tapak web komuniti guru guruku - welcome to the … web komuniti guru - guruku.net... · 1.6.8 bab...

24
TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu.net LIM HOCK KIONG Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Teknologi Maklumat) Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2005

Upload: lytram

Post on 19-Mar-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

TAPAK WEB KOMUNITI GURU – guruKu.net

LIM HOCK KIONG

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk mendapat

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian

(Teknologi Maklumat)

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2005

Page 2: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

ii

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN ii

SENARAI RAJAH viii

SENARAI JADUAL x

PENGHARGAAN xi

ABSTRAK xii

ABSTRACT xiii

BAB 1: PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Pernyataan Masalah 1

1.3 Objektif 2

1.4 Skop 3

1.5 Kepentingan Tapak Web Komuniti Guru 4

1.5.1 Kepentingan Kepada Guru 4

1.5.2 Kepentingan Kepada Pelajar 5

1.6 Struktur Laporan 5

1.6.1 Bab 1: Pendahuluan 5

1.6.2 Bab 2: Kajian Penulisan 5

1.6.3 Bab 3: Metodologi 6

1.6.4 Bab 4: Analisa 6

1.6.5 Bab 5: Rekabentuk 6

1.6.6 Bab 6: Pelaksanaan 7

Page 3: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

iii

1.6.7 Bab 7: Pengujian dan Penilaian 7

1.6.8 Bab 8: Rumusan dan Cadangan Masa Hadapan 7

BAB 2: KAJIAN PENULISAN 7

2.1 Pengenalan 8

2.2 Tapak Web Komuniti 8

2.2.1 Kajian Tapak Web Komuniti Guru yang Sedia Ada 8

2.2.2 Perbandingan Kandungan dan fitur-fitur Tapak Web 9

Komuniti yang Sedia Ada

2.2.3 Perbandingan Teknologi and Antaramuka Tapak Web 10

Komuniti yang sedia Ada

2.3 Peralatan Implementasi 11

2.3.1 Teknologi Sebelah Pelayan 11

2.3.1.1 Skrip Bahasa Sebelah Pelayan 12

2.3.1.2 Perbandingan Ciri-ciri Skrip Sebelah Pelayan 12

2.3.1.3 Aplikasi Pangkalan Data 14

2.3.1.4 Perbandingan Perisian Pangkalan Data 14

2.3.1.5 Pelayan Web 16

2.3.1.6 Perbandingan Pelayan Web 16

2.3.2 Teknologi Sebelah Klien 18

2.3.2.1 Perisian Penyunting Tapak Web 18

2.3.2.2 Forum 18

2.3.2.3 Perbandingan Forum 19

2.3.2.4 Antaramuka / Grafik 20

Page 4: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

iv

2.3.3 Penempatan Web 21

2.3.1 Perbandingan Penempatan Web 22

2.4 Kesimpulan 22

BAB 3: METODOLOGI 23

3.1 Pengenalan 23

3.2 Fasa 1: Takrifan 24

3.3 Fasa 2: Pengumpulan Keperluan 24

3.4 Fasa 3: Spesifikasi Keperluan 26

3.5 Fasa 4: Rekabentuk 26

3.6 Fasa 5: Pembangunan 27

3.7 Fasa 6: Pengujian 27

3.8 Fasa 7: Penilainan 28

3.9 Kesimpulan 28

BAB 4: ANALISIS 29

4.1 Pengenalan 29

4.2 Pengumpulan Keperluan 29

4.2.1 Laporan Temuduga 29

4.3 Spesifikasi Keperluan 32

4.3.1 Keperluan Teknologi 32

4.3.2 Keperluan Perisian 32

4.3.3 Keperluan Perkakasan 34

4.3.4 Keperluan Penempatan Web 35

4.4 Kesimpulan 36

Page 5: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

v

BAB 5: REKABENTUK 37

5.1 Pengenalan 37

5.2 Proses Model 37

5.2.1 Gambarajah Konteks (Context Diagram) 38

5.2.2 Gambarajah Aliran Data Paras 0 39

5.2.3 Gambarajah level 1 bagi Proses 1.0: Mesin Pencarian 41

5.2.4 Gambarajah Level 1 bagi Proses 2.0 : Bilik Sembang 41

5.2.5 Gambarajah Level 1 bagi Proses 3.0: Log Masuk Pengunjung 42

5.2.6 Gambarajah level 1 bagi Proses 4.0: Pendaftaran 42

5.2.7 Gambarajah level 1 bagi Proses 5.0: Log Masuk Pentadbir 43

5.2.8 Gambarajah level 1 bagi Proses 6.0: Forum 43

5.2.9 Gambarajah level 1 bagi Proses 7.0: Poll 44

5.2.10 Gambarajah level 1 bagi Proses 8.0: Catat Buke Pelawat 44

5.2.11 Gambarajah level 1 bagi Proses 9.0: Senarai Mel 45

5.2.12 Gambarajah level 1 bagi Proses 10.0: Maklum Balas 45

5.3 Kamus Data 46

5.4 Gambarajah Hubungan Entiti 46

5.5 Skema Pangkalan Data 47

5.6 Navigasi 49

5.7 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 50

5.8 Kesimpulan 53

BAB 6: PELAKSANAAN 54

6.1 Pengenalan 54

Page 6: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

vi

6.2 Navigasi Tapak Web 54

6.3 Tatarajah dan Pemasangan 56

6.4 Pelaksanaan Modul 56

6.4.1 Modul Pengguna Awam 57

6.4.2 Modul Kata Laluan 63

6.4.3 Modul Pengguna Berdaftar 65

6.4.4 Modul Pentadbir 67

6.5 Kesimpulan 68

BAB 7: PENGUJIAN DAN PENILAIAN 69

7.1 Pengenalan 69

7.2 Objektif 69

7.3 Pengujian Fungsi 69

7.3.1 Keputusan Pengujian Fungsi 70

7.4 Pengujian Kebolehgunaan 70

7.4.1 Keputusan Pengujian Fungsi 70

7.5 Pengujian Kepuasan Pengguna 71

7.5.1 Keputusan Pengujian Kepuasan Pengguna 71

7.6 Limitasi Tapak Web 72

7.7 Kesimpulan 73

BAB 8: RUMUSAN DAN CADANGAN MASA HADAPAN 74

8.1 Pengenalan 74

8.2 Masalah Yang Dihadapi 74

Page 7: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

vii

8.3 Pencapaian Objektif 75

8.4 Perancangan Masa Hadapan 76

8.4.1 Dwibahasa 76

8.4.2 Rekaan Web 77

8.4.3 Skop 77

8.5 Kesimpulan 77

Rujukan 78

Apendiks A: Tapak Web Komuniti Guru yang Sedia Ada 79

Apendiks B: Senarai Kekerapan Keperluan Disebut Semasa Temuduga 87

Apendiks C: Gambarajah Aliran Data Paras 2 88

Apendiks D: Kamus Data 89

Apendiks E: Pemasangan phpdev 4.2.3 91

Apendiks F : Kod Carian 93

Apendiks G : Kod Pembezaan Pengguna 94

Apendiks H : Cetakan Skrin Borang Pendaftaran 95

Apendiks I : Cetakan Skrin Halaman Mengisi Rancangan Mengajar 96

Apendiks J : Cetakan Skrin Halaman Menghantar Lembaran Kerja 97

Apendiks K : Pengujian Fungsi (Functional Test) 98

Apendiks L : Pengujian Kebolehgunaan (Usability Test) 99

Apendiks M : Pengujian Kepuasan Pengguna (User Satisfaction Test) 100

Page 8: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

viii

SENARAI RAJAH

Rajah 3.1: Kitar Hayat Pembangunan Sistem Berasaskan Web 23

Rajah 4.1: Peratus Keperluan Kandungan yang Diminati 31

Rajah 4.2: Peratus Keperluan Fitur-fitur yang Diminati 31

Rajah 5.1: Notasi untuk Gambarajah Aliran Data 37

Rajah 5.2: Gambarajah Konteks 38

Rajah 5.3: Gambarajah Aliran Data Paras 0 40

Rajah 5.4: Proses 1.0 : Mesin Pencarian 41

Rajah 5.5: Proses 2.0 : Bilik Sembang 41

Rajah 5.6: Proses 3.0 : Log Masuk Pengunjung 42

Rajah 5.7: Proses 4.0 : Pendaftaran 42

Rajah 5.8: Proses 5.0 : Log Masuk Pentadbir 43

Rajah 5.9: Proses 6.0 : Forum 43

Rajah 5.10: Proses 7.0 : Poll 44

Rajah 5.11: Proses 8.0 : Catat Buku Pelawat 44

Rajah 5.12: Proses 9.0 : Senarai Mel 45

Rajah 5.13: Proses 10.0 : Maklum Balas 45

Rajah 5.14: Gambarajah Hubungan Entiti 47

Rajah 5.15: Gambarajah Skema Relational 48

Rajah 5.16: Navigasi Tapak Web guruKu.net 49

Rajah 5.17: Antaramuka Pengguna Utama 50

Rajah 5.18: Menu Navigasi 51

Rajah 5.19: Antaramuka Pengguna Borang Pendaftaran 52

Rajah 6.1: Navigasi Tapak Web guruKu.net 55

Page 9: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

ix

Rajah 6.2: Cara Pembahagian Laman Web 55

Rajah 6.3: Susunan Modul Mengikut Jenis Pengguna 57

Rajah 6.4: Menu Tolak Turun 57

Rajah 6.5: Cetakan Skrin Jadual Persekolahan 58

Rajah 6.6: Cetakan Skrin Keratan Akhbar 58

Rajah 6.7 Cetakan Skrin Undian 59

Rajah 6.8 Cetakan Skrin Tempat Masuk Bilik Sembang 60

Rajah 6.9 Cetakan Skrin Maklum Balas 60

Rajah 6.10 Cetakan Skrin Pautan 61

Rajah 6.11 Cetakan Skrin Mesin Pencarian 62

Rajah 6.12 Cetakan Skrin Log Masuk 63

Rajah 6.13 Cetakan Skrin Menu 64

Rajah 6.14 Cetakan Skrin Ikon 68

Page 10: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

x

SENARAI JADUAL

Jadual 2.1: Perbandingan Tapak Web Komuniti Guru 10

Jadual 2.2: Perbandingan Teknologi dan Antaramuka Tapak Web Komuniti Guru 11

Jadual 2.3: Perbandingan Skrip Bahasa Sebelah Pelayan 13

Jadual 2.4: Perbandingan Perisian Aplikasi Pangkalan Data 15

Jadual 2.5 : Jenis-jenis Pelayan Web 16

Jadual 2.6 : Perbandingan Pelayan Web 17

Jadual 2.7: Perbandingan Perisian Forum 19

Jadual 2.8: Jenis-jenis Pelayan Web 22

Jadual 4.1: Senarai Keperluan yang Dipilih. 30

Jadual 4.2: Senarai Keperluan Perisian 33

Jadual 7.1: Keputusan Pengujian Kepuasan Pengguna 72

Jadual 8.1: Pecapaian Objektif Tapak Web 75

Page 11: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

xi

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua

pensyarah di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat terutamanya kepada Cik. Chai

Soo See penyelia projek ini kerana sudi membimbing, memberi tunjuk ajar serta nasihat

sepanjang pelaksanaan projek ini. Tidak lupa juga kepada Cik. Nurfauza Jali pemeriksa

projek ini atas ketelitian memeriksa laporan dan memberi nasihat serta komen yang bernas

dan berguna.

Penghargaan turut diberikan kepada semua pensyarah di Fakulti Sains Kognitif dan

Pembangunan Manusia khasnya mentor, Cik. Julia Lee yang sentiasa mengambil berat

terhadap pembelajaran dan perlakuan saya sepanjang pengajian di Unimas.

Sekalung penghargaan istimewa buat rakan seperjuangan Program Khas Pensiswazahan Guru

yang banyak membantu semasa pengajian di sini. Terima kasih atas bantuan, nasihat dan

kerjasama untuk menjayakan projek ini. Akhir kata, semoga segala usaha dan pengetahuan

yang diperolehi dapat dikongsi bersama untuk kebaikan di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Page 12: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

xii

ABSTRAK

Revolusi pengkomputeran telah menjadi satu medium baru dalam global pendidikan dan

media elektronik. Kini sesesorang dapat belajar tanpa melangkah kaki keluar dari rumah dan

manusia yang berada di ribuan batu jauhnya dapat saling berinteraksi menggunakan

kemudahan teknologi terkini. Guru harus memainkan peranan untuk tidak ketinggalan dalam

arus perkembangan ini malahan harus mengetuai arus tersebut. Penghasilan guruKu.net akan

dijadikan sebagai tapak untuk semua guru di Malaysia berkongsi maklumat dan

menjadikannya pusat rujukan. Tapak web yang menyediakan kemudahan pelbagai direktori

dan bahan pengajaran dan pembelajaran serta informasi pendidikan yang terkini dapat

membantu golongan guru di Malaysia merintangi arus pembangunan. Tapak web yang

dibangunkan menggunakan PHP (Hypertext Preprocessor), Skrip Java, HTML (Hyper Text

Markup Language) dan Aplet Java ini akan mewujudkan satu komuniti di alam siber.

Page 13: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

xiii

ABSTRACT

The revolutions of the internet computing have emerged as a new medium of global education

as well as the media electronic. Now, one can learn computer without even have to leave the

house and humans who are miles away can communicate with each other using current

technology. Teachers especially play an important role as not to be left out but to lead. The

creation of guruku.net will be the base for teachers in Malaysia to share information and also

as a resource centre. The website caters for all purpose of directory and teaching and

learning aids as well as the latest education information that will help teachers in Malaysia

face the challenges of development. The website is developed using PHP (Hypertext

Preprocessor), Java Script, (Hyper Text Markup Language) and Java Applet will create a

community in cyber world.

Page 14: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

guruKu.net

1

Tajuk Projek

guruKu.net – Laman web komuniti guru di Malaysia

Pengenalan

Internet telah membawa kepada zaman ledakan maklumat yang membolehkan seseorang

mendapat maklumat terkini dengan cepat dan mudah. Pelayaran internet telah menjadi satu

kemestian khasnya golongan guru yang sebagai seorang pendidik dan memikul

tanggungjawab sebagai perujuk kepada pelajar. Perlunya satu laman web tempatan

dibangunkan khasnya untuk membentuk satu komuniti guru Malaysia di alam siber. Guru di

Malaysia tidak harus ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi ini. Laman web

komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain guruku.net. Penghasilan

guruKu.net akan dijadikan sebagai tapak untuk semua guru di Malaysia berkongsi maklumat

dan pusat rujukan. Orang ramai selain daripada guru khasnya ibu bapa dan pelajar boleh turut

berinteraksi dengan guru-guru di seluruh Malaysia melalui guruKu.net.

Kajian Penulisan

Teknologi bahagian pelayan dicadangkan menggunakan MySQL sebagai pengendalian

pangkalan data dan PHP sebagai skrip bahasa bahagian pelayan. guruKU.net akan dihostkan

oleh syarikat web hosting MyAsiaHost.com. Pengendalian laman web adalah melalui CPanel

(Web hosting control panel).

Teknologi bahagian pengguna ialah HTML (Hyper Text Markup Language) dengan Java

Script dan Applet yang boleh diakses menggunakan brosur seperti Internet Explorer dan

Netscape Navigator.

Page 15: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

guruKu.net

2

Perisian yang dicadangkan untuk penghasilan antara muka laman web :

i. Macromedia Dreamweaver MX

- HTML editor

ii. SwiSH v2.0

- membuat animasi flash untuk logo dan ikon

iii. Adobe Photoshop 6.0

- penghasilan imej dan ikon

Pernyataan Masalah

Guru di Malaysia selalunya terikat oleh Kementerian Pendidikan atau persatuan guru maka

mereka jarang bertindak bersendirian. Guru mengadakan perbincangan atau pertemuan hanya

jika terdapat mesyuarat atau perjumpaan khas yang dikelolakan oleh pihak tertentu, jarang

sekali guru sendiri mengambil inisiatif berbincang dengan guru di sekolah lain tentang

masalah pengajaran dan pembelajaran. Apatah lagi berbincang dengan guru yang tidak

dikenali dan guru yang tinggal berjauhan. Ini berlaku kerana tidak ada satu tempat untuk guru

tersebut berkumpul dan berkenalan. Laman web dapat menyelesaikan masalah ini kerana ia

tidak terhalang oleh masalah geografikal dan boleh diakses oleh sesiapa yang memiliki

kemudahan internet.

Di Malaysia laman web seperti getCyberEd, Kakaktua, Portal pendidikan Utusan, esekolah, e-

tuisyen dan mySchool.net; serta yang lebih tertumpu kepada golongan pendidik seperti

Pendidiknet, Laman Guru Bestari, Sarawak Taecher Union, dan cikgu.net telah dihasilkan. Di

antara laman web tersebut ada yang menyediakan forum, chat dan berita pendidikan. Namun

tidak ada laman web yang membuat koleksi direktori guru dan senarai sekolah.

Page 16: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

guruKu.net

3

Objektif

i. Mewujudkan satu komuniti guru Malaysia di alam siber

ii. Tapak rujukan dan koleksi pautan laman web yang berkaitan dengan pendidikan

iii. Pusat perkongsian maklumat dan penyelesaian masalah pengajaran dan

pembelajaran

iv. Pengumpulan pangkalan data guru dan sekolah

v. Tempat guru berkenalan

vi. Membolehkan pelajar mencari guru lama mereka dan guru mencari rakan yang

lama

Skop

guruKu.net dibina khas untuk golongan guru tetapi boleh digunakan oleh semua golongan

masyarakat. Bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Malaysia. Antara fungsi-fungsi

yang dimuatkan di dalam laman web ini ialah :

i. Pangkalan data guru

Menyimpan biodata guru seperti nama, tempat berasal, pengkhususan, tempat

berkhidmat, e-mel dan alamat. Data boleh dicari menggunakan mesin carian

melalui nama guru dan tempat berasal.

ii. Pangkalan data sekolah

Menyimpan maklumat sekolah seperti nama, kod sekolah, e-mel dan alamat. Data

boleh dicari menggunakan mesin carian melalui nama sekolah dan negeri.

iii. Forum

Sudut perbincangan dan perkongsi pendapat. Dijanakan oleh phphBB. Pengguna

terbahagi kepada yang berdaftar dan yang tidak berdaftar.

Page 17: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

guruKu.net

4

iv. Chat

Pengguna perlu berdaftar.

v. Pautan (Link) laman web pendidikan

Pengguna dapat menghantar laman web dan memberi komen

vi. Uji Minda

Soalan-soalan uji minda disediakan. Pengguna boleh menyumbangkan soalan dan

menjawab soalan.

vii. Sudut Berkenalan

Terbuka kepada semua pengguna sama ada guru atau bukan guru. Pengguna

menghantar maklumat diri mereka. Tidak melibatkan mesin carian.

viii. Buku Pelawat

Pelawat mengisi nama dan pandangan mereka.

ix. Maklumat Am

Maklumat am tentang guru dan falsafah pendidikan di Malaysia

Page 18: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

1

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Internet telah membawa kepada zaman ledakan maklumat yang membolehkan

seseorang mendapat maklumat terkini dengan cepat dan mudah. Pelayaran internet telah

menjadi satu kemestian khasnya golongan guru yang sebagai seorang pendidik dan memikul

tanggungjawab sebagai pembimbing kepada pelajar. Perlunya satu tapak web tempatan

dibangunkan khasnya untuk membentuk satu komuniti guru Malaysia di alam siber.

“The Web as a place. You're the ones laying the foundation of the place we all

call the Web. But the concept of "place" on the Web has seen a transformation in the

past few years. Today, more than ever before, that place is about communities of like-

minded Web users; people clustering together to form a coherent and nearly organic

core. Technology as organism; the Web as place.” (Steidler-Dennison, 2004)

Guru di Malaysia tidak seharusnya ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi

ini. Penghasilan tapak web komuniti guru tempatan akan mewujudkan sebuah “tempat”

untuk semua guru di Malaysia berkongsi maklumat dan seterusnya menjadikannya sebagai

pusat rujukan guru. Orang ramai selain daripada guru khasnya ibu bapa dan pelajar boleh

turut berinteraksi dengan guru-guru di seluruh Malaysia melalui tapak web tersebut.

1.2 Pernyataan Masalah

Guru di Malaysia selalunya terikat oleh Kementerian Pendidikan atau persatuan guru,

maka mereka jarang bertindak bersendirian. Guru mengadakan perbincangan atau pertemuan

Page 19: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

2

hanya jika terdapat mesyuarat atau perjumpaan khas yang dikelolakan oleh pihak tertentu,

jarang sekali guru sendiri mengambil inisiatif berbincang dengan guru di sekolah lain tentang

masalah pengajaran dan pembelajaran. Apatah lagi berbincang dengan guru yang tidak

dikenali dan guru yang tinggal berjauhan. Ini berlaku kerana tidak ada satu tempat untuk guru

tersebut berkumpul dan berkenalan.

Tapak web dapat menyelesaikan masalah ini kerana ia tidak terhalang oleh masalah

geografikal dan boleh diakses oleh sesiapa yang memiliki kemudahan internet seperti yang

dinyatakan dalam petikan dari Wright pada tahun 2002 “The Web helps solve a number of

problems that real world communities face: geography, convenience, social issues, etc. For

this reason communities are embedding themselves into every corner of the Web. I think in

the future, we'll all communicate in some way with groups through these new technologies

without thinking much about it.” (Wright, 2002)

Di Malaysia tapak web seperti getCyberEd, Kakaktua, Portal pendidikan Utusan,

esekolah, e-tuisyen dan mySchool.net; serta yang lebih tertumpu kepada golongan pendidik

seperti Pendidiknet, Laman Guru Bestari, Sarawak Teacher Union, dan cikgu.net telah

dihasilkan. Di antara tapak web tersebut ada yang menyediakan forum, bilik sembang dan

berita pendidikan. Namun tidak ada tapak web yang betul-betul memfokuskan kepada

komuniti guru.

1.3 Objektif

Objektif mewujudkan sebuah tapak web untuk komuniti guru ialah :

i. Mewujudkan satu komuniti guru Malaysia di alam siber.

ii. Tapak rujukan dan koleksi pautan tapak web yang berkaitan dengan pendidikan.

Page 20: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

3

iii. Pusat perkongsian maklumat dan penyelesaian masalah pengajaran dan

pembelajaran.

iv. Pengumpulan pangkalan data guru dan sekolah.

v. Tempat guru berkenalan.

vi. Membolehkan pelajar berkomunikasi dengan guru di seluruh Malaysia.

1.4 Skop

Sasaran pengguna tapak web komuniti guru adalah untuk golongan guru di Malaysia

tetapi boleh digunakan oleh semua golongan masyarakat. Bahasa pengantar yang digunakan

ialah Bahasa Malaysia. Antara fungsi-fungsi yang dimuatkan ke dalam tapak web ini ialah :

i. Pangkalan data guru

Menyimpan biodata guru seperti nama, tempat berasal, pengkhususan, tempat

berkhidmat, e-mel dan alamat. Data boleh dicari menggunakan mesin carian

melalui nama guru dan tempat berasal.

ii. Pangkalan data sekolah

Menyimpan maklumat sekolah seperti nama, kod sekolah, e-mel dan alamat. Data

boleh dicari menggunakan mesin carian melalui nama sekolah dan negeri.

iii. Forum

Sudut perbincangan dan perkongsian pendapat. Pengguna difokuskan kepada guru

dan pelajar.

iv. Bilik Sembang

Sekurang-kurangnya mempunyai satu bilik sembang yang aktif.

Page 21: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

4

v. Pautan (Link) tapak web

Pautan dihadkan kepada tapak web dalam bidang pendidikan, peperiksaan,

matematik, sains dan bahasa Inggeris.

vi. Aktiviti

Sudut rekreasi untuk guru dan pengunjung seperti sudut uji minda dan permainan

interaktif.

vii. Buku Pelawat

Pelawat mengisi nama dan pandangan mereka.

viii. Penyenaraian Mel

Pengunjung dapat dihantar dengan berita terkini melalui senarai mel yang didaftar.

ix. Maklumat Am

Maklumat am tentang guru dan falsafah pendidikan di Malaysia

1.5 Kepentingan Tapak Web Komuniti Guru

Penghasilan tapak web komuniti guru ini adalah penting. Kepentingannya, lebih

kepada dua pihak utama iaitu para guru dan para pelajar. Berikut akan dibincangkan

kepentingan tapak web ini kepada guru dan pelajar.

1.5.1 Kepentingan Kepada Guru

Guru adalah sasaran utama tapak web komuniti ini dan kepentingannya terhadap

mereka ialah guru dapat berkongsi maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran. Ini

membantu dalam meningkatan profesion perguruan dan menjadikan guru lebih celik IT. Guru

dapat mencari rakan guru yang lain, selain daripada rakan setugas dengan membuat carian di

direktori guru dan boleh saling mengenali. Pelajar juga dapat mencari guru lama yang pernah

Page 22: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

5

mengajar mereka dan membantu guru meninjau perkembangan kejayaan yang diperolehi oleh

pelajar yang pernah diajar.

1.5.2 Kepentingan Kepada Pelajar

Pelajar boleh digalakkan berkomunikasi dengan guru atau berkongsi pandangan dalam

forum dan membantu menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar. Pelajar akan lebih

bersikap terbuka dan selesa apabila bersembang dalam bilik sembang kerana kedua-dua pihak

tidak perlu bersemuka dan ini akan membantu guru mengetahui masalah sebenar pelajar yang

selama ini tidak diketahui kerana kekurangan perbincangan. Apabila guru mengetahui

masalah pelajar, maka dia boleh mencari jalan penyelesaian untuk membimbing pelajar

tersebut dan secara langsungnya akan membantu pelajar tersebut menghadapi masalahnya.

1.6 Struktur Laporan

Struktur laporan untuk Projek Tahun Akhir ini terdiri daripada lapan bab seperti yang

tertara di bawah :

1.6.1 Bab 1 : Pendahuluan

Bab yang menerangkan secara umum tentang tapak web yang akan dibangunkan

seperti pernyataan masalah, objektif, skop projek, kepentingan kajian, perancangan dan

struktur laporan.

1.6.2 Bab 2 : Kajian Penulisan.

Bab ini akan meneliti tapak web komuniti guru yang sedia ada. Perbandingan antara

tapak web yang sedia ada dari aspek teknologi, bahasa pengaturcaraan, fitur-fitur dan

Page 23: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

6

antaramuka yang digunakan. Selain daripada itu, bab ini juga menghuraikan kesesuaian dan

keberkesanan perisian yang digunakan di bahagian pelayan dan bahagian klien. Di akhir bab

ini akan dibincangkan tentang servis penempatan web (web hosting) yang terdapat di pasaran.

1.6.3 Bab 3 : Metodologi

Bab ini menghuraikan metodologi yang digunakan untuk membangunkan tapak web.

Metodologi Kitar Hayat Pembangunan Sistem Berasaskan Web akan dibincang dan langkah-

langkah sistematik yang digunakan untuk merancang dan membangunkan tapak web

mengikut tujuh fasa iaitu takrifan (define), pengumpulan keperluan (requirements gathering),

speksifikasi keperluan (requirements specification), rekabentuk (design), pembangunan

(development), pengujian (testing) dan penilaian (evaluation).

1.6.4 Bab 4 : Analisa

Bab ini menghuraikan tentang kajian dan analisa terhadap tapak web sedia ada dan

mengenalpasti fitur-fiturnya. Analisa daripada temuduga dengan pengguna yang sebenar.

Penetapan keperluan tapak web yang dibangunkan. Bahagian ini juga menerangkan tentang

perisian dan perkakasan yang dipilih mengikut spesifikasi.

1.6.5 Bab 5 : Rekabentuk

Bab ini akan membincangkan tentang rekabentuk yang dicadangkan untuk

dibangunkan berdasarkan hasil kajian dan analisis yang dijalankan. Bab ini akan

menunjukkan gambarajah aliran data dan antaramuka yang akan digunakan untuk

membangunkan tapak web.

Page 24: TAPAK WEB KOMUNITI GURU guruKu - Welcome to the … web komuniti guru - guruKu.net... · 1.6.8 Bab 8: Rumusan dan ... komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain

7

1.6.6 Bab 6 : Pelaksanaan

Bab ini megenai pelaksanaan projek. Penjelasan tentang pelaksanaan serta tatarajah

dan pemasangan perisian yang diperlukan. Penerangan akan berpandukan kepada beberapa

modul mengikut fitur-fiturnya

1.6.7 Bab 7 : Pengujian dan Penilaian

Bab ini mengenai pengujian dan penilaian projek. Menerangkan tentang cara

pengujian serta keberkesanannya. Penilaian diadakan untuk mengenalpasti kelemahan yang

wujub semasa pengujian dan memperbaiki kecacatan supaya tapak web tersebut dapat

memenuhi kehendak pengguna

1.6.8 Bab 8 : Rumusan dan Cadangan Masa Hadapan

Bab yang terakhir akan membincangkan tentang kesimpulan dan cadangan masa

hadapan tapak web. Bab ini membuat rumusan tentang pencapaian yang dibangunkan serta

rancangan atau cadangan untuk memantapkan tapak web pada masa hadapan.