teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

9
TEKNIK DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Disediakan oleh : Farah Fazriyana Binti Basri PISMP SEM 8 Pengajian Melayu C

Upload: cik-fawa

Post on 21-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

TEKNIK DAN AKTIVITI PdP

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Dan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

TEKNIK DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Disediakan oleh :Farah Fazriyana Binti Basri

PISMP SEM 8 Pengajian Melayu C

Page 2: Teknik Dan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Pantomim / Mestamu

Deklamasi

Khat

Page 3: Teknik Dan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Teknik & Aktiviti Pantomim & Mestamu

Pantomin adalah lakonan situasi tanpa dialog manakala skripnya akan dibaca oleh pelajar lain mengiringi lakonan tersebut. Lakonan

jenis ini dapat memberi peluang kepada pelajar berlakon dengan yakin tanpa memikirkan masalah menghafaz dialog.

Aktiviti ini boleh dijalankan dengan iringan muzik latar yang sesuai. Guru dan pelajar yang menjadi penonton menyediakan ruang lakonan

dan peralatan yang diperlukan.

Biasanya guru menggunakan pantomin dalam langkah pengajaran. Oleh itu, guru perlu membuat perancangan dan persediaan yang rapi bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ajar objektif

pengajarannya tercapai.

Page 4: Teknik Dan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Persediaan Sebelum Persembahan

i.  Guru memilih bahan yang sesuai sama ada cerita dan skrip atau puisi. Bahan yang dipilih perlu sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan pelajar.

ii.   Guru meminta pelajar membaca dan menghayati skrip yang diberikan.

iii.  Mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang watak-watak yang terdapat dalam cerita tersebut.

iv.  Beberapa orang pelajar dipilih untuk melakonkan cerita dan seorang pelajar dipilih untuk membaca skrip cerita manakala pelajar-pelajar lain menjadi penonton.

v.   Aktiviti ini dijalankan dengan iringan muzik latar. Guru harus memlilih muzik yang sesuai bagi mewujudkan suasana yang menarik.

vi. Guru dan pelajar yang menjadi penonton menyediakan ruang lakonan dan peralatan lain yang perlu dan diletakkan di tengah-tengah ruang lakonan.

vii. Pelajar yang tidak mengambil bahagian diberi arahan oleh guru mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan selepas tamat lakonan.

Page 5: Teknik Dan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Semasa Persembahan

Guru memberi penerangan dan arahan kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian.

Selepas Persembahan i.  Guru memberi peneguhan terhadap persembahan lakonan pelajar-pelajar agar mereka merasa diperlukan dan dihargai.

ii.  Menerusi aktiviti pantomin ini, guru boleh meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai aktiviti lain yang berkaitan dengan pantomin yang dipersembahkan.

iii.Guru dan pelajar mengadakan perbincangan tentang isi lakonan dan membuat latihan bahasa yang sesuai dengan objektif dan kemahiran yang ingin dicapai, disamping itu untuk memperbaiki kesilapan yang mungkin wujud dan mendapatkan maklum balas.

Antara aktiviti lanjutan-  Mengadakan sesi soal jawab bagi menguji kemahiran lisan pelajar. -  Mengadakan sesi perbincangan secara berkumpulan. -  Meminta pelajar menceritakan semula apa yang dilihat dalam persembahan pantomin. -  Mengadakan perbahasan.- Mengadakan aktiviti penulisan seperti menjawab soalan pemahaman. 

Page 6: Teknik Dan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Teknik & Aktiviti Deklamasi

Deklamasi ialah penyampaian puisi secara pengucapan (lisan).Bukan semua puisi sesuai dideklamasikan. Puisi yang sesuai dideklamasi

dikatakan bersifat 'deklamatori'.

Pada hari ini, kadangkala muzik digunakan untuk mengiringi deklamasi, sama ada secara permainan muzik "minus one" atau secara permainan

"live" alat-alat muzik tradisional dan/atau moden. Kadangkala persembahan juga diiringi tayangan multimedia.

Lagu puisi ialah lagu yang menggunakan puisi tertentu sebagai liriknya.Deklamasi puisi memerlukan kebolehan dan latihan serius. Menghafaz puisi

yang akan dideklamasi ialah amalan yang baik.

Pada hari ini, deklamasi puisi kadang-kadang dibuat secara persembahan teater (termasuk silat dan wayang kulit yang dipelopori oleh Hashim

Yaacob).

Page 7: Teknik Dan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

 

Aktiviti Deklamasi

Contoh Aktiviti:Mendendangkan puisi dan beraksi teater

Langkah Mengajar:a. Seorang pelajar dipilih untuk mendendangkan syair atau puisi.

b. Tiga orang pelajar yang lain diminta beraksi teater atau berlakon.c. Pelajar lain diminta memerhatikan aktiviti dengan teliti, mengenal pasti aspek yang menarik dalam isi cerita.

d. Dengan bimbingan guru, beberapa orang pelajar dipilih untuk memberi pendapat tentang aspek menarik dalam puisi atau cerita.

Genre: Puisi, sajak, syair, pantun dan sebagainya.

Page 8: Teknik Dan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Teknik & Aktiviti Khat

Khat merupakan aktiviti menghasilkan tulisan tangan yang cantik menggunakan pen atau berus khas. Perkataan kaligrafi diambil daripada

bahasa Yunani Greek Kallos Grapha yang bermaksud ‘tulisan cantik’.

Kaligrafi mula diperkenalkan sejak zaman Mesir Purba, Yunani Purba dan China Purba yang mana tulisan diukir pada batu dan kepingan buluh

yang diukir menggunakan peralatan yang tajam. Kemudian, alat tulis seperti buluh, bulu ayam dan berus telah digunakan untuk menulis

kaligrafi pada kulit kayu atau belulung.

Page 9: Teknik Dan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Aktiviti Khat

Langkah 1: Guru menyediakan beberapa baik sajak, rangkap pantun, gurindam yang bertemakan kemanusiaan.

Langkah 2: Murid diminta menulis semula bait-bait puisi berkenan menggunakan teknik khat atau kaligrafi pada kertas menggunakan pen manuskrip.

Langkah 3: Murid boleh memilih untuk menggunakan tulisan roman,gothik,italik dan teks.

Langkah 4: Murid diberikan kebebasan untuk membuat hiasan pada bahagian bingkai dengan menggunakan kreativiti sendiri.

Langkah 5: Hasil yang menarik boleh di frem dan dijual untuk tabung kelas dan digantung pada satu sudut sebagai penghargaan.