teks jurupantun

15
TEKS JURUPANTUN Assalamualaikum salam sejahtera Merdu menyapa anak pak rahim Di majlis pantun bertukar bicara Moga terjalin silaturrahim Yang dihormati dif – dif jemputan, Yang dihormati para hakim, guru – guru pengiring, para pemantun dan hadirin yang dikasihi lagi dimuliakan. Bersyukur kita ke Hadrat llahi kerana pada hari ini kita sama – sama dapat beramah mesra dan saling bertukar pendapat dalam Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Kuala Selangor 2015 sambil berhubung mesra, kita dapat menghayati keindahan warisan Melayu yang tak luput ditelan zaman biarpun arus kemajuan dihirup segar sekarang ini. Daerah Kuala Selangor nama diberi, menyimpan sejarah sepanjang masa; meraut seni menyulam tradisi, tersimpul ikatan jalinan mesra. Eloklah saya memperkenalkan barisan pemantun pada hari ini. Di sebelah kanan saya ialah pasukan pantun dari SMK Sungai Burong dengan membariskan: Pemantun pertama Pemantun kedua Pemantun ketiga Pemantun keempat Pemantun Kelima Manakala di sebelah kiri saya ialah pasukan pantun dari SMK Bukit Kuching Tengah dengan membariskan: Pemantun A Pemantun B Pemantun C Pemantun D

Upload: asidahagman

Post on 10-Jul-2016

280 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: teks jurupantun

TEKS JURUPANTUN

Assalamualaikum salam sejahteraMerdu menyapa anak pak rahimDi majlis pantun bertukar bicaraMoga terjalin silaturrahim

Yang dihormati dif – dif jemputan, Yang dihormati para hakim, guru – guru pengiring, para pemantun dan hadirin yang dikasihi lagi dimuliakan.

Bersyukur kita ke Hadrat llahi kerana pada hari ini kita sama – sama dapat beramah mesra dan saling bertukar pendapat dalam Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Kuala Selangor 2015 sambil berhubung mesra, kita dapat menghayati keindahan warisan Melayu yang tak luput ditelan zaman biarpun arus kemajuan dihirup segar sekarang ini.

Daerah Kuala Selangor nama diberi,menyimpan sejarah sepanjang masa;

meraut seni menyulam tradisi,tersimpul ikatan jalinan mesra.

Eloklah saya memperkenalkan barisan pemantun pada hari ini. Di sebelah kanan saya ialah pasukan pantun dari SMK Sungai Burong dengan membariskan:

Pemantun pertamaPemantun keduaPemantun ketigaPemantun keempatPemantun Kelima

Manakala di sebelah kiri saya ialah pasukan pantun dari SMK Bukit Kuching Tengah dengan membariskan:

Pemantun APemantun BPemantun CPemantun DPemantun E

Page 2: teks jurupantun

Hakim – hakim yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ialah :

Hakim 1 ( Isi ) K. HakimHakim 2 ( Isi )Hakim 3 ( Bahasa )Hakim 4 ( Bahasa )Hakim 5 ( Persembahan )

Di sebelah saya ialah penjaga masa yang sentiasa setia dengan penggunaan masa yang telah ditetapkan iaitu Ayu Amira Asfarizal

Sekarang dipersilakan pemantun kelima pasukan SMK Sungai Burong untuk memperkenalkan pasukannya dalam masa 3 minit dari sekarang. Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan pula pemantun E pasukan SMK Bukit Kuching Tengah untuk memperkenalkan pasukannya dalam masa 3 minit dari sekarang. Dipersilakan.

Mekar budaya bangsa tersohor,falsafah bangsa pengukir zaman;

Pesta pantun hidup subur,agar terpelihara budaya berzaman.

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN PERTAMA

1 A

2 B

3 C

3 Tampak pemuda setia menanti,asuhan tok guru jadi panduan;

pusingan pertama debaran menanti,hati terusik jelingan rakan.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan pertama ini ialah DASAR PERCUKAIAN NEGARA bagi SMK SUNGAI BURONG dan PERSAINGAN GLOBAL, KEBANJIRAN WARGA ASING, MASYARAKAT PROGRESIF bagi SMK BUKIT KUCHING.

Nota : Jurupantun, sila rujuk format pertandingan pusingan pertama.

Page 3: teks jurupantun

1 A

(Lihat Hakim)Baiklah, dipersilakan pemantun PERTAMA menjualkan pantun kepada pemantun A dengan TEMA DASAR PERCUKAIAN NEGARA (2X) dalam masa 30 SAAT . Dipersilakan.

Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

(Lihat Hakim)Baiklah, dipersilakan pemantun A menjualkan pantun kepada pemantun PERTAMA dengan TEMA PERSAINGAN GLOBAL (2X) dalam masa 30 SAAT. Dipersilakan.

Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

2 B

(Lihat Hakim)Baiklah, dipersilakan pemantun KEDUA menjualkan pantun kepada pemantun B dengan TEMA MALAYSIA BOLEH dalam masa 30 SAAT. Dipersilakan.

Pantun dijual penuh makna. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

(Lihat Hakim)Baiklah, dipersilakan pemantun B menjualkan pantun kepada pemantun KEDUA dengan TEMA KEBANJIRAN WARGA ASING dalam masa 30 SAAT. Dipersilakan.

Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

3 C

(Lihat Hakim)Baiklah, dipersilakan pemantun KETIGA menjualkan pantun kepada pemantun C dengan TEMA PEMERDAGANGAN MANUSIA dalam masa 30 SAAT. Dipersilakan.

Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

(Lihat Hakim)Baiklah, dipersilakan pemantun C menjualkan pantun kepada pemantun KETIGA dengan TEMA MASYARAKAT PROGRESIF dalam masa 30 SAAT. Dipersilakan.

Pantun dijual penuh makna. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

Page 4: teks jurupantun

Pandang hakimHadirin yg dimuliakan, demikian tadi berakhirnya pusingan pertama pertandingan pantun peringkat awal ini. Kini tibalah pusingan kedua

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KEDUA

1 A

2 B

3 C

PUSINGAN KEDUA

5 Si dara jelita bersendaloka,Bersimpuh manja terhibur hati;

Pusingan kedua gelanggang terbuka,Minda diuji debaran menanti.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, di pusingan kedua, tema-tema pilihan dibuat melalui undian. Oleh itu setiap peserta diminta memilih tema pantun berdasarkan CABUTAN . Para peserta diberi masa selama 1 minit ATAU 60 saat untuk mencipta pantun secara spontan. Pemantun tidak dibenarkan meniru sebarang nota/merujuk kepada mana-mana nota untuk mencipta pantun.

1) Peserta pertama dipersilakan menyatakan nombor pilihan 1-6

(Lihat Hakim)Baiklah, pemantun PERTAMA akan menjualkan pantun kepada pemantun B.

Dengan tema ………......................................................... Sila cipta pantun dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

Anda telah mendengar pantun itu tadi. Sila jawab 60 saat dari sekarang. Dipersilakan

Page 5: teks jurupantun

Peserta B dipersilakan untuk menyatakan nombor pilihan 1-6.

(Lihat Hakim)Baiklah, pemantun B akan menjualkan pantun kepada pemantun PERTAMA Dengan tema ………......................................................... Sila cipta pantun dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

2) Peserta KEDUA dipersilakan untuk menyatakan nombor pilihan antara 1-6

(Lihat Hakim)Baiklah, pemantun KEDUA akan menjualkan pantun kepada pemantun C dengan tema ………......................................................... Sila cipta pantun dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

Peserta C dipersilakan untuk menyatakan nombor pilihan antara 1-6

(Lihat Hakim)Baiklah, pemantun C akan menjualkan pantun kepada pemantun KEDUA dengan tema ………......................................................... Sila cipta pantun dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

Page 6: teks jurupantun

3) Peserta KETIGA dipersilakan untuk menyatakan nombor pilihan antara 1-6

Setelah pemantun duduk.

(Lihat Hakim)Baiklah, pemantun KETIGA akan menjualkan pantun kepada pemantun A.

Anda telah mendapat tema ………......................................................... Sila cipta pantun dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

Peserta A dipersilakan untuk menyatakan nombor pilihan antara 1-6

Setelah pemantun duduk.

(Lihat Hakim)Baiklah, pemantun A akan menjualkan pantun kepada pemantun KETIGA.

Anda telah mendapat tema ………......................................................... Sila cipta pantun dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

PUSINGAN KETIGA

Hadirin yg dimuliakan, demikian tadi berakhirnya pusingan KEDUA pertandingan pantun peringkat awal ini. Kini tibalah pusingan KETIGA.

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KETIGA

1 A

2 B

3 C

Page 7: teks jurupantun

5 Pinggiran rimba tumbuhnya palas,Tumbuh mencelah pohonan pala;

Di pusingan ketiga pantun berbalas,Hati yang tenang penawar segala.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan ketiga adalah tema pemantun sendiri. Penjual pantun mesti menyebutkan tema pantun dengan jelas terlebih dahulu sebelum menjualkan pantun. Masa menjual pantun adalah 30 saat. Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang tema pantun yang disebutkan oleh penjual pantun kecuali atas permintaan jurupantun setelah mendapat arahan daripada ketua hakim.

(Lihat Hakim)Baiklah, dipersilakan pemantun PERTAMA menjualkan pantun kepada pemantun C dalam masa 30saat. Dipersilakan.

Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

(Lihat Hakim)Baiklah, dipersilakan pemantun C menjualkan pantun kepada pemantun PERTAMA dalam masa 30 saat. Dipersilakan.

Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan

(Lihat Hakim)Baiklah, dipersilakan pemantun KEDUA menjualkan pantun kepada pemantun A dalam masa 30 saat. Dipersilakan.

Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan

(Lihat Hakim)Baiklah, dipersilakan pemantun A menjualkan pantun kepada pemantun KEDUA dalam masa 30saat. Dipersilakan.

Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

Page 8: teks jurupantun

(Lihat Hakim)Baiklah, dipersilakan pemantun KETIGA menjualkan pantun kepada pemantun B dalam masa 30 saat. Dipersilakan.

Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

(Lihat Hakim)Baiklah, dipersilakan pemantun B menjualkan pantun kepada pemantun KETIGA dalam masa 30saat. Dipersilakan.

Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

Hadirin yg dimuliakan, demikian tadi berakhirnya pusingan keTIGA pertandingan pantun peringkat awal ini. Kini tibalah pusingan TAMBAHAN iaitu pusingan terakhir .

NOTA UNTUK JURUPANTUN: Sila cipta pantun yang berkaitan sebelum ke pusingan tambahan

Rumpun serai padat berbaris,Bunga mawar indah mencelah;

Budaya berpantun penyeri majlis,Pusingan tambahan bertambah meriah

KE PUSINGAN TAMBAHAN

4 D

Untuk pengetahuan pemantun keempat dan para hakim, tema pada pusingan tambahan ini adalah tema pemantun keempat sendiri. Pemantun keempat mesti menyerahkan tema pantun kepada jurupantun untuk diumumkan oleh jurupantun sebelum menjualkan pantun kepada pihak lawan. Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang tema pantun yang disebutkan oleh jurupantun kecuali atas budi bicara jurupantun setelah mendapat arahan daripada ketua hakim. Pantun hendaklah dicipta dan dijual dalam masa 30 saat. Pemantun juga tidak boleh mempunyai sebarang bahan rujukan, iaitu tidak ada apa-apa bahan bersama-sama pemantun kecuali kertas kosong dan alat tulis yang telah diberikan semasa pusingan kedua.

Page 9: teks jurupantun

(Lihat Hakim)Baiklah, dipersilakan pemantun KEEMPAT menjualkan pantun kepada pemantun D dalam masa 30saat. Dipersilakan.

Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang. Dipersilakan.

(Lihat Hakim)Baiklah, dipersilakan pemantun D menjualkan pantun kepada pemantun KEEMPAT dalam masa 30 saat. Dipersilakan.

Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang Dipersilakan.

Hadirin-hadirat yang dirahmati,

Begitulah berakhirnya jual beli pantun antara pasukan SMK Sungai Burong dengan pasukan pantun dari SMK Bukit Kuching Tengah. Semuanya tampak meriah dan bercambah kembali susila berpantun dalam kalangan generasi alaf baru ini.

Kenari bersenda di dahan ara,tiadakan sunyi bersama kawan;

budaya berpantun bersambut mesra,biarlah abadi sepanjang zaman.

Sementara menanti keputusan daripada para hakim yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, saya memberi peluang kepada mana-mana pelajar atau penonton untuk menjualkan pantun kepada para peserta yang ada di kiri dan di kanan saya ini. Dipersilakan…….................................................................

Page 10: teks jurupantun

Sampailah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui pemenang dalam pertandingan ini. Sebelum itu,

Tiada kata seindah madah,dicipta lagu tersentuh rasa;

jika terdapat silap dan salah,maaf dipinta setiap masa.

Nota : Sila baca keputusan dengan cermat sebelum mengumumkan pemenang.

Tahniah kepada pasukan yang berjaya, manakala kepada pasukan yang gagal, kecewa bukan penawar segala. Berusahalah agar ruang kegagalan menjadi penawar berharga untuk mencipta kejayaan yang membanggakan. Akhirnya,

Mekar mewangi bunga cempaka,daun semalu dikirai jangan;

akar budi santun bahasa,pantun Melayu kekal berzaman.

Ampun maaf andainya terkasar bahasa, terkhilaf bicara dan kurang berhemah ketika mengendalikan pertandingan yang menjadi perhatian semua pihak. Sekian, assalamualaikum………..