ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

37
Aspek-aspek universal tamadun masa kini AHLI : SITI NUR ‘ATIKAH BINTI MIOR AZIZAN D20121057612 SITI AIDA BINTI ABU BAKAR D20121057619 NUR HIDAYAH BINTI ABD RAZAK D20121057613 NURSHAIRA AISYAH BINTI ISMAIL D20121057675

Upload: nur-hidayah

Post on 24-May-2015

11.252 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

Aspek-aspek universal tamadun

masa kiniAHLI :SITI NUR ‘ATIKAH BINTI MIOR AZIZAND20121057612SITI AIDA BINTI ABU BAKARD20121057619NUR HIDAYAH BINTI ABD RAZAKD20121057613NURSHAIRA AISYAH BINTI ISMAILD20121057675

Page 2: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

CIRI-CIRI TAMADUN

KEHIDUPAN BERAGAMA

ORGANISASI POLITIK &

PEMERINTAHAN

STRATIFIKASI SOSIAL

SISTEM TULISAN

PENEMPATAN KEKAL

PENGKHUSUSAN PEKERJAAN &

INOVASI TEKNOLOGI

REVOLUSI PERTANIAN

URBANISASI

Page 3: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

STRATIFIKASI SOSIAL

Definisi :Perbezaan atau pengelompokan para anggota masyarakat

secara vertikal ataupun berperingkat.

Stratifikasi sosial ini terdapat dalam dua pembahagian melalui tamadun dahulu dan sekarang

Tamadun dahulu lebih ekstrem berbanding tamadun sekarang dari segi pengkelasan masyarakat

Page 4: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

Antara perbezaan yang paling ketara dalam sistem pengkelasan masyarakat dalam tamadun dahulu dan juga tamadun sekarang ialah melibatkan golongan bawahan

Golongan bawahan dari tamadun dahulu rendah tarafnya hingga dijadikan hamba

Golongan bawahan dari tamadun sekarang lebih terjaga tarafnya kerana dilindungi dan diberi hak keistimewaan dalam undang-undang dan perlembagaan.

Page 5: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

STRATIFIKASI SOSIAL TAMADUN DAHULU

Pengkelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan statusContoh : pemilikan tanah

Sesiapa yang mempunyai tanah dianggap mempunyai kedudukan yang tinggi.

Bagi yang tidak memiliki tanah dianggap golongan bawahan :hamba

Golongan masyarakat yang berstatus tinggi mempunyai adat yang istimewa seperti jenis pakaian,perhiasan dan bentuk binaan rumah.

Page 6: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

Golongan yang berstatus tinggi merupakan golongan yang berada di tahap sosial yang tinggi

Spt: golongan bangsawan Banyak menindas golongan bawahan ,golongan bawahan dijadikan

hamba.

Spt: Tamadun India dalam sistem kasta Golongan bawahan iaitu Paria (rakyat bawahan yang dipinggirkan

yang dijadikan hamba abdi)

Page 7: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

STRATIFIKASI SOSIAL TAMADUN SEKARANG

Pengkelasan masyarakat masih wujud tetapi tidak begitu ekstrem seperti tamadun dahuluContoh : golongan pemerintah

Tingkatan teratas ialah Sultan Tingkatan yang terakhir ialah rakyat Walaupun rakyat berada di tingkatan terakhir,namun

tidak berlaku sebarang bentuk penindasan ataupun ketidakadilan kepada golongan rakyat ini seperti dijadikan hamba abdi.

Page 8: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

Hak-hak istimewa rakyat terpelihara melalui perlembagaan yang ditetapkan

Rakyat berpeluang untuk memilih pemerintahan mereka sendiri melalui sistem pilihanraya.

Hal ini menunjukkan kedudukan rakyat itu istimewa dan terpelihara kerana salah satunya diberi peluang untuk memilih pemimpin yang bakal memimpin kerajaan.

Rakyat juga diberi peluang yang sama dalam memajukan ekonomi negara,rakyat merupakan tonggak bagi sesebuah kerajaan.

Page 9: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

ORGANISASI POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Simbol atau lambang kepada ketamadunan sesebuah masyarakat

Sistem politik dan pemerintahan penting dalam organisasi sesebuah tamadun,ini menunjukkan kemajuan tamadun tersebut

Pada peringkat awal perkembangan sesuatu tamadun sistem politik dan corak pemerintahan berdasarkan kepada hubungan kekeluargaan dan darah

Page 10: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

Terdapat perbezaan yang agak ketara mengenai sistem politik dan pemerintahan tamadun dahulu dan juga sekarang terutamanya dari segi pemerintahannya.

Tamadun dahulu menggunakan sistem feudal dan tamadun sekarang lebih terarah kepada demokrasi berparlimen.

Perbezaannya dapat dilihat dari segi penguasaan kuasa oleh raja serta organisasi bawahannya seperti rakyat.

Page 11: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

ORGANISASI POLITIK DAN PEMERINTAHAN TAMADUN DAHULU

Tamadun dahulu menggunakan sistem feudal dalam sistem pemerintahannya.

Sistem feudal atau feudalisme ini lebih memberi kuasa yang mutlak kepada raja.

Organisasi pemerintahannya berbentuk piramid. Tingkatan yang teratas ialah Raja atau Sultan. Mempunyai kuasa yang mutlak dalam pelbagai hal

termasuk agama

Page 12: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

Di samping itu raja atau Sultan ini akan dibantu oleh golongan tengah seperti temenggung,bendahara serta laksamana.Kesimpulannya pada tamadun dahulu,raja dianggap sebagai odre kosmos,iaitu raja yang berkuasa mutlak dalam segala hal dan dianggap seperti menderhaka jika memgingkari arahan raja. Contoh :Tamadun ChinaRaja dianggap sebagai tuhan kerana mendapat mandat daripada tuhan .

Page 13: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

ORGANISASI POLITIK DAN PEMERINTAHAN TAMADUN KINI

Tamadun sekarang corak pemerintahannya lebih bersifat terbuka dan meluas

Mengambil kira pandangan rakyat dalam memilih bakal pemimpin negara.

Sistem pemerintahan tamadun sekarang ialah demokrasi berparlimen.

Demokrasi berparlimen ini ini merupakan sistem pentadbiran kerajaan moden yang mengutamakan mandat dan suara rakyat dalam pemerintahan.

Mandat daripada rakyat ini diterjemahkan dalam dua ruang lingkup pentadbiran iaitu pilihanraya dan juga parlimen.

Page 14: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

Sistem pilihanraya ini berperanan bagi memilih siapakah yang layak diberi mandat untuk membentuk kerajaan,dalam hal ini rakyat merupakan tunggak utama dalam membentuk kerajaan.

Parlimen pula merupakan badan terpenting dalam pelaksanaan dan proses demokrasi di Malaysia.

Secara kesimpulannya rakyat mempunyai keistimewaan dalam pembentukan kerajaan dalam tamadun masa kini berbanding tamadun dahulu yang lebih mementingkan kuasa raja berbanding rakyat.

Page 15: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

SISTEM TULISAN PENGENALAN Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal

melalui penemuan sistem tulisan yang terdapat pada batu bersurat, tugu, istana, kuil, surat perjanjian dan sebagainya.

Menurut Darcy Riberio, sistem tulisan ialah lambang dan manifestasi sesebuah bangsa.

Antara sistem tulisan terawal ialah hieroglif (Tamadun Mesir Purba), cuneiform(Tamadun Mesopotamia) dan ideogram (Tamadun Hwang Ho).

Page 16: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

TULISAN PADA TAMADUN AWAL

Bentuk tulisan awal berbentuk lambang dan simbol serta mempunyai maksud tertentu.

Berperanan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Digunakan untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal-hal keagamaan.

Page 17: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

Merupakan instrumen penting untuk menyampaikan, memperkembangkan serta mencatatkan idea dan pemikiran manusia.

Antaranya seperti undang-undang yang tercatat di Tiang Asoka, Kitab Veda, Kod Hammurabi

Page 18: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

TULISAN PADA TAMADUN SEKARANG

Tidak lagi berbentuk simbol dan mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks dan mudah difahami.

Digunakan secara meluas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan hingga menyebabkan perkembangan dalam banyak bidang-bidang seperti bidang sains, matematik, ekonomi.

Menggalakkan perhubungan yang tidak lagi terhad dan bersifat global.

Memudahkan urusan pentadbiran dan perniagaan dalam hal berkaitan merekod seperti resit.

Perkembangan yang pesat dalam bidang penulisan dan percetakan. Dari segi agama, sesuatu ajaran itu dapat disampaikan dengan

lebih mudah dan difahami.

Page 19: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

URBANISASIPENGENALAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi-4(2005), urbanisasi diertikan sebagai proses, usaha dsb yang menjadikan sesuatu keadaan, kawasan dsb bersifat bandar,pembandaran yang berlaku hasil daripada industrialisasi, berlaku penghijrahan dari desa ke kota.

Proses perubahan dari segi pertambahan penduduk dan pembangunan fizikal sesebuah bandar.

Page 20: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

URBANISASI TAMADUN AWAL

Dalam tamadun awal, proses urbanisasi lebih dikenali sebagai proses pembandaran.

Pembinaan sesebuah tamadun sering dikaitkan dengan pembukaan bandar.

Menurut Colin Renfew, terdapat 3 ciri yang menjadi pemangkin kepada lahiriah tamadun iaitu kemunculan bandar, tempat ibadat dan sistem tulisan.

Gordon Childe berpendapat revolusi urban meletakkan asas bagi perkembangan tamadun khususnya dari segi perkembangan budaya, material, intelektual dan kesenian.

Pada awalnya adalah sebuah perkampungan yang didirikan berhampiran dengan sungai dan kemudiannya berkembang menjadi bandar.

Page 21: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

Antaranya adalah seperti Tamadun Mesopotamia(lembah Sungai Euphrates), Tamadun Mesir Purba(lembah Sungai Nil), Tamadun Indus(lembah sungai Indus) dan Tamadun Hwang Ho(lembah Sungai Hwang Ho/Sungai Kuning)

Pembandaran mula berlaku apabila kegiatan ekonomi berkembang pesat ekoran dari wujudnya pengkhususan kerja.

Antara bandar penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo Daro, Harappa, Anyang, Thinis, Thebes, dan Memphis.

Bandar memainkan peranan penting sebagai pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat kegiatan ekonomi, pusat pendidikan dan pusat perindustrian.

Kesan daripada pembandaran ini ialah wujudnya pengkelasan sosial yang di mana adanya golongan memerintah dan golongan yang diperintah.

Page 22: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

URBANISASI TAMADUN MASA KINI

Proses urbanisasi mempunyai hubungan yang rapat dengan industrialisasi, ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Melibatkan pertambahan penduduk yang ramai akibat daripada proses migrasi.

Perkembangannya juga tidak terhad kepada aktiviti ekonomi seperti pertanian sahaja tetapi juga kepada sektor perniagaan, perindustrian dan perkhidmatan.

Perkembangan sektor ekonomi ini menjadi pemangkin utama kepada berlakunya migrasi dari desa ke kota.

Antara faktor lain yang menyebabkan urbanisasi ialah mempunyai prasarana yang lebih lengkap dan canggih, peluang pekerjaan yang lebih banyak dan taraf pendidikan yang lebih tinggi.

Page 23: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

Kesan dari proses ini ialah berlakunya perubahan dalam pandang darat fizikal, sistem ekologi bumi terjejas, berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat dan juga pencemaran udara.

Bukan itu sahaja, sektor pertanian akan mempunyai masalah untuk berkembang kerana kekurangan tenaga kerja dan masalah setinggan.

Page 24: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

REVOLUSI PERTANIAN TAMADUN TERDAHULU

Hanya untuk kehidupan sara diri seperti bercucuk tanam dan menternak binatang.

menggunakan alatan tradisional. bertukar menjadi komersial dengan menyimpan lebihan

hasil tanaman. jenis tanaman komersial yang diusahakan seperti

gandum, filet, pokok papyrus dan lain-lain.

Page 25: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

REVOLUSI PERTANIAN TAMADUN MASA KINI

mengenalpasti bidang usaha baru yang berkaitan seperti bioteknologi dan nanoteknologi.

bioteknologi dalam menghasilkan baka-baka tanaman yang baik dan hidrofonik iaitu penanaman tumbuhan tanpa menggunakan tanah.

mengenalpasti bidang usaha baru yang berkaitan seperti bioteknologi dan nanoteknologi.

bioteknologi dalam menghasilkan baka-baka tanaman yang baik dan hidrofonik iaitu penanaman tumbuhan tanpa menggunakan tanah.

Page 26: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

nanoteknologi dapat menghasilkan baja dan zat penggalak, sistem kawalan menggunakan nanoteknologi, keselamatan makanan, sistem kawalan penyakit, kawalan alam sekitar.

‘Baja pelepasan perlahan’ dapat meningkatkan hasil pertanian dan menjimatkan perbelanjaan.

Bahan ‘pengaktif-nano’ atau ‘perangsang-nano’ berfungsi sebagai perangsang penghasilan buah.

Alat penderia-nano iaitu jenis penderia-kimia berasaskan bahan berstruktur-nano telah diguna bagi menentukan keberkesanan penggunaan baja memantau sisa racun serangga di dalam air.

Page 27: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

PENGKHUSUSAN PEKERJAAN DAN INOVASI TEKNOLOGI TAMADUN DAHULU

Golongan pedagang, petani, dan artisan memainkan peranan penting dan menjadi tulang belakang kepada kemajuan ekonomi.

Golongan wanita terlibat dengan kegiatan pertanian manakala golongan lelaki terlibat dengan kegiatan memburu atau menternak binatang,

golongan agama menguruskan urusan agama dan kepercayaan yang berkaitan dengan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya.

Page 28: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

kebanyakan alat-alat walaupun dibuat daripada batu adalah lebih halus dan juga diubahsuaikan dengan keperluan pertanian.

Terdapat tenggala dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda untuk mengangkut hasil pertanian.

penciptaan roda menyebabkan berlakunya perkembangan pesat dalam bidang ekonomi, perhubungan, dan pertahanan.

perbezaan individu dalam kebolehan, kemahiran dan minat menyebabkan wujudnya pelbagai profession seperti guru, doktor, akauntan, peguam dan lain-lain.

Page 29: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

Untuk memudahkan penghasilan produk melalui proses, mesin digunakan untuk menghasilkan produk secara besar-besaran.

Pengkhususan juga dilakukan mengikut kawasan bergantung kepada bentuk muka bumi, sumber alam dan saliran.Sebagai contoh kawasan luar Kuala Terengganu mengkhusus dalam bidang petroleum.

Penemuan penciptaan baja organik telah dapat menghasilkan hasil tanaman yang lebih bermutu.

penggunaan jentera mesin, dapat menghasilkan hasil tanaman yang banyak disamping menjimatkan masa dan tenaga.

Kemajuan Internet dan e-dagang memudahkan perhubungan ekonomi ke seluruh dunia.

Page 30: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

PENEMPATAN KEKAL TAMADUN SILAM

lokasi: ada kemudahan spt lembah sungai, pesisir pantai,

tanah yang subur revolusi pertanian penternakan

- contoh : Lembah Sungai Nil ( Tamadun Mesir ) Lembah Indus ( Tamadun India ) Pesisir Selat Melaka & Selat Sunda

( Tamadun Melayu ) kewujudan bandar

- contoh : politik istana agama pusat upacara keagamaan perniagaan pasar

Page 31: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

PENEMPATAN KEKAL TAMADUN KINI

Lokasi kawasan bandar peluang pekerjaan kemudahan seperti pengangkutan awam, institusi

pendidikan contoh : Kuala Lumpur, Shah Alam

TAPI… Kampung / desa

ada kemajuan naik taraf

bandar fungsi bandar berbeza dengan tamadun dulu contoh : politik parlimen, pusat pentadbiran kerajaan

agama masjid, surau, institusi pendidikan perniagaan pasar, pusat beli-belah

Page 32: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu
Page 33: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

KEHIDUPAN BERAGAMA TAMADUN SILAM

Kepercayaan pemikiran kuasa ghaib kawal kehidupan peninggalan bangunan awal : animisme ( dominasi )

- unsur alam yang mempunyai semangat dan kuasa luar biasa yang mempengaruhi kehidupan manusia

Page 34: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

wujud Konsep Dewa pegangan agama kuat golongan agama:

kelas tertinggi aktiviti keagamaan pusat upacara agama

Page 35: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

KEHIDUPAN BERAGAMA TAMADUN KINI

pegangan agama mulai goyah kepercayaan terhadap Ketuhanan longgar fanatik ism ( ideologi )

ciptaan manusia golongan agama :

golongan ulama’ tinggi ilmu agama ajar agama : fardhu ‘ainceramah @ motivasi

Page 36: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

Aktiviti keagamaan masjid, surau, institusi pendidikan, tempat ` awam

Agama Islam - ramai murtad - contoh : Natrah

Islam menerima saudara baru - perlu bagi perhatian

Page 37: ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu

Sekian Terima kasih