tatabahasa 3 (e)

5
CSL2011 TSJ TATABAHASA 3(b) 1 LATIHAN 1 : SEKOLAH BERASRAMA PENUH (e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam rasuah kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan hukum agama. Amalan rasuah dalam jangka panjang mampu memusnahkan sesebuah negara. Golongan yang terlibat dalam gejala rasuah selama ini, sekalipun mereka cuba menyembunyikan perbuatan jahat tersebut, suatu masa nanti mereka pasti akan diketahui oleh masyarakat. Kejahatan mereka tidak mampu disembunyikan daripada ketahui orang. [6 markah] LATIHAN 2 : MRSM (e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi tersebut. Walaupun Shahida dan Shahira adik-beradik kembar tetapi kedua-duanya mempunyai minat dan perwatakan yang sangat berbeza. Mereka sentiasa berselisih faham dan sering bertengkar dalam menegakkan pendirian masing-masing. Ibu mereka selalu memberi nasihat agar mereka bertolak ansur antara satu sama lain namun tidak dihiraukan. Perselisihan yang berlarutan itu berakhir apabila mereka mula insaf dan bermaafan-maafan. [6 markah] LATIHAN 3 : MPSM MELAKA (e) Baca petikan di bawah dengan teliri. kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan tersebut. Adiba anak yang rajin dan sering membantu ibu bapanya. Dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya tetapi Adiba berasa serba salah sama ada hendak memilih tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atau di dalam negara. Ibu bapa Adiba menyerahkan kepada Adiba untuk membuat keputusan kerana dia sahaja yang dapat membuat pilihan yang tepat.

Upload: asti-ali

Post on 27-Oct-2015

1.557 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bb

TRANSCRIPT

Page 1: Tatabahasa 3 (e)

CSL2011 TSJ TATABAHASA 3(b)

1

LATIHAN 1 : SEKOLAH BERASRAMA PENUH

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya

tidak terlibat dalam rasuah kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan hukum agama. Amalan rasuah dalam jangka panjang mampu memusnahkan sesebuah negara. Golongan yang terlibat dalam gejala rasuah selama ini, sekalipun mereka cuba menyembunyikan perbuatan jahat tersebut, suatu masa nanti mereka pasti akan diketahui oleh masyarakat. Kejahatan mereka tidak mampu disembunyikan daripada ketahui orang.

[6 markah]

LATIHAN 2 : MRSM

(e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi tersebut.

Walaupun Shahida dan Shahira adik-beradik kembar tetapi kedua-duanya mempunyai minat dan perwatakan yang sangat berbeza. Mereka sentiasa berselisih faham dan sering bertengkar dalam menegakkan pendirian masing-masing. Ibu mereka selalu memberi nasihat agar mereka bertolak ansur antara satu sama lain namun tidak dihiraukan. Perselisihan yang berlarutan itu berakhir apabila mereka mula insaf dan bermaafan-maafan.

[6 markah]

LATIHAN 3 : MPSM MELAKA (e) Baca petikan di bawah dengan teliri. kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan

tersebut.

Adiba anak yang rajin dan sering membantu ibu bapanya. Dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya tetapi Adiba berasa serba salah sama ada hendak memilih tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atau di dalam negara. Ibu bapa Adiba menyerahkan kepada Adiba untuk membuat keputusan kerana dia sahaja yang dapat membuat pilihan yang tepat.

Page 2: Tatabahasa 3 (e)

CSL2011 TSJ TATABAHASA 3(b)

2

LATIHAN 4 : MPSM JOHOR (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan

maksud ayat tersebut

(i) Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dibuang. (ii) Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda. tetapi cuba membaikinya hingga benda

itu menjadi rosak. (iii) Jangan sengaja mencari kesusahan.

[6 markah) LATIHAN 5 : MPSM PERLIS (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudlan kemukakan peribahasa yang sesuai dengan

situasi yang terdapat dalam ayat. (i) Kenderaan yang lalu-lalang di pusat bandar tidak berhenti-henti mulai pukul 5.00 petang

hingga ke pukul 8.00 malam kerana kebanyakan pekerja awam dan swasta akan pulang ke rumah setelah selesai bertugas.

(ii) Kami amat gembira menerima kedatangan tuan-tuan dan puan-puan, malahan kami himpunkan saudara-mara untuk menyambut tuan-tuan," kata Pak Maun kepada wakil rombongan peminangan anaknya itu.

(Iii) Apabila majlis penyampaian hadiah selesai, pengetua dijemput menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat yang hadir merasmikan majlis itu. Perkara ini sudah menjadi kelaziman sebagai penghargaan atas budi baik tetamu berkenaan menerima undangan ke majlis yang dianjurkan.

[6 markah] LATIHAN 6 : MPSM SABAH (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-

ayat tersebut.

(i) Kita perlulah pandai membawa diri dan menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang. (ii) Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak sejak kecil lagi jika tidak mahu anak-anak

menimbulkan masalah apabila mereka dewasa nanti. (iii) Kita janganlah menjadi orang yang asyik mengikut kata orang lain tanpa membuat

pertimbangan terlebih dahulu. [6 markah]

Page 3: Tatabahasa 3 (e)

CSL2011 TSJ TATABAHASA 3(b)

3

LATIHAN 7 : MPSM SARAWAK (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-

ayat tersebut.

(i) Semua warganegara asing yang datang ke Malaysia mestilah mematuhi undang-undang negara ini.

(ii) Setelah anaknya dimasukkan ke hospital kerana menghidap demam denggi, barulah Encik Rajes membersihkan persekitaran rumahnya.

(iii) Rusdi yang mengambil buku Geetha, Roslan pula yang dituduh melakukan perbuatan itu. [6 markah]

LATIHAN 8 : MPSM SELANGOR (e) Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.

(i) Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. (ii) Bagai mencurah garam ke laut. (iii) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

[6 markah] LATIHAN 9 : MPSM TERENGGANU (e) Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan

penggunaannya.

(i) indah khabar daripada rupa. (ii) meninggi diri. (iii) kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

[6 markah] LATIHAN 10 : MPSM PULAU PINANG (e) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu lagi peribahasa yang sama

maksudnya dengan peribahasa dalam ayat tersebut.

(i) Orang yang baik, walau di mana-mana berada akan dimuliakan juga, umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga.

(ii) Dis sepatutnya berfikir semasak-masaknya sebelum meletak jawatan kerana dia belum pasti mendapat pekerjaan di bandar itu, takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

(iii) Jangan sekali-kali kita berludah ke langit, kerana perbuatan itu umpama mengeji diri sendiri..

[6 markah]

Page 4: Tatabahasa 3 (e)

CSL2011 TSJ TATABAHASA 3(b)

4

LATIHAN 11 : MPSM NEGERI SEMBILAN (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan peribahasa yang diberi dalam ayat

dengan peribahasa atau kata-kata hikmat yang hampir sama ertinya dengan peribahasa tersebut.

(i) Sifat lemah lembut Mei Ling sama seperti ibunya. Hal ini bertepatan dengan pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.

(ii) Kembalinya Datuk Misbun Sidek ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia amat dialu-alukan demi pembangunan sukan badminton negara. Hal ini samalah seperti pepatah sirih pulang ke gagang.

(iii) Semasa berlakunya krisis air di Melaka, para peniaga menangguk di air yang keruh dengan menaikkan harga tong air dan baldi.

[6 markah] LATIHAN 12 : MPSM PAHANG (e) Beri maksud setiap peribahasa di bawah ini.

(i) Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya. (ii) Nasi sudah menjadi bubur (iii) Seperti api di dalam sekam.

[6 markah] LATIHAN 13 : MPSM KEDAH (e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian beri maksud peribahasa yang dihitamkan.

Abah termangu lagi. Setiap waktu abah menghitung hari. Lama-kelamaan dia akan tua juga. Dia akan menjadi seperti bapanya. Menjadi tua dan uzur. Jika dia terus membantahntindakan anaknya, sampai bila mereka akan berbaik semula. Abah tidak mahu berpatah arang, berkerat rotan. Abah juga tidak mahu berkeras seperti bapanya yang keras kepala. Semasa abah hendak memeluk Islam, datuk Anang melarang tindakannya. Sehinggalah datuk Anang meninggal akibat dilenyek gajah turun minyak ketika memburu di hutan. Sesudah itu, barulah abah boleh memeluk Islam tanpa halangan.

[6 markah]

Page 5: Tatabahasa 3 (e)

CSL2011 TSJ TATABAHASA 3(b)

5

LATIHAN 14 : MPSM PERAK (e) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Dato’ Rashid mengharapkan para pekerjanya dapat bekerja secara proaktif tanpa perlu disuruh. Dengan kata lain, Dato’Rashid tidak mahu para pekerjanya bersikap seperti.........

(ii) Sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut di luar negara, amin sentiasa mematuhi peraturan dan adat resam di tempat orang kerana........

(iii) Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan skim cepat kaya. Hal ini kerana kebanyakan mangsa membuat laporan polis setelah terperangkap dengan skim ini. Keadaan ini tidak berguna lagi kerana sikap sedemikian sama seperti peribahasa............

[6 markah] LATIHAN 15 : MPSM KELANTAN (e) Nyatakan satu peribahasa yang menepati maksud di bawah.

(i) melakukan pekerjaan yang sia-sia. (ii) Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (iii) Keadaan orang yang berilmu tetapi tidak menunjuk-nunjukkan dirinya.

[6 markah]