nota pembelajaran asas grafik

19
Pendahuluan Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital. Aktiviti 1: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan grafik? - bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar - gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu. Print grafik 1. Reka bentuk komunikasi visual boleh diklasifikasikan kepada o Reka bentuk grafik o Reka bentuk multimedia o Reka bentuk web 2. peranan dan sumbangan grafik dalam kehidupan. Lebih menarik – dapat meransang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas seperti ‘Mudah Terbakar’ , ‘Merbahaya’, ‘Jimatkan Air’ dan lain-lain. Membantu meningkatkan daya ingatan – teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif. Aktiviti 1 : 1 UNIT 1 : ASAS GRAFIK UNIT 2 : GRAFIK DIGITAL

Upload: zaidah-muhammad

Post on 17-Jan-2016

133 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

modul Grafik berkomputer

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Pembelajaran Asas Grafik

Pendahuluan

Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.

Aktiviti 1:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan grafik?

- bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar

- gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu.

Print grafik

1. Reka bentuk komunikasi visual boleh diklasifikasikan kepada

o Reka bentuk grafik o Reka bentuk multimediao Reka bentuk web

2. peranan dan sumbangan grafik dalam kehidupan.

Lebih menarik – dapat meransang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas seperti ‘Mudah Terbakar’ ,

‘Merbahaya’, ‘Jimatkan Air’ dan lain-lain. Membantu meningkatkan daya ingatan – teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih

baik berbanding dengan teks sahaja. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh

penyampai. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan

grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar.

Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.

Aktiviti 1 :

Menamakan jenis-jenis grafik digital

a. Imej Vektor

- terdiri daripada garisan, garis lengkung, kotak, bulatan, poligon dan lain-lain.- Boleh diisi dengan warna dan corak, digubah, diubahsuai saiznya.

b. Imej bitmap (imej peta bit)

1

UNIT 1 : ASAS GRAFIK

UNIT 2 : GRAFIK DIGITAL

Page 2: Nota Pembelajaran Asas Grafik

- terdiri daripada elemen kotak-kotak kecil pada skrin komputer atau pencetak yang dikenali sebagai piksel. Setiap piksel mewakili pelbagai peringkat warna seperti:

1 bit – monokrom hitam dan putih 4 bit – 16 warna 8 bit – 256 warna 16 bit – 32,786 24 bit – 8,388,608 32 bit – 2,147,483,648

Aktiviti 2 :

Mengenalpasti ciri-ciri grafik digital

1. Teks

- paling asas dan luas penggunaannya- sumber penyampaian maklumat utama

2. Grafik

- maklumat atau informasi yang disampaikan sama ada dalam bentuk tulisan, lukisan, lakaran atau gambar dalam bentuk 2D / 3D

- Penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks.- Sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana mesej yang diterima oleh penglihatan

dapat diterima secara terperinci dan daya ingatan yang tinggi

3. Audio- Dapat menarik perhatian dan tumpuan penonton- Maklumat yang kompleks dapat disampaikan secara berkesan- timbul keseronokan dan minat

4. Video- mampu menyerupai keadaan sebenar dan mempunyai emosi

5. Animasi- gambaran pergerakan bagi sesuatu objek pegun atau statik- persembahan yang lebih dinamik serta menarik

Mengetahui sumbangan grafik dalam kehidupan.

a. Lebih menarik – dapat merangsang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek

b. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas spt. “Mudah Terbakar”, “Merbahaya”, “Jimatkan Air”dan lain-lain.

c. Membantu meningkatkan daya ingatan – teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja.

d. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai.

e. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar.

f. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.

2

Page 3: Nota Pembelajaran Asas Grafik

Aktiviti 1

Rekaan grafik dihasilkan melalui pengolahan elemen dan prinsip rekaan Seni Visual. Elemen-eleman ini terbahagi kepada enam (6) jenis iaitu:

1. Garisan (Latihan kepada pelajar melukis elemen-elemen tersebut dalam ruangan yang disediakan sebagai aktiviti pengukuhan)

Nyatakan jenis garisan di atas, dan lakarkan garisan-garisan lain yang boleh diperolehi dari toolbar drawing (menggunakan Microsoft/ Free hand)

rupaGeometri

Nyatakan dan lakarkan rupa-rupa geometrik lain yang anda ketahui

Organik

Lukiskan beberapa rupa organik dengan menggunakan toolbars scribble

2. Rupa positif dan rupa negatif

Lukiskan satu grafik yang menampakkan kesan rupa positif dan negatif dengan menggunakan toolsbar autoshape

3

UNIT 3 : ELEMEN REKAAN

Page 4: Nota Pembelajaran Asas Grafik

3. Bentuk

Nyatakan dan lakarkan bentuk-bentuk asas lain yang anda ketahui.

Olahan garisan, tekstur dan warna menimbulkan bentuk

4. Warna

4.1 Warna pigmentLengkapkan jenis-jenis warna yang terdapat dalam roda warna dalam petak yang disediakan.

Warna Asas- kuning, biru, merah

Warna Sekunder- jingga, ungu, hijau

Warna Tertier- kuning kejinggaan, kuning kehijauan, hijau kebiruan, ungu kebiruan, ungu kemerahan,

4.2 Warna Paparan Elektronik

Warna yang terdapat pada monitor komputer adalah terdiri daripada bintik-bintik warna yang dikenali sebagai pixel.

i. Warna RGBOlahan/ gubahan warna ini digunakan pada grafik untuk paparan skrin monitor sahaja, kerana menggunakan pixel yang rendah.

RedGreenBlue

ii. Warna CYMK/ warna percetakanWarna ini digunakan apabila grafik yang dihasilkan perlu dicetak; memerlukan proses cetakan 4 warna dakwat cetakan ia itu cyan, magenta, yellow dan black. K merujuk pada warna ,black (hitam) Proses cetakan 4 warna ini adalah untuk menghasilkan imej yang berwarna.

MagentaCyanYellowK (Black)

iii. Warna HSLHue, saturation, dan lightness adalah ciri-ciri olahan warna yang digunakan semasa memanupulasi warna pada imej di skrin komputer.

4

Page 5: Nota Pembelajaran Asas Grafik

5. Ruang

Apakah peranan ruang dalam reka letak sesuatu paparan grafik?

i) Menimbulkan keselesaan dan keharmonian.ii) Memberi imbangan pada reka letak/ grafik.iii) Menimbulkan imej atau teks pada sesuatu

reka letak.iv) Menimbulkan kesan perspektif.

PRINT Bagaimana menimbulkan ruang dalam grafik?

Aktiviti 1:

2. Mengenal ciri-ciri prinsip Rekaan Seni Visual

1.1. Keseimbangan - Formal - Tidak Formal

1.2. Harmoni - bentuk- susunan- warna- saiz- irama

1.3. Kontra - bentuk- susunan- warna- saiz- irama

1.4. Penegasan- untuk memberi tumpuan atau fokus pandangan

1.5. Kesatuan - elemen yang wujud antara elemen seni visual yang berfungsi bersama-sama ; saling

lengkap melengkapi antara satu sama lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.

1.6. Pergerakan- elemen-elemen grafik seperti teks dan imej disusun dalam bentuk yang tertentu untuk mengarah pandangan (pergerakan) mengikut keutamaan (penegasan) mesej yang hendak disampaikan

5

UNIT 4 : PRINSIP REKAAN

Page 6: Nota Pembelajaran Asas Grafik

JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

A. Isikan tempat kosong dengan ciri-ciri prinsip rekaan yang betul (menggunakan clip art yang disediakan)

i.KESEIMBANGAN

Formal Tidak formal

ii. HARMONI

warna saiz bentuk

Susunan irama

iii. KONTRA

warna saiz bentuk

susunanirama

v. PENEGASAN

Pilih grafik yang menampakkan penegasan dari Clip Art

6

Page 7: Nota Pembelajaran Asas Grafik

vi. KESATUAN

Masukkan teks(tajuk) yang sesuai

Masukkan grafik(dari Clip Art)

Lengkapkan grafik(latar belakang)

vii. PERGERAKAN

Nota: Dalam menghasilkan sesuatu karya, bukan semua prinsip rekaan tersebut diaplikasikan.

Aktiviti 2:

Latihan pengukuhanHuraikan ciri-ciri grafik berikut dari aspek prinsip rekaan.

7

REPTILIAPAMERAN IT

Page 8: Nota Pembelajaran Asas Grafik

Objektif

Diakhir pembelajaran menggunakan modul ini, murid akan dapat:

Menyatakan bagaimana bayangan dihasilkan dalam grafik Memperihalkan olahan ton warna, tekstur dan garisan menimbulkan bayangan dan bentuk

Aktiviti 1:

Bagaimana bayangan wujud?

Apabila sesuatu objek terkena pancaran sesuatu sumber cahaya, bahagian objek yang terlindung akan membentuk bayangan.

Bagaimana cahaya mempengaruhi keadaan sesuatu bayangan ?

Dengan menggunakan anak panah, tunjukkan arah cahaya

8

UNIT 5: BAYANGAN DALAM GRAFIK

Page 9: Nota Pembelajaran Asas Grafik

Olahan garisan, warna dan tekstur menghasilkan bayangan pada sesuatu grafik

Lukiskan beberapa bentuk yang menampakkan olahan tersebut.

Dalam perisian manupulasi imej secara digital, bayangan mudah dihasilkan dengan mengawal hue (cerah dan gelap) sesuatu ton warna; atau menggunakan pilihan shadow effect ,teksture atau pattern fill effects.

Aktiviti 2:

Latihan pengukuhan ini dibuat dengan menggunakan menggunakan perisian Photoshop.

Dengan menggunakan ‘magic wand’ lengkapkan rajah berikut dengan ton warna yang sesuai untuk menampakkan kesan bayangan dan bentuk.

9

Contoh hasil

Page 10: Nota Pembelajaran Asas Grafik

Objektif

Diakhir unit pembelajaran ini, murid akan dapat:

Menyatakan peranan warna dan tekstur dalam Seni Visual (grafik)

Memperihalkan kesan warna pada hasil grafik dari aspek mood, tona, keharmonian, dan kontra.

Memperihalkan kesan tekstur pada hasil grafik dari aspek mood, menimbulkan bentuk, ruang, dan kepelbagaian.

Aktiviti 1:

Latihan

A. Nyatakan kesan warna pada hasil grafik tersebut.

i. Mood

ceria sedih tenang

marah rimas menakutkanCari beberapa grafik dan nyatakan mood yang wujud dari kesan

warna yang terdapat pada grafik tersebut

ii. Tona

menimbulkan bentuk menimbulkan keharmonian

menimbulkanruang

10

UNIT 6: PERANAN WARNA DAN TEKSTUR

Page 11: Nota Pembelajaran Asas Grafik

iii. Harmoni - Gabungan warna yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama

Berikan tiga contoh grafik yang menunjukkan keharmonian warna (dari Clip Art)

iv. Kontra-Gabungan warna yang mempunyai ciri-ciri yang bertentangan :memberi kesan tumpuan dan penegasan

Berikan tiga contoh grafik yang menunjukkan kontra warna (dari Clip Art)

Aktiviti 2:

Latihan

A. Nyatakan kesan tekstur pada hasil grafik tersebut.

i. Mood

bahaya selesa menggerunkan

ii. Menimbulkan bentuk

Masukkan tekstur yang sesuai ke dalam rajah di atas(dengan menggunakan fill effect –pattern yang seuai)

iii. Menimbulkan ruang

11

Page 12: Nota Pembelajaran Asas Grafik

iv. Menimbulkan kepelbagaian

Masukkan tekstur yang sesuai ke dalam rajah di atas dengan menggunakan fill effect- pattern yang sesuai

Aktiviti 3

Pelajar memperihalkan hasil grafik yang ditunjukkan/ dipaparkan (keratanakhbar, lukisan, poster, dari internet) berdasarkan peranan warna dantekstur dalam rekaan grafik.

Aktiviti 4

1. Menghasilkan karya grafik mudah, yang menampakkan peranan warna/ tekstur

1.1 Menentukan tajuk/tema tugasan (grafik)1.2 Menghasilkan grafik dengan berbantukan komputer

2. Penilaian dan sesi apresiasi hasil grafik.

Objektif:

Diakhir pembelajaran modul pembelajaran ini, murid-murid akan dapat:

Mengetahui tentang maksud dan peranan komposisi dalam grafik. Mengaplikasikan elemen dan prinsip Rekaan Seni Visual dalam komposisi sesuatu karya grafik.

Aktiviti 1:

Komposisi

Susunan atau satu organisasi elemen rekaan Seni Visual seperti garisan, rupa,dan warna, dengan mengambil kira aspek-aspek prinsip rekaan seperti imbangan untuk menghasilkan karya grafik yang menarik.

Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip rekaan yang dimanupulasikan, sesuatu kandungan dan konteks rekaan grafik itu dapat dinyatakan dengan jelas ;sebagai satu komunikasi visual.

12

UNIT 7: KOMPOSISI DALAM REKAAN GRAFIK

Grafik tanpa tekstur

Page 13: Nota Pembelajaran Asas Grafik

Dalam menghasilkan sesuatu karya, bukan semua elemen dan prinsip rekaan diaplikasikan.

Langkah utama dalam membuat komposisi ialah dengan menentukan rupa bentuk, saiz dan imbangan yang berkaitan dengan dimensi ruang paparan kerja grafik. - Ruang grafik mungkin dalam bulatan empat segi , dan diorientasikan secara menegak atau melintang

Prinsip Komposisi. - Untuk menghasilkan tarikan visual, satu titik tumpuan (focal point) perlu dinyatakan.

- Elakkan membuat titik tumpuan ditengah-tengah: alihkan sedikit ke tepi ruang paparan kerja.

- Elakkan membuat gubahan yang membawa tumpuan kesetiap penjuru ruang paparan kerja

- Elakkan membuat komposisi 2 subjek yang diletak secara bertentangan dan meninggalkan ruang kososng di tengah-tengahnya.

- Pemberatan ruang positif di bahagian bawah paparan kerja menghasilkan prinsip imbangan, manakala sebaliknya akan menimbulkan kesan “levity’ dan weightlessness’.

13

Page 14: Nota Pembelajaran Asas Grafik

- Elakkan membahagikan medan grafik kepada dua bahagian yangsama (imbangan simetri) kerana ia membuat komposisi tidak dramatik atau menarik.

Bincangkan grafik-grafik di bawah ini.

- Meletakkan grafik di luar ruang medan yang tertentu menghasilkan grafik yang mempunyai kesan ruang yang nyata.

Aktiviti 2:

Latihan pengukuhan

Bincangkan contoh grafik berikut dari aspek elemen dan prinsip seni visual; berkaitan tajuk di atas.

14

UNIT 8: KOMUNIKASI VISUAL

Page 15: Nota Pembelajaran Asas Grafik

Objektif

Diakhir pembelajaran unit ini pelajar akan dapat:

1. Pelajar dapat membuat tafsiran karya grafik berdasarkan aspek subject matter.2. Pelajar dapat membuat tafsiran karya grafik berdasarkan aspek nilai estetika berpandukan elemen dan

prinsip Seni Visual.3. Pelajar dapat membuat tafsiran karya grafik berdasarkan aspek batasan idea seperti teks dan grafik yang

dikemukakan bersesuaian dengan tajuk yang dipilih.4. Pelajar dapat menghasilkan dan mempersembahkan satu karya grafik mudah (lukisan, kartun, gambar

2D,montaj, kolaj dll) dengan kefahaman tentang aspek subject matter, nilai estetika dan batasan idea/rekaan.

Aktiviti 1:

1. Mengenalpasti dan membuat tafsiran serta berbincang dengan guru berdasarkan contoh karya grafik yang disediakan dari aspek:

1.1. Subject matter /konsep idea yang diutarakan dalam karya tersebut bersesuaian dengan tajuk/tema.(Nota: Subject matter ialah hal benda atau idea keseluruhan yang digunakan dalam penghasilan sesuatu karya.)

1.2. Nilai Estetika dari aspek :

1.2.1 Elemen Rekaan Seni Visual- garisan- rupa- bentuk- warna- ruang- tekstur

1.2.2 Prinsip Rekaan Seni Visual - keseimbangan- keharmonian- kesatuan- penegasan- kontra- pergerakan

1.3 Batasan idea/ rekaan

Tidak semestinya semua elemen dan prinsip rekaan digunakan dalam sesuatu karya.

Aktiviti 2:

1. Menghasilkan karya grafik yang mudah dengan memberi penumpuan kepada:

1.1 Pemilihan subject matter yang berkaitan dengan tajuk/tema karya grafik.

1.2 Membuat lakaran idea karya grafik:1.2.1 Mengenalpasti dan mengumpul elemen-elemen yang diperlukan untuk menghasilkan karya

grafik:1.2.2 Menghasilkan sendiri –menggunakan peralatan dan perisian tertentu seperti Adobe

Photoshop dan Free Hand.

15

Page 16: Nota Pembelajaran Asas Grafik

1.2.3 Memperolehi bahan grafik daripada sumber sedia ada- dipindahkan dari sumber bercetak kepada bentuk persembahan elektronik menggunakan peralatan seperti pengimbas (scanner).

1.2.4 Memperolehi imej/bahan grafik daripada CD (Clip Art) dan Internet untuk proses penciptaan karya grafik yang baru.

1.2 Penyusunan/ komposisi elemen dan prinsip Seni Visual

1.3 Penggunaan perisian yang sesuai untuk memanupulasi imej

2. Membuat persembahan karya grafik.

3. Membuat sesi apresiasi dan perbincangan tentang karya grafik yang dihasilkan .

16