tamadun dan ciri-ciri

Upload: nilenthiran-pathmanathan

Post on 19-Oct-2015

51 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kerja kursus

TRANSCRIPT

NILENTHIRAN A/L PATHMANATHAN

NILENTHIRAN A/L PATHMANATHAN

PENDAHULUAN

Matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan matapelajaran yang memberi tunjuk ajar yang dapat kita gunakan untuk menambah ilmu kita berkaitan agama rasmi negara dan latar belakang kita sebagai masyarakat di asia. Tamadun mempunyai pelbagai takrif dan ciri-ciri. Secara umumnya tamadun dapat ditakrifkan sebagai suatu cara hidup yang berkembang apabla manusia mula menetap di satu kota atau bandar di mana terdapatnya suatu organisasi soaial dan politik yang dikenali sebagai negara. Dalam tamadun terdapat segala bentuk dari seni,adat kebiasaan,teknologi,ilmu,organisasi dan politik sebagai cirinya. Ciri-ciri tamadun ini berbeza mengikut negara atau benua. Ciri-ciri ini yang akan membentuk identiti sesuatu tamadun. Tamadun juga merujuk kepada segolongan masyarakat yang telah keluar dari kehidupan (nomad) dan telah mencapai kemajuan dari pelbagai aspek.

TAKRIF TAMADUN.Tamadun dapat ditakrifkan dalam beberapa sudut. Dari sudut bahasa tamadun dapat ditakrif dalam Bahasa Arab , Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu.BAHASA ARAB.Dalam bahasa Arab terdapat empat istilah yang digunakan. Iaitu Tamadun, Hadarah, Umran dan Madaniyyah. Tamadun yang ditulis dalam bahasa melayu diambil daripada perkataan bahasa Arab Tamaddun istilah ini diperkenalkan oleh Jurji Zaydan pada tahun 1902-1906. Dari sudut semantik, tamadun merupaka kata terbitan dari perkataan maddana yang bermaksud pemilihan sesuatau lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatau kawasan hingga enjadi suatu perbandaran. Selain itu, perkataan maddana yang mempenyai beberapa maksud seperti madana,mudun,maidinah dan madani. Perkataan madinah membawa maksud bandar. Madani / al-madaniyah bermaksud peradaban dan kemakmuran hidup yang merujuk kepada kemajuan kebendaan yang dicapai oleh masyarakat perkataan ini diperkenalkan oleh Abu Nasir al-Farabi pada abad ke-11. Seterusnya, perkataan Umran dan hadarah juga merupan istilah yang digunakan dalam Bahasa Arab. Umran merupakan kawasan tanah rempat tinggal yang tetap, berkembang subur dan maju dan menjadi Bandar. Perkataan Hadarah pula merupakan satu daerah, kota, Bandar, kampung atau tanah yang diusahkan. Mengikut Bahasa Arab tamadun dapatlah ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalan segala perlakuan, pemikiran, penciptaan yang baik,akhlak baik bagi sesuatau kelompok manusai yang membentuk sebuah bangsa atau Negara bangsa.

BAHASA INGGERIS.Bahasa Inggeris juga mempunyai pelbagai istilah yang dapat dikaitkan dengan tamadun. Dari sudut epitemologi perkataan civilition berkait rapat dengan urbanization. Perkataan civilition yang digunakan dalam Bahasa inggeris merupakan perkataan yang berasal dari perkataan latin. Perkataan latin yang marupakan civitas,civiltas yang bermaksud city (Bandar) perkataan ini lebih merujuk kepada masyarakat yang menetap di bandar. Ini kerana masyarakat inggeris lebih memberi tumpuan kepada manusia yang menetap di bandar kerana mereka beranggapan peradapan manusia mudah ditemui di bandar-bandar.I stilah latin iaitu civitas lahir bersama kelahiran tamadun Rom membawa maksud sistem pemerintahan dan undang-undang di Rom gambaran wujudnya sistem undang-undang seperti undang-undang awam, warganegara dan lain-lain tanda wujudnya sebuah masyarakat yang memiliki organisasi yang tersusun Civitas dalam bahasa Greek iaitu bandar, kota, metropolis diperluaskan kepada makna negara kota (city state). Tokoh-tokoh inggeris seperti Collingwood dan Samuel Johnson memberi beberapa takrif berkaitan tamadun. Collingwood mentakrifkan tamadun (civilition) sebagai suatu proses bagi mencapai suatu tahap kehidupan civil (sopan) atau proses untuk menjadi sivil (sopan). Menurut Samuel Johnson pula mentakrifkan tamadun sebagai suatu keadaan yang bertentangan dengan kehidupan biadap (barbaric) iaitu mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi. Terdapat juga beberapa perkataan lain dalam Bahasa inggeris yang dikaitan dengan tamadun. Iaitu, Culture, Urbarization, dan Renainssance. Tetapi,perkataan-perkataan ini tidak luas kegunaanya. Ini kerana unsur- unsur yang dikaitkan dengan perkataan ini terbatas berbanding civization. Pengertian civitization lebih mudah difahami kerana umumnya merujuk kepada perubahan kehidupan barbaric (nomad) kepada hidup menetap yang mempunyai system politik, ekonomi dan social yang teratur dan maju. Istilah ini hanya mula digunakan di Eropah pada pertengahan kurun ke-18 apabila ahli-ahli ekonomi peranchis menggunakannya untuk memberi tafsiran kepada proses menuju kemajuan ekonomi. Perkataan civilization mempunyai makna yang sama dengan tamadun dalam Bahasa Arab. Tetapi, civilization lebih menekankan kepada pencapaian material. Manakala, tamadun dalam Bahasa Arab pula menekankan material dan spiritiul iaitu kebendaan dan kerohanian. BAHASA MELAYU.Dari aspek Bahasa Melayu, perkataan peradaban dan kebudayaan mempunyai maksud yang hampir sama dengan tamadun. Walaubagaimanapun, pengertian tamadun dalam kamus dewan membawa maksud yang berbeza. Tamadun menikut kamus dewan dimaksudkan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serat perkembangan pemikiran (social,budaya,politik) Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup. Pada penghujung abad 20-an perkataan tamadun menjadi popular dengan kemuculan perkataan madani iaitu kata sifat bagi tamadun dalam wacana tamadun peringkat Alam Melayu.BAHASA TAMIL.Mengikut Bahasa Tamil takrif tamadun adalah perkataan nakarikam. Perkataan akar bagi nakarikam adalah nakar yang membaga maksud kota atau bandar. Nakarikam juga dikaitkan dengan penjelmaan Tuhan Siva yang merupakan Tuhan yang mencipta bandar. Nakarikam juga dimaksudkan sebagai tingkah laku, tutur kata dan pakaian yang berkaitan dengan sesebuah bandar, peradaban,kesopanan,kehalusan budi,perbandaran,perjalinan persahabatan dan prihatin atau kasih sayang.BAHASA CINA.Seterusnya, takrif tamadun mengikut Bahasa cina dikaikan dengan perkataan Wen Ming. Perkataan akar bagi Wen Ming adalah Ming. Perkataan Ming membawa maksud cerah,terang atau bercahaya. Ia dikaitkan dengan amalan tradisi yang perlu dipraktikan,pemikiran yang bijaksana,pemahaman yang jelas dan bertutur secara terbuka. Wen Ming merujuk kepada unsur-unsur material dan spiritual yang muncul daripada penacapaian sejarah perkembangan manusia.

TAMADUN DARIPADA PERSPEKTIF PELBAGAI BANGSA DAN AGAMA.Setiap bangsa dan agama setuju tamadun merupakan pencapaian kamajuan dalam pelbagai bidang kehidupan masyarakat. Walaubagaimapun, iainya masih sukar untuk tentukan takrif mutlak bagi tamadun. Ini kerana setiap bangsa atau agama mempunyai sedikit perbezaan dalam mentakrif tamadun walaupun maksud asas yang dikemukakan adalah hampir sama. ISLAMIstilah madaniyah, umran, hadarah, tamadun berbeza tetapi sebenarnya menemuititik persamaan dari segi konsep tamadun iaitu meletakkan unsur agama yang berpaksikan akidah,syariah dan akhlak sebagai dasar dalam pembinaan & perkembangan tamadun.

BARATLebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau material sebagai ukuran bagi menentukan sesebuah masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya.MELAYUMenerima pengaruh besar daripada tamadun Islam memperlihatkan perbezaan dengan tamadun Barat. Terdapat kecenderungan sesuatu bangsa tentang tamadun bangsa mereka lebih tinggi berbanding tamadun lain.RUMUSANDefinisi tamadun banyak dipengaruhi pandangan semesta sesebuah masyarakat Pandangan semesta lahir daripada latar belakang dan pengalaman agama, politik dan kemasyarakatan antara satu dengan lain Penekanan yang diberikan terhadap tamadun berbeza.

CIRI-CIRI TAMADUN.Terdapat 6 ciri-ciri asas bagi sesebuah tamadun. (Rajah Lampiran 1).Penempatan Kekal.Penempatan yang kekal atau kehidupan bukan nomad merupakan ciri utama dalam kemunculan mana-mana tamadun. Ini kerana semasa manusia hidup nomad mereka akan mengumpul makan dari satu tempat ke satu tempat. Tetapi, untuk mereka hidup tetap satu perancangan yang sistematik bagi memastikan bekalal makanan berterusan diperlukan. Selain itu, penempatan kekal juga bermaksud kemajuan dalam bidang pertanian dan perternakan. Untuk memajukan system pertanian dan perternakan ini manusia perlu mencipta peralatan baru seperti cangkul dan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil. Ini bermaksud keperluan material atau kebendaan yang merupakan asas tamadun akan dapat dipenuhi.

Kehidupan berorganisasi.Apabila wujudnya kota atau bandar maka peningkatan bilangan manusia juga akan berlaku. Peningkatan penduduk akan menyebabkan wujudnya kehidupanyang berorganisasi. Organisasi ini bermula daripada keluarga dan seterusya kepada masyarakat yang kompleks. Kehidupan berorganisasi in mencakupi aspek social,ekonomi dan politik. Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis.Sistem Pemerintahan.Sistem pemerintahan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukkan tamadun. Keperluan sistem pemerintahan ini sangat diperlukan apabila mula wujudnya masyarakat berorganisasi. Ini kerana pentadbiran yang teratur perlu dijalankan untuk mengerahkan masyarakat yang besar. Pada permulaan pemerintahan sesebuah Bandar atau Negara itu diwakili pemimpin atau raja. Untuk mendapatkan pengiktirafan dan kesetiaan masyarakat yang menyeluruh pemimpin atau raja akan menggunakan unsur magis atau ajaib. Terdapat juga sesetengah pemimpin yang mendakwa mereka sebagai wakil atau anak Tuhan. Apabila masyarakat telah menerima dakwaan itu maka rakyat akan setia kepada pemimpin atau raja itu. Sistem pemerintahan juga telah mendorong kepada penciptaan sistem perundangan.Pengkhususan Pekerjaan.Pengkhususan pekerjaan juga telah menjadi salah satu ciri tamadun. Ini merupakan kesan daripada peningkatan produktiviti manusia. Manusia telah meningkatkan produtiviti diri dan telah memberi tunjuk ajar kepada ahli keluargannya untuk meneruskan pekerjaannya. Pengkhususan Pekerjaan ini jugalah yang telah mendorong kepada berlakunya aktiviti perdagangan. Ini kerana pengkhususan pekerjaan ini adalah permulaan bagi pertukaran barang atau sistem barter. System berter inilah yang merupakan asas kepada aktiviti perdagangan. Peningkatan dalam aktiviti perdagangan ini juga telah membantu berlakunya pertembungan dan perkongsian ilmu pengetahuan, budaya dan agama.Agama dan kepercayaanAgama dan kepercayaan yang diamalkan pada awal merupakan animisme iaitu kepercayaan bahawa terdapat kuasa ghaib yang menusai alam sekeliling. Juga, alam sekeliling yang menjadi kuasa terunggul.. ini mengakibatkan unsur-unsur alam seperti pokok,batu,matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup. Mereka percaya jika semangat yang terdapat pada unsur alam itu tidak dihormati maka bencana alam akan berlaku dan memusnahkan mereka mengikut peredaran masa dan evolusi kepe Secara evolusi kepercayaan bertukar menjadi agama. Tamadun awal mengamalkan Politeisme iaitu kepercayaan menyembah banyak Tuhan.

KDPM KDC PT4 NOV 2010