modul tatabahasa (soalan 3) shereen lai shi min 4sc1.docx

45
Set 1 3 (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) perilaku (ii) prabayar (iii) poliklinik (iv) pancaindera (v) prokerajaan (vi) pascamerdeka [ 6 markah ] 3(b) Tulis semula cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya. Cikgu Ani :Kenapa awak tak datang latihan bola jaring petang semalam? Sara :Sssaya... minta maaf cikgu. Saya ada hal penting di rumah. Cikgu Ani :Patutnya awak beritahu saya lebih awal. Taklah saya tertunggu-tunggu awak. Sara :Er...! Saya betul-betul dalam kecemasan. Cikgu Ani :Sebenarnya apa yang berlaku, Sara? Sara :Mak saya tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke hospital. [ 6 markah ] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Novel itu mempamerkan tema permasalahan sosial di dalam kalangan remaja di ibu kota.

Upload: shereenxlsm

Post on 08-Nov-2015

1.410 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Set 1

3 (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) perilaku(ii) prabayar(iii) poliklinik(iv) pancaindera(v) prokerajaan(vi) pascamerdeka [ 6 markah ]

3(b) Tulis semula cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya.

Cikgu Ani :Kenapa awak tak datang latihan bola jaring petang semalam?Sara :Sssaya... minta maaf cikgu. Saya ada hal penting di rumah.Cikgu Ani :Patutnya awak beritahu saya lebih awal. Taklah saya tertunggu-tunggu awak.Sara :Er...! Saya betul-betul dalam kecemasan.Cikgu Ani :Sebenarnya apa yang berlaku, Sara?Sara :Mak saya tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke hospital. [ 6 markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Novel itu mempamerkan tema permasalahan sosial di dalam kalangan remaja di ibu kota.(ii) Guru menyapa perlakuan pelajarnya yang agak kurang sopan bila bercakap dengan orang yang lebih tua.(iii) Bersesuaian dengan kedudukan kampung kami di kawasan lapangan padi, semua para petani mengusahakan sawah yang diwarisi turun-temurun. [6 markah]

3(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin iaitu molekul protin yang besar dan amat penting dalam penghidupan.(ii) Kitar semula dapat menjimatkan kegunaan sumber semulajadi di samping menjamin kebersihan alam sekitar.(iii) Sastrawan mendapat kepuasan dan keseronokkan jika buah fikiran mereka dihargai oleh masyarakat. [6 markah]

e)Baca ayat yang mengandungi peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa lain yang setara maksudnya dengan peribahasa tersebut.

(i) Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan seperti cincin dengan permata kerana kedua-duanya sama cantik dan sama padan.(ii) Sikap Liza yang melupakan jasa ibu angkatnya Marina, tidak ubah seperti ulat lupa akan daun kerana dia sanggup mengikut ibu kandungnya berpindah ke luar negara.(iii) Walaupun Tan Sri Johan telah dilantik menjadi Pengerusi Syarikat Daya Maju yang terkenal di Asia Tenggara, beliau masih mengamalkan sikap rendah diri dan senang bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. [6 markah]

Jawaban Set 1

Soalan 3a - Perkataan yang diujiperilaku -keadaan/sifat/caraprabayar -telah dibayar terlebih dahulupoliklinik -klinik/hospital tempat merawat pelbagai penyakitpancaindera -deria atau alat perasa yang limaprokerajaan -menyokong kerajaanpascamerdeka -selepas kemerdekaan

Soalan 3b (i) Cikgu menanyakan sebab Sara tidak datang ke latihan bola jaring yang diadakan pada petang semalamnya.(ii) Dengan tergagap-gagap Sara meminta maaf daripada gurunya dan menjelaskan bahawa dia mempunyai urusan penting di rumahnya.(iii) Cikgu Ani menyatakan bahawa Sara sepatutnya memaklumkannya terlebih dahulu supaya dia tidak tertunggu-tunggu akan kedatangan Sara.(iv) Dengan perasaan bersalah, Sara memberitahu Cikgu Ani bahawa dia memang berada dalam kecemasan.(v) Cikgu Ani menanyakan sebab sebenar perkara yang berlaku kepada Sara.(vi) Sara menerangkan bahawa ibunya telah jatuh sakit secara tiba-tiba dan terpaksa dibawa ke hospital.

Soalan 3c.

(i) protin - proteinpenghidupan kehidupan(ii) kegunaan - penggunaansemulajadi - semula jadi(iii) Sastrawan - Sasterawankeseronokkan keseronokan

Soalan 3d

(i) mempamerkan - memaparkan/menggarapkan/mengetengahkan/mengemukakandi dalam kalangan - dalam kalangan(ii) menyapa - menegurbila apabila(iii) lapangan - jelapang/sawah/penanamansemua para - semua/para

Soalan 3e(i) peribahasa lain yang setara - bagai pinang dibelah dua(ii) peribahasa lain yang setara - seperti kacang lupakan kulit.(iii) peribahasa lain yang setara - ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanyaSet 2

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan .penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.(i) abadi(ii) akhlak(iii) iltizam(iv) istirahat(v) syumul(vi) zuriat [6 markah]

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenai pasti dan tulis subjek dan predikat dengan lengkap bagi setiap ayat dalam petikan seperti yang berikut:

Subjek :______________________________________________________________Predikat :______________________________________________________________

Seseorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko. Kerjaya ini menuntut keberanian juruterbang memandu pesawat. Kemahiran memandu kapal terbang lebih sukar daripada memandu kenderaan lain. Cara pengendaliannya amatlah berbeza. Mereka perlu menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan. Juruterbang yang berkemahiran mampu menerbangkan pesawat tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. [6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Anggota keselamatan mengetatkan kawalan di segenap pelusuk kampung itu kerana kejadian penceroboh yang berlaku baru-baru ini.(ii) Setiap bandaraya di dunia biasanya mempunyai padatan penduduk melebihi sejuta orang.(iii) Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka peranan hulu balang sangat penting untuk jaminan keamanan negeri.[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satukesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahantatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat video klip berkenaan pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.(ii) Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang Berhormat Perdana Menten telah mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara ini.(iii) "Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada masyarakat," titah raja kepada rakyatnya.[6 markah]

(e) Baca peribahasa di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sama maksuddengan peribahasa tersebut.

(i) Gagak pulang ke benua.(ii) Alang-alang berdakwat biar hitam.(iii) Musuh dalam selimut. [6 markah]

Jawaban Set 2

Jawapan 3(a)(i) abadi -ada permulaan yang tiada pengakhiran (bkn masa, kehidupan, kenangan dsb): Kehidupan akhirat adalah kehidupan yang abadi. -wujud atau berterusan untuk selama-Iamanya (sepanjang hayat dsb), tidak berkesudahan, kekal: keamanan yang abadi; kasih sayang yang abadi;

(ii) akhlak -budi bahasa, kelakuan, tabiat Pemuda itu sudah rosak akhlaknya.

(iii) iltizam -keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu,komitmen Usaha pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah disertai oleh iltizam daripadakerajaan sendiri. -penyataan berupa persetujuan (perjanjian) yang menyebabkan seseorang (sesuatu pihak) terikat(berazam) untuk melakukan sesuatu Saribuku adalah satu lagi iltizam DBP dalam usaha untuk menggalakkan budaya membaca.

(iv) istirahat -keadaan atau suasana santai Kita memerlukan istirahat yang cukup.

(v) syumul -bersifat menyeluruh dan sempurna Undang-undang Islam bersifat syumul dan universal.

(vi) zuriat -keturunan, benih, baka, anak atau anak cucu Pak Mail dan Mak Jimah tidak mempunyai zuriat walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga. [Maksimum: 6 Markah]

Jawapan 3(b) Kenai pasti Subjek dan Predikat(i) subjek : Seseorang juruterbang predikat : sering berhadapan dengan cabaran dan risiko.(ii) subjek : Kerjaya ini predikat : menuntut keberanian juruterbang memandu pesawat.(iii) subjek : Kemahiran memandu kapal terbang predikat : lebih sukar daripada memandu kenderaan lain(iv) subjek : Cara pengendaliannya predikat : amatlah berbeza(v) subjek : Mereka predikat : perlu menjalani latihan khas di pusat latihan penerbanganvi) subjek : Juruterbang yang berkemahiran . predikat : marnpu menerbangkan pesawat tanpa mengira sarna ada perjalanan itu jauh atau dekat [Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(c)(i) pelusuk - pelosok penceroboh - pencerobohan(ii) bandaraya - bandar raya padatan - kepadatan(iii) hulu balang - hulubalang jaminan - menjamin [Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(d)(i) dokumentasi - dokumentari video klip - klip video(ii) Yang Berhonnat - Yang Amat Berhormat ke - kepada(iii) hadiah - bintang / pingat dianugerahkan oleh beta - beta anugerahkan [Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (e)(i) Ikan pulang ke lubuk / belut pulang ke lumpur / berapa tinggi terbang bangau, akhimya hinggap di belakang kerbau juga / setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap ke bubungan juga / tak sungguhseluang melaut akhirnya balik ke tepi juga.

(ii) Alang-alang mandi biar basah/ alang-alang berminyak biar licin / mati-mati minyak biar licin alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

(iii) Gunting dalam lipatan/duri dalam daging/api dalam sekam *Tiada 1 markah untuk soalan ini. [Maksimum : 6 markah]

Set 3

3 (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) Andaikata(ii) Apabila(iii) Manakala(iv) Sekiranya(v) Sementara(vi) tatkala [6 markah]

3 (b) Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksua asalnya.

(i) Puan Hasnah menghantar anak lelakinya ke sekolah berasrama.(ii) Mereka telah menyusun kerusi di dewan kuliah umum pada pagi tadi.(iii) Tukang kebun itu selalu membersihkan kawasan sekolah pada hujung minggu. [6 markah]

3( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sikap penduduk penempatan yang tidak bertanggungjawab telah dikenal pasti sebagai punca untama tercetusnya masaalah pencemaran sungai itu.(ii) Usaha para belia di kampung itu yang gigih mengusahakan penananam kontan tampaknya telah menelorkan hasil yang lumayan.(iii) Pihak polis mencuba menyakinkan orang tua itu bahawa kedua-dua orang anaknya yang dicolek itu masih hidup dan dapat diselamatkan.

[6 markah]

3 (d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Untuk memastikan yang produktiviti syarikat mereka bertambah, Encik Hasnan berjanji memberikan bonus sebagai intensif kepada para pekerjanya.(ii) Pelajar diharapkan bahawa bersabar kerana para pihak pentadbiran sekolah akan membasmi masalah kerosakan tandas itu dengan segera.(iii) Mereka mengadakan perbualan tersebut untuk menyelesaikan segala masalah yang penduduk di situ alami. [6 markah]

3 ( e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Semua orang memuji tingkah laku Munira yang lemah lembut seperti ibunya.(ii) Mesyuarat yang diadakan untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah syarikat tidak dapat jalan penyelesaiannya kerana semua ahli lembaga pengarah bertelagah sesama sendiri.(iii) Sia-sia sahaja ayah menasihati Abang Amir kerana nasihat ayah itu langsung tidak dipedulikannya.

[6 markah]

Jawaban Set 3

3 (a)

(i) Saya akan memohan pekerjaan itu andaikata saya gagal untuk melanjutkan pelajaran.(ii) Para pengadil telah bersedia di tempat masing-masing apabila pertandingan itu hendak dimulakan.(iii) Arif gemar bermain alat muzik manakala adiknya berminat untuk menjadi penyanyi.(iv) Sekiranya banjir berlaku, pusat peperiksaan itu akan dipindahkan ke tempat lain.(v) Beberapa orang penunggang motosikal sedang berteduh di bawah bangunan itu sementara menanti hujan berhenti.(vi) Rompakan itu berlaku tatkala orang ramai sedang sibuk berurusan dengan pihak bank.

3(b)

(i) Anak lelakinya dihantar ke sekolah berasrama oleh Puan Hasnah.(ii) Kerusi di dewan kuliah umum telah disusun oleh mereka pada pagi tadi.(iii) Kawasan sekolah selalu dibersihkan oleh tukang kebun pada hujung minggu.

3( c)

(i) Penempatan-setempatMasaalah-masalah(ii) Penanaman-tanamanMenelorkan-menelurkan(iii) Menyakinkan-meyakinkanDicolek-diculik

3 (d)

(i) Yang-bahawaIntensif-insentif(ii) Bahawa-agarMembasmi-menangani(iii) Perbualan-perbincanganPenduduk di situ alami- dialami oleh penduduk di situ3 ( e)

(i) Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaiman contoh begitulah gubahannya(ii) Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing(iii) Masuk ke telinga kanan, keluar melalui telinga kiri/ mencurahkan air ke daun keladi/ didengar ada, dipakai tidak

Set 4

3(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) Perbatasan-pembatasan(ii) Pembicaraan-perbicaraan(iii) Pengajian-pengkajian [6 markah]

3(b) Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksua asalnya.

(i) Saya telah menyelimutkan budak yang kesejukan itu dengan kain.(ii) Semua pihak telah menyetujui cadangan Encik Halim itu.(iii) Pustakawan di perpustakaan Universiti Industri Selangor itu sedang mengelaskan buku kepada beberapa kategori.

3 ( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pihak berkuasa mampu mempertingkatkan eko-sistem di Taman Negara yang kaya degan sumber flora dan fauna.(ii) Para peserta seminar itu telah memberikan penerangan yang jelas tentang profesyen sebagai kaunselor.(iii) Ahli-ahli persatuan belia diingatkan agar mengenepikan perbezaan pendapat demi mewujudkan perpaduan yang menjadi moto belia seMalaysia. [6 markah]

3 (d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Saya mewakili penduduk kampung ingin nmengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran pegawai daerah untuk mengisytiharkan Program Masyarakat Penyayang.(ii) Wahai generasi muda, berbaktilah pada ibu bapa dan Negara yang tercinta ini, kata Menteri Besar ketika bercakap dalam majlis Hari Belia.(iii) Lukisan-lukisan yang bergayut di dinding itu menarik perhatian para pelancong.

[6 markah]

3( e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.

(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.(ii) Pelajar baharu itu berasal daripada kerabat diraja tetapi dia dapat bergaul dengan pelajar-pelajar dalam kalangan orang biasa.(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja secara berlebih-lebihan.

[6 markah]

Jawaban Set 4

3 (a)

(i) - Latihan perang antara askar kedua-dua buah negara tersebut akan diadakan di perbatasan Malaysia dengan negara Thai. Pembatasan sawah-sawah padi itu dapat mengawal takungan air di dalam setiap petak sawah.(ii) - Isu yang disentuh dalam pembicaraan kedua-dua orang pemimpin itu berkisar tentang keamanan sejagat. Peguam itu meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan itu kerana anak guamnya tidak sihat.(iii) - Abang sulung saya telah melanjutkan pengajian ke luar negara. Pengkajian untuk menghasilkan minyak sawit yang bermutu tinggi sedang dijalaankan oleh beberapa orang pakar sains.

3(b)

(i) Budak yang kesejukan itu telah saya selimutkan dengan kain.(ii) Cadangan Encik Halim itu telah dipersetujui oleh semua pihak.(iii) Buku sedang dikelaskan kepada beberapa kategori oleh pustakawan di perpustakaan Universiti Industri Selangor.

3( c)

(i) Mempertingkatkan-meningkatkanEko-sistem-ekosistem(ii) Memberikan-diberiProfesyen-profesion(iii) Mengenepikan-mengetepikanseMalaysia-se-Malaysia

3(d)

(i) Berbanyak-berbanyak-banyakMengisytiharkan-merasmikan(ii) Pada-kepadaBercakap-berucap(iii) Bergayut-bergantungdi-pada

3( e)

(i) Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul(ii) Jika ular menyusur akar, tiada hilang bisanya(iii) Ukur baju di badan sendiri

Set 5

3 (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) Tunjuk-telunjuk(ii) Gigi-gerigi(iii) Ganggang-gelanggang [6 markah]

3 (b) Tukarkan ayat songsang di bawah ini kepada ayat biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Tidur berlantaikan simenlah pekerja-pekerja yang berpiket itu.(ii) Telah menelan ubatlah pesakit yang berbadan gemuk itu.(iii) Sedang melayan pengunjung restorannyalah lelaki berbangsa India itu.

[6 markah]

3( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Para ilmuan sedang berbincang tentang cara-cara untuk meningkat hasil negara dalam bidang komersial.(ii) Kandungan kolestrol yang tinggi menyebabkan pemimpin itu menyerang penyakit jantung secara tiba-tiba.(iii) Ibu pejabat kontingen polis di Jalan Bendahara itu dilengkap kemudahan computer yang canggih. [6 markah]

3 (d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sebagai pelajar, kita mesti tabah merempuh segala cabaran agar supaya kita berjaya dalam pelajaran. (ii) Kami mendukung amalan untuk memajukan dan meningkatkan prestasi syarikat ini mulai dari tahun 2009.(iii) Laporan itu ada dengan pengarah syarikat untuk ditatap oleh beliau sebelum dibentangkan dalam mesyuarat tahunan. [6 markah]

3( e) Bacakan petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Penduduk di kampung itu hidup harmoni dan saling membantu antara satu dengan yang lain. Sekiranya ada sesuatu program atau majlis yang diadakan, mereka bermuafakat untuk menjayakannya. Ketua kampung itu sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan anak buahnya. Apabila timbul sesuatu masalah, beliau akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan baik agar semua pihak berpuas hati. [6 markah]

Jawaban Set 5

3 (a)

(i) - Puan Yati memberikan tunjuk ajar kepada pembantu rumahnya tentang cara memasak kari ayam. Jari telunjuk Saiful cedera kerana tersepit di celah tingkap itu.(ii) - Ibu tidak dapat tidur kerana adik yang sakit gigi asyik merengek. Ayah menyapu minyak pada gerigi gergaji itu supaya tidak berkarat.(iii) - Hubungan Farah dengan Adila sudah mulai ganggang sejak berlakunya pertelingkahan tempoh hati. Para sasterawan menjadikan Dewan Bahasa dan Pusaka sebagai gelanggang berdialog tentang isu bahasa dan sastera.3(b)

(i) Pekerja-pekerja yang berpiket itu tidur berlantaikan simen.(ii) Pesakit yang berbadan gemuk itu telah menelan ubat.(iii) Lelaki berbangsa India itu sedang melayan pengunjung restorannya.

3( c)

(i) Ilmuan-ilmuwanMeningkat-meningkatkan(ii) Kolestrol-kolesterolMenyerang-diserang(iii) Kontigen-kontijenDilengkap-dilengkapi

3(d)

(i) Merempuh-menempuhAgar supaya-agar/supaya(ii) Amalan-usahaMulai dari-mulai(iii) Dengan-padaDitatap-diteliti

3( e)

(i) Bagai aur dengan tebing(ii) Muafakat membawa berkat(iii) Menarik rambut di dalam tepung

Set 6

3(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) Terayun-ayun(ii) Terlayang-layang(iii) Terlonjak-lonjak(iv) Termangu-mangu(v) Terliuk-liuk(vi) Terehendap-hendap [6 markah]

3 (b) Tukarkan ayat biasa di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Sambutan Maal Hijrah di kawasan itu sungguh meriah.(ii) Tarikh tutup permohonan itu pada hari Jumaat.(iii) Rombongan pengantin itu tiba di Johor Bahru pada pukul 1.30 tengah hari. [6 markah]

3( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Encik Azlan sering menasihatkan rakan-rakannya supaya sabar menempuh dugaan hidup tetapi ketika musibah menimpa keluarganya, dia tidak dapat menanggongnya.(ii) Pulau-pulau yang cantik di pesisiran pantai Malaysia semakin menjadi tumpuan para pelancung asing.(iii) Kerajaan menggalakkan rakyatnya yang berbilang kaum supaya menjayakan progrem kemasyarakatan agar hubungan antara kaum dapat dipereratkan.

[6 markah]

3 (d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke pusat pembinaan itu di atas sebab-sebab keselamatan.(ii) Menurut sebuah majalah seni bina antarabangsa, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) diisytiharkan sebagai bangunan berkembar paling tinggi sekali di dunia.(iii) Pengetua akan membincangkan tentang masalah-masalah yang ditempuhi oleh guru kelas pada minggu depan.

[6 markah]

3( e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Oleh sebab rumah sering dikaitkan dengan slogan Rumahku Syurgaku, maka setiap orang amat berhati-hati ketika membeli rumah. Sebarang kesilapan akan mengundang kesusahan kepada para pembeli kerana ____(i)____. Terpulanglah kepada pembeli sama ada ingin memiliki rumah teres atau apartmen. Setiap manusia bebas membuat pilihan. Maklumlah ____(ii)____. Yang penting, berhati-hati apabila berurusan dengan pemaju sesebuah projek perumahan. Kadang-kadang ada sesuatu yang tersembunyi di balik tawaran harga rendah yang diiklankan, bak kata orang mungkin ___(iii)___.

[6 markah]

Jawaban Set 6

3(a)

(i) Buah rambai yang bergantungan itu terayun-ayun apabila ditiup angin.(ii) Dedaun pohon itu terlayang-layang di udara lalu berguguran di kawasan itu.(iii) Para penyokong pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan terlonjak-lonjak kegembiraan apabila pasukan mereka Berjaya menewaskan pasukan Selangor.(iv) Dia sering termangu-mangu seorang diri semenjak kehilangan kedua-dua ibu bapanya.(v) Amin begitu asyik memerhatikan daun-daun padi yang sedang terliuk-liuk ditiup angin.(vi) Saya terlihat dua orang lelaki terhendap-hendap berhampiran dengan rumak Pak Akil.

3 (b)

(i) Sungguh meriah sambutan Maal Hijrah di kawasan itu.(ii) Pada hari Jumaat tarikh tutup pemohonan itu.(iii) Tiba di Johor Bahru pada pukul 1.30 tengah hari rombongan pengantin itu.

3( c)

(i) Menasihatkan-menasihatiMenanggongnnya-menanggungnya(ii) Pesisiran-persisiranPelancung-pelancong(iii) Progrem-programDipereratkan-dipererat

3(d)

(i) Pusat-kawasanDi atas-atas(ii) Diisytiharkan-diiktirafPaling tinggi sekali-paling tinggi(iii) Membincangkan tentang-membincangkanDitempuhi-dihadapi

3( e)

(i) Sesal dahulu pendapatan sesal, kemudian tidak berguna(ii) Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan(iii) Ada udang di balik batu

Set 7

3 (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) Ingat(ii) Beringat-ingat(iii) Mengingat(iv) Mengingatkan(v) Peringatan(vi) Ingatan [6 markah]

3(b) Tukarkan perbualan di bawah ini kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

Hazleen: Minggu depan kita akan berkursus di Port Dickson.Haliza: Oh, begitu! Berapa lama?Hazleen: Empat hari.Haliza: Kursus apa? Wajibkah kita menyertai kursus itu?Hazleen: Kursus pembinaan pasukan. Semua staf di sini wajib menghadirinya.

[6 markah]

3( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Saya tidak akan mensesiakan peluang keemasan yang diberikan oleh pihak pengurusan untuk mendalamkan bidang grafik pada peringkat ijazah pula.(ii) Kebanyakan pengusaha kraftangan tempatan tidak dapat ditembusi pasaran antarabangsa kerana kurang pendedahan.(iii) Beliau yakin bahawa penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas akan dapat mengurang kejadian tanah runtoh di kawasan itu.

[6 markah]

3(d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pihak kerajaan telah memperuntukkan wang berjuta-juta ringgit untuk menaikkan industri pelancongan dalam negara dan di luar negara.(ii) Salleh dan Suresh tidak dapat memasuki pejabat itu kerana penjaga yang bertugas itu tidak memberikan kepada mereka kebenaran.(iii) Keempat orang pegawai Jabatan Perhutanan Sarawak itu tiba untuk memantau kerja-kerja pemeliharaan hutan paya bakau yang musnah sebagai akibat dilanda rebut.

[6 markah]

3( e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.

(i) Tun Abdul Razak dikenang jasa-jasanya yang banyak dalam membangunkan negara.(ii) Sejak presiden persatuan itu meletakkan jawatannya, pelbagai masalah dihadapi oleh ahli-ahli persatuan.(iii) Bagi mereka yang berpendapatan tinggi, tentulah mudah untuk membeli barang berjenama yang berada di pasaran sekarang.

[6 markah]

Jawaban Set 7

3(a)

(i) Ibu masih ingat akan peristiwa pahit itu walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku.(ii) Para pemandu dinasihati supaya sentiasa beringat-ingat semasa memandu di jalan raya.(iii) Farid tidak dapat mengingat kembali fakta sejarah yang dipelajarinya itu.(iv) Puan Kamila sering mengingatkan anak-anaknya agar menghormati orang yang lebih tua.(v) Kejadian yang berlaku ini menjadi peringatan kepada kamu.(vi) Ingatan Pak Darus masih kuat lagi walaupun usianya sudah lanjut.

3 (b)

Hazleen memberitahu Haliza bahawa pada minggu depan mereka akan berkursus di Port Dickson. Haliza bertanyakan Hazleen tentang jumlah hari kursus itu akan diadakan. Hazleen memberitahu Haliza bahawa kursus itu diadakan selama empat hari. Seterusnya, Haliza bertanya kepada Hazleen tentang kursus yang akan disertai oleh mereka. Dia turut bertanyakan sama ada mereka wajib atau tidak menyertai kursus itu. Hazleen memberitahukan bahawa kursus yang akan disertai itu adalah kursus pembinaan pasukan dan kehadiran semua staf diwajibkan.

3( c)

(i) Mensesiakan-mensia-siakanMendalamkan-mendalami(ii) Kraftangan-kraf tanganDitembusi-menembusi(iii) Mengurang-menguangkanRuntoh-runtuh

3(d)

(i) Menaikkan-memajukanDalam-di dalam(ii) Dapat-bolehKepada mereka kebenaran- kebenaran kepada mereka(iii) Keempat orang-keempat-empat orangPemeliharaan-pemuliharaan

3( e)

(i) Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama(ii) Seperti anak ayam kehilangan induk/patah kemudi, perahu hanyut(iii) Ada padi, semua kerja jadi, ada beras, semua kerja deras

Set 8

3(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) Menggalas(ii) Mengelek(iii) Menatang(iv) Mengusung(v) Menjinjing(vi) Menjunjung [6 markah]

3(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah ini kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Kerajaan menyarankan agar pengaplikasian teknologi maklumat kepada pelajar dan kepada pendidik. Langkah ini termasuklah penggunaan perisian dan reka bentuk computer terkini yang dihasilkan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut.

[6 markah]

3 ( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Acheh yang menjadi wilayah otonomi Indonesia itu mengalami kemusnahan yang luar biasa sebagai skibat gempa bumi yang melandai wilayah itu.(ii) Pengetua di sekolah itu menyeru semua pelajar agar mencontohi kejayaan pelajar yang cermerlang itu.(iii) Penanam-penanam sayur di kampung itu menjualkan semua hasil tanaman mereka kepada seorang taukeh Cina. [6 markah]

3(d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Berbagai bantuan telah disalurkan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan para petani supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang damai.(ii) Lembaran kerja yang dibentangkan oleh para-para cendekiawan itu mendapat perhatian daripada peserta seminar itu.(iii) Majlis penandatanganan perjanjian perpaduan dalam bidang pertahanan oleh pemimpin kedua-dua buah negara aka diadakan semalam. [6 markah]

3( e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksua dan penggunaannya.

(i) Tanam lalang, tak akan tumbuh padi(ii) Bersekutu bertambah mutu(iii) Malas menggerit, perut perit [6 markah]

Jawaban Set 8

3 (a)

(i) Sejak ayahnya meninggal dunia, Lokman terpaksa menggalas masalah syarikat itu.(ii) Ibu menyapu sampah sambil mengelek adik yang asyik merengek kerana tidak sihat.(iii) Puan Halimah pun keluar dari dapur sambil menatang sedulang minuman untuk tetamu.(iv) Dua orang lelaki sedang mengusung pemain yang cedera itu keluar dari padang.(v) Encik Amran keluar dari pejabatnya dengan menjinjing begnya.(vi) Walaupun sudah tua, petani itu mampu menjunjung bakul yang berisi sayur-sayuran.

3(b)

(i) Kerajaan menyarankan pengaplikasian teknologi maklumat kepada pelajar.(ii) Kerajaan menyarankan pengaplikasian teknologi maklumat kepara pendidik.(iii) Langkah ini termasuklah penggunaan perisian yang terkini.(iv) Langkah ini termasuklah penggunaan reka bentuk komputer yang terkini.(v) Perisian komputer terkini dihasilkan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut.(vi) Reka bentuk komputer terkini dihasilkan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut.

3( c)

(i) Otonomi-autonomiMelandai-melanda(ii) Mencontohi-mencontohCermerlang-cemerlang(iii) Menjualkan-menjualTaukeh-tauke

3(d)

(i) Berbagai-berbagai-bagai/pelbagaiDamai-selesa(ii) Lembaran-kertasPara-para cendekiawan-para cendekiawan(iii) Perpaduan-persefahamanAkan-telah

3( e)

(i) Hukuman yang kamu terima ini adalah sebagai balasan atas perbuatan kamu kerana tanam lalang tak akan tumbuh padi.(ii) Kita haruslah saling membantu antara satu dengan yang lain untuk menjayakan tugasan ini kerana bersekutu bertambah mutu.(iii) Jika kita malas untuk berusaha, kita juga yang mendapat susah kerana kata pepatah malas menggerit, perut perit.Set 9

3(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) Dwibahasa(ii) Prakata(iii) Prasangka(iv) Prasarana(v) Prasekolah(vi) Tatasusila [6 markah]

3(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut.

Subjek:_____________________________________________________________________Predikat:___________________________________________________________________

(i) Pak Adil meminta mengandangkan kambing-kambingnya itu.(ii) Lauk-pauk yang di atas meja itu dimasak oleh ibu saya.(iii) Adik merengek sejak tadi kerana tidak sihat.(iv) Penduduk di perkampungan nelayan itu sedang menambak tebing pantai itu.(v) Baju kurung yang diperbuat daripada kain sutera ini cantik betul.(vi) Jam tangan adik yang di atas meja itu sudah rosak. [6 markah]

3( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Penolong mengurus di syarikat itu telah mencadangkan agar bilik pameran disediakan untuk memamerkan barangan keluaran mereka.(ii) Pihak polis akan mengada kempen pencegahan jenayah untuk menggalakkan masyarakat bekerja sama memerangi kegiatan jenayah.(iii) Buku teks yang bermutu mestilah dianggap sebagai satu pra syarat bagi meningkatkan mutu mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia.

[6 markah]

3(d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Rumah ibu Jamilah rupa-rupanya terletak antara rumah keluarga mertua Seng Leng dengan rumah kelurga Mariam di Jalan Klang Lama.(ii) Beberapa helai baju itu tidak Wong Chee Keong pakai kerana baju itu sudah padat.(iii) Khabar angina yang direbakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah menimbulkam keresahan gabungan badan-badan bukan kerajaan. [6 markah]

3( e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Perselisihan faham yang berlaku antara Hasyim dengan jirannya itu sudah heboh dibualkan oleh penduduk di Taman Kenanga. Sebenarnya semuanya berpunca daripada sikap suka kata-mengatai. Perbalahan itu tidak akan meguntungkan mana-mana pihak kerana tiada sesiapapun yang akan mendapat kebaikan.

[6 markah]

Jawaban Set 9

3(a)

(i) Kertas soalan matematik ini dibuat dalam dwibahasa, iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.(ii) Prakata dalam buku cenderamata ini ditulis oleh seorang tokoh akademik yang terkenal.(iii) Masyarakat haruslah mengikis perasaan prasangka antara satu dengan yang lain demi menjamin keharmonian negara.(iv) Kerajaan menyediaksan pelbagai prasarana untuk keselesaan rakyat.(v) Lazimnya, kanak-kanak yang memasuki prasekolah sudah mengenal huruf dan nombor.(vi) Apabila berada di negeri orang, jaga tatasusila kamu,pesan Mak Cik Maria kepada anak perempuannya.

3(b)

(i) Subjek: Pak AdilPredikat: diminta mengandangkan kambing-kambingnya itu.(ii) Subjek: Lauk-pauk yang di atas meja itu.Predikat: dimasak oleh ibu saya.(iii) Subjek: AdikPredikat: merengek sejak tadi kerana tidak sihat.(iv) Subjek: Penduduk di perkampungan nelayan ituPredikat: sedang menambak tebing pantaia itu.(v) Subjek: Baju kurungPredikat: yang diperbuat daripada kain sutera ini cantik betul.(vi) Subjek: Jam tangan adik yang di atas meja ituPredikat: sudah rosak.

3( c)

(i) Mengurus-pengurusMemamerkan-mempamerkan(ii) Mengada-mengadakanBerkerja sama-berkerjasama(iii) Pra syarat-prasyaratMengajar-pengajaran

3(d)

(i) Antara-di antaraMertua-mentua(ii) Wong Chee Keong pakai- dipakai oleh Wong Chee KeongPadat-sendat(iii) Direbakkan-disebarkanGabungan badan-badan bukan kerajaan- gabungan badan bukan kerajaan

3( e)

(i) Buah mulut(ii) Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa(iii) Kalah jadi abu, menang jadi arang

Set 10

3(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) Bebola(ii) Gegendang(iii) Gegelang(iv) Kekisi(v) Kekuda(vi) Lelabi [6 markah]

3(b) Tukarkan ayat tanya biasa di bawah ini kepada ayat Tanya songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Datuk dan nenek tidak dating?(ii) Jambatan yang dibina oleh mereka sudah siap?(iii) Majlis perkahwinan penyanyi terkenal itu meriah? [6 markah]

3( c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Para pelajar digalakkan menyertai kegiatan ko-kurikulum supaya dapat mengerat hubungan antara kaum.(ii) Buku otobiografi tentang bekas Perdana Menteri ini ditulis oleh seorang tokoh wartawan yang terkenal dalam bidang terbitan.(iii) Kes mencuri motosikal yang menjadi-jadi di kawasan itu sudah dilapurkan kepada pihak polis. [6 markah]

3(d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pertandingan pembacaan sajak terbuka kepada sesiapa yang berminat malahan kakitangan Syarikat Nuri.(ii) Pengemis yang berpakaian kusut-masai itu tidur di bawah pokok dengan beralaskan dengan surat khabar.(iii) Penjenayah warga asing itu saling berbalas-balas tembakan dengan pihak polis selepas kereta yang dipandu oleh mereka tergelincir di Lebuh Raya Utara-Selatan.

[6 markah]

3( e) Berikan maksud peribahasa di bawah ini.

(i) Seperti abu di atas tunggul(ii) Berkata benar walaupun kebenaran itu menyakitkan(iii) Ada pasang surutnya [6 markah]

Jawaban Set 10

3(a)

(i) Bebola kaca dimasukkan ke dalam bekas itu untuk meningkatkan paras air.(ii) Pendengarannya kurang jelas kerana gegendang telinganya mengalami kecederaan.(iii) Banyak cacing gegelang dijumpainya ketika dia mencangkul tanah di sekitar kebun pisangnya.(iv) Tukang kayu itu sedang memasang kekisi pada tepi tingkap yang sedang dibuatnya.(v) Ayah membuat kekuda daripada kayu sebelum memasang atap rumah yang sedang dibinanya.(vi) Cengkerang yang keras dan tebal pada badan lelabi menjadi pelindung daripada serangan musuh.

3(b)

(i) Tidak dating(kah) datuk dan nenek?(ii) Sudah siapkah jambatan yang dibina oleh mereka?(iii) Meriahkah majlis perkahwinan penyanyi terkenal itu?

3( c)

(i) Ko-kurikulum-kokurikulumMengerat-mengeratkan(ii) Otobiografi-autobiografiTerbitan-penerbitan(iii) Mencuri-kecurianDilapurkan-dilaporkan

3(d)

(i) Pembacaan-pendeklamasianMalahan-kecuali(ii) Kusut-masai-koyak-rabakBeralaskan dengan-beralaskan(iii) Saling berbalas-balas-saling berbalas/berbalas-balasTergelincir-terbabas

3( e)

(i) Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila sahaja boleh dipecat(ii) Berterus terang walaupun kebenaran itu mendatangkan mudarat kepada diri atau orang lain(iii) Untung dan malang nasib seseorang tidaklah tetap