tan yee shuang - fp.utm.my · pdf file♦ tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ijazah...

20
PENGUASAAN KEMAHIRAN PENGURUSAN KOKURIKULUM OLEH GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN. SATU TINJAUAN DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH KULAI, JOHOR TAN YEE SHUANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vantuong

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

PENGUASAAN KEMAHIRAN PENGURUSAN KOKURIKULUM

OLEH GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN.

SATU TINJAUAN DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DAERAH KULAI, JOHOR

TAN YEE SHUANG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PENGUASAAN KEMAHIRAN PENGURUSN KOKURIKULUM OLEH GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN.

SATU TINJAUAN DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH KULAI, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya TAN YEE SHUANG (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD √

Disahkan oleh

______________________________ _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

1632, TAMAN SRI DESA, CHENDERING, 21080, KUALA TERENGGANU, PN. HJH. NORANI MOHD NOOR TERENGGANU, DARUL IMAN Nama Penyelia

Tarikh: 10 MAC 2004 Tarikh : 10 MAC 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perLu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : ________________________

Nama Penyelia : Pn. Hjh. Norani Mohd Noor

Tarikh : 10 MAC 2004 .

Page 4: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

PENGUASAAN KEMAHIRAN PENGURUSAN KOKURIKULUM

OLEH GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN.

SATU TINJAUAN DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DAERAH KULAI, JOHOR

TAN YEE SHUANG

Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya senditi kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satu telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : __________________

Nama Penulis : TAN YEE SHUANG

Tarikh : 10 MAC 2004 .

Page 6: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

iii

DEDIKASI

Dedikasi Untuk :

Ibu yang disanjungi:

Koh Hui Kiaw

Abang dan adik yang dikasihi:

Tan Yee Feng

Tan Yee Siang

Tan Yee Chen

Page 7: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya sebagai penyelidik dalam kajian ini ingin merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Pn. Hjh Norani

Mohd Noor yang selaku penyelia projek Sarjana Muda saya yang telah banyak

memberi bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan buah fikiran di sepanjang penyediaan

projek saya ini. Seliaan yang sangat berharga dan manfaat ini telah banyak

membantu saya dalam memahami pelaksanan kajian ini.

Di samping itu, penghargaan ini juga ditunjukkan kepada pengetua sekolah

dan guru-guru di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Sekolah Menengah Munshi

Abdullah dan Sekolah Menengah Sultan Tunku Abdul Rahman Putra yang telah

memberi komitmen yang baik dan kerjasama yang sepenuhnya semasa menjawab

soal selidik.

Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah yang terlibat dalam

mendidik saya untuk mencapai kejayaan. Terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan.

Akhirnya, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan saya dan semua pihak yang terlibat sama secara langsung atau tidak langsung

dalam menjayakan projek kajian ini.

Page 8: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran pengurusan

kokurikulum oleh guru-guru di sekolah menengah. Kemahiran pengurusan yang

dikaji adalah daripada beberapa aspek iaitu kemahiran merancang, membimbing,

melaksana dan menilai. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 69 orang guru

sekolah menengah yang menjadi guru penasihat kegiatan korikulum di tiga bah

sekolah iaitu Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Sekolah Menengah Munshi

Abdullah dan Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra. Instrumen kajian

yang digunakan ialah soal selidik dan data yang diperolehi dianalisis dalam bentuk

min dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS).

Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran

pengurusan kokurikulum bagi para guru dari aspek merancang aktiviti adalah tinggi.

Selain itu, majoriti responden adalah mempunyai kemahiran membimbing pelajar

dalam kegiatan kokurikulum. Kajian mendapati kemahiran melaksana dalam

kegiatan kokurikulum bagi responden adalah tinggi. Manakala dari aspek menilai

kokurikulum, majoriti responden adalah dapat menguasai kemahiran ini dengan

baik.

Page 9: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the managing of the co-

curriculum skills by the teachers in the secondary school. There are various of

aspects are consider on this research which are the planning, guiding,

accomplishing and assessment skill. 69 co-curriculum adviser teachers from

three secondary school of Kulai District have been chosen to participate in

this research. It involved Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Sekolah

Menengah Munshi Abdullah and Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman

Putra. Structural questionnaire were used in this research. The compiled data

is being analyzed by means of descriptive statistic methods using the

Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) computer software. In

conclusion, the result approve that the level of managing the co-curriculum

skills from the planning skill aspect is high. Besides, the teachers with the

skill guiding student has stated the majority respondent. Apart from that,

thought this research, we found out that the accomplishing skill in the co-

curriculum is barely high while the assessment skill has stated quite good.

Page 10: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAHAGIAN SATU

MASALAH KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Rasional Kajian 5

1.7 Kepentingan Kajian 5

1.8 Batasan Kajian 6

1.9 Definisi Kajian 7

Page 11: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

viii

BAHAGIAN DUA

KAJIAN LITERATUR

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Peranan guru dalam pengurusan 10

2.3 Pengurusan kokurikulum 11

2.4 Merancang Kegiatan Kokurikulum 12

2.4.1 Penentuan Objektif 13

2.4.2 Membuat Perancangan tahunan 13

2.4.3 Perancangan Penjadualan 14

2.4.4 Perancangan Kewangan/belanjawan

kewangan 14

2.4.5 Pengetahuan dan Kemahiran Guru 15

2.4.6 Mesyuarat Terancang 16

2.5 Membimbing Pelajar dalam kegiatan Kokurikulum 17

2.5.1 Memupuk Minat dan Memberi Dorongan

Kepada Pelajar 17

2.5.2 Menerap Nilai-nilai Murni Kepada Pelajar 18

2.5.3 Berbicang Masalah yang Dihadapi oleh Pelajar 19

2.6 Melaksana Kegiatan Kokurikulum 19

2.6.1 Menjaga Keselamatan Pelajar 20

2.6.2 Membuat Keputusan dan Menyelesai

Masalah yang dihadapi 20

2.6.3 Melaksanakan Disiplin 21

2.6.4 Melantik AJK 21

2.7 Menilai Kegiatan Kokurikulum 22

2.7.1 Menyemak Peralatan yang Diperlukan 23

2.7.2 Menilai Pelajar 23

2.7.3 Kehadiran Pelajar 25

2.7.4 Ujian untuk Menilai Perstasi Pelajar 25

2.7.5 Pelaporan Aktiviti Kegiatan Kokurikulum 26

Page 12: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

ix

BAHAGIAN TIGA

PERANCANGAN KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Reka Bentuk Kajian 28

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 29

3.4 Lokasi Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 30

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 32

3.7 Prosedur Kajian 34

3.8 Analisia Data 35

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Latar Belakang Responden 37

4.3 Analisis Bagi Kajian Dari Segi Persoalan

Kajian 38

4.4 Persoalan Kajian Satu 39

4.5 Persoalan Kajian Dua 41

4.6 Persoalan Kajian Tiga 43

4.7 Persoalan Kajian Empat 44

Page 13: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

x

BAHAGIAN LIMA

RUMUSAN•KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB V RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 47

5.2 Rumusan 47

5.3 Perbincangan 49

5.3.1 Latar Belakang Responden 49

5.3.2 Kemahiran Membuat Perancangan Aktiviti

Kokurikulum 49

5.3.3 Kemahiran Membimbing Pelajar dalam Kegiatan

Kokurikulum 51

5.3.4 Kemahiran Melaksanakan Kegiatan Kokurikulum 52

5.3.5 Kemahiran Membuat Penilaian Kegiatan kokurikulum 54

5.4 Kesimpulan 55

5.5 Cadangan 56

5.6 Cadangan Ke Kajian Lanjutan 57

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI

RUJUKAN 59

BAHAGIAN KETUJUH

LAMPIRAN

Lampiran A – E 64-69

Page 14: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jadual penilaian markah pelajar 24

3.1 Senarai Nama Sekolah yang Dikaji dan Bilangan

Guru 29

3.2 kandungan Istrumen Kajian 31

3.3 Min dan Tahap Penguasaan Pengurusan Kemahiran 35

4.1 Latarbelakang Responden Berdasarkan Jantina, Bangsa,

Umur, Pengalaman Mengajar dan jenis kokurikulum

yang dibimbing 37

4.2 Kekerapan, peratusan dan min mengenai perancangan

aktiviti kokurikulum oleh guru. 39

4.3 Kekerapan, peratusan dan min mengenai bimbingan

guru terhadap pelajar dalam aktiviti kokurikulum. 41

4.4 Kekerapan, peratusan dan min mengenai pelaksanaan

aktiviti kokurikulum oleh guru. 43

4.5 Kekerapan, Peratusan dan Min Mengenai Penilaian

Aktiviti Kokurikulum oleh Guru 45

Page 15: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 64

B Surat Pengesahan Pelajar oleh Fakulti Pendidikan 68

C Surat Kebenaran daripada Kementerian Pendidikan 69

D Surat Kebenaran daripada Jabatn Pendidikan

Negeri Johor 70

E Pengesahan Istrumen Kajian 72

Page 16: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Negara telah menyarankan pembentukan individu yang

rasional, harmonis dan seimbang serta kukuh dalam perkembangan jasmani, emosi,

rohani dan intelektualnya. Bidang akademik tidak seharunya dijadikan tumpuan

utama di peringkat sekolah dalam pembentukan individu yang sepadu malah juga

perlu diberi perhatian dan taraf yang sama dan seimbang bagi bidang-bidang lain.

Salah satu daripada bidang-bidang ini ialah kegiatan kokurikulum. ( Abd Wahab,

1992)

Kokurikulum bukanlah satu konsep pendidikan yang terasing dari kurikulum

sekolah malahan ia adalah satu aktiviti lanjutan kepada apa yang dipelajari dalam

bilik darjah. Pengetahuan yang diperolehi dalam mata pelajaran akademik dapat

diintergasikan dengan aktiviti praktis semasa menjalankan kegiatan

kokurikulum(Mohamed Nor,1985). Menurut Mohd Sofian(2002)pula, aktiviti

kokurikulum boleh didefinisikan sebagai aktiviti terancang dan berstruktur di luar

bidang akademik. Ia juga merupakan kegiatan di luar bilik darjah seperti badan

beruniform, kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti ini mestilah dianjurkan oleh

pihak sekolah.

Page 17: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

2

Dalam konteks negara ini, penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum

dianggap penting sebagai satu alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan

kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri daripada

berbilang kaum(Faridah, 1988). Disamping memupuk perasaan kekitaan dan

perpaduan kaum, melalui kegiatan kumpulan atau berpasukan, kegiatan kokurikulum

turut dapat melayani dan menyuburkan potensi individu dalam lapangan tertentu

untuk memenuhi hasrat falsafah pendidikan. Dalam erti kata yang lain, kegiatan

kokurikulum dapat diorientasikan untuk kepentingan dan kemanfaataan individu

(Mohd Sofian, 2002).

Sehubung dengan ini, aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang

dinamik sesuai dengan matlamat falsafah pendidikan negara iaitu ”pendidikan di

Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyuruluh dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara. (Ab. Alim, 1994).

1.2 Latar Belakang Masalah

Aktiviti kokurikulum sudah lama diperkenalkan di negara kita. Ia adalah

merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah di negara kita. Ketika ini,

kementerian Pendidikan Malaysia telah menekankan penglibatan pelajar di semua

peringkat sekolah. Secara amnya, kegiatan kokurikulum di sekolah dan di maktab

perguruan boleh dikategorikan kepada tiga kategori utama, iaitu: badan beruniform,

kelab dan persatuan, dan kelab sukan. (Abd Alim, 1994). Semua murid adalah

diwajibkan mengambil bahagian dalam ketiga-tiga jenis aktiviti ini iaitu satu aktiviti

daripada tiap-tiap jenis. (Mohamed Noor, 1985 )

Page 18: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

3

Walaupun banyak usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan untuk

menyedarkan orang ramai bahawa bertapa pentingnya kegiatan kokurikulum dan

telah menekankan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Namun,

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum masih belum menggalakkan (Abd

Wahab, 1992).

Salah satu sebab yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum ialah kekurangan kemahiran pengurusan kokurikulum oleh guru

penasihat. (Faridah, 1988). Guru adalah memainkan peranan yang penting dalam

kokurikulum. Setiap guru adalah wajib menjadi guru penasihat bagi sekurang-

kurangnya satu kegiatan kokurikulum. (Abd Alim 1994). Pengurusan kokurikulum

termasuk membuat perancangan, melaksana aktiviti yang telah dirancang serta

menilai kejayaan aktiviti yang telah dibuat.

Pengurusan kokurikulum bermatlamat untuk menyelaras semua aspek

pentadbiran, latihan, aktiviti penglibatan dan kejayaan keseluruhan supaya dapat

dilaksanakan dengan lancar dan berkesan serta mencapai objektif yang dirancang.

(Aminuddin, 2002). Menurut Abu Bakar dalam Mohd Sofian(2002), peryertaan guru

adalah sangat penting bagi sesuatu kegiatan kokurikulum, guru telah memainkan

peranan yang penting dalam memastikan perlaksanaan kegiatan kokurikulum sekolah

dijalankan dengan lancar. Namun, terdapat sesetengah guru penasihat yang tidak

mempunyai kemahiran untuk mengurus dan melaksana kokurikulum. Menurut

Azizah(1991), satu kajian telah dijalankan mengenai beberapa sekolah mendapati

salah satu daripada masalah pelaksanaan kokikulum di sekolah ialah guru-guru yang

kurang mahir dan tidak terlatih dalam aktiviti kokurikulum.

Aisah(1985) pula menjelaskan terdapat guru-guru yang gagal mengendalikan

kegiatan kokurikulum menyebabkan pihak sekolah gagal melibatkan pelajar secara

menyuluruh dalam kegiatan kokurikulum. Satu kajian lagi yang dijalankan oleh

Kementerian Pendidikan, masalah utama yang dihadapi dalam perlaksanaan program

kokurikulum adalah disebabkan oleh guru penasihat. Terdapat 75.8% daripada

masalah ini adalah disebabkan guru yang kurang terlatih dalam pengurusan

kokurikulum. (Abd Wahab, 1992)

Page 19: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

4

Selain itu, terdapat guru yang tidak dapat menyediakan aktiviti yang

menyeronok. Lama-kelamaan, murid akan berasa bosan dan penglibatan akan

menjadi pasif. Kadang kala, guru telah memesong objektif dan maltamat sesuatu

aktiviti kokurilulum. Contohnya aktiviti sukan adalah mengutamakan sifat-sifat

keseronokan dan minat, tetapi disebabkan kekurangan kemahiran pengurusan,

sebahagian guru telah menitik-beratkan persaiangan johan dan tumpukan perhatian

yang lebih kepada pelajar yang menunjukkan kemahiran dan yang bertanding dalam

pertandingan. Ini akan menyebabkan murid-murid yang tidak berkemahiran

diabaikan dan tidak dibimbing. Dengan ini, mereka akan berasa bosan dan menarik

diri dari kegiatan itu. (Faridah,1988)

Menurut Faridah (1988), penyelidikan yang dijalankan mengenai aspek

kegiatan kokurikulum amat kurang . Oleh itu, penyelidikan mengenai perkara-

perkara seperti kaedah mengajar dan pengurusan kegiatan kokurikulum adalah sangat

diperlukan. Maka, kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau tahap penguasaan

kemahiran pengurusan kokurikulum bagi guru-guru di sekolah menengah.

1.3 Pernyataan Masalah

Bagaimanakah penguasaan kemahiran pengurusan kegiatan kokurikulum oleh guru-

guru di tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kulai, Johor?

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti kemahiran merancang kokurikulum yang dikuasai oleh guru.

1.4.2 Mengenalpasti kemahiran membimbing kokurikulum yang dikuasai oleh

guru.

1.4.3 Mengenalpasti kemahiran melaksana kokurikulum yang dikuasai oleh guru.

1.4.4 Mengenalpasti kemahiran menilai kokurikulum yang dikuasai oleh guru.

Page 20: TAN YEE SHUANG - fp.utm.my · PDF file♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah ... atau Laporan Projek Sarjana Muda ... kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti

5

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Bagaimanakah guru merancang aktiviti kokurikulum?

1.5.2 Bagaimanakah guru melaksanakan aktiviti kokurikulum?

1.5.3 Bagaimanakah guru membimbing pelajar dalam aktiviti kokurikulum?

1.5.4 Bagaimanakah guru membuat penilaian dalam aktiviti kokurikulum?