tatacara pentadbiran senarai semak masalah mooney

Upload: noor-aisyah

Post on 06-Jul-2018

265 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 Tatacara Pentadbiran Senarai Semak Masalah Mooney

    1/3

    TATACARA PENTADBIRAN SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY

    (SSMM)

    I. UMUM

    Senarai semak ini ditadbir secara sendiri. Arahan bagi senarai semak initerdapat pada helaian pertama senarai semak. Pelajar kolej kebiasaannya

    menanda senarai semak ini di luar kelas. Pelajar sekolah menengah dan

    menengah rendah kebiasaannya menanda SSMM semasa waktu

    persekolahan. Arahan pada senarai semak boleh di baca dengan kuat

    apabila dijalankan kepada kumpulan dalam kelas. Semasa proses

    pentadbiran, pastikan ada pengawasan atau seliaan untuk melindungi

    setiap pelajar daripada diganggu pelajar lain. Semasa menyelia kumpulan,

    guru harus memastikan bahawa dia tidak memberi gambaran kepada

    pelajar bahawa dia mungkin ingin tahu tentang masalah yang pelajartanda.

    II. MASA

     Tempoh 35 minit diperlukan bagi !3 daripada keseluruhan kumpulan

    untuk menyemak SSMM. "ika melibatkan kesluruhan, lebih kurang 5# minit

    diperlukan. "ika terdapat indi$idu yang lambat menyiapkan senarai semak,

    mereka harus diberi peluang untuk menyiapkan sehingga habis.

    %emungkinan mereka mengalami masalah yang teruk.

    III. PENDEDAHAN IDENTITI

    &agi tujuan kajian dan penyelidikan, ia mungkin wajar untuk mendapatkan

     jawapan tanpa memerlukan pelajar untuk mendedahkan identitinya.. "ika

    senarai semak dikira oleh kerani atau guru'guru, pelajar tidak perlu

    mendedahkan identiti mereka dan dalam keadaan ini pelajar perlu

    dimaklumkan mengenai tujuan kajian yang dijalankan. "ika pelajar itu

    mengisi senarai semak untuk kaunselor khususnya, sudah tentu pelajar

    perlu menyediakan identitinya. %eadaan ini tidak sukar jika pelajar sudah

    ada hubungan rapport dan kepercayaan kepada kaunselor. "ika ada

    situasi kajian yang dijalankan oleh kaunselor kepada sekumpulan pelajar

    bermasalah untuk mengenalpasti tahap masalah mereka, kaunselor boleh

    menyediakan kad yang mempunyai nombor kod. Apabila mengedarkan

    senarai semak untuk ditadbir, kaunselor memberi sekali kad yang

    mempunyai nombor kod itu. Pelajar akan menulis nama mereka di atas

    kad yang diberi dan nombor kod di atas senarai semak. %aunselor akan

  • 8/16/2019 Tatacara Pentadbiran Senarai Semak Masalah Mooney

    2/3

    mengutip kad yang sudah diisi dan maklumat identity pelajar hanya boleh

    diakses oleh pihak kaunselor sahaja. (uru'guru atau kerani yang mengira

    senarai semak tidak akan tahu tentang identiti pelajar yang menjawab

    senarai semak.

    PEMARKATAN

    )ombor'nombor yang telah dibulatkan dikira. %emudian, masalah'

    masalah yang telah digariskan dikira. %edua'dua yang dibulatkan dan

    digariskan dicampur untuk mendapatkan bilangan keseluruhan masalah.

    %emudian, jumlah markah dikumpulkan mengikut kategori seperti

    %esihatan , Personal , Seks Pekerjaan, agama, dan lain'lain. Akhir sekali,

    masalah akan di susun daripada tahap paling tinggi ke paling rendah

    mengikut jumlah markah. *ontohnya, jika kategori masalah kesihatan

    mempunyai jumlah markah paling tinggi, kaunselor akan dapat kenalpasti

    bahawa isu kesihatan yang perlu dibincangkan terlebih dahulu.

    NORMA

    Senarai semak ini menghasilkan kiraan untuk setiap orang bagi setiap kawasan, dan untuk

     jumlah senarai item. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa kiraan ini tidak adalah skor

    sebenar. Ia hanyalah jumlah kiraan masalah yang sudah dikenalpasti pelajar sebagai perkara-

     perkara yang mengganggunya. Bagi senarai semak ini, tiada noram yang yang piawai, dan

     penulis mencadangkan untuk menggunakan pendekatan norma tempatan atau norma kajian

    yang dijalankan.

    Kaunselor perlu sedar bahawa kepentingan bilangan masalah yang ditanda oleh setiap satu

    individu tidak boleh diketahui kecuali dengan melihat jumlah sesi kaunseling yang

    dijalankan. Seseorang yang menanda banyak masalah dalam senarai semak mungkin

    mempunyai banyak masalah yang mana kaunseling mungkin dapat membantu. Begitu juga

  • 8/16/2019 Tatacara Pentadbiran Senarai Semak Masalah Mooney

    3/3

     bagi purata dan taburan kekerapan bagi sesuatu kajian. orma kajian hanya dapat diketahui

    apabila sebahagian besar kajian telah dijalankan berdasarkan tujuan kajian.