teks pengacaraan majlis.docx

22
Contoh Teks Pengacaraan Majlis Formal. Posted on 8 Disember 2012 oleh bahasakudpantai Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong. BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T.

Upload: shuhada-aroff

Post on 02-Oct-2015

91 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Contoh Teks Pengacaraan MajlisFormal.Posted on 8 Disember 2012 oleh bahasakudpantai Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.Pagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermaknaKami bawakan kepada anda Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.BismilLahir Rahmanir RahimAssalamu `Alaikum W.B.T.Yang BerusahaTn. Hj. Mohmad Hairin bin BasiranGuru Penolong Kanan 1SK LKTP Sungai SayongYang BerusahaPn. Hjh. Fatimah binti HashimGuru Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSK LKTP Sungai SayongYang BerusahaEn. Rahmat bin IbrahimGuru Penolong Kanan Ko-kurikulumSK LKTP Sungai SayongYang DihormatiEn. Abdul Aziz bin Hj. RedwanPegawai Pelajaran Daerah KulaiYang DihormatiEn. Mohd Rosli bin OthmanPenolong Pegawai Pelajaran Daerah KulaiBahagian MenengahYang DihormatiTn. Hj. Muhammad bin SallehPenolong Pegawai Pelajaran Daerah KulaiBahagian RendahYang DihormatiEn. Mohd Azmi bin Abdul RahmanPegawai MaklumatPejabat Pelajaran Daerah KulaiYang DihormatiBarisan Guru Besar dan PengetuaSekolah-sekolah Rendah dan MenengahDaerah KulaiYang DihormatiEn. Abdul Naser bin BeduYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan GuruSK LKTP Sungai SayongYang DihormatiEn. Md. Sukor bin MarzukiPengerusi Jawatankuasa Majlis Kasih Disemai Bakti Dituaidan seluruh ahli jawatankuasanyaYang DiraikanEn. Abdull Mutalib bin DenanGuru Besar SK LKTP Sg. SayongSeterusnyaBarisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.Selamat datang ke :Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal BismilLah pembuka bicaraSarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seriBunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkatiBagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulangKepimpinanmu gemilangBegitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK LKTP Sungai Sayong.Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalianTiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalananWalau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badanUntuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicaraHadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalianMajlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Harin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong. Dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP Sungai Sayong untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas ucapan itu tadi.Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayatBagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Little Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk Jasamu Dikenang dan mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk Terlalu Indah dan Bertemu dan Berpisah.Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan sebuah pesembahan yang cukup istimewa.Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalianMajlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 2Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan KhasDipersilakan wakil daripada kelas 1 CemerlangDipersilakan wakil daripada kelas 1 GemilangDipersilakan wakil daripada kelas 2 CemerlangDipersilakan wakil daripada kelas 2 GemilangDipersilakan wakil daripada kelas 3 CemerlangDipersilakan wakil daripada kelas 3 GemilangDipersilakan wakil daripada kelas 4 CemerlangDipersilakan wakil daripada kelas 4 GemilangDipersilakan wakil daripada kelas 5 CemerlangDipersilakan wakil daripada kelas 5 GemilangDipersilakan wakil daripada kelas 6 CemerlangDipersilakan wakil daripada kelas 6 GemilangSeterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong.Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sebentar tadi.Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.Hadirin dan hadirat yang diRahmati AllahUntuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan khusus daripada beliau sendiri.Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menyempurnakan upacara tersebut.Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki selaku wakil daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran selaku wakil Pentadbiran SK LKTP Sungai Sayong.Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai.Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah.Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah.Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman, Pegawai Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama berjalan telah sampai di destinasiPara hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.Kuning emas masaknya padiMawar merah dalam jambanganTerima kasih daun keladiBudi tuan jadi kenanganTuai padi antara nampakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduanDengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan En. Abdul Mutalib bin Denan akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini.Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai ini.Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembaliSekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.