1. pengesahan tesis - fp.utm.my · pdf fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan...

24
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM TAJUK UNGKAPAN ALGEBRA SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya: NURULHUDA BINTI ABU BAKAR (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh : (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 21 JALAN MAJU 3. TAMAN MAJU. 83000 BATU PAHAT JOHOR. PN. MARLINA BINTI ALI Nama Penyelia Tarikh : 21 APRIL 2008 Tarikh : 21 APRIL 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: vukhanh

Post on 11-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT

DALAM TAJUK UNGKAPAN ALGEBRA

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya: NURULHUDA BINTI ABU BAKAR (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: NO. 21 JALAN MAJU 3. TAMAN MAJU. 83000 BATU PAHAT JOHOR.

PN. MARLINA BINTI ALI

Nama Penyelia

Tarikh : 21 APRIL 2008 Tarikh : 21 APRIL 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) ”

Tandangan :

Nama Penyelia : PUAN MARLINA BT ALI

Tarikh : APRIL 2008

Page 3: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM TAJUK UNGKAPAN ALGEBRA

NURULHUDA BINTI ABU BAKAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

ii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) ”

Tandangan :

Nama Penulis : NURULHUDA BINTI ABU BAKAR

Tarikh : APRIL 2008

Page 5: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Teristimewa buat ayahanda dan bonda yang tercinta,

Abu Bakar Bin Katar

Dan

Nor Hapipah Binti Omar

Pengorbanan tidak terhingga banyaknya hingga saya menjadi insan yang berguna dan

berjaya dalam hidup serta sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak-anaknya.

Tidak lupa juga buat adik-adik yang sentiasa menjadi teman untuk berbicara dan

berkongsi masalah.

Tidak ketinggalan juga buat insan yang teristimewa dalam hidup saya,

Muhamad Taufik Bin Mohamed Ali

yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dalam mencapai cita-cita murni untuk

kesejahteraan masa depan bersama.

Serta rakan-rakan taulan yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan terutamanya

di saat-saat saya memerlukan.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua di atas segala-galanya. Hanya Allah

S.W.T sahaja yang dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Page 6: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani serta selawat ke

atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat

menyempurnakan tesis ini mengikut perangkaan yang telah dibuat.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada

Pn. Marlina Binti Ali

selaku pensyarah pembimbing projek ini di atas tunjuk ajar, panduan dan kerjasama

yang sepenuhnya telah diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada :

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP),

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),

Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ),

Penolong kanan dan guru-guru serta pelajar-pelajar Sek. Men. Keb. Kolam Air,

Batu Pahat, Johor yang terlibat dan membantu secara langsung dalam kajian ini.

Tidak lupa juga untuk rakan-rakan seperjuangan dan semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung sehingga berakhirnya kajian ini.

Sekian, terima kasih.

Page 7: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar

terhadap tajuk di kalangan pelajar tingkatan empat Sek. Men. Keb. Kolam Air, Batu

Pahat, Johor Darul Takzim dalam tajuk Ungkapan Algebra. Seramai 145 orang

pelajar yang terdiri daripada 62 orang pelajar lelaki dan 83 orang pelajar perempuan

terlibat dalam kajian ini. Dalam konteks kajian ini, terdapat lima subtopik yang diuji

iaitu memudahkan ungkapan algebra, mentaksir ungkapan algebra dengan menukar

ganti abjad kepada nombor, pendaraban dan pembahagian ungkapan algebra dengan

nombor, penambahan dan penolakan dua ungkapan algebra dan permudahkan

ungkapan algebra. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Diagnostik Ungkapan

Algebra. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah α = .842. Stastistik deskriptif

seperti min dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t dan korelasi pearson-

r telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap

kefahaman keseluruhan pelajar dalam tajuk Ungkapan Algebra adalah pada tahap

sederhana. Di samping itu, keputusan menunjukkan tahap kefahaman dalam tajuk

Ungkapan Algebra pelajar tingkatan empat merentas jantina adalah tidak bererti pada

aras .05. Seterusnya keputusan kajian ini menunjukkan terdapat pertalian positif yang

rendah di antara tahap kefahaman dalam tajuk Ungkapan Algebra dengan minat

pelajar dalam matematik pada aras .01.

Page 8: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the level of understanding of form

four student’s from Sek. Men. Keb. Kolam Air, Johor Darul Takzim in Algebraic

Expression. This research involves 145 students from both genders which consist of

62 males and 83 females. This research was carried on five subtopics which are

simplify algebraic expression, evaluate algebraic expression by compute alphabets

to numbers, multiplication and division algebraic expression with numbers, addition

and subtraction two terms algebraic expression and simplify algebraic expression.

Algebraic Expression Diagnostic Test is used as the instrument for this study. The

reliability value of this research is α = .842. Data was analysed using descriptive

statistics, which are mean and percentage while for inference statistics are t-test and

Pearson-r correlation. The outcome of the study shows that the students’

understanding in the Algebraic Expressions topic is at moderate level. This research

also shows that no significance difference across gender at alpha level .05. Further,

the result shows low positive correlation between students’ understanding of

Algebraic Expressions and interest in mathematics at alpha level .01.

Page 9: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.1.1 Penguasaan Bahasa Inggeris Yang Lemah

Page 10: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

viii

1.1.2 Konsep Asas Yang Lemah

1.2 Pernyataan masalah 6

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Kerangka Konsep Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.6.1 Kepentingan Kepada Pelajar 9

1.6.2 Kepentingan Kepada Guru 10

1.6.3 Kepentingan Kepada KPM 10

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Takrifan Operasi 11

1.9 Rumusan Bab 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan 14

2.1 Definisi Kefahaman 15

2.2 Tokoh-Tokoh Dalam Ungkapan algebra 16

2.3 Teori-Teori Yang Berkaitan Tentang Kefahaman 19

2.4 Tahap Kefahaman Merentas Jantina 21

2.5 Kajian Diagnosis 22

2.6 Kesilapan-Kesilapan Dalam Ungkapan Algebra 23

2.7 Punca- Punca Kesukaran 28

2.7.1 Aspek Pedagogi 28 2.7.1.1 Kadar Pengajaran 28

2.7.1.2 Penekanan kepada Kemahiran atau

Algorithm 29

Page 11: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

ix

2.7.1.3 Pengajaran yang Tidak Mengaitkan

Konsep-konsep Matematik 30

2.7.2 Aspek Kognitif 31

2.7.2.1 Kelemahan dalam Menguasai Pengetahuan

Prasyarat 31

2.7.2.2 Kesukaran Bahasa 31

2.7.2.3 Penggunaan Pengitlakan yang Melampau 32

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan 33

3.1 Reka Bentuk kajian 33

3.2 Sampel kajian 34

3.3 Alat Kajian 34

3.4 Tatacara kajian 36

3.5 Kajian Rintis 37

3.5.1 Kesahan 38

3.5.2 Kebolehpercayaan 38

3.6 Analisis Data 39

3.6.1 Analisis Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan

4 Dalam Menyelesaikan masalah Ungkapan Algebra 39

3.6.2 Analisis Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan 4

Merentas Jantina 40

3.6.3 Analisis Pertalian Antara Minat Dengan Tahap

Kefahaman Pelajar Tingkatan 4 Dalam Tajuk

Ungkapan Algebra 40

3.7 Andaian Kajian 42

Page 12: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

x

3.8 Batasan Kajian 43

3.9 Rumusan 43

BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan 45

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Maklumat Latar Belakang

Pelajar 45

4.2 Analisis Data 47

4.2.1 Tahap Kefahaman Pelajar Dalam Ungkapan Algebra 48

4.2.2 Perbezaan Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan 4

Merentas Jantina Dan Tahap Pencapaian Pelajar

Dalam Ungkapan Algebra 49

4.2.3 Pertalian Di Antara Minat Dan Tahap Kefahaman

Pelajar Tingkatan 4 Dalam Ungkapan Algebra 50

4.3 Rumusan 50

BAB 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan 52

5.1 Ringkasan 52

5.2 Kesimpulan Kajian 53

5.3 Perbincangan 54

5.3.1 Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan 4 Dalam Tajuk

Ungkapan Algebra 54

Page 13: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

xi

5.3.2 Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan 4 Dalam Tajuk

Ungkapan Algebra Merentas Jantina 55

5.3.3 Pertalian Di Antara Minat Dan Tahap Kefahaman

Pelajar Tingkatan 4 Dalam Ungkapan Algebra 57

5.4 Cadangan 58

5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 58

5.4.2 Cadangan Kepada Guru 60

5.4.3 Cadangan Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia 62

5.5 Cadangan Kajian Masa Depan 62

RUJUKAN 65

LAMPIRAN

Page 14: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Subtopik dan Bahagian-Bahagian Ujian Diagnostik Ungkapan Algebra 35

3.2 Tahap Kefahaman Ungkapan Algebra dan Markah Keseluruhan Yang

Diperoleh 40

3.3 Jadual Kekuatan 40

3.4 Kaedah Statistik Kajian 42

4.1 Taburan responden mengikut jantina 45

4.2 Taburan responden mengikut minat 46

4.3 Taburan responden mengikut bangsa 46

4.4 Taburan responden mengikut Pencapaian Matematik Semasa PMR 47

4.5 Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat dalam Menyelesaikan

Masalah Ungkapan Algebra 48

4.6 Ujian-t Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina

dan Tahap Pencapaian Pelajar dalam Ungkapan Algebra 49

4.7 Korelasi Pearson-r Minat dan Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan 4 dalam

Ungkapan Algebra 50

Page 15: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKASURAT

1.1 Kerangka Konsep Kajian 8

2.1 Penyempurnaan Kuasa Dua Al-Khawarizmi 18

3.1 Tatacara kajian 36

Page 16: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

xiv

SENARAI SINGKATAN

% - Peratus

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

KBSM - Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

UDUA - Ujian Diagnostik Ungkapan Algebra

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Page 17: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Kebenaran Daripada Kementerian

Pelajaran Malaysia

B Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pelajaran

Johor

C Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan

D Soal Selidik

E Pengesahan Soal Selidik

F Pengesahan Pakar Bidang

Page 18: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Wawasan 2020 adalah usaha kerajaan Malaysia untuk mengajak seluruh rakyat

memandang masa depan bagi mewujudkan sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Bagi mencapai usaha ini, negara memerlukan rakyat yang mempunyai pengetahuan dan

kepakaran tinggi dalam sains dan teknologi. Oleh yang demikian, ini telah menimbulkan

cabaran kepada bidang pendidikan di negara kita untuk melahirkan generasi yang

berketerampilan dan mampu menyahut cabaran bagi merealisasikan matlamat tersebut.

Sehubungan dengan itu, pendidikan matematik telah mendapat perhatian yang

serius dalam penggubalan kurikulum sekolah semenjak sekian lama. Ini dapat dilihat

melalui matlamat pendidikan matematik seperti yang dinyatakan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum, PPK (1989) :

Matlamat matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan pemikiran

mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta

kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya seorang individu

dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan

bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Page 19: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

2

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), matematik menjadi

salah satu mata pelajaran teras yang perlu dipelajari. Ia adalah merupakan lanjutan

daripada perhatian serius yang diberikan sejak perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah

Rendah (KBSR) lagi. Menurut Abd. Fatah (1994), di peringkat sekolah rendah iaitu dari

darjah 1 hingga darjah 6, murid diajar dalam matematik asas manakala pelajar sekolah

menengah iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 lebih menekankan kepada kefahaman

penggunaan konsep dan penyelesaian masalah. Manakala di pusat pengajian tinggi pula

adalah lanjutan daripada apa yang diajar di sekolah menengah dan dikaitkan dengan

bidang tertentu.

Menurut Sukatan Pelajaran Matematik KBSM (2000), proses pengajaran dan

pembelajaran matematik menegaskan pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran

dalam Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan. Ketiga-tiga ini merupakan bidang

yang saling berkait. Ini bermakna pelajar perlu menguasai sesuatu topik sebelum

mempelajari topik seterusnya. Oleh itu, pemahaman konsep dan kemahiran matematik

adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Namun, kelemahan pelajar dalam mata

pelajaran matematik terutama dalam menguasai konsep dan kemahiran sering kali

mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan pendidik malah pihak-pihak yang terlibat

dalam bidang pendidikan sama ada secara langsung atau tidak langsung termasuklah

para penyelidik yang prihatin dengan masalah ini.

Ini dapat diperkukuhkan lagi dalam laporan analisis yang dibuat oleh Lembaga

Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, prestasi matematik SPM (1993)

menunjukkan masih terdapat segolongan besar pelajar yang belum dapat menguasai

konsep dan kemahiran asas matematik. Kini Kementerian Pendidikan Malaysia telah

ditukar menjadi Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebahagian besar pelajar kita

mengalami kesukaran dalam melakukan operasi asas matematik dan sering melakukan

kesilapan ketika menyelesaikan masalah matematik. Kesukaran dan kesilapan yang

sering berlaku mungkin berpunca dari pelbagai faktor terutamanya tahap kefahaman

pelajar yang masih lemah dalam matematik.

Page 20: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

3

Masalah ini tidak boleh dipandang ringan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya

yang terlibat dalam bidang pendidikan. Kesedaran perlu ada untuk memastikan pelajar-

pelajar menguasai konsep asas matematik dengan cemerlang dan tahap kefahaman

pelajar dalam matematik akan meningkat. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan

prestasi dalam peperiksaan terutama dalam SPM. Di samping itu, pelajar-pelajar ini

akan menjadi generasi yang dapat merealisasikan wawasan 2020.

Oleh itu, penyelidik berpendapat satu kajian harus dijalankan bertujuan untuk

mengenal pasti tahap kefahaman dalam tajuk ungkapan algebra.

1.1 Latar Belakang Masalah

Tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan matematik adalah amat penting bagi

seseorang dalam mengendalikan dunia ledakan teknologi yang semakin kompleks dan

sentiasa berubah-ubah. Namun demikian, kemerosotan pencapaian para pelajar dalam

mata pelajaran matematik merupakan suatu permasalahan yang sering dibincangkan dari

masa ke semasa yang terdapat di akhbar, majalah, radio dan televisyen tempatan. Setiap

tahun apabila keputusan peperiksaan awam diumumkan mata pelajaran matematik

sentiasa menjadi mata pelajaran yang mempunyai peratusan pencapaian yang rendah

(Laporan Lembaga Peperiksaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun

1992) .

Terdapat sebahagian besar pelajar di sekolah menengah mempunyai tahap

kefahaman yang rendah. Fenomena ini seharusnya diambil berat oleh guru-guru yang

mengajar matematik. Ini kerana pengajaran matematik di sekolah menengah adalah

dalam tatatingkat (Aida Suraya, 1991). Sebagai contoh, tajuk Ungkapan Algebra (I)

akan dipelajari pelajar semasa tingkatan satu. Semasa di tingkatan dua, pelajar akan

mempelajari tajuk Ungkapan Algebra (II) pula yang mana dalam tajuk ini isi

pelajarannya adalah lebih mendalam sedikit berbanding tajuk yang dipelajari

sebelumnya. Sekiranya pelajar tidak dapat memahami sepenuhnya Ungkapan Algebra

Page 21: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

4

(I), ini akan membawa masalah yang besar dalam mempelajari Ungkapan Algebra (II).

Azrul Fahmi (2007) juga menyatakan ungkapan algebra merupakan salah satu tajuk

dalam matematik yang sering pelajar melakukan kesilapan.

Sekiranya pelajar tidak dapat menguasai konsep asas matematik di sekolah

rendah, pelajar akan menghadapi masalah dalam mempelajari matematik di peringkat

sekolah menengah seterusnya di peringkat pengajian tinggi, (Wong Khoon Yong, 1987).

Antara faktor-faktor yang menyebabkan tahap kefahaman pelajar tingkatan

empat adalah rendah dalam tajuk ungkapan algebra ialah penguasaan Bahasa Inggeris

yang lemah, konsep asas yang lemah, dan ungkapan algebra yang abstrak

1.1.1 Penguasaan Bahasa Inggeris Yang Lemah

Menurut Tengku Razaleigh (2004) banyak kajian oleh pelbagai pihak berhubung

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

telah mendapati banyak masalah yang berbangkit daripada pelaksanaan dasar tersebut.

Jumrang (2004) menyatakan jika pelajar tidak memahami segala penyampaian dan

pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan bahasa

maka pastinya ia akan membawa kepada masalah pembelajaran matematik kepada

pelajar tersebut.

Kesan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris terhadap

pencapaian pelajar masih berada pada tahap yang sederhana (Farahasnida, 2004). Hasil

kajian mendapati kesediaan pelajar kurang mencukupi dan menghadapi banyak masalah

semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Yen Yeong, 2004). Laborde (1990) telah

membuktikan bahawa kesukaran seseorang mempelajari matematik sekolah samalah

laluannya dengan seseorang mempelajari bahasa asing baginya dan oleh itu, seseorang

yang mempelajari matematik menerusi perantaraan bahasa asing akan mengalami

kesukaran yang berganda.

Page 22: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

5

Menurut dapatan kajian Mohd Nasir (2004), guru-guru tidak yakin untuk

mengajar matematik dalam Bahasa Inggeris apabila kurikulum ini berkuatkuasa

memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran sebelum ini adalah menggunakan

Bahasa Melayu sepenuhnya.

Menurut Aziz (2003), dapatan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa

pelajar sekolah luar bandar menghadapi masalah pembelajaran matematik dan

menyatakan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris adalah amat sukar untuk

diikuti. Hal ini disebabkan kurangnya keupayaan pelajar untuk memahami permasalahan

metematik tersebut dan penggunaan bahasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

1.1.2 Konsep Asas Yang Lemah

Pelajar perlu menguasai konsep asas ungkapan algebra yang telah diajar pada

peringkat menengah rendah. Ini kerana, dengan menguasai konsep asas ia akan

meningkatkan tahap kefahaman pelajar dalam menghadapi masalah ungkapan algebra di

peringkat menengah atas. Oleh yang demikian, kini perubahan perspektif pengajaran dan

pembelajaran di sekolah yang menekankan kepada memahamkan konsep terlebih dahulu

di kalangan pelajar cuba dijalankan di mana pelajar membina sendiri pengetahuan

berasaskan pengalaman lalu. Fahaman ini juga mengandaikan bahawa pelajar sentiasa

bersifat aktif, bermatlamat tertentu dan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya

(Von Glaserfeld, 1987).

Kajian persepsi pelajar dewasa tentang matematik menunjukkan bahawa mereka

mengalami kesukaran memahami konsep selain masalah lain (Hazimah dan Aziz, 1997).

Saripah Latipah (2000) mendapati pelajar tidak menguasai konsep asas ungkapan

algebra dengan baik dan ini menyebabkan berlakunya salah konsep dalam operasi asas

algebra. Chan Siew Lian (1999) pula menyatakan dalam kajiannya ke atas pelajar aliran

Page 23: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

6

vokasional mendapati tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap tajuk operasi

algebra berada pada tahap yang rendah dan ini menyebabkan berlakunya kesilapan salah

konsep.

1.2 Pernyataan masalah

Berdasarkan huraian permasalahan yang dibincangkan di bahagian latar belakang

masalah, dengan itu penyelidik ingin menjalankan kajian untuk mengenal pasti tahap

kefahaman pelajar tingkatan empat di Sek. Men. Keb. Kolam Air, Batu Pahat dalam

tajuk Ungkapan Algebra.

1.3 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah di atas, penyelidik telah membentuk

beberapa objektif kajian :

1. Mengenal pasti tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam

menyelesaikan masalah ungkapan algebra.

2. Membandingkan tahap kefahaman pelajar tingkatan empat merentas jantina

dalam tajuk ungkapan algebra.

3. Menentukan pertalian antara minat dengan tahap kefahaman pelajar tingkatan

empat dalam tajuk ungkapan algebra.

Page 24: 1. PENGESAHAN TESIS - fp.utm.my · PDF fileuniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra

7

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut :

1. Apakah tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam menyelesaikan

masalah ungkapan algebra?

2. Apakah tahap kefahaman pelajar tingkatan empat merentas jantina dalam

tajuk ungkapan algebra?

3. Apakah pertalian antara minat dengan tahap kefahaman pelajar tingkatan

empat dalam tajuk ungkapan algebra?