task aspreasi it

2
NUR NADHIRAH NASUHA ROZAIMI A152059 Merujuk kepada video yang bertajuk “The Future Internet: Service Web 3.0”, pandangan pertama saya ialah walaupun telah dimuatnaik hampir sembilan tahun yang lepas, namun idea yang terdapat dalam video tersebut masih relevan dengan teknologi rangkaian Internet semasa. Seiring dengan perkembangan semasa, lebih banyak informasi dimuatnaik ke Internet dan ini merupakan satu perkembangan yang bagus. Ini bermakna lebih banyak maklumat dinaikturun dari pelbagai golongan. Salah satunya ialah Myspace, satu platform yang banyak membantu perniagaan atas talian, komunikasi dan juga komuniti. Secara tidak langusng, Internet menggalakan kita supaya mengubah cara kita dalam menggunakan Internet. Jelaslah bahawa pengguna akan bergantung sepenuhnya kepada servis. Oleh itu, Internet perlu mempunyai intipati yang berguna kepada pengguna. Data-data yang tidak sah dan tidak boleh digunakan haruslah dihapuskan iaitu dengan menambahbaik kepada Internet yang sedia ada. Dengan kemunculan Future Internet” dan pembinaan menara telegate di seluruh dunia akan memudahkan pengguna disamping kewujudan penggunaan teknologi semantik. Bagi pengguna gadget yang tegar terutama kalangan remaja akan memperoleh banyak kebaikan kerana kebanyakan gadget disambungkan talian Internet dengan mudah. Selain itu, kolaborasi antara model perniagaan dan aplikasi carian membolehkan Internet menjalankan tugasnya dengan pantas tanpa sebarangan halangan mahupun batas. Pengguna juga perlu memahami bagaimana sesuatu informasi itu dapat dipercayai ataupun tidak. Jaringan Internet perlu diperbaiki supaya dapat membaca semua alat komunikasi dan tidak mengehadkan data-data yang diragui. Ini dapat membantu pengguna mengenalpasti LMCR2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT TUGASAN 1

Upload: the-national-university-of-malaysia

Post on 14-Aug-2015

15 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Task aspreasi it

NUR NADHIRAH NASUHA ROZAIMIA152059

Merujuk kepada video yang bertajuk “The Future Internet: Service Web 3.0”, pandangan

pertama saya ialah walaupun telah dimuatnaik hampir sembilan tahun yang lepas, namun idea

yang terdapat dalam video tersebut masih relevan dengan teknologi rangkaian Internet

semasa. Seiring dengan perkembangan semasa, lebih banyak informasi dimuatnaik ke

Internet dan ini merupakan satu perkembangan yang bagus. Ini bermakna lebih banyak

maklumat dinaikturun dari pelbagai golongan. Salah satunya ialah Myspace, satu platform

yang banyak membantu perniagaan atas talian, komunikasi dan juga komuniti. Secara tidak

langusng, Internet menggalakan kita supaya mengubah cara kita dalam menggunakan

Internet. Jelaslah bahawa pengguna akan bergantung sepenuhnya kepada servis. Oleh itu,

Internet perlu mempunyai intipati yang berguna kepada pengguna. Data-data yang tidak sah

dan tidak boleh digunakan haruslah dihapuskan iaitu dengan menambahbaik kepada Internet

yang sedia ada. Dengan kemunculan “Future Internet” dan pembinaan menara telegate di

seluruh dunia akan memudahkan pengguna disamping kewujudan penggunaan teknologi

semantik. Bagi pengguna gadget yang tegar terutama kalangan remaja akan memperoleh

banyak kebaikan kerana kebanyakan gadget disambungkan talian Internet dengan mudah.

Selain itu, kolaborasi antara model perniagaan dan aplikasi carian membolehkan Internet

menjalankan tugasnya dengan pantas tanpa sebarangan halangan mahupun batas. Pengguna

juga perlu memahami bagaimana sesuatu informasi itu dapat dipercayai ataupun tidak.

Jaringan Internet perlu diperbaiki supaya dapat membaca semua alat komunikasi dan tidak

mengehadkan data-data yang diragui. Ini dapat membantu pengguna mengenalpasti

informasi-informasi yang tidak sah, meragukan dan seterusnya dapat mengelakkan diri dari

menjadi mangsa penipuan. Tambahan lagi, “Future Internet” membolehkan proses

perniagaan ekonomi menjadi lebih cekap dan dapat memberi kesenangan kepada kita sebagai

pengguna, syarikat dan perusahaan. Tidak lama lagi, informasi yang sama akan diulang lagi

dan lagi sehinggakan pada satu tahap, informasi tersebut tidak lagi berguna. Teknologi

semantik akan memberi pelbagai kebaikan seperti jaringan yang selamat, kecekapan

mengakses Internet, konsisten, dan boleh diharap. Secara konklusionnya, revolusi Internet

atau “Future Internet” sebenarnya memudahkan kita sebagai pengguna untuk menggunakan

Internet dengan lebih selesa tanpa gangguan keselamatan dan maklumat yang dimuatnaik

boleh dipercayai.

LMCR2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMATTUGASAN 1