teknik penulisan esei sejarah spm yang betul

2
TEKNIK PENULISAN ESEI SEJARAH KERTAS 2 YANG BETUL formula: F + H + C = 1 markah Contoh Soalan: Huraikan ciri-ciri kerajaan agraria. (10 markah) Skema: F1 Pertanian F2 Lembah sungai F3 Tanah subur F4 Padi sawah F5 Padi huma F6 Tanaman sampingan F7 Rempah F8 Hasil hutan F9 Ternak binatang F10 Sarang burung F11 Tangkap ikan F12 Lebihan hasil F13 Sistem pengairan F14 Raja CARA 1 Kerajaan agraria merupakan sebuah kerajaan berasaskan pertanian. Ia terletak di kawasan pertanian subur seperti di lembah sungai, kawasan bukit dan lereng gunung berapi. Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah kerana mendapat bekalan air yang mencukupi. Selain itu, padi huma pula ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air. Tanaman sampingan juga turut ditanam seperti jagung, pisang dan keledek. Kerajaan agraria juga menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam. Hasil hutan yang diperoleh seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk dan gading serta pelbagai jenis buah-buahan. Sarang burung juga diambil untuk tujuan perdagangan. Masyarakat agraria juga terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai. Selain itu, mereka juga mengusahakan kegiatan menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam. CARA 2 Ciri-ciri kerajaan agraria ialah berasaskan pertanian terletak di kawasan bertanah subur seperti lembah sungai, bukit dan lereng gunung berapi menanam padi sawah di tanah datar serta menanam padi huma di kawasan tanah tinggi tanaman sampingan turut ditanam seperti jagung, pisang dan keledek menghasilkan rempah seperti cengkih dan lada hitam hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus dan tanduk sarang burung juga diambil menjalankan aktiviti menangkap ikan dan menternak binatang CARA 3 Kerajaan agraria ialah sebuah kerajaan berasaskan pertanian, terletak di lembah sungai, bertanah subur, menjalankan tanaman padi sawah dan padi huma, menghasilkan tanaman sampingan, rempah, hasil hutan, menternak binatang, menangkap ikan dan juga mengambil sarang burung. CARA 4 Ciri-ciri kerajaan agraria ialah berasaskan pertanian lembah sungai tanah subur padi sawah padi huma tanaman sampingan rempah hasil hutan ternak binatang sarang burung tangkap ikan

Upload: muhamadkamil385

Post on 13-Aug-2015

80 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Penulisan Esei Sejarah SPM Yang Betul

TEKNIK PENULISAN ESEI SEJARAH KERTAS 2 YANG BETUL

formula: F + H + C = 1 markah Contoh Soalan: Huraikan ciri-ciri kerajaan agraria. (10 markah)

Skema:

F1 Pertanian

F2 Lembah sungai

F3 Tanah subur

F4 Padi sawah

F5 Padi huma

F6 Tanaman sampingan

F7 Rempah

F8 Hasil hutan

F9 Ternak binatang

F10 Sarang burung

F11 Tangkap ikan

F12 Lebihan hasil

F13 Sistem pengairan

F14 Raja

CARA 1 Kerajaan agraria merupakan sebuah kerajaan berasaskan pertanian. Ia

terletak di kawasan pertanian subur seperti di lembah sungai, kawasan bukit

dan lereng gunung berapi.

Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah kerana mendapat

bekalan air yang mencukupi. Selain itu, padi huma pula ditanam di kawasan

tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air.

Tanaman sampingan juga turut ditanam seperti jagung, pisang dan

keledek. Kerajaan agraria juga menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti

cengkih dan lada hitam.

Hasil hutan yang diperoleh seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk dan

gading serta pelbagai jenis buah-buahan. Sarang burung juga diambil untuk

tujuan perdagangan.

Masyarakat agraria juga terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di

sawah, paya dan sungai. Selain itu, mereka juga mengusahakan kegiatan

menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.

CARA 2 Ciri-ciri kerajaan agraria ialah

berasaskan pertanian

terletak di kawasan bertanah subur

seperti lembah sungai, bukit dan lereng gunung berapi

menanam padi sawah di tanah datar

serta menanam padi huma di kawasan tanah tinggi

tanaman sampingan turut ditanam

seperti jagung, pisang dan keledek

menghasilkan rempah

seperti cengkih dan lada hitam

hasil hutan

seperti kayu gaharu, kapur barus dan tanduk

sarang burung juga diambil

menjalankan aktiviti menangkap ikan

dan menternak binatang

CARA 3

Kerajaan agraria ialah sebuah kerajaan berasaskan pertanian,

terletak di lembah sungai, bertanah subur, menjalankan tanaman padi

sawah dan padi huma, menghasilkan tanaman sampingan, rempah,

hasil hutan, menternak binatang, menangkap ikan dan juga

mengambil sarang burung.

CARA 4

Ciri-ciri kerajaan agraria ialah

berasaskan pertanian

lembah sungai

tanah subur

padi sawah

padi huma

tanaman sampingan

rempah

hasil hutan

ternak binatang

sarang burung

tangkap ikan

Page 2: Teknik Penulisan Esei Sejarah SPM Yang Betul