teknologi multimedia -teks

22
BAB 4-Teks dalam Multimedia Nama Pensyarah : No. Telefon : No. Emel :

Upload: md-azani-sham

Post on 22-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Elemen Teks dalam Multimedia

TRANSCRIPT

Page 1: Teknologi Multimedia -Teks

BAB 4-Teks dalam Multimedia

Nama Pensyarah :No. Telefon :No. Emel :

Page 2: Teknologi Multimedia -Teks

Sejarah Teks

Merupakan satu elemen yang lazim dalam penyampaian maklumat.Pada masa silam elemen teks ditulis, dilukis dan dihasilkan secara manual.Sistem penulisan kuno yang dikenali ramai Hieroglyph yang berasal dari mesir

Page 3: Teknologi Multimedia -Teks

Sejarah Teks

Tuliasan cina juga merupakan sistem penulisan terawal dalam peradaban manusia

Page 4: Teknologi Multimedia -Teks

Konsep Asas Teks dan tipografi

• Tipografi (typography) merujuk kepada proses menyalurkan maklumat menerusi penggunaan rupa taip (typeface) dan juga fon

• Tipografi – ilmu atau bidang yang membincangkan teori dan amalan penggunaan serta reka bentuk perkataan dan juga rupa taip.

• Penggunaan teks akan menjadi lebih berkesan dan berkualiti sekiranya prinsip-prinsip tipografi yang bersesuaian diambilkira.

• Tipografi membantu merancang penggunaan teks bagi tujuan cetakan atau persembahan secara elektronik.

Page 5: Teknologi Multimedia -Teks

Rupa taip(typeface) dan Fon (font)

• Rupa taip merupakan sekumpulan aksara grafik yang biasanya terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz

• Setiap rupa taip mempunyai bentuk paparan yang berbeza dan menjadikan setiap satunya unik.

• Rupa taip dikenali berdasarkan nama-nama khas seperti Time New Roman, Arial, Courier, Tahoma dll.

• Fon sebenarnya merupakan satu koleksi aksara yang mempunyai stail serupa yang dimiliki oleh sekumpulan rupa taip. Cth fon yang biasa ialah bold dan italic. Selain daripada itu garisan, garis kasar (outlining) dsb.

• Fon sebenarnya merujuk kepada stail kepada stail yang digunakan pada rupa taip dalam pelbagai saiz.

Page 6: Teknologi Multimedia -Teks

Kategori-kategori Rupa taip

Terdapat empat kategori utama iaitu :-

(a) Serif• Serif merujuk kepada garisan lengkungan atau ekor yang terdapat

pada penghujung sesuatu aksara. • Oleh yang demikian muka taip jenis serif merujuk kepada muka taip

yang melengkung atau ekor di bahagian hujungnya. • Lengkungan atau ekor dikatakan dapat membantu dalam

menyediakan keselesaan dalam proses pembacaan khususnya teks dalam bentuk bercetak.

• Times New Roman, New Century, SchoolBook dan Garamond merupakan contoh rupa taip jenis serif.

Page 7: Teknologi Multimedia -Teks

Kategori-kategori Rupa taip

(b) Sans serif

• Sans bermaksud “tanpa” dalam bahasa Perancis. • Maka, sans serif merujuk kepada muka taip yang tidak mempunyai

lengkungan atau ekor di hujungnya. • Contoh rupa taip jenis sans serif ialah Arial, Futura, Helvitica,

Agenda, AG Schoolbook dan Optima.

Page 8: Teknologi Multimedia -Teks

Kategori-kategori Rupa taip

(c) Dekoratif

• Dekoratif ialah muka taip yang mempunyai unsur – unsur sastera lama dan agak berbunga – bunga seperti zaman silam.

• Ianya merupakan kategori yang agak popular kerana banyak dikeluarkan oleh syarikat atau individu yang terlibat dalam menghasilkan muka taip.

• Muka taip ini tidak sesuai digunakan sebagai muka taip utama dalam proses penyaluran maklumat kerana agak sukar untuk dibaca. Oleh sebab itu, muka taip ini hanya sering digunakan sebagai teks tajuk atau dalam keadaan – keadaan tertentu sahaja. Black Chancery, Black Knight dan Engraves merupakan contoh muka taip jenis dekoratif.

Page 9: Teknologi Multimedia -Teks

Kategori-kategori Rupa taip

(d) Script• Script merujuk kepada muka taip yang cuba mengambil

ciri – ciri utama yang terdapat pada tulisan tangan utama yang biasa.

• Hal ini menyebabkan ia sering digunakan dalam aktiviti – aktiviti tidak formal atau pun bagi tujuan – tujuan tertentu seperti mewakili tanda tangan, kepala surat dan sebagainya.

• Brush Script, Bellevue, Shelley, Reporter, dan Kuenstler merupakan contoh bagi muka taip jenis script.

Page 10: Teknologi Multimedia -Teks

Saiz Teks

• Pemilihan saiz teks merupakan sesuatu yang agak subjektif kerana dalam banyak keadaan muka taip yang berlainan akan dipaparkan dalam saiz yang agak berbeza walaupun menggunakan ukuran yang sama.

• Sebagai contoh teks yang menggunakan muka taip Times New

Roman dengan saiz 14 tidak sama ukurannya dengan teks yang menggunakan muka taip Verdana yang menggunakan saiz yang serupa.

• Berikut merupakan contoh dua jenis muka taip yang menggunakan saiz yang sama iaitu 20 poin tetapi diperlihatkan ukuran yang berbeza.

Selamat Datang Selamat Datang

Page 11: Teknologi Multimedia -Teks

Saiz Teks

• Teks boleh diukur saiznya dalam pelbagai cara dan yang utama ialah dengan mengukur jarak di antara bahagian paling bawah sesuatu huruf descender (seperti huruf g, q dan y) dengan puncak yang tertinggi sesuatu huruf ascender(seperti huruf f, h dan k).

f g

Page 12: Teknologi Multimedia -Teks

Saiz Teks

• saiz sesuatu teks biasanya diukur dalam bentuk poin. Satu poin bersamaan dengan 0.0138 inci atau 1/72 inci. Dalam erti kata lain, terdapat 72 poin dalam satu inci.

• Bagi pengguna peringkat kanak – kanak dan juga warga tua, pemilihan saiz teks yang lebih besar mungkin diperlukan.

• Pemilihan saiz teks juga berkait rapat dengan pelbagai faktor seperti jenis aplikasi :-• Media sebaran• Bentuk persembahan• Kumpulan sasaran yang akan menggunakan aplikasi atau

projek grafik tersebut.

Page 13: Teknologi Multimedia -Teks

Piawaian atau Format Rupa taip

• Tiga piawaian teks utama yang digunakan – PostScript atau Type 1, TrueType dan Open Type– Postscript ,

• diperkenalkan oleh syarikat Adobe Inc. pada awal 1985 bagi memudahkan proses cetakan dengan menggunakan pencetak jenis PostScript

• Pilihan ramai pengguna pada awalnya dalam bidang reka bentuk, penerbit dan pencetak, pilihan rupa taip yang luas dan boleh diterima kebanyakan komputer

– TruType,• Dibangunkan hasil kerjasama diantara syarikat Apple dan microsoft pada

1991.• Menggunakan satu fail sahaja bagi menyimpan maklumat mengenai

bentuk atau metrik sesuatu rupa taip, dikenali sebagai TrueType File (.ttf)• Diwakili oleh ikon huruf TT bertindih

Page 14: Teknologi Multimedia -Teks

Piawaian atau Format Rupa taip

– OpenType, • Dibangunkan hasil kerjasama diantara syarikat Apple dan microsoft pada

1996, diterima secara meluas pada tahun 2000• Rupa taip yang terdiri daripada TrueType dan PostScript• Nama fail bagi rupa taip jenis OpenType yang mengandungi maklumat

mengenai rupa taip TrueType menggunakan format .TTFatau .TTC• Rupa taip PostScript yang berasaskan OpenType menggunakan

format .OTF• Rupa taip yang biasa digunakan , Times New Roman, Arial, Tahoma,

Helvetica dll• Diwakili oleh ikon huruf O

Page 15: Teknologi Multimedia -Teks

Panduan menggunakan Teks dalam aplikasi multimedia

Ringkas tetapi padat

o Teks haruslah diminimakan penggunaannya melainkan aplikasi yang dibina mengandungi bahan rujukan yang banyak dan menyeluruh.

o Membaca teks pada skrin amat sukar dan meletihkan sekiranya ianya disediakan dalam kuantiti yang banyak.

o Teks mungkin bukan kaedah yang baik bagi menyampaikan sesuatu idea, konsep dan fakta.

o “A picture is worth a thousand words” atau : sekeping gambar lebih berkesan dari seribu patah perkataan”

o penggunaan teks yang maksima diperlukan terutamanya bagi aplikasi multimedia berunsurkan rujukan seperti ensiklopedia

o kombinasi teks dengan media-media lain sering membantu serta berkesan bagi tujuan mengurangkan penggunaan teks tersebut bagi melahirkan sesebuah konsep.

o Dari sudut rekabentuk pula, panduan menyatakan bahawa bagi sesebuah aplikasi multimedia, teks yang digunakan haruslah kurang dari separuh penggunaan skrin.

Page 16: Teknologi Multimedia -Teks

Panduan menggunakan Teks dalam aplikasi multimedia

Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian

o Pemilihan typeface dan fon yang bersesuaian dengan isi kandungan, konsep, kumpulan pengguna sasaran serta mood sesebuah aplikasi multimedia amat penting di dalam menentukan keberkesanan penyampaian seseuatu maklumat.

o Kesilapan pemilihan akan memberi kebosanan kepada pengguna didalam menerima sesuatu maklumat yang hendak disampaikan

o Typeface dan fon sering digunakan bagi menarik perhatian pada maklumat yang hendak disampaikan pada skrin, meningkatkan kebolehbacaan, menetapkan nada atau mood (sama ada serius, sedih, kelakar) dan juga bagi tujuan menetapkan konsep sesebuah aplikasi ( seperti progresif atau konservetif)

o Ilustrasi yang dipaparkan pada mukasurat yang berikutnya menunjukkan penggunaan pelbagai jenis fon yang disesuaikan dengan situasi, isi kandungan dan kumpulan sasaran sesebuah aplikasi multimedia.

o Jika pemilihan jenis fon yang digunakan bersesuaian, isi kandungan atau situasi yang berbeza kelihatan lebih hidup dan menarik.

Page 17: Teknologi Multimedia -Teks

Panduan menggunakan Teks dalam aplikasi multimedia

Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian (samb)

o Biasanya, kebanyakan pilihan atau keputusan di dalam pembangunan sesebuah aplikasi multimedia amat bergantung rapat dengan objektif aplikasi serta pengguna sasaran yang akan menggunakan aplikasi tersebut.

o Begitu juga dengan pemilihan jenis fon, objektif sesbuah aplikasi serta kumpulan sasaran pengguna memainkan peranan yang penting.

o Contoh :

Objektif aplikasi : berkaitan “Sejarah Melaka dan Kesannya Terhadap Pembangunan Malaysia”

Kumpulan sasaran : pelajar kolej

Maka : penggunaan teks dioptimumkan dalam penyampaian maklumat. Bahagian tajuk boleh digunakan fon dari kategori dekoratif

Page 18: Teknologi Multimedia -Teks

Panduan menggunakan Teks dalam aplikasi multimedia

Pastikan teks tersebut boleh dibacao Ciri utama dalam pemilihan teks ialah supaya ia mudah dibaca.o Walaupun fon jenis dekoratif amat menarik perhatian dan cantik tetapi

sering kali fon jenis ini sukar dibaca.o Terdapat juga aplikasi yang memerlukan teks memenuhi skrin bagi

penyampaian maklumato Sering juga berlaku di mana saiz teks terpaksa dikecilkan bagi

membolehkan sejumlah teks yang diperlukan dimuatkan di dalam ruangan yang disediakan. Ini mengakibatkan teks yang terhasil sukar dibaca.

Page 19: Teknologi Multimedia -Teks

Panduan menggunakan Teks dalam aplikasi multimedia

Pemilihan stail tulisan dan juga warna teks

o Tiga jenis stail tulisan : bold, italic dan underline.o Ia sering digunakan bagi memberikan penekanan atau membezakan

sesuatu isi kandungan dengan bahagian yang lain pada media bercetak.o Selain dari berfungsi untuk memberi penekanan, ia sering juga digunakan

sebagai hiperteks.o Apabila perkataan tersebut diaktifkan (diklik dengan tetikus), ia akan

membawa pengguna ke paparan yang baru ataupun sekumpulan teks yang baru mahupun menghasilkan sesuatu aksi seperti bunyi ataupun animasi.

Page 20: Teknologi Multimedia -Teks

Panduan menggunakan Teks dalam aplikasi multimedia

Pemilihan stail tulisan dan juga warna teks (samb)

o Kontras antara aksara atau perkataan dengan warna latarbelakang amat memainkan peranan penting di dalam menentukan kejelasan dan juga kebolehbacaan sesuatu perkataan.

o Elakkan menggunakan teks dan latarbelakang yang mempunyai warna yang hampir sama. Contoh : teks warna kuning dengan latarbelakang warna hijau.

o Kombinasi warna teks dan latarbelakang yang baik contohnya hitam putih, hitam kuning, biru putih dan sebagainya.

o Elakkan juga teks yang berwarna merah kerana ia sering sukar untuk dibaca.

Page 21: Teknologi Multimedia -Teks

Panduan menggunakan Teks dalam aplikasi multimedia

Kawal pemilihan fon serta konsisten

o Seorang pembangun aplikasi multimedia haruslah berhati-hati agar tidak menghasilkan sesebuah rekabentuk skrin yang kelihatan sibuk dan sukar dibaca hasil dari penggunaan terlalu banyak fon, stail dan warna dalam satu skrin yang sama

o Mengambil kira konsistensi atau keseragaman dalam penggunaan teks.o Contohnya: penggunaan fon, stail dan warna yang tidak berubah-ubah

untuk tajuk dan subtajuk bagi beberapa skrin. Begitu juga utuk hiperlinks, jika gunakan fon Time New Roman saiz 12 warna biru, maka ciri ini perlu dikekalkan .

o Tujuan : supaya suasan mesra pengguna (user friendly) dapat dikekalkan di dalam aplikasi yang dibangunkan.

Page 22: Teknologi Multimedia -Teks

Panduan menggunakan Teks dalam aplikasi multimedia

Kawal pemilihan fon serta konsisten (samb)o Satu lagi faktor penting dalam pemilihan fon ialah, kesediaan (avaibality)

jenis fon dalam sistem komputer yang akan digunakan untuk tujuan mainbalik

o Cara menanganinya,§ Menyediakan atau menghantar sekali fon istimewa yang digunakan bersama-

sama dengan aplikasi multimedia tersebut.§ Jadikan teks tersebut sebagai grafik dengan menggunakan perisian grafik

o Kelemahan teknik menjadikan teks sebagai grafik ialah§ ia memerlukan storan yang besar dan ingatan yang lebih besar§ agak sukar untuk diubahsuai

o teknik teks sebagai grafik hanya sesuai untuk teks yang dijadikan tajuk atau subtajuk