teknik menjawab soalan ringkasan.doc

6
TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN Bahagian A (i) – Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga seperti berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari dan sebagainya. Aktiviti ini dilakukan sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk menyihatkan badan atau riadah. Sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Individu yang mempunyai disiplin yang tinggi, mampu mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disiplin juga membentuk seseorang agar berkelakuan baik. Murid akan mematuhi arahan dan akur pada nasihat ibu bapa seperti menghormati orang yang lebih tua, bersopan santun dan taat pada agama. Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar. Biasanya, murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majlis Sukan Negara (MSN) sedar bahawa sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, MSN memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil. Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, seseorang harus berfikiran positif dan mempunyai keyakinan diri. Di samping itu, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Hal ini demikian kerana mereka akan berfikiran rasional untuk membuat keputusan dengan baik. Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi. Mereka sering berganding bahu untuk membantu pasukan menempa kejayaan. Murid yang aktif bersukan juga akan mempunyai semangat juang yang kental. Mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan. A (ii) Pemahaman 1. Berikan maksud berganding bahu dalam petikan. (2 markah) 2. Bagaimanakah Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan membantu Mempertingkatkan pencapaian sukan dalam kalangan murid? (4 markah) 3. Sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan. Pada pendapat anda mengapakan keadaan ini berlaku?

Upload: seluang1

Post on 30-Sep-2015

251 views

Category:

Documents

9 download

TRANSCRIPT

TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN

TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN

Bahagian A (i) Ringkasan

[20 markah]Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga seperti berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari dan sebagainya. Aktiviti ini dilakukan sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk menyihatkan badan atau riadah. Sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Individu yang mempunyai disiplin yang tinggi, mampu mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disiplin juga membentuk seseorang agar berkelakuan baik. Murid akan mematuhi arahan dan akur pada nasihat ibu bapa seperti menghormati orang yang lebih tua, bersopan santun dan taat pada agama.

Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar. Biasanya, murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majlis Sukan Negara (MSN) sedar bahawa sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, MSN memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, seseorang harus berfikiran positif dan mempunyai keyakinan diri. Di samping itu, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Hal ini demikian kerana mereka akan berfikiran rasional untuk membuat keputusan dengan baik. Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi. Mereka sering berganding bahu untuk membantu pasukan menempa kejayaan. Murid yang aktif bersukan juga akan mempunyai semangat juang yang kental. Mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan.

A (ii)Pemahaman

1. Berikan maksud berganding bahu dalam petikan.

(2 markah)2.Bagaimanakah Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan membantu

Mempertingkatkan pencapaian sukan dalam kalangan murid?

(4 markah)

3.Sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan.

Pada pendapat anda mengapakan keadaan ini berlaku?

(4 Markah)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SKEMA PEMARKAHAN 1. Sukan dapat meningkatkan disiplin murid.

2. Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya.

3. Murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

4. Sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental.

5. Aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir.

6. Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi.

7. Murid yang aktif bersukan juga akan mempunyai semangat juang yang kental.

8. Mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan.Contoh penulisan ringkasan yang lengkap. Kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Di samping itu, sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Seterusnya, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Tambahan pula, sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi. Akhir sekali, murid juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan.

(77 patah perkataan)

Catatan:

a. Kenal pasti tugasan Soalan

kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid

b. Gunakan pen highlight, tandakan isi seperti contoh yang berikut:

@CSL2011 Teknik Menjawab Ringkasan PMR 3

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga seperti berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari dan sebagainya. Aktiviti ini dilakukan sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk menyihatkan badan atau riadah. Sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Individu yang mempunyai disiplin yang tinggi, mampu mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disiplin juga membentuk seseorang agar berkelakuan baik. Murid akan mematuhi arahan dan akur pada nasihat ibu bapa seperti menghormati orang yang lebih tua, bersopan santun dan taat pada agama.

Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar. Biasanya, murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majlis Sukan Negara (MSN) sedar bahawa sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, MSN memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, seseorang harus berfikiran positif dan mempunyai keyakinan diri. Di samping itu, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Hal ini demikian kerana mereka akan berfikiran rasional untuk membuat keputusan dengan baik. Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi. Mereka sering berganding bahu untuk membantu pasukan menempa kejayaan. Murid yang aktif bersukan juga akan mempunyai semangat juang yang kental. Mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan. @CSL2011 Teknik Menjawab Ringkasan PMR 4

TEKNIK MENJAWAB

1. Penanda wacana yang mesti digunakan.

Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Lagipun, Tambahan pula, Akhir sekali.

2. Prosedur jawapan:

i. Ayat 1 : Tugasan soalan + Isi Pertama

Contoh:

Kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid.

ii. Ayat 2 : Penanda Wacana + Isi 2

Contoh:

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya.

iii. Ayat 3 : Penanda Wacana + Isi 3

Contoh:

Di samping itu, sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. @CSL2011 Teknik Menjawab Ringkasan PMR 5

iv. Ayat 4 : Penanda Wacana + Isi 4

Contoh:

Seterusnya, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir.

v. Ayat 5 : Penanda Wacana + Isi 5

Contoh:

Tambahan pula, sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi.

vi. Bilang jumlah perkataan. Jika masih di bawah 70 patah perkataan, bina ayat yang ke-6.

Contoh:

Ayat 1 : 12

Ayat 2 : 16

Ayat 3 : 13

Ayat 4 : 12

Ayat 5 : 9

Jumlah : 62 (Teruskan dengan membina ayat ke-6)

vii. Ayat 6 : Penanda Wacana + Isi 6

Contoh:

Akhir sekali, murid (tukar daripada perkataan asal mereka) juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan

vii. 62 + (Ayat 6 15 patah perkataan) = 77 patah perkataan.

@CSL2011 Teknik Menjawab Ringkasan PMR 6

Contoh penulisan ringkasan yang lengkap.

Kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Di samping itu, sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Seterusnya, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Tambahan pula, sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi. Akhir sekali, murid juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan.

(77 patah perkataan)

INGAT!

Semak ejaan dengan teliti. @CSL2011 Teknik Menjawab Ringkasan PMR 7

PERINGATAN 1.

2.

3.

4.

5. Calon menulis dalam bentuk perenggan.

Calon menulis jawapan dalam bentuk CATATAN (poin)

Calon menyalin semua isi dalam petikan SECARA TERPILIH

Calon menyalin semua isi dalam petikan SECARA TERPILIH dan menulis dalam bentuk CATATAN (poin)

Calon menyalin keseluruhan daripada petikan ATAU menyalin keseluruhan daripada mana-mana perenggan Periksa seperti biasa.

Markah Maksimum Bahasa = 6

Markah Maksimum Bahasa = 5

Markah Maksimum Bahasa = 4

Markah Isi ditolak 50%

Markah Maksimum Bahasa = 2