yang menjadi tumpuan utama Kerajaan

Page 25: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

25

dalam usaha menjadikan Malaysia

sebuah negara maju berpendapatan

tinggi.

31. Sebelum saya mengakhiri kata

menyimpul bicara, saya mendoakan

agar kejayaan saudara dan saduari

menjadi tarikan kepada lebih ramai

remaja lepasan sekolah untuk mengikuti

latihan kemahiran demi menjamin

negara kita mempunyai bekalan tenaga

mahir yang berterusan.

32. Tidak lupa juga, sekalung

penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada semua tenaga pengajar Jabatan

Page 26: teks ucapan kppa sempena majlis konvensyen iljtm ke-19

26

Tenaga Manusia kerana telah bekerja

keras memberikan pendidikan dan

latihan yang berguna kepada para

graduan.

33. Saya berharap budaya kerja

cemerlang sebegini dapat diteruskan

kerana anda sekalian adalah pemangkin

kepada transformasi negara.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi

wabarokatuh dan terima kasih.