malisa aini noor binti a. malek - fp.utm.my · catatan * potong yang tidak berkenaan ad, sila...

26
KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN DALAM MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vonhan

Post on 11-Jul-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN DALAM MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL :

KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN

KEJURUTERAAN DALAM MENCEBURI BIDANG

KEUSAHAWANAN.

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya MALISA AINI NOOR BINTI A.MALEK

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

N PENULIS)

arikh: 4hb April 2009

(TANDATANGA (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

T Tarikh: 4hb April 2009

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHberkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan seb

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

(HURUF BESAR)

NO PN. NOR FADILA BT MOHD AMIN

L MAKMUR

.96, SEPEKAN JAYA, 26600 PEKAN, PAHANG DARU

(NAMA PENYELIA)

Page 3: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”.

Tandatangan :

Nama Penyelia :

Tarikh : ……………………………….. Pn.Nor Fadila bte Mohd Amin

Page 4: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN

DALAM MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

MALISA AINI NOOR BTE A.MALEK

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2009

Page 5: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : Malisa Aini Noor Bte A.Malek

Tarikh : ……………………………

Page 6: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

DEDIKASI

Buat Keluarga Tersayang

Ayahanda En A Malek Bin Md Lazim Bonda Pn Rahimah Bt Abd Manaf

Kekanda-kekanda

Rahimei Iskandar Rahimei Ikhwan Rahimei Iqbal

Adinda-adinda

Malisa Ainun Noor

Rahimei Ibnoor Rahimei Mohd Izam Amir

Kesemua Para Pensyarah Fakulti Pendidikan (JPTK)

yang banyak Membantu Terutamanya kepada Pn Nor Fadila Bte Mohd Amin

yang begitu banyak memberi bimbingan

Rakan-rakan seperjuangan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga

Semoga kalian diberkati-Nya.. Amin..

Page 7: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

PENGHARGAAN

Alhamdulillah…………………….

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpahan kurnia dan rahmatNya

dapatlah penyelidik menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya sebagai

syarat akhir kursus sebelum menerima segulung ijazah.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah

JPTK, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terutamanya buat pensyarah

pembimbing Pn Nor Fadila bte Mohd Amin di atas bimbingan dan tunjuk ajar tanpa rasa

jemu sepanjang penyelidik menyiapkan penyelidikan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat ayahanda dan bonda tersayang, adik

beradik yang sentiasa memberikan sokongan kepada penyelidik. Juga buat rakan-rakan

yang telah bersama-sama berkongsi pendapat dan member semangat sepanjang kajian

dijalankan. Semoga rahmat dan keberkatan sentiasa dilimpahkan ke atas kita semua.

Sekian terima kasih.

Page 8: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar Pendidikan Teknikal

dan Kejuruteraan dalam menceburi bidang keusahawanan. Seramai 118 orang pelajar

tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dari Fakulti Pendidikan,

UTM telah menjadi responden untuk kajian ini. Data kajian diperolehi melalui borang

soal selidik yang mengandungi 38 item. Nilai kebolehpercayaan, Alpha Cronbach bagi

instrumen kajian adalah 0.82. Dapatan yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan

perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 10.5 untuk

mendapatkan nilai frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan pelajar

mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang diperlukan. Disamping itu, pelajar juga

bersedia untuk menceburi bidang keusahawanan berdasarkan pengalaman berniaga,

pengetahuan keusahawanan dan kemahiran keusahawanan. Namun pelajar terpaksa

berhadapan dengan kekangan untuk menceburi bidang keusahawanan terutamanya

kekurangan pengetahuan.

Page 9: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the readiness of Technical and

Engineering Education students to involve in entrepreneurship. The respondents of this

research are 118 of final year students of Department of Technical and Engineering

Education, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. The data was collected

by using a set of questionnaire consists of 38 items. The reliability coefficient for the

instrument is 0.82. The data was analyzed using Statistical Packages for Social Sciences

(SPSS) Version 10.5 for frequency and percentages values. The research showed that

the students possess the characteristics of entrepreneur. Besides, students are ready to

involve in entrepreneurship based on their business experience, entrepreneurship

knowledge and skills. Nevertheless, students have to face few constraints especially

lack of knowledge.

Page 10: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

viii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Pelajar 7

Page 11: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

ix

1.6.2 Institut Pengajian Tinggi 7

1.6.3 Agensi-agensi Kerajaan 8

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Kesediaan 9

1.8.2 Keusahawanan 9

1.8.3 Pelajar 9

1.8.4 Ciri-ciri keusahawanan 10

1.8.5 Pengetahuan keusahawanan 10

1.8.6 Pengalaman keusahawanan 10

1.8.7 Kemahiran keusahawanan 10

1.8.8 Kekangan 11

1.9 Kesimpulan 11

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Definisi Usahawan dan Keusahawanan 14

2.3 Bidang keusahawanan 16

2.4 Ciri-ciri keusahawanan 17

2.4.1 Berdikari 18

2.4.2 Yakin Diri 18

2.4.3 Berwawasan 19

2.4.4 Kreatif dan Inovatif 20

2.4.5 Mencari maklum balas 20

2.4.6 Desakan supaya berjaya 20

2.4.7 Bekerja secara berpasukan 21

2.4.8 Berorientasikan peluang 21

2.4.9 Boleh dipercayai dan jujur 22

2.4.10 Kemampuan fizikal yang memuaskan 22

2.4.11 Tabah menghadapi kesamaran 22

2.4.12 Mengmbil risiko yang sederhana 23

Page 12: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

x

2.5 Teori Baka 25

2.6 Proses Menjadi Usahawan 25

2.7 Pengalaman berniaga 26

2.8 Pengetahuan keusahawanan 27

2.9 Kemahiran keusahawanan 30

2.9.1 Kemahiran Teknikal 31

2.9.2 Kemahiran Kemanusiaan 32

2.9.3 Kemahiran Konseptual 32

2.10 Kajian Lepas 33

2.11 Kesimpulan 36

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Rekabentuk Kajian 37

3.3 Prosedur Persampelan 38

3.4 Instrumen Kajian 39

3.4.1 Bahagian A : Maklumat Peribadi Responden 40

3.4.2 BahagianB : Ciri-ciri keusahawanan di kalangan 41

pelajar, kesediaan pelajar dan kekangan yang

dihadapi pelajar

3.5 Pengesahan Instrumen 43

3.6 Kajian Rintis 45

3.7 Prosedur Kajian 46

3.8 Analisis Kajian 47

3.9 Batasan Kajian 48

3.10 Kesimpulan 48

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Soalan Kajian 1: Apakah ciri-ciri keusahawanan yang 50

dimiliki oleh pelajar?

Page 13: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

xi

4.3 Soalan Kajian 2: Bagaimanakah kesediaan pelajar 53

dalam menceburi bidang keusahawanan berdasarkan

aspek pengalaman berniaga?

4.4 Soalan Kajian 3: Bagaimanakah kesediaan pelajar 55

dalam menceburi bidang keusahawanan berdasarkan

aspek pengetahuan keusahawanan?

4.5 Soalan Kajian 4: Bagaimanakah kesediaan pelajar 57

dalam menceburi bidang keusahawanan berdasarkan

aspek kemahiran keusahawanan?

4.6 Soalan Kajian 5: Apakah kekangan yang dihadapi 59

oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan?

4.7 Kesimpulan 61

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Rumusan 62

5.3 Perbincangan 64

5.3.1 Ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar 64

5.3.2 Kesediaan pelajar menceburi bidang 68

keusahawanan berdasarkan aspek pengalaman

berniaga

5.3.3 Kesediaan pelajar menceburi bidang 69

keusahawanan berdasarkan aspek pengetahuan

keusahawanan

5.3.4 Kesediaan pelajar menceburi bidang 71

keusahawanan berdasarkan aspek kemahiran

keusahawanan

5.3.5 Kekangan yang dihadapi pelajar untuk menceburi 71

bidang keusahawanan

5.4 Cadangan 72

5.4.1 Cadangan kajian lanjutan 73

Page 14: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

xii

5.5 Kesimpulan 74

BIBILIOGRAFI 75

LAMPIRAN

Page 15: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

xiii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Definisi Keusahawanan Dan Usahawan 15

Mengikut Tahun

2.2 Contoh Ciri, Sikap dan Gelagat 24

3.1 Jumlah populasi dan sampel bagi setiap kursus 39

3.2 Maklumat Peribadi Responden 40

3.3 Taburan item-item Bahagian B Borang Soal Selidik 42

3.4 Skor Skala Likert Untuk Setiap Item 43

3.5 Soalan item soal selidik yang diperbetulkan 44

3.6 Nilai Alpha Cronbach bagi item dalam 45

kajian rintis

3.7 Kaedah yang digunakan bagi menganalisa data 47

4.1 Analisis Ciri-ciri Keusahawanan yang dimiliki 52

oleh pelajar

4.2 Analisis kesediaan pelajar menceburi bidang 54

keusahawanan berdasarkan aspek pengalaman

berniaga

4.3 Analisis kesediaan pelajar dalam menceburi 56

bidang keusahawanan berdasarkan aspek

pengetahuan keusahawanan

4.4 Analisis kesediaan pelajar dalam menceburi 58

bidang keusahawanan berdasarkan aspek

Page 16: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

xiv

kemahiran keusahawanan

4.5 Analisis kekangan yang dihadapi oleh pelajar 60

dalam menceburi bidang keusahawanan

Page 17: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

xv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kerangka Umum Proses Menjadi Usahawan 26

Page 18: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

xvi

SENARAI SIMBOL

FP - Fakulti Pendidikan

dll - dan lain-lain

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

% - Peratus

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

Page 19: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Senarai bilangan pelajar tahun akhir JPTK

B Contoh Borang Soal Selidik

C Pengesahan Instrumen

D Analisis Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Page 20: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Adnan Alias (1997), kemajuan dan pembangunan ekonomi negara

bergantung kepada manusia-manusia yang mengejar peluang-peluang ekonomi tidak

kira sama ada manusia itu rasional atau tidak. Pembangunan ekonomi bergantung

pada manusia yang berupaya mengembeleng faktor-faktor pengeluaran. Manusia

yang dinyatakan oleh beliau adalah usahawan. Ini menunjukkan kepentingan

usahawan sebagai agen untuk membangunkan ekonomi sesebuah negara.

Melihat kepada kepentingan yang dibawa oleh bidang keusahawanan,

kerajaan telah menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu bidang yang

dititikberatkan dan diberi perhatian. Untuk itu, kerajaan telah melaksanakan

program bagi membangunkan usahawan. Ini disokong oleh Mohd Noor Harun

(1991), dalam pembentangan Seminar Daya Penggerak Ke Arah Keusahawanan

Berkualiti yang telah memberikan contoh program yang dilaksanakan iaitu program

khas yang dijalankan oleh kementerian-kementerian kerajaan bagi mewujudkan

usahawan baru. Selain itu, pelbagai usaha murni telah dijalankan berkaitan

keusahawanan. Menurut Zainab Mohd Yatim (2005), kerajaan meluluskan

penubuhan Institut Keusahawanan Negara (Insken) yang bertanggungjawab

menyelaras program latihan keusahawanan di negara ini. Di samping itu, penerapan

ilmu keusahawaan dilakukan sejak dari peringkat bangku sekolah bagi mencungkil

bakat dan mengasah minat mereka. Contohnya, program pembangunan

keusahawanan yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri Johor adalah bertujuan

Page 21: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

2

untuk mengubah minda pelajar daripada hanya bergantung kepada makan gaji

apabila tamat pengajian tinggi kepada melibatkan diri dalam bidang usahawan

(Mohd Hassan Mohd Omar, 2007). Selain itu, menurut Sabri Hussin (2007), subjek

keusahawanan sudah menjadi satu subjek penting pelajar pada semua peringkat,

bermula pada peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti. Di

peringkat universiti, peranan institut pengajian tinggi serta agensi-agensi berkaitan

dilihat amat membantu dalam usaha menggalakkan penglibatan siswazah dalam

bidang keusahawanan.

Antara sebab utama keusahawanan diberi perhatian dan dititikberatkan oleh

kerajaan kerana keusahawanan dilihat antara cara menangani isu pengangguran.

Menurut Sapora Sipon (2006), antara cabaran besar negara dewasa ini ialah bilangan

graduan menganggur yang agak tinggi jumlahnya. Abdul Hafiz Yatim (2003),

menyatakan dianggarkan kira-kira 20,217 graduan institusi pengajian tinggi awam

dan swasta (IPTA/IPTS) menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan. Berdasarkan

jumlah itu, dianggarkan kira-kira 70 peratus adalah graduan lulusan IPTA. Untuk

itu, graduan telah didesak untuk menceburi bidang keusahawanan kerana ia

membuka peluang kerja disamping membolehkan mereka mendapat pendapatan

yang lumayan (Abdul Hafiz Yatim, 2003). Selain itu, menurut Khairuddin Khalil

(1996), pemilihan kerjaya untuk masa hadapan tidak seharusnya dibataskan pada

pekerjaan makan gaji sahaja. Suasana masa kini dan ekonomi masa hadapan yang

semakin mencabar hendaklah diambil kira.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Zafir Mohd Makbul (2003), keusahawanan merupakan teras dan

tunjang perniagaan. Keusahawanan dan pembentukan urus niaga baru penting bagi

mencipta dan mengekalkan ekonomi yang sihat kerana ia mencipta peluang-peluang

pekerjaan baru, menambah keupayaan eksport negara dan pertumbuhan ekonomi.

Perkataan usahawan popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dalam

pertengahan tahun 1970an. Ia mula timbul dalam konteks penggubalan dan

Page 22: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

3

pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (Adnan Alias, 1992). Penekanan pada ketika itu

adalah ditujukan kepada golongan bumiputera. Ia menjadikan usahawan golongan

bumiputera telah meningkat dari tahun ke tahun.

Keusahawanan dilihat mampu membantu kerajaan dalam menangani isu

pengangguran, meningkatkan ekonomi negara di samping mewujudkan masyarakat

yang berdaya saing. Menurut Mohd Hassan Mohd Osman (2007), isu pengangguran

dalam kalangan graduan bukan perkara baru dan menjadi masalah kepada negara.

Masalah pengangguran berlaku setiap kali universiti mengeluarkan beribu-ribu

graduan setiap tahun. Kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para graduan

tidak dapat digunakan untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Bagi mengatasi masalah ini, graduan didedahkan dengan ilmu keusahawanan

ketika di institut pengajian tinggi lagi. Menurut Fazli Abdullah (2006), semua

pelajar IPTA diwajibkan mengambil kursus keusahawanan sebagai pendedahan awal

menjadi usahawan. Modul itu sebahagian daripada program insaniah yang akan

diperkenalkan bagi menerap nilai keusahawanan di kalangan graduan untuk

menjadikannya sebagai kerjaya. Ini bertujuan membantu pelajar bersedia

menghadapi dunia pekerjaan kelak.

Selain itu, kerajaan turut melaksanakan beberapa langkah bagi menggalakkan

pelajar menceburi bidang keusahawanan. Menurut Mohd Nasir Ahmad (2004),

pelbagai langkah diperkenalkan kerajaan untuk menggalakkan keusahawanan,

terutama kepada Bumiputera. Antaranya penubuhan Perbadanan Usahawan Nasional

Berhad (PUNB) pada 1991 yang bertujuan membangunkan usahawan Bumiputera.

Penekanan oleh kerajaan terhadap pembangunan usahawan secara umum menjadi

lebih ketara dengan pembentukan Kementerian Pembangunan Usahawan pada 1995.

Galakkan yang diberikan oleh kerajaan dilihat amat penting memandangkan

keusahawanan memberikan begitu banyak faedah termasuklah menyediakan peluang

pekerjaan, disamping menambahkan pendapatan negara. Galakkan yang diberikan

oleh kerajaan mampu meningkatkan bilangan usahawan. Menurut Zafir Mohd

Page 23: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

4

Makbul (2003), peningkatan bilangan usahawan antara tahun 1995 hingga 2000

disebabkan oleh pelbagai faktor dan paling utama kerana wujudnya pelbagai bentuk

sokongan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Antara usahawan yang

dibangunkan seperti usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan

francais (Zafir dan Fazilah, 2003) .

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pembangunan

Usahawan Dan Koperasi telah menetapkan sasaran untuk mencapai 50,000 orang

usahawan yang berjaya dan berinovasi (Kalam Hadi, 2006). Bagi merealisasikan

misi ini, golongan graduan perlu didekatkan dengan dunia keusahawanan. Golongan

graduan yang ingin melibatkan diri dalam bidang keusahawanan juga perlu

melengkapkan diri dengan ciri-ciri keusahawanan supaya mampu berjaya di dalam

bidang yang diceburi.

Menurut Zafir Mohd Makbul (1993), seorang individu yang berjaya dalam

bidang keusahawanan ataupun ingin membina diri sebagai seorang usahawan yang

berjaya perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri tersebut bukanlah sesuatu yang

diwarisi semenjak seseorang itu dilahirkan tetapi ia dapat dipelajari dan

dibangunkan.

Pengetahuan turut menjadi penyumbang kepada usahawan bagi

membangunkan perniagaan mereka. Menurut Zafir Mohd Makbul (1993),

menyatakan bahawa sebelum memulakan perniagaan, usahawan perlu melihat dan

menilai beberapa perkara seperti keadaan persekitaran, mengetahui undang-undang

dan peraturan kerajaan yang berkaitan disamping pengetahuan berkaitan masyarakat.

Timmons et al., (1977), Brenneke (1990) dan Klandt (1993) dalam Nor Aishah

Buang (2002) menjelaskan aspek-aspek dalam mengurus dan mencipta sesuatu

perniagaan tidak boleh dipelajari melalui cara pengajaran ‘konvensional’ seperti

pembacaan, perkuliahan dan menonton filem. Pendekatan ‘konvensional’ merupakan

cara yang berkesan dalam membekalkan pengetahuan tentang keusahawanan dan

beberapa aspek mekanikal tentang penubuhan perniagaan kepada pelajar. Namun

bagi pengetahuan jenis kesedaran, motivasi dan kriteria-kriteria tertentu hanya dapat

Page 24: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

5

disemai apabila pelajar-pelajar mempunyai pengalaman dan melibatkan diri dalam

proses mencipta sesuatu perniagaan yang baru melalui kaedah pengajaran

“rundingan” dan kaedah “bekerja dengan usahawan”. Ini bermakna, pengalaman

perniagaan juga memainkan peranan dalam membantu seseorang berjaya dalam

bidang keusahawanan.

Dalam persediaan seseorang yang ingin melibatkan diri dalam bidang

keusahawanan, mereka tidak dapat lari dari menghadapi kekangan dan halangan

yang perlu ditempuhi dan diambil perhatian. Menurut Abdul Aziz Yusof (2003),

terdapat empat peringkat yang perlu seseorang usahawan tempuhi jika ingin

melibatkan diri dalam bidang keusahawanan iaitu peringkat penentuan identiti yang

tersendiri, keputusan awal untuk menjadi usahawan, peringkat awal perniagaan dan

peringkat kematangan perniagaan. Dalam kajian yang dilakukan ini, aspek yang

dikaji adalah pada peringkat awal yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang ingin

menceburi bidang keusahawanan.

Melalui beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini, didapati

kebanyakannya menyentuh berkaitan persepsi pelajar terhadap bidang keusahawanan

seperti yang dilakukan oleh Nor Azmi Jasri (2002). Terdapat juga pengkaji yang

mengkaji sikap pelajar terhadap bidang keusahawanan seperti Rahinah Saidin

(1997). Selain itu, terdapat juga kajian yang dilakukan mengkaji faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar melibatkan diri dalam bidang keusahawanan seperti kajian

yang dijalankan oleh Mohd Khairul Azha (2003). Tidak dinafikan terdapat kajian

berkaitan tahap kesediaan pelajar melibatkan diri dalam bidang keusahawanan

sepertimana yang telah dilakukan oleh Milawati Mohd Diah (2007), tetapi kajian

berkaitan tahap kesediaan ini masih kurang berbanding kajian lain seperti yang

dinyatakan diatas. Penyelidik dengan ini cuba untuk melihat tahap kesediaan pelajar

dalam melibatkan diri dalam bidang keusahawanan memandangkan kajian ini masih

kurang dilakukan. Di samping itu, kajian ini dilakukan terhadap pelajar Jabatan

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan memandangkan mereka di dapati telah

didedahkan dengan subjek-subjek keusahawanan ketika mengikuti pengajian di

universiti. Antara subjek yang dimaksudkan adalah seperti Asas Perdagangan, Asas

Page 25: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

6

Pemasaran, Perdagangan dan Keusahawanan serta Amalan dan Kajian Produk

Pengguna (Fakulti Pendidikan, 2009).

1.3 Pernyataan Masalah

Keadaan masakini menunjukkan bahawa golongan siswazah begitu

digalakkan melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Walaupun beberapa kajian

lepas ada mengkaji berkaitan penglibatan graduan dalam menceburi bidang

keusahawanan, namun kajian berkaitan kesediaan menceburi bidang keusahawanan

masih kurang. Oleh sebab itu, pengkaji ingin menilai kesediaan pelajar melibatkan

diri dalam bidang keusahawanan.

1.4 Objektif kajian Objektif-objektif kajian ini adalah untuk;

i. Mengenalpasti ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar.

ii. Mengenalpasti kesediaan keusahawanan yang dimiliki pelajar berdasarkan 3

aspek iaitu pengalaman berniaga, pengetahuan keusahawanan dan kemahiran

keusahawanan.

iii. Mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang

keusahawanan.

1.5 Persoalan kajian Daripada objektif kajian di atas, terdapat tiga persoalan yang dibina bagi menjawab

objektif-objektif tersebut;

Page 26: MALISA AINI NOOR BINTI A. MALEK - fp.utm.my · CATATAN * Potong yang tidak berkenaan AD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi ♦ agai tesis bagi Ijazah Doktor

7

i. Apakah ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar?

ii. Apakah kesediaan pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan

berdasarkan aspek pengalaman berniaga?

iii. Apakah kesediaan pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan

berdasarkan aspek pengetahuan keusahawanan?

iv. Apakah kesediaan pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan

berdasarkan aspek kemahiran keusahawanan?

v. Apakah kekangan yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang

keusahawanan?

1.6 Kepentingan kajian 1.6.1 Pelajar

Pelajar mendapat manfaat daripada kajian yang dijalankan. Dimana melalui

kajian ini, diharapkan akan dapat memberikan motivasi kepada pelajar disamping

mereka dapat menilai potensi diri sendiri sebelum melibatkan diri dalam bidang

keusahawanan.

1.6.2 Institut Pengajian Tinggi Diharapkan, melalui kajian yang dijalankan dapat membantu pihak Institut

Pengajian Tinggi Awam bagi meneliti dan memperkemaskan lagi program-program

keusahawanan yang dianjurkan kepada pelajar. Lebih penting lagi, kajian yang

dijalankan akan dapat digunakan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam dalam

mengenalpasti potensi pelajar dalam bidang keusahawanan. Seterusnya,

mempelbagaikan kaedah dan pendekatan untuk memupuk pelajar mendekatkan diri

dalam bidang ini. Oleh sebab itu, dengan adanya kajian terhadap tahap kesediaan

pelajar melibatkan diri dalam bidang keusahawanan diharap dalam dijadikan rujukan

pada masa akan datang.