task 2 fungsi addie & assure

3
TAJUK 2 : REKA BENTUK PENGAJARAN Sub-tajuk : 2.2 Model Reka Bentuk Pengajaran 1. Terdapat beberapa model reka bentuk pengajaran yang sesuai diaplikasikan oleh guru dalam bilik darjah apabila membuat perancangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya model ADDIE dan ASSURE. Jelaskan langkah-langkah utama dalam model ADDIE. Terdapat lima langkah utama dalam model ADDIE iaitu A-analysis, langkah pertama adalah dengan menjelaskan masalah pengajaran dan menetapkan objektif dan matlamat pengajaran. Dalam langkah ini juga, guru boleh mengambil kira juga faktor persekitaran pembelajaran dan juga pengetahuan sedia ada murid bagi mencapai hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Langkah kedua iaitu, D-design iaitu langkah reka bentuk yang memfokuskan kepada item-item yang lebih khusus dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan perhatian kepada objektif pembelajaran, alat taksiran, latihan, isi kandungan, perancangan pengajaran dan pembelajaran dan pemilihan media. Langkah ini perlulah dilakukan secara tersusun oleh seseorang guru. Langkah ketiga adalah D-develop, langkah perkembangan ini merujuk kepada pemilihan dan penyatuan isi kandungan dan teknologi di mana setiap program atau projek yang dilaksanakan akan melalui proses ujian dan percubaan. Seterusnya, apabila hasil maklum balas daripada ujian dan percubaan ini diperolehi, maka sesebuah program atau projek akan menjadi lebih baik daripada makluman hasil tersebut. Langkah keempat pula adalah I-implement, langkah ini adalah langkah pelaksanaan di mana segala prosedur latihan dibentuk termasuklah kefahaman kurikulum, hasil pembelajaran, penggunaan media, cara penyampaian dan proses penilaian bagi seseorang pengajar. Kesemua alatan atau bahan yang berkaitan mestilah diperiksa supaya boleh digunakan dan berfungsi untuk memastikan kelancaran langkah ini. Langkah yang terakhir merujuk kepada E-evaluate, langkah penilaian adalah penting bagi melihat maklum balas daripada murid tentang sejauh manakah kefahamannya dalam pengajaran yang diadakan. Langkah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu formatif dan sumatif.

Upload: dyana-shaifulhaq

Post on 18-Dec-2014

1.347 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Task 2 fungsi addie & assure

TAJUK 2 : REKA BENTUK PENGAJARAN

Sub-tajuk : 2.2 Model Reka Bentuk Pengajaran

1. Terdapat beberapa model reka bentuk pengajaran yang sesuai diaplikasikan oleh guru dalam bilik

darjah apabila membuat perancangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya model ADDIE

dan ASSURE. Jelaskan langkah-langkah utama dalam model ADDIE.

Terdapat lima langkah utama dalam model ADDIE iaitu A-analysis, langkah pertama adalah dengan

menjelaskan masalah pengajaran dan menetapkan objektif dan matlamat pengajaran. Dalam langkah

ini juga, guru boleh mengambil kira juga faktor persekitaran pembelajaran dan juga pengetahuan sedia

ada murid bagi mencapai hasil pembelajaran yang ingin dicapai.

Langkah kedua iaitu, D-design iaitu langkah reka bentuk yang memfokuskan kepada item-item yang

lebih khusus dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan perhatian kepada

objektif pembelajaran, alat taksiran, latihan, isi kandungan, perancangan pengajaran dan

pembelajaran dan pemilihan media. Langkah ini perlulah dilakukan secara tersusun oleh seseorang

guru.

Langkah ketiga adalah D-develop, langkah perkembangan ini merujuk kepada pemilihan dan

penyatuan isi kandungan dan teknologi di mana setiap program atau projek yang dilaksanakan akan

melalui proses ujian dan percubaan. Seterusnya, apabila hasil maklum balas daripada ujian dan

percubaan ini diperolehi, maka sesebuah program atau projek akan menjadi lebih baik daripada

makluman hasil tersebut.

Langkah keempat pula adalah I-implement, langkah ini adalah langkah pelaksanaan di mana segala

prosedur latihan dibentuk termasuklah kefahaman kurikulum, hasil pembelajaran, penggunaan media,

cara penyampaian dan proses penilaian bagi seseorang pengajar. Kesemua alatan atau bahan yang

berkaitan mestilah diperiksa supaya boleh digunakan dan berfungsi untuk memastikan kelancaran

langkah ini.

Langkah yang terakhir merujuk kepada E-evaluate, langkah penilaian adalah penting bagi melihat

maklum balas daripada murid tentang sejauh manakah kefahamannya dalam pengajaran yang diadakan.

Langkah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu formatif dan sumatif.

Page 2: Task 2 fungsi addie & assure

2. Jelaskan LIMA fungsi reka bentuk pengajaran berdasarkan model ASSURE

Model ASSURE berperanan untuk membantu guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran

dengan baik dan berkesan. Fungsi reka bentuk pengajaran berdasarkan model ASSURE yang pertama

adalah dengan A-Analyse Learners iaitu menganalisis murid supaya guru dapat memilih strategi, bahan

sumber dan media untuk mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. (F- supaya maklumat dapat

digunakan dengan berkesan)

S-State objectives, fungsi reka bentuk pengajaran yang kedua ini merujuk kepada menyatakan

objektif atau hasil pembelajaran yang ingin dicapai oleh seseorang guru dalam pengajarannya.

Fungsinya adalah membantu guru untuk menentukan langkah-langkah pengajaran yang merangkumi

aktiviti, kumpulan sasaran, bentuk perlakuan baharu kumpulan sasaran, syarat perlakuan kumpulan

sasaran, dan tahap pencapaian minimum kumpulan sasaran yang boleh dikuasai. (F- supaya dapat

menentukan hasil pembelajaran yang sepatutnya dipelajari oleh murid)

Seterusnya, fungsi bagi S-Select method, media and material adalah merujuk kepada pemilihan

kaedah, media dan bahan sumber yang berperanan menyusun pengajaran secara sistematis dan

terancang. Ini termasuklah dengan penentuan kaedah, pemilihan format media dan bahan sumber yang

bersesuaian dengan tahap murid yang diajar. (F- supaya bersesuaian dengan keperluan murid)

U-Utilize media and materials adalah berfungsi memotivasikan murid untuk belajar dan

menjadikan proses pembelajaran semakin berkesan dengan adanya interaksi dua hala melalui

penggunaan media dan bahan sumber untuk memberikan kefahaman kepada murid-murid. (F- latihan,

kuiz,

R-Require learner participation iaitu melibatkan murid dalam pembelajaran, ianya berfungsi untuk

memupuk keaktifan murid dalam menjana pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman

pembelajaran yang paling berkesan. Guru juga berperanan untuk memberikan respons apabila murid

menunjukkan prestasi yang positif. (F- supaya dapat melihat keberkesanan p&p)

3. Huraikan LIMA kekuatan yang boleh anda perolehi daripada aspek penggunaan media dalam bilik

darjah berdasarkan model reka bentuk pengajaran yang anda pilih.

Model reka bentuk yang dipilih adalah Model ASSURE, pada langkah keempat iaitu penggunaan media

dan bahan sumber.

Page 3: Task 2 fungsi addie & assure

Kekuatan penggunaan media dalam bilik darjah adalah melatih guru dalam merancang penggunaan

media tersebut semasa pengajaran dan pembelajaran dengan lebih tersusun. Ini kerana persediaan

untuk menggunakan media sebagai bahan bantu mengajar memerlukan guru untuk menyemak,

mengkaji dan menonton bahan sumber yang benar-benar sesuai untuk kumpulan murid yang diajar.

Kekuatan yang kedua pula adalah melatih guru dalam meramal masalah yang berkemungkinan

timbul dan dapat menyediakan pelan alternatif penggunaan bahan dalam kelas. Seterusnya, memupuk

guru dalam menyediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan media dan bahan sumber agar

bersesuaian dan fleksible. Seterusnya, dapat menyediakan murid untuk mendapat manfaat daripada

bahan sumber dan menyediakan murid untuk pengalaman pembelajaran yang memberansangkan.