kplimedia,asas grafik,abm

32
UNIT 2 TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN SAINS PERPUSTAKAAN Pengenalan Unit ini mengandungi empat tajuk. Tajuk 1 memfokus pengertian Pengurusan Sumber. Tajuk ini membincanngkan pengertian Teknologi Pendidikan, Sains Perpustakaan, media-massa, media pendidikan dan media elektronik serta model komunikasi. Tajuk 2 menerangkan tentang prinsip asas grafik. Tajuk 3 pula memperincikan alat dan bahan tayangan yang meliputi jenis- jenis projektor, teknik penghasilan dan jenis-jenis transperansi. Tajuk 4 memfokuskan kepada bidang Sains Perpustakaan yang terjurus kepada tajuk literasi maklumat. Dalam Tajuk ini akan dibincangkan defini, kepentingan literasi maklumat dan kompenan literasi maklumat. Hasil Pembelajaran Di akhir Tajuk ini anda seharusnya dapat 1. menerangkan perbezaan konsep asas teknologi pendidikan dan sains perpustakaan; 2. menguasai sekurang-kurangnya lima teknik penghasilan transperansi; 3. menilai perbezaan antara penggunaan lima jenis bahan unjuran dan bahan elektronik; dan 4. mengaplikasi literasi maklumat dalam kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran. 2 - 1

Upload: shmy-munn

Post on 11-Nov-2015

56 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

UNIT 1

UNIT 2TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN SAINS PERPUSTAKAAN

PengenalanUnit ini mengandungi empat tajuk. Tajuk 1 memfokus pengertian Pengurusan Sumber. Tajuk ini membincanngkan pengertian Teknologi Pendidikan, Sains Perpustakaan, media-massa, media pendidikan dan media elektronik serta model komunikasi. Tajuk 2 menerangkan tentang prinsip asas grafik. Tajuk 3 pula memperincikan alat dan bahan tayangan yang meliputi jenis-jenis projektor, teknik penghasilan dan jenis-jenis transperansi. Tajuk 4 memfokuskan kepada bidang Sains Perpustakaan yang terjurus kepada tajuk literasi maklumat. Dalam Tajuk ini akan dibincangkan defini, kepentingan literasi maklumat dan kompenan literasi maklumat. Hasil Pembelajaran

Di akhir Tajuk ini anda seharusnya dapat

1. menerangkan perbezaan konsep asas teknologi pendidikan dan sains perpustakaan;2. menguasai sekurang-kurangnya lima teknik penghasilan transperansi;3. menilai perbezaan antara penggunaan lima jenis bahan unjuran dan bahan elektronik; dan4. mengaplikasi literasi maklumat dalam kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran.TAJUK 1PENGURUSAN SUMBER

Pengurusan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang paling penting. Ia adalah salah satu aspek teknologi dalam pendidikan. Peranan sumber dalam proses pembelajaran di bilik darjah adalah untuk membantu pencapaian objektif secara lebih teratus. Kesesuaian sumber dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dipersembahkan melalui media adalah sangat penting di dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Sumber pengajaran adalah dibahagikan kepada tiga kategori utama yang merangkumi bahan rujukan, bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Kategori sumber akan dibincangkan dalam media pengajaran. Apabila sumber-sumber ini digunakan dengan baik dan sempurna maka terhasillah satu pengajaran yang berkesan.1.1Teknologi PendidikanIstilah teknologi sering dikaitkan denngan alat-alat teknologi moden terutama alat-alat elektronik seperti televisyen, perakam pita video, permainan cakera laser, permainan cakera padat, perakam pita kaset, projektor LCD dan projektor lutsinar. Kadakala teknologi bermaksud pembangunan serta pemodenan dan biasanya sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana kesan penggunaan alat-alat teknologi itu sendiri.Teknologi pendidikan adalah sesuatu yang luas sehingga ada yang mengatakan bahawa konsep teknologi pendidikan itu merangkumi sesebuah organisasi pendidikan itu sendiri. Konsep dan pengertiannya boleh dibicarakan dari pelbagai sudut.

Teknologi pendidikan adalah gabungan manusia, alat-alat, teknik dan -persekitaran yang bertujuan untuk memberi kesan positif kepada proses pendidikan

Crowell

Teknologi pendidikan ialah penggunaan ilmu, kemahiran dan penemuan-penemuan sains dalam bidang pendidikan secara yang sebaiknya

Atan Long

Teknologi pendidikan sebagai satu perkaedahan atau pendekatan yang sistematik yang menggabungkan secara harmonis segala fungsi pengurusan, pengembangan dan sumber untuk penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dalam semua aspek pengajaran dan pendidikan manusia.

Prof Naim

Cuba anda fikirkan.

Apakah yang anda faham tentang teknologi pendidikan1.2 Teknologi PengajaranCuba anda fikirkan.

Nyatakan dengan ringkas perbezaan teknologi pengajaran dengan teknologi pendidikan.

Teknologi pengajaran ialah satu cara yang sistematik untuk membentuk, melaksanakan dan menilai seluruh proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif-objektif tertentu yang berdasarkan penyelidikan, pembelajaran dan komunikasi manusia dan menggunakan sumber-sumber manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan.

Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan

Bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan

dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka

bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah

-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah

bermatlamat dan terkawal. ( Yusuf Hashim, 1998)

1.3Media-massaMedia masa ialah alat penghantaran atau perhubunan yang dapat menyampaikan maklumat, berita dan sebagainya kepada orang ramai dengan cepat dalam masa yang ringkas dan cara meluas.1.4Media Pendidikan

Media pendidikan ialah alat atau bahan yang terdapat dipersekitaran pelajar yang dapat digunakan dalam proses memperkembangkan tingkah laku yang terdiri daripada bahan perkakasan dan bahan perisian1.5Media Elektronik

Cuba anda fikirkan.

Apakah media elektronik dan nyatakan kepentingannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Topik ini akan dibincangkan dalam tutorial.1.6 Komunikasi PengajaranPengajaran bermaksud penyusunan maklumat-maklumat untuk menghasilkan pembelajaran. Manakala [emindahan maklumat dari punca ke penerima adalah komunikasi. Lazimnya bagi sesuatu yang baru dipelajari akan melibatkan penerimaan maklumat-maklumat bagi pihak penerima. Proses penerimaan maklumat baru ini hanya berkesan jika wujud komunikasi yang baik di antara pengirim dan penerima.

Guru yang berperanan sebagai pengirim maklumat perlu memahami proses komunikasi bagi menggunakan media pengajaran secara berkesan dalam pengajaran.1.6.1 Enam perkara yang perlu diberi perhatian dalam memilih model komunikasi.

a. Punca/pengantar

Pengantar adalah manusia ( guru, rakan, ibubapa). Dalam prose komunikasi pengantar akan mengeluarkan, menghantar atau menyampaikan sesuatu yang dipanggil mesej kepada seorang lain.b. Enkod/bentuk

Mesej yang dihantar oleh punca/pengantar perlu disusun serta dipilih simbol-simbolnya (lisan atau bukan lisan) agar dapat difaham oleh penghantar dan penerimaan.

c. Saluran (deria / media)

Mesej yang dienkod hendaklah dihantar melalui sesuatu dan sesuatu yang dilakukan oleh mesej ini dinamakan komunikasi. ( contoh: secara percakapan/lisan, gelombang udara/telefon, surat dan sebagainya)d. Dekod/kesanMesej yang dibentuk dan dihantar melalui sesuatu saluran perlu dikesan oleh penerima sama ada melalui deria telinga (lisan), mata (surat) yang terlebih dahulu didekod mesej tersebut dengan otak.

e. Penerima

Mesej yang dihantar melalui saluran tertentu (didekod) akan dapat dikesan oleh penerima. Jika ada gangguan di saluran, contohnya menggunakan kod bahasa yang kurang difahami oleh pengguna atau simbol lisan yang terlalu perlahan. Mesej tersebut tidak dapat diterima dengan baik oleh penerima. Penerima mungkin akan bertanya balik untuk mendapat penjelasan mengenai mesej tersebut.f. Maklumat balas

Komunikasi berlaku sehala atau dua hala. Apabila penghantar telah menghantar mesej dan kemudian menerima maklumat balas, proses komunikasi yang berlaku berubah sedikit. Ketika ini penerima akan menjadi penghantar.

(F) maklumbalas

(A)

(B)

(C)

(D)

(E)

Punca

Enkod

SaluranDekod

Penerima

(deria, media)Dapatkan bahan rujukan dari pusat sumber

Bincangkan dengan rakan anda berkaitan enam perkara yang perlu anda lakukan sebelum anda memilih model komunikasi1.7 Kepentingan sumber pengajaran dan pembelajaranMengikut kajian pakar-pakar pendidikan, 75% daripada maklumat yang diperoelhi oleh manusia adalah melalui penglihatan, 13 % melalui deria pendengaran dan selebihnya melalui deria sentuh, rasa dan bau. Jesteru deria penglihatan dan pendengaran merupakan dua saluran deria manusia yang penting sekali untuk memperolehi maklumat maka sumber pengajaran dan pembelajaran, khasnya alat pandang dengar ( media pengajaran) memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran.a. Kepentingan bahan pengajaran

i. Membantu guru menyampaikan pengajaran dengan tepat.

ii. Merangsangkan minat pelajar supaya menumpukan perhatian pada pelajaran.

iii. Memudahkan guru menyampaikan pelajarannya. Dengan adanya alat bantuan mengajar, penghuraian sesuatu dengan menggunakan perkataan dapat dikurangkan.

iv. Penggunaan alat bantuan mengajar seperti carta, lutsinar, radio dan sebagainya dapat menjimatkan masa pengajaranb. Kepentingan bahan pembelajaran

i. Pelajar dapat membuat hubungkait di antara benda kongktir dengan fakta-fakta abstrak.

ii. Pelajar mengukuhkan ingatan. Mengikat sesuatu dalam bentuk konkrit lebih lama dari bahan abstrak.

iii. Menambah aktiviti pengayaan dan pemulihan pelajar.

iv. Pelajar dapat menjalankan kajian melalui kaedah projek dan membuat kesimpulan dengan menggunakan alat bantuan mengajar.

v. Membantu pelajar menyelesaikan masalah secara individu dengan menggunakan alat bantuan mengajar.

Latihan 2.1

Berdasarkan bacaan anda, nilaikan sejauh manakah kepentingan bahan pengajaran dan pembelajaran.Jawapan :TAJUK 2PENGGUNAAN DAN PENGHASILAN BAHAN

2.1Prinsip Asas GrafikKejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.

2.1.1 DefinisiGrafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek graphikos bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

2.1.2 Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan

Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.2.1.3 Prinsip Penghasilan Grafik

Perancangan Penyediaan ilustrasi

Warna

Huruf

Persembahan

Dapatkan bahan rujukan dari pusat sumber

Bincangkan dengan rakan anda prinsip penghasilan grafik yang sesuai untuk membina carta.i. Perancangan

Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan, satu perancangan yang teliti perlu diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak dicapai. Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuk.TTentukan jenis visual yang akan dihasilkan berdasarkan :

Bahan yang sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis

Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menetukan kesesuaian dan mengelakkan pembaziran

Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid, filem, video), bukan tayang (carta, buku, pena) atau pameran.(poster, lukisan)ii. Prinsip rekabentuka. Prinsip mudah

Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan. Konsep yang hendak dipaparkan hendaklah mudah difahami oleh guru dan pelajar.

Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar (outline) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Garisan yang tidak perlu harus ditinggalkan supaya tidak mengelirukan.

Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca.

Rajah 2.1 : Prinsip Mudah

Sumber : Sharifah Alwiah AlSagoff (1992)b. Prinsip penyatuan

Penyatuan hendaklah perhubungan yang lahir di antara elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu keseluruhan.Elemen-elemen tersebut hendaklah saling lengkap melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.

Penyetuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.

Rajah 2.2 : Prinsip Penyatuan

Sumber : Sharifah Alwiah AlSagoff (1992)c. Prinsip Penegasan

Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat perhatian.Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea tersebut.

Rajah 2.3 : Prinsip Penegasan

Sumber : Sharifah Alwiah AlSagoff (1992)d. Prinsip seimbang

Kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat sebelah. Perimbangan merupakan susunatur elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. Perimbanngan terdiri daripada perimbangan formal dan perimbangan tidak formal.

Rajah 2.4 : Prinsip Seimbang

Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)Latihan 2.2

Dengan ringkas nyatakan prinsip rekabentuk grafik yang perlu anda beri perhatian dalam pembinaan sesuatu bahan bantu mengajar ( poster )

Jawapan :

iii. Keperluan visual untuk memenuhi prinsip rekabentuka. Garisan

Fungsi garisan dalam rekabentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan untuk menarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.b. Bentuk

Tiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk kesluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta mengarahkan penonton dari satu elemen kepada satu elemen yang lain; gabungan elemen-elemen pada bentuk U atau S atau T atau Z atau O atau I

Rajah 2.5 : Ruang

Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

c. Ruang

Tujuan ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemem-elemen visual yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang. Ruang kosong yang ditinggal disekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan perasaan sesak di kalangan pemerhati.d. Warna

Memberi penegasan kepaa visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan penyatuan di antara iv. Warna

Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu bahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu. Walaupun begitu penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan batasannya.Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.

a. Panduan am mewarna

i. Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elelmen tumpuan.ii. Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokoromik, warna berhampiran atau warna penggenap.

iii. Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahami.

iv. Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu.

v. Permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan sebagai warna latar. Ini diikuti dengan warna merah, oren, hijau, biru, ungu dan kuning.b. Skema warna

Warna diklasifikasikan ke dalam carta warna.

Kuning

kuning-oren

oren

Kuning-hijau

merah-oren

Hijau

merah

Biru-hijau

merah-ungu

Biru

biru-unguungu

Rajah 2.6 : Skema Warnai. Skim warna monokromikWarna monokromik berharmaoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari satu warna yang muda membawa kepada warna tua. Contohnya: warna ungu muda hingga warna ungu-tua.

ii. Skim warna berhampiranWarna berhampiran berharmoni terdiri daripada warna-warna yang berhampiran dalam carta warna. Contohnya warna hijau, hijau-biru dan biru; warna kuning, kuning oren dan oren.

iii.Skim warna penggenap

Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang bertentangan dalam carta warna. Contoh; warna kuning-oren digunakan bersama warna biru-ungu.

c. Alat mewarnai. Pena bermata feltii. Pensel warna, kapur warna, pastel dan krayon

iii. Cat airiv. Cat sembur

v. Kertas berwarna dan plastik berwarna

v. Penghurufan

Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf dengan huruf, perkataan dengan perkataan dan baris dengan baris; kontras diantara huruf dengan warna latar; jenis atau bentuk huruf yang digunakan.a. Saiz huruf

Huruf yang digunakan mestilah cukup besar (mengikut tahap) supaya dapat dibaca dengan baik.Jarak dari visualSaiz minima huruf kecil

2,5 cmo.6 cm

5.0 cm1.3 cm

10.0 cm2.6 cm

20.0 cm5.2 cm

b. Jarak huruf

Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilah sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca dengan mudah. Dekatkan huruf-huruf bulat (O,G,S,C) Jauhkan huruf-huruf lurus (E,H,L,M,N)

Gabungkan jarak-jarak untuk huruf-huruf bercampur

Tinggalkan jarak berzaiz M (besar) di antara perkataandengan perkataan

Jarak di natara baris dengan baris mestilah kurang satu huruf O kecil.

c. Jenis huruf

Jenis huruf akan menetukan sama ada visual tersebut dapat dibaca denngan mudah atau tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti huruf san serif ( huruf blok), serif ( time roman), dokoratif ( huruf berbunga seperti dalam kad raya)Syabas! Anda telah mempelajari tajuk ini. Rehat sebentar.

2.1.4 Cara menulis huruf / angka

i. Tulisan bebas

Huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan cepatnya, dengan menggunakan berus dan dakwat atau cat warna. Carta ini sentiasa digunakan untuk grfaik yang besar seperti carta dan poster.ii. Huruf yang dipotongHuruf dan perkataan serta gambar boleh dibuat dengan cara potongan dari bahan-bahan akhbar, kertas berwarna atau kain dan kemudian dilekatkan pada bahan grafik.iii. Huruf pindah kering (Dry transfer lettering)

Bahan pemindahan kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf, simbol, angka dalam berjenis-jenis saiz, bentuk dan warna. Saiz hurufnya ditetapkan dalam tiap-tiap kepingan mengikut pointnya. Saiz yang biasa dalam kepingan huruf pindah kering ialah 6 pt. hingga 192 pt.

Rajah 2.6 : Huruf pindah Kering

iv. Huruf stensil

Untuk tulisan huruf yang kurang dari satu inci, stensil tulisan ( huruf blok) boleh digunakan. Stensil ini ada dua bahagian- satu berbentuk huruf ( stensil guide) dan pen khasnya.

Rajah 2.7 : Huruf stensil

Sumber : Razali Nor (1996)2.1.5 Cara membuat gambar

i. Menekap (tracing) (guna karbon pensil, kapur atau pastel, kedah tebuk.ii. Petak grid

iii. Pantograf

iv. Episkopv. Penyalinan gambar (fotostat)

vi. Kaedah pengunjuran ( OHP, Slaid)

Rajah 2.8 : PantografDapatkan bahan rujukan dari pusat sumber

Anda perlu membuat bacaan tambahan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci untuk membesar dan mengecilkan gambar/hurufLatihan 2.3

Hasilkan bahan berbentuk carta dengan menggunakan prinsip rekabentuk grafik dan pilih warna yang sesuai untuk menegaskan sesuatu imej.Jawapan :

TAJUK 3ALAT DAN BAHAN TAYANG

Cuba anda fikirkan

Bagi menguji kefahaman anda, senaraikan alat bahan tayangan yang anda pernah lihat.

3.1 Definisi bahan tayanganMedia tayang atau media unjuran adalah peralatan elektrik yang dapat menayangkan atau mengunjurkan satu imej di atas sekeping skrin tayangan besar atau yang bersesuaian dengan peralatan tayang tersebut. Peralatan-peralatan elektrik yang lazim terdapat untu tujuan pendidikan termasuklah :

Projektor 16 mm

Projektor legap

Projektor Lutsinar

Projektor Slaid

3.2 Jenis-jenis projektori. Projektor 16 mm

Projektor 16 mm ini digunakan untuk filem bergerak. Filem bergerak telah digunakan sebelum zaman perang dunia ke dua sebagai alat bantu mengajar di sekolah-sekolah. Semasa filem ditayangkan, gambar akan kelihatan dan suara akan dapat didenngar kerana projektor dapat mengeluarkan gambar dan suara secara serentak.ii. Projektor Slaid

Slaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan sejenis transperansi positif berukuran kecil. Ia boleh ditayangkan menggunakan projektor slaid untuk dipancarkan kepada skrin tayangan. Pita slaid menngandungi sliad ( pandang/visual) dan pita rakaman (dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan menggunakan kamera, disalin atau dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci x 2 inci atau berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem positif

Rajah 3.1 : Projektor Slaid

Sumber : Razali Nor (1996)iii. Projektor legap

Projekter legap juga dikenali sebagai Episkop. Digunakan untuk mengunjurkan imej bahan-bahan 2D berbentuk legap. Melalui kaedah carta, gambar , gambarfoto atau bahan bercetak pada kertas atau kad boleh diunjurkan ke atas skrin. Bahan legap adalah bahan yang tidak ditembusi cahaya.

Rajah 3.2 : Projektor Legap

Sumber : Safian Abd. Rashid (2000)iv. Projektor lutsinar

Projektor lutsinar adalah merupakan sebuah alat pandang dengar yang boleh digunakan dalam keadaan bilik darjah biasa. Projektor ini merupakan satu alat bantuan mengajar dalam mencapai pengajaran yang lebih berkesan, di mana pelajar-pelajar akan menerima pembelajaran dengan cara meliat dan mendengar.

v. Projektor LCD

Rajah 3.3 :Projektor Lutsinar

Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)3.3 Panduan menggunakan ATL (alat tayang lutsianar)

a. Pastiakan anda betul-betul memahami buatan/jenama dan fungsi bahagian-bahagian projektor yang anda gunakan. Ini mungkin berbeza antara satu alat dengan alat yang lain.b. Anda hendaklah belajar mengesan kerosakan pada mentol supaya boleh membaikinya sendiri. Berhati-hati apabila menggantikan mentol. Jangan sentuh dengan tangan yang tidak berlapi kerana mentol mudah rosak seTajuk kelembapan pada tangan.

c. Bersihkan ATL sekali-sekala di bahagian dalam piring cermin dan les Fresnel.

d. Pancarkan imej ke dinding atau kain putih jika tidak ada skrin.

e. Suatu unit ATL yang bergerak hendaklah menggunakan troli supaya senang dipindah dari satu tempat ke tempat lain. Matikan suiz sebelum mengubah ATL.

f. Untuk tayangan yang baik, perkara berikut hendaklah diperhatikan:

i. Skrin 1.5 m lebar bagi bilik untuk 40 orang

ii. Skrin tidak berkilat

iii. Mendapat sedikit cahaya

iv. Letakkan pada paras ketinggian 70 cm dari lantai

v. Condongkan 45 darjah untuk elakkan kesan herotan (keystone)

vi. Tegangkan skrin

vii. Jangan terlindung oleh pengguna supaya boleh dilihat oleh semua pelajar.

viii. Semua tulisan dan lukisan mestilah mengikut saiz yang sesuai.

ix. Gunakan penunjuk yang runcing dan lurus dan tunjukkan pada sesuatu di atas transperansi dan bukannya pada imej di skrin.

3.4 Teknik penghasilan transperansia.Tulis terus (write-on)

Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau mesin secara terus di Filem transperansi. Ia ditayangkan secara terus kepada penonton.b.Bertingkap

Mempunyai beberapa tingkap yang menutup bahagian-bahagian tertentu pada permukaan transperansi. Semasa digunakan, tingkap-tingkap tersebut akan dibuka satu demi satu seperti tetingkap rumah untuk memaparkan isi atau imej.

Rajah 3.4 : Teknik Bertingkap

Sumber : Razali Nor (1996)

c. Berjalur

Mempunyai berapa jalur samada secara melintang atau menegak. Ianya dibuka satu hala sahaja tidak seperti teknik tetingkap yang dibuka dua hala. Hanya 3 hingga 4 jalur dalam satu transperansi.d.Bertindih (berlapis)Terdiri dari filem dasar yang diletakkan terus pada satu bingkai tetap dan beberapa filem tambahan yang diletakkan pada bahagian tepi bingkai mengikut urutan jam.

Rajah 3.5 :Teknik Bertingkap

Sumber : Razali Nor (1996)

e.PusinganIa bertujuan pendedahan berperingkat atau bahagian demi bahagian bagi memperlihatkan apa-apa yang diperlukan sahaja. Ia boleh dibuat secara penutup sisipan ( secara menegak, mendatar atau pepenjuru atau penutup bulat. Penutup bulat boleh dibuat dengan memasang eyelet atau dipin ditengah-tengah.f. Animasi

Ia menggunakan kepingan-kepingan plastik polarising dilekatkan di atas bahagian-bahagian tertentu pada imej yang ada pada bahagian transperansi. Semasa digunakan satu alat polariser diletakkan pada kanta unjur OHP. Imej akan kelihatan bergerak apabila imej di tarik atau digerakkan.3.5 Jenis lutsinar

a.Tulis terus ( write- on)

i. Diperbuat daripada acetate dan polyesterii.Mempunyai 3 peringkat ketebalan iaitu 0.08 mm, 0.1 mm dan 0.12 mm. Untuk kegunaan am transperansi setebal 0.1 mm biasa digunakan.

iii. Transperansi mempunyai dua saiz iaitu 260 mm x 260 mm dan DIN A4 ( 210 mm x 297 mm)

iv.Menggunakan pena berasaskan air atau pena berasaskan spirit.

b.Thermal (infra-merah)

i.Diproses dengan mesin Transperancy Maker ii.Mempunyai pelbagai latar dan warna seperti Black On Clear ( imej hitam latarbelakang jernih.), Black On Colour (Imej hitam latarbelakang warna), Colour On Clear ( Imej berwarna latarbelakang jernih)

iii.Bahan dasar berasaskan karbon contohnya keratan akhbar, pensil 2B, bahan fotokopi berasaskan debu, bahan cetak dari laser printer berasaskan debu.iv.Panduan menyediakan transperansi thermal seperti berikut:

i. Putarkan tombol laras kepada antara nombor 3 hingga 6 supaya ganbar yang dihasilkan akan jelas.

ii.Letakkan bahan dasar di bawah transperansi thermal di mana bahagian takukan dipenjuru atas kanan di sebelah atas.

iii.Masukkan bahan dasar dan thermal ke dalam mesin Transperancy maker dan biarkan mesin tersebut menyedut bahan sehingga imej dari bahan dasar dipindahkan ke trnsperansi.

Rajah 3.6 : Proses Thermal (Insfra-merah)Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)c.Fotokopi

i.Diproses dengan menggunakan mesin fotostat ( plain paper copier) ii.Bahan dasar diletakkan di bahagian atas cermin dan trnsperansi dimasukkan ke dalam dulang ketas seperti membuat fotostat.iii. Gambar warna atau hitam boleh dipindahkan tetapi gambar berwarna akan menjadi hitam putih.d.Ink-jet FilmInk-jet Film boleh digunakan terus dengan pencetak berasaskan ink-jet seperti printer Canon, Epson. Bahan dasar boleh disediakan dengan menggunakan komputer dan arahan menyalin sepertimana anda membuat penyalin di atas kertas.3.6 Prinsip penghasilan transperansii.Rancang kaedah atau teknik yang sesuai sebelum memulakan kerja-kerja membuat lutsinar dengan peralatan yang sedia ada.ii.Analisis maklumat yang akan disampaikan dengan teliti dari aspek kegunaan, objektif dan kandungan.iii.Tentukan Format persembahan. Format memanjang atau menegak. Elakkan daripada mencampur adukkan format.

iv.Pastikan setiap ciptaan ( grafik, pernyataan) berada dalam 2 cm daripada tepi bahan lutsinar.

v. Kejelasan huruf bergantung kepada jenis, saiz, jarak antara huruf dan jarak antara baris.

vi. Imej terkecil di layar haruslah 1 inci tingginya bagi setiap 30 kaki jarak tayangan.

vii. Gunakan huruf yang lebih besar bagi tajuk dan sub-tajuk.

viii. Hadkan tulisan di antara 6 hingga 7 baris dalam sekeping transperansi.x. Gunakan 7 hingga 10 perkataan untuk sebaris ayat.

Latihan 3.1

Hasilkan empat teknik transperansi berdasarkan prinsip grafik yang anda pelajari. Anda juga dicadangkan membina transperansi berdasar tiga jenis yang anda pelajari. Bincangkan teknik dalam tutorial.Jawapan :

3.7 Rumusan Apa yang anda pelajari diharap dapat membantu anda dalam membina bahan bantu mengajar dan seterusnya mendedahkan anda dengan pengetahuan asas grafik dan memberi input dalam penggunaan alat bahan tayangan dalam pengajaran dan pembelajaran.Latihan 3.2

1. Apakah anda faham tentang pengurusan sumber?

Jawapan :

2. Nyatakan 4 jenis transperansi dan 5 teknik penghasilan transperansi.

Jawapan :

3. Nilaikan sejauh manakah kelebihan projektor Slaid dengan projektor Lutsinar.Jawapan :

3.8 UNIT 2 : Soalan Tutorial1. Apakah perkaitan antara media-massa, media pendidikan dan media elektronik.2. Sejauh manakah kaedah membesar dan mengecilkan gambar dengan menggunakan grid, lutsinar dan fotostat membantu anda dalam membina carta.3. Anda dikehendaki mengenal pasti teknik yang sesuai untuk menghasilkan transperansi bagi tajuk proses pembiakan haiwan. Hasilkan sekurang-kurang 4 teknik transperansi.

EMBED Unknown

EMBED Unknown

EMBED Unknown

EMBED Unknown

PAGE 2 - 25