technology lightweight concrete block cool · pdf filebinaan ibs (industrial building system)...

4
COOL BLOCK Lightweight Concrete Block technology Cool Block merupakan foam concrete block atau blok konkrit ringan generasi ke-3 yang dicipta di Er- opah lebih dari 80 tahun lalu. Blok ini mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan bata biasa sehingga berjaya menarik perhaan pemaju di Eropah. Sekarang dianggarkan 3 daripada 5 buah rumah baru yang dibina di Eropah, terutamanya di Germany, Sweden, dan U.K dibina dengan menggunakan blok konkrit ringan. Di Malaysia, blok konkrit ringan ini telah diikraf oleh kerajaan dengan penyenaraiannya sebagai bahan binaan IBS (Industrial Building System) dan penggunaannya juga digalakkan melalui sistem Green Building Index (GBI) yang memberikan insenf kepada pemaju-pemaju yang menggunakannya. Kilang Cool Block telah dibuka di atas sebidang tanah seluas 5 ekar di daerah Tanah Merah, Kelantan. Lokasinya yang strategik membolehkan blok dibekalkan terus kepada pelanggan dalam masa yang singkat dan dengan harga yang murah. Kilang ini juga telah dilengkapi dengan teknologi canggih dan terkini yang diimport dari Germany bagi memaskan kuali blok yang nggi dan senasa terkawal. COOL BLOCK Lightweight Concrete Block technology Kebaikan dan Kelebihan Cool Block - Jimat (kos keseluruhan binaan) - Ringan - Penebat haba yang cemerlang - Kalis api ( > 4 jam) - Penyerap suara yang baik - Kekuatan mampatan yang nggi - Penyerapan air yang rendah - Suhu dalam rumah yang dingin - Dinding dak mudah berkulat - Mudah diikat dan diplaster

Upload: phungthien

Post on 06-Feb-2018

314 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: technology Lightweight Concrete Block COOL  · PDF filebinaan IBS (Industrial Building System) dan penggunaannya juga digalakkan melalui sistem Green Building Index (GBI)

COOL BLOCKLightweight Concrete Block

technology

Cool Block merupakan foam concrete block atau blok konkrit ringan generasi ke-3 yang dicipta di Er-opah lebih dari 80 tahun lalu. Blok ini mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan bata biasa sehingga berjaya menarik perhatian pemaju

di Eropah. Sekarang dianggarkan 3 daripada 5 buah rumah baru yang dibina di Eropah, terutamanya di Germany, Sweden, dan U.K dibina dengan menggunakan blok konkrit ringan.

Di Malaysia, blok konkrit ringan ini telah diiktiraf oleh kerajaan dengan penyenaraiannya sebagai bahan binaan IBS (Industrial Building System) dan penggunaannya juga digalakkan melalui sistem Green Building Index (GBI) yang memberikan insentif kepada pemaju-pemaju yang menggunakannya.

Kilang Cool Block telah dibuka di atas sebidang tanah seluas 5 ekar di daerah Tanah Merah, Kelantan. Lokasinya yang strategik membolehkan blok dibekalkan terus kepada pelanggan dalam masa yang singkat dan dengan harga yang murah. Kilang ini juga telah dilengkapi dengan teknologi canggih dan terkini yang diimport dari Germany bagi memastikan kualiti blok yang tinggi dan sentiasa terkawal.

COOL BLOCKLightweight Concrete Block

technology

Kebaikan dan Kelebihan Cool Block - Jimat (kos keseluruhan binaan)

- Ringan

- Penebat haba yang cemerlang

- Kalis api ( > 4 jam)

- Penyerap suara yang baik

- Kekuatan mampatan yang tinggi

- Penyerapan air yang rendah

- Suhu dalam rumah yang dingin

- Dinding tidak mudah berkulat

- Mudah diikat dan diplaster

Page 2: technology Lightweight Concrete Block COOL  · PDF filebinaan IBS (Industrial Building System) dan penggunaannya juga digalakkan melalui sistem Green Building Index (GBI)

COOL BLOCKLightweight Concrete Block

technology

KebaiKan & Kelebihan COOL BLOCK

Penebat haba Yang baiK

Cool Block mengandungi berjuta mikro-sel udara yang berfungsi sebagai ajen penebat haba yang cemerlang. Hasil kajian kami menunjukkan haba matahari mengambil masa lebih dari 8 jam untuk

menembusi dinding Cool Block. Kelebihan ini dapat memasti-kan suhu di dalam rumah kekal nyaman walaupun suhu di luar mencecah lebih daripada 40°C. Untuk menyaingi kadar penebat Cool Block, bata merah me-merlukan ketebalan dinding sebanyak 3.5 kali ganda atau 35 cm lebih tebal.

tahan aPi

Cool Block dibuat tanpa menggunakan bahan organik, menjadikannya tidak boleh terbakar. Di samping itu, berjuta mikro-sel udara dalam Cool Block juga dapat membantu menahan api daripada merebak menembusi dinding. Ujian yang telah dilakukan di beberapa buah negara mengikut piawaian ASTM, termasuk ujian yang dibuat oleh Sirim Malaysia menunjukkan dinding sete-bal 100mm yang didirikan dengan menggunakan foam concrete block dapat menahan api sehingga lebih dari 4 jam, melebihi spesifikasi 2 jam yang ditetapkan oleh Bomba Malaysia.

Penjimatan Kos binaan

1 biji Cool Block = 8.5 biji bata biasa, tetapi mempunyai berat hanya 1/3 daripada berat keseluruhan bata biasa. Saiz Cool Block yang lebih besar dan ringan membolehkan-nya diikat dengan lebih cepat dan mudah, seterusnya menjimatkan masa dan kos tenaga buruh. Ketepatan ukuran Cool Block juga dapat memastikan dinding mu-dah diplaster dan ketebalan plaster dapat dikurangkan kepada 6-10mm, berbanding dengan bata biasa iaitu 15-25mm. Di samp-ing itu, Cool Block juga menggunakan si-men biasa untuk proses pengikatan dan pemplasteran, berbeza dengan AAC block (blok ringan putih) yang perlu menggunakan simen khas atau simen gam yang harganya berkali ganda lebih mahal.

Page 3: technology Lightweight Concrete Block COOL  · PDF filebinaan IBS (Industrial Building System) dan penggunaannya juga digalakkan melalui sistem Green Building Index (GBI)

COOL BLOCKLightweight Concrete Block

technology

PenYeRaPan aiR Yang Rendah

Cool Block mempunyai daya penyerapan air yang paling rendah berbanding dengan bata jenis lain yang terdapat di pasaran, iaitu cuma 14% daripada jumlah penyerapan air oleh bata merah. Penyerapan air yang rendah dapat menghalang dinding daripada ditumbuhi lumut dan kulat, seterusnya meningkatkan jangka hayat cat.

PenYeRaPan suaRa Yang baiK

Kadar penyerapan suara atau Acoustic absorption coefficient oleh dinding foam concrete pada densiti 750 Kg/m³ adalah sekitar 0.35, bersamaan dengan Acoustic Plaster yang digunakan khas untuk bilik kedap suara. Kadar penyerapan suara Cool Block yang baik membuatkannya amat sesuai digunakan sebagai dinding luar dan dinding pemisah bilik.

KeKuatan mamPatan Yang tinggi

Cool Block mempunyai kekuatan mampatan atau compressive strength yang tinggi, mematuhi piawaian MS 2282-3:2010 yang ditetapkan oleh Sirim untuk non-load bearing wall. Kekuatan blok ini akan terus meningkat seiring dengan jangka hayatnya seperti bahan konkrit yang lain. Dalam pada itu, kekuatan Cool Block juga boleh diubah mengikut kehendak pelanggan bersesuain dengan projek, sehingga boleh mencapai standard load bearing.

KemudahKeRjaan

Cool Block boleh dipotong dengan gergaji biasa, boleh dipaku, dan diskrew seperti kayu. Ini dapat mempercepat dan memudahkan kerja di samping mengelakkan pembaziran.

KebaiKan & Kelebihan COOL BLOCK

Ringan

Cool Block mempunyai berat yang amat rendah iaitu cuma 1/3 daripada berat keseluruhan bata biasa. Kelebihan ini membolehkan pemaju menjimatkan kos pembinaan asas dan struktur bangunan yang menyumbang kepada sebahagian besar kos keseluruhan binaan. Di samping itu, Cool Block juga dapat diangkut dan diikat dengan lebih mudah dan cepat, justeru menjimatkan kos pengangkutan dan tenaga buruh.

COOL BLOCKLightweight Concrete Block

technology

Page 4: technology Lightweight Concrete Block COOL  · PDF filebinaan IBS (Industrial Building System) dan penggunaannya juga digalakkan melalui sistem Green Building Index (GBI)

COOL BLOCKLightweight Concrete Block

technology

COOL BLOCK TECHNOLOGY SDN. BHD. (916865-V)PT. 1012, Mukim Tebing Tinggi,

Jalan Jeli,17500 Tanah Merah,

Kelantan.Tel: 019-3344011 / 010-9113939

Fax: 09-9556806Email: [email protected]

www.coolblock.com.my

Diskripsi Ulasan Bata Merah AAC Block Cool Block

Dimensi mm 215 x 65 x 102 600 x 200 x 100 600 x 200 x 100

Kuantiti Biji 8.5 1 1

Densiti Kg/m³ 1900 500 - 650 800

Berat kg 2.7 6 - 8 9 - 11

Serapan Air * % 15 - 20 24 - 35 < 5

Compressive Strength N/mm² 4 - 7 2.7- 5.0 > 2.0

R Value m².K/W 0.13 0.77 0.55

Tahan api Jam 2 4 4

Ikat & Plaster Jenis simen Biasa Khas ** Biasa

Spesifikasi Dan Perbandingan Cool Block Dengan Bata Merah dan AAC Block

Senarai contoh projek yang menggunakan foam concrete block untuk dinding dalam dan luar:

• KL Sentral Hotel, Hilton & Le Meridien - Kuala Lumpur

• Vista Bay Apartments (19 tingkat) - Butterworth, Penang

• Dell Asia Pacific - Bayan Lepas, Penang

• Air Asia LCCT Airport - Sepang

• Bangunan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia - Kota Bharu, Kelantan

• Capital Square Condominiums (39 tingkat) - Kuala Lumpur

• Tesco Extra - Seberang Prai, Penang

• Rumah Terrace 2 tingkat (259 unit), rumah Terrace 3 tingkat (137 unit) - Batu Kawan, Penang

• Program Rumah Mesra Rakyat (RMR1M) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

• Rumah burung walet dan lain-lain lagi .....

* Rendaman 10 cm cube dalam air selama 24 jam** Simen biasa boleh menyebabkan retakan pada dinding dalam jangka masa panjang