teacher's day speech

2
Karya Dato' Usman Awang menyatakan.... Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya, dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya, mengajar tulis-baca. Syukur kita kehadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapatlah kita bersama-sama pada hari ini, berkumpul bagi meraikan, sambutan HARI GURU TAHUN 2016. Guru-guru dan rakan-rakan sekelian, Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, merupakan hari yang diraikan, sempena perjuangan dan pengorbanan setiap guru, hari di mana kita sebagai pelajar, meluahkan rasa terima kasih, dan penghargaan yang sepenuhnya, kepada guru-guru kita, yang telah tidak jemu berusaha mengajar, dan tidak sunyi dari menegur segala kesilapan, agar kita semua menjadi insan yang cemerlang. Kelibat dan bayangan guru, sentiasa bermain di minda kita, kerana semua guru kita ini, adalah faktor utama, dalam prosedur pembelajaran, sebelum kita semua melangkah, ke alam kehidupan yang lebih luas. Pastinya, segala yang diajar, segala yang ditegur, segala yang dimarah, segala yang dididik, akan menjadi pedoman kita pada masa depan. Indah seloka tajamnya tinta Bicara tulus sepenuh jiwa Pengorbanan mereka amat bermakna Bekalan untuk kita semua Bertepatan dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru pembina negara bangsa menunjukkan peri pentingnya ’’ peranan guru sebagai pendidik dalam membentuk murid yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, memiliki jati diri yang kukuh, berdaya saing dan berpegang teguh kepada ajaran agama serta nilai sejagat ra kan-rakan yang saya hormati, Rakan-rakan yang saya kasihi, Sakit telinga mendengar, sakit lagi mulut yang berkata. Teguran dan nasihat guru sememangnya, umpama azimat yang tidak henti-henti kita dengar. Pelbagai rasa dan reaksi kita, namun, satu hakikat yang perlu kita pegang, Guru adalah guru, tidak jemu mengajar dan mendidik, tidak lekang nasihat dan amanat, dengan satu niat dan matlamat, agar kita semua menjadi insan

Upload: rameshloganathan

Post on 07-Jul-2016

223 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

Page 1: Teacher's Day Speech

Karya Dato' Usman Awang menyatakan....Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;Sejarahnya, dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya, mengajar tulis-baca.

Syukur kita kehadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapatlah kita bersama-sama pada hari ini, berkumpul bagi meraikan, sambutan HARI GURU TAHUN 2016.

Guru-guru dan rakan-rakan sekelian,

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, merupakan hari yang diraikan, sempena perjuangan dan pengorbanan setiap guru, hari di mana kita sebagai pelajar, meluahkan rasa terima kasih, dan penghargaan yang sepenuhnya, kepada guru-guru kita, yang telah tidak jemu berusaha mengajar, dan tidak sunyi dari menegur segala kesilapan, agar kita semua menjadi insan yang cemerlang. Kelibat dan bayangan guru, sentiasa bermain di minda kita, kerana semua guru kita ini, adalah faktor utama, dalam prosedur pembelajaran, sebelum kita semua melangkah, ke alam kehidupan yang lebih luas. Pastinya, segala yang diajar, segala yang ditegur, segala yang dimarah, segala yang dididik, akan menjadi pedoman kita pada masa depan. 

Indah seloka tajamnya tintaBicara tulus sepenuh jiwaPengorbanan mereka amat bermaknaBekalan untuk kita semua

Bertepatan dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru pembina negara bangsa’’ menunjukkan peri pentingnya peranan guru sebagai pendidik dalam membentuk murid yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, memiliki jati diri yang kukuh, berdaya saing dan berpegang teguh kepada ajaran agama serta nilai sejagat

rakan-rakan yang saya hormati,

Rakan-rakan yang saya kasihi,Sakit telinga mendengar, sakit lagi mulut yang berkata. Teguran dan nasihat guru sememangnya, umpama azimat yang tidak henti-henti kita dengar. Pelbagai rasa dan reaksi kita, namun, satu hakikat yang perlu kita pegang, Guru adalah guru, tidak jemu

Page 2: Teacher's Day Speech

mengajar dan mendidik, tidak lekang nasihat dan amanat, dengan satu niat dan matlamat, agar kita semua menjadi insan yang berguna.

Sinar bercahaya ibarat mutiaraMegah berdiri ibarat panglimaTutur kata budi bicaraPedoman kita di hari muka

Guru-guru dan rakan-rakan yang budiman,Setiap insan di dunia ini, belajar daripada seorang guru. Tanpa guru, kita tidak boleh membaca, menulis dan menguasai ilmu. Guru ibarat lampu, yang menerangi kegelapan malam. Guru ialah insan, yang mesti kita hormati, selepas ibu bapa kita. Menghormati dan mematuhi arahan guru, adalah sangat dituntut oleh setiap agama, agar apa yang kita pelajari, menjadi berkat dan dirahmati tuhan.

Buat guru-guru yang disayangi, Kami semua memohon jutaan ampun dan maaf, atas segala kesalahan dan kesilapan, berilah peluang kepada kami, untuk belajar dan memperbaiki kesalahan dan kesilapan tersebut. Kami memerlukan guru semua sebagai pengajar, pembimbing, rakan dan sahabat untuk membentuk sahsiah diri kami, dan memajukan pelajaran kami. Juga segunung penghargaan dan terima kasih, atas segala ilmu yang bermanfaat, bagi kami semua. Redhalah dengan segala yang telah guru semua taburkan kepada kami, moga cahaya kecemerlangan, semakin hampir digenggaman kami dan doakan agar kami berjaya di dunia dan di akhirat.

Terima kasih Cikgu... jasamu akanmkmai kenang selalu..Selamat Hari Guru.