teknik grafik membantu dalam penulisan … · melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya....

12
623 TEKNIK GRAFIK MEMBANTU DALAM PENULISAN KARANGAN NARATIF MURID TAHUN 4 Azizee Amin & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor. [email protected] [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengaplikasikan Teknik Grafik dalam membantu murid menulis karangan berbentuk naratif. Teknik Grafik diterapkan kepada murid yang masih menghadapi masalah dalam menyatakan gagasan idea, huraian, dan memberi contoh dalam penulisan karangan. Prosedur pelaksanaan kajian ini adalah adaptasi daripada Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlow (1992) yang melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya. Seramai 24 orang murid di sekolah aliran jenis kebangsaan di Daerah Subis, Sarawak telah dijadikan sebagai peserta kajian. Instrumen temu bual, senarai semak pemerhatian, soalan Ujian Pra, soalan Ujian Pasca, serta latihan telah digunakan dalam kajian ini dan sekali gus digunakan untuk triangulasi antara dapatan kajian. Analisis mendapati bahawa pencapaian dan penguasaan penulisan karangan naratif peserta kajian memberi peningkatan yang positif. Peserta kajian juga dapat melahirkan idea utama dan membuat penghuraian yang lebih baik dengan menggunakan Teknik Grafik. Ini memperlihatkan bahawa Teknik Grafik dapat membantu proses penjanaan idea, penghuraian, dan dapat menyatakan contoh sama ada melalui proses pengalaman sedia ada mahupun daripada pengalaman peserta kajian lain. Justeru, penggunaan teknik ini akan diteruskan pelaksanaannya menggunakan peserta berbeza, sebagai alternatif dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi membantu penulisan karangan naratif. Oleh itu, bahan visual atau bahan rangsangan perlu wujud bagi menarik minat murid agar proses PdPc menyeronokkan. Kajian ini memberi impak kepada kepelbagaian serta inovasi dalam PdPc di dalam kelas, malah penguasaan murid terhadap apa yang dipelajari akan menjadi lebih interaktif di samping mengingat dan mengaplikasikan dalam penulisan karangan naratif. Kata Kunci: Teknik Grafik, Strategi Pembelajaran, Penulisan, Karangan Naratif, Pembelajaran dan Pemudahcaraan ABSTRACT The aim of this study is to use Graphical Technique in helping pupils to write narrative essays. The Graphical Technique was implemented toward the pupils who are still having difficulties in expressing ideas, making descriptions, and giving examples in essay writing. The research procedures were adapted from Action Research Model of Kurt Lewin (1946) and Laidlow (1992) which involved two research cycles. There are 24 pupils from National Types school of the Subis District in Sarawak had been chosen as the research participants. The instruments used in this study were interviews, observation checklist, pre-test, post-test, and exercises in order to find the triangulation. The analysis showed that the participants are showing positive improvement in their narrative writing. Participants were able to express main ideas and make better descriptions using Graphical Technique. This indicates that Graphical Technique helps in idea processing, making descriptions, and giving examples based on their previous

Upload: vohuong

Post on 19-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNIK GRAFIK MEMBANTU DALAM PENULISAN … · melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya. ... dan dapat menyatakan contoh sama ada melalui proses pengalaman sedia ... 1310

623

TEKNIK GRAFIK MEMBANTU DALAM PENULISAN KARANGAN NARATIF

MURID TAHUN 4

Azizee Amin & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor.

[email protected] [email protected]

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengaplikasikan Teknik Grafik dalam membantu murid menulis karangan berbentuk naratif. Teknik Grafik diterapkan kepada murid yang masih menghadapi masalah dalam menyatakan gagasan idea, huraian, dan memberi contoh dalam penulisan karangan. Prosedur pelaksanaan kajian ini adalah adaptasi daripada Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlow (1992) yang melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya. Seramai 24 orang murid di sekolah aliran jenis kebangsaan di Daerah Subis, Sarawak telah dijadikan sebagai peserta kajian. Instrumen temu bual, senarai semak pemerhatian, soalan Ujian Pra, soalan Ujian Pasca, serta latihan telah digunakan dalam kajian ini dan sekali gus digunakan untuk triangulasi antara dapatan kajian. Analisis mendapati bahawa pencapaian dan penguasaan penulisan karangan naratif peserta kajian memberi peningkatan yang positif. Peserta kajian juga dapat melahirkan idea utama dan membuat penghuraian yang lebih baik dengan menggunakan Teknik Grafik. Ini memperlihatkan bahawa Teknik Grafik dapat membantu proses penjanaan idea, penghuraian, dan dapat menyatakan contoh sama ada melalui proses pengalaman sedia ada mahupun daripada pengalaman peserta kajian lain. Justeru, penggunaan teknik ini akan diteruskan pelaksanaannya menggunakan peserta berbeza, sebagai alternatif dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi membantu penulisan karangan naratif. Oleh itu, bahan visual atau bahan rangsangan perlu wujud bagi menarik minat murid agar proses PdPc menyeronokkan. Kajian ini memberi impak kepada kepelbagaian serta inovasi dalam PdPc di dalam kelas, malah penguasaan murid terhadap apa yang dipelajari akan menjadi lebih interaktif di samping mengingat dan mengaplikasikan dalam penulisan karangan naratif. Kata Kunci: Teknik Grafik, Strategi Pembelajaran, Penulisan, Karangan Naratif, Pembelajaran dan Pemudahcaraan ABSTRACT The aim of this study is to use Graphical Technique in helping pupils to write narrative essays. The Graphical Technique was implemented toward the pupils who are still having difficulties in expressing ideas, making descriptions, and giving examples in essay writing. The research procedures were adapted from Action Research Model of Kurt Lewin (1946) and Laidlow (1992) which involved two research cycles. There are 24 pupils from National Types school of the Subis District in Sarawak had been chosen as the research participants. The instruments used in this study were interviews, observation checklist, pre-test, post-test, and exercises in order to find the triangulation. The analysis showed that the participants are showing positive improvement in their narrative writing. Participants were able to express main ideas and make better descriptions using Graphical Technique. This indicates that Graphical Technique helps in idea processing, making descriptions, and giving examples based on their previous

Page 2: TEKNIK GRAFIK MEMBANTU DALAM PENULISAN … · melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya. ... dan dapat menyatakan contoh sama ada melalui proses pengalaman sedia ... 1310

624

knowledge or from other participants’ experiences. A further research on different participants will be implemented as an alternative in teaching and learning process to help in writing narrative essay. Therefore, the need to have visual materials or stimulus materials for teaching and learning process is vital to attract pupils in order to produce an enjoyable learning and facilitation. This study brings impact on the diversity and innovation in learning in the classroom, besides, pupils’ mastery level toward what they had learned will be more interactive other than can remember and apply it in writing narrative essay. Keywords: Graphical Technique, Learning Strategies, Writing, Narrative Writing, Learning and Facilitation PENGENALAN

Karangan merupakan komponen yang terpenting dalam peperiksaan Bahasa Melayu kerana skor markah yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia agak tinggi berbanding dengan komponen yang lain. Menurut Abd. Aziz (2000) menyatakan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia melaporkan kelemahan murid dalam karangan biasanya tertumpu kepada masalah aspek isi, teknik mengarang dan bahasa. Permasalahan timbul apabila idea yang ditulis tidak bermakna atau paling merisaukan para guru ialah murid tidak menulis sebarang idea. Hal ini disebabkan ketidakupayaan murid menjana plot karangan atau tidak mampu untuk menghuraikan idea yang telah ditulis sehingga memburukkan lagi keadaan. Kekangan pada latihan yang berterusan atau daya imaginasi yang masih lemah menyebabkan perkara ini berlaku. Secara umumnya, murid menghadapi masalah menulis karangan bertajuk jika dibandingkan dengan karangan bergambar. Nawi (2006) menyatakan bahawa murid-murid di dapati menyatakan isi yang sama atau hampir sama berulang-ulang, dan bahagian pendahuluan yang meleret-leret. Murid perlu menjana idea dan jalan cerita karangan berdasarkan soalan-soalan umum sahaja. Oleh itu, plot cerita dan isi karangan menjadi tidak menarik atau mencapai kriteria yang ditetapkan. Rata-rata boleh dikatakan murid menghadapi kesukaran dalam menjana idea untuk menulis karangan.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian dijalankan adalah bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Berikut adalah objektif kajian ini:

1. Mengaplikasikan teknik grafik dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan naratif. PERSOALAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan yang timbul. Berikut adalah persoalan kajian:

1. Bagaimanakah respons murid terhadap teknik grafik dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan naratif?

METODOLOGI Metodologi kajian digunakan untuk memastikan kajian yang dijalankan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul. Bab ini membincangkan tentang metodologi kajian yang merangkumi reka bentuk kajian, populasi, lokasi, peserta kajian, instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan, prosedur menjalankan kajian dan penganalisisan data. Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah berbentuk kualitatif. Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji berlandaskan kajian tindakan. Kajian tindakan merupakan reka bentuk kajian yang sesuai digunakan oleh guru di sekolah terhadap pemasalahan yang dihadapi oleh murid dalam sesi PdPc. Kajian tindakan yang dipilih dipelopori oleh Kurt Lewin (1946) dan Laidlow (1992).

Page 3: TEKNIK GRAFIK MEMBANTU DALAM PENULISAN … · melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya. ... dan dapat menyatakan contoh sama ada melalui proses pengalaman sedia ... 1310

625

Lokasi dan PopulasiKajian Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Batu Niah, Subis, Miri, Sarawak. Kajian ini melibatkan 24 orang peserta (murid) dalam kelas 4 Cemerlang semasa berlangsungnya PdPC Bahasa Melayu. Semua peserta tersebut mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. Peserta kajian yang dipilih adalah berdasarkan kriteria ‘Baik’, ‘Memuaskan’, ‘Kurang Memuaskan’ dan ‘Belum Menguasai Tahap Penguasaan Minimum’ berdasarkan Rubrik Penskoran Jawapan Bahagian C Menulis Karangan UPSR mengikut karangan yang disemak semasa Ujian Diagnostik. Instrumen Kajian Pemilihan instrumen atau kaedah pengumpulan data perlu dirancang mengikut keadaan dan kesesuaian situasi di tempat kajian yang dijalankan. Melalui kajian ini, pengkaji memilih instrumen Semak Pemerhatian, Ujian Pra, Ujian Pasca dan Soalan Latihan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Instrumen Borang Temu Bual ditadbir ke atas tiga orang peserta kajian.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Kesemua item Ujian Pra, Ujian Pasca dan Soalan Latihan adalah diambil daripada Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 4 hingga Tahun 6 yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Segala item dalam Instrumen Borang Temu Bual telah dibina sendiri oleh pengkaji serta mendapat bimbingan dan penyeliaan daripada penyelia kajian serta dibina bersama. Selain itu, instrumen Borang Temubual dan Senarai Semak Pemerhatian mendapat kesahan daripada Ketua Panitia Bahasa Melayu, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan Pegawai SISC+ Bahasa Melayu.

Prosedur Menjalankan Kajian Pengkaji telah membuat satu prosedur pelaksanaan kajian yang diadaptasi daripada Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlow (1992). Pengkaji telah menjalankan prosedur pelaksanaan kajian ini yang juga terdiri daripada dua kitaran. Prosedur pelaksanaan kajian adalah seperti berikut;

Gambarajah 1: Adaptasi daripada Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlow (1992)

Kajian ini dijalankan sebagai satu langkah untuk melihat keberkesanan Teknik Grafik dalam membina karangan naratif bagi murid Tahun Empat. Lapan sesi PdPc telah dijalankan beserta pemberian soalan-soalan berhubung dengan kajian dan setiap sesi mengambil masa lebih kurang 60 minit.

Page 4: TEKNIK GRAFIK MEMBANTU DALAM PENULISAN … · melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya. ... dan dapat menyatakan contoh sama ada melalui proses pengalaman sedia ... 1310

626

Jadual 1: Tarikh penggunaan Teknik Grafik diaplikasi semasa PdPc Bahasa Melayu

Tarikh Masa Set Latihan 05 Februari 2018 0720 – 0820 Ujian Diagnostik 27 Mac 2018 1210 – 1310 Pra Ujian 24 Mac 2018 1210 – 1310 Latihan 1 25 Mei 2018 0720 – 0820 Latihan 2 26 Jun 2018 1210 – 1310 Latihan 3 09 Julai 2018 0750 – 0850 Latihan 4 31 Julai 2018 1210 – 1310 Latihan 5 07 Ogos 2018 0820 – 0920 Pasca Ujian

Kajian bermula pada peringkat awal dengan kertas praujian yang diduduki murid-murid. Pada peringkat ini, murid-murid masih belum didedahkan kepada rutin grafik. Langkah ini bertujuan untuk melihat keupayaan murid-murid untuk menulis sebuah karangan yang lengkap. Melalui Ujian Diagnostik yang ditadbir, didapati terdapat beberapa orang murid tidak mendapat skor yang cemerlang pada bahagian isi karangan. Karangan yang dihasilkan tidak mengandungi perkembangan plot yang menunjukkan pemikiran yang kritis semasa menulis. Lantaran itu, pengkaji telah melaksanakan PdPc dengan menggunakan kaedah grafik untuk memastikan proses pembelajaran yang lebih berkesan.

Pada kitaran 1, pengkaji mengenal pasti aspek amalan yang ingin ditambah baik melalui sesi PdPc bersama peserta kajian. Masalah yang telah dikenal pasti bagi peserta kajian berdasarkan soalan penulisan Bahasa Melayu (Bahagian C) bagi Ujian Diagnostik ialah seramai 24 orang daripada 34 orang peserta tidak mencapai tahap ‘Cemerlang’. Oleh itu, pengkaji ingin menambah baik amalan pengajaran pengkaji bagi menyelesaikan masalah ini.

Peringkat merancang pula, pengkaji menyediakan kertas soalan dan memilih Teknik Grafik bagi mengatasi masalah membina karangan naratif. Dapatan kajian dikumpul melalui soalan Ujian Pra dan soalan Ujian Pasca, serta latihan.

Pengkaji menjalankan kajian bermula dengan Ujian Pra kepada peserta kajian selesai proses PdPc pada hari tersebut. Tindakan seterusnya adalah dengan menjalankan sesi rawatan (Latihan 1 hingga Latihan 5) sebelum Ujian Pasca dijalankan mengikut tarikh yang dirancang.

Dalam masa sama pengkaji akan membuat pemerhatian semasa aktiviti berlangsung berdasarkan senarai semak pemerhatian. Selesai sahaja pelaksanaan dijalankan, analisis dokumen akan dibuat berdasarkan kertas soalan yang dijawab oleh peserta. Pengkaji membuat penandaan pada kertas soalan sebelum meletakkan skor pada kertas soalan sebelum dianalisis.

Pengkaji juga turut meminta bantuan daripada guru bahasa Melayu yang mengajar Tahap Dua untuk membuat penyemakan skrip jawapan peserta. Pada peringkat melihat kesan tindakan pada kitaran 1, kesemua dapatan kajian dikumpul untuk dianalisis. Peringkat refleksi pula adalah merangkumi aspek-aspek di mana pengkaji akan membuat analisis, interpretasi data dan membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian yang dijalankan sebelum menjalankan pusingan kedua.

Berdasarkan Ujian Pra, didapati hanya seorang peserta yang mencapai tahap ‘Cemerlang’. Kitaran yang kedua diteruskan dengan memberikan enam kali latihan berdasarkan perancangan yang ditetapkan oleh pengkaji sebelum Ujian Pasca dijalankan. Berdasarkan kepada dapatan data, pengkaji telah menentukan keberkesanan Teknik Grafik dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan naratif. Pengkaji juga

Page 5: TEKNIK GRAFIK MEMBANTU DALAM PENULISAN … · melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya. ... dan dapat menyatakan contoh sama ada melalui proses pengalaman sedia ... 1310

627

telah mengenal pasti kelemahan pada Teknik Grafik yang digunakan pada kitaran pertama dan membuat penambahbaikan pada kitaran yang kedua.

Pada Kitaran Kedua, Ujian Pasca dijalankan. Melalui pusingan yang kedua, pengkaji cuba mencari kelemahan dan kekurangan melalui refleksi pemerhatian yang dijalankan. Kelemahan dan kekurangan ini dilihat dalam pusingan kedua berdasarkan pelaksanaan proses PdPc dengan menggunakan teknik grafik.

Pengkaji masih menggunakan lima langkah yang sama seperti yang telah dijalankan pada pusingan kedua. Selesai Ujian Pasca, sesi temu bual dijalankan kepada tiga orang peserta yang dipilih secara rawak. Peringkat pelaksanaan, melihat kesan tindakan adalah sama seperti kitaran 1 sebelum ini. Pada peringkat membuat refleksi kitaran 2, markah Ujian Pra dan Ujian Pasca telah dibandingkan bagi menentukan sama ada Teknik Grafik dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan naratif murid Tahun 4.

TEKNIK GRAFIK Teknik Grafik yang digunakan di dalam kajian ini ialah bahan rangsangan kepada peserta kajian untuk ditafsirkan sebelum menulis karangan naratif. Terdapat tujuh kali sesi ujian dan latihan yang dijalankan kepada peserta berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pengkaji.

Gambarajah 2: Ujian Pra Gambarajah 3: Latihan 1 Gambarajah 4: Latihan 2

Gambarajah 5: Latihan 3 Gambarajah 6: Latihan 4 Gambarajah 7: Latihan 5

Gambarajah 8: Ujian Pasca

Penganalisisan Data

Bahagian ini menerangkan cara untuk mengumpul data untuk dianalis bagi menjawab persoalan kajian. Data yang telah digunakan menggunakan kaedah kualitatif. Terdapat beberapa alat kajian yang biasa digunakan untuk mendapatkan data. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan penelitian dokumen dalam menggumpul data. Pengkaji menggunakan beberapa instrumen kajian bagi mendapatkan data kajian iaitu instrumen temu bual, senarai semak pemerhatian, soalan Ujian Pra, soalan Ujian Pasca, serta latihan. Selain itu, hasil transkripsi temu bual juga turut di analisis untuk ditafsir maksud yang ingin disampaikan oleh peserta kajian.

Page 6: TEKNIK GRAFIK MEMBANTU DALAM PENULISAN … · melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya. ... dan dapat menyatakan contoh sama ada melalui proses pengalaman sedia ... 1310

628

Ujian

Ujian merupakan dokumen yang akan dianalisis oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat daripada peserta kajian. Ujian digunakan untuk mendapatkan hasil bagi tujuan penilaian bagi teknik yang digunakan terhadap PdPc dapat dilakukan dengan berkesan atau sebaliknya. Secara umumnya terdapat dua ujian yang dijalankan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Tujuannya untuk melihat peningkatan prestasi penggunaan Teknik Grafik dalam menulis karangan Bahasa Melayu jenis karangan naratif.

Soalan yang dibina tidak hanya terhad kepada satu tema sahaja. Peserta akan diberi masa 35 minit untuk menjawab soalan. Markah bagi soalan bahagian C (Menulis Karangan) iaitu 25 markah. Setiap markah akan dinilai oleh pengkaji dan dua orang penilai markah Ujian Pra dan Ujian Pasca. Dalam masa yang sama sebelum Ujian Pasca dijalankan, pengkaji melaksanakan sebanyak enam kali soalan latihan menggunakan item soalan bergambar sama ada bersiri dan tunggal. Skor-skor yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pengkaji. Markah peserta dianalisis menggunakan perbezaan skor untuk mendapatkan kesahan pada markah.

Jadual 2: Rubrik Penskoran Jawapan Bahagian C Menulis Karangan UPSR diubahsuai berdasarkan Rubrik Peraturan Pemarkahan dalam Item Contoh Pentaksiran KBAT Sekolah Rendah

Page 7: TEKNIK GRAFIK MEMBANTU DALAM PENULISAN … · melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya. ... dan dapat menyatakan contoh sama ada melalui proses pengalaman sedia ... 1310

629

Temu Bual

Temu bual yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual tidak berstruktur. Menurut Gay dan Airasian (2000) temu bual tidak berstruktur biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu.

Berdasarkan pendapat Mohd Majid (2000) temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, kehendak mengikut keperluan persoalan. Temu bual yang dijalankan direkodkan menggunakan alat perakam audio supaya tidak ada maklumat yang akan tertinggal atau tercicir. Temu bual ditranskripkan oleh penyelidik. Hasil analisis data temu bual dipersembahkan dalam bentuk naratif atau kekerapan tema.

Pemerhatian Pemerhatian dijalankan ketika sesi PdPc diadakan sehingga rutin penggunaan Teknik Grafik tamat. Segala rekod pemerhatian dicatat dalam Borang Senarai Semak Pemerhatian yang dibina oleh pengkaji. Menurut Merriam (2002), pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal ‘first hand encounter’ tentang peserta yang hendak dikaji. Item soalan Senarai Semak Pemerhatian yang digunakan bagi tujuan ini dibina oleh pengkaji setelah membuat rujukan. DAPATAN Soalan Kajian 1: Bagaimanakah respons murid terhadap teknik grafik dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan naratif?

Jadual 3: Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Penulisan Bahasa Melayu (Bahagian C)

Peserta Kajian

Markah Ujian Pra

(% ) Peringkat

Markah Ujian Pasca

(% ) Peringkat

Peningkatan Markah

Pencapaian (% ) 1 15 Memuaskan 23 Cemerlang 8 2 08 Kurang Memuaskan 17 Baik 9 3 11 Memuaskan 17 Baik 6 4 15 Memuaskan 21 Cemerlang 6 5 15 Memuaskan 23 Cemerlang 8 6 14 Memuaskan 16 Baik 2 7 20 Baik 21 Cemerlang 1 8 11 Memuaskan 16 Baik 5 9 21 Cemerlang 23 Cemerlang 2

10 10 Kurang Memuaskan 21 Cemerlang 11 11 08 Kurang Memuaskan 14 Memuaskan 6 12 06 Kurang Memuaskan 16 Memuaskan 10 13 09 Kurang Memuaskan 11 Memuaskan 2 14 07 Kurang Memuaskan 16 Baik 9 15 06 Kurang Memuaskan 10 Kurang Memuaskan 4 16 11 Memuaskan 12 Memuaskan 1 17 13 Memuaskan 21 Cemerlang 8 18 06 Kurang Memuaskan 21 Cemerlang 15 19 11 Memuaskan 14 Memuaskan 3 20 06 Kurang Memuaskan 16 Baik 10 21 11 Memuaskan 12 Memuaskan 1 22 15 Memuaskan 21 Cemerlang 6 23 09 Kurang Memuaskan 20 Baik 11 24 15 Memuaskan 22 Cemerlang 7

Min Keseluruhan

11.38 17.67 6.29

Page 8: TEKNIK GRAFIK MEMBANTU DALAM PENULISAN … · melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya. ... dan dapat menyatakan contoh sama ada melalui proses pengalaman sedia ... 1310

630

Jadual 3 menunjukkan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi kajian yang telah dijalankan. Kesemua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan markah pada pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca. Peserta 1, Peserta 4, Peserta 5, Peserta 7, Peserta 9, Peserta 10, Peserta 17, Peserta 18, Peserta 22 dan Peserta 24 telah mencapai markah pencapaian Cemerlang iaitu Gred A pada Ujian Pasca. Peserta 2, Peserta 3, Peserta 6, Peserta 8, Peserta 14, Peserta 20 dan Peserta 23 pula telah menunjukkan peningkatan markah pencapaian Baik bagi Gred B. Manakala Peserta 11, Peserta 12, Peserta 13, Peserta 16, Peserta 19 dan Peserta 21 menunjukkan markah pencapaian Memuaskan bagi Gred C. Hanya Peserta 15 sahaja menunjukkan markah pencapaian Kurang Memuaskan bagi Gred D. Markah min keseluruhan Ujian Pra (11.38%) juga telah meningkat pada Ujian Pasca (17.67%) dengan min peningkatan markah pencapaian keseluruhan peserta kajian sebanyak 6.29%.

Jadual 4: Tahap Pengolahan Penulisan Peringkat Markah Kriteria Bilangan Peratus Cemerlang 20 – 25 − Idea menepati tugasan.

− Pengolahan idea sangat baik, penyampaian jelas, tersusun dan menarik.

− Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis serta bertepatan dengan tugasan.

− Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tugasan.

− Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

10 41.67%

Baik 14 – 19 − Idea menepati tugasan. − Pengolahan idea yang baik dengan

penyampaian jelas dan menarik. − Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis serta

bertepatan dengan tugasan. − Penggunaan kata dan kosa kata yang baik

serta sesuai dengan tugasan. − Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda

baca tetapi tidak menjejaskan karangan.

7 29.17%

Memuaskan 10 – 13 − Idea masih menepati tugasan. − Pengolahan idea yang ringkas dan mudah

dengan penyampaian yang kurang menarik. − Penggunaan ayat kurang gramatis tetapi

berkaitan dengan tugasan. − Penggunaan kata dan kosa kata yang

sederhana. − Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda.

6 25.00%

Kurang Memuaskan

6 – 9 − Idea kurang menepati. − Pengolahan idea yang tidak jelas dengan

tugasan dan penyampaian tidak menarik. − Penggunaan ayat tidak gramatis. − Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad. − Tidak menguasai kemahiran penggunaan

ejaan dan tanda baca.

1 4.17%

Belum Mencapai Tahap Penguasaan Minimum

1 – 5 − Idea tidak menepati tugasan. − Pengolahan idea tidak tepat / tidak berkaitan

dengan tugasan dan penyampaian tidak menarik.

− Penggunaan ayat tidak gramatis. − Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad. − Tidak menguasai kemahiran penggunaan

ejaan dan tanda baca.

Tiada 0%

Page 9: TEKNIK GRAFIK MEMBANTU DALAM PENULISAN … · melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya. ... dan dapat menyatakan contoh sama ada melalui proses pengalaman sedia ... 1310

631

Jadual 4 menunjukkan pencapaian peserta untuk pengolahan karangan naratif semasa Ujian Pasca dijalankan. Pengolahan penulisan dinilai daripada aspek idea, pengolahan idea, penggunaan ayat, penggunaan kata, kosa kata, ejaan dan tanda baca. Pada peringkat Cemerlang seramai 10 peserta memperoleh antara 20 hingga 25 markah iaitu sebanyak 41.67%. Manakala peringkat Baik seramai 7 peserta memperoleh antara 14 hingga 19 markah iaitu sebanyak 29.17%. Peringkat Memuaskan mencatat 6 peserta sebanyak 25.00% dalam lingkungan 10 hingga 13 markah. Peringkat Kurang Memuaskan hanya mencatat 1 peserta sahaja antara 6 hingga 9 markah iaitu sebanyak 4.17%. Tiada jumlah peserta tercatat dalam 1 hingga 5 markah bagi tahap Belum Mencapai Tahap Penguasaan Minimum iaitu 0%.

Jadual 5: Hasil Temu Bual Terhadap Peserta Kajian

Soalan Peserta A Peserta B Peserta C 1. Adakah gambar yang

diberi dapat membantu kamu untuk menulis karangan?

Ya. Dapat membantu saya untuk menulis karangan.

Sangat membantu saya semasa saya menulis karangan.

Ya. Gambar yang ada dalam soalan membantu dalam menulis karangan yang saya tulis

2. Apakah masalah yang kamu hadapi semasa menulis karangan naratif?

Idea saya sikit.

Kadang-kadang saya tidak dapat menyatakan idea kerana saya tidak dapat beri idea. Jalan cerita saya berulang-ulang dan tidak mengikut susunan.

Idea yang saya tulis dalam peta alir tidak lengkap. Bila tidak lengkap, saya tidak dapat memberikan idea yang banyak. Selalunya saya ulang semula idea.

3. Adakah anda beranggapan tugas membuat karangan naratif berpandukan gambar ini susah atau senang? Mengapa?

Tak susah sangat sebab saya sudah tengok gambar. Senang untuk saya fikir mahu tulis apa.

Senang kerana setiap gambar yang diberikan sudah mempunyai jalan cerita. Cuma saya perlu huraikan sahaja mengikut gambar yang diberikan.

Ada gambar senang saja. Tidak perlu fikir lagi. Kecuali ada gambar yang kosong. Tapi itu senang saja sebab sudah tahu cerita apa ikut gambar sebelum ini.

Jadual 5 menunjukkan hasil temu bual bagi instrumen Borang Temu Bual bersama tiga orang peserta kajian yang dipilih secara rawak selepas Ujian Pasca dijalankan. Soalan pertama pada instrumen Borang Temu Bual telah bertanya mengenai kesan penggunaan Teknik Grafik dalam menulis karangan naratif. Dapatan menunjukkan bahawa dengan menggunakan Teknik Grafik dapat membantu peserta dalam penghasilan karangan naratif. Soalan kedua pada instrumen Borang Temu Bual pula masalah yang dihadapi semasa menulis karangan naratif. Dapatan daripada soalan tersebut peserta menyatakan bahawa idea terhad untuk ditulis sekiranya tiada gambar yang disediakan. Idea yang terhad membantutkan proses menghuraikan atau memberi contoh bagi sesebuah karangan yang ditulis. Soalan ketiga pada instrumen Borang Temu Bual menyatakan tentang anggapan tugasan membuat karangan naratif berpandukan gambar memberi kesenangan atau kesukaran kepada peserta kajian. Dapatan daripada jawapan peserta kajian menyatakan bahawa penggunaan Teknik Grafik memudahkan mereka kerana setiap gambar yang diberikan mudah untuk dihuraikan kerana situasi dapat dilihat dengan jelas.

Page 10: TEKNIK GRAFIK MEMBANTU DALAM PENULISAN … · melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya. ... dan dapat menyatakan contoh sama ada melalui proses pengalaman sedia ... 1310

632

PERBINCANGAN Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa Teknik Grafik dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan naratif. Dapatan ini adalah selari dengan pendapat Vanessa Steele (2008), penggunaan perkara-perkara yang visual seperti peta minda dan penyusun grafik merupakan salah satu aktiviti pembelajaran penulisan yang berkesan. Melalui dapatan kajian ini, jelas menyatakan bahawa ini merupakan strategi berstruktur yang menunjukkan perkaitan idea. Berbekalkan informasi yang tersusun dan berkaitan, murid dibantu untuk menyusun idea ketika menulis. Abdullah (1996), menyatakan penulisan karangan yang baik berpandukan kepada beberapa perkara seperti ketepatan memberikan kenyataan pada tajuk, mempersembahkan isi, penggunaan bahasa yang tepat serta gramatis, pengolahan, penyampaian dan pemerengganan. Murid-murid sekolah rendah khasnya didapati mempunyai masalah dalam menghuraikan dan mengembangkan idea utama dalam penulisan karangan naratif. Kekangan yang dihadapi oleh mereka ialah tidak pasti bagaimana mahu menghuraikan dan menjelaskan idea yang ada. Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan pencapaian murid dalam penulisan karangan naratif ini adalah penggunaan bahan visual atau bahan rangsangan. Justeru, Teknik Grafik dapat membantu meningkatkan prestasi kemahiran mengarang karangan naratif murid. Menurut Shahabuddin, Rohizani dan Mohd Zohir (2003) penggunaan gambar atau bercerita dikatakan dapat melatih murid berfikir. Melalui gambar, murid boleh mentafsir dan menterjemahkan perkara yang dilihat dan cuba untuk menyatakan sama ada melalui ucapan atau penulisan. Murid boleh menyusun jalan cerita mengikut plot kerana gambar yang disediakan sudah jelas untuk dinyatakan kehendaknya. KEPENTINGAN KAJIAN Berdasarkan kajian-kajian lepas dan dapatan kajian ini, pengkaji berharap dapatan daripada kajian ini dapat memberi kepentingan positif kepada pihak berkaitan. Sehubungan itu, bahagian ini menjelaskan kepentingan kepada murid, guru, PdPc dan Inovasi. Kepentingan Kepada Murid Untuk memberi ruang kepada mereka dalam menjana idea, mengembangkan idea seterusnya menyusun idea yang telah dibina selain memberikan semangat dan motivasi agar mereka lebih aktif untuk belajar, sehingga akhirnya prestasi pembelajaran dapat meningkat. Melalui Teknik Grafik ini, sebagai satu medium pendedahan dalam mendapatkan input semasa menggunakan media pendidikan, murid juga dapat meningkatkan pemahaman dan hasil pembelajaran yang lebih baik dan berkualiti. Menurut Tomlinson & Masuhara (2004), integrasi bahan visual dalam pengajaran dan pembelajaran seperti gambar dapat memberikan pengaruh yang positif khususnya dalam kecekapan bahasa pelajar. Berfaedah bagi pelajar dalam memahami cara menjawab karangan naratif seterusnya menjadikan murid tertarik dengan aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan Teknik Grafik. Impaknya dilihat melalui pencapaian pelajar terutamanya dalam menulis karangan naratif akan meningkatkan pemahaman sekali gus prestasi serta memberi ruang untuk murid berimaginasi dalam menulis karangan naratif. Kepentingan Kepada Guru Bahasa Melayu Walau bagaimanapun, penggunaan Teknik Grafik dalam penulisan karangan naratif juga memberi implikasi terhadap pengajaran guru. Hal ini demikian, Teknik Grafik bukan sahaja memberi impak positif kepada pencapaian pelajar malahan juga terhadap corak pengajaran guru tersebut. Tidak hanya fokus kepada kaedah syarahan sahaja ketika mengajar Bahasa Melayu atau tidak hanya menggunakan pembacaan soalan sahaja seperti yang terdapat pada soalan penulisan bahasa Melayu bahagian C. Guru dapat menggunakan kreativitinya untuk membuat bahan grafik atau mencari grafik yang bersesuaian dengan tema dan soalan yang diberikan. Penyampaian bahan pengajaran dan PdPc akan menjadi lebih mudah bagi murid memahami dan menarik minat murid untuk terus mengikuti PdPc.

Page 11: TEKNIK GRAFIK MEMBANTU DALAM PENULISAN … · melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya. ... dan dapat menyatakan contoh sama ada melalui proses pengalaman sedia ... 1310

633

Kepentingan Kepada PdPc Penggunaan Teknik Grafik merupakan salah satu alternatif PdPc yang dapat diguna pakai oleh para pendidik semasa pengajaran dalam penulisan karangan naratif. Sementara kajian deskriptif yang telah dijalankan oleh Aisah (2006), menunjukkan bahawa penggunaan gambar tidak selalu digunakan dalam pengajaran karangan tahun 4 yang diuji. Murid tidak begitu mahir dalam mereka cipta karangan melalui gambar yang disediakan tetapi hasil dapatan menunjukkan bahawa sedikit peningkatan yang positif dalam meluahkan dan melahirkan perasaan, pendapat dan idea. Walau bagaimanapun, sesetengah murid tidak menyukai karangan yang menggunakan gambar dan beranggapan bahawa karangan jenis bergambar susah untuk dipelajari. Peranan guru semasa proses PdPc berlangsung dengan memberi pendedahan kepada murid-murid semasa PdPc berlangsung. Kepentingan Kepada Inovasi Teknik Grafik ini telah diterapkan dalam proses pengajaran di dalam kelas oleh para pendidik dalam usaha memudahkan pemahaman murid. Contoh yang mudah untuk dilihat berdasarkan grafik yang pelbagai dari sumber Buku Teks tetapi penggunaannya perlu ditambah baik bagi menarik minat lagi murid-murid. Peranan guru dalam memberi inovasi terhadap bahan pengajaran tersebut agar murid dapat mengikuti PdPc berterusan dan mencapai objektif yang disasarkan berdasarkan standard pembelajaran.

KESIMPULAN

Penggunaan Teknik Grafik dalam proses PdPc Bahasa Melayu telah banyak membantu murid dalam membina karangan jenis naratif. Dalam permasalahan yang dihadapi oleh murid Tahun 4 di setiap sekolah, memang tidak dinafikan bahawa terdapat murid yang mahir membina karangan jenis cerita. Sebaliknya, kualiti karangan yang dihasilkan oleh mereka mampu atau tidak dikategorikan sebagai karangan yang cemerlang? Hal ini disebabkan murid tidak mempunyai kaedah atau cara yang berkesan atau memerlukan kaedah yang lain dalam menzahirkan idea seterusnya mengembangkan idea yang disampaikan agar sesebuah karangan yang dihasilkan menepati kriteria yang ditetapkan.

Secara kesimpulannya, adalah diharapkan kajian ini boleh menjadi alternatif dalam pelaksanaan PdPc penulisan karangan naratif. Hal ini demikian, supaya isu kelemahan murid dalam menguasai kemahiran menulis karangan naratif dapat diselesaikan dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid secara optimum bagi membantu perkembangan pembelajaran murid pada masa akan datang.

RUJUKAN Abd. Aziz Abd. Talib. 2000. Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Hassan. 1996. Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan

Pustaka Kuala Lumpur. Malaysia. Airasian, P and L. R. Gay. 2000. Educational research: Competencies for analysis and application sixth

edition. New Jersey: Prentice Hall Inc. Aisah Hj. Murah. 2006. Penggunaan gambar dalam penulisan karangan di kalangan murid- murid

darjah V: Satu tinjauan di dua buah sekolah rendah di Mukim Pengkalan Batu. Latihan Ilmiah. Universiti Brunei Darussalam.

Bahagian Pembangunan Kurikulum . 2014. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 4. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Merriam, Sharan B. 2002. Qualitative research in practice: Example for discussion and analysis. San Francisco: Jossey-Bass.

Mohd. Majid Konting. 2000. Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Nawi Ismail. 2006. Masalah ketidakberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pelita bahasa, 20 (2): 22-24.

Page 12: TEKNIK GRAFIK MEMBANTU DALAM PENULISAN … · melibatkan dua kitaran kajian secara keseluruhannya. ... dan dapat menyatakan contoh sama ada melalui proses pengalaman sedia ... 1310

634

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. 2003. Pedagogi: Strategi dan teknik

mengajar dengan berkesan. Bentong : PTS Publications & Distributor. Tomlinson, B. and Masuhara, H. 2004. Developing language course materials. Singapore: SEAMEO

Regional Language Centre. Vanessa Steele. 2008. How to approach discursive writing. Retrieved from

http://www.teachingenglish.org.uk/think/write/discursivewrite.shtml. [5 November 2018].