takazah - jamiyah.org.my filetahunan jam’iyah kali ini, saya ingin menyentuh tiga isu utama iaitu...

10
SUARA JAM’IYAH 11 No.56 • 2015/1436H TAKAZAH Tangan menulis haku menangis kalimah Tayyibah semakin hilang dari kehidupan takazah agama meminta musafir datang kerana kami hanya mampu makan untuk ikram semoga ada kabilah yang lebih cekal berdatang menyebar kalimah dari musibah kemurtadan. Ha penuh kerisauan Bagaimanalah menghadapi hari penghabisan azab sangsara jadi santapan harian jutaan tahun dalam kesangsaraan kekal dalamnya tanpa kemaan. Kalian, Kemarilah di bumi tandus ini di bumi Bialystok tempat aku berpijhak ini berdatang menyebarkan kalimah bangunkan mereka dari kemabukan agar iman dapat diusahakan semoga anda jadi asbab keselamatan menghindar syirik ha dan kepercayaan. Wahai para pendakwah, Kembalilah kepada kemuliaan bantulah Allah tanpa sempadan bersama bertebaran dalam usaha kegemilangan bingkas dari selimut pembaringan sebagai yang diperingatkan dalam surah at-Taubah yang penuh penjelasan. Kalian, kemarilah sahabat dan teman berserahlah kepada yang mengusai segala pemerintahan kembali kepada kerja dakwah asbab kemuliaan usah sibuk hingga maksud hidup kesamaran sambutlah janji Allah dan Rasul bersama bangsa Tartar dan Monggol sedikit mujahadah di dunia kesenangan di akhirat selamanya bersama isghfar kembali ke pangkal jalan bersama ke pintu jannah menan habuan. Aimi Zulfitri Abdul Rashid Bialystok, Poland

Upload: lyliem

Post on 25-Jul-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SUARA JAM’IYAH 11 No.56 • 2015/1436H

TAKAZAHTangan menulis hatiku menangiskalimah Tayyibah semakin hilang dari kehidupan takazah agama meminta musafir datangkerana kami hanya mampu makan untuk ikramsemoga ada kabilah yang lebih cekalberdatang menyebar kalimah dari musibah kemurtadan.

Hati penuh kerisauan Bagaimanalah menghadapi hari penghabisanazab sangsara jadi santapan harianjutaan tahun dalam kesangsaraan kekal dalamnya tanpa kematian.

Kalian,Kemarilah di bumi tandus inidi bumi Bialystok tempat aku berpijhak iniberdatang menyebarkan kalimah bangunkan mereka dari kemabukan agar iman dapat diusahakansemoga anda jadi asbab keselamatanmenghindar syirik hati dan kepercayaan.

Wahai para pendakwah,Kembalilah kepada kemuliaan bantulah Allah tanpa sempadan

bersama bertebaran dalam usaha kegemilanganbingkas dari selimut pembaringansebagai yang diperingatkandalam surah at-Taubah yang penuh penjelasan.

Kalian,kemarilah sahabat dan teman berserahlah kepada yang mengusai segala pemerintahankembali kepada kerja dakwah asbab kemuliaanusah sibuk hingga maksud hidup kesamaransambutlah janji Allah dan Rasul bersama bangsa Tartar dan Monggolsedikit mujahadah di dunia kesenangan di akhirat selamanyabersama istighfar kembali ke pangkal jalanbersama ke pintu jannah menanti habuan.

Aimi Zulfitri Abdul RashidBialystok, Poland

SUARA JAM’IYAH 12 No.56 • 2015/1436H

Membasmi Ajaran Sesat, Mencari Keberkatan JihadMenjelang mesyuarat Agung

Tahunan Jam’iyah kali ini, saya ingin menyentuh tiga

isu utama iaitu mengenai konsep jihad dan pengaruh ajaran sesat serta mengenang jasa orang-orang lama dalam JAM’IYAH.

Sebagai mukadimah, marilah kita mengingati jasa mereka dengan al-Fatihah; semuga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Sesungguhnya, asbab dari jasa merekalah Jam’iyah berada di persada dakwah yang hingga kini telah menjangkau usianya 65 tahun.

Jasamu DikenangSekadar menyebut beberapa nama

yang telah menanam tunjang kepada kelangsungan hayat Jam’iyah ialah seperti Tan Sri Syed Nasir Ismail yang telah berusaha dengan Datuk Haron Idris bagi mendapatkan sebidang tanah di Jalan Raja Laut (yang menjadi nadi Jam’iyah hingga kini) dan di Jalan Ipoh (kini ibu pejabat Jam’iyah).

Selanjutnya Tan Sri Haji Muham­mad Mohd. Taib yang telah membantu dan menyumbang mendapatkan ban-gu nan pejabat dan rumah kedai di Shah Alam; Tan Sri S.O.K. Ubaidullah Kadir Basha yang telah menyum bang wang ringgit hingga terbinanya bangunan pejabat Jalan Raja Laut dan Cikgu Haji Mohamed Said Haji Mohd. Razi yang telah mewakafkan tanahnya di Pulau Indah untuk bangunan sekolah Jam’iyah dan serta ramai lagi yang telah menyum bang tenaga dan wang ringgit serta berkorban waktu mencari dana bagi pembangunan Jam’iyah.

Tidak lupa juga sumbangan bula-nan Tun Daim Zainuddin yang me-nyumbang secara tetap sehingga ke hari ini. Selain itu, ramai lagi ahli Jam’iyah yang menyumbang me lalui

peti edaran di kelas-kelas pe ngajian guna menyokong terus nadi Jam’iyah.

Sehubungan itu, baru-baru ini kami telah melakukan ziarah ke rumah salah seorang yang berjasa kepada Jam’iyah iaitu Kak Aisyah Ahmad, yang telah mewakafkan rumah kedainya di Taman Datuk Haron, Jalan Klang Lama. Beliau masih sihat serta bertanyakan khabar ahli-ahli yang seangkatan dan saya juga mengambil kesempatan mengesyorkan kepada mana-mana ahli kita yang mempunyai waktu agar menziarahinya.

Ajaran SesatPerkara selanjutnya yang saya ingin

sentuh ialah megenai ajaran sesat.Ajaran sesat ialah sebarang amalan

yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang didakwa sebagai ajaran Islam; sedangkan pada hakikat-nya bercanggah dengan akidah dan syariah, serta bertentangan dengan al-Quran dan hadis dan mazhab yang muktabar dan berlawanan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Orang ramai yang mengikuti Majlis Penjelasan Fatwa di Masjid Wilayah Persekutuan.

Ibrahim ketika ditemuramah oleh sebuah stesen TV Indonesia.

SUARA JAM’IYAH 13 No.56 • 2015/1436H

Antara ciri-ciri ajaran sesat sebagai yang pernah dibincangkan dalam ‘Majlis Penjelasan Fatwa’ di Masjid Wilayah Persekutuan baru-baru pada 31 Mac, 2015 ialah:

– Ketuanya mendakwa sebagai nabi dan ada yang mendakwa sebagai Tuhan;

– Mendakwa makhluk juga mampu mendatangkan manfaat dan mudarat;

– Ketuanya mendakwa menerima wahyu;

– Ketuanya mendakwa tidak mati (ghaib) dan akan muncul sebagai Imam Mahdi;

– Ketuanya mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib;

– Ketuanya mendakwa tahu nasib seseorang;

– Ketuanya mendakwa mampu berinteraksi dengan orang yang sudah mati;

– Ketuanya mendakwa mampu berinteraksi dengan para malaikat;

– Mengatakan dosa dapat ditebus dengan wang;

– Mengatakan solat boleh dilakukan hanya dengan niat; dan lain-lain.

Dari sekian banyak ajaran sesat di Malaysia, terdapat satu yang baru muncul, yang sebelum ini ditentang hebat di Indonesia, iaitu ajaran Milah Abraham @ Ibrahim yang mendakwa telah menggabungkan tiga ajaran agama menjadi satu. Ia dikesan me-masuki Malaysia sejak tahun 2013 oleh seorang yang bernama Ibrahim. Dia mempengaruhi orang awam melalui ayat al-Quran yang bermaksudnya:

“Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus (iaitu) agama yang benar; agama Ibrahim yang lurus dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik.” (Surah al-An’am ayat 161).

Antara ajarannya ialah:– Mendakwa ada rasul selepas Nabi

Muhammad S.A.W;– Mendakwa akan muncul kerajaan

baru pimpinannya;– Menyalah ertikan kalimah sunnah;– Mempertikai Rukun Islam;– Meninggalkan solat lima waktu;– Menyalah ertikan maksud kiamat; – Mengharamkan kahwin dengan

bukan ahli kumpulan;

– Menghalalkan kahwin mut’ah;– Ibadat haji boleh dilakukan selain

di Mekah; dan lain-lain.Antara faktor utama berlakunya

krisis akidah ialah kerana kejahilan terhadap Islam dan salah faham dalam memahami ilmu-ilmu berkaitan dengan Islam, dan naluri ingin membebaskan diri dari ikatan agama.

Justeru selaku ibu bapa kita harus berwaspada dengan amalan ahli keluarga dan jiran tetangga agar tidak terjebak dalam kancah akidah yang salah.

Langkah MencegahSetiap yang sesat harus dibimbing

supaya kembali ke pangkal jalan, kerana mereka bukan sesat di hutan atau di lautan yang hanya sesat sementara; tetapi sesat dalam perjalanan roh me-nyebabkan sesat selamanya jika tanpa teguran dan bimbingan.

Ia mestilah dibasmi melalui per-untukan udang-undang termasuk me musnahkan sebarang objek dan struktur yang didakwa sebagai pusat pengembangan; memberi penjelasan kepada masyarakat agar sentiasa ber pegang kepada ajaran Islam yang sebenar; kerjasama antara NGO, per-satuan penduduk dan jawatankuasa masjid bagi mengadakan program pe mulihan.

Sesungguhnya, pegangan kita ialah ASWJ iaitu berpegang kepada al-Quran dan sunnah dan pendapat para sahabat serta disepakati oleh ijmak ulamak pada hal-hal yang bersangkutan dengan hukum.

Konsep JihadMengenai konsep jihad, hari ini

terdapat anak-anak muda yang ter jerat dengan seruan jihad oleh pihak yang menggunakan perkataan fi sabilillah se bagai mekanisma dakwah; akibat nya ada yang tanpa membuat kajian dan pene litian, mereka terus meninggal kan ke luarga dan ada yang tega me ning-gal kan kampus lalu bingkas meng-angkat senjata atas nama jihad; sedang hakikatnya, kumpulan yang mereka sertai ialah golongan militant yang di-taja secara sulit oleh pihak-pihak yang memusuhi Islam termasuk Yahudi dan

Amerika sendiri.Islam adalah agama yang menyeru

kepada keamanan dan kesejahteraan sejagat dan bukannya menyeru dengan mata pedang atau ledakan bom motar serta senjata nuklear. Islam juga bukan agama yang memperagakan demons-trasi dan riot jalanan dan keganasan yang mengganggu ketentera man awam. Islam seharusnya berkembang dengan hikmah dan kebijaksanaan serta perbincangan yang berdasarkan ilmu dan bukannya dengan emosi dan laungan semata-mata. Perang hanya dibolehkan jika perlu dan mengancam umat.

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas.” (al-Baqarah ayat 190)

“Dan sekiranya mereka ingin berdamai, maka berusahalah ke arah itu dan bertawakallah kepada Allah.” (al-Anfal ayat 61)

Jihad bukan sahaja perang, bahkan mempunyai makna yang amat luas ter-masuk suasana kesulitan dan ke paya-han. Jihad juga bermaksud ber usaha bersungguh-sungguh untuk men capai se suatu maksud termasuk ke jayaan dalam pelajaran, kemenangan dalam men cari rezeki dan kekayaan supaya tenang menjalani ibadah seharian.

“Dan sesiapa yang membunuh orang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahannam, (mereka) di dalamnya kekal selama-lama dan Allah murka padanya dan me laknatnya, dan disediakan bagi me-reka azab yang pedih.” (al-Nisa’ ayat 93)

Oleh itu, marilah kita sama-sama berjihad dalam Jam’iyah bagi menegakkan agama serta membetul-kan iman kita dan iman orang lain melalui dakwah bil-lisan, (ceramah, forum, muzakarah, usrah dan sebagainya) dakwah bil-hal (contoh teladan dan akhlak yang baik) dan dakwah bil-qalam (berbagai bentuk penulisan termasuk puisi dan prosa) secara istiqamah; dengan harapan mudah-mudahan usaha-usaha kita menjadi amal jariah yang berkekalan.

SUARA JAM’IYAH 14 No.56 • 2015/1436H

Pendahuluan

Syariat Islam adalah satu syariat yang diwahyukan oleh Allah SWT memerusi Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Kebenaran dan

kesuciannya sentiasa dipertahankan sejak daripada zaman baginda Rasululllah SAW hingga ke hari akhirat. Adalah menjadi tanggungjawab bersama umat Islam khususnya alim ulamak sebagai pewaris nabi-nabi supaya sentiasa menjaga kebenaran dan kesucian akidah Islam.

Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, dan dengan demikian agama Islam sentiasa terpelihara kebenaran dan kesuciannya. Walaupun demikian terdapat bebarapa golongan tertentu yang cuba mengelirukan kesucian syariat Islam dengan membawa dan memperkanalkakn kepada masyarakat akan ajaran-ajaran yang menyeleweng dari akidah syariah dan akhlak Islam yang sebenar. Oleh itu masyarakat Islam perlu berhati-hati supaya tidak terlibat dengan ajaran yang dipertikai kesahihannya.

Pengertian tariqatPerkataan ‘tariqat’ berasal dari bahasa Arab ‘tariqah’

(jamaknya turuq) yang bererti jalan, mazhab, aliran dan keadaan. Secara umum ianya dimaksudkan kepada kumpulan atau kaedah dan peraturan-peraturan tertentu. Mengikut al-Jurjani, tariqah ialah suatu yang dapat menyampaikan se seorang kepada apa yang dituntutnya. Ulamak-ulamak tasawuf menggunakan istilah ini selain dari istilah-istilah al-manhaj al-amali, al-qurbah dan al-suluk untuk menerangkan mushahadah, atau yang disebut sebagai menemui hakikat Allah.

Dr. Abu al-‘Ala Afifi menyimpulkan tariqah adalah suatu uslub khusus yang dihayati oleh orang-orang sufi di bawah naungan jemaah sufi mengikut arahan dari seorang ketua atau pun syeikh yang mengamalkan sesuatu pengajaran, adab dan cara hidup yang ditentukan oleh suatu jamaah berkenaan. Bagaimana pun tariqah juga dalam pengertian yang umum ialah suatu kehidupan rohani yang dihayati oleh seorang yang menjalani hidup menuju keredaan Allah, sama ada ia berada dalam golongan tariqah tasawuf yang dibimbing oleh seorang syeikh atau pun sebaliknya.

Manakala tariqah dalam pengertiannya yang khusus ialah jalan dan petunjuk untuk melakukan sesuatu ibadat sesuai dengan ajaran yang mencontohi Nabi S.A.W. dan yang diamalkan oleh para sahabat dan tabi’in turun temurun sampai kepada guru-guru yang berterusan tiada putus-putus.

Guru yang memberi petunjuk dan pimpinan ini dinamakan syeikh atau mursyid yang mengajar atau memimpin murid-muridnya sesudah mendapat ijazah dari guru yang sebelum dan sebelumnya mengikut silsilah. Dengan demikian ahli-ahli tasawuf yakin bahawa peraturan dan amalan dapat dikerjakan dengan sebaik-baiknya. Semua bimbingan guru itu dinamakan tariqah secara minimumnya; dan jika pelaksanaan ibadat itu memberi kesan kepada jiwanya, dengan pelaksanaan secara maksimum ianya dinamakan haqiqat. Tujuan terakhir daripada semua pelaksanaan ibadat itu ialah mengenal Tuhan dengan sebaik-baiknya. Dan dalam istilah tasawuf ianya dinamakan ma’rifah.

dasar tariqatSecara umum terdapat lima dasar tariqat:Pertama: Mempelajari ilmu pengetahuan yang ber-

sangkut dengan pelaksanaan semua perintah.Kedua: Mendampingi guru-guru dan teman-teman

setaraf untuk melihat bagaimana cara melakukan sesuatu ibadat.

Ketiga: Meninggalkan segala rukhsah dan ta’wil untuk menjaga dan memelihara kesempurnaan amal.

Keempat: Menjaga dan menggunakan waktu serta mengisinya dengan ibadah-ibadah sunah, wirid-wirid dan doa untuk menebalkan khusuk dan huduk.

Kelima: Mengekang diri jangan sampai keluar meme-nuhi hawa nafsu agar diri terpelihara daripada dosa dan kesalahan.

KePentingan tariqatTariqat yang benar dari tasawuf yang betul

adalah penting dalam Islam bagi mengubat hati dan

Tawassul dan Wasilahdalam Tariqat

Garis Panduan dalam amalan TariqaT(JabaTan muFTi sElanGOr)

SUARA JAM’IYAH 15 No.56 • 2015/1436H

menyembuhkan manusia dari pe nyakit kemunafikan dan sekaligus untuk menjadikan dirinya sempurna (insan kamil); kerana hanya dengan men-capai taraf kesempurnaan diri yang sebenarnya sahaja seseorang itu men-jadi suci.

Manusia mengaku bahawa percaya kepada Allah Yang Maha Esa, tetapi pada hakikatnya mereka hidup dan bertindak seolah-olah Allah itu banyak. Yang demikian mereka menghidap penyakit syirik, iaitu suatu penyakit nifaq dimana pada suatu ketika mereka menyatakan sesuatu, tetapi pada saat dan ketika yang lain mereka bertindak mengikut prinsip yang lain pula.

Ciri-Ciri amalan tariqat Yang diPeraKui

– Amalan tersebut hendaklah diasaskan dengan kekuatan ilmu mengenai aqidah, syariah dan akhlak. Tidak menganggap diri dan amalannya lebih suci daripada martabat orang lain yang tidak mengikut ajaran tariqatnya.

– Zikir yang diamalkan mempunyai sandaran dari al-Quran, hadis, amalan para sahabat dan ulamak salaf. Mem-

per banyakkan zikir dengan penuh ke ikhlasan. Tidak berzikir sampai ke pering kat lupa kepada diri.

– Pembersihan diri dengan menjaga yang halal dan yang haram, syubhah dan sia-sia termasuk menjaga amar makruf dan nahi mungkar serta tidak menambah lafaz syahadah.

– Diperkukuh melalui latihan jiwa dengan menjauhi sifat-sifat tercela (mazmumah) dan mengamalkan sifat-sifat terpuji (mahmudah).

– Mendapat bimbi ngan dari guru yang mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Berilmu dan bersedia menyam-paikan ilmu secara terbuka;

b. Berakhlak mulia dan warak;c. Ahli ibadah dan berwibawa;d. Tidak mewajibkan sebarang

bayaran;e. Tidak mengikat pelajar

menuntut ditempat lain.Cara amalan mengikut salasilah

asal yang tidak bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak. Tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat seperti meninggalkan dua solat Jumaat dan berkewajipan menunaikan ibadah haji.

Kriteria-Kriteria Yang mesti dielaKKan

Tidak menggambarkan wajah guru semamsa berzikir dan beribadat. Ini kerana terdapat tariqat yang mengajar murid-muridnya supaya menggambarkan wajah gurunya sebelum berzikir dan beramal dengan katanya:

“Murid-murid adalah orang-orang yang menumpang wasilah guru; dan untuk mempastikan amalannya sampai terus kepada Allah S.W.T. hanyalah melalui guru; kerana yang ada wasilah hanyalah guru mursyid; dan bagi menentukan berlakunya hubungan rohani antara guru dengan murid memerlukan satu cara yang khusus, iaitu dengan mengingatkan atau menggambarkan wajah gurunya semasa berzikir dan beramal ibadat.”

ulasanMenggambarkan wajah guru atau

membayangkan di dalam hati rupa paras guru semasa berzikir atau ber-amal dengan tujuan untuk me nambah-

Salah seorang pemimpin sebuah tariqat sedang menunjukkan memandu ‘gerak hati’ kepada seorang peserta dalam amalan zikir mereka disebuah pesantren di Acheh.

Bersambung ke halaman 18

SUARA JAM’IYAH 16 No.56 • 2015/1436H

“Forum Di AmbAng rAmADAn”

SUARA JAM’IYAH 17 No.56 • 2015/1436H

“Forum Di AmbAng rAmADAn” di Masjid al-Muhsinin Sg. Kandis Klang

SUARA JAM’IYAH 18 No.56 • 2015/1436H

kan khusyuk di dalam ibadat dikenali sebagai rabitah.

Amalan dan perbuatan seperti ini sangat-sangat bercanggah dengan akidah dan syariat Islam sebenar dan ia boleh mengelirukan pegangan ke-percayaan orang ramai, kerana faktor berikut:

Perbuatan menggambarkan wajah guru semasa berzikir dan ber ibadat samalah seperti amalan pengikut-pengikut Nabi Nuh A.S. yang menyem bah patung-patung besar mereka iaitu Wadd, Suwa’a, Yaghuth, Ya’uuq dan Nasr.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Nuh ayat 23 yang ber maksud: “Dan (ketua-ketua) mereka (meng hasut dengan) berkata: Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, Suwa’a, Yaghuth, Ya’uuq, Nasr.”

Mengikut Ibnu Abbas dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir jilid 3 m.s. 554 (Darul Quran al-Karim, Beirut) menyebutkan; Wadd, Suwa’a, Yaghuth, Ya’uud, Nasr adalah nama pengikut-pengikut Nabi Nuh A.S. dari golongan orang-orang yang soleh. Apabila mereka meninggal dunia, syaitan telah memperdayakan kaum Nuh supaya mengadakan patung-patung berhala yang menyerupai orang-orang soleh tersebut, bagi meng -gambarkan wajah mereka kononnya supaya lebih mem beri khusyuk dalam ibadah.

Pada masa itu mereka belum lagi menyembah patung-patung, tetapi syaitan memper dayakan mereka dengan menyatakan bahawa orang-orang yang terdahulu telah me nyem-bah patung-patung, bahkan mereka memohon dan mengharapkan se-suatu daripadanya, seperti untuk me nurunkan hujan dan sebagainya. Kisah ini me nun juk kan sejarah awal bagaimana punca nya orang-orang ter-dahulu me nyem bah berhala.

Amalan menggambarkan wajah guru semasa berzikir dan beramal ibadat suatu perkara baru yang direka dan dicipta dalam agama. Amalan ini tidak ada dalam syraiat Islam, malah perbuatan seperti itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan

baginda sendiri tidak pernah menyuruh para sahabat menggambarkan wajah-nya semasa berzikir dan beribadat. Dengan demikian nyatalah perbuatan seperti itu merupakan perkara dhalalah (sesat) berdasarkan beberapa hadis baginda yang antaranya bermaksud:

“Saya menasihatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah. Dengar dan patuh walaupun kepada hamba Habsyah (hitam). Sesiapa di antara kamu yang masih hidup selepasku akan melihat perselisihan faham yang banyak; maka hendaklah kamu mengi-kut sunah ku, dan gigit sekuat-kuatnya dengan gigi geraham kamu (berpegang teguh), dan beringatlah kamu terhadap ciptaan-ciptaan baru dalam agama, baha wa setiap ciptaan yang baru dalam agama adalah termasuk dalam bidaah dhalalah; dan setiap bidaah dhalalah adalah sesat.”

Mengikut pegangan kita, Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ) perkara-perkara baru dalam agama (bidaah dhalallah) adalah perkara-perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud kandungan kitab Allah (al-Quran), sunnah Rasulullah S.A.W. dan ijmak ulamak. Allah mengingatkan umat Islam supaya menjauhkan diri dari se barang perbuatan syirik terhadap Allah.

Firmah Allah S.W.T. dalam surah az-Zumar ayat 3 bermaksud:

“Ingatlah (hak yang wajib di-sembah) bagi Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pe mimpin dan penolong (sambil berkata): ‘Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka men dam-pingi Allah sedamping-damping nya.’ Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).”

Dalam surah Yunus ayat 106, Allah berfirman yang maksudnya:

“Dan janganlah engkau (Muham-mad) menyembah atau memuja

yang lain dari Allah, yang tidak dapat men datangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Oleh itu, se kira-nya mengerjakan yang demikian, maka jadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim.”

Dan lagi firman Allah dalam surah al-Anbia’ ayat 25 bermaksud:

“Dan Kami tidak mengutus sebe-lummu seorang rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya, bahawa sesungguuhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainan Aku, oleh itu beribatlah Kamu kepadaKu (Allah).”

Dengan ini nyatalah bahawa meng gambarkan wajah guru semasa ber ibadat adalah perbuatan bidaah dhalalah yang mesti dijauhi dan di-tinggal kan.

tawassul dan rabitah dengan guru mursYid

Ada guru tariqat yang mengajar para pengikutnya cara bertawassul me lalui gurunya dengan beberapa lafaz doa yang antaranya menyebutkan:

“Ya Allah, aku pohon seumpama pahala surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas yangku baca, agar engkau sampaikan kepada rohaniah Syeikh Tarikat dan aku minta tolong kepada mursyid ku ini untuk menyampaikan tariqat ku ini kepada-Mu ya Allah kerana mursyidku ini adalah khalifah Rasulullah S.A.W.

“Ya Allah, tiada daya upaya dan tiada kuasa bagiku untuk membuang was-wasku melainkan mursyidku, kerana mursyidku ini adalah khalifah Rasulullah S.A.W.

“Ya Allah, tiada siapa pun yang dapat memberikan syafaat kepadaku melainkan mursyidku ini juga, kerana mursyidku adalah khalifah rasulullah S.A.W.”

Amalan bertawassul dan rabitah sebagai yang disebutkan diatas didakwa berdasarkan kepada ayat 35 surah al-Maidah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang ber-iman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (faktor yang tidak terhingga kapasitinya yang lang sung menyampaikan ke hadrat Allah) dan bersungguh-sungguhlah di atasnya,

Dari halaman 15

SUARA JAM’IYAH 19 No.56 • 2015/1436H

nescaya engkau mendapat keme na-ngan!”

Selain daripada tawassul yang di-sebutkan di atas, ada lagi keper caya an yang diamalkan oleh para pengikut tariqat dan antaranya seperti berikut:

“Yang mampu memasukkan atau pun menuangkan Islam ke dalam roh kita adalah rohani guru, iaitu guru yang penuh rohaninya yang didikan dengan ‘Nur ala Nur’ yang disalurkan ke dalam rohani guru-gurunya yang akhirnya samapai pada saluran yang pertama iaitu daripada rohani Rasulullah S.A.W. dan yang rohaninya berisi dengan Nur ala Nur iaitu yang dinamakan mursyid.”

Kepercayaan tersebut didasarkan kepada ayat 200 surah ‘Ali Imran yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (gigih terus menerus) dan kuatkanlah (tingkat) kesabaranmu (pantang mundur) dan perkuatkanlah dengan berpegang kepada rabitah (channel), saluran (frequensi) dan ber-taqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan.”

ulasan Cara bertawassul sebagaimana yang

tersebut di atas adalah sangat-sangat mengelirukan dan boleh membawa ke rosakan akidah; kerana ia akan me-yakini bahawa tiadak ada yang lain yang dapat menyampaikan segala ibadat kepada Allah kecuali melalui guru mursyidnya; pada hal dalam ajaran Islam hubungan seseorang hamba dengan Allah tidak ada per anta-raan. Oleh yang demikian bagi mereka yang menganggap bahawa wasilah tanpa guru mursyid amalannya tidak akan diterima oleh Allah adalah suatu fahaman atau kepercayaan yang boleh menyebabkan amalan syirik ter hadap Allah S.W.T.

Syirik ialah mempersekutukan se-suatu dengan Allah Taala yang bersifat ‘Uluhiyyah’ dan bersifat ‘Rububiyyah’.

Sifat Uluhiyyah ialah sifat Allah yang berhak disembah, dicintai, dipatuhi akan perintah-Nya; dimana segala doa dan permohonan hamba ditumpukan kepada-Nya hagi mendapat segala kebaikan dan menolak sebarang mala-petaka dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sifat Rububiyyah pula ialah sifat mentadbir dan menguruskan alam ter-masuk cara menjaga dan memelihara, mengasuh dan men didik sekalian

alam dan seisinya yang diciptakanNya, iaitu dengan mengadakan segala keperluan yang dihajati dengan wujud-nya tiap-tiap sesuatunya, me ngatur dan menyusun undang-undang dan peraturan bagi kesuburan, per kem ba-ngan dan kesejahteraan masing-masing serta menyatakan dan me nunjukkan hukum-hukum halal, haram, sah dan batil untuk kebaikan jasmani dan ke-baikan rohani manusia.

Maka sesiapa yang menganggap mana-mana satu dari sifat-sifat itu ada pada sesuatu yang lain daripada Allah Taala nescaya ia telah melakukan syirik terhadap Allah, walaupun pada masa itu ia masih beriman kepada Allah. Tentang hal ini Allah Taala telah berfirman dalam surah Yunus ayat 106. Lihat juga surah al-Maidah ayat 35 dan surah al-Isra’ ayat 57.

wasilah Wasilah memberi erti ‘jalan menuju

ke hadrat Allah S.W.T. atau jalan yang sebaik-baiknya untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dengan men taati perintah dan menjauhi segala larangan-Nya sebagaimana yang di sebutkan oleh Qatadah di dalam Tafsir al-Tabari.

Dari kedua-dua ayat di atas,

Sebahagian dari 3,000 orang tempatan dan dari beberapa buah negara jiran yang menyertai zikir akbar di masjid al-Rahman Banda Acheh suatu ketika…

SUARA JAM’IYAH 20 No.56 • 2015/1436H

(al-Maidah ayat 35 dan al-Isra’ ayat 57) Dr. Hamka menjelaskan bahawa al-wasilah itu ialah sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Tuhan atau dengan lain perkataan mencari jalan dengan berbuat amal ibdat yang banyak, beramal soleh dengan mem-banyakkan doa ke hadrat Allah S.W.T.

Wasilah juga diertikan sebagai suatu tempat yang istimewa di dalam syurga untuk seorang hamba Allah, iaitu nabi kita Muhammad S.A.W. sebagaimana yang disebutkan didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Imam Ahmad dan lainnya; yang di terima dari Jabir bin Abdullah yang ber maksud:

“Barang siapa yang membaca (doa) apabila ia mendengar (azan): ‘Ya Allah, Tuhan yang empunya seruan yang sempurna dan solat yang didirikan, kurniakan kepada Nabi Muhammad al-wasilah dan al-fadhilah (jalan yang utama) dan sediakanlah untuknya tempat yang terpuji yang Kau janjikan.’ Barang siapa yang membaca doa ini nescaya ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.”

Dari keterangan mafhum ayat-ayat di atas nyatalah bahawa wasilah itu tidak bermaksud supaya orang-orang Islam mengambil orang-orang lain sebagai perantaraan dalam beribadat kepada Allah.

Berikut rumusan mengenai tawassul yang dibolehkan:

1. Bertawassul kepada Allah ialah dengan beriman kepada Rasulullah S.A.W. dan mentaatinya.

2. Bertawassul dengan doa Rasulullah S.A.W. dan sahabatnya.

3. Bertawassul dengan amalan yang soleh (amalan baik). Imam Nawawi berkata: “Sahabat-sahabat kita telah mengambil dalil dengan perkataan ini bahawa digalakkan untuk menolak bala, doa minta hujan dan sebagainya dengan bertawassul kepada Allah dengan amalan-amalan soleh yang di-laku kan oleh mereka sebagaimana yang tersebut dalam hadis Rasulullah S.A.W.”

4. Bertawassul dengan cara me-minta seorang muslim berdoa walau-pun yang mendoakan itu lebih rendah martabatnya dengan orang yang dipohonkan untuknya, sebagaimana kisah Syedina Umar R.A. memohon

supaya seorang sahabat bernama Uwais al-Qorni bersama-sama me-mohon ampun untuknya.

“Frequensi tidaK terhingga”Konsep ‘NUR’ ini adalah suatu

perkara baru yang dibawa oleh guru tariqat yang mendakwa bahawa perhubungan Allah dengan Nabi Muhammad adalah melalui nur, dan nur itu bersamnbung kepada guru tariqat itu, dan hanya guru tariqat itu sahaja yang mempunyai perhubungan dengan Allah. Mereka mendakwa sesiapa yang ingin berhubung dengan Allah dan mahu amal ibadahnya sampai kepada Allah mestilah berguru

Batu Dari Neraka…Seketul batu yang agak pelik telah ditemui di Yaman. Batu sebesar telur

ayam dengan berat 131g itu, pada permukaannya terlukis gambar gajah dan burung. Ia kemudiannya telah dikaji oleh para pakar dan mereka menganggarkan telah berusia 1,442 tahun.

Melihat kepada usia dan gambar yang tertera, ada pihak yang menelah bahawa batu berkenaan merupakan tinggalan batu sijjil dari neraka yang dijatuhkan oleh burung-burung ababil ketika memusnahkan bala tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah; sebagai yang disebutkan di dalam al-Quran dalam surah al-Fil.

Penemu batu itu ialah seorang lelaki Yaman bernama Saleh Muster al-Gamdi, ketika dia sedan g berjalan-jalan di sebuah wadi.

Setelah beberapa penelitian semula dilakuan, dia kemudiannya telah ditawarkan sebanyak USD4 juta atau sekitar RM12 juta oleh pihak yang berminat dengan batu berkenaan; namun lelaki itu menolak.

Sumber: anakjatimalaya93.blogspot.com

dengannya, dan beliau mengistilahkan nur Muhammad itu negatif dan nur Allah itu positif, berpandukan kepada ayat 35 surah an-Nur yang bermaksud:

“Nur Allah berdamping dengan Nur Muhammad, Allah menunjukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada Nur yang itu.”

ulasanKonsep NUR ini secara tidak lang-

sung jika kita perhatikan ianya ada hubu ngan dengan amalan meng-gam barkan wajah guru seperti yang di sebut kan sebelum ini. Konsep ini ada-lah satu teori yang digunakan oleh ahli-ahli tasawuf yang diistilahkan dengan