teks mc

2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Salam sejahtera dan, salam 1Malaysia. Yang berusaha EN AZMI BIN HJ MUSA, Guru Besar sk sri tanjung papat 2 Yang berusaha PN ROSLIAH BT ROSMIN, Penolong Kanan Kurikulum Yang berusaha EN ADENAN B EMPI Penolong Kanan HEM Yang dihormati, Ketua-ketua Panitia, guru-guru tahun 6, Tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan waris serta para pelajar tahun 6 yang dikasihi sekalian Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dalam Dewan terbuka pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan satu agenda iaitu perjumpaan ibu bapa dan murid tahun 6 yang dinamakan PROGRAM SEHATI SEJIWA yang melaporkan prestasi murid- murid tahun 6 disamping membincangkan isu2 pembelajaran murid-murid tahun 6. Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama- sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini. Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam bidang akademik..insyaAllah. Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz _______________________utk memimpin bacaan doa, dipersilakan. (DOA) Amin amin yarabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz_______________________ atas pimpinan doa sebentar tadi. Warga dewan yang dimuliakan,

Upload: ummu-sarafilza-zamri

Post on 13-Apr-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengacara majlis perhimpunan pg

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS MC

  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Salam sejahtera dan, salam 1Malaysia.

  Yang berusaha EN AZMI BIN HJ MUSA,Guru Besar sk sri tanjung papat 2

  Yang berusaha PN ROSLIAH BT ROSMIN,Penolong Kanan Kurikulum

  Yang berusaha EN ADENAN B EMPIPenolong Kanan HEM

  Yang dihormati,Ketua-ketua Panitia, guru-guru tahun 6,Tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan waris serta para pelajar tahun 6 yang dikasihi sekalian

  Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dalam Dewan terbuka pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan satu agenda iaitu perjumpaan ibu bapa dan murid tahun 6 yang dinamakan “PROGRAM SEHATI SEJIWA “ yang melaporkan prestasi murid-murid tahun 6 disamping membincangkan isu2 pembelajaran murid-murid tahun 6.

  Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

  Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam bidang akademik..insyaAllah.

  Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz _______________________utk memimpin bacaan doa, dipersilakan.(DOA)Amin amin yarabbal alamin.  Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz_______________________ atas pimpinan doa sebentar tadi.

  Warga dewan yang dimuliakan,

Page 2: TEKS MC

  Kini, tibalah masa untuk kita mendengar ucapan yang bakal disampaikan oleh Yang Berusaha ENCIK AZMI BIN HJ MUSA selaku GURU BESAR SK SRI TANJUNG PAPAT 2

  Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Tuan  GURU BESAR.(UCAPAN)

  Begitulah berakhirnya ucapan yang begitu padat berinformasi buat renungan dan panduan semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan GURU BESAR atas kesudian  menyampaikan ucapan.

  Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah akujanji oleh tuan guru besar, wakil ibubapa dan wakil murid iaitu saudara azhar b musa dari 6 arif.dipersilakan dijemput naik ke atas pentas bagi menyempurnakan acara ini.

Majlis diteruskan dengan ceramah motivasi oleh UST AHMAD FAHMI B CHE NORDIN- penceramah bebas.Dengan penuh takzimnya dipersilakan.Majlis akan berehat sebentar sebelum ke acara sesi soal jawab antara guru2 tahun 6 dan murid-murid

  Sebelum tuan-tuan ke sesi dialog,. Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan rostrum pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

       Buah selasih buah kelubi       Di dalam dulang hidangan pagi       Terima kasih daun keladi       Bila diundang datanglah lagi.

      Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.(Sesi Soal Jawab & Dialog)