bab 4 sejarah perkembangan tamadun islam di malaysia

29
AC 301 TAMADUN ISLAM SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA

Upload: ajaknordin

Post on 25-May-2015

9.025 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

AC 301

TAMADUN ISLAM SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA

Page 2: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

TEORI KEDATANGAN ISLAM

TEORI DARI INDIA

TEORI DARI CHINA

TEORI DARI ARAB / PARSI

Page 3: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

TEORI – TEORI KEDATANGAN ISLAM

TEORI DARI INDIA

Berbeza pandangan mengenai kawasan di India yang

menjadi tempat asalnya Islam

Islam tersebar pada abad ke 13 M

Namun proses Islamisasi di Tanah Melayu telah

bermula sejak abad pertama Hijrah

Page 4: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

TEORI DARI CHINA

Penemuan Batu Bersurat di Terengganu 1386 (tarikh

sebenar: 1303M)

Disamakan dengan batu nisan di Champa Selatan

Dr. Abdul Jalil Hj. Hassan: Dalam catatan Chau –Ju-

Kua (1225 M) terdapat negeri Islam bernama “Fo-lo-an”

Paul Wheatley: Besar kemungkinan Fo-lo-an adalah

Kuala Berang

Islam datang dari Pantai Timur

Page 5: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

BATU BERSURAT TERENGGANU

Page 6: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

TEORI DARI ARAB / PARSI

Pendapat Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas:

i. Tiada 1 kitab dan kesusasteraan keagamaan yang

menyatakan merujuk kepada penulis mahupun kitab dari

India

ii. Pendakwah Islam di daerah kuala Berang terdiri dari orang

Arab/ Parsi (berdasarkan nama dan gelaran mereka)

iii. Kandungan fahaman keagamaan yang dibawa bersifat

timur tengah bukan India atau China.

Page 7: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

TEORI DARI ARAB / PARSI

CONTOH:

• Penghuraian kitab akidah dan tasawuf

• Bentuk tulisan jawi

• Perkataan yang digunakan oleh orang Melayu ketika itu

Page 8: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia
Page 9: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia
Page 10: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM

DI MALAYSIA

AKIDAH KEBUDAYAAN

SOSIAL & EKONOMI

POLITIK & PENRUNDANGAN

PENDIDIKAN & BAHASA

PENDIDIKAN & BAHASA

Page 11: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

AKIDAH

• Abdul Rahman Abdullah (Sejarah dan Tamadun Asia

Tenggara) : Masyarakat Melayu sambut baik kedatangan

Islam

• Masyarakat ketika itu masih pertahankan warisan

kepercayaan asal.(Jampi & mantera dalam perubatan)

• Percambahan aliran falsafah Islam juga berlaku : As’ariyah,

Maturidiyah, Syiah, Sunni (sebabkan pegangan akidah

bercelaru)

• Graduan agama terutama dari Timur Tengah berjasa dalam

memastikan akidah umat Islam ke landasan benar

Page 12: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

KEBUDAYAAN

• Islam agama syumul dan takammul (menyeluruh dan lengkap)

• 4 aspek utama dalam Islam (akidah, ibadah, akhlak, syariah)

• Islam membawa perubahan dalam pelbagai bidang

kebudayaan iaitu: politik & perundangan, sosial & ekonomi,

kesenian & hiburan serta pendidikan & bahasa

Page 13: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

POLITIK & PERUNDANGAN

• Kuasa dan penghormatan kepada raja selaras dengan

prinsip Islam

• Berlaku kerjasama yang baik antara raja, pemerintah dan

juga golongan ulama’

• Penerapan undang-undang Islam

• Perundangan di Melaka mencatatkan tentang hukum

keluarga, muamalat, jenayah dan syarat-syarat menjadi

sultan dalam: HUKUM KANUN MELAKA dan UNDANG –

UNDANG MELAKA

Page 14: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia
Page 15: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

SOSIAL & EKONOMI

• Sebelum kedatangan Islam, masyarakat terbahagi kepada

dua: pemerintah dan yang diperintah

• Golongan yang diperintah: bekerja dalam bidang pertanian,

penternakan, pertukangan (mewujudkan taraf kedudukan

dalam masyarakat)

• Taraf paling tinggi: pedagang (majoriti dari Gujerat &ulama’

Arab).Hubungan rapat dengan raja & sekaligus mesej

dakwah disampaikan

Page 16: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

Pedagang Gujerat/India: Rempah Ratus,

Hamba

Pedagang Arab: Barang dagang

Gaharu,kemenyan

Page 17: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

SOSIAL & EKONOMI

• Wujudnya Baitul Mal atau hasil negara yang berpunca dari:

i. Zakat

ii. Jizyah

iii. Ghanimah

iv. Al- Fai’

• Semua hasil negara ini menjana ekonomi ketika itu

disamping membantu rakyat

• Membantu kurangkan jurang perbezaan antara pemerintah

dan yang diperintah

Page 18: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

KESENIAN & HIBURAN

• Kesenian dan hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam

terus diamalkan

• Kesenian dari struktur binaan: seperti masjid, surau, istana,

rumah

• Adat lama: pemilihan tapak rumah, tarikh yang sesuai

permulaan mengikut pawang mula dibuang dalam amalan

masyarakat kerana bertentangan dengan Islam

• Hiburan: tari menari yang bertentangan dengan Islam spt.

Nyanyian, dikir barat, makyong, wayang kulit dilakukan

perubahan agar selari dengan Islam

Page 19: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

KESENIAN & HIBURAN

Satu cerita dalam persembahan Mak Yong adalah hasil dari

gabungan gerak tari, nyanyian, muzik dan teks. Tema yang

mendasari cerita-cerita Mak Yong adalah merupakan mitos

percintaan anak-anak raja dan dewa-dewa, kisah

pengembaraan dan juga kehidupan di istana, misalnya

cerita Raja Tangkai Hati.

Page 20: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

KESENIAN & HIBURAN

Dikir Barat berasal dari Selatan Siam.

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling

digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan . Ianya wujud

dikalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan

pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat

satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan

Tok Juara

Page 21: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

KESENIAN & HIBURAN

Wayang kulit telah wujud di Indonesia sejak beberapa kurun

lalu dan dibawa dari Indonesia serentak dengan proses

penyebaran agama Hindu

Cerita wayang kulit di Pulau Jawa, Bali atau Malaysia

semuanya berasaskan pada dua hikayat Dewa-dewa, iaitu

Mahabharata dan Ramayana. Begitu juga dengan

persamaan istilah seperti wayang, dalang, panggung dan

kelir.

Page 22: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

BAHASA & PENDIDIKAN

• Pendidikan dan bahasa membawa perubahan sangat ketara

• Islam menekankan pendidikan kepada semua tanpa mengira

darjat

• Pendidikan dalam Islam dilaksanakan secara formal dan tidak

formal

• Pihak istana membenarkan kelas agama dijalankan di istana.

Terbatas kepada golongan bangsawan sahaja

• Masjid dan surau sebagai tempat penyebaran ilmu

• Ada sebilangan masyarakat yang pergi ke rumah guru agama

untuk belajar

• Golongan guru dan ulamak di hormati dan dipandang tinggi

oleh pemerintah dan masyarakat ketika itu

Page 23: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

KESAN TERHADAP KEMAJUAN

DI MALAYSIA

PENDIDIKAN

EKONOMI

POLITIK

PENTADBIRAN

Page 24: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

BIDANG EKONOMI

•Penubuhan institusi kewangan berteraskan Islam seperti:

i. Bank Islam

ii. Baitul Mal

iii. Pusat Zakat

iv. Lembaga Wakaf

v. Ar- rahnu

• Lebih banyak bank yang berasaskan konvensional

menawarkan perkhidmatan perbankan Islam di

Malaysia

Page 25: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

BIDANG POLITIK

• Pengasas politik Islam di Malaysia adalah Syeikh Syed Al- Hadi dan

Sheikh Tahir Jalaluddin (Jamie, 2005)

• Antara para intelektual Malaysia yang memaiknkan peranan bersar dalam

pengisian Islam agama adalah:

i. Dr Burhannudin Al Helmy

ii. Prof. Zulkifli Mohammad

• Terdapat ramai tokoh agama yang terlibat dalam politik seperti Ahmad

Badawi (ualama tempatan).

• Mereka percaya agama dan politik tidak boleh dipisahkan

• Orientalis Barat cuba suntik elemen sekular dalam pemikiran politik

pimpinan pelapis

• Pertembungan idea antara ulama dan ahli politik berpendidikan Barat:

ulama keluar parti. Tubuhkan PAS

Page 26: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

BIDANG POLITIK

• Awal 70-an: timbul pelbagai parti gerakan Islam sebagai

gerakan dakwah iaitu Al-arqam dan ABIM.

• Gerakan Islam ketika itu mengambil inspirasi kejayaan revolusi

Islam Iran

• Peristiwa 11 September 2003: Pencerobohan WTC, beri

kesedaran kepada umat Islam kepentingan pemikiran politik

Islam

• Mendorong kepada kemenangan parti Islam di Turki,

(AKP)Lebanon (Hizbullah), Mesir(Ikhwanul Muslimin)Palestin

(Hamas)

Page 27: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

BIDANG PENTADBIRAN

• Kerajaan Malaysia terapkan unsur – unsur Islam dalam

pentadbiran

• Nilai – nilai yang diterima oleh semua kaum juga

diambilkira

• Unsur Islam dalam pentadbiran boleh menyumbang

kepada banteras rasuah, nepotisme, kejahilan

• Tanamkan nilai integriti, jujur dan amanah

Page 28: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

BIDANG PENDIDIKAN

• Pendidikan agama: menggunakan Bahasa Arab dan diajar

oleh mubaligh Arab

• Masjid, surau dan rumah tok guru menjadi tempat

penyebaran ilmu Islam

• Pendidikan tidak secara formal dan sistematik

• Silibus: Al-Quran, dan Hadis

Page 29: Bab 4 Sejarah Perkembangan Tamadun Islam Di Malaysia

BIDANG PENDIDIKAN

RUMAH TOK GURU 1 SISTEM

PONDOK 2 MADRASAH 3 DASAR

PELAJARAN KEBANGSAAN 4