teks mc majlis kerol yana

4
SKRIP PENGACARA MAJLIS KESYUKURAN KHAIRUL & LIYANA BI L SKRIP CATATAN 1 (KETIBAAN MEMPELAI DIIRINGI PALUAN KOMPANG) Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, Khairul Azlan bin Abd Halim dan Nur Liyana binti Yusoff Anak Cina memasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Selasih Pasangan pengantin segak melangkah Mara menuju mahligai kasih (pengantin berjalan hingga ke meja makan beradab) 2 (MEMPELAI BERADA DI MEJA MAKAN BERADAB) Dari Taman Tun ke Pulau Perhentian Singgah sebentar membeli keris Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan majlis Hari ini menanam jagung Hari esok memintal tali Hari ini kita berkampung Meraikan mempelai dua sejoli Yang berbahagia tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian, bagi pihak keluarga Encik Abd Halim bin Amri dan Puan Umi Salmah binti A. Razak saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakna dan dapat menyerikan lagi majlis kita. 3 (BACAAN DOA) Burung Nuri hinggap di balai Balai seri buatan Pak Tua Menadah tangan memanjatkan doa Moga jodoh sentiasa berkekalan Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Saudara ___________________________________ (......bacaan doa.......) Terima kasih diucapkan kepada Saudara ___________________________________ Tiup serunai di atas kota Uda memupuk bunga melati Mula kenal kemudian bercinta Cinta tersemai di dalam hati Orang jauh dikenang-kenang Hanya terkenang pada yang satu Mula berkenalan kemudian bertunang

Upload: izzahhalim7015

Post on 27-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

teks pengacara majlis

TRANSCRIPT

SKRIP PENGACARA MAJLIS KESYUKURAN KHAIRUL & LIYANABILSKRIPCATATAN

1(KETIBAAN MEMPELAI DIIRINGI PALUAN KOMPANG)

Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, Khairul Azlan bin Abd Halim dan Nur Liyana binti Yusoff

Anak Cina memasang lukahLukah dipasang di Tanjung SelasihPasangan pengantin segak melangkahMara menuju mahligai kasih

(pengantin berjalan hingga ke meja makan beradab)

2(MEMPELAI BERADA DI MEJA MAKAN BERADAB)

Dari Taman Tun ke Pulau PerhentianSinggah sebentar membeli kerisHarap semua berikan perhatianMohon saya mulakan majlis

Hari ini menanam jagungHari esok memintal taliHari ini kita berkampungMeraikan mempelai dua sejoli

Yang berbahagia tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian, bagi pihak keluarga Encik Abd Halim bin Amri dan Puan Umi Salmah binti A. Razak saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakna dan dapat menyerikan lagi majlis kita.

3(BACAAN DOA)

Burung Nuri hinggap di balaiBalai seri buatan Pak TuaMenadah tangan memanjatkan doaMoga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Saudara ___________________________________

(......bacaan doa.......)

Terima kasih diucapkan kepada Saudara ___________________________________

Tiup serunai di atas kotaUda memupuk bunga melatiMula kenal kemudian bercintaCinta tersemai di dalam hati Orang jauh dikenang-kenangHanya terkenang pada yang satuMula berkenalan kemudian bertunangAkad dilaksana sama bersatu

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini,si gadis datangnya jauh dari Taman Tun manakala si jejaka pula asalnya dari Shah Alam. Ketika itu mereka dikatakan sedang mengikuti Kursus Latihan Peningkatan Kemahiran Graduan yang bertempat di Seri Kembangan. Sesungguhnya jodoh pertemuan di tangan tuhan. Percintaan kedua mempelai bermula terlalu indah. Mula berkenalan ketika sama-sama sedang mengikuti slot perbincangan berkumpulan pada 3 April 2013 dan ditakdirkan mereka berada di dalam kumpulan yang sama. Mata sama menjeling dan hati mula tertawan, lantas salam dihulur dan mereka saling berbalas komen di Facebook. Debaran di hati mula terasa, perkenalan mereka dipermudahkan lagi dengan kemudahan media sosial seperti Whatsapp. Maka perasaan pun dilafazkan dan bermulalah sebuah persahabatan yang akhirnya memutikkan rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu dari kedua-dua keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada 28 September 2014 dan kemudian mendirikan mahligai perkahwinan 6 bulan kemudian iaitu pada 29 Mac 2015 yang lalu di Hotel Crystal, Bukit Jelutong Shah Alam. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, kita raikan sekali lagi pasangan mempelai ini dalam majlis yang penuh berbahagia ini.

5(TAYANGAN MULTIMEDIA)

Anak Cina mengail patinMengail patin di tepi titiSenyum terukir pasangan pengantinTanda gembira penuh di hati

Hadirin sekalian, seterusnya, suka duka, kasih-cinta, pahit manis waktu berkenalan dan diijabkabulkan ingin dikongsi oleh pasangan mempelai, buat sekalian yang hadir. Sama-sama kita saksikan persembahan multimedia yang disediakan khas oleh pasangan mempelai sendiri sebagai tanda terima kasih atas kehadiran semua.

(....tayangan multimedia...)

5(JAMUAN MAKAN DIMULAKAN)

Begitu indah detik-detik yang terakam dalam tayangan multimedia itu tadi, seindah kehidupan pasangan mempelai selepas diijabkabulkan.Saya kira para tetamu juga sudah tidak sabar menikmati hidangan. Untuk itu hadirin sekalian, dijemput dahulu tetamu wanita dan kanak-kanak untuk ke bahagian hidangan bak kata mat saleh Ladies First! dan setelah itu, barulah diikuti dengan tetamu lelaki. Silalah menjamu selera, usah malu, usah segan, tak cukup sepinggan, kita minta nasi tambahan. Dipersilakan semua.

8(UCAPAN)

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis dengan hormatnya ingin mempersilakan Encik Abd Halim bin Amri dan Pn Umi Salmah A. Razak, selaku ayahanda dan bonda tercinta Khairul Azlan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

(......ucapan.....)

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada ayahanda dan bonda tercinta mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

Aduhai liyana aduhai azlan,Janganlah risau janganlah gundah,Ambik senang ambik mudah,Pesan kadi dalam khutbah nikah,Sentiasa waras dalam susah,Jgn retak menunggu belah,Rahsia di rumah jangan ke tanah,Didengar orang jadi fitnahBanyak sabar banyak tabahInsyaAllah rukun damai serumah-rumah.

12(BERSURAI)

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai ke pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai ke muaraUmpama berjalan telah sampai ke destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada raja sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.Tuan puteri tersenyum-senyumMelihat laksamana bermain rodatSenyum-senyum jangan tak senyumSudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali

Sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum W.B.T

*****************TAMAT*******************