teks pengacara perhimpunan bulanan iprm 2010

9
PERHIMPUNAN BULANAN STAF FEBRUARI 2010 Atur Cara Majlis : - Ketibaan Warga IPGM kampus Raja Melewar - Ketibaan Pengarah - Bacaan Doa - Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Staf 2015 - Pembentangan Buku Perancangan Eksekutif - Pembentangan Setiausaha Akademik - Taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) - Taklimat Unit Khidmat Pengurusan - Maklumat & Makluman Timbalan Pengarah - Pelancaran Jurnal Melewar - Ucapan Pengarah - Sambutan Ulangtahun Kelahiran Pengarah - Doa Selamat - Jamuan 1. Mengumumkan ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn Baharom bin Mohd Noor, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar diiringi oleh Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Ketua Unit Khidmat Pengurusan ke dalam dewan. 2. Kata alu-aluan : Banyaklah bilah sebelah kuala, Jadikan pagar ditepi kolam, Awal Bismillah pemula kata, Bertanya khabar dan salam. Dari mana hendak kemana, Dari sana hendak kemari, Saudara hari ini bagaimana, Semoga ceria dalam hati. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua,

Upload: syed-azman

Post on 28-Jan-2016

1.362 views

Category:

Documents


43 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Perhimpunan Bulanan Iprm 2010

PERHIMPUNAN BULANAN STAF FEBRUARI 2010

Atur Cara Majlis :

- Ketibaan Warga IPGM kampus Raja Melewar- Ketibaan Pengarah- Bacaan Doa- Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Staf 2015- Pembentangan Buku Perancangan Eksekutif- Pembentangan Setiausaha Akademik- Taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)- Taklimat Unit Khidmat Pengurusan- Maklumat & Makluman Timbalan Pengarah- Pelancaran Jurnal Melewar- Ucapan Pengarah- Sambutan Ulangtahun Kelahiran Pengarah- Doa Selamat- Jamuan

1. Mengumumkan ketibaan

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn Baharom bin Mohd Noor, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar diiringi oleh Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Ketua Unit Khidmat Pengurusan ke dalam dewan.

2. Kata alu-aluan :

Banyaklah bilah sebelah kuala,Jadikan pagar ditepi kolam,Awal Bismillah pemula kata,Bertanya khabar dan salam.

Dari mana hendak kemana,Dari sana hendak kemari,Saudara hari ini bagaimana,Semoga ceria dalam hati.

Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua,Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua

Page 2: Teks Pengacara Perhimpunan Bulanan Iprm 2010

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1 Malaysia.

Yang berbahagia Tn Baharom bin Mohd Nor Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Yang dihormati Dr Hj Nizam bin Abd LatibTimbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Yang berusaha En. Mohd Izan bin YusopKetua Unit Khidmat Pengurusan

Encik Mohd Muhsinul Nidzam bin AbdullahKetua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Ketua-Ketua jabatan

Ketua-Ketua Unit

Para Pensyarah

Para Pegawai Pengurusan

Dan semua staf sokongan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar yang diberkati Allah sekalian.

Alhamdulillah dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya pada pagi yang mulia dan penuh keberkatan ini kita berhimpun bagi menyempurnakan tugas dan agenda tahunan dalam bidang pendidikan dan pengurusan di institut ini iaituMesyuarat Staf yang pertama bagi tahun 2016.

Page 3: Teks Pengacara Perhimpunan Bulanan Iprm 2010

3. Bacaan doa :

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Menadah tangan tanda kerendahan,Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,Doa dipohon penuh pengharapan,Agar majlis mendapat keberkatan.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Mohd Fauzan bin Abdul Wahid , Ketua Jabatan Pengajian Islam dan Moral untuk membacakan doa.Dipersilakan.

DOA

Amin Ya Rabbal Alamin, ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fauzan atas bacaan doa sebentar tadi dengan harapan majlis kita ini mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada-Nya.

4. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Staf 2015

Majlis dimulakan dengan Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Staf 2015 yang akan dikendalikan oleh _______________________. Majlis mempersilakan ________________________ untuk naik ke pentas bagi meneruskan majlis.

BENTANG DAN SAH MINIT MESYUARAT STAF 2015

Terima kasih atas pembentangan dan pengesahan minit sebentar tadi.

5. Pembentangan Buku Perancangan Eksekutif 2016 (BPE 2016)

Sidang hadirin sekalian, majlis seterusnya menjemput Dr Zainol Badli bin Budiman bagi membentangkan Buku Perancangan Eksekutif bagi tahun 2016. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

BPE 2016

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Zainol atas pembentangan Buku Perancangan Eksekutif sebentar tadi.

Page 4: Teks Pengacara Perhimpunan Bulanan Iprm 2010

6. Pembentangan SUA

Majlis diteruskan pula dengan pembentangan dari Setiausaha Akademik yang akan disampaikan oleh Dr Hasnah binti Abdullah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

SUA

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Hasnah binti Abdullah.

7. Taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam

Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau di kenali dengan singkatan EKSA yang akan disampaikan oleh Pn Rajam a/p Suppiah. Dengan sukacitanya dijemput.

EKSA

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Rajam atas taklimat yang disampaikan sebentar tadi.

8. Taklimat Unit Khidmat Pengurusan

Majlis diteruskan dengan taklimat Unit Khidmat Pengurusan yang akan disampaikan oleh En Mohd Izan bin Yusop, Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPGKRM. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

TAKLIMAT KUKP

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas taklimat yang disampaikan sebentar tadi.

9. Maklumat dan Makluman Timbalan Pengarah

Hadirin warga dewan yang dikasihi,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan makluman dan maklumat daripada Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melwar. Dengan itu majlis menjemput yang dihormati Dr Hj Nizam Bin Abd Latib untuk menyampaikan makluman beliau, dipersilakan.

Page 5: Teks Pengacara Perhimpunan Bulanan Iprm 2010

Terima kasih diucapkan kepada Dr Hj Nizam atas makluman yang diberikan sebentar tadi.

10. Pelancaran Jurnal Melewar

Para hadirin yang dimuliakan,

Jurnal Melewar merupakan himpunan hasil kajian dan penyelidikan warga IPG Kampus Raja Melewar Seremban. Untuk itu, marilah kita bersama-sama menyaksikan tayangan montaj berkenaan Jurnal Melewar yang telah disediakan oleh Jabatan Pembangunan Inovasi Profesionalisme Keguruan.

TAYANGAN MONTAJ

Majlis diteruskan dengan menjemput Tn Baharom bin Mohd Noor , Pengarah IPG Kampus Raja Melewar diiringi Dr Kamarul bin Md Shah Ketua Jabatan PIPK naik ke pentas untuk merasmikan Pelancaran Jurnal Melewar bagi tahun 2015. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

GIMIK PELANCARAN

Dimohon kepada Tuan Pengarah untuk terus berada di pentas bagi menyampaikan Sijil kepada Sidang Editor dan Penulis Artikel Jurnal Melewar bagi Tahun 2015.

Dijemput Wakil Sidang Editor Dr Kamarul Bin Md Shah (Ketua Editor Jurnal Melewar) untuk menerima sijil.

Seterusnya penulis Artikel Jurnal Melewar Bil 19:Dijemput: (RUJUK HANDOUTS)

Majlis seterusnya menjemput Dr Kamarul bin Md Shah untuk menyampaikan cenderahati kepada Tn Baharom bin Mohd Noor.

Terima kasih di ucapkan kepada Tuan Pengarah dan Dr Kamarul.

Tuan Pengarah sekali lagi dimohon untuk berada di atas pentas.

Page 6: Teks Pengacara Perhimpunan Bulanan Iprm 2010

11. Ucapan pengarah

Kini sudah berhimpun pepat di majlis iniYang duduk bersanding lututYang tegak bersanding bahuAtas nama empunya hajatKedatangan tuan pembawa berkatMoga majlis bertambah seri

Duduk sekawan si burung untaTepi keramat di waktu malam Padamu tuan kami memintaKata azimat penutup kalam

Hadirin yang dihormati

Seterusnya marilah kita bersama-sama mendengar dan menghayati ucapan dan amanat yang akan disampaikan olehYang berbahagia Tn Baharom Bin Mohd NoorPengarah IPG Kampus Raja Melewar sempena Mesyuarat Staf Bilangan 1 bagi tahun 2016.

Dengan sukacita dan hormatnya dijemput.

UCAPAN

Tuan Pengarah, buat sekian kalinya dimohon untuk terus berada di atas pentas.

Terima kasih atas ucapan dan amanat yang telah disampaikan oleh Tuan Pengarah sebentar tadi.

Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, Pengarah kita Tn Baharom bin Mohd Noor akan menyambut ulang tahun kelahiran beliau pada esok hari iaitu pada 22 Disember. Oleh itu, pihak kampus sukacita menjemput tuan Pengarah untuk meniup lilin dan memotong kek sempena ulang tahun kelahiran tuan. Hadirin sekalian, mari lah sama-sama kita menyanyikan Lagu Hari Jadi.

Page 7: Teks Pengacara Perhimpunan Bulanan Iprm 2010

Selamat Hari JadiSelamat Hari JadiSelamat Hari Jadi PengarahSelamat Hari Jadi.

Semoga Tuan Pengarah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

12. PERGERAKAN HADIRIN KE MEJA JAMUAN

Dengan itu, maka berakhirlah Mesyuarat Staf yang pertama bagi tahun 2016.

Saya bagi pihak Unit Khidmat Pengurusan IPG Kampus Raja Melewar mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada kali ini.

Bunga seroja di atas cemara,Jatuh sekuntum di atas para,Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua yang kami pinta.

Terbang rendah burung tempua,Hinggap berdua di dahan ara,Hidangan di meja sudah tersedia,Dijemput tuan menjamu selera.

Selama berbicara, entah lidah tersalah sebut, entah jawab tersalah tingkah, entah maksud tak kesampaian, sepuluh jari disusun memohon ribuan kemaafan.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan kami sendiri.

Dari Kedah ke pekan SariBeli suasa di Kota Tinggiselesai sudah tugas diberiDi lain masa bersua lagi.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum w.a.bSalam sejahtera.

Page 8: Teks Pengacara Perhimpunan Bulanan Iprm 2010

Dijemput Tuan Baharom bin Mohd Noor diiringi Dr Hj Nizam bin Abd Latib, Ketua Unit Khidmat Pengurusan, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar seterusnya para hadirin sekalian untuk ke meja jamuan.

13. INFROMAL EVENT:

Dijemput Ustaz Mohd Fauzan bin untuk membaca doa selamat bagi kesejahteran Tuan Pengarah dan seterusnya seluruh warga kampus Raja Melewar.

Terima kasih Ustaz. Hadirin dijemput menikmati hidangan. Sekian terima kasih.