laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

31
1 Biodata Nama : Sherly Jewinly No. I/C : Tarikh lahir : 22 September 1995 Tempat lahir : Hospital Ranau, Sabah Asal : Ranau, Sabah Alamat : Kg. Kilimu, 89300 Ranau,Sabah, Malaysia Kelas : 2 PPISMP RBT Ambilan Jun 2013

Upload: sherly-jewinly

Post on 22-Jan-2018

3.704 views

Category:

Education


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

1

Biodata

Nama : Sherly Jewinly

No. I/C :

Tarikh lahir : 22 September 1995

Tempat lahir : Hospital Ranau, Sabah

Asal : Ranau, Sabah

Alamat : Kg. Kilimu, 89300

Ranau,Sabah,

Malaysia

Kelas : 2 PPISMP RBT

Ambilan Jun 2013

Page 2: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

2

NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Biodata 1

2 Isi Kandungan 2

3 Penghargaan 3

4 Pendahuluan 4

5 Soalan 5

6 Pendokumentasian Projek

Sinopsis

6-7

Carta alir proses kerja 8-9

Carta Gantt 10

Lakaran Idea 11

Lakaran kerja

i. Lukisan Isometrik

ii. Lukisan Ortografik

iii. Lukisan Ceraian

12

13

14

Senarai bahan yang digunakan 15

Peralatan/mesin yang digunakan 16-21

Langkah-langkah penghasilan projek 22-25

Projek siap mengikut lukisan kerja 26-27

7 Refleksi 28-30

8 Rujukan 31

9 Lampiran 32

Page 3: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

3

Penghargaan

Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang

dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada

pensyarah-pensyarah Asas Teknologi Bahan dan Pembuatan saya, Puan Asma binti Muda

dan Encik Suhaimy bin Ahmad kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada mereka,

membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa

saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah

memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya

saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak

memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya

dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih.

Page 4: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

4

Pendahuluan

Dalam kerja kursus Asas Teknologi Bahan dan Pembuatan, kami telah diberikan

tugasan untuk menghasilkan satu projek iaitu membina sebuah kotak alatan dan melakukan

pendokumentasian bagi projek tersebut. Dalam tugasan ini, kami haruslah melakar lukisan

idea kami sendiri dan bahan-bahan untuk membina projek tersebut adalah disediakan oleh

pihak Institut Pendidikan Guru.

Page 5: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

5

Soalan

1. Menghasilkan projek kotak alatan

a) Projek siap mengikut lukisan kerja

b) Reka bentuk kotak alatan mengikut spesifikasi ukuran

c) Kreativiti (nilai-nilai estatik dan ergonomik)

d) Nilai-nilai komersial

e) Kekemasan akhir

2. Menghasilkan pendokumentasian projek

a) Sinopsis

b) Carta alir proses kerja

c) Carta Gantt

d) Lakaran idea

e) Lukisan kerja (Lukisan ortografik, lukisan isometrik, lukisan ceraian)

f) Senarai bahan yang digunakan

g) Peralatan/mesin yang digunakan

h) Langkah-langkah menghasilkan projek

i) Projek siap mengikut lukisan kerja

j) Refleksi

Page 6: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

6

Sinopsis

Dalam kerja kursus Asas Teknologi Alatan dan Bahan ini, kami telah ditugaskan

untuk membuat sebuah kotak alatan. Saya menamakan kotak alatan saya KoLatan. Saya

mendapat idea nama tersebut melalui gabungan antara perkataan “kotak” dan “alatan”.

Apabila digabungkan, maka terciptalah KoLatan. Fungsi KoLatan adalah untuk menyimpan

alatan-alatan di bengkel yang selalu bersepah kerana tidak mempunyai tempat

penyimpanan yang sesuai seperti paku, skru, kertas pasir dan sebagainya. Kotak alatan

yang saya cipta ini sesuai untuk menyimpan alatan, menarik dan tidak terhad

penggunaannya.

Kotak alatan yang saya bina diperbuat daripada kayu dan papan lapis. Kami

dikehendaki untuk membina kotak alatan ini menggunakan tanggam-tanggam kayu. Oleh

itu, saya membina KoLatan dengan menggunakan lima jenis tanggam kayu iaitu tanggam

Temu, tanggam Siku, tanggam Tetingkat Lidah Berparit, tanggam Temu Tetingkat dan

tanggam Temu Biasa. Manakala untuk mengikat tanggam-tanggam yang telah saya bina,

saya menggunakan dua pengikat iaitu paku panel dan skru kepala benam. KoLatan

mempunyai dua bahagian tempat penyimpanan. Bahagian yang pertama juga merupakan

bahagian tempat penyimpanan utama adalah lebih besar dan bahagian tempat

penyimpanan yang kedua adalah lebih kecil. Bahagian tempat penyimpanan yang utama

boleh memuatkan alatan-alatan yang bersaiz besar manakala bahagian tempat

penyimpanan yang kedua adalah lebih kecil dan sesuai untuk menyimpan alatan-alatan

bengkel yang kecil.

Kelebihan KoLatan adalah, ia boleh menyimpan alatan-alatan bengkel yang besar

dan kecil dengan berasingan tanpa perlu mencampur adukkannya di dalam sebuah tempat

penyimpanan. Ia akan memudahkan pengguna untuk mengambil alatan-alatan tersebut

daripada kotak alatan apabila ingin menggunakannya. Dengan itu, KoLatan akan

memudahkan pengguna untuk menyusun alatan-alatan bengkel serta memudahkan

pengguna untuk mencari alatan-alatan tersebut apabila ingin menggunakannya. Kotak

alatan ini juga akan memudahkan pengguna mencari alatan-alatan yang ingin digunakannya

tanpa perlu menyelongkar.

Page 7: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

7

Cara menggunakan KoLatan adalah dengan meletakkan alatan-alatan begkel yang

bersaiz besar di tempat penyimpanan utama dan meletakkan alatan-alatan bengkel bersaiz

kecil di tempat penyimpanan kedua iaitu tempat penyimpanan yang lebih kecil. Dengan itu,

alatan-alatan bengkel akan mudah dicari kerana ia tersusun di tempat yang sesuai dan tidak

bercampur aduk yang mana jelasnya akan memudahkan pengguna untuk mengambilnya

apabila ingin menggunakannya.

Gambar 1: Gambar menunjukkan projek KoLatan.

Page 8: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

8

Carta Alir Proses Kerja

Mengenalpasti masalah

Membuat lakaran

Menyenaraikan bahan

Menyenaraikan alatan tangan

Pensyarah

menyemak kesesuaian

tanggam

Mengukur, menanda, memotong kayu

Membentuk dan mencantum tanggam

Mengikat tanggam

A

YA

TIDAK

Page 9: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

9

Menyapu tepung penyumbat pada

kecacatan kayu

Melicinkan permukaan kayu menggunakan

kertas pasir

Memotong papan lapis

A

Memasang papan lapis sebagai

tapak projek

Menyapu syelek dan lekar pada

projek

KoLatan

Page 10: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

10

Carta Grantt

AKTIVITI

MINGGU

M1 M2 M3 M4 M5 M6

Perancangan pembinaan projek

Membuat lakaran

Menyenaraikan bahan

Menyenaraikan alatan tangan

Pembinaan projek

Mengukur , menanda , memotong

Membentuk dan mencantum tanggam

Memasang tanggam

Membuat kerja kemasan

Pendokumentasian

Mengumpul dan merekod maklumat projek

Page 11: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

11

Lakaran Kerja KoLatan

Page 12: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

12

Lukisan Kerja KoLatan

i. Lukisan Isometrik

Page 13: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

13

ii. Lukisan Ortografik

Dimensi lukisan ini adalah dalam centimetre (CM)

Page 14: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

14

iii. Lukisan Ceraian

Page 15: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

15

Senarai bahan yang digunakan

KATEGORI BAHAN

Kotak Alatan Kayu

Papan lapis

Pengikat Skru kepala benam

Paku panel

Page 16: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

16

Senarai peralatan yang digunakan

PERALATAN KEGUNAAN GAMBAR

Gergaji Puting Gergaji puting

digunakan untuk

mengerat secara

lurus semasa

membuat tanggam

Tolok penanda Tolok penanda

digunakan untuk

menandai ukuran

tebal atau lebar

kayu

Gandin kayu Gandin kayu

digunakan untuk

memahat dan

memasang atau

menanggalkan

tanggam

Page 17: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

17

Pembaris keluli Pembaris keluli

digunakan untuk

mengukur dan

memindahkan

ukuran

Sesiku L Sesiku L

digunakan untuk

digunakan untuk

membuat garisan

lurus bersudut

tepat, menguji

kerataan,

ketepatan. dan

kepersegian

Apit-G Apit G digunakan

untuk mengapit

kayu ketika

proses menggluka

n dua kepingan

kayu

dan memegang

kayu yang

hendak digerudika

n, dipahat, atau

digergajikan

Pahat Pahat digunakan

untuk membuat

parit dan lurah

tanggam serta

meratakan

dasarnya.

Page 18: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

18

Tolok serong Tolok serong

digunakan untuk

mengukur sudut

semasa proses

membuat tanggam.

Tukul Warrington Tukul Warrington

digunakan untuk

menukul paku yang

kecil seperti paku

panel

Tukul Kuku

Kambing

Tukul Kuku

Kambing

digunakan untuk

mengetuk paku

dan mencabut

paku.

Ketam Ketam digunakan

untuk

menghaluskan dan

meratakan

permukaan kayu.

Page 19: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

19

Apit-F Memegang kayu

ketika proses

mengglukan dua

kepingan

kayu dan

memegang kayu

yang hendak

dipahat atau

digergaji

Pemutar Skru Digunakan untuk

memasang dan

menanggalkan

skru

ALATAN

KEMASAN

KEGUNAAN GAMBAR

Tepung kayu

( Wood filler )

Digunakan untuk

menutup dan

meratakan lubang-

lubang besar pada

kayu

Syelek

Memberi

kepelbagaian tona

warna, melindungi

dan memelihara

permukaan kayu.

Page 20: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

20

Lekar

Digunakan untuk

mencantikan

permukaan kayu

dan melindungi

permukaan kayu

Kertas pasir gred

240 dan 320

Digunakan untuk

membersih, melicin

dan

menghilangkan

kesan cacat atau

tanda kecil pada

permukaan kayu

Thinner

Mencairkan lekar

supaya menjadi

lebih jernih

Page 21: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

21

Berus cat Digunakan untuk

menyapu cat pada

permukaan kerja

Spirit Metil Digunakan untuk

membersihkan

berus syelek ,

mencairkan syelek

dan bertindak

sebagai pelarut

syelek

Page 22: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

22

Langkah-langkah menghasilkan projek

1. Mengenalpasti masalah

•Cari masalah yang ingin diselesaikan iaituketiadaan tempat menyimpan alatan-alatanbengkel yang sesuai.

•Cari penyelesaian masalah dengan memikirkanjawapan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

•Rancang untuk membina kotak alatan.

2. Membuat lakaran idea kotak alatan

•Hasilkan lakaran kotak alatan dengan ideatanggam-tanggam yang ingin dilakukan.

•Senaraikan bahan yang diperlukan untuk membinakotak alatan.

•Senaraikan alatan tangan yang diperlukan untukmembuat kotak alatan.

3. Pensyarah menyemak lakaran awalkotak lakaran

•Pensyarah meluluskan lakaran dan senarai bahanserta alatan yang telah dibuat.

•Meneruskan projek

4. Mengukur dan menanda kayu

•Ukur dan tanda kayu mengikut ukuran seperti dalam lakaran idea dan lukisan kerja.

Page 23: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

23

5. Memotong kayu

• Potong kayu mengikut tanda yang telahdibuat.

6. Membentuk dan mencantumtanggam

• Bentuk dan potong tanggam sepertiyang dilukis pada lakaran kerja.

• Cantumkan tanggam.

7. Mengikat tanggam

• Paku serta skru bahagian-bahagiantanggam seperti yang telah ditentukandalam lukisan kerja

8. Menyapu tepung penyumbatpada permukaan kayu

• Tampal lubang-lubang dan cela padakayu dan tunggu sehingga kering.

Page 24: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

24

9. Melicinkan permukaan kayumenggunakan kertas pasir

• Setelah tepung penyumbat kayukering, gosok permukaan kayumenggunakan kertas pasir gred 240sehingga licin.

10. Memotong papan lapis

• Potong papan lapis mengikut ukuranyang terdapat dalam lakaran idea danlukisan kerja untuk dijadikan tapakbagi projek.

11. Memasang papan lapissebagai tapak kotak alatan

• Pakukan papan lapis di bahagianbawah tanggam yang telah diikatuntuk menjadikan ia sebuah kotakalatan

Page 25: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

25

12. Menyapu syelek pada kotakalatan

• Sapu syelek pada projek sehingga tonakayu kelihatan sekata dan biarkansehingga kering

13. Gosok projek menggunakankertas pasir gred 320

• Setelah syelek kering, gosok projekmenggunakan kertas pasir sekali lagisehingga licin dan warna kayu sekata.

14. Sapu lekar pada projek

• Sapu lekar pada projek setelah projekdilicinkan semula menggunakan kertaspasir.

• Tunggu sehingga leka kering.

Projek siap.

Page 26: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

26

Projek siap mengikut lukisan kerja

Gambar 2: Gambar menunjukkan projek KoLatan yang telah siap mengikut lukisan

kerja

Page 27: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

27

Gambar 3: Gambar menunjukkan projek KoLatan yang telah siap mengikut lukisan

kerja

Page 28: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

28

Refleksi

Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, apa

yang dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada

dari segi masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi penerangan daripada

pensyarah, saya dapat memahami cara untuk melaksanakan kerja kursus ini dan ia

memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.

Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang saya

pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum melaksanakan

kerja kursus ini, saya kurang jelas dengan kegunaan alatan-alatan di bengkel. Contohnya,

sebelum ini, saya tidak tahu apakah kegunaan apit-F. Namun, setelah melaksanakan kerja

kursus ini, saya lebih tahu dan faham mengenai kegunaannya. Begitu juga dengan alatan-

alatan bengkel yang lain. Saya kini tahu akan kegunaan alatan-alatan tersebut.

Di samping itu, saya juga kini lebih mahir menggunakan alatan-alatan dalam

bengkel. Sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya tidak pernah menggunakan alatan-

alatan bengkel tersebut. Contohnya, sebelum ini, saya tidak pernah menggunakan gergaji,

pahat dan tolok penanda. Namun, semasa saya melaksanakan kerja kursus ini, saya dapat

mengaplikasikan kemahiran asas pembuatan saya dan semasa melaksanakan kerja kursus

ini juga, saya berpeluang menggunakan alatan-alatan bengkel yang tidak pernah saya

sentuh sebelum ini. Oleh itu, kemahiran saya mengendalikan alatan-alatan tersebut juga

semakin meningkat. Dengan meningkatnya kemahiran saya dalam menggunakan alatan-

alatan tersebut, maka saya bolehlah mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan

seharian dan apabila saya menjadi guru kelak. Kemahiran saya menggunakan alatan-alatan

tersebut bermula daripada kosong sebelum saya melaksanakan kerja kursus ini. Kini, saya

agak mahir dalam menggunakan alatan-alatan bengkel tersebut.

Selain daripada itu, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya juga lebih peka

akan peraturan keselamatan dalam bengkel. Sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya

jarang sekali menjejakkan kaki ke bengkel. Namun, semasa dalam proses melaksanakan

kerja kursus ini, saya dan rakan sekelas yang lain kerap berada di bengkel untuk

menyiapkan projek kami. Dengan itu, kami lebih memahami peraturan keselamatan dalam

bengkel dan kami juga mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Peraturan-peraturan

keselamatan dalam bengkel kini seperti sudah sebati dalam diri saya. Secara tidak

langsung, hal ini membuatkan saya lebih berdisiplin bukan sahaja dalam bengkel tetapi juga

Page 29: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

29

ketika berada di tempat lain. Disiplin dalam diri saya semakin kukuh setelah melaksanakan

kerja kursus ini.

Seterusnya, saya juga dapat mengkategorikan bahan-bahan kejuruteraan yang biasa

digunakan dalam bidang kejuruteraan. Sebagai contoh, sebelum melaksanakan kerja kursus

ini, saya langsung tidak berpengetahuan mengenai bahan-bahan kejuruteraan yang biasa

digunakan dalam bidang kejuruteraan. Namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya

kini lebih faham secara serba sedikit mengenai bahan-bahan kejuruteraan yang biasa

digunakan dalam bidang kejuruteraan. Dengan bertambahnya pengetahuan saya mengenai

bahan-bahan kejuruteraan tersebut, saya lebih yakin dengan subjek major yang bakal saya

ajar kelak. Saya juga kini lebih yakin untuk berada dalam bengkel kerana saya tahu

menggunakan bahan-bahan kejuruteraan yang berada di dalam bengkel.

Saya juga dapat mengasah kembali kemahiran saya membuat lukisan kerja

menggunakan perisian AutoCAD. Sebelum melaksanakan kerja kursus ini, kali terakhir saya

melukis lukisan kerja menggunakan perisian AutoCAD adalah pada tahun lalu. Seperti yang

dikatakan oleh pensyarah kesayangan saya, Puan Asma binti Muda, kemahiran jika tidak

dipraktikkan maka akan hilang. Oleh itu, kemahiran saya dalam menggunakan perisan

AutoCAD tidak akan hilang begitu sahaja kerana saya boleh dan saya telah mempraktikkan

kemahiran tersebut dalam melaksanakan kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga kini mahir membuat tanggam kayu. Sebelum ini, saya tidak

pernah terfikir untuk membuat tanggam kayu dan saya juga tidak menyangka saya akan

mampu membuat dalam tanggam kayu. Melalui pelaksanaan kerja kursus ini, saya dapat

mencungkil bakat terpendam saya dalam membuat tanggam kayu. Selama ini, saya berfikir

bahawa saya tidak akan mampu membuat tanggam kayu kerana saya berpendapat bahawa

saya tiada bakat dalam mengendalikan alatan-alatan bengkel. Namun, pendapat saya

terbukti silap apabila saya mampu menyiapkan tanggam-tanggam seperti yang saya lukis

dalam lukisan idea dan lukisan kerja. Oleh itu, saya lebih yakin dengan kemahiran diri

sendiri dan saya kini berfikiran lebih optimistic berbanding sebelum saya melaksanakan

kerja kursus ini.

Saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini

terutamanya ketika saya mencari bagi melengkapkan tugasan yang diberi ini. Salah satu

cabaran yang saya hadapi ketika mencari bahan rujukan bagi kerja kursus ini ialah

kekurangan buku kerana buku di perpustakaan IPG mengenai tajuk yang telah diberikan

kepada kami adalah agak terhad. Oleh yang demikian, saya terpaksa bersabar untuk

menanti buku yang seharusnya saya pinjam dikembalikan oleh peminjam di perpustakaan.

Selain itu, saya juga mempelajari erti kesabaran ketika memerah otak untuk memikirkan

Page 30: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

30

idea-idea yang mantap bagi melengkapkan kerja kursus ini. Hasil daripada kesabaran saya,

saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini atas hasil titik peluh saya sendiri tanpa perlu

bergantung kepada orang lain. Saya juga berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan

rakan-rakan sekelas melaksanakan kerja kursus ini. Kami saling membantu antara satu

sama lain terutamanya dalam bertukar-tukar idea dan memberikan pendapat bagi

menyiapkan kerja kursus ini. Kamu juga saling bekerjasama dalam bertukar-tukar sumber

rujukan seperti buku. Dengan itu, hubungan antara saya dan rakan-rakan seperjuangan juga

semakin erat dan kukuh secara tidak langsung. Kami juga kini boleh belajar dengan baik di

dalam kelas kerana kerjasama antara kami yang kuat.

Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak

pernah bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam

memberikan pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan

jayanya walaupun banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah yang

membina saya untuk terus bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Page 31: Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan

31

Rujukan

Sizali, A. (2010, May 18). Rekacipta. Retrieved April 9, 2014, from Slide Share:

http://www.slideshare.net/ben06_zul/rekacipta