bab 5 tamadun cina hasil pembelajaran pelajar dapat: 1. menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai...

27

Click here to load reader

Upload: friska-oktavianto

Post on 14-Dec-2015

313 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

BAB 5TAMADUN CINA

Hasil PembelajaranPelajar dapat:1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai

tamadun Cina2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina3. Mengenal pasti sumbangan penting tamadun

Cina kepada tamadun dunia

Page 2: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

PengenalanAntara yang tertua dan

berkesinambunganTidak diserap oleh tamadun lain.

Page 3: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

Population1,349,585,838 (July 2013 est.)

Page 4: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

Population1,349,585,838 (July 2013 est.)

Page 5: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

Konsep dan Takrif

Bangsa Cina terdiri drpd 5 gabungan kaum besar yg dikenali Zhonghua Minzu (bangsa Tionghua)

Peringkat awal, bangsa Cina dikenali sbg bangsa Huaxia kemudian bertukar Han (pada dinasti Han) dan Tang (pd dinasti Tang)

Etnik besar Cina – Han, Hui, Manchu, Mongol, Zang (Tibet)

Konsep negara:◦ Zhong Guo (Tiongkok) – ‘Negara Tengah’◦ Zhong Hua (Tionghua) – ganbungan Zhong Guo dgn Hua

Xia – wilayah tanah jajahan pemerintahan dinasti Cina yg mengamalkan budaya Zhong Yen

◦ Negara merujuk utk ‘mengkeluargakan’ seluruh unit kenegaraan – gabungan Guo (negara) dgn Jia (keluarga)

◦ Konsep Zhong (taat) = asas sistem kenegaraan◦ Konsep Xiao (berbakti) = sistem kekeluargaan◦ Sistem kekeluargaan merupakan asas kpd sistem

kenegaraan.

Page 6: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

WILAYAH

Kedudukan Geografi

Pusat pertumbuhan tamadun Cina◦Huang He (Sg. Kuning) – utara◦Chang Jiang – selatan

Tanda tamadun paling awal berdasarkan kebudayaan masyarakat:◦Di Yangshao – wilayah Shanxi◦Di Longshan – wilayah Shandong

Page 7: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

MASYARAKAT &

BUDAYA

Sistem kemasyarakatan Cina berasaskan sistem kekeluargaan. Menekankan nilai dan etika serta kuasa bapa.

Dalam sistem politik, kuasa raja dianggap mutlak. Sistem Sangkang menekankan 3 hubungan:

◦ Raja dgn pembesar◦ Ayah dgn anak ◦ Suami dgn isteri

Wu Chang merangkumi 5 nilai utama◦ Ren (kemanusiaan)◦ Yi (Kesaksamaan)◦ Li (Kesopanan)◦ Zhi (kebijaksanaan)◦ Xin (amanah / kepercayaan)

Konsep Xiao (berbakti) – asas pd sistem keluarga Konsep Zhong (taat) – asas pd sistem kenegaraan. Fahaman Konfusianisme amat tebal dlm masyarakat

Cina kuno dlm aspek kehidupan, etika, budaya, politik , masyarakat, negara

Page 8: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

Bahasa &

Sistem Tulisan

Bahasa pertuturan Cina adalah pelbagai kerana pelbagai bangsa

Pada zaman dinasti Han, bahasa pertuturan dan tulisan diseragamkan yg dikenali Hanyu (bahasa) dan Hanzi (tulisan)

Mandarin adalah istilah yg digunakan oleh orang asing kpd bahasa Cina (Hanyu)

Masa kini, ejaan bahasa Cina menggunakan sistem Pinying = sebutan berdasarkan ejaan yg dirumikan.

Sistem tulisan Cina dibentuk berdasarkan kombinasi 3 unsur – makna, bunyi dan bentuk.

Walaupun terdapat banyak dialek namun hanya mempunyai satu sistem tulisan.

Tulisan Cina turut digunakan oleh bangsa lain spt Jepun, Vietnam dan Korea.

Page 9: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

PANDANGAN SEMESTA DALAM TAMADU

N CINA

Konsep Tian◦ Kepercayaan Tian dirujuk kpd langit bermaksud dewa

utama. ◦ Semasa dinasti Chou, Tian dirujuk kpd makhluk

unggul mempunyai kuasa, menguasai perjalanan hidup dan menentukan nasib yg mendapat mandat dari syurga.

◦ Umumnya, Tian merujuk kpd 4 fahaman utama: Tian - sumber kewujudan kpd seluruh makhluk Tian – maha agung mengatasi segala sesuatu Tian – kuasa penentu nasib sesebuah dinasti Tian – penentu bahagia dan sengsara

◦ Raja-raja Chou sering dikaitkan dgn konsep Tian iaitu sbg wakil Tuhan.

◦ Tian mempunyai tggjawab jaga keamanan, lindungi rakyat dan menghukum pesalah. Mandat akan ditarik jika raja berlaku zalim.

◦ Menurut Konfusius, Tian – tuhan terunggul yg menentukan nasib seseorang.

Page 10: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

PANDANGAN SEMESTA

DALAM TAMADU

N CINA

Konsep Di / Ti◦ Umumnya ia merujuk kepada bumi◦ Dalam teori Yin dan Yang, Tian dirujuk kpd proses penciptaan

makhluk dan Di bertindak menjaganya.◦ Bagi masyarakat bawahan, Di dianggap dewa tertinggi dan

menguasai dewa-dewa lain.◦ Bagi Konfusius, Di bukan dewa-dewa tetapi sebaliknya Tian

adalah tuhan.

Dao/Tao◦ Dao = sesuatu jalan / cara kelakuan atau tabiat sama ada baik @

buruk.◦ Menurut Kung Fu-Tze – dao dianggap peraturan yg mesti dipatuhi◦ Berdasarkan kitab anjaran dao, dao sbg asas kepada punca

segala benda wujud, termasuk Tian dan Di berasal dari dao.◦ Tindakan dao mencipta sesuatu adalah secara spontan dan tidak

bertindak dgn apa2 tujuan

Zhongyong◦ Ianya merujuk kepada kesederhanaan dan keseimbangan. Tidak

bersetuju suatu konflik yang melibatkan manusia diselesaikan melalui kekerasan tetapi melaui perundingan @ tolak ansur.

Page 11: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

PANDANGAN SEMESTA DALAM TAMADUN

CINA

Taiji◦ Iaitu sesuatu yang bersifat universal. Diguna utk

menjelaskan perubahan dunia serta segala kewujudan benda.

◦ Ia adalah prinsip dan disiplin kepada semua benda dan selalu berada dlm keadaan bertentangan iaitu Yin (negatif) dan Yang (positif)

Yin Yang◦ Prinsip ini dianjurkan oleh pendukung Taoisme. ◦ Dalam kehidupan wujud pertentangan spt lelaki & wanita,

cerah & gelap, dsb namun saling melengkapi. Contoh: kegelapan malam terdapat cahaya bintang.

Datong◦ Diibaratkan sbg jalan agung. Ianya hanya dapat dicapai

apabila segala objek / benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak secara adil, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum.

◦ Termasuk juga yg tua dijaga dan yg muda dipelihara selain tiada maksiat, mencuri, pemberontakan di dunia ini.

Page 12: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

Falsafah dan

Agama Tamadun Cina

Konfusianisme◦ Nama sebenar pengasas – Kung Chiu.◦ Asas Konfusianisme berasal daripada tulisan2 klasik yg diterbitkan

atas nama Konfusius. ◦ Ajaran konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yg

mulia – ren (kemanusiaan), li (kesusilaan), xiao (taat kpd ibubapa) ◦ Moral yang baik mampu membentuk pemerintah yang baik.

Buddhisme◦ Diasaskan – Siddharta Gautama Buddha di India.◦ Ajaran asing yang sebati dgn kehidupan masyarakat Cina.◦ Di Cina agama ini mengalami pengubahsuaian sehingga menyerap

ciri-ciri kecinaan dan dikenali Buddhisme Cina.◦ Ajaran – penderitaan berpunca daripada nafsu yang berakar dlm diri

manusia. Nafsu hanya dpt dihindarkan jika mengikuti Lapan Jalan Mulia: Panna (kebijaksanaan)

Pemahaman yang betul Pemikiran yang betul

Samadhi (penumpuan) Pengucapan yang betul Tindakan yang betul Cara hidup yang betul

Sila (moral) Usaha yang betul Pertimbangan yang betul Tumpuan yang betul

Page 13: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

Daoisme◦ Diasaskan oleh 2 org pemikir agung Cina – Lao Zi & Zhuang Zi◦ Lao Zi beranggapan dunia manusia adalah buruk dan menyeru ke

arah keadaan semula jadi. Menekankan pembinaan perwatakan manusia. Menurutnya, kecurian, rompakan, peperangan adalah usaha manusia mengejar benda yg tidak dpt diperolehi dgn cara baik.

◦ Dunia akan aman dan tidak memerlukan undang2 jika manusia tidak mengejar dunia dan menahan nafsu.

◦ Baginya, kerajaan yang baik ialah kerajaan memerintah dgn kurang.

Moisme◦ Diasaskan oleh Mo Zi. Konsep pemikiran – aspek kasih sayang

sejagat, mengecam sikap suka berperang dan menyerah kepada nasib dan mengutamakan golongan cerdik pandai.

◦ Beliau menyatakan,: setiap orang harus mencintai semua orang spt mencintai diri sendiri dan

menekankan persamaan kerana ianya boleh mengelak jenayah. Kerajaan harus dipimpin oleh org yg berkebolehan dan baik Melarang hidup mewah tetapi sederhana. Elakkan pembaziran spt adat pengkebumian secara besar-besaran. Melarang muzik kerana melalaikan. Negara akan binasa jika raja lalai dgn

muzik

Page 14: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

Legalisme (Fa Jai)◦ Diasaskan oleh Xun Zi. Beliau menyatakan manusia asasnya

bersifat jahat dan perlu melihat diri sendiri. Ini berbeza dgn Konfusius di mana manusia asasnya baik.

◦ Undang2 keras dan hukuman berat adalah cara utk membawa keamanan bg negara dan mengajar manusia ke arah sikap baik.

◦ Antara falsafah legalis: Menentang dunia feudal Golongan bangsawan perlu diganti dgn hirarki tentera Muzik, sejarah dan falsafah dianggap racun rosakkan masyarakat Pertanian dan peperangan dipuji sbg asas kuasa negara.

Islam◦ Islam sampai ke negara Cina seawal abad ke 7M melalui jalan darat

dan laut.◦ Pedagang Arab-Parsi telah mendirikan masjid di Guangzhou dan

Quanzhou.◦ Manakala pendakwah Islam yang melalui jalan darat (jalan Sutera) tlh

membentuk masyarakat Islam di Xian.◦ Di zaman dinasti Yuan (1271-1368M) telah lahir tokoh2 Islam yang

memberi sumbangan besar kepada tamadun Cina spt astronomi, perubatan, sains dan teknologi.

◦ Ahli pelayaran Islam Cina – Zhenghe berjaya melakukan pelayaran mengelilingi dunia termasuk ke Alam Melayu.

Page 15: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

SISTEM

POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Pemikiran politik tradisional Cina tlh terbentuk sejak sebelum dinasti Qin (221SM-207SM).

Ianya banyak dipengaruhi oleh aliran-aliran falsafah spt Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. ◦Konfusianisme menekankan pemerintahan

berdasarkan akhlak◦Daoisme menekankan pemerintahan berdasarkan

kebajikan◦Legalisme menekankan pemerintahan berdasarkan

perundangan◦Daoisme menekankan pemerintahan berdasarkan

tabiiSistem politik dan pemerintahan Cina adalah

berdasarkan dinasti yang bersifat feudal. Setiap dinasti akan merujuk satu aliran falsafah.

Page 16: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

SISTEM KEKELUARGAAN

Masyarakat Cina tradisional pentingkan konsep kekeluargaan. Anak2 diajar mengenai 5 hubungan asas manusia:◦ Antara suami dan isteri◦ Antara bapa dan anak◦ Antara adik beradik◦ Antara pemerintah dan rakyat◦ Antara kawan-kawan

3 hubungan berkaitan dengan keluarga manakala 2 lagi hubungan berkaitan dengan masyarakat

Oleh itu perhimpunan keluarga setiap tahun Baru Cina misalnya amat bermakna. Yang tua dihormati dan yang telah meninggal dunia diingati.

Golongan tertinggi harus menjaga orang bawahan dan golongan bawah perlu menurut perintah. Hubungan ini wujud pada 4 hubungan kecuali antara kawan2.

Hubungan kekeluargaan yg erat dipengaruhi oleh idea Konfusius yg menekankan pentingnya konsep ketaatan anak kpd ibubapa. Hal ini penting bagi mengekalkan keturunan keluarga yg baik.

Tidak menjaga diri dari kecelekaan atau kesalahan seolah-olah tidak menghormati ibubapa

Page 17: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

PENCAPAIAN

DALAM PELBAGAI BIDANG

Kesusasteraan

Telah berlaku sejak 3000 thn lalu.Ahli2 falsafah cina dan maharaja turut

memainkan peranan merangsang perkembangan kesusasteraan Cina.

Maharaja Tsuan Tsung (Dinasti Tang) misalnya, memberi naungan kpd gol sasterawan dan beliau juga seorang penyajak dan pemuzik serta meminati lakonan.

Antara tokoh sasterawan cina yg terkenal – Lu Ji, Zuo Si, Li Bo, Du Fu dll.

Li Bo dikatakan banyak menghasilkan karya sastera dan hanya 1800 karya yg masih ada.

Perkembangan kesusasteraan cina yg pesat dikaitkan dgn penciptaan mesin cetak.

Page 18: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

1. Puisi◦ Antologi puisi terawal – Shi Jing

(Classic of Song) – mengandungi 305 nyayian kuil, nyayian istana dan rakyat. Dikatakan disusun pd masa Konfusius

◦ Selain Shi Jing, terdapat puisi klasik lain:

Yi Jing (Klasik Perubahan) Shu Jing (Klasik Sejarah) Li Ji (Rekod Ritual) Chu Qiu (Klasik musim bunga dan musim

luruh)

◦ Kebanyakan puisi-puisi klasik ini dinyanyikan dgn iringan muzik atau tarian.

Page 19: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

2. ProsaProsa klasik (guwen)adalah dominan dalam sastera

cina klasik.Prosa klasik berdasarkan stail karya pakar zaman

purba khasnya klasik Konfusius dan ahli falsafah lain.

Bahasa klasik menjadi medium bg hampir semua penulisan prosa krn ianya menjadi bahasa utk peperiksaan rasmi.

Tujuan penulisan prosa adalah utk menyampaikan moral dan etika.

Zhuang Zi merupakan prosa Qin yg paling indahShi Ji karya Sima Qian sebuah buku sejarah yg

mempunyai penulisan prosa yg terbaik zaman dinasti Han.

Page 20: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

3. Drama

◦ Drama Cina bersemarak pada zaman dinasti Yuan (1279-1368M). Drama yg paling menarik – jenis zaju.

◦ Zaju bukan sahaja sbg hiburan tetapi berperanan untuk menyatakan rasa tidak puas hati atau sbg alat kritikan. Misalnya, drama Dou’er Yuan (Ketidakadilan Dou’er) karya Guan Hanqing – kritik kelemahan pegawai Mongol yang rasuah sehingga seorang surirumah dihukum mati tanpa sebab.

◦ Drama Xixiang ji (Percintaan Kamar Barat) karya Wang Shifu – cinta bebas dan menentang tradisi lama dlm perkahwinan

◦ Zaju banyak menyokong nilai2 Cina tradisional spt zhong (kesetiaan), xiao (hormat terhadap ibubapa), jie (kesucian wanita) dan yi (keadilan)

◦ Drama lain : Chuan Qu – mengandungi 30 – 40 babak dan fleksibel dari segi muzik dan

nyayian Kun Qu – digemari oleh golongan pujangga kerana stail nyayiannya halus dan

muziknya bergaya.

◦ Akhir kurun 18, drama rakyat dari berlainan daerah mula berkembang dan dipentaskan di Beijing. Dari sinilah lahirnya opera cina yg digemari.

◦ Umumnya drama cina lebih menekankan nilai moral berbanding agama seperti dlm prinsip moral Konfusius spt tggjawab terhadap ibubapa dan suami, taat kpd ketua. Tujuannya mendukung kelakuan baik.

Page 21: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

4. Fiksyen◦Dlm istilah cina disebut xiaoshuo –

percakapan kecil dan percakapan sia2◦Gemilang pd zaman dinasti Yuan (1279-

1368), dinasti Ming (1368-1644) dan dinasti Qing (1644-1911)

◦Antara karya fiksyen: Sanguo Yanyi (Roman tiga negara) – mengenani

perebutan kuasa antara 3 buah negara pd kurun ke 2

Honglou meng (mimpi loteng merah) – mengenai kehidupan dan nasib keluarga besar pd zaman dinasti Qing

Shuihu Zhuan (Kisah pinggir air) – menggambarkan dunia utopia dan menyokong perubahan

Xijou ji (perjalanan ke barat) – mengenai keghaiban

Page 22: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

KESENIAN CINA

1. Muzik Klasik◦ Antara sistem muzik yg paling lama dan paling

berkembang◦ Bentuk muzik yg wujud tidak terbilang

jumlahnya dan dimainkan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa berkaitan agama.

◦ Alat-alat muzik diperbuat daripada logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh.

◦ Alatan muzik cina dlm bentuk meniup, genderang, memetik, menggesek

◦ Menurut Konfusius, muzik teragung adalah muzik yg harmoni dgn alam sekitar dan melaluinya dapat memulihkan keadaan dunia fizikal.

◦ Pengaruh muzik cina dapat dilihat dalam tamadun spt Korea dan Vietnam kesan interaksi.

Page 23: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

2. Kaligrafi◦ Kaligrafi cina dianggap unik dan membayangkan

kualiti seorang ahli kaligrafi dari segi personaliti.◦ Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen

kaligrafi dari pakar akan dibukukan utk ditiru oleh pelajar.

◦ Kaligrafi boleh dilihat dlm bentuk skrol dan pd batu bersurat di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, pintu gerbang, tiang bangunan dan rumah-rumah.

◦ Antara bahan membuat kaligrafi – dakwat, berus, kertas dan sutera. Berus biasanya diperbuat daripada bulu kambing, rusa, serigala dan tajam di hujung.

◦ Terdapat 4 stail kaligrafi yang biasa digunakan: Kaishu Lishu Xingshu caoshu

Page 24: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

3. Seni Lukis◦ Ianya berkait rapat dgn kaligrafi dan puisi. ◦ Kebanyakan pelukis biasanya juga pakar kaligrafi spt Su

Dongpo zaman dinasti Song.◦ Sebuah lukisan cina – kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan

dan ukir cap.◦ Lukisan tradisional cina terbahagi 2:

Xieyi (freehand brushwork) Gongbi (menggunakan garis halus dan teliti)

◦ Bahan lukisan adalah sama seperti kaligrafi◦ Jenis lukisan – landskap, tumbuhan, binatang, potret dan

figura.◦ Kebanyakan lukisan cina bersifat simbolik.◦ Simbol popular – orkid, konfusius, bunga plum, pokok pain

tua.◦ Sifat simbolik ini menjadikan lukisan cina sbg perantara yg

membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa seseorang pelukis.

◦ Turut dipengaruhi tamadun lain spt seni khat Arab yg membentuk seni khat bersifat Cina beragama Islam. Begitu juga pengaruh agama Buddha yang mencorak seni lukis Cina berlatarbelakangkan dewa dewi yg diambil daripada ajaran Buddha

Page 25: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

4. Seni Bina◦ Bangunan yg dibina dalam tradisi cina mengambilkira

kedudukan dan susunatur berpandu kpd teori fengshui (kuasa alam)

◦ Tembok merupakan antara binaan penting bertujuan utk pertahanan dan keselamatan. Tembok kota biasanya mempunyai ketinggian 25 – 30 kaki, mempunyai pintu yg dibuka pd waktu tertentu dan di atasnya terdapat menara. Tembok kota dikelilingi parit dan dipenuhi air yg dalam. Tembok yg terkenal – tembok besar Cina.

◦ Binaan kayu cina tradisional biasanya diperbuat drpd kayu berkualiti dan mempunyai rangka yg berbentuk tiang dan ambang.

◦ Bumbung binaan adalah menonjol, bercerun curam dan melengkung. Bumbung biasanya dipasang tembikar.

◦ Antara ciri bentuk binaan – pavilion dan pagoda◦ Seni taman berkait rapat dgn seni bina cina

Page 26: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

SAINS & TEKNOLOGI

Bidang sains & teknologi dlm tamadun Cina menekankan – fungsi dan kepentingannya.

Merangkumi bidang pertanian, matematik, matematik, astronomi, kalendar, farmakologi, geologi, fizik, kimia, biologi, seni bina, perlombongan dan pelayaran.

Bidang astronomi:◦ Kemampuan menyediakan katalog bintang◦ merekod berlakunya gerhana dan komet◦ Menghasilkan peralatan astronomi◦ Menyelenggara rekod astronomi◦ Memperkenalkan sistem kalendar

Bidang matematik:◦ Penggunaan sempoa (abacus) pd kurun ke 2◦ Menghasilkan karya matematik – Jiuzhang zuanshu

(sembilan bab matematik ) oleh Zhang Cang pd kurun ke 2SM – mengandungi catatan mengenai kuantitif negatif.

◦ Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.

Page 27: BAB 5 TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina 2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina

Bidang perubatan◦ Akupuntur dan moxibustion (membakar daun moxa) kaedah

perubatan tradisional bagi memperbetulkan peredaran darah.◦ Penggunaan bahan ubat-ubatan daripada herba, binatang dan

sumber galian sangat meluas.◦ Antara buku perubatan & farmokologi terkenal:

Huangdi neijing (Klasik perubatan Maharaja Kuning) Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) oleh Li Shizhen mengandungi 52

jilid.

Bidang Teknologi◦ Pencapaian teknologi cina – empat penciptaan agung : teknik

membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas◦ Teknik membuat kertas tlh dicipta oleh Cai Lun pd tahun 105 yg

diperbuat daripada fiber tumbuh-tumbuhan◦ Teknik percetakan blok diperkenalkan pd zaman dinasti Tang (618-

906). Antara buku terawal dicetak – Jingang jing (kitab sutera diamond). Pada tahun1045 Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak

◦ Bahan letupan mula dicipta oleh ahli kimia Daois utk membuat bunga api. Pada tahun 906, bahan letupan mulai diguna dlm militari.

◦ Kompas mula diperkenalkan setelah sifat-sifat magnet diketahui antara kurun pertama dgn kurun ke 6