ciri-ciri tamadun dan hubunganya dengan pembinaan tamadun malaysia

23
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Upload: fatiah-mohamed-yusoff

Post on 18-Jun-2015

2.673 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

berkaitan dengan pembinaan tamadun malaysia dan ciri-ciri tamadun. Untuk matapelajaran TITAS @ TIA erk...

TRANSCRIPT

Page 1: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

TAMADUN ISLAM DAN

TAMADUN ASIA

CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Page 2: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN

MALAYSIA

Page 3: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

KONSEP TAMADUN

Perkataan tamadun berasal daripada Bahasa Arab yang

bermaksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.

Secara umumnya maksud perkataan tamadun merujuk kepada

pencapaian sesuatu masyarakat atau negara dalam bidang ilmu

pengetahuan ,pentadbiran,undang-undang,kepercayaan

agama,kesenian,perbandaran dan sistem tulisan,moral serta adat

resam.

Page 4: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

DEFINISI TAMADUN MENURUT TOKOH

TOKOH ISLAM

Menurut Ibnu Khaldun tamadun bermaksud meliputi pembangunan

lahiriah dan rohaniah .

Manakala menurut Syed Naquib al-Attas pula tamadun merupakan

pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang

luhur oleh sesebuah masyarakat.

Menurut Muhamad Farid Wajdi dalam kitabnya Al-Madaniah Wa al-

Islam menyatakan tamadun sebagai kehidupan yang berasaskan

akidah,syarak dan akhlak.

Page 5: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

TOKOH BARAT

Menurut Arnold Toynbee tamadun ialah suatu sistem masyarakat

yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluran atau

produktiviti dan mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan

ekonomi,sistem politik,pengetahuan dan seni.

Menurut J.R.Strayer dalam The Mainstream of

Civilization,menjelaskan tamadun ada hubungan dengan

perbandaran ,tamadun itu lahir di bandar.

Manakala menurut Oswarld Spengeler tamadun barat lebih

mementingkan kebendaan kerana kebendaan itu yang membawa

kepada kemajuan.

Page 6: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

CIRI-CIRI TAMADUN

PENEMPATAN KEKAL

Masyarakat bertamadun tidak lagi menjalankan aktiviti

nomad,sebaliknya mereka akan menetap di kawasan-kawasan

yang boleh membekalkan hasil makanan kepada mereka.

Ciri-ciri ekonomi asas di kawasan ini ialah wujudnya sumber

makanan asas seperti tumbuhan bijirin liar serta sumber protein

seperti ikan.

Page 7: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Sebelum membina sesuatu penempatan kekal beberapa ciri-ciri

geografi perlu diambil kira.

Antara ciri-ciri tersebut ialah kawasan penempatan sesuai di bina

di lembah sungai kerana tanahnya mempunyai tahap kesuburan

semulajadi bagi permulaan kepada pertanian tetap,bekalan air

bersih yang kekal dan sumber protein seperti ikan.

Antara contoh tamadun awal yang bermula di lembah sungai ialah

Tamadun Mesir di lembah sungai Nil ,Tamadun Sumeria di lembah

sungai Eruphrates,Tamadun Mohenjo Daro-Harappa di lembah

Sungai Indus.

Page 8: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

KEPERCAYAAN DAN AGAMA

Tamadun awal menyembah banyak Tuhan atau bersifat politeisme

contohnya orang – orang Sumeria, Mesir dan Indus.

Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit.

Orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan

matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil.

Manakala dewa – dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa

bermuka tiga.

Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari ( Mitra ),

langit (Dyaus) dan api ( Agni ). Tuhan yang paling popular ialah

tuhan Indra.

Page 9: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Manakala tamadun Islam menekankan konsep Tauhid iaitu

mengesakan Allah swt sebagai tuhan yang berhak disembah,

memiliki segala kesempurnaan, berkuasa mencipta alam semesta.

Dengan sendirinya, menolak segala ajaran anthropomorphisme,

iaitu segala bentuk penyembahan atau penyamaan tuhan dengan

makhluk Nya.

Mempercayai enam rukun iman , beriman kepada Allah, kepada

Malaikat, kitab – kitab suci Allah, para Rasul, hari Kiamat dan Qada

dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah swt.

Page 10: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

KEMAJUAN TEKNOLOGI

Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains

dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal.

Contohnya ,mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal,

terusan, tembok dan benteng.

Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan

dan pengangkutan.

Kemajuan-kemajuan ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti

Mesir dan Mesopotamia.

Page 11: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

URBANISASI

Manusia hidup tetap di sesuatu tempat ,contohnya menetap

di lembah-lembah sungai

Sebab; tanahnya subur dan bekalan air yang mencukupi

untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti

pertanian, penternakan dan perdagangan

Petempatan kekal bermula di Mesir sejak tahun 7000 S.M.

Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada

kemunculan bandar-bandar Memphis , Dhilkah dan Thebes.

Page 12: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

TULISAN DAN BAHASA

Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau

berbentuk pepaku

Tulisan-tulisan ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.

Lambang-lambang bertulis merupakan alat yang melahirkan idea-

idea perundangan, pengetahuan serta memudahkan pengendalian

pentadbiran, percukaian dan perakaunan.

Contohnya tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk

merekodkan upacara keagamaan dan harta kuil,manakala tulisan

Cuniform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekodkan

tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.

Page 13: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

ORGANISASI SOSIAL

Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun

menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai

ketamadunan.

Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah

membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.

Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas,di ikuti golongan

bangsawan yang memainkan peranan sebagai

pentadbir,Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk

melakukan upacara keagamaan.

Page 14: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Rakyat biasa pula menjalankan aktiviti ekonomi masing-

masing,manakala golongan hamba pula menjalankan kerja-kerja

berat.

Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem

perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi

nyawa dan harta benda

Contoh ; kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan

masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja

Hammurabi.

Page 15: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Pembinaan tamadun Malaysia banyak dipengaruhi oleh

tamadun Islam.

Selain itu juga pembinaan tamadun Malaysia merupakan

kesinambungan daripada pembinaan tamadun Melayu iaitu

Melaka,Temasik,Srivijaya dan Johor-Ria.

Pengaruh tersebut dapat dilihat dari segi

politik,perundangan,pendidikan serta bahasa dan

kesusasteraan.

Page 16: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

KEMAJUAN TEKNOLOGI MALAYSIA Memberikan impak yang besar dalam

bidang-bidang tertentu Khususnya dalam bidang pertanian,

perusahaan dan perikanan Kemajuan teknologi juga pada media

dan perhubungan

Page 17: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA Malaysia merupakan sebuah negara bangsa

berbentuk persekutuan Tamadun Melayu-Islam mempengaruhi

sistem pemerintahan Sultan/ Raja/ Yang di-Pertua berkuasa dalam

sistem politik Perlembagaan Malaysia memaktubkan dua

institusi beraja iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai komponen penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen

Page 18: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Yang di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara yang mengetuai tiga buah badan :Badan Pemerintah (eksekutif)Badan Perundingan (Legislatif)Badan Kehakiman (judikatif)

YDP tidak terlibat dalam politik dan pemerintahan negara Baginda merupakan payung atau paksi kepada

perjalanan sistem pemerintahan negara Baginda tidak berkuasa mutlak dan bertindak atas

nasihat PM atau JM seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Page 19: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Urbanisasi Malaysia

Sistem perumahan yang terancang dan selamat

Usaha naik-taraf pada kawasan-kawasan yang tertentu

Memajukan kawasan perbandaran dan perkampungan

Page 20: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

AGAMA DAN ISTIADAT MALAYSIA Islam dan adat Melayu banyak mempengaruhi

agama dan istiadat di Malaysia Islam menjadi faktor definitif Melayu di negara ini Islam juga menjadi identiti Sosial dan budaya

orang Melayu Islam juga menjadi Ketua agama bagi setiap

negeri di dalam persekutuan Agama-agama lain bebas dianuti dan diamal

kecuali aliran atau fahaman yang dianggap menyeleweng atau sesat

Page 21: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Sejak dahulu lagi setiap negeri di Tanah Melayu mempunyai

undang-undang yang tersendiri seperti Hukum Kanun

Melaka,Undang-Undang Tubuh Negeri Johor dan Pelembagaan

Negeri Terengganu.

Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan dan

perlembagaan ini telah dilanjutkan pula kepada entiti politik

Malaysia dalam pelembagaan Malaysia dan pelembagaan negeri.

SISTEM PERUNDANGAN

Page 22: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca di kalangan para

pedagang yang telah berdagang di Tanah Melayu.

Pengaruh bahasa Melayu amat tinggi sehingga ia dimaktubkan

di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia

bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagi bahasa Kebangsaan

Malaysia.

Di dalam bidang pendidikan pula,Akta Pendidikan (1961)

bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama

dalam sistem pendidikan negara,di peringkat sekolah rendah

sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Page 23: CIRI-CIRI TAMADUN DAN HUBUNGANYA DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Tamadun Malaysia memenuhi ciri-ciri sesebuah tamadun dan

berkembang pesat bersamanya

Tanpa panduan dan rujukan daripada tamadun tersebut tidak

mungkin tamadun Malaysia dapat mencapai kemajuan dari segi

lahiriah dan rohaniah.

Oleh itu bagi memastikan negara kita terus maju ke hadapan kita

hendaklah banyak mengkaji tentang kemajuan yang dicapai oleh

tamdun Islam yang dipimpin oleh khalifah-khalifah yang hebat

secara lebih mendalam lagi.