tamadun islam bab 4

69
TAMADUN ISLAM (AA301) BAB 4: EKONOMI ISLAM

Upload: chek-hasria

Post on 02-Dec-2015

96 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Islam Bab 4

TAMADUN ISLAM (AA301)

BAB 4: EKONOMI ISLAM

Page 2: Tamadun Islam Bab 4

Pengertian Ekonomi

• Perkataan ekonomi diambil dari perkataan Yunani “oicos” dan “nomos” yang diertikan oleh ahli-ahli ekonomi hari ini sebagai kebijaksanaan pengurusan sumber-sumber oleh individu, masyarakat dan negara bagi memperolehi keperluan dalam kehidupan mereka.

• Skop ekonomi amat luas iaitu bermula dengan kegiatan mencari nafkah dan mengumpulkan kekayaan untuk diri dan ahli-ahli yang pasti melibatkan berbagai organisasi dan institusi masyarakat seterusnya mengagihkan kekayaan itu sehingga kepada penggunanya yang terakhir.

Page 3: Tamadun Islam Bab 4

Definisi Ekonomi Moden

1. Adam Smith: Ilmu ekonomi adalah kajian tentang sebab-sebab terjadinya kekayaan seperti hasil-hasil industri atau pertanian dan sebagainya.

2. Marshall: Ekonomi adalah ilmu yang bergandingan dengan mempelajari usaha-usaha individu dalam ikatan pekerjaan-pekerjaan kehidupan manusia, bagaimana ia memperolehi pendapatan dan bagaimana pula ia mempergunakan pendapatan itu.

3. Ruenez: Ilmu ekonomi adalah ilmu yang mempelajari tingkah laku manusia menghadapi keperluan mereka yang banyak, dengan sebab-sebab yang terbatas dan mempunyai kegunaan yang pelbagai.

Page 4: Tamadun Islam Bab 4

Definisi Ekonomi Islam1. Muhammad Baqir as-Shodr: ekonomi Islam merupakan sekumpulan dasar

dasar umum ekonomi daripada al-Quran dan Sunnah, dan sesuai dengan setiap golongan dan masa. Ini ternyata sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud :

“ Dialah (Allah) yang menjadikan segala yang ada di bumi untukmu semuanya”. (Al-Baqarah: 29)“Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’ “(al- Baqarah: 275)

2. Prof. Dr. Muhammad Abdullah Al-Arabi: menerangkan ekonomi Islam ini sebagai bangunan perekonomian yang didirikan atas landasan dasar-dasar tersebut sesuai dengan tiap lingkungan dan masa.

3. Hailani Muji Tahir: merupakan ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tentang tingkah laku manusia dalam mengguna dan menguruskan sumber-sumber alam untuk kepentingan diri dan masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah.

Page 5: Tamadun Islam Bab 4

4. Syed Muhammad Ghazali Wafa: satu usaha kegiatan manusia mengikut nilai-nilai hukum dan peraturan tertentu dalam mengguna dan menguruskan sumber-sumber alam untuk dimanfaatkan semaksima mungkin.

• Dalam Islam, kegiatan ekonomi dinamakan sebagai mua’malat (kira bicara) termasuk jual beli, syarikat, ijarah, gadaian, khiyar, salam dan lain-lain.

Page 6: Tamadun Islam Bab 4

Konsep Ekonomi Islam

• Ekonomi Islam hari ini boleh dilihat daripada dua sudut: Pertama - ekonomi Islam sebagai teori Bererti sebuah disiplin ilmu yang mengkaji masalah-masalah ekonomi yang dihadapi oleh manusia daripada perspektif Islam. Kedua - ekonomi Islam sebagai bidang amali Bermaksud pelakuan muslim dan mukmin dalam menguruskan sumber-sumber bagi mencapai matlamat iaitu kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Page 7: Tamadun Islam Bab 4

Prinsip-prinsip Ekonomi Islam

• Tauhid• Tazkiyyah• Persaudaraan dan kebajikan• Kecairan harta• Pengharaman amalan ekonomi yang batil• Manusia sebagai hamba Allah• Selaras dengan nilai-nilai akhlak• Akauntabiliti

Page 8: Tamadun Islam Bab 4

Ciri-ciri Ekonomi Islam1. Harta adalah milik Allah dan manusia hanyalah dilantik oleh Allah untuk

memakmurkan bumi.- Perspektif keagamaan ini adalah asas yang dikaitkan dengan harta dan ini adalah intipati pensyariatan yang berkaitan dengan ketuhanan. Telah didatangkan dengan dalil yang jelas dalam al-Quran dan Hadis.Firman Allah S.W.T:

فيها             واستعمركم األرض من أنشأكم هوMaksudnya: “Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya.” (Surah Hud: ayat 61).

2. Saling menyempurna dan lengkap.- Sistem Ekonomi Islam mempunyai hubungkait dengan akidah islamiyyah yang dibuktikan dengan fikrah kejadian iaitu Allah S.W.T adalah pemilik yang memiliki kesemuanya. PadaNya ada hukum-hukum dan perintah-perintah. Firman Allah yang membuktikan Dialah pemilik kekal:

ومافيهن واألرض السم�و�ت ملك ننننننننننننننللهMaksudnya: “Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya.” (Surah Al-Maidah: ayat 120).

Page 9: Tamadun Islam Bab 4

3. Hubungkait dengan penilaian akhlak.- Syariah mementingkan akhlak dengan mengambil berat tentang segala yang diwajibkan dan diharamkan. Ini adalah pendekatan yang kuat melalui akidah, ibadah, muamalat dan akhlak. Keistimewaan ini lengkap dengan ta’aun, takamul dan penjagaan kepada orang yang memerlukan.Firman Allah yang berbunyi:Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya) (Surah Al-Baqarah: ayat 188).

Page 10: Tamadun Islam Bab 4

4. Pengukuhan keseimbangan antara kepentingan individu dan kepentingan rakyat.- Ekonomi Islam membuat pilihan yang adil dalam menyeimbangkan semua kepentingan dan tidak mewujudkan percanggahan antara keduanya. Seperti firman Allah:

وسطا أمة جعلناكم وكذلكMaksudnya: “Dan demikian (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil.” (Surah Al-Baqarah: ayat 143).

Page 11: Tamadun Islam Bab 4

Perbandingan Ekonomi Islam dan Ekonomi Konvensional

Sistem Amalan Perbandingan

Islam • Adil untuk semua• Berdasarkan agama• Diterima oleh jiwa manusia• Tiada penindasan dan riba

Berdasarkan agama

Kapitalis • Individu atau pemodal besar monopoli pasaran• Maksimumkan keuntungan dengan riba

Ketepikan agama

Sosialis • Monopoli dibuat oleh kelompok bukan individu.• Wujud utk musnahkan kapitalis yang bersifat individual ekonomik• Menindas pemodal• Rakyat jadi alat dan tertindas bekerja utk negara• Amalkan riba

Ketepikan agama

Komunis • Rakyat tidak bebas kumpul harta• Sumber alam & ekonomi milik negara• Taraf sama, tiada kaya atau miskin• Semua untuk negara• Hapus hak individu, kelompok & agama

Menolak agama

Page 12: Tamadun Islam Bab 4

Konsep Pengurusan Harta Menurut Islam

• Dengan berpandukan kepada nas-nas Al-Quran, semua harta adalah milik Allah dan umat manusia hanya boleh mengambil dan menikmati manfaatnya sahaja. Ini berdasarkan hakikat bahawa hanya Allah SWT sahaja yang telah menciptakan langit dan bumi beserta seluruh kandungannya, bahkan seluruh benda yang wujud di ruang sempadan langit dan bumi itu. Firman Allah SWT dalam surah Al-An’am ayat 102:- Maksudnya: yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaanNya) ialah Allah tuhan kamu, tiada tuhan (yang disembah dan dipatuhi dengan sebenar-benarnya) melainkan Dia, yang menjadikan tiap-tiap sesuatu.

• Oleh demikian, umat manusia perlu memanfaatkan segala ciptaan Allah di langit dan di bumi bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian.

Page 13: Tamadun Islam Bab 4

• Umat manusia perlu meneroka segala isi alam serta memproses sesuatu dengan menggunakan kekuatan akal yang di kurniakan oleh Allah SWT dalam diri mereka.

• Allah jua memiliki segala sesuatu di langit dan segala sesuatu di bumi, samada yang kecil mahupun yang besar, yang mempunyai nilai ekonomi dan juga tidak mempunyai nilai ekonomi. Bahkan Allah SWT memiliki seluruh isi dan bumi tanpa berkongsi dengan umat manusia mahupun dari kalangan bukan manusia. Firman Allah SWT:

-Maksudnya: Dan tiada sekutu bagiNya di dalam urusa kerajaanNya dan tidak mempunyai penolong (untuk menjagaNya) dari kehinaan dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.

• Allah SWT juga telah memberitahu seluruh hambaNya , sebagai khalifah di bumi bahawa segala sesuatu yang mereka lakukan dan mengambil manfaatnya itu, bukanlah hasil ciptaan mereka, tetapi semata-mata dari rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka.

Page 14: Tamadun Islam Bab 4

• Walaubagaimanapun, hak yang diberikan kepada umat manusia untuk mengambil manfaat dan menggunakan harta Allah itu bukanlah hak mutlak tanpa ikatan dan syarat, tetapi telah ditetapkan syarat tertentu.

• Manusia dibolehkan menggunakan harta itu di dalam batas keperluan mereka tetapi mengikut kadar mana harta itu dapat menampung keperluan hidup mereka.

• Bahkan, manusia dilarang boros dan kedekut di dalam urusan makanan, minuman, berpakaian dan seluruh urusan hidup. Allah SWT telah mengharamkan sikap membazir sama seperti sikap kedekut dan tangkai jering. FirmanNya:

-Maksudnya: Dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau.

• Namun demikian , hak-hak orang lain di dalam harta Allah telah ditetapkan oleh Allah SWT, yang mana setiap orang yang mempunyai harta perlu menunaikan kewajipan atas dasar kedudukan dan tarafnya sebagai khalifah atau pengganti dalam menjaga harta Allah. Hak-hak yang mesti ditunaikan ialah zakat dan infaq

Page 15: Tamadun Islam Bab 4

• Kesimpulannya, seluruh harta itu milik Allah dan manusia hanya boleh memiliki sekadar untuk mengambil manfaat sahaja.Bahkan juga harta tersebut boleh di gunakan untuk keperluan masyarakat.

• Ia perlu dilaksanakan oleh pemerintah yang bertanggungjawab menguruskan harta itu dengan membuat peraturan tertentu.

• Imam al-Ghazali menyatakan harus bagi kerajaan mengambil kadar tertentu dari harta rakyat yang kaya berdasarkan keperluan negara misalnya bagi menjaga keamanan rakyat kerana negara mengalami masalah kekurangan wang dalam perbendaharaan atau baitul mal.

• Namun begitu ianya mestilah dilakukan dengan adil tanpa tekanan dan kezaliman. Ini bererti jika negara menghadapi bencana kemarau, banjir dan sebagainya sehingga memerlukan bantuan yang besar sedangkan negara tidak mampu menanggung jumlah tersebut. Maka ia secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan masyarakat dalam apa jua keadaan.

Page 16: Tamadun Islam Bab 4

Konsep Hak dan Pemilikan Harta

Konsep Hak dalam IslamHak (al-haqq) memiliki pengertian yang banyak dalam al-Quran, antaranya:

1. Hak merupakan “milik” atau “ketetapan”.Ertinya: Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak beriman (Yasin: 7).

2. Hak sebagai “kewajiban”.Ertinya: Agar Allah menetapkan yang hak (Islam) dan membatalkan yang batil (syirik) walaupun orang-orang yang berdosa (musyrik) itu tidak menyukainya (Al-Anfal : 8).

3. Hak sebagai “kebenaran”.Ertinya: Katakanlah: “Apakah di antara sekutu-sekutumu ada yang menunjuki kepada kebenaran?” (Yunus : 35).

Page 17: Tamadun Islam Bab 4

Rukun-Rukun Hak

• Menurut para ulama fiqh, rukun hak terbahagi kepada dua, iaitu pemilik hak (orang yang memiliki hak) dan objek hak (baik merupakan sesuatu yang bersifat material atau pun hutang).

• Pemilik hak adalah Allah swt mengenai semua hal yang berkaitan hak-hak keagamaan, peribadi atau pun hukum.

• Hak adakalanya merupakan sulthah, adakalanya merupakan taklif.

Page 18: Tamadun Islam Bab 4

a) Sulthah terbahagi kepada dua, iaitu: - Sulthah ‘ala al nafsi: hak seseorang terhadap jiwa. - Sulthah ‘ala syai’in mu’ayan: hak manusia untuk memiliki sesuatu.

b) Taklif adalah orang yang bertanggung jawab. Taklif adakalanya tanggungan peribadi (‘adah syakhsyiyah ), adakalanya tanggungan harta (ahdah maliyah ).

• Semua kekayaan dan harta benda merupakan milik Allah. Manusia memilikinya hanya sementara, semata-semata sebagai suatu amanah atau pemberian Allah.

• Manusia menggunakan harta berdasarkan kedudukannya sebagai pemegang amanah bukan sebagai pemilik yang kekal.

Page 19: Tamadun Islam Bab 4

• Dalam Islam, kewajiban datang terlebih dahulu baru setelah itu hak. setiap individu memiliki kewajiban tertentu. Dan sebagai hasil dari pelaksanaan kewajiban tersebut, setiap orang akan memperoleh hak-hak tertentu.

• Di dalam al-Qur’an, Allah berfirman tentang hak pemilikan pribadi, ada hak-hak umum yang harus dipenuhi, antaranya:- Ertinya: Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian (Az-Zariat: 19).- Ertinya : Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros (Al Isra’: 26).

Page 20: Tamadun Islam Bab 4

• Dalam ayat tersebut menjelaskan bahawa Islam mengakui hak milik peribadi dan menghargai pemiliknya, selama harta itu diperoleh dengan jalan yang halal.

• Islam melarang setiap orang menzalimi dan menghalang hak milik orang lain dengan azab yang pedih, lebih-lebih lagi jika pemilik harta itu adalah kaum yang lemah, seperti anak yatim dan wanita.

Page 21: Tamadun Islam Bab 4

Konsep Pemilikan Harta dalam Islam

• Pemilikan Harta (Milk) atau kekayaan amat digalakkan kerana antara dunia dan akhirat perlu seimbang dan tuntutannya tidak boleh melebihi antara satu dengan yang lain. Firman Allah :

- Maksudnya : Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah kepada kamu untuk negeri akhirat dan janganlah kamu lupakan habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu lakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada oranf yang melakukan kerosakan” (Surah al-Qashash: 77).

Page 22: Tamadun Islam Bab 4

Jenis-jenis Pemilikan

1. Milk tam:Iaitu suatu kepemilikan yang meliputi benda dan manfaatnya sekaligus, ertinya bentuk benda dan kegunaanya dapat dikuasai. Pemilikan tam biasanya diperoleh dengan banyak cara misalnya jual beli.

2. Milk naqishah: Iaitu apabila seseorang hanya memiliki salah satu dari benda tersebut. Memiliki benda tanpa memiliki manfaatnya atau memiliki manfaatnya saja tanpa memiliki zatnya. Milk naqishah yang berupa penguasaan terhadap zat barang (benda) disebut milk raqabah. Sedangkan milk naqish yang berupa penguasaan terhadap kegunaannya saja disebut milk manfaat/hak guna pakai.

Page 23: Tamadun Islam Bab 4

Zakat1. Pengertian

Bahasa: Menyucikan , menyuburkan.Istilah : Mengeluarkan kadar harta yang tertentu kepada orang yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu..

2. Nama-Nama lain - al-Sadaqah, al-Nafakah, al-Hak.

3. Hukum dan Dalil - Wajib .Firman Allah dalam surah Al Baqarah

“Dan dirikanlah solat dan tunaikan Zakat”.

4. Bahagian Zakat - Zakat Fitrah (Ramadhan) dan Zakat Harta Benda.

Page 24: Tamadun Islam Bab 4

5. Zakat Fitrah- Diwajibkan atas semua orang Islam.- Kadar satu gantang Baghdad / 3.1 liter / 5 kati daripada makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah Negara. Di Malaysia ialah beras atau kadar harga yang sama dengannya. Kadar harga itu mengikut ketetapan negeri masing-masing.- Waktu bayaran dari awal Ramadhan hingga hari akhir bulan Ramadhan. Waktu haram iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidilfitri. Waktu makruh iaitu selepas solat hari raya hingga tiba maghrib.

6. Zakat Harta Benda iaitu emas dan perak, harta perniagaan, binatang

ternakan, tanaman dan buah-buahan dan rikaz.

6.1 Syarat Wajib Zakat Harta Benda.1.Merdeka.2.Islam.3.Cukup Nisab.4.Sampai Haul.5.Harta milik sendiri.

Page 25: Tamadun Islam Bab 4

6.2. Golongan yang berhak menerima zakat (semua Jenis Zakat)1.Fakir.2.Miskin.3.Amil Zakat.4.Muallaf.5.Riqab (hamba yang dijanjikan kebebasan).6.Gharimin (berhutang dan susah diseleaikan selain bantuan).7.Fisabilillah (orang yang berjuang pada jalan Allah atau untuk keselamatan, perang, atau pembangunan Islam).8.Ibnu Sabil (orang yang akan/dalam perjalanan menuju kebaikan – kurang /tidak mampu dan perlu bantuan untuk pembiayaan).

Page 26: Tamadun Islam Bab 4

6.3. Hikmat Zakat• Mengikis sifat kikir dalam hati seseorang.• Wujudkan ketenangan dalam hati pemberi dan

penerima.• Menambahkan niliai harta.• Kestabilan dan keamanan dalam masyarakat.

6.4. Waktu Pembayaran• Wajib bayar dengan segera apabila telah cukup

syarat.• Pembayaran zakat boleh diawalkan sebelum

sampai tempoh yang ditetapkan.

Page 27: Tamadun Islam Bab 4

Fungsi Zakat dalam Pembangunan Ekonomi

1. Menyelesaikan masalah-masalah kemiskinan yang merupakan salah satu dari tiga rangkaian penghancur manusia: (kejahilan, kemiskinan dan penyakit). - Oleh itu terdapat beberapa ayat al-Quran dan al-Sunnah yang hanya memperuntukkan lapan golongan sahaja yang berhak menerimanya. Kelapan-lapan golongan in adalah mereka yang kurang berkemampuan. Firman Allah: "Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya , menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (dari meminta)“.

Page 28: Tamadun Islam Bab 4

2. Memerangi masalah riba yang dilaknat oleh Allah dan rasulNya ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam proses perlaksanaan riba. - Dengan penyediaan modal bererti tertutuplah pintu sistem pinjaman yang dikenakan riba.- Modal daripada zakat itu boleh diberikan kepada fakir miskin yang berhajat untuk membuka sesuatu pekerjaan yang termampu olehnya, sama ada sebagai pemberian hangus atau sebagai pinjaman tanpa faedah.

Page 29: Tamadun Islam Bab 4

3. Menghapuskan pembekuan harta dalam masyarakat Islam. - Zakat dikenakan terhadap jumlah harta sama ada dilaburkan atau di simpan beku yang membolehkan masyarakat Islam menggerakkan seluruh sumber yang ada di dalam negara Islam untuk tujuan produktif. - Sistem zakat yang ditekankan oleh Islam adalah suatu sistem yang diwarnai atas dasar ketaqwaan dan merupakan suatu ibadah yang puncak tujuannya hanyalah semata-mata untuk "mardhatillah".

Page 30: Tamadun Islam Bab 4

4. Mendekatkan jurang perbezaan - Iaitu merapatkan jurang di antara anggota

masyarakat dan mengagihkan semula pendapatan. - Ini jelas dari kutipan sebahagian harta orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada mereka yang kurang berada.

Page 31: Tamadun Islam Bab 4

PENGERTIAN RIBA DAN IMPLIKASINYA

PENGERTIAN

Bahasa – Bertambah, berkembang, naik, membesar, membiak, bukit-bukit dan tanah tinggi.

Istilah – Pembayaran kembali terhadap sesuatu pinjaman yang melibatkan tambahan dalam tiga bentuk:# Riba Al-Fadhal# Riba Al- Nasi’ah# Riba Al- Qardh

Page 32: Tamadun Islam Bab 4

DALIL PENGHARAMAN RIBA

• Firman Allah s.w.t “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba…

Page 33: Tamadun Islam Bab 4

…Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya” (Al-Baqarah: 275)

33

Page 34: Tamadun Islam Bab 4

• Diriwayatkan oleh Jabir r.a katanya : “Rasulullah s.a.w melaknat pemakan riba, wakilnya, penulisnya dan dua orang saksinya. Baginda bersabda : Mereka semua sama” (Riwayat Muslim)

• Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w baginda bersabda : “Jauhilah tujuh kesalahan besar. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah apakah kesalahan itu ? Baginda menjawab: Mensyirikkan Allah, mengerjakan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan Allah kecuali kerana kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari daripada pertempuran serta menuduh wanita suci dan beriman berzina tanpa disedarinya” (Riwayat al-Bukhari no. 2615, Muslim no. 89)

34

Page 35: Tamadun Islam Bab 4

SEBAB-SEBAB PENGHARAMAN RIBA

1) Ada nas dari Al-Quran dan Hadis tentang pengharaman Riba.

2) Mengambil harta orang lain dengan tidak ada imbangannya.

3) Menjadikan manusia malas berusaha dan mencari kesenangan dari hasil usaha orang lain dan boleh menimbulkan penindasan.

4) Boleh menyebabkan putusnya amalan bantu-membantu sesama manusia.

Page 36: Tamadun Islam Bab 4

IMPLIKASI RIBA

“Wahai orang-orang beriman janganlah kamu makan harta-harta di antara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu”.

Surah An-Nisa’ Ayat 29

• Melahirkan individu bersikap ego.

• Menghilangkan nilai kemuliaan dan kasih sayang serta menggantikannya dengan sifat tamak.

• Melahirkan rasa kebencian antara anggota masyarakat.

Page 37: Tamadun Islam Bab 4

• Menunjukkan kezaliman, penindasan, kedekut & pentingkan diri sendiri.

• Membebankan lagi si penanggung hutang dengan jumlah bunga yang telah diberikan.

• Menyekat semangat ihsan serta terhapus perasaan memberi pinjaman atas dasar pertolongan sesama insan.

Page 38: Tamadun Islam Bab 4

INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA

AR-RAHN

TABUNG HAJI

INSTITUSI ZAKAT

BAITUL MAL

PERBANKAN ISLAM

TAKAFUL

Page 39: Tamadun Islam Bab 4

PERBANKAN ISLAM

• Perbankan Islam adalah satu sistem perbankan berlandaskan lunas dan prinsip Syariah dan didukung oleh sistem ekonomi Islam.

• Dalam perbankan Islam, ia amat menitikberatkan pengharaman riba’ (mengumpul dan memberi faedah), pengenaaan kadar faedah yang terlalu tinggi kepada pinjaman dan perniagaan yang tidak halal di sisi Islam.

• Perbankan Islam kini semakin berkembang sebagai tren terkini senario perbankan global.

Page 40: Tamadun Islam Bab 4

Konsep Syariah• Mudharabah (perkongsian untung)• Murabahah (kos tokok)• Musyarakah (usaha sama)• Bai al-inah (perjanjian jual dan beli balik)• Bai’ bithaman ajil (pembayaran jualan tertangguh)• Wadiah (simpanan)• Ijarah thumma al-bai’ (sewa beli)• Wakalah (agensi)• Qardhul hassan (pinjaman ihsan)• Hibah (hadiah)

Page 41: Tamadun Islam Bab 4

1. Mudharabah (Perkongsian Untung)

• Suatu pengaturan atau perjanjian di antara pemberi modal dengan pengusaha projek di mana pengusaha projek menggunakan dana untuk menjalankan aktiviti perniagaan beliau.

• Sebarang keuntungan yang diperoleh akan dikongsi di antara pemberi modal dan pengusaha projek mengikut nisbah yang telah dipersetujui sementara kerugian pula ditanggung sepenuhnya oleh pemberi modal.

Page 42: Tamadun Islam Bab 4

2. Murabahah (Keuntungan)

• Penjualan barangan adalah pada harga yang termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

• Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jualan dilaksanakan.

Page 43: Tamadun Islam Bab 4

3. Musyarakah (Usaha Sama)

• Biasanya digunapakai bagi perniagaan perkongsian atau perniagaan usaha sama untuk sesuatu perusahaan perniagaan.

• Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama berdasarkan nisbah yang dipersetujui manakala kerugian akan ditanggung berdasarkan nisbah sumbangan modal.

Page 44: Tamadun Islam Bab 4

4. Bai’ al-Inah (Perjanjian Jual dan Beli Balik)

• Penjualan aset kepada pelanggan secara bayaran tertangguh dan seterusnya aset berkenaan akan dibeli kembali oleh pembiaya secara tunai pada harga diskaun.

Page 45: Tamadun Islam Bab 4

5. Bai’ Bithaman Ajil (Pembayaran Jualan Tertangguh)

• Penjualan barang berdasarkan pembayaran tertangguh pada harga tertentu, yang termasuk margin keuntungan yang telah dipersetujui.

Page 46: Tamadun Islam Bab 4

6. Wadiah (Simpanan) • Sama seperti akaun simpanan perbankan konvensional,

wadiah membolehkan pendeposit mendepositkan dana ke dalam institusi perbankan yang dianggap sebagai penjaga dan pemegang amanah dana.

• Pihak institusi perbankan akan menjamin pembayaran balik kesemua deposit berkenaan atau sebahagian daripada jumlah belum jelas apabila pendeposit memintanya.

• Pendeposit mungkin diberi 'hibah' (hadiah) di atas budi bicara institusi perbankan, sebagai satu bentuk penghargaan pihak institusi perbankan kepada pendeposit kerana membenarkan penggunaan dana tersebut

Page 47: Tamadun Islam Bab 4

7. Ijarah Thumma Al Bai’ (Sewa Beli)

• Terbahagi kepada dua perjanjian yang berasingan, perjanjian Ijarah adalah perjanjian pertama di antara kedua-dua perjanjian ini di mana pelanggan akan memajak kereta tersebut daripada pemilik (institusi perbankan) pada kadar sewa yang telah ditentukan terlebih dahulu untuk suatu tempoh tertentu.

• Pada akhir tempoh pemajakan tersebut, perjanjian kedua atau perjanjian Bai' akan dikuatkuasa untuk membolehkan pelanggan membeli kenderaan tersebut pada harga yang telah dipersetujui.

Page 48: Tamadun Islam Bab 4

8. Wakalah (Agensi)

• Peserta melantik seorang wakil untuk melaksanakan dan menjalankan transaksi bagi pihak beliau.

Page 49: Tamadun Islam Bab 4

9. Qardhul Hassan (Pinjaman Ihsan)

• Pinjaman yang diberikan atas semangat ihsan dan peminjam hanya dikehendaki membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja.

• Walaubagaimanapun, di atas budi bicara peminjam, beliau boleh membayar balik pinjaman melebihi jumlahnya (tanpa perlu berjanji untuk berbuat sedemikian) sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.

Page 50: Tamadun Islam Bab 4

10. Hibah (Hadiah)

• Sagu hati yang diberi secara sukarela sebagai balasan kepada pinjaman yang diberi atau manfaat yang diterima.

Page 51: Tamadun Islam Bab 4

Senarai Perbankan Islam

1. Bank Islam Malaysia Berhad

2. Bank Muamalat Malaysia Berhad

3. RHB Islamic Bank Berhad

4. EONCAP Islamic Bank Berhad

5. Affin Islamic Bank Berhad

6. AmIslamic Bank Berhad

7. CIMB Islamic Bank Berhad

8. Public Islamic Bank Berhad

9. Hong Leong Islamic Bank Berhad

10. Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad

11. Maybank Islamic Berhad

12. Alliance Islamic Bank Berhad

13. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad

14. Asian Finance Bank Berhad

15. HSBC Amanah Malaysia Berhad

16. OCBC Al-Amin Bank Berhad

Page 52: Tamadun Islam Bab 4

BAITUL MAL• Baitulmal merupakan institusi harta dan kewangan

induk dalam negara Islam. Harta yang terkumpul dalam khazanah baitulmal adalah harta negara yang dimiliki oleh semua rakyat yang tinggal dan menetap di bawah naungan kerajaan Islam.

• Baitulmal menurut pandangan al-Mawardi ialah tempat merekodkan pembahagian dan pengumpulan harta. Lebih tepat lagi baitulmal dimaksudkan sebagai perbendaharaan negara yang menerima dari pelbagai sumber kewangan dan harta secara terkumpul oleh negara Islam seperti zakat, harta wakaf, cukai dan lain-lain.

Page 53: Tamadun Islam Bab 4

• Baitulmal mengandungi suatu konsep dan pengertian harta yang amat luas yang berdasarkan kepada iman dan takwa dengan penuh yakin bahawa hanya Allah sahajalah Pencipta, Pentadbir dan Penguasa alam ini, manakala khalifah pula sebagai pemegang amanah bagi menguruskan harta yang terkumpul dalam khazanah baitulmal.

• Di Malaysia, pentadbiran dan penyelarasan baitulmal disempitkan skop dan fungsinya dengan mewujudkan dua pecahan dalam pentadbiran, iaitu perbendaharaan negara melalui Kementerian Kewangan Malaysia dan baitulmal melalui kerajaan negeri.

• Dari segi pentadbiran, baitulmal kini lebih sistematik dengan wujudnya pelbagai peruntukan yang memberi bidang kuasa kepada Majlis Agama Islam untuk menguruskan skop pengurusan dan fungsi baitulmal adalah wajar dibuat mengikut keperluan masa dan kehendak setempat.

Page 54: Tamadun Islam Bab 4

INSTITUSI ZAKAT• Institusi pengurusan zakat di Malaysia ialah sebuah institusi kewangan yang

bertanggungjawab terhadap segala kutipan zakat fitrah dan zakat harta. • Institusi ini berada dibawah pentadbiran Majlis Agama Islam di setiap

negeri. Ia mempunyai beberapa peranan seperti:

Memungut dan meningkatkan kutipan zakat harta dan zakat fitrah Menggunakan harta zakat untuk memajukan masyarakat Islam Membelanjakan harta zakat melalui cara yang halal untuk meningkatkan ekonomi

umat Islam Memperkukuhkan cara yang sistematik dalam urusan pengutipan zakat melalui

operasi berkomputer Memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mengeluarkan zakat Meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberi kewujudan kepada umat Islam

membayar zakat.

Page 55: Tamadun Islam Bab 4

TABUNG HAJI• Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH) atau ringkasnya Tabung Haji, yang

ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 adalah bertujuan untuk: ◊ Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan yang bermanfaat; ◊ Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan ◊ Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.

Page 56: Tamadun Islam Bab 4

• Berasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji; memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.

• Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas- lunas Islam.

Page 57: Tamadun Islam Bab 4

TAKAFUL

• Takaful merupakan satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong di antara anggota masyarakat yang menginginkan perlindungan dalam menghadapi kemungkinan malapetaka atau bencana.

• Usaha ini dikendalikan oleh Syarikat Takaful sebagai pengusaha melalui skim dan pelan takaful yang disusun dengan berlandaskan hukum-hukum syariat. Usaha bagi mewujudkan kerjasama dan lindung-melindungi ini selari dengan tuntutan Islam.

Page 58: Tamadun Islam Bab 4

• Sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan”.

• Perjanjian antara Syarikat Takaful dengan peserta adalah perjanjian Al-Mudharabah.

• Syarikat Takaful bertindak sebagai Al-Mudharib iaitu bagi pihak Pengusaha yang menerima wang caruman peserta-peserta bagi menguruskan skim dan pelan takaful, membuat pelaburan dan urusan-urusan takaful yang disusun berlandaskan hukum yang berkaitan dengannya.

• Sementara itu, peserta pula bertindak sebagai Sahib Al-Mal (pemilik harta) yang menyerahkan wang caruman (Ra’is Al-Mal) mereka untuk diuruskan dalam skim dan pelan takaful serta membuat pelaburan.

Page 59: Tamadun Islam Bab 4

• Perjanjian pelan takaful tersebut menerangkan dengan jelas beberapa perkara. Antaranya ialah:

a) Pembahagian keuntungan dari perjalanan skim dan pelan takaful antara Syarikat Takaful (Pengusaha) dan peserta (pemilik) harta secara betul.b) Cara bagaimana Syarikat Takaful menggunakan wang caruman peserta untuk ditadbir dan dilabur dan sebahagiannya disumbangkan bagi menolong rakan-rakan peserta yang ditimpa kesusahan atau malapetaka.c) Penjelasan tentang hak-hak peserta serta syarat dengan perlindungan yang diberi dan berhubung dengan apa-apa manfaat yang akan mereka perolehi daripada skim dan pelan berkenaan.

Page 60: Tamadun Islam Bab 4

Jenis-Jenis Takaful

• Terdapat 2 jenis Takaful yang boleh disediakan oleh syarikat-syarikat takaful iaitu:

i) Takaful Amii) Takaful Keluarga

Page 61: Tamadun Islam Bab 4

Takaful Am

• Takaful Am ialah sejenis perlindungan yang boleh disertai oleh orang perseorangan, syarikat, pertubuhan dan perbadanan sebagai satu ikhtiar dalam menghadapi kemungkinan berlakunya malapetaka atau bencana yang menimpa harta benda dan barang yang dimiliki oleh diri peserta seperti kebakaran atau kemalangan.

Page 62: Tamadun Islam Bab 4

Takaful Keluarga

• Takaful Keluarga ialah perlindungan dalam menghadapi malapetaka kematian atau kecederaan ke atas diri seseorang peserta. Jelasnya takaful keluarga adalah satu bentuk perlindungan bagi orang perseorangan yang ingin berikhtiar dengan membuat persediaan menghadapi malapetaka dan bencana yang menimpa ke atas diri sendiri.

Page 63: Tamadun Islam Bab 4

• Penyertaan anggota masyarakat dalam skim dan pelan takaful yang selari dengan syari’at Islam adalah amat digalakkan dalam Islam sebagai satu usaha yang positif dalam menghadapi kemungkinan kesusahan atau mala petaka yang menimpa.

• Pihak syarikat sebagai pengusaha takaful sewajarnya memberikan kefahaman yang jelas kepada peserta berkaitan dengan terma-terma perjanjian yang dibuat sebagai langkah mengelakkan silap faham dan kezaliman.

Page 64: Tamadun Islam Bab 4

AR-RAHN

• Perkataan gadaian dalam bahasa Arab dinamakan Ar-Rahnu. Maksudnya ialah meletakkan sesuatu barang yang berharga sebagai jaminan kepada sesuatu hutang yang diperolehi seorang pemberi hutang dengan perkiraan bahawa sekiranya orang yang berhutang tidak dapat melunaskan hutangnya, maka si pemberi hutang boleh mendapatkan kembali barang atau wangnya daripada barang gadaian itu.

Page 65: Tamadun Islam Bab 4

• Ringkasnya, gadaian merujuk kepada harta yang dijadikan cagaran kerana sesuatu hutang untuk melunaskan hutangnya apabila tidak berkemampuan untuk melakukan pembayaran oleh pihak yang berhutang mengikut ketentuan syarak.

• Kata Gadaian dalam bahasa Inggeris dinamakan sebagai Mortage dan Pawn. Ia secara umum membawa maksud cagaran yang diserahkan oleh peminjam kepada yang memberi pinjam untuk jangka masa yang tertentu.

Page 66: Tamadun Islam Bab 4

• Hukum Gadaian adalah harus. Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam kitab suci Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 283 yang bermaksud:

• “Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedangkan kamu tidak mendapati juru tulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang).”

Page 67: Tamadun Islam Bab 4

Rukun Gadaian

1) Pemberi gadai (Rahin) dan penerima barang gadaian (Murtahin).

2) Hutang (Marhun Bih)3) Sighah (Ijab dan Qabul) iaitu majlis penyerahan

dan penerimaan gadaian4) Penerimaan barang gadaian oleh pemberi

hutang secara mutlak.5) Barang gadaian. Terdiri dari barang-barang yang

halal dan sah untuk dijual beli menurut pandangan syarak.

Page 68: Tamadun Islam Bab 4

Syarat Gadaiana) Akad gadaian mestilah dilakukan melalui ijab dan

qabul (tawaran dan penerimaan)b) Orang yang menggadai (Ar-Rahin) dan orang yang

memegang gadaian (Al-Murtahin) hendaklah terdiri daripada orang yang mempunyai kelayakan yang sewajarnya untuk mentadbir harta (Mutlaq Al-Tasarruf). Oleh itu, orang yang gila atau kanak-kanak yang belum baligh tidak sah melakukan atau menerima gadaian.

c) Barang yang digadaikan (Al-Marhun) mestilah barang yang dimiliki dan boleh dijual.

Page 69: Tamadun Islam Bab 4

Nilai Positif Gadaian1) Membolehkan orang yang sedang kesempitan wang

mendapatkannya dengan cara yang bersih dan di bolehkan oleh syarak.

2) Menjadi jaminan bagi hutang sekiranya orang yang berhutang tidak dapat menjelaskan hutangnya.

3) Memberi keyakinan terhadap pemberi hutang dalam mendapatkan kembali wang yang telah dihutangkan.

4) Mengelakkan sebarang perbalahan antara pemberi hutang dengan orang yang berhutang sekiranya hutng tidak dapat dilangsaikan.

5) Memberi dorongan kepada orang yang berhutang agar membayar hutangnya bagi mendapatkan kembali barang yang menjadi barang gadaian.