building services

20
1 Bab 5: Sistem Penyaman Udara 5.1. Pengenalan Penghawa dingin merupakan salah satu sistem perkhidmatan bangunan yang paling penting dalam semua bangunan moden pada hari ini. Perawatan secara mekanikal dilakukan terhadap suhu, kelembapan, pembaharuan udara & pengagihan udara tersebut bagi mencapai keperluan & fungsi sesuatu ruang. Proses pengawalan dan perawatan bagi semua kandungan udara bagi ruang tertutup. Kawalan Suhu – Pemanasan dan Penyejukan Kawalan Kelembapan – Pelembapan dan Penyahlembapan Kawalan Kebersihan Udara – Penapisan, Penyucian, dan Peresapan bagi membuang kotoran Agihan Udara – Perawatan (jenis pengudaraan) dan agihan ke ruang (cara aliran) 5.2. Keperluan penyaman udara Faktor keperluan:- Keselesaan – Iklim persekitaran, sosioekonomi tinggi, aktiviti ruang yang terhad. Prestasi Pekerja dan Pengeluaran – Keadaan selesa (prestasi baik). Bahan pengeluaran seperti industri yang memerlukan kelembapan terkawal. CC608 – Building Services

Upload: dale-testink

Post on 15-Nov-2014

7.783 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Bab5-Sistem penyaman udara

TRANSCRIPT

Page 1: Building services

1 Bab 5: Sistem Penyaman Udara

1.1.Pengenalan

Penghawa dingin merupakan salah satu sistem perkhidmatan bangunan

yang paling penting dalam semua bangunan moden pada hari ini.

Perawatan secara mekanikal dilakukan terhadap suhu, kelembapan,

pembaharuan udara & pengagihan udara tersebut bagi mencapai keperluan

& fungsi sesuatu ruang. Proses pengawalan dan perawatan bagi semua

kandungan udara bagi ruang tertutup.

Kawalan Suhu – Pemanasan dan Penyejukan

Kawalan Kelembapan – Pelembapan dan Penyahlembapan

Kawalan Kebersihan Udara – Penapisan, Penyucian, dan

Peresapan bagi membuang kotoran

Agihan Udara – Perawatan (jenis pengudaraan) dan agihan ke

ruang (cara aliran)

1.2.Keperluan penyaman udara

Faktor keperluan:-

Keselesaan – Iklim persekitaran, sosioekonomi tinggi, aktiviti ruang

yang terhad.

Prestasi Pekerja dan Pengeluaran – Keadaan selesa (prestasi baik).

Bahan pengeluaran seperti industri yang memerlukan kelembapan

terkawal.

Kesihatan – Pencemaran alam sekitar (habuk dan kebisingan).

Peralatan – Alatan elektronik, computer.

Simbol status – Penginapan (hotel, rumah tumpangan).

Penginapan satu keperluan dan melambangkan status seseorang.

Page 2: Building services

2 Bab 5: Sistem Penyaman Udara

1.3.Matlamat keselesaan

Suhu optimum 22°C – 27°C

Kelembapan relatif berkesan 40% - 60%

Pergerakan udara dalam ruang <12m/min

Bekalan udara bersih yang cukup untuk mengelakkan bau dan

kebersihan

Elakkan kebisingan dari alatan dan salur udara

1.4.Prinsip Asas & Jenis Kitaran Dalam Alat Penyaman Udara.

Kitaran “penyejukan” adalah berasaskan kepada 2 prinsip kitaran iaitu:

Apabila cecair bertukar kepada gas, ia akan menyerap haba dalam

kuantiti yang besar.

Takat didih bagi sesuatu cecair boleh diubah melalui pengubahan

terhadap tekanan yang dikenakan kepada cecair tersebut.Dengan kata

lain, titik didih sesuatu cecair boleh ditingkatkan jika tekanan dinaikkan

dan boleh diturunkan jika tekanan dikurangkan.

1.4.1. Kitaran Udara

Merupakan agihan udara yang telah dirawat. Bertujuan menyingkirkan

haba dari dalam ruang. Haba disingkirkan semasa udara balik diserap

pada unit penyejat (udara/air)

Page 3: Building services

3 Bab 5: Sistem Penyaman Udara

Rajah 5.1 : Kitaran Udara

1.5.Komponen alatan kitaran udara

Unit pengelolaan

Penapis udara

Kipas penghembus

Salur udara

Pengambilan udara bersih

Alat pelembapan, penyahlembapan (jika perlu)

1.6.Faktor rekaan

1.6.1. Orientasi Bangunan:

Elakkan permukaan yang menghadap sinaran matahari Timur-Barat

bagi mengurangkan kemasukan haba

1.6.2. Penutupan Bangunan:

Penutupan yang tebal dan bahan binaan yang baik boleh mengawal

kemasukan haba yang lebih

Page 4: Building services

4 Bab 5: Sistem Penyaman Udara

1.6.3. Penyusupan:

Elakkan bukaan atau lubang (akan mengurangkan kesan penyejukan

udara)

1.6.4. Keadaan Persekitaran dan Iklim:

Elakkan pancaran matahari daripada bahan dan bangunan sekitar

(pembalikkan cahaya/haba)

1.6.5. Aktiviti dan Alatan Dalam Ruang:

Manusia dan alatan mengeluarkan haba – memerlukan kapasiti tinggi

1.7. Unit muatan

Unit alatan penyaman udara biasanya dilengkapkan keupayaan, muatan

serta kecekapannya.

Beban pendingin

Muatan kelolaan udara

Keupayaan kejenteraan

Kuasa dan tenaga

Page 5: Building services

5 Bab 5: Sistem Penyaman Udara

1.8.Kemudahan bangunan yang diperlukan

Bekalan elektrik – Kuasa elektrik 3 fasa

Bekalan air yang mencukupi – Sistem loji dan sistem loji air sejuk

Ruang-ruang cukup (rekabentuk) untuk alatan, unit penelolaan udara,

menara pendingin, tangki air dan salur udara (ducting)

1.9.Prinsip peyaman udara

1.9.1. Prinsip asas

Berdasarkan sifat jirim terhadap :

Suhu

Haba

Tekanan

1.9.2. Penyejukan

Proses secara mekanikal untuk mengalihkan haba dengan selamat

(tanpa membahayakan alam sekeliling)

1.9.3. Dua sifat jirim

Bendalir menyerap haba : cecair – gas (pengewapan)

Bendalir mengeluarkan haba : gas – cecair (pemeluwapan)

Page 6: Building services

6 Bab 5: Sistem Penyaman Udara

1.10. Kitaran asas penyejukan udara

Kitaran Penyejukan – Proses pindahan haba ruang dalaman ke udara

luar. Proses ini melalui unit penyejat. Dua cara kitaran penyejukan

udara ialah penyejukan mampatan dan penyejukan serapan.

Rajah 5.2 : Kitaran asas penyaman udara

1.10.1. Penyejukan Mampatan

Rajah 5.3 : Kitaran asas penyaman udara

Mempunyai 4 peringkat :-

Pemampatan

Pemeluwapan

Injap pengembangan

Penyejatan

Page 7: Building services

7 Bab 5: Sistem Penyaman Udara

1.10.2. Penyejukan serapan

Rajah 5.4 : Penyejukan serapan

Mempunyai 4 peringkat :-

Penjana

Pemeluwapan

Pendingin

Penyerap

Page 8: Building services

8 Bab 5: Sistem Penyaman Udara

1.11. Sistem penyaman udara

Terdapat 3 bahagian asas:

Sistem unit

Sistem loji

Sistem kawalan setempat

Rajah 5.5 : Sistem penyaman udara

1.12. Sistem unit

Sistem unit pendingin kecil hingga sederhana. Digunakan pada ruang kecil

yang berdekatan secara serentak atau berasingan.

Terdapat 3 unit asas :-

Unit Tingkap

Unit Kemas Siap

Unit Pisah

Page 9: Building services

9 Bab 5: Sistem Penyaman Udara

1.12.1. Unit tingkap

Unit kecil yang padat, lengkap dan kecil bagi satu bilik/ruang. Unit

pemeluwap di luar, unit penyejat dipasang pada pembukaan tingkap

atau dinding yang ditebuk sekurang-kurangnya 1000mm dari aras

lantai. Bergantung pada kekuatan kipas dan ram-termostat digunakan.

Rajah 5.6 : Unit tingkap

1.12.2. Unit kemas siap

Digunakan satu atau beberapa ruang kecil dalam masa serentak.

Menggunakan media air atau udara. Seakan sama dengan loji

berpusat. Ciri-ciri unit kemas siap:

Senang dipasang pada bangunan sedia ada.

Boleh diletakkan di dalam dan di luar ruang

Boleh mengawal suhu dan menetapkan cara agihan udara

dengan kadar yang memuaskan

Kemampuan beban pendinginan yang luas yang dapat

memenuhi berbagai-bagai keperluan

Page 10: Building services

10 Bab 5: Sistem Penyaman Udara

Dibahagikan kepada 3 unit asas :-

Unit Kemas Siap Keseluruhan

Unit Kemas Siap Dingin Udara

Unit Kemas Siap Dingin Air

1.12.2.1. Unit kemas siap keseluruhan

Keupayaan lebih besar dari tingkap. Keseluruhan alatan di luar

bangunan berdekatan dengan ruang. Agihan udara melalui salur

udara bekal dan balik. Perletakkan unit boleh diletakkan di luar /

bumbung bangunan.

Rajah 5.7 : Unit kemas siap keseluruhan

Page 11: Building services

11 Bab 5: Sistem Penyaman Udara

1.12.2.2. Unit kemas siap dingin udara

Unit pemeluwap di luar dan Unit penyejat di dalam bangunan

(fasa pisah) yang disambungkan melalui paip kitaran bertebat.

Unit dalaman didapati dalam bentuk almari yang menggunakan

salur udara / tanpa salur udara.

Rajah 5.8 : Unit kemas siap dingin udara

Page 12: Building services

12 Bab 5: Sistem Penyaman Udara

1.12.2.3. Unit kemas siap dingin air

Menggunakan unit dalaman yang padat. Memerlukan menara

pendingin serta tangki air. Menara pendingin boleh diletakkan

berjauhan dari unit dalaman. Unit dalaman boleh didapati dalam

bentuk almari.

Rajah 5.9 : Unit kemas siap dingin air

Page 13: Building services

13 Bab 5: Sistem Penyaman Udara

1.13. Faktor-Faktor Pemilihan Sistem Penyaman Udara

1.13.1. Had kos pembelian system dan penyenggaraan

Penjimatan tenaga,penggunaan penyaman udara memerlukan 30-70%

dari keperluan tenaga bangunan.

1.13.2. Kegunaan dan fungsi bangunan

Masa penggunaan stp ruang,jenis aktiviti dan keperluan khusus kadar

kelembapan maksimum,suhu maksimum,kebersihan udara,kawalan

kuman dan tingkat bunyi maksimum.

1.13.3. Kecekapan memberi perkhidmatan

Kecekapan memberi perkhidmatan terutama keperluan khusus.